CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67313|Reply: 129

Membuka Pusat Tuisyen

[Copy link]
Post time 14-6-2005 12:37 AM | Show all posts |Read mode
sherrina ada cadangan nak buka pusat tuisyen sendiri sebab dah ada experience keje kat tempat tuisyen dan buat home tuisyen.

Just nak sembang2 disini, ada ke sesapa disini yg menceburi bidang yg sama, samada bekerja di pusat tuisyen atau telah membuka pusat tuisyen sendiri.\

meh kongsi pengalaman :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2005 04:48 PM | Show all posts
sy dengar nak buka pusat tuisyen ni , banyak kerja ...susah sikit dari nak bukak learning centre ... byk proses ngan kerajaan ... tak tahu apa dia ...

try la tanya kementerian pendidikkan ...atau mara ke .. kalau diorang ada idea ...
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 16-6-2005 08:26 PM | Show all posts
kena setelkan dulu legal aspect... spt pendaftaran dgn Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta. Pusat tiusyen pun tertakluk kpd undang2 IPTS. Banyak paper work dan masalah birokrasi akan terlibat. Ada member tu bertahun2 tak setel lagi ngan gomen. Tapi kalau u modal kuat & boleh comply dgn semua syarat kerajaan, rasanya tak lama sgt kot.. Maybe beberapa bulan aje kot prosesnya.

Lepas selesai semua masalah2 legalisation ni.... cabaran2 lain pulak spt marketing, HR, student management, qualtity control dan sebagainya.

InsyaAllah kalau u usaha sunguhg2, boleh berjaya.

All the best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2005 11:30 PM | Show all posts
mak aii...banyaknye rintangan. ingatkan senang je bukak pusat tuisyen nie sebab sherrina tgk bila perumahan baru dibuka, mende pertama yg akan masuk ialah pusat tuisyen...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 16-6-2005 11:30 PM:
mak aii...banyaknye rintangan. ingatkan senang je bukak pusat tuisyen nie sebab sherrina tgk bila perumahan baru dibuka, mende pertama yg akan masuk ialah pusat tuisyen...

better buat tuisyen kat rumah...kalau buka pusat tuisyen, banyak prosedurnya...kena ada tenaga pengajar..pengalaman mereka..kelulusan mereka...modal lagi...
rasanya buat kat rumah lagi baik....gue berminat juga...boleh join ke sherrina? tak jauh rumah gue dari hulu kelang tu...:cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by azliza at 14-6-2005 04:48 PM:
sy dengar nak buka pusat tuisyen ni , banyak kerja ...susah sikit dari nak bukak learning centre ... byk proses ngan kerajaan ... tak tahu apa dia ...

try la tanya kementerian pendidikkan ...ata ...



nak bukak learning centre ..camna?...and apa beza learning centre dengan pusat tuisyen....:hmm:..dua dua belajar...gak kan...

sorry tuan rumah sama menyebok..bertanya...sebab kaypo pun dalam perancangan nak buka satu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2005 02:41 PM | Show all posts
zazizu,
sherrina memang tgh buat home tuition. sherrina gi ke umah student. bab duit memang best sebab depa bayar mahal, tapi kepuasan takde lah sebab kita takleh nak reach ramai student. that's why sherrina nak bukak satu pusat tuisyen. at least dapat bantu ramai student.

kaypo,
tu lah. sherrina skarang keje ngan learning centre. takde pon kelulusan drpd kementerian pendidikan, jabatan pendidikan. just lesen meniaga dlm tu kita kata nak wat training.

takde sapa ke kat sini yg dah bukak pusat tuisyen sendiri?
Reply

Use magic Report

armnie This user has been deleted
Post time 17-6-2005 03:04 PM | Show all posts
saya pun berminat jugak biz ni. Tapi persaingan terlampau banyak.
i rase buka nursery jaga budak lagi menguntungkan walaupun leceh sedikit.

why not consider franchise macam smart reader, kumon etc., nama dah ade so senang sikit marketing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2005 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by armnie at 17-6-2005 03:04 PM:
saya pun berminat jugak biz ni. Tapi persaingan terlampau banyak.
i rase buka nursery jaga budak lagi menguntungkan walaupun leceh sedikit.

why not consider franchise macam smart reader, kumon ...


kaypo dalam perancangan nak buka 1 pusat perkembangan minda...its new it malaysian market...tu ler tengah cari cari apa lisc yang diperlukan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 01:06 AM | Show all posts
armnie,
saya sedang bekerja dengan salah satu franchise yg sealiran dgn yg u sebut tu. trust me, takde 200K dlm tgn, jangan harap dorang nak layan. lagi2 yg dah top mcm yg u sebut tu. u lambat bayar royalty, lepas warning 2,3 kali dorang terminate gitu2 aje....

