CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #156 mommyallya's post

Bukan kita je kena banyak berkorban, anak2 pun sama gak.  Macam anak saya yg kat tadika sekarang, pagi 8.30 - 11.30 kat tadika Cina, petang 4 - 6 kat tadika Islam.  Kesian tengah sedap2 tidur, pukul 3 dah kejut mandi untuk pergi tadika petang.  Kat tadika Islam tu, kami pilih stream Fardhu Ain aje, sebab yg lain2 subjek  common dah ambik kat tadika Cina.  Alhamdulillah, selain hafal lagu2 Cina, dia juga hafal doa2 dan lagu2 nasyid, mengaji dah masuk Quran, dan setiap hari Selasa khas belajar  solat aje.

Sebenarnya tadika Cina tu ada buat tusyen tambahan tiap2 hari lepas waktu biasa, kami ambil hari Jumaat dan tusyen bahasa Cina sahaja.  Anak saya tu suka sangat kelas tusyen dia, agaknya sebab dapat attention one to one, dari hari Isnin dia dah tanya, hari ni ada tusyen tak?  

Lepas tusyen pulak, kami letak  kat nursery tadika tu sampai pukul 3.30 pm, bagi dia bergaul dengan budak2 kecik Cina (antara 3 - 6 tahun).  Lagipun kalau dia nak balik rumah penjaga dan pergi semula ke tadika petang, tentu dia terlalu exhausted.    Dari situ, terus mandi, dan bersiap ke tadika Islam pulak.  

Masa hari pertama duduk nursery Cina tu, tengok cantik pulak tudung tadika Islam yg dia pakai, saya tanya sapa pakaikan.  Dia cakap cikgu yg pakaikan tudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 01:22 PM | Show all posts

Reply #161 aurorae's post

Betul aurorae...anak2 memang berkorban jugak dari segala segi...mana dengan jadualnye padat, persekitaran lagi.  Bagusla apa yang u buat tu...anak I skang 5 tahun...i cuma hantar gi tadika chinese medium...sekolah agama memang tak hantar lagi sebab kesian pulak tapi ingat tahun depan bila dah 6 tahun baru nak start hantar ke sekolah agama sebelah petang.  Sekarang ni masih dok belajar Iqra'...tu pun I yang ajarkan lepas maghrib tapi I rasa susah sangat nak make the time...mane dengan nak ikut karenah dia lagi...kadang-kadang miss jugak.  Itu pasal I  rasa memang kena hantar gi sekolah agama...dapat belajar fardhu ain jugak.

Di sekolah tadika dia pun ada tusyen tambahan subjek mandarin tapi cikgu dia advice tak payah ambil sebab class tu diorang cater untuk student yang ambil english medium...tapi tu pun seminggu sekali je.  I rasa sekolah tadika yang u hantar ni baguslah...tapi u kat Johor kan.  I pun ada juga terfikir nak hantar dia tusyen mandarin kat smartreader or KUMON or personal tutor tapi setakat ni tak survey lagi.

Aurorae...i sebenarnya takut i am giving too much...takut nanti anak exhausted and fed-up.  I am not sure about the boundary amd limit....but I want her to be well prepared for SRJK(C) dan jugak Islamic foundation.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:28 PM | Show all posts
To all forumers,

Nak tanya...ada x sesapa yang hantar anak to day care+tusyen centre kat Ampang, Kuala Lumpur.  I tengah nak survey ni tapi kat internet ni tak jumpa anything la :cry: .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #162 mommyallya's post

Mommyallya,

tadika Islam pun saya start hantar masa umur dia 6 tahun.  5 tahun tu too early, biar kita ajar yg basic dulu kat rumah macam Iqra' tu.
  
Nak tau too much atau tak, tengok reaction anak kita.  Dia happy atau tak happy. My second child pun kami buat the exact same thing, masukkan tadika Cina at 5.  Tapi dia tak happy, she always looked sad, not making friends, homework tak mau buat.  So at 6, kami masukkan ke tadika Islam full time and sekarang ni darjah 3 sekolah kebangsaan.

We treated her still the same, tak rendah-rendahkan atau make her felt like a failure, and she's so happy now.  Her happiness, that's more important than our wish.

