CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ctredzuan

SUDUT INFO :: FAKTA PEMAKANAN

[Copy link]
Post time 16-1-2006 08:47 AM | Show all posts
aku memang nak mempelbagaikan hidangan untuk keluarga tapi masalah my hubby i suka masakan bergoreng jer..... bosan gak, nak masak stim dia tak suka... nak memanggang dia makan tapi dah lepas makan muda la dia komen dia tak suka masakan macam tu.... dia suka masakan yang bergoreng contohnya nasi goreng, ayam masak kicap, ikan masak pedas dan telur masak kicap, makan ulam2 lagi la dia kureng.... macammana yek kawan2 nak bagi hubby i ni sukakan masakan kurang kolestrol ni....

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ezinett This user has been deleted
Post time 16-1-2006 08:53 AM | Show all posts
good info. thanx..

actually banyak menu sihat dan sedap yang boleh korang buat. tapi kena rajin surf la. sebab banyak omputeh punya. kena pandai-pandai ubah sket. menu kat sini pun banyak dah menu sesuai, kena pandai-pandai la catu kuantiti tu. kurangkan santan ke, ganti gula dengan pemanis semulajadi (macam splenda/greenlite ke)..

kalau berkeluarga memang susah sket. nanti laki nak makan yang ini, anak plak nak makan yang ini. kalau bujang senang sket. bleh makan roti je. makan dengan salad ke..

[ Last edited by ezinett at 16-1-2006 09:14 AM ]
Reply

Use magic Report

ezinett This user has been deleted
Post time 16-1-2006 09:02 AM | Show all posts
this info dari infosihat.gov.my

Pilih menu yang sihat

Digalakkan -->  Kurang digalakkan

Mi sup --> Mi kari / goreng

Laksa asam --> Laksa lemak

Nasi putih --> Nasi minyak/goreng

Popiah basah --> Popiah goreng

Idlee/tosai/chappati --> Puri

Leng chee kang --> Cendol

Nan --> Roti canai

Sup sayur --> Sup ekor

Piza bersayur --> Piza “supreme” berdaging

“Vinegrette salad dressing” --> “Creamy salad dressing”

Ayam panggang --> Ayam goreng

Jus buah-buahan tanpa gula --> “Milk shake”

Ubi kentang bakar --> Kentang goreng

Burger kecil --> Burger besar

Sup cair --> Sup pekat

[ Last edited by ezinett at 16-1-2006 09:09 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 12:19 PM | Show all posts
good info...thanx...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:40 PM | Show all posts
citer pasal kandungan dalam makanan nie plak yer..

my MIL kerja dgn Kementerian Kesihatan Bahagian Kesihatan Keluarga.

Antara projek yg depa buat ni ialah pasal kandungan dalam makanan . Depa ada keluarkan pamplet yg berbentuk macam roda impian... boleh pusing-pusing... kat dlm tu terkandunglah if kita makan sekian-sekian akan sumbang berapa byk kalori, fat. protien and so on. Masa memula my MIL  bagi benda, rajin jugaklah kita org berhati-hati dgn pemakanan yg di ambil.. pastu dah lama-lama... roda tu pung ntah ke mana.. dieat seimbang pung entah ke mana ...

pastu every month depa buat kempenlah promosilah...... yg kami ni plak sibuk menempek... sebab dapat free gift :bgrin:
ada pemerikasaan tahap kesihatan, kandungan lemak dlm badan.. semuanya free.
Lepas periksa tu... depa tunjuklah smple lemak yg ada dlm badan crystal nie.... adusss.... cukup besar... :malu:... sekejap jer bertahan dietnyer.... bila dah luper.... semua makanan main bantai jer telan... :bgrin:

byk lagik yg boleh di share berkenaan dgn kesihatan dan makanan nie... tapi bahan-bahan tu skang nie tak de plak...
balik umah nanti boleh carik.. geledah carik pamplet
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 01:02 PM | Show all posts
Aku sebenarnya begitu berhati-hati  memilih makanan..kita usaha aja lah..tapi kalau nak kena juga penyakit..itu semua kuasa Tuhan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 02:18 PM | Show all posts

Pemakanan antara fakta dan kekarutan

Pemakanan antara fakta dan kekarutan

Namun tidak semua kepercayaan yang berasaskan saintifik itu betul kerana kepercayaan yang sangat relevan adalah maklumat yang mempengaruhi kesempurnaan pemakanan termasuk kandungan zat makanan, jenama dan sifatnya.