my ambition is to help local malay students in their study. currently i am working in my cousin's tuition centre. student dia semuanya dr pelajar2 yg dok kelas corot2. dia amik tak ramai. satu kelas dlm 6 org. bagi tumpuan betul2, brush up mende2 yg skolah tak buat. untung tak besar, tapi kepuasan memang maksimum. besides, ramai sgt budak melayu yg lack behind in education especialy those from family yg tak berada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 01:07 AM | Show all posts
kaypo,
perkembangan minda dr segi apa? kumon tu pon pusat perkembangan minda juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 02:19 AM | Show all posts
Sherrina
Saya ada kawan kerja sbg guru. Dia orang (dkt 5 orang guru) sewa satu bangunan kedai - lepas tu take turn mengajar kelas tambahan dkt sana. Rumah kedai ada tiga bilik, so setiap bilik ni ada kerusi dan white board. Setau saya dia tak ada pun minta kebenaran dari jbt pendidikan dsbnya. Sekarang ini tak taulah kalau sudah keluar undang undang mengenai tuition ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 18-6-2005 02:19 AM:
Sherrina
Saya ada kawan kerja sbg guru. Dia orang (dkt 5 orang guru) sewa satu bangunan kedai - lepas tu take turn mengajar kelas tambahan dkt sana. Rumah kedai ada tiga bilik, so setiap bilik ni  ...

dar, sherrina&kengkawan semua...

setahu gue kalau buat canggitu tak perlu kelulusan coz ia kira kita mengajar kat rumah....kakak gue pun ada buat tuisyen...mengajar BM sekolah rendah...wow..sambutan sangat hangat..coz ramai sangat bebudak kat kampung yang masih tak reti membaca....dan diaorang dapati, bila hantar tuisyen kat kakak gue...anak-anak diaorang dapat membaca juga buat karangan dengan baik..tu yang makin ramai yang nak anto kat kakak gue...sampai kakak gue terpaksa reject..coz takut tak dapat bagi attention...takut nanti yang dikendung berciciran, yang dikejar tak dapat...dalam sebulan, dapat juga RM3k++ untuk tuisyen sahaja..

Gue pun since ambik KPLI sekolah rendah..ingat nak start mengajar juga..gue major in maths....gue rasa potential luas kalau betul marketingnya...boleh le mengajar diaorang Abacus/Mental arithmatic...anak-anak melayu masih lemah dalam bidang ni....

Sherrina...kita pakat due nak? kita cari rumah sewa....buat mengajar kat situ...kalau nak fizik...adik gue ada..bach in physic...ada pengalaman mengajar tuisyen..anak-anak expatriate...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 12:58 PM | Show all posts
zazizu,
kalau bener serious, kita bisa partnership. gue udah jumpe lokasi yg cantik banget. di kawasan perumahan. ada teman yg udah membeli satu lot umah kedai tapi ngak bisa bikin bisnes kerana tak dibenarkan buka bengkel disitu. dia mau sewakan 300 ratus sahaja. murah banget. di kawasan selayang.

gue ingin bener buka bisnes ini tapi risau pasal isu lesen dr kementerian....kalau betul cam darsita bilang, gue rasa tiada masalah besar.


uikss..kenapa sih gue speaking indon :lol
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 20-6-2005 11:32 AM | Show all posts
huh... bagusnya memasing berbicang begini... kakn dah lupa lak cara2 nak setup pusat tuisyen ni,kalau tak, leh turut serta.... :bgrin:

yg kakn igt, nak kena dapatkan pengesahan ke apa tah... dari bomba, polis... err... mana tah lagi, hehe... tapi mmg kena dapatkan mende tu la.. haa... tenaga nasional pun...

tapi kalau yg buat kat rumah tu, cam tak perlu la plak...

sherrina, murah tu sewa... apa lagi... buat la..... selayang lak tu... dah buat nanti, jgn lupa post kat sini cemana ekkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2005 03:39 PM | Show all posts
itulah kak n,
tak sangka rezeki murah plak. selain di selayang, makcik saya offer join dia di flat di keramat. kawasan tu so far takde tuisyen langsung. makcik sy tu cuma buat di umah tapi umah flat, pepaham ajelah. sempit. dia tgh nak dapatkan utk guna/sewa dewan atau salah satu umah kedai di bawah flat dia.

pasal bomba tu saya tau. kalau kita buat di umah kedai, kene dapatkan pengesahan bomba yg tempat kita selamat. ada alat pemadam kebakaran, ada emergency exit dll....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gabanzack This user has been deleted
Post time 20-6-2005 03:47 PM | Show all posts
tahniah pada sdri2 krn ada semangat usahawan yg tinggi. Idea utk synergized mmg bagus krn dapat mengumpulkan kekuatan yg lebih mantap dan menampung kekurangan yg ada.