CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arni_jamal

bahtera Nabi Noh yang ditemui kembali?? benarkah?

[Copy link]
Post time 15-8-2006 11:38 AM | Show all posts

Nuuh & Bahtera & Banjir & Peristiwa

Pembinaan Bahtera:

"Dan buatlah bahtera
dgn pengawasan serta kawalan Kami,
dan dgn panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
dan jgnlah engkau merayu kpdKu
utk menolong kaum yg zalim itu,
kerana sesungguhnya
mereka akan ditenggelamkan (dgn taufan)."         
- (SURAH HUD :37)


Bahtera Terdampar Di Tempat Tinggi:

Dan difirmankan:
"Hai bumi telanlah airmu,
dan hai langit hujan) berhentilah,"


dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan
dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit 'Judi',
dan dikatakan:

"Binasalah org2 yg zalim" - (SURAH HUD :44)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 10:07 AM | Show all posts






[ Last edited by  peret at 16-8-2006 10:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:19 AM | Show all posts

KISAH ED BEHLING

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yg. ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker ,kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat.. ia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yg. bernama Mustafa.(sebagaimana yg. diketahui orang kurdish dianggap "penjaga" gunung Ararat,,"Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini.." kata Edward Behling.
Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat "Noah Ark" itu sebelumnya,dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yg juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat "Noah Ark" tersebut.
Saya tidak membawa 'kamera' kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana "Noah Ark" itu letaknya bersempadan dgn Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yg telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke "Noah Ark",apatah lagi saya ini berbangsa asing.[orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai org luar]
Saya betul2 hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yg bertolak baru2 ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yg tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui  nescaya golongan muda yg memandu itu sekali2 tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yg dapat menghampiri "Noah Ark"  tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.
Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah2 sedang melalui sebuah lorong di celah2 batu dan salji turun dgn sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah2 tahu dgn tepat segala laluan yg dibawanya. setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat2 letih dan benar2 berharap mereka akan berhenti rehat  dengan tidak semena2 tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah
50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.
Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan
dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:20 AM | Show all posts

PENEMUAN DR ROBERT BALLARD

Sekali lagi cerita dari al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur'an dan juga Old Testament.
Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan
banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk "Research Ship Northern Horizon".
Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan
dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur"  
kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan
apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini  menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air
tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls.
Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air  masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".  
Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September
2000. Jamil Adimin Research  
and Graduate School University of Manchester.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:24 AM | Show all posts

Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey

Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yg terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra
Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 utk mencari kawasan jurang yg dikenali sbg Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yg sangat curam dan bahaya.
Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian2 tertentu di Mt.Ararat yg mana dikenalpasti oleh satelit sbg kawasan yg mungkin merupakan kawasan bahtera.  
Sebaik sahaja saya dekat dgn kawasan itu lapisan ais yg saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh2 kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang.
Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yg diperbuat drp kayu. Kira2 beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat2 ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yg ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.
  
Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah:
•        Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.  
•        Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
•        Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.
•        Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:27 AM | Show all posts
KeBesaran Ilahi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2006 11:27 AM | Show all posts

Tentang Banjir Nabi Nuuh

Pasal banjir zaman Nabi Allah Nuuh ni kan...

Dulu2 kepercayaan Sya:

1. a) Banjir Nabi Nuuh meliputi seluruh planet Bumi.
        (maknenya takde daratab yg tk tenggelam)

1. b) Semua species flora & fauna
        (berpasangan jantan & betinanya)
        dikutip, dikumpul, dimuatkan & diusung bersama
        di dlm bahtera Nuuh yg agung itu
.

Pastu theori ke2, yg Sya jumpa sekarang:


2. a) Banjir Nuuh hanya meliputi Mesopotamia.
        dahulunya,
        Istilah Mesopotamia bukan hanya sekadar
        meliputi Lembangan & lembah Tigris-Euphrates
        kat Iraq sekarang ni,
        bahkan mencangkupi area yg > luas.

