CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: flameboy35

Pulau Tioman, Pahang

  [Copy link]
Post time 13-6-2005 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 3-6-2005 07:11 AM:
PRICE FOR SNORKELING GEAR IN TIOMAN





  Hi Shahgti, snorkelling gear untuk budak umur dalam 4 ke 6 th. ada tak untuk sewa nih? Ataupun aku patut beli sendiri untuk anak-anak aku. Life jacket budak ada tak? Kalau nak beli snorkeling gear dan life jacket budak di KL kat mana. I mean a really good sports store. I want a really good kid's mask that is comfortable and works! Aku punya mask yg. lama tak selesa. Aku pun  nak beli baru. hope somebody  can suggest a very good sports store that has a wide selection of gear for adults and kids.
     I'm in Us right now but will be leaving for a vacation in Malaysia soon. Should I just grab the gear for the kids here? I would prefer buying them over there as I don't want to carry a lot of stuff with me. We want to travel as light as possible because we'll be stopping in  a couple of other countries before proceeding the journey to M'sia.

     What's the price range of good comfortable mask, fin and snorle over there. Would it be cheaper in US or there,any idea? Thanks in advance guys!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2005 07:28 PM | Show all posts
Ish ish ish...penat nie...baru balik...seronok gila..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 2005-6-16 07:28 PM:
Ish ish ish...penat nie...baru balik...seronok gila..


pegi snorkeling pulau renggis tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2005 05:16 PM | Show all posts
ok ok...hmm baru rilek sikit..

Journey bermula dari Puduraya.Saya membeli tiket Bas Transnasional dari KL ke Mersing pada pukul 11.30 mlm beharga RM23.00...duduk jap untuk makan n minum sambil beli air bas pun muncul..

Saya pun naiki bas tu..Perjalana dari KL ke Seremban Ke Kuala Pilah Ke Muadzam Shah ke Endau Ke Rompin dan terakhir ialah Mersing..

Setibanya saya di mersing pada pukul 5.20 pagi..bas ni betul2 berhenti di tepi Jeti Mersing.Tak payah susah kalau takut sesat ke.Saya di sambut oleh org2 yg menjual tiket feri atau speed boat.Saya pun membeli tiket speedboat dgn harga Rm35.00 SEHALA.Selepas itu terpaksa lah melepak di Tempat menunggu kerana kedai makan tak bukak lagi.Kedai2 makan di sana bukak pada pukul 6.15 pagi.Setelah makan kami di panggil oleh penjual tiket mengatakan bahawa speedboat dah sampai(pukul 7.30 speed boat sampai)saya pun naiki..captain speed boat tu bernama Pak Awang..

Semasa lebih kurang dalam 15 minit kami menaiki speed boat dan jeti mersing pun dah jauh kelihatan...Tiba2 bot yg saya naiki tu tersangkut dan tak boleh bergerak.Aduh..saya menanya kepada pak awang kenapa?lalu di beritahu bahawa air cetek sangat..dia suruh saya melihat ke luar.saya pun melihat dan terkejut bahawa air terlalu cetek hingga kan paras lutut..enjin bot tersangkut tak boleh bergerak..lalu pak awang kata cuma boleh menunggu sehingga air pasang atau menolak bot tu..bot saya pula di naiki oleh budak2 yg hendal berkhemah lalu dorang meng offer kan untuk menolak..tolak punya tolak sampai lah ke laut lepas..Kami pun meneruskan perjalan balik..sungguh seronok..sesiapa kalau mabuk laut tu di ingat kan makan ubat tahan muntah kerana bot tu berhempas hempas kat ombak..tak lah kuat sangat..(cuba try duduk belakang tak lah kuat berhempas,kalau duduk depan mau pening kepala)Perjalanan menaiki bot mengambil masa dalam 1 jam setengah..tiba di jeti tekek pada pukul 9.30 (lambat kerana air cetek)

Setelah tiba di jeti tekek saya pun turun..sepatutnya saya turun di jeti berjaya kerana berjaya punya jeti sudah tutup..saya berjalan kaki dari jeti ke bandar mengambil masa tak sampai 2 minit..setelah itu saya menaiki Van berjaya untuk ke hotel..(guest hotel berjaya adalah percuma untk menaiki van ini)..dari jeti tekek ke berjaya mengambil masa dalam 10 minit sahaja..

