CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

Thread Tahukah Anda ...(merged: lady_bee)

[Copy link]
Post time 6-10-2005 04:14 PM | Show all posts

Ibnu Sina

Beliau adalah tokoh perubatan Islam yang teragung.  Beliau dilahirkan di Afshina, Bukhara (Turkistan) pada tahun 980 M.  Ketika berusia 17 tahun beliau telah mampu mengubati Raja Samanid dari Bukhara.

Ibnu Sina adalah intelektual Islam terbesar pada abad pertengahan.  Dalam masa yang sama, belaiau merupakan tokoh terbilang untuk semua zaman.  Sehingga kini namanya tercatat dalam sejarah sebagai tenaga perubatan terulung Islam.

Dalam sejarah perubatannya beliau juga berjaya mengubati penyakit dalam perut yang dialami oleh pemimpin di Hamadan, Samsud Dawlah.  Kemudia beliau menulis ilmu kedoktorannya dalam kitab bertajuk 慉lqaunun Fit Tib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2005 04:15 PM | Show all posts

Fatimah Hashim

(Wanita melayu pertama menjadi Menteri Kabinet)

Beliau  dilahirkan pada 25 Disember 1924 di parit Kurma, Muar, Johor.  Penglibatan aktif beliau dalam politik bermula apabila suaminya bertugas dengan kerajaan di Johor Bahru.  

Beliau menggunakan kesempatan daripada perjuangan suami beliau, Tan Sri Kadir Yusof untuk menyumbangkan tenaga bagi kepentingan bangsa melayu.

Pada 20 Mei 1969, beliau dilantik sebagai Menteri kabinet dengan memegang amanah porfolio Menteri Kebajikan Am.

Antara sumbangan beliau kepada negara ialah berjaya mendapatkan hak sama rata dalam isu gaji, perlindungan dan pemberian nafkah kepada wanita, pencen untuk wanita dan mewujudkan jawatan Pegawai kebajikan Wanita di Mahkamah Syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:15 PM | Show all posts

Ahmad Zaidi Adruce Md. Nor

Ahmad Zaidi merupakan anak Sarawak yang pertama menjadi graduan dan pernah menjadi pengetua Madrasah Melayu.  Beliau dilahirkan pada 24 Mac 1924 di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak.

Beliau bukanlah daripada keluarga yang senang.  Bapa beliau bekerja sebagai petani yang menanam padi huma.  Oleh itu, beliau belajar bersungguh2 untuk membela nasib keluarganya.  Perjuangan beliau yang terbesar ialah peranan penting yang dimainkan dalam usaha memulih dan memantapkan Barisan Pemuda Sarawak (BPS) yang bergerak atas landasan politik.

Apabila ahmad Zaidi kembali dari menuntut ilmu di seberang laut, beliau telah dipilih menjadi Presiden Barisan Pemuda Sarawak berkat kewibawaan yang dimiliki.

Barisan Pemuda Sarawak di bawah pimpinan beliau berkembang dengan pesat di seluruh negeri Sarawak, dari Lundu ke Lawas, Mukah di Kuala sungai Rejang hingga ke Belaga, di hulu sungai Rejang.  

Amanah yang diberi kepada beliau dilakukan dengan penuh dedikasi sehingga sering meninggalkan anak isteri untuk memperjuangkan cita2 parti.

Beliau dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri pada tahun 1985.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:16 PM | Show all posts

Asmah Haji Omar

Profesor Dato
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:16 PM | Show all posts

Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Zaaba)

Dilahirkan pada 16.9.1895 di Bukit Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu sehingga dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong dengan bintang Panglima Mangku Negara (gelaran Tan Sri).  Mendapat gelaran Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan pada 1973.  Meninggal dunia pada 23.10.1973.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:17 PM | Show all posts

Albert Einstein

Merupakan pemikir sains yang terunggul sepanjang zaman.  Dilahirkan pada 1879, di Jerman selatan.  Kajian beliau menjadi asas kepada fizik moden dan masih merupakan dasar kepada penerangan tentang kejadian alam semesta dan benda yang dilihat oleh saintis di dalamnya.