2. b) Tidak semua species floral & fauna
         jantan betinanya diangkut bersama.
         Yg penting2 jer cam kambing, lembu, ayam,
         >ternakan yg bermanfaat
         utk guna supply dlm Bahtera
         dlm tempoh banjir.
        >bermanfaat guna lepas banjir.


Persoalan:

1. Dimanakah Nabi Nuuh membina bahtera yang hebat itu?

2. Apakah material yg digunakan? (kayu kokka?)

3. Benarkah bahtera Nuuh yg mgkagumkn itu
    dibina tanpa paku?
    (semalam Sya terbaca, terjemahan sepotong ayat Al-Furqan,
     ada mention "paku").


***Babah Sya ada buat satu ala2 scrapt book
      pasal keajaiban & everything related Bahtera Nuuh ni.
      Sya cari, mana ntah ilang, scrapt book
      yg penuh ngan newspaper article, magazine cutting...

***sebab tu alahai sukernyer hati baca thread ni..
      
    >Good facts from arni_jamal
      (itulah article yg Babah Sya
      taruk dlm scrapt book dia, thanx sebab dapat baca balik)

    >Good facts from King Peret. ni baru nih...
       suke tgk illusion bahtera yg jelas lg terang tu. baru real
.


**Sekian, have a nice day!**
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:50 AM | Show all posts
gambar yg peret tepek tu real ke???? kapal tu ada tangga??? camner binatang besar2 gajah nak naik tangga tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 11:22 AM | Show all posts
aku pun tak sure... tapi ko kena baca artikel yg di post dulu baru ko paham... mengikut cerita, bahtera Nabi Noh tertimbus dalam ais selama 2kurun yang menyebabkan keadaan bahtera tersebut terpelihara baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:09 PM | Show all posts
artikel tu saya pernah baca 6 tahun lepas. tak ada gambar sahih tentang keadaan kapal tu.

cerita kapal nabi noh penah tersiar dalam majalah mastika tak lama dulu.. tajuk artikel tu "makhluk asing bina kapal nabi nuh". sesapa penah baca rencana tu boleh share.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 10:34 AM | Show all posts

aa, ahh...

tempek lah, artikel mastika tu...
penah baca lamadah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 02:19 AM | Show all posts

petikan hikayat..."Perahu Nabi Nuh Rosak Sana Sini"

sya tak sure buleh kira related tak...
well, bubuh sajer lah kat sini...
mana tahu...

Nabi Nuh membuat bahtera di daratan yg jauh dgn laut atau sungai sehingga kaumnya
yg tidak beriman ramai yg membuli dan memperlinya.

Bermacam2 kisah yg ditampilkan oleh para penafsir
mengenai tempat dan pembuatan bahtera tersebut.

Seorg ahli Tafsir Syihabuddin Al-Alusi mengangkat beberapa riwayat mengenainya.

Menurut riwayat drp Al- Kalbi dan yg lainnya mengatakan bahawa
perahu tersebut dibuat drpd kayu jati  yg pokoknya ditanam oleh Nabi Nuh sendiri.

Baginda menunggu pokok tersebut selama 20 tahun atau 40 tahun,
sehinggalah pokok itu besar dan panjangnya mencapai 400 hasta.

Diriwayatkan pula dr Ibnu Jarir dan ulama lainnya,
bahawa perahu Nabi Nuh itu panjangnya
mencapai 1200 hasta & lebarnya 600 hasta.

Seterusnya Al-Alusi menyebutkan riwayat yg mengatakan
bahawa masa pembuatan perahu itu selama 30 tahun atau 40 tahun.

Di dlm riwayat yg lain disebutkan bahawa
masa pembuatan perahu tersebut selama 100 tahun atau 400 tahun.

Sementara tempat membuatnya pula ada 3 tempat iaitu di Kufah, di India atau di Syam.

Setelah menyebutkan pelbagai riwayat tersebut dgn panjang lebar,
barulah Al-Alusi menghubung-kait kandgn keberadaan perahu tersebut.