Sampai di berjaya memang lawa chalet2 nya kawalan untuk masuk ke berjaya resor nie agak ketat kerana banyak guard bertujuan untuk keselamatan guest hotel..saya pun check in sepatut nya check in pada pukul 3.00 petang..di sebabkan saya pergi bukan pada cuti sekolah@hari minggu..saya pun di beri kelonggaran untuk check in awal.. saya diminta oleh pihak hotel untuk ke aktiviti corner untuk mendapat pamplet untuk aktiviti apa yg ada di berjaya n pulau tioman..selepas itu saya di hantar ke bilik..bilik ke hotel lobby memang jauh tapi nak ke entrance dekat..lebih kurang 350 meter dari bilik ke lobby..tapi jangan bimbang kerana berjaya menyediakan tempat jalan kaki n pokok2 yg rendang tanpa kita sedari tempat yg kita duduk nie jauh..Setelah masuk bilik saya pun berehat dan mandi..selepas itu keluar berjalan ke kedai makan tomyam berhampiran..dekat sahaja dari entrance berjaya tak sampai 3 minit..makan nasi kat sana..murah n sedap.Sesudah makan saya bercadang untuk tour satu resort berjaya..ada berbagai bagai aktiviti..donkey ride,golf,spa,beach volleyball..saya pun pergi menyewa snorkeling set lalu snorkel kat tepi2 berjaya(harga sewa adalah rm12.00 untuk sehari,towel berjaya free)alangkan terkejut nya saya kerana tepi laut bukan nya dalam hanya paras dada sahaja sudah banyak ikan..memang satu luar biasa..snorkel dah melihat ikan2 makan lumut kat tepi2 batu...sungguh indah..saya menghabis kan snorkeling lebih kurang dalam 4 jam..Setelah selesai snorkel saya pun berehat and nak minum petang..(kalau nak snorkel kena pakai sun block..beli yg water proof harga tak sampai RM30.00,kerana takut kulit jadi berbelang..dibelakang hitam dan di hadapan putih)saya pun minum petang dan pekena roti bakar dan goreng pisang..sedap n murah restoren di tepi berjaya tu..Sementara saya nak menunggu waktu makan malam saya pun berjalan2 sekitar berjaya..memang besar dan lawa..restoren sahaja nak dekat 6 buah..mcm2 ada..dari kedai serbeneka..tempat hiburan..karaoke..spa..fish pond..ish masa pun dah tiba saya balik ke hotel untuk bersiap2 hendak makan kat restoren yg sama di tepi berjaya..sampai luar gate berjaya sudah banyak van2 rusah nie di jadi kan sebagai teksi pulau..dorang membawa penumpang2 ke kampung tekek untuk makan kerana di tekek ada berbagai2 jenis restoren dan van2 nie mengenakan bayaran rm10 seorang pergi dan balik..saya cuma malam pertaman makan di restoren berdekatan sahaja..malas nak ke bandar..saya order ikan kerapau masak sweet sour..udang celop tepung,sotong bakar,kepah bakar,sayur campur,kangkong ikan masin(lauk untuk 2 org) dan air buah 3..semuanya dalam rm35.00..memang murah

balik ke hotel dan berjalan2 di sana..pemandangan memang cantik..pergi ke beach bar siap ada live band lagi..mcm2 game dorang ada beach chess(buah chess nye besar n tinggi paras pinggang),dart..pool dan mcm2 lagi..tapi selebih nya tengok ke indahan lah..