Idea beliau membawa kepada penemuan pelbagai jenis benda, daripada kuasa nuclear hinggalah ke lohong hitam di angkasa lepas.  Teori paling popular adalah Teori Kerelatifan Khusus.  Beliau menerangkan bahawa sesuatu benda yang bergerak halaju cahaya akan mengalami jarak yang berkurangan dan masa berjalan dengan lebih perlahan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2005 04:17 PM | Show all posts

Stephen Hawking

Dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, England.  Memasuki University Oxford ketika berumur 17 tahun.  Beliau memegang jawatan Profesor Matematik Lucasian iaitu jawatan yang diwujudkan sejak 1663.  sejak 883 tahun lalu, jawatan itu hanya disandang oleh 3 orang iaitu, Issac Barrow, Isac Newton dan Hawking.

Manusia yang dikatakan paling pintar di dunia selepas Albert Einstein.  Beliau menceburi dunia sains fizik yang begitu sukar difahami oleh kebanyakan kita.  Hawking seorang yang sederhana dan terkenal dengan sifat2 suka bergurau.  Beliau sangat pemalu, mengarut dan menjadi kegilaan media.  

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:17 PM | Show all posts

Osama Laden

Lahir pada tahun 1957, Riyadh, Saudi Arabia.  Kekayaan keluarga Laden adalah dianggarkan bernilai US$5 billion.  Osama sahaja dianggarkan memiliki kekayaan US$300 juta.  Beliau mendapat pendidikan awal di Kota Jeddah dan kemudiannya melanjutkan pelajran di King Abdul Aziz University, Jeddah dalam bidang ekonomi dan pengurusan.

Walau pun kaya, gaya hidupnya adalah sederhana dan pemurah.  Mengambil berat amalan2 sunnah Nabi SAW.  Bergiat dalam gerakan Islam pada pertengahan 1974 dan berterusan sehingga jihad di bumi Afghanistan.bermula dari tahun 1979. Osama dengan gigih mengatur serta menyusun pemuda2 Islam dari seluruh dunia untuk berjihad di Afghanistan.  

Beliau masih gigih dengan semangat perjuangan walau pun terpaksa menghadapi pelbagai ujian yang besar.  Osama dan pengikut2nya telah mengusahakan pembinaan masjid, sekolah2 agama serta maahad tahfiz Al-Quran.  Beliau memberi sumbangan serta kepakaran dalam membangunkan ekonomi negara Bosnia, Somalia dan Sudan.  Klinik2 serta jalan2 raya turut dibina dengan perbelanjaan yang amat cermat.

Beliau menentang keras kemasukan askar2 barat ke bumi Hijaz yang suci.  Terdapat berbagai tuduhan Barat terhadap Osama Laden, contohnya, terlibat di dalam pengeboman World Trade Centre, Amerika Syarikat dan menjadi penaung bagi tindakan berbentuk terroris di peringkat antarabangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2005 04:18 PM | Show all posts

Ak-Khawarizmi

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:18 PM | Show all posts

Datuk Dr. Usman Awang

Usman Awang dilahirkan di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor4 pada 12 Julai 1929.  beliau merupakan seorang sasterawan yang terkenal dalam genre puisi dan drama.  Menulis di bawah nama Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Rose, Murni, U.A., dan Zaini.  

Beliau pernah menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura, menjadi anggota polis di bawah penjajahan Inggeris, wartawan, dan kemudiannya penulis.

Di antara hasil puisi beliau adalah Dari Bintang ke Bintang, Kekasih (1971), Ket5am Mengajar Anaknya Berjalan Lurus, Surat Dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar, Jebat, Pahlawan Rakyat, Kekasih, Suara Dari Pusara, Mata Ayah, Melayu dll.

Hasil dramanya adalah Matinya Seorang Pahlawan, Tamu Di Bukit Kenny, Serunai Malam, Malam Kemerdekaan dan Musika Cinta Uda dan Dara.

Beliau meninggal pada 2001 dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:19 PM | Show all posts

Alfred Nobel

Hadiah Nobel diperolehi bersempena nama Alfred Nobel yang merupakan seorang pencipta, ahli perniagaan dan ahli industri dari Stockholm yang dilahirkan pada tahun 1833.  Alfred Nobel mempunyai empayar industri di Hamburg, German meliputi 20 buah negara dunia.

Beliau mencipta rekaan sendiri dan mendapatkan patern untuk 400 ciptaan yang kebanyakannya melibatkan penggunaan nitroglycerin bagi kegunaan peperangan dan orang awam.