Kebanyakan kepercayaan dan idea ini adalah tentang sesuatu makanan itu sama ada ia baik, tidak baik atau lebih baik. Bagaimanapun, kepercayaan ini berbeza dan berubah-ubah mengikut keadaan dan masa.

Antara fakta dan kekarutan mengenai makanan adalah:

Karut: Makanan yang kurang karbohidrat sangat baik untuk mengurangkan berat badan.

Fakta: Memang benar makanan yang kurang karbohidrat pada akhirnya boleh mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, penurunan berat badan tersebut adalah disebabkan oleh kehilangan cecair yang akan digantikan semula selepas individu itu mengambil balik makanannya yang biasa.

Karbohidrat adalah mustahak dibekalkan dalam badan untuk mengurangkan kelesuan, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Di samping itu, makanan yang mengandungi serat secukupnya penting untuk usus berfungsi dengan baik.

Karut: Sekeping roti bakar mempunyai kalori yang rendah berbanding sekeping roti biasa.

Fakta: Kandungan kalori roti bakar dan tidak bakar adalah sama walaupun beratnya berbeza.

Karut: Makanan berkanji seperti roti, bijirin dan kentang boleh 'menggemukkan'.

Fakta: Roti, bijirin dan kentang adalah murah dan ia mengandungi protein dan beberapa jenis vitamin dan mineral.

Makanan, tidak kira apa jenisnya jika dimakan secara berlebihan akan menambahkan berat badan. Untuk mencapai pemakanan yang seimbang, jumlah roti dan bijirin yang cukup perlu diambil setiap hari.

Karut: Limau gedung atau grapefruit adalah makanan yang boleh melangsingkan badan kerana ia dapat membantu membakar lemak dalam badan.

Fakta: Tidak ada makanan yang boleh disebut dapat 'melangsingkan' badan. Walaupun limau gedung mengandungi nilai rendah kalori, ia tidak boleh membakar lemak atau memiliki kesan positif untuk melangsingkan badan. Sebarang makanan yang rendah tenaga akan menyebabkan lemak dalam badan dibakar bagi mencukupi permintaan tenaga yang diperlukan.

Karut: Lebih baik menggunakan madu berbanding gula.

Fakta: Tidak banyak bezanya menggunakan madu ataupun gula. Kedua-duanya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi (4 kalori/ 17kJ setiap gram).

Terdapat sedikit zat di dalam madu tetapi jika jumlah yang diambil tidak banyak, ia juga tidak memberi kesan yang maksium.

Karut: Pisang ''menggemukkan'' dan tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.

Fakta: Pisang tidak mengandungi lemak tetapi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Sedikit pisang adalah bersamaan dengan satu sajian buah-buahan lain.

Karut: Buah-buahan dan jusnya tidak 'menggemukkan' dan boleh diambil tanpa had sebagai makanan yang dapat menguruskan badan.

Fakta: Walaupun buahan adalah sumber bagi vitamin dan serat, satu sajian buah-buahan atau segelas perahan buah sebanyak 120ml mengandungi karbohidrat yang sama dengan sekeping roti. Oleh itu, seperti roti, buah-buahan juga tidak boleh diambil terlalu berlebihan ketika mengamalkan makanan berkalori rendah.

Karut: Mengambil sarapan pagi adalah tidak penting.

Fakta: Kajian-kajian yang dijalankan mendapati sarapan pagi merupakan makanan yang membuka puasa semalaman.

Malah ia juga banyak menujukkan bahawa individu yang melangkau sarapan pagi memiliki prestasi yang lemah setelah menghampiri waktu tengah hari berbanding mereka yang mengambil sarapan.

Karut: Biskut kering kosong tidak menggemukkan dan boleh diambil tanpa had.

