CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41796|Reply: 192

Dialog sunah-syiah

[Copy link]
salmon This user has been deleted
Post time 24-5-2005 09:45 AM | Show all posts |Read mode
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM
PESHAWAR NIGHTS
[dialog sunni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:47 AM | Show all posts
TAMBAHAN BUKTI UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA KETURUNAN BIBI FATIMAH
ADALAH KETURUNAN NABI YANG SUCI

Ibn Abil-Hadid Mutazali, seorang ulama yang terkenal, didalam bukunya Sharh-I-Nahjul-Balagha [Commentary on the Peak of Eloquence] tulisan Amirul Mukminin Ali, dan Abu Bakr Razi didalam komentarnya, telah menyatakan ayat-ayat yang sama, berhujah bahawa Hasan dan Husain adalah dari pihak ibunya, anak-anak kepada nabi, dengan cara yang sama, sebagaimana Allah di dalam al-Quran yang suci telah memasukkan Isa di dalam keturunan Ibrahim dari sebelah pihak ibunya, Mariam.
Muhammad bin Yusof Ganji Shafii, didalam bukunya 慘ifayatut-Talib, dan Ibn Hajar Makki pada muka surat 74 dan 93 dari 慡awaiq Muhariqa dari Tabari dan Jabir bin Abdullah Ansari, dan Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dari Ibn Abbas
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:49 AM | Show all posts
MENGAPA SHIA MENYATUKAN SOLAT MEREKA

Nawab:                Mengapa shia menyatukan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak? Ini tidak mengikuti dengan apa yang telah menjadi amalan Rasul.

Shirazi:                Yang pertama sekali, diantara para-para ulama kamu, terdapat perbezaan pendapat mengenai isu ini. Yang keduanya, kamu katakan bahawa ianya menyalahi amalan nabi. Disini kamu telah tersalah, kerana nabi biasa melaksakannya dengan kedua-dua cara, ada kalanya diasingkan dan ada kalanya disatukan. Nawab Sahib, berpaling kepada ulama mereka, bertanya kepada mereka sama ada benar nabi mengerjakan solat dengan kedua-dua cara.

Hafiz:                Ya, baginda melaksakannya, tetapi hanya apabila baginda bermusafir atau apabila terdapat suatu bentuk halangan, seumpama hujan. Sebaliknya, apabila Baginda dirumah, baginda selalu akan melaksanakannya berasingan.

Shirazi:                Telah dirakamkan di dalam hadith kamu bahawa nabi biasa melaksanakan solat berasingan dan disatukan dirumah dan tanpa sebarang halangan. Banyak hadith yang mengesahkan fakta ini. Muslim bin Hajjaj di dalam sahihnya, di dalam Bab 慗ama抋 Bainas-salatain fil-Hazar,
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:50 AM | Show all posts
Shirazi:                Kerana semua penulis Sahih, seperti Muslim, Nisa抜, Ahmad bin Hanbal, dan penyampai-peyampai hadith, bagi Muslim, Mubhari dan ulama-ulama sunni yang terkenal telah menyebutkan perkara ini, maka mencukupilah bagi kami untuk mengatasi akan maksud tujuan ini. Tetapi yang sebenarnya, Bukhari juga ada merakamkan hadith ini di dalam sahihnya, tetapi dia dengan sengaja telah meletakkannya ditempat yang lain, tidak ditempat yang sepatutnya iaitu pada bab mengenai penyatuan dua solat. Jika kamu membaca pada Bab 態ab-e-Taakhiruz-zuhr lil-Asr Min Kitabe Mawaqitus-salat
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:50 AM | Show all posts
BAGAIMANA KETURUNAN ALLAMA BERHIJRAH DARI HIJAZ KE IRAN

Hafiz Sahib bertanya kepada Allama Sultanul-Waizin bagaimana keturunan beliau berhijrah dari Hijaz ke Iran. Beliau menceritakan sejarahnya dan juga bagaimana keturunan beliau telah dibunuh di Shiraz diatas perintah Khalifa Abbasiya. Pusara peringatan mereka masih mendapat kunjungan dari orang-orang dari tempat jauh yang datang berziarah. Yang termashor diantara mereka adalah Seyyed Amir Muhammad Abid, Seyyed Amir Ahmad [Shah Charagh] dan Seyyed Alaud-din Husain, kesemuanya adalah anak-anak Imam Musa Kazim. Terperinci mengenai keluarga beliau tidak dituliskan.