Alfred nobel pernah dianugerahkan hadiah utama pada 1868 sebagai menghargai sumbangannya dalam dunia penciptaan.  Beliau telah dipilih menjadi ahli bersekutu Royal Swedish Academy of Sciences pada tahun 1884.  

Kini akademi yang ditubuhkan pada 1739 itu bertanggungjawab mencari penerima Hadiah Nobel bagi kategori fizik dan kimia.  Alfred membuat wasiat dengan memperuntukkan sebahagian wangnya untuk membiayai tabung Hadiah Nobel.

Terdapat 5 bidang iaitu fizik, kimia, fisiologi/perubatan, kesusasteraan dan keamanan.  Hadiah ke 6 iaitu ekonomi diwujudkan untuk memperingati beliau.

Sepanjang abad terdahulu, terdapat 469 penerima hadiah Nobel dalam bidang fizik, kimia, fisiologi/perubatan.  Amerika Syarikat menjadi penerima majority dengan 40% daripada keseluruhan penerima.  Sebelum perang Dunia II, German dan Great Britain mendominasi senarai penerima.  Sejak 50 tahun kebelakangan, 70% hadiah dalam bidang sains tulen diterima oleh Amerika Syarikat terutamanya California.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:20 PM | Show all posts

Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran Al-Ghazi (orang yang memerangi).  Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki.  Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada 1924.  

Beliau dilahirkan pada 1880 di Bandar Salonika, Greek yang merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah.  Bapanya bernama Ali Reda Afandi, bekerja sebagai pengawal di Jabatan Kastam.  Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Artaturk.  

H. S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya telah menulis;  Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi.  Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke Bandar Salonika.  

Golongan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.  Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1683, tetapi masih menganut agama yahudi secara senyap2. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi.

Ketika usia berusia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika.  Kemudian menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada 1885.  pada 1905 , memasuki kolej tentera di Istanbul.  Beliau ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.  Di sini bermulanya usaha Ataturk  memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam.  Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan2 pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi.  Imej beliau menonjol selepas meletus Perang Dunia Pertama apabila dipilih sebagai panglima pasukan ke 19 di Sinaq Qal抋h.  

Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak 2 kali meski pun kekuatan British mampu mengalahkan tentera Ataturk.  Beliau dinaikkan pangkat Kapten dan kemudiannya Jeneral.  

Kedudukan Atarturk kian teserlah, manakala reputasi institusi khalifah semakin menurun.  Musuh2 Islam melihat bahawa penghapusan khalifah Islamiah bukanlah suatu yang mudah.  Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan wira agung iaitu Ataturk.  

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki apabila Ataturk membubarkan pemerintahan khalifah.  Dalam episod ini teserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang Islam.  Ataturk adalah lelaki yang tiada tolok bandingnya bagi Inggeris.  Beliau meruntuhkan kesucian Islam (lebih2 lagi peradapannya) dalam masa satu hari sedangkan Inggeris tidak mampu untuk melakukannya walau pun setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:20 PM | Show all posts

Fazlur Rahman

Beliau dilahirkan pada 1919 di daerah barat laut Pakistan.  Dibesarkan dalam keluarga yang bermadzhab Hanafi.  Ketika itu benua Indo-Pakistan belum terpecah ke dalam dua negara merdeka, yakni India dan Pakistan.

Benua ini terkenal dengan para pemikir Islam liberalnya, seperti Syah Wali Allah, Sir Sayyid Ali dan Iqbal.  Sejak kecil sehingga berusia belasan tahun, selain pendidikan formal, Rahman juga menimba banyak ilmu tradisional dari ayahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:20 PM | Show all posts

Sulaiman Al-Mahiri

Sulaiman hidup pada pertengahan abad ke 16.  beliau berbangsa mahara di daerah Selatan Semenanjung Arab.

Menurut seorang antropologi Afrika Selatan, Dr. Jeffreys, orang pertama menjumpai Amerika Syarikat ialah bangsa Arab.  Kata beliau, orang arab telah menjumpai benua Amerika 500 tahun sebelum penemuan oleh Cristopher Columbus.

Sulaiman mencatat pelayaran bermula dari samudera India.  Kemudian melewati samudera Pasifik, Selat Bering, Laut Antartika, Atlantik termasuk Laut Tengah sehingga melewati Selat Gibraltar.

Dalam pelayaran yang lain, beliau belayar dari laut India menyeberangi Laut abysinia, Terusan Mozambik dan melewati Tanjung Harapan serta Laut Atlantik.  Kemudian memasuki laut Tengah sehingga Selat Gibraltar.