Menurut Al-Alusi,
bahawa jika sekiranya riwayat2 mengenai pembuatan perahu itu benar,
maka perahu itu tidak layak utk dinaiki,
kerana telah mengalami banyak kerosakan
dan kebocoran disebabkan terlalu lama masa pembuatannya.

(belum lagi tempat membuat di 3 tempat yg berjauhan.
Mula2 di Kufah, lalu diusung ke India,
kemudian diheret pula ke Syam).

Akhirnya Al-Alusi mengatakan bahawa
seseorg itu hanya cukup mempercayai
bahawa nabi Nuh AS
telah membuat perahu
spt yg diceritakan Allah dlm Al-Qur'an.

Tidak perlu mereka2 berapa panjangnya,
berapa lebarnya,
berapa masa dibuatnya,
kayu apa dibuatnya,
dan dimana pula ia dibuat.

Sebab kesemuanya
itu tdak ada disebutkan di dlm Al-Qur'an & hadith sahih.

Apa yg menarik lagi Nabi Nuh menanam pokok
terlebih dahulu utk membuat perahu itu.

Takkanlah ketika itu tdak ada pokok yg sesuai.
Sampai ke saat ini pun,
adalah sukar ditemui org ingin membuat bahtera
masih menanam pokonya terlebih dahulu.

SEKIAN, (petikan dari buku "5005 Senyum : Kisah 22, m/s 58-59, A.K. Alang Jaafar, publisher: Darul Nu'man)

[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 1-9-2006 09:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 12:50 PM | Show all posts
good info sya
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 1-9-2006 12:50 PM
good info sya


TQ, tapi sya sekadar menceduk dr buku,
type kat sini utk yg tak sempat nak selak buku...

ff:Alaaa, macam baca majalahlah kiranya baca posting ni...
Dulu hobi tanam bunga...
sekarang dah tak larat, 2 anak pun dah post kat kampung...
tunggu due date ajer nak masuk spital...
tu yg joint jadi member tu...
post aper2 yg patut...

Ha, Eiyoei...sila2...
ingat thread saka ajer hang suker...
:nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 07:49 PM | Show all posts
ko masuk sptial nanti sya jgn lupe kwn2 kat sini... ff:
nanti xde kwn nk cite pasai saka lg kat aku... ahaks...

Julai, 1951 sekumpulan pakar Russia meninjau lembah Kaat dengan harapan akan berjumpa sebuah lombong tetapi menemui beberapa kepingan papan reput di situ.

Sekumpulan pegawai mula menggali tempat itu kemudiannya dikejutkan dengan longgokan papan yang tertanam jauh di dalam perut bumi. Setelah meneliti mereka beranggapan bahawa ianya menyimpan satu misteri.

Dengan minat yang mendalam tempat itu digali lagi dan menghasilkan penemuan dengan kepingan-kepingan papan dan beberapa barang yang lain antaranya ialah papan berbentuk segi empat tepat. Menariknya di sini adalah ianya lebih berkeadaan baik dari papan-papan yang lain yang mengalami proses penguraian. Akhir tahun 1952, para pengkaji menyatakan bahawa ianya adalah merujuk kepada legenda bahtera nabi Nuh a.s. yang berada di puncak gunung Calff (judy). Papan tersebut terukir beberapa perkataan purba.

Setelah papan itu berjaya dibuktikan kepunyaan nabi Nuh a.s, timbul pula bicara hati yang menyoal apakah maksud tulisan purba itu. Oleh itu jabatan Penyelidikan kerajaan Russia menjemput beberapa penyelidik dari seluruh dunia supaya membentuk sebuah kumpulan bagi menterjemah tulisan tersebut. kumpulan ini memulakan penyelidikan dari 27 Februari 1953.