Pagi hari kedua bermula..bercadang agar hendak berjalan kaki ke bandar malas nak naiki van..saya bermula pada pukul 8.00 pagi..berjalan sampai ke bandar..perjalanan mengambil masa 45 minit..kerana nak mendaki bukit..sampai tengok kedai2 di sana ada bermacam2..pastu berjalan lagi untuk sarapan..saya sarapan di jeti makan roti canai(bila di bagi kuah cuba mintak ikan nya dorang akan bagi percuma..kadang2 dapt ikan tenggiri..ikut pada nasib) selepas makan saya pun ke terus kan perjalan untuk ke marine park..kami berjalan menyusuri  pantai dan kampung2 ke sana..elok untuk menyapu vaseline,sunblock dan lip balm kerana cuaca panas laut nie lain dari panas bandar..perjalan dari bandar tekek ke marine park nie mengambil masa dalam 1 jam terpulang pada jalan lah..jauh nya dalam 2 kilometer..sampai di marine park alangkah terkejut nya saya melihat berbagai2 jenis ikan di sana..tapi ingat kalau nak kesana elok membawa tuala,saya pun menyewa snorkeling set yg beharga cuma rm5.00,life jacket rm5.00,roti nak bagi ikan makan cuma rm1.00..kat sana tak payah bayar untuk mask just bayar sewa barang nak pakai sahaja mcm snorkeling set n life jacket je..kami meletak roti di dalam or tepi life jacket dan masuk kw dalam air..alangakah lawanya kerana banyak ikan datang dan makan roti kat keliling saya..seronok dan best sangat..setelah menghabiskan dalam 3 jam di sana..saya pun pulang ke ke tekek untuk makan tengah hari..saya makan kat tepi jeti..nasi campur mcm2 jenis ikan yg fresh2 ada..saya menerus kan perjalan ke hotel dan singgah ke duty free shop..ada 1 kedai sahaja yg besar yg lain ada jugak tapi tak besar sangat..kalau nak beli rokok harga cuma rm 4.60 sekotak besar..sekartun cuma rm 46.00 sahaja..beer cuma dari rm 1.50 ke rm2.50..(mahal lagi mineral water kerana mineral rm 2.00)kalau liqur pulak ikut pada jenis..kerana kalau kat KL Rm90.00 di tioman pulak RM 28.00 sahaja..oleh kerana saya pergi ngan member saya bukan islam dia terus penig tengok harga yg murah2...saya cuma beli rokok sahaja..kalau beli cotton t shirt pula cuma rm 6.00 ikut pada size..

Kami balik ke Berjaya..tiba di sana berehat kejap kami terus ke aktiviti corner saya terus nak ke pulau renggis..harga yg berjaya offer kan adalah rm 20.00 seorang termasuk snorkeling gear..iaitu mask,fin,life jacket and bot pegi and balik..cuma bawak badan sahaja..kerana kat pulau tu takde tempat nak letak bag..saya pun naiki bot dan kami ke pulau renggis..perjalan dari berjaya lebih kurang 2 minit sahaja kerana dekat sangat..saya memakai kelengkapa dan start snorkeling..memans syok dan terpegun melihat ke indahan batu2 karang di sana..ikan2 yg berbagai bentuk dan jenis memang best..karang2 yg berbagai warna..(jgn cuba hendak memegang takut cedera kerana coral nie sangat lah tajam)saya pun menghabiskan masa lebih kurang 3 jam disana..ikut pada kita berapa lama nak ke snorkeling berapa lama..

setelah habis ke saya pun ke bilik kerana tukar baju dan kami hendak berjalan ke bandar tekek untuk merasa seafood bbq kat bandar..cuma ada satu sahaja seafood bbq kat tekkek nie..(ia kat sebelah perumah kecil polis)..saya pun start berjalan..sampai sana sudah ramai yg menunggu..saya pun memilih ikan tenggiri musang setengah ekor..ikan pari setengah ekor(saya memilih setengah ekor kerana terlalu besar takut tak habis)udang harimau 5 ekor(udang nie sebesar tapak tangan)sate 20 cucuk..ketam bunga 3 ekor(semua seafood kat sini memang besar)kepak ayam 5 ekor..Ikan siakap paling kecik..nasi putih 2..harga untuk semua tu dan air coke dan beer 2 adalah rm 65.00...ikut kan harga memang murah kerana kami order untuk 4 org punya mkan..lapar lah katakan..hehehe~saya pun ke lepak kat ada satu bar mat saleh owner dia..minum orange juice and lepak tengok mtv kat sana..