Tapi bila dah decide nak hantar anak ke sekolah Cina, and the child looks ready for it, kita pun kenalah all out,  jng hangat2 tahi ayam.  Bantu dia setakat termampu, kalau tak mampu bantu, carikan dia bantuan yg dia perlu.  Don't leave the child alone.  Just to inform you, homework memang banyak.  Kita kena banyak bagi motivasi dan kadang2 temankan kalau dia tak siap2 lagi walau dah time tidur.  Anak2 saya tidur 9 pm.  Kadang2 saya suruh tidur dulu dan sambung pagi esok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:16 PM | Show all posts
Wah makin ramai yg berminat ke sekolah cina. Tapi I tak faham kenapa kita terasa tersisih kalau berada dlm masyarakt cina? Memang lah cikgu2 & budak2 kat sekolah akan main2kan kita. Akan cuba ejek2 apa2 yg ada. Bagi saya org melayu ni ramai yg senang melenting. Tapi kita kena ingat, belajar je. Kata org tak kenal maka tak cinta. Pengalaman i belajar dulu macam2 ada, tapi mak bapak tak pula melenting  I tak pula mengadu macam2... memanglah kena rotan kalau tak buat kerja sekolah. sikap "tak apa" & "cincai" memang tak jalanlah di SRJKC. I dapati kalau kita belajar kat uni ke atau kerja ke memang ada bau2 perkauman. Ingat kawan2 kalau you all rasa benda2 macam ni you perlu ambil berat, terpulanglah. Bagi I kalau u boleh atasi & berkwan ngan semua adalah terbaik. I ingatlah ada kawan kat univ. dulu kata "ishh.. org cina tak mandi pagi..." bagi I, ni penting ke? Penting kalau u rasa, kita masih boleh bertuan di bumi bertuah ni sampai bila2... tapi kalau kita keluar negeri baru kita sedar siapa kita. Kita kena ingat daya saing dari hari2 ke hari kita kena lebih kuat, kita kena lebih peka kepada keadaan, bukannya harap org lain faham apa masalah kita. Adalah bagaimana kita boleh sesuaikan diri ngan org atau bangsa lain.
I selalu ingatkan anak2 I, jangan ingat kita leh dapat biasiswa atau ptptn lain kali. We need to work hard. Tabung sekarang & berlajar susah. Tengoklah kepada kaum & bangsa yg dah berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:38 PM | Show all posts

Reply #160 lela_manja1979's post

Kalau tak silap ada tp kat area atas sikit or dlm area Bukit mewah.

Jap nak google...

ni address:

Kumon Asia & Oceania Pte Ltd
Pusat Perkembangan Individu Mentari
No. 34A, Jalan Bukit Mewah 9
Taman Bukit Mewah
43000 Kajang, Selangor
Contact number: 012-3318 535

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 11:00 PM | Show all posts
Sajer nak tanya kat forumers ...selain tution - mandrin, agama class...ada tak xtiviti atau xtra class lain
anak u all attend? Cth music class, ballet, martial arts, etc. Camner la anak2 ni coup atau bahagikan masa
utk xtra class ni? Care to share...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 07:09 PM | Show all posts

Reply #165 mieciput's post

Hi meciput...

I memang agree apa yang u cakap...sememangnya kita tak boleh ambil pusing dengan perbezaan budaya mengikut kaum.  Stigma perkauman yang ada sekarang memang dah wujud dari zaman ke zaman dan I amat sangat berharap stigma begini di pudarkan consistently dari zaman ke zaman.  Macam u cakap that 'we need to work hard' memang i agree 100%...kita tak boleh lagi mengharap biasiswa or pinjaman lagi untu anak-anak kita.  Biarlah golongan yang amat memerlukan diberikan bantuan2 ini.

Actually, bila tengok children punya environment...they all tak tahu apa itu perkauman or perbezaan kaum that can lead to segregation.  I believe kita pun tak pernah ajar anak-anak kita untuk treat people differently according to races tapi through development they will also learn about it... as u said bila ada segelintir kat sekolah and uni. yang bersikap racial kan.

I tengok anak I sekarang at tadika being the only malay...tak de masalah terpinggir ke apa...they hold hands...they play catch, hide and seek...simply because they are children and innocent.  Tapi whilst growing they will eventually learn that they are different in terms of race and social treatment given to different races.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2007 07:16 PM | Show all posts
sambung lagi sket...

I believe apa yang penting...peranan kita untuk didik anak-anak kita to treat everybody equally...and avoid becoming golongan segelintir tu. My experience belajar kat sekolah yang ramai chinese and other races...okay...no problem at all and sekarang ni i tgh sambung belajar part time and most of my friends are from other races..pun tak de masalah...notes sharing, group work etc.

As long as our conscience is clear...tak de perasaan negatif and take it in good faith...insya-allah...kita boleh hindar dan harungi stigma yang ada wujud ini.

Wallah hua'lam...
Reply

Use magic Report

lela_manja1979 This user has been deleted
Post time 13-8-2007 09:56 AM | Show all posts

Reply #166 Shahir's post

Thanks Shahir.
Sebagai parent menjadi tanggung jawab mendorong dan memberi semangat pada anak2 kita. 揔ita mesti berani mencuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:05 AM | Show all posts

Reply #167 Shahir's post

All my children starting 5 years old belajar berenang, tapi cuma seminggu sekali masa hujung minggu.  Tu pun kami kena sacrify masa untuk balik kampung atau jalan2 anytime, semua kena rancang in advance.  Tapi every Ramadhan sampai habis hariraya memang cuti panjang.