Sebaik selesai melakukan pelayaran Sulaiman menulis keterangan berharga tentang pelayarannya.  Beliau turut menyebut tentang pentingnya ilmu nautika, ilmu bintang, ilmu planet, jalur pelayaran, angin dsb.

Antara bukunya yang terkenal ialah 慘iladat al-Shumus wa-Stikhraj Kawaid al-Usus
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 04:21 PM | Show all posts

Gula2 Getah

Menurut sejarah Greek purba, orang2 Greek mengunyah resin pokok yang diperolehi dari pokok mastik yang tumbuh di Turki dan Greek.  Mereka memanggilnya gula2 getah mastik.  Ia digunakan bagi mencuci gigi dan menyegarkan nafas.

Ia juga boleh didapati di Timur Tengah.  Menurut catatan, orang2 India di Tengah Amerika juga mengunyah cairan daripada pokok spadilla lebih daripada 1000 tahun dahulu.

Pada tahun 1848, bermulalah gula2 getah ini diperkilangkan secara komersial oleh John B Curtis dan abangnya.  Setelah meraih banyak keuntungan, mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Poland dalam tahun 1850.  antara perasa yang dihasilkan ialah White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu.

Pada tahun 1871, Thomas adams dari New York telah mengeluarkan gula2 getah secara pengilangan kenggunakan mesin.  Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan panggilan Black Jack.  Gula2 getahnya telah mendapat sambutan hangat sehinggalah tahun 1970an.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:46 PM | Show all posts

Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934)

adalah merupakan seorang penulis dari kalangan penulis golongan agama yang cuba menyerapkan unsur-unsur keislaman dalam hasil karyanya. Beliau adalah pelopor penulisan bentuk novel Melayu pertama dan diberi gelaran Bapa Novel Melayu. Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.
   
Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2005 03:50 PM | Show all posts

Munsyi Abdullah - BAPA SASTERA MELAYU MODERN

Munshi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854) merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif.
   
Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:53 PM | Show all posts

Abdul Rahim Kajai - BAPA WARTAWAN DAN BAPA CERPEN MELAYU

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) adalah bapa wartawan dan bapa cerpen Melayu pertama. Penglibatan beliau yang cemerlang dan penuh iltizam dalam arena persuratan dan kesusasteraan Melayu melayakkan beliau digelar sebagai Bapa Wartawan. Dalam arena penulisan, beliau juga dikatakan pelopor awal bidang cerpen kerana karya-karya beliau menarik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Peranannya dalam kesusasteraan dan kewartawan tidak dapat dipisahkan daripada semangat kebangsaan Melayu kerana beliaulah antara wartawan Melayu yang mula-mula menyuarakan beberapa soal pokok politik dalam karyanya.
   
Dalam tempoh 13 tahun sebagai wartawan, beliau telah berkhidmat dengan 6 buah akhbar Melayu iaitu Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan Baharu, dan Berita Malai. Beliau juga merupakan 慻uru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:55 PM | Show all posts

Aminudin Baki - BAPA PENDIDIKAN

Aminuddin Bin Baki dilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926. Beliau merupakan orang pertama di negara ini yang telah dianugerahkan gelaran Bapa Pendidikan kerana jasa dan kecemerlangannya dalam usaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960.
   
Beliau juga adalah Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda dilantik iaitu sewaktu berusia 36 tahun pada tahun 1962. Aminuddin Baki meninggal akibat sakit jantung pada 25 Disember 1965 dalam usia 39 tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:57 PM | Show all posts

Fatimah Hamid Don - PROFESSOR WANITA MELAYU PERTAMA

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don (1933-) menjadi wanita Melayu pertama negara dilantik sebagai professor. Beliau juga adalah wanita Melayu pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah. Beliau telah mendapat B.A. (Hons) dalam pengajian Ilmu Alam di Universiti Malaya, Singapura dan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang pendidikan (Master of Education) di Universiti California, Amerika Syarikat sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di universiti yang sama.
   
Beliau mula berkhidmat dalam jurusan pendidikan pada tahun 1926 dan menjawat berbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru dan pensyarah maktab. Sempena perayaan Hari Wanita pada tahun 1988 beliau telah dianugerahkan Pingat Fatimah. Beliau bersara sebagai professor pada tahun 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.085097 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list