balik selamat untuk ke berjaya kerana di tepi jalan nya amat ternag kerana ada lampu jalan..oleh kerana kekenyangan kami pun naik lah van@teksi pulau nie..saya tawar dapat lah rm5.00 untuk 2 ornag dari tekkek ke berjaya..malam pula kami berjalan di tepi pesisiran pantai berjaya sampai hujung..memang lawa dan nyaman boleh nampak ikan berlompat lompat..dalam perjalan balik saya pun ternampak biawak..mak datuk punya besar adalah sebesar buaya..ish ish ish...kat dlm are berjaya tu pelanduk pun ada..pelanduk liar..kadang2 boleh nampak dorang berlari2 are sana..memang biasa lah benda2 liar nie ada..pulau lah katakan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2005 05:16 PM | Show all posts
Saya pun balik ke area hotel dan karaoke kerana saya guest dan dapat lah murah discount..rugi kalau tak try..balik je ke bilik kami pun mengemas dan saya pun set kan alarm untuk banguk..nak check out pukul 7.30 kerana first feri ke mersing pada pukul 8.00 pagi..sebab bas ke KL cuma ada 11.30,12.30,6.30 dan 10.30...saya bercadang nak balik awal so..

kami pun bangun dah mandi..saya check out dan kami pun ke jeti tekek..di sana sepatutnya feri tiba pada pukul 8.00 tak tau kenapa..sudah pukul 8.15 masih tak sampai..saya pun mengambil kesempatan untuk sarapan di tepi2 jeti tu..masih menunggu dah setelah sekian lama saya menunggu feri pun sampai..harga tiket cuma rm30.00 dua tingkat..tingkat atas open air..feri nie pulak lama sikit perjalanan mengambil masa dalam 2 jam setengah ke 3 jam..feri nie besar dan  tak kuat sangatlah berhempas-hempas dan boleh mengelakan mabuk laut dan pening2 kepala..

sampai di satu tempat feri kami pun berhenti..adoi...rupa2 masalah yg sama iaitu air cetek..patut lah dia lambat ke jeti tekek rupanya air cetek..balik pun masalah yg sama..kami di arah kan oleh anak buah kapal tu untuk ke hadapan dan penuh kan ruan hadapan agar bot dapar bergerak walaupun lambat..saya pun samapai sana dlm pukul 11.45..aduh..saya bergegas ke tempat beli tiket bas..sekali dah penuh..saya meminta dan akhirnya penjual tiket tu kata kalau dia akan reserve kan tiket untuk saya..saya hanya menunggu keadaan jadi terumbang ambing kerana feri lambat itu sahaja masalah..kebanyakan pengunjung tioman yg ke nak balik ke kl terpaksa menaiki ke ke johor dan dari johor menaiki bas lain untuk ke kl..ada yg ke kuantan..saya pun tunggu dan dapat akhirnya..masuk dalam bas dan saya pun tidor kerana kepenatan..bas berlepas dari mersing pada pukul 12.30 tengah hari dan sampai di puduraya pada pukul 6.30..