Ahli kumpulan penyelidik tersebut adalah:

Prof. Solomon, Moscow University.
Prof. Ifa Han Kheeno, Lu Lu Han College, China.
Mr. Mishaou Lu Farug. Officer I/c fossils.
Mr. Taumol Goru, Teacher, Cafezud College.
Prof. De Pakan, Lenin Institute.
Mr. M.Ahmad Colad, Zitcomen Research Association.
Major Cottor, Stalin College.
  
Ketujuh-tujuh pakar-pakar ini bersetuju dengan pendapat bahawa papan ini diletakkan oleh nabi Nuh a.s. atas kapalnya untuk memohon keselamatan daripada Allah s.w.t.

Di tengah-tengah papan itu terdapat lukisan tapak tangan dan ada beberapa tulisan dalam bahasa Saamaani.

Mr N.F. Max, seorang pengkaji purba dari Manchester, Britain, menterjemahkan tulisan tersebut di dalam bahasa Inggeris sebagai berikut:

"O my God, my helper! Keep my hand with mercy and with your Holy Bodies, Mohammed, Ali, Fatima, Shabbar, and Shabbir. They are all biggest and honorable."

"Wahai tuhanku, pembantuku! peliharalah tanganku dengan dirimu yang mulia, Muhammad, Ali, Fatimah, Shabbar dan Shabbir. Mereka semua adalah pemurah dan dihormati."

Kata-kata itu adalah untuk memohon pertolongan dengan menyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Shabbar dan Shabbir.

Masyarakat menjadi gempar dengan penemuan yang ajaib ini yang mana ianya tidak hancur ditelan zaman bahkan masih mengekalkan bentuk asalnya.

Kepingan papan ini masih dipamerkan di 'Center of Fossils Research,' Moscow, Russia.

Sekiranya antum berkesempatan melawat Russia, saudara/i akan berpeluang melihat papan tersebut dengan mata sendiri yang mana akan mengukuhkan ketebalan iman terhadap Ahlul Bait nabi s.a.w.

Info dari:
Weekly - Mirror: U.K., December 28,1953.
Star of Britain: London, Manchester, January 23,1954.
Manchester Sunlight: January 23,1954.
London Weekly Mirror: February 01,1954.
Bathrah Najaf: Iraq, February 02,1954.
AI-Huda: Cairo, March 31,1954.
Ellia - Light, Knowledge, & Truth, Lahore, July 10,1969.

gambar tulisan tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 08:45 PM | Show all posts

Reply #35 eiyoei's post

weih...canggihnya...

sya suko gambor yg di tempek tu...
mcm "cap kipas udang..."

SUBHANALLAH... tahan lasak pulak papan tu....dari tahun berapa Sebelum Masihi tu...
                       ... papan verandah umah sya duduk ni  dibina taun 1971, udah reput dimakan bubuk...

Shabbar, Shabbir tu siapakah gerangannya mereka itu...

Hassan, Hussein kah mereka itu...?

ff:
Dah pegi Digest Eiyoei post "Nabi Khidir".

SEKIAN TQ.:ting:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2006 12:14 AM | Show all posts
wow..
menariknyer..slamenih just tau camtuh je..
xtau lak detail2 xsgke lame gile die wujud..
and ni mesti petunjuk dr ALLAH...
kapal nih di selaputi salji..
macam nak bgtau something..
i dont know..
agak2 je..tp i really have tthat kind of feeling..
wierd..~
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 11:08 AM | Show all posts
Subhanallah..
bagusnya info nie....
Terima kasih ya.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 02:09 PM | Show all posts

Reply #36 sya_sugar_sugar's post

wahh promote aku nampak sya.. :tq:

Shabbar dan Shabbir tu aku rasa merujuk kpd Hassan dan Hussain ra (anak saidina ali)

kalau salah betulkan ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 06:34 PM | Show all posts
hmm...x semuanya percaya ngan penemuan ni. Ada yg anggap ni sekadar fraud/hoax...

http://answering-islam.org.uk/Hoaxes/noah1.html

website yg musuhi Islam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063304 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list