BAGAIMANA PUSARA AMIRUL MUKMININ ALI (AS) DITEMUI.

Penemuan pusara Amirul Mukminin Ali [as] yang suci juga disebut.

Hafiz:        Tetapi di dalam negara mana pusara Amirul Mukminin Imam Ali [as] ditemui setelah 150 tahun berlalu setelah kematian beliau?

Shirazi:                Kerana penindasan dan serangan yang kejam dari Bani Umayyad dimasa yang akhir pada kehidupan Imam Ali, beliau mengarahkan di dalam wasiatnya bahawa jasad beliau hendaklah dikebumikan secara rahsia dimalam hari, dan jangan meninggalkan sebarang tanda yang keburan ada disitu. Hanya beberapa orang sahabat yang rapat besama anak-anak beliau yang hadir pada kebumian tersebut. Pada keesokkan harinya 21 Ramadhan apabila jasadnya hendak dikebumikan, dua perarakkan jenazah disediakan. Satu diarahkan untuk pergi ke Makah, yang satu lagi ke Madina. Itulah sebabnya mengapa bertahun-tahun lamanya pusara beliau tinggal rahsia, melainkan kepada beberapa orang sahabat dan anak-anak beliau.

Hafiz:                Mengapa tempat pusara beliau dirahsiakan?

Shirazi:         Mungkin kerana takut pada Umayyad yang tidak beragama. Mereka khususnya amat benci pada ahli keturunan nabil. Mereka mungkin akan membongkar pusara tersebut.

Hafiz:                Tetapi adakah mungkin bagi seorang Muslim, walaupun bermusuhan, akan membongkar kuburan saudara Muslim yang lain?

Shirazi:                Pernahkah kamu mempelajari sejarah Umayyad? Semenjak dari mulanya dinasti terkutuk ini berkuasa pintu penindasan telah terbuka diantara Muslim. Astarfirrullah!! Kekejaman apa yang mereka lakukan, darah apa yang mereka tumpahkan, dan kehormatan apa yang mereka cabuli. Dengan malu yang amat sangat, ulama ulung kamu telah merakamkan jenayah-jenayah mereka yang banyak. Allama Maqrizi Abul-Abbas Ahmad bin Ali Shafii merakamkan kekejaman yang menyayat hati Umayyad di dalam bukunya 慉nnaza Wat-takhasum fima baina Bani Hashim wa Bani Umayya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:51 AM | Show all posts
PEMBONGKARAN KUBURAN OLEH BANI UMAYYAD

Sebagai contoh terhadap apa yang sanggup mereka lakukan, saya akan nyatakan dua peristiwa: Syahidnya Zaid bin Ali bin Husain, yang dikenali sebagai Zaid al-Syahid, dan syahidnya anak beliau, Yahya. Ahli sejarah dari kedua-dua golongan sunni dan shia merakamkan bahawa apabila Hisham bin Abdul Malik menjadi khalifa, dia telah melakukan banyak kezaliman. Khusus terhadap Bani Hashim, terlalu amat dibencinya. Akhirnya Zaid bin Ali, anak kepada Imam Ali Zainul-Abidin dan terkenal sebagai seorang ulama yang wara
Reply

Use magic Report

Follow Us
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:51 AM | Show all posts
PENEMUAN PUSARA AMIRUL MUKMININ ALI [AS]

Orang tua itu mengatakan bahawa dia tahu akan rahsianya, tetapi dia takut untuk mendedahkan. Khalifa memberikan jaminan terhadap keselamatannya, maka orang tua itu memberitahunya: 慡uatu ketika saya sampai ketempat ini bersama bapa saya, kami pergi kebukit kecil itu dan bersolat disana. Apabila saya tanya bapa, apakah yang ada disana, bapa berkata bahawa mereka telah pergi kesana dengan Imam Jafar Sadiq untuk menziarah. Imam telah berkata bahawa itu adalah pusara datuknya yang suci, Amirul Mukminin Ali, dan bahawa tidak lama lagi ianya akan diketahui manusia.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:52 AM | Show all posts
SESSI 2
Jumaat malam, 24hb Rejab 1345 H

Hafiz:                Saya sungguh tertarik dengan perbualan yang penuh pengajaran berkenaan dengan keturunan kamu. Saya mengaku bahawa kamu adalah keturunan Nabi, tetapi saya merasa hairan bagaimana seorang yang terpelajar seperti kamu boleh dikuasai pengaruh musuh yang sungguh menghinakan. Setelah kamu tinggalkan laluan keturunan kamu yang gemilang, kini kamu menerima jalan mereka yang kafir dari Iran. Apa yang saya maksudkan adalah ikutan musuh yang bodoh, iaitu bidaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:52 AM | Show all posts
PENGERTIAN SHIA.

