CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 10-4-2007 12:50 PM | Show all posts
untung mcm tu. rumah liz tak tau mana ada tadika chinese .. so far islamic dan english jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 09:55 PM | Show all posts

Reply #121 mix_chinese's post

Kat area salak south mesti ada....atau pun kat area tmn midah.
Tapi area2 nih jauh skitlah drp rmh Liz.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 03:28 PM | Show all posts
nie i nak berkongsi pengalaman hubby i masa dia sekolah cina dulu..my hubby sekolah cina kampung...dia cerita dulu masa dia sekolah cina cikgu sume garang2 esp bab belajor matematik...my hubby kata kena rotan tue dah perkara biasa bagi dia...tue sebab my hubby nie terror matematik..dia kalau bab mengira mula lah dia cakap cina..even sifir pun dia baca guna bahasa cina..kalau suruh dia baca sifir bahasa melayu memang tergagap-gagap..pas tue dia cakap lagi kalau time waktu rehat bebudak cina selamba jer bawak bekal lauk "babi"..

yang seronoknya kelebihan berbahasa cina bila time kerja..semua org cina kat opis dia takut nak kutuk dia sebab dia paham bahasa cina..nak membeli belah pun senang..yang paling mahal sekali ialah orang cina takkan berani pandang rendah pada dia..

i ada tanya dia kenapa dia tak nak hantar anak2 dia sekolah cina..? antara reason dia sebab dia tak nak anak2 jadi macam dia...bila nak buat homework kalau tak tau mak pak tak bleh nak ajar...pas tue belajar agama pun out..dia tak nak anak2 jadi macam tue..dan satu lagi dia cukup malu nak bgtau kat org yg dia dulu pernah sekolah cina..even my parents pun dia tak nak bgtau...

so, sesiapa yang nak hantar anak2 sekolah cina tue kena pikirlah sebaik-baik nyer...kalau anak nak buat homework nanti mesti fikirkan ada tak tempat diaorg nak refer.....macamana ngan kelas agama..makan..minum...jgn nak sangat anak pandai cakap cina yg lain semua tolak tepi...dan yang paling penting jgn hantar anak setakat darjah 6 jer..biarlah ada kesinambungannyer....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:03 PM | Show all posts
Terpanggil I untuk beri pendapat pasal tajuk ini. I adalah product SRJKC & I nak kongsikan suka duka perjalanan hidup di SRJKC. Syukur yg amat sgt buat kedua org tua yg membuat pilihan ini dulu. Memang payah nak adapt diri di sekolah SRJKC, tambahan pula zaman 80'an dulu kurangnya pelajar melayu disana. Dalam satu sekolah tu boleh jumpa 1, 2 org dah kira baik. Tahun pertama, kedua, ketiga memanglah rasanya malas nak ke sekolah. Tambahan pula kalau tak tahu tak ada tempat nak mengadu. Sekolah cina ni banyak sgt kerja sekolah, hari2 ada, nak cuti sekolah lagi la bertimbun kerja sekolah. So tiap malam yg sanggup melayan kerenah I, kedua org tua. Malah kadang2 mak tolong tuliskan kerja rumah. So hari2 kerja I menyalin saja segala perkataan yg ada atas buku, hanya lepas tahun ke 4 saja, I berjaya mengguna sedikit perkataannya. Mula dari saat inilah, terasa seronoknya belajar bahasa cina, hinggalah ke penilaian darjah 5, siap masuk kelas peralihan lagi masa tu & ambil SRP & SPM semua tak tinggal ambil mandarin. Kata org rezeki tu ada, lepas tu dpt melanjutkan pelajaran kat Jepun & dari situ minat terhadap bahasa asing bertambah2. Sampaikan I rediscover keseronokan belajar budaya asing. Lepas dapat degree & bekerja. I rasa cukup selesa bila bertutur & menulis ngan boss dlm bahasa Jepun & ngan org bawahan bahasa mandarin. Bagi I yg penting adalah semangat & rajin. Kita kena contoh apa2 yg baik dari budaya lain. Kalau kita rasa nak bagi kelaian hidup kepada anak2, eloklah difikirkan apa yg terbaik utk mereka. Kalau rasa kita nak anak2 kita hidup terus je macam kita di level sekarang, silakan lah. Semuanya tepuk dada tanya selera. Memang tak dapat dinafikan sekolah cina lemah bahasa english & I tak nampak tu satu halangan utk berjaya dlm hidup atau kerjaya. Kecuali you dlm bidang law atau nak tulis buku atau jadi cikgu english ok la... but kalau nak jadi engineer ke doktor ke atau executive berjaya ke yg penting sanggup belajar & jangan malas. I lihat ramai golongan professional kita, bila di tempat kerja pun tak bergaul ngan bangsa lain, selalu beranggapan negative terhadap org. Bagi I siapa rajin ke depan, siapa malas tinggallah di situ.
I selalu harapkan generasi I yg akan datang dapat life yg jauh lebih baik dari apa yg I kecapi sekarang. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by mieciput at 18-4-2007 02:03 PM
Terpanggil I untuk beri pendapat pasal tajuk ini. I adalah product SRJKC & I nak kongsikan suka duka perjalanan hidup di SRJKC. Syukur yg amat sgt buat kedua org tua yg membuat pilihan ini du ...