TIPS-TIPS kalau nak ke tioman..elok pakai baju yg nipis2 dan seluar pendek kerana cuaca sangat panas..pakai kan sunblock yg water proof kerana kalau mandi or snorkeling tak lah kulit menjadi hitam dan terbakar..pakai vaseline untuk elakkan kan dari kulit mengelupas or kering kerana terlalu panas..jangan risau di tekek banyak chalet2 yg bagus2 seperti barborra..cuma berjaya yg paling mahal di situ dan bertaraf 4 bintang..makan pula banyak kedai2 makan..cuma kita perlu memilih dengan selera kita..bagi kalau banyak berjalan..kita masak air dalam bilik dan simpan dalam peti sejuk nanti bila keluar tak payaseperti coke kat kl rm1.00 kat sana rm3.00...fresh orange kotak besar rm 5.00...elok beli botol besar dan jerang je air pada waktu malam sebelum tido dan simpan dalam peti ais..esok dah boleh minum..kalau nak naik teksi laut or van nie...elok kita tanya dan tawar dulu harga dia..takut kena tekan harga..aktiviti paling elok sekali ialah round pulau2 area tioman kerana memang worth it duit yg kita bayar..saya tak sempat kerana bot round pulau dah terlepas..itu lah sahaja..palign elok kalau gi snorkeling..saya nak ucapkan thanks kat semua org yg dalam forum nie shahgti,tnakal,potpouri dan semua mod2 thanks again..thanks guys for the help..

[ Last edited by flameboy35 on 17-6-2005 at 05:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 2005-6-17 05:16 PM:
Saya pun balik ke area hotel dan karaoke kerana saya guest dan dapat lah murah discount..rugi kalau tak try..balik je ke bilik kami pun mengemas dan saya pun set kan alarm untuk banguk..nak check o ...




pendek kata Tioman ni memang best. so kepada yg belum pegi lagi eloklah plan utk pegi sebelum coral2 di Tioman ni dimusnahkan oleh projek2 pembangunan yg pesat. projek2 ni kalau tak di kawal maka very soon Tioman akan mengulang sejarah Pulau Langkawi yg suatu masa dulu kaya dgn coral yg cantik2 tapi sekarang apa pun dah tak tinggal lagi. So cepat2 pegi. jangan tak pegi. aku bagi 5 star recommendation for Tioman (tapi make sure pilih spot beach yg cantik2).


CORAL & IKAN DI PULAU RENGGIS TIOMAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2005 08:45 PM | Show all posts
memang betul kata shahgti nanti marine park tu akan di bangun kan menjadi underwater world tapi di bantah habis habisan oleh penduduk kampung kerana akan menyebabkan coral nanti pupus dan mati..oh ya lupa nak bagitau kalau nak tangkap gambar dlm laut mcm shahgti upload kan nie...korang boleh beli disposable underwater camera harga dia rm48 satu dan boleh amik 18 keping gambar...memang best dan woth it ngan duit yg keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 2005-6-17 08:45 PM:
memang betul kata shahgti nanti marine park tu akan di bangun kan menjadi underwater world tapi di bantah habis habisan oleh penduduk kampung kerana akan menyebabkan coral nanti pupus dan mati..oh  ...



bila aku tunjuk gambar ni kat kawan2 ramai yg ingat aku ambik gambar dari dlm laut. tapi yg sebenarnya aku ambik gambar dari atas bot. di sebabkan air lautnya punya jernih sampai nampak coral & ikan dgn jelas sekali sampai orang ingat aku ambil gambar dari dlm laut. itulah keindahan tioman. sebab tu la aku recommend sangat pi sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2005 01:46 AM | Show all posts
laaa...mati2 aku ingat kau amik dalam laut..ish ish ish...rupa2 atas laut lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 02:04 AM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 2005-6-18 01:46 AM:
laaa...mati2 aku ingat kau amik dalam laut..ish ish ish...rupa2 atas laut lah...