Shirazi:                Shia sebagaimana yang kamu tahu, bererti 憄engikut.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:53 AM | Show all posts
KEMULIAAN-KEMULIAAN SHIA.

Begitu juga, Abul-Muwayyid Muwafiq bin Ahmad Khawarizmi di dalam Bab 17 di 慚anaqib
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:53 AM | Show all posts
KEMULIAAN SHIA DIBUKTIKAN DARI BUKU-BUKU SUNNI.

Manusia kemudian bersurai kerana menyahut panggilan azan Isyak. Setelah solat, Mulla Abdul-Hayy kembali dengan buku-buku dan komentar oleh Suyuti, Mawaddatul-Qurba, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, dan Manaqib oleh Khawarizmi. Dia membaca darinya hadith-hadith yang telah disebutkan oleh Shirazi dalam perbincangan, sekadar untuk mengesahkan. Oleh kerana rujukan beliau tepat, ekspresi [gambaran] wajah mereka-mereka yang di kem bertentangan berubah. Dalam pada itu, di dalam Mawaddatul-Qurba, mereka temui sebuah hadith lagi. Nabi berkata: 慜 Ali, pada Hari Pengadilan, kamu dan shia mu akan datang kepada Allah benar-benar puas dan bergembira, sedangkan musuh kamu didalam kesedihan dan tangan terikat.

Shirazi:                Ini adalah hujah-hujah yang terang, disokong oleh Kitab Allah, oleh hadith-hadith yang sahih dan juga oleh sejarah. Sokongan dari hujah saya datang dari buku-buku ulama kamu yang terkenal. Ini adalah sebagai tambahan kepada penyampaian yang banyak terdapat di dalam buku-buku komentari shia. Menggunakan buku-buku yang ada dihadapan kamu saya boleh membentang terus hujah-hujah yang dapat menyokong pada tajuk yang sedang diperbincangkan sehingga pagi esok, insya Allah; tetapi saya fikir apa yang telah dinyatakan sudah memadai untuk menghapuskan sebarang keraguan terhadap shia.
Hadirin yang dihormati, kami shia bukanlah Yahudi. Kami adalah pengikut Nabi Muhammad. Permulaan perkataan 憇hia
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:54 AM | Show all posts
ORANG IRAN BERTERIMA KASIH TERHADAP SIMPATI ALI.

Selain dari keadaan ini, orang Iran berterima kasih kepada Ali terhadap simpatinya mengenai layanan terhadap puteri-puteri Iran yang ditawan Arab. Apabila orang tawanan Mada抜n [Taisfun] dibawa ke Madina, khalifa kedua memerintahkan kesemua tawanan wanita dijadikan hamba Muslim. Ali melarangnya dan berkata bahawa puteri-puteri dikecualikan dan perlu dihormati. Dua dari tawanan tersebut adalah anak perempuan Raja Yazdigerd, Iran dan tidak boleh dijadikan hamba. Khalifa bertanya apa yang perlu dilakukan. Ali berkata setiap mereka diperbolehkan memilih suami dari orang Islam. Dari itu, Shahzanan memilih Muhammad bin Abu Bakr [yang telah dibesar oleh Ali], puteri yang seorang lagi, Shahbahu, memilih Imam Husain, cucu Nabi. Keduanya pergi kerumah suami mereka setelah dinikahi dengan sah. Shahzanan melahirkan seorang anak lelaki, Qasim Faqih, bapa kepada Umme Farwa, ibu kepada Imam keenam Imam Jafar as-Sadiq. Imam Zain抲l-Abidin, Imam kami keempat, adalah anak Shahbanu. Maka ujudnya shia tiada ada kena mengena dengan masa Harun  dan Ma抦un atau dengan pemerintahan Dinasti Safavid di Iran sebagaimana kamu katakan terdahulu. Ianya  secara terbuka telah disebarkan pada kurun ke 7 sebelum kerajaan Safavid [ i.e. di kurun ke 4 H] apabila Dalamites [Buwayyid] memerintah. Dalam tahun 694 H kerajaan Iran diperintah oleh Ghazan Khan Mughul [yang nama Islamnya adalah Muhammad]. Semenjak masa itu, kepercayaan ahlul bayt Nabi diucapkan secara bebas, shia mula berkembang. Setelah kematian Ghazan Khan Mughul di tahun 707 H, saudaranya Muhammad Shah Khuda Bandeh menjadi pemerintah Iran. Dia mengadakan perbincangan diantara Allama Hilli seorang ulama shia, dengan Khwaja Nizamud-Din Abdul-Malik Maraghe抜, ketua mufti Shafii dan ulama sunni yang ter ulung diketika itu.