meiciput.....meiciput....

Ni nak tanya skit kat you, nak minta pendapat/nasihat/tips.
B'mana cara nak lulus dgn cemerlang dlm kertas Penulisan?

A'bila tanya cikgu sklh jawabnya :
Rata2 guru mandrin kata " read alot...understand the words..."
dan yg bosan skali ialah bila guru2 ni sebut "he's ok better than other
malays in the class and consider good coz he comes from a non-mandrin
speaking background'. Alamak....I tak nak ok jer....wanna be as good as the
chinese especially the top students...

So, camner nak kasi lg power dlm kertas penulisan?

Anyone yg ada anak kat SJKC pun are welcome to share the experience.
Thnx.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 17-5-2007 10:36 AM


meiciput.....meiciput....

Ni nak tanya skit kat you, nak minta pendapat/nasihat/tips.
B'mana cara nak lulus dgn cemerlang dlm kertas Penulisan?

A'bila tanya cikgu sklh jawabnya :
Ra ...


kalau nak cemerlang penulisan/pemahaman, pergila tuition sekejap kat cikgu BM sekolah kebangsaan.
Sampai dia faham konsep.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #126 macademia's post

Penulisan. Tak ada cara lain dengan cara latih tubi saja. I selalu buat adalah baca newspaper, baca buku (banyak banhan bacaan Mandarin ni) then tiru macamana mereka tulis. Lama ke lamaan you pun boleh tulis. Tapi kena ingat, kalau kita meniru tu, make sure buat yg lebih bagus dari yg asal (prinsip org Nipon).
Sama saja kalau you hantar anak gi belajar Kumon atau Sachita method, caranya adalah melalui latihan & brain mapping je. Selamat mencuba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #123 ibuina's post

Ibuina, so sorry dgn your hubby dengan pengalaman tak best masa belajar dulu, tapi hasil yang dituai sekarang ni ok kan.   Some of your concern tu anak saya pun hadapi macam buat homework parents tak dapat ajar dan masalah makanan.  Cuma bab sekolah agama tu rasanya anak2 saya ok sama mcm murid dari sekolah kebangsaan.

Anak pertama memang kesian, semua kena belajar sendiri, tapi yang adik2nya alhamdulillah kami dah ada pengalaman dan abangnya pun dah boleh ajar.

Sebab tu bagi saya yg paling penting tengok keupayaan anak, kalau dia tak boleh bawa jangan paksa.  Nanti self-esteem dia jatuh, and we don't want it to happen to our children.