Tiap kali cuti sekolah memang bawak budak2 jalan jauh (termasuk kampung) untuk make up masa hujung minggu yg tak pegi mana2 tu.

Yg darjah 5 tu, dah habis belajar semua teknik, sekarang ni berlatih je tiap2 minggu 20 laps.  Tahun depan baru nak start tae kwan do.

Lepas maghrib tiap hari, husband aku suruh tiap2 anak baca buku yg diaorang guna kat sekolah agama.  Tulisan jawi font kecik2, aku pun merangkak2 baca, anak2 aku baca laju je.   

Kat sekolah pulak aktiviti kokurikulum anak aku masuk pengakap.  Tapi so far aku tengok tak banyak pun aktiviti dia, mostly belajar dalam kelas je.  Itupun jumpa beberapa kali je setahun. Berbeza dgn aku masa pandu puteri sekolah rendah dulu, ada je aktiviti masa hari Sabtu.   Mungkin ini satu lagi kelemahan sekolah Cina.

[ Last edited by  aurorae at 13-8-2007 10:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:40 AM | Show all posts

Reply #156 mommyallya's post

mommyalya da pindah ke sekarang?? ehehe...rupa2nya kita lebey kurang sejiran la ek??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:45 PM | Show all posts
MCA now tgh fight for Maths and Science in Mandarin for UPSR next yr.

Just wondering anak u all belajar maths and science in BOTH English and Mandarin. Which one yg senang ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 12:47 AM | Show all posts

Reply #172 erleyna's post

Hi erleyna...

Ha'ah...nampaknya kite ni memang dalam radius yang berdekatan...I belum pindah lagi...most likely tahun depan la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:17 PM | Show all posts

Reply #174 mommyallya's post

oooo..... ok
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:18 PM | Show all posts

Reply #173 macademia's post

ntah la eh... kalo tanya anak i mesti dia jawab sama jer...

exam baru ni math in english dia dapat 96%. yang chinese dia dapat 100%... lebey kurang je la kan.... science i tak ingat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 02:46 PM | Show all posts

Reply #173 macademia's post

Memang patut pun MCA minta Sains & Math in Mandarin. Sebab I rasa paling baik belajar dlm bahasa ibunda kalau nak senang faham. Tapi yg peliknya SK awal2 lagi dah tukar ke English. Base pada pengalaman I, senang belajar benda2 ni dlm bahasa ibunda. Bukan semua org yg faham English tu boleh buat Sains & Maths. Rasanya sifir dalam bahasa cina jauh lebih senang untuk hafal. Contohnya : 2 x 2 = 4, kita baca "er er shi" atau "2 2 4"(satu nafas je), sama ngan bahasa Jepun. Kalau BM payah skit ler "dua kali dua empat" belum lagi "dua belas kali dua belas seratus empat puluh empat"  Kalau dalam matapelajaran sains, biasa nya English term dia kita tak bayangkan apa bendanya. Tapi kalau mandarin ke, senang je, kita tahu je character2 dia, terus kita tahu maksud dia. Sama kalau dalam engineering atau medical term, kebanyakan guna Latin or German words yg di Englishkan, mana yg faham. tapi kalau mandarin, simple saja. )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 22-8-2007 02:18 PM
ntah la eh... kalo tanya anak i mesti dia jawab sama jer...

exam baru ni math in english dia dapat 96%. yang chinese dia dapat 100%... lebey kurang je la kan.... science i tak ingat


wow terrornya anak u..... lagi terror dari anak kawan i (chinese) yg dok tuition sejak kindy..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #173 macademia's post

Ni apa yg i nampak ttng pencapaian anak i dlm english maths vs mandrin maths...setakat ni
result dia lebih kurang sama jer. Contoh kalau english maths dia dpt 90%, dia nyer mandrin maths pun dlm
lingkungan tu gak...kalau english maths drop to 75%...mesti mandrin maths dia pun akan jatuh gak...dpt 70++..
kesimpulannya...kedua2nya lebih kurang sama jer...

Cuma kalau ditanya ttng sifir....mesti dia akan hafal dlm mandrin. Sbb katanya lebih senang lg hafal sifir dlm mandrin...even kalau wat problem maths pun dia lebih senang do the '+' or'-' dlm bahasa cina.
Ni cam yg meciput cakap la...er...er...shi...tu...senang dan cepat lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:01 AM | Show all posts

Reply #178 macademia's post

tatau la... mmm kalo nak tgk markah awal tahun dulu... emmmm40% pon dia tak lepas!

anak i tengah seronok sekolah...tu kemaruk nak belajar memacam tu...

tapi ku ada satu kemusykilan la.... banyak kali da tanya anak i, ada tak cikgu suh hafal sifir?? dia kata cikgu takde tekankan sangat hafal ni..sekarang praktis biasa2 je hafal sifir 2.

itu pon i notice sejak i sibuk suh dia hafal sifir, dia komplen kata cekgu tak de suruh pon hafal sifir...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.230055 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list