PERBINCANGAN ANTARA ALLAMA HILLI DENGAN KETUA MUFTI MENGENAI IMAMAH.

Tajuk perbincangan adalah Imamah. Allama telah menengahkan hujah yang bernas bahawa Ali adalah pengganti selepas Nabi, dan dengan meyakinkan telah mematahkan tuntutan pihak lawan, sehinggakan semua yang hadir benar-benar berpuas hati dengan penjelasan Allama. Khwaja Nizamud-Din mengakui bahawa hujah Allama tidak dapat dibantah. Tetapi dia mengatakan bahawa, oleh kerana dia telah mengikuti langkah-langkah mereka yang terdahulu, adalah tidak wajar untuk dia meninggalkannya sekarang. Dia rasakan adalah mustahak untuk mengekalkan perpaduan diantara muslim.

RAJA IRAN MENERIMA KEPERCAYAAN SHIA.

Raja mendengarkan kesemua hujah-hujah dengan penuh minat, menerima kedudukan shia itu sendiri, dan mengistiharkan shia di Iran. Dia kemudiannya mengarahkan kepada gabenor daerah bahawa pada setiap khutbah mingguan [syarahan dimasjid-masjid] hendaklah menyatakan hak Ali sebagai pengganti Nabi. Dia juga mengarah supaya kalimah dicetak pada dinar [wang emas] dengan cara sebegini: 慙a ilaha il抋llah; Muhammadan Rasulullah; Aliyyan Waliullah,
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:55 AM | Show all posts
ISLAM JUGA MENGHALANG PERKAUMAN.

Dunia telah melihat kekacauan yang paling dahsyat di negara barat, yang mana telah disebabkan oleh penindasan kaum. Dinegara tersebut orang berkulit hitam tidak dibenarkan di hotel, restaurant, gereja, dan ditempat perjumpaan orang kulit putih. Islam telah menghapuskan amalan tersebut 1 300 tahun dahulu, dan menyatakan bahawa semua Muslim tidak kira apa bangsanya, warna kulitnya, dan warganegara mana sekalipun ianya adalah bersaudara. Maka jika Arab telah menyeleweng, saya akan kutuk mereka, dan saya bersaudara dengan shia Iran yang lurus jalannya.
Kedua kamu telah menyamakan pelampau Iran dengan shia, yang berpegang kepada Tuhan yang Esa, dan telah mengikut Ali menurut yang diperintahkan oleh Nabi. Kami menganggap Ali sebagai seorang hamba Allah yang taat, dan yang telah dilantik oleh Allah sebagai pengganti Nabi.

KUTUKAN TERHADAP PELAMPAU.