Fakta: Makanan ini bukannya tidak mempunyai kalori langsung dan adalah disarankan mengehadkan pengambilannya.

Meskipun begitu, ia boleh diambil menggantikan roti dan dinasihatkan supaya tidak menambah bahan lain seperti marjerin, daging, keju dan sebagainya pada biskut tersebut.

Karut: Santan mengandungi kolesterol.

Fakta: Santan, seperti juga sumber minyak sayuran lain tidak mengandungi kolesterol. Bagaimanapun, ia adalah lemak tepu dan jika diambil terlalu banyak boleh meningkatkan kolesterol darah.

Demikianlah beberapa kekarutan tentang pemakanan yang seharusnya diperbetulkan oleh setiap individu sebelum sesuatu makanan itu diambil.

Ia tidak seharusnya terus membelenggu individu berkenaan sehingga menjadikannya satu garis panduan yang perlu diikuti.

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:14 PM | Show all posts

MEE SEGERA - blh sebabkan kanser!!!

Aku nak berkongsi sesuatu yang aku terima hari nie...berkenaan mee segera !!!!

Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini.
Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

APA KOMEN ANDA!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by beeboy at 10-10-2006 12:14 PM
Aku nak berkongsi sesuatu yang aku terima hari nie...berkenaan mee segera !!!!

Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-k ...
...Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan

hmm.., salam beeboy :hatdown: menarik topik nie...
:setuju:  dgn apa yg dikatakan pasal wax dlm mee segera tu :ah: kalu kita sumer perhatikan, bila kita renehkan mee b4 masukkan perisa :ting: memang boleh nampak air tu berminyak :ah: (:kant: b4 this ingatkan perencah tu jer yg bg efek x elok)

me pernah dengar petua berkaitan isu wax dlm mee nie tak berapa lama dahulu :ah: kita disarankan supaya membuang dahulu air rebusan mee (yg menandungi wax) then toskan mee tu, renihkan air lg br masukkan perisa/perencah & mee yg telah direbus terlebih dahulu td.

memang bunyi nyer mcm renyah/ banyak kerja :ting:  tp, utk keselamatan & kesihatan cara tu memang lebih selamat esp. pd yg memang kerap mamam mee segera nie... :hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 01:27 PM | Show all posts
paling common pasal produk megi ialah sebabkan buasir.
tanyala mana2 pengidap buasir, diorang mmg makan produk megi. tak semestinya megi mi, perencah kiub pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 10-10-2006 13:27
paling common pasal produk megi ialah sebabkan buasir.
tanyala mana2 pengidap buasir, diorang mmg makan produk megi. tak semestinya megi mi, perencah kiub pun sama.



marilah kita sebarkan info kat adik2 kita yg msh study 2..nanti lepas jer habis study dh dapat mcm2 penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:09 AM | Show all posts

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 02:35 PM | Show all posts

Coconut - The Wonder Food

The coconut palm is rightly called a tree with a thousand uses. Perhaps no other tropical tree is put to such a variety of uses by the human race. The coconut is known as a 憌onder food
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 03:08 PM | Show all posts
i take virgin coconut oil daily... it's for living healthy....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 08:20 AM | Show all posts
jiran saya tiap kali demam datang mintak kelapa muda dekat rumah saya..nk minum air kelapa katanya nk sejukkan badan.. betul ke tidak tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:10 AM | Show all posts

Beza Antara Mentega Dan Marjerin

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 09:23 AM | Show all posts
terima kasih atas info yang berguna ini... lepas ni kompom tak makan majerin dah... gunakanlah mentega... biar mahal asal selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:32 AM | Show all posts
ica dah pernah baca artikel ni.cuma belum jumpa proof dia.any doctor?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:38 AM | Show all posts
Thanks, very good info.
Tak tau macamana nak bezakan antara marjerin dan mentega di pasaran.
Semuanya nampak sama, lepas tu takde pulak ditulis dlm kategori mentega
atau marjerin, yg tertera hanyalah brand and ingredients dlm bahasa saintifik
yg kita sendiri tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:47 AM | Show all posts
Read here, the answer to the above article.


http://www.truthorfiction.com/rumors/b/butter-margarine.htm
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.526904 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list