berapa sewa bilik paling murah kat Berjaya Resort?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 02:48 AM | Show all posts
tak pasti lah..nanti aku check ngan kau berapa bilik dia ok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 03:02 AM | Show all posts
harga dia sebenar nya ikut pada hari..kalau cuti sekolah,public holiday or weekends mahal jadi nya..kalau hari biasa murah lah...aku bagi kau 2 price iaitu kalu cuti sekolah paling mahal bilik ialah RM385 tak termasuk 15% tax n goverment charge..paling murah ialah rm275 sama jugak tak termasuk 15% charge..bilik standard chalet lah..single@double@queen bed..harga tu termasuk breakfast untuk 2 org..tapi breakfast dia memang best sebab ari tu dia punya hidangan melebihi 30 jenis...so take time lah..kalau hotel lain breakfast dia sekejap je..mcm dari pukul 8.00 sampai 10.30...tapi berjaya dari pukul 7.00 sampai 11.00...tu boleh makan puas2 tu...lagi pun kalau nak breakfast bayar kat berjaya harga dia nak kat RM45 seorang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 10:14 AM | Show all posts
Shah, boleh bgtau tak resort apa yg ada kat Salang beach tu? ada my friend suggest kalo pegi Tioman stay kat Salang beach tapi I tak tanya lak resort mana satu.. dengar cite flameboy ni membuatkan I bersemangat nak plan gi Tioman lak.. I memang suka snorkelling, so far paling cantik coral I penah jumpa kat pulau redang la.. (bukan kat marine park).. cantiknya masyallah tak ter'describe'lah.. so kalau dpt gi tioman dpt le I buat conclusion antara coral Tioman ngan coral Redang mana lagi cantik..

Info yg u all bagi memang berguna kalau I nak pegi nanti, thanks guys!:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 12:07 PM | Show all posts
Bila baca cite flameboy teringat masa gi Tioman dulu (2001) tapi masa tu dok kat apartment berjaya memang seronok.. betullah apa yg flameboy cite tu...kat marine park tu memang banyak ikan dan cantik2.. owen dulu siap dikejutkan oleh seekor ikan berwarna kuning sebesar dua tapak tangan memang cantik sebab ikan ni menyambar roti dari tangan owen...Tunggulah anak dsah besar sket memang nak ke sana lagi..lagipun umah parents kat Kuantan je ..tak jauh sangat kalau nak ke Mersing tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by Airis at 2005-6-20 10:14 AM:
Shah, boleh bgtau tak resort apa yg ada kat Salang beach tu? ada my friend suggest kalo pegi Tioman stay kat Salang beach tapi I tak tanya lak resort mana satu.. dengar cite flameboy ni membuatkan  ...






Salang Indah Resort
http://www.journeymalaysia.com/islandtiomansalangindah.htm

Salang Pusaka Resort
http://www.journeymalaysia.com/islandsalangpusaka.htm


Lain2 chalet/resort:

Salang Huts
Ella's place
Salang Beach Resort
Puteri Salang Inn
Pak Long's Chalet
Salang Sayang Resort
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 12:16 PM | Show all posts
suggest stay kat Salang Indah Resort (http://www.journeymalaysia.com/islandtiomansalangindah.htm) sebab serba serbi ada & dekat. Ada mini market, ada restaurent yg harganya berpatutan, ada diving centre, ada snorkeling trip service, ada round island service. Macam-macam adaaa.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2005 03:39 PM | Show all posts
my sis punya boyfren ada member kat tioman.. tapi tak sure la kat mana.. ada la offer ke tioman RM400 for 2 person termasuk tambang bot/feri and 3D 2N accomodation.. obviously ler bukan kat berjaya but it's cheap.. it's not like you gonna stay all day inside the room.. thinking of going there too.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2005 05:03 PM | Show all posts
kalau nak tengok pasal area salang try log on kat www.tioman.com.my korang trylah memang tak rugi coz kat sana memang puas hati lah...berbaloi ngan duit yg habis kan..aku maybe nak ke sana lagi..tapi duduk kat tempat lain mayge kat salang..tengah tengok budget dulu..
Reply

Use magic Report

neutralizer22 This user has been deleted
Post time 21-6-2005 04:30 PM | Show all posts
TAK PERNAH PEGI LAGIK
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 20-6-2005 12:16 PM:
suggest stay kat Salang Indah Resort (http://www.journeymalaysia.com/islandtiomansalangindah.htm) sebab serba serbi ada & dekat. Ada mini market, ada restaurent yg harganya berpatuta ...


Thanks Shah. Will take that into consideration. Actually byk2 pulau yg famous kat m'sia ni tioman I tak sampai lagi.. I've been to Redang, Kapas, Perhentian, Pangkor, Tinggi & Pemanggil, not forgetting pulau langkawi & pulau pinang hehehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073497 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list