Lebih-lebih lagi kami menolak mereka yang berkepercayaan yang bertentangan dengan kami, seperti Sabaiyya, Khitabiyya, Gharabiyya, Alawiyya, Mukhammasa, Bazighiyya, Nussairiyya, yang betaburan di dalam Iran, Mosul dan Syria. Kami shia berbeza dengan mereka, dan kami menganggap mereka kafir. Di dalam semua buku-buku yang ditulis oleh ulama shia dan juga ulama fiqh, puak Ghalis [pelampau] termasuk diantara mereka yang kafir, oleh kerana kepercayaan mereka bertentangan dengan shia. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa penyerapan roh kedalam jasad sesaorang adalah berkemungkinan [sebagaimana Jibril berada dihadapan Nabi dalam bentuk Dahiyya-e-kalbi], dan adalah kehendak Allah yang dia menjelma dalam bentuk manusia di dalam badan Ali. Atas sebab ini, mereka menganggap kedudukan Ali lebih tinggi dari Rasul. Khayalan yang sedemikian telah belaku dimasa hayat Ali. Sebahagian penduduk India dan Sudan datang kepada beliau dan mengatakan bahawa beliau adalah Allah.
Ali berulangkali melarang mereka dari pandangan tersebut, tetapi tidak berkesan. Akhirnya, sebagaimana telah tercatit di dalam sejarah, Ali telah mengarahkan mereka dibunuh didalam perigi yang penuh dengan asap. Peristiwa ini secara terperinci telah dinyatakan di dalam Baharul-Anwar, jilid VII, oleh seorang alim yang ulung, Agha Muhammad Baqir Majlisi. Amirul Mukminin dan Imam-Imam yang lain mengutuk keras manusia yang sedemikian. Ali berkata: 慜 Allah, saya amat membenci puak Ghullat [pelampau], sebagaimana Isa amat benci kepada kristian. Semoga Engkau mengabaikan mereka selamanya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:56 AM | Show all posts
SHIA TERPISAH DARI GHALIS.

Kami shia terpisah dari Ghalis. Biarlah mereka mengatakan diri mereka shia. Allah, Nabi yang suci, Ali dan keturunan beliau bencikan mereka. Ali telah memenjarakan ketua kumpulan Ghullat selama tiga hari, dan memerintahkannya supaya bertaubat dari kezalimannya. Apabila dia menolak, Ali telah menyuruhnya dibakar sampai mati. Jika kamu tidak dapat mengadakan sebuah bukupun yang menyanjung Ghulat, maka kamu paling tidaknya mengutuk ulama yang tidak bertanggong jawab pada memesongkan tanggapan sunni mengenai shia.
PENJELASAN MENGENAI SANJUNGAN TERHADAP IMAM-IMAM.

Hafiz:                Nasihat dari saudara berhak dipertimbangkan. Tetapi bolehkah kamu jelaskan beberapa perkara yang lain? Kamu selama ini telah mengatakan bahawa kamu tidak menyanjung sangat Imam-imam kamu. Kamu menganggap Ghullat sebagai hina dan hanya layak untuk neraka, tetapi kamu menggunakan ekspresi [ucapan] yang tidak bersesuaian mengenai Imam kamu. Kamu telah mengatakan: 慠ahmat Allah keatas mereka,
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:57 AM | Show all posts
SESSI 3
Sabtu malam, 25 Rejab 1345 H

Hafiz:                 Berdasarkan dari apa yang kamu katakan semalam, saya merumuskan bahawa shia terbahagi kepada beberapa golongan. Sila terangkan kepada kami puak yang mana kamu terima, supaya kita boleh menghadkan perbincangan ini terhadap golongan itu sahaja

SHIA TIDAK TERBAHAGI KEPADA GOLONGAN-GOLONGAN.

Saya tidak katakan shia terbahagi kepada golongan. Shia hanya taat kepada Allah dan mengikut Nabi dan keturunannya. Memang terdapat beberapa golongan yang telah mengambil pakai nama shia untuk memesongkan manusia. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada nama shia, untuk menyampaikan kepercayaan yang salah dan menyebarkan keraguan. Manusia yang tidak mengerti telah memasukkan mereka-mereka ini kedalam shia. Terdapat empat golongan, dua darinya masih diamalkan: Zaidiyya, Kaysaniyya, Qaddahiyya dan Ghullat.