[ Last edited by  aurorae at 26-6-2007 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #124 mieciput's post

Mieciput baru je jumpa nick you kat forum travel middle east.   Your experience ni boleh jadi panduan dan motivasi untuk my children especially masa diaorang down habis.   My son dari segi pergaulan memang ok, kawan2 rapatnya kat rumah pun sorang melayu mix cina dan sorang india.  Speaking cina dengan budak mix tu, english dengan kawan india, sealng seli dengan bahasa melayu.  Ada gak saya gurau2 suruh dia belajar tamil dengan kawan dia tu.  

Dengan bebudak melayu pun dia ok, cuma saya je yg agak memilih sebab mostly budak2 kawasan kami jenis tak suka pegi sekolah.  Ni yg parents kontraktor kaya tapi belajar tak tinggi.  Bahaya la, duit banyak + malas belajar.  Dah nampak contoh kat perumahan mak saya, budak2 jenis ni end up tak habis sekolah dan asyik nak enjoy je.  Setakat nak tukar2 game atau buku komik ok la, tapi tak bagi dia ikut diaorang merayau sana sini.

Plan saya, bila dah masuk sekolah menengah, nak concentrate bahasa Arab pulak.  Itule harapan kitaorang, supaya anak2 boleh menguasai bahasa2 penting dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:04 PM | Show all posts

Reply #47 akubest's post

aku pon semangat melayu lebih.....sumer benda aku nak utamakan orang melayu. beli barang ker...shopping ker...isi minyak ke sumer ku pilih kedai melayu. aku nak bantu tingkatkan ekonomi orang melayu walopun kena bayar mahal sikit. sampai nak bli suratkabar pon pegi ujung taman umah aku sebab nak beli ngan orang melayu.ku memang utamakan kaum ku. tapi aku sekolahkan anak kat sekolah cina.

kenapa?

sebab, aku nak anak aku belajar susah senang kehidupan. aku da biasa ngan susah. perit sangat hidup ni sepanjang aku membesar. padahal masa aku kecik2 takde pon kelorga aku miskin ker haper... bila tetiba rasa susah. aku jadik cam tertekan lebih2.

jadik, aku rasa nak latih anak aku erti susah dari kecik. bukan pasal math...pasal bahasa mungkin ada la sikit. aku nak bagi dia peluang blajar bahasa lain... tapi sebab utama ialah aku nak ajar dia jadik "kebal" dengan cabaran. tengok orang cina. depa ni selalu dianaktirikan dalam kerajaan kita ni. nak buat tokong takde peruntukan. kena collect duit, beli tanah, bina sendiri. orang melayu? modal surat jer ada la agensi nak bagi duit bina masjid. sebab tu depa tau appreciate compared to malays... cina kena kerja keras nak masuk IPTA. melayu tak payah nak risau sangat. study lebih sikit...banyak kuota nak masuk U. cina kena bayar lebih untuk beli rumah. melayu? ada harga bumiputera...kan? sebab tu cina kebal ngan cabaran idup. walo g negara mana pon ada cina...depa memang leh idop!!

ku kerja gomen dalam bidang pembangunan orang kampung. pendekatan gomen kita ni memang "manjakan" bumiputera. sebab tu melayu kita kurang daya saing. orang2 miskin majoriti is melayu. ku pergi survey sampai kampung2... memang ku dapati depa ni miskin sebab MALAS. bukan sebab apa.... cemana tu? sikit-sikit minta bantuan. aku pon tension ngadap permohonan!!

lain lak citer...sori

kesimpulannya.... aku ok je anakku sekolah cina. walopun memang kena pengorbanan sikit...
1.ari2 kena bawakkan bekal makanan...sebab takde makanan halal (walaupon indon masak tapi ku tak bagi anakku makan).
2. PIBG lebih mahal.
3. aktiviti sangat banyak.
4. bulan posa pon balik skolah lambat..buka posa dalam kete,
5. cuti raya pendek jer...
6.homework pon melambak2 tetiap malam kena temankan dia.
dan banyak lagi laaa

tapi tu la aku rasa nak besarkan anak yg biasa2 memang usaha kita pon biasa2 tapi kalo nak besarkan anak yang luar biasa...usaha pon kena luar biasa...(ni ayat sedapkan ati sendiri ehehe)

terpulang kat masing2 nak menilai... ku rasakan itu yang terbaik jadi itu la pilihanku untuk anakku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 17-5-2007 10:36 AM


meiciput.....meiciput....

Ni nak tanya skit kat you, nak minta pendapat/nasihat/tips.
B'mana cara nak lulus dgn cemerlang dlm kertas Penulisan?

A'bila tanya cikgu sklh jawabnya :
Ra ...



shahir...
mmmmm nak citer sket... anak i ni kuat membca dan tak minat subject maths... totally diff ngan i n hubby..tatau mana dapat gen i dok latih dia dengan selalu suruh dia buat karangan...ada la buku tulis dia yang diletak kat dapor n everytime i masak i bagi dia satu topik cam Ayam, Rumah ker Kereta ker... apa2 la... suh dia tulis apa jer dia nak tulis...pasal tajuk tu.

ni pon i ikut sorang kakak opis ni yang amalkan...

i amalkan sejak doter 4yrs++....sebab dia memang rajin menulis. hasilnya: anak i mesti score 100% dalam bahasa melayu n english (so far la...) dalam tiap kali ujian n mid year exam. bagusla kot leh develop d punya skill berpikir dan terjemahkan dalam ayat. memula dulu kelakarlaaa tah apa2 citer...lama2 ayat dia makin bagus. u try la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:22 AM | Show all posts
dulu bila tgk kawan2 htr anak ke sekolah cina..aku pun pnh terfikir gak kalu ada rezeki dpt anak nak htr dia gi sekolah cina..tapi bila aku tgk budak2 skolah cina nie..kalu part homework..punyalah byk..pastu balik skolah pun lewat dari skolah biasa..mana nak sempat gi sekolah agama belah petang..org cina takperlah, diorg bukan islam..tak perlu nak belajar agama cam kita. Pastu kawan2 aku yg htr anak skolah cina, anak diorg takdelah pandai mana pun..so-so jer..Bagi aku kalu stakat nak anak pandai ckp cina..htr jer ke kelas bahasa mandarin..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 29-6-2007 06:04 PM
aku pon semangat melayu lebih.....sumer benda aku nak utamakan orang melayu. beli barang ker...shopping ker...isi minyak ke sumer ku pilih kedai melayu. aku nak bantu tingkatkan ekonomi orang mel ...


FYI ada sekolah kebangsaan (selalunya sekolah2 cemerlang kebangsaan) yang beri banyak sangat homework, kelas2 bimbingan wajib as early as std 3  dan nonstop activities (koko). These schools selalunya mmg top in UPSR/PMR/SPM. Homework2 mereka ni kadang2 kalah sekolah Cina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #132 midori88's post

Memang betul start dari darjah 4, budak2 sekolah cina  ni balik lewat, pukul 3 pm baru balik sebab ada kelas tusyen cina, english dan melayu.  Tapi tak sure setiap hari atau seminggu sekali sebab anak kami dapat pengecualian.

Senang je, hubby aku tulis surat kat cikgu besar bagitau dia ada kelas agama sebelah petang, terus lulus tak yah stay back.

TErpulang pada mak bapak la nak anak pergi sekolahj agama ke pergi tusyen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #134 aurorae's post

oh camtu erk..balik kul 3..lewat gak erk..kesian kat budak..kalu ada anak, aku nak anak aku belajar ker haper ker..wat moderate jer dah ler..takyah nak teruk2 sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 02:30 PM | Show all posts
ermmmm.....i do admire kids with diff kind of ability esp in language tapikan....nak bandingkan sekolah bagus tak bagus dgn kelebihan homework yg diberikan oleh cikgu sekolah....rasanya menyimpang jauh drp matlamat pembelajaran itu sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #130 erleyna's post

sorry to say erleyna...me tak rasa masalah sekolah mana yg kita hantar, pendedahan tu bermula dr rumah....

sekolah hanya medium utk pembelajaran formal sedangkan rumah adalah tapak anak2 belajar segala jenis kehidupan...susah dirumah, susahlah kehidupan dia....

me setuju kalo pendedahan berbeza, mix around with other races
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 29-6-2007 06:21 PM



shahir...
mmmmm nak citer sket... anak i ni kuat membca dan tak minat subject maths... totally diff ngan i n hubby..tatau mana dapat gen i dok latih dia dengan selalu suruh di ...



Erleyna, rasanya menulis ni macam melukis jugak, disamping belajar teknik dan berlatih, bakat sedia ada tu sama penting.  Macam aku ni langsung tak ada bakat menulis, masa sekolah dulu bm dengan english harap markah non-essay je la.  Lepas tu first time berjauhan dari parents masa masuk kolej, satu malam tak tidur sebab trying so hard nak tulis surat kat mak.  Hasilnya adala satu muka surat.  Dalam tong sampah penuh kertas bergumpal2.

Adik aku pulak, mesin type writer dengan kertas a4 sentiasa ready n everytime idea dia datang, terus menulis.  Kadang2 aku curi baca tulisan dia, pehh macam tulisan penulis2 terkenal.  Tapi maths dia hancurla, tiap2 malam tusyen dengan aku.

Tu la kesian kat anak aku, sebab start darjah 4 sekolah dia tekankan essay.  Aku memang hopeless, cuma tolong bagi semangat je.  Tapi sekolah cina bagi sample essay dengan various kind of topics kan, pas tu masa upsr pemeriksa yang stress sebab nanti2 budak2 dari sekolah cina tulis benda yang sama je. Kat sekolah anak aku bm dan english peratus lulus sangat rendah, ~ 30% je, sebab tu cikgu struggle bagi tusyen lagi.  Sekolah tu  kat tengah2 kampung baru cina, most budak memang langsung tak reti cakap english dan melayu sebelum masuk sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 02:10 PM | Show all posts
Ini ada beberapa perkara yg I tempuhi dulu & sekarang ni. Memang tak dapat dinafikan memang susah mula2 nak belajar dulu. Tambahan pula dlm family tak ada sesiapa yg nak menolong. I pun pasal karang mengarang ni memang la teramat lemahnya, sampai sekarang tak juga pandai2 (bahasa apa pun). Tapi yg I belajar adalah kita kena tekun, kena selalu ulangkaji, kalau tak buat homework sure kena rotan kat sekolah. Kira2 semua kena hafal. I dulu pun sekolah kg. rata2 anak2 cina sana tak pandai bahasa melayu & english, tapi bab2 maths & sains ni semuanya minat. I tak pilih jurusan yg memerlukan penulisan pun utk kerjaya. Tapi yg I belajar, bila kita bukan sesama bangsa kita, kita jauh lebih kebal & bersedia utk survive.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 2-7-2007 05:47 PM



Erleyna, rasanya menulis ni macam melukis jugak, disamping belajar teknik dan berlatih, bakat sedia ada tu sama penting.  Macam aku ni langsung tak ada bakat menulis, masa sekolah dulu bm d ...


btollah...setuju la kot. sebab ku memang kayu abis bila bab melukis...

hik hik hik teringat dulu masa darjah 4 kena masuk spital, kakak bawakkan drawing block ngan colour suh i lukis kartun cam kat dinding wad tuh...tapi hasilnya ku lukis corak awan larat jerr.... sebab ku memang tak reti lukis akakakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080504 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list