ZAIDIYYAH.
Zaidiyyah mengikut Zaidi bin Ali bin Husain. Mereka menganggap anak Imam Zainul-Abidin, Zaid, menjadi penggantinya. Pada masa kini ramai golongan ini terdapat di Yaman dan kawasan sekitarnya. Mereka mempercayai bahawa dari keturunan Ali dan Fatima, Dia adalah 慖mam yang berpengetahuan, Taqwa, dan berani. Dia mengangkat senjata menentang musuh.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 09:58 AM | Show all posts
KEPERCAYAAN KEPADA SIKSAAN, PAHALA, SYURGA, NERAKA DAN HARI PENGADILAN.
Allah yang Maha Perkasa telah menentukan setiap ganjaran terhadap amalan kita, yang akan diberikan kepada kita di dalam syurga atau neraka. Hari bagi menentukan pemberian ganjaran ini dikatakan Hari Pengadilan. Apabila dunia ini telah kiamat, Allah akan menghidupkan semula semua makhluk di dunia ini dari mula hingga akhirnya. Dia akan menggumpulkan mereka di Mahsar, disuatu tempat dimana semua ruh dikumpulkan. Setelah dipertimbangkan dengan adil, setiap orang akan mendapat ganjaran atau siksaan menurut amalan mereka.
Perkara ini telah tertulis di dalam semua kitab-kitab Allah: Taurat, Injil dan juga al-Quran. Untuk kita, punca yang paling sahih sebagai petunjuk adalah al-Quran, yang telah sampai kepada kita semenjak dari zaman nabi tanpa ada sebarang perubahan. Kita bertindak mengikut arahan yang terkandung di dalamnya, dan kita berharap akan mendapat ganjaran dari Allah. Kita percaya di dalam segala arahan yang wajib yang ada di dalamnya seperti solat [namaz], puasa [ruza], zakat dan khums [cukai tahunan agama], haji dan jihad.

KEPERCAYAAN DI DALAM PERKARA-PERKARA AMALAN.
Begitu juga, kami percaya di dalam perkara-perkara amalan pada agama, termasuk yang wajib, yang sunnah, dan semua peraturan-peraturan yang lain yang telah sampai kepada kita melalui Nabi. Kami berazam untuk mematuhi dan melaksanakan sebaik mungkin yang terdaya. Dan kami menahan diri dari melakukan maksiat, kecil atau besar seperti minum arak, berjudi, fitnah, liwat, rasuah, membunuh, zalim dan lainnya yang dilarang di dalam al-Quran dan hadith.

KEPERCAYAAN KEPADA IMAM.
Kami shia percaya bahawa, sebagaimana adanya pesuruh dari Allah yang telah menyampaikan kepada kita perintah dan peraturan, dan yang telah dipilih dan diperkenalkan kepada kita oleh Allah, maka terdapat juga pengganti, khalifa [ketua] atau penjaga agama, yang juga dilantik oleh Allah, dan diperkenalkan kepada kita oleh Nabi. Begitulah peraturannya, semua Nabi Allah memperkenalkan penggantinya kepada ummah mereka. Rasul yang terakhir, yang paling sempurna dan paling tinggi diantara semua Nabi Allah, telah meninggalkan kepada pengikutnya Petunjuk untuk menolong manusia menjauhkan diri dari keraguan. Menurut dari hadith yang terkenal, baginda memperkenalkan kepada manusia 12 pengganti baginda: Pertama Ali Ibn Abi Talib. Imam yang terakhir, Mahdi, yang masih berada didunia tetapi tersembunyi, akan keluar pada masa akan datang yang tidak diketahui manusia, dan akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keamanan.
Shia Imamiyya juga percaya bahawa kesemua 12 Imam ini telah dipilih oleh Allah, dan telah diperkenalkan kepada kita melalui Rasul yang akhir. Imam yang akhir telah ghaib dari pandangan [dengan arahan ilahi] sebagaimana Imam-imam yang terdahulu ghaib, semasa hayat Nabi-nabi yang terdahulu, sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh ulama kamu.
Jiwa yang suci ini telah diselamatkan oleh Allah supaya suatu hari nanti beliau akan memenuhi dunia ini dengan keadilan. Secara ringkas shia percaya kepada semua yang ada terkandung di dalam al-Quran dan hadith yang sahih. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kepercayaan ini, tidaklah hanya sebagai ikutan secara membuta tuli dari kedua ibu bapa saya tetapi dari pengajian dan hujah-hujah yang bernas dan yang diterima akal.

Hafiz:                Harap maaf tuan, saya amat berterima kasih kepada kamu kerana dapat memberikan penjelasan terhadap kepercayaan shia, tetapi terdapat hadith dan doa di dalam buku-buku kamu yang mengatakan sebaliknya dari keterangan kamu dan telah menunjukkan menyimpangnya shia.

Shirazi:                Harap dapat dinyatakan dengan tepat.

BANTAHAN TERHADAP HADITH MENGENAI MARIFA .
[HADITH MENGENAI PENGETAHUAN TERHADAP ALLAH]
Hafiz:                Di dalam 慣afsir-e-Safi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 10:00 AM | Show all posts
LAPORAN YANG ANEH DI DALAM KOLEKSI KEDUA SHEIKH BUKHARI DAN MUSLIM.
Shirazi:                Pertama, bahawa buku ini telah diterima oleh semua kommuniti [umma] adalah terbuka pada bangkangan. Kenyataan kamu dengan merujuk kepada Ibn Hajar adalah dengan sendirinya tidak diterima akal, kerana 100 juta Muslim tidak menerima pendapat ini. Makanya kesepakatan seluruh umma dalam perkara ini samalah seperti kesepakatan yang dikatakan oleh ulama kamu di dalam perkara perlantikan khalifa. Kedua, apa yang saya katakan berasaskan dari penghujahan yang diterima pakai. Jika kamu kaji buku-buku tersebut dengan minda yang terbuka, kamu akan terperanjat. Banyak dari ulama kamu yang terkenal, seperti Dar Qutni, Ibn Hazam, Allama Abul-fazl Jafar bin Thalabi di dalam bukunya 慘itabul-Imta
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 10:00 AM | Show all posts
AL-QURAN MENOLAK DOKTORIN ALLAH DAPAT DILIHAT.

Jika tidak terdapat sebarang bukti untuk menyangkal kenyataan diatas, ayat-ayat suci dari al-Quran dengan terang telah menolak doktorin yang mengatakan Allah dapat dilihat. Allah berkata: 慞andangan tidak dapat mengandongi Dia, dan Dia memperdapat [semua] penglihatan
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 10:01 AM | Show all posts
HADITH-E-THAQALAIN.
Untuk menekankan pada maksud yang sama, Nabi berkata di dalam hadith yang dipersetujui oleh kedua-dua golongan: 慦ahai manusia! Saya telah tinggalkan untuk kamu dua perkara yang hebat [bagi penguasa]: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada dua ini, niscaya kamu tidak akan menyimpang sesudah ku [kerana sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar]

Hafiz:                Kami tidak percaya pada hadith itu, yang mana kamu cuba ketengahkan. Terdapat banyak perubahan di dalam buku-buku kamu dan banyak contoh bagi syirik, umpama meminta sesuatu dari para Imam  yang sepatutnya diminta kepada Allah. Apa itu syirik? Syirik bererti memaling kepada sesaorang atau benda selain dari Allah untuk mendapatkan kepuasan atau keperluan. Telah dilihat bahawa shia tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka meminta kepada Imam. Ini tidak lain hanya syirik.

Shirazi:                Saya khuwatir kamu telah merobah fakta. Mungkin jika saya dibenarkan untuk menyatakan kepada kamu apakah syirik itu menurut pandangan para ulama Islam yang termashor dan menurut dari ayat-ayat suci al-Quran.

SYIRIK DAN JENIS-JENISNYA.
Syirik itu ada dua jenis: syirik zahir dan syirik bathin. Syirik zahir bererti mensekutukan sesaorang atau sesuatu dengan Allah yang Maha Sempurna atau dengan zatnya. Sekutukan dengan Allah bererti menyamakan sesuatu dengan keEsaanNya dan melafazkannya dengan lidah, seumpama Sanamiyya [penyembah berhala] atau Zoroastrian, yang mempercayai pada dua prinsip: cahaya dan kegelapan. Kristisn juga melakukan ini. Mereka mempercayai di dalam Trinity, tiga dalam satu, dan membahagi ketuhanan kepada tiga bahagian, bapa, anak, ruh suci. Mereka percaya pada kerekter-kerekter mereka yang berasingan bagi setiap satu, dan selagi ketiganya tidak bersatu, diri tuhan itu tidak akan sempurna. Al-Quran menolak kepercayaan ini, dan Allah yang Maha Berkuasa telah menyatakan keEsaanNya di dalam perkataan ini: 慡esungguhnya telah kafirlah yang berkata: Sesungguhnya Allah adalah yang tiga; tidak ada tuhan tetapi yang satu, Allah
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 10:02 AM | Show all posts
MENGENAI TAWARAN ATAU IKRAR.
Shirazi:                Jika kita ingin mengetahui kepercayaan bagi sesuatu umma, kita janganlah bergantung kepada manusia jahil dari komuniti tersebut. Kita hendaklah mempelajari buku-buku mereka yang dipercayai. Jika kamu hendak mempelajari shia, janganlah mulakan dengan pengemis shia yang dijalanan, yang menyebut-nyebut: 慜 Ali, O Imam Reza,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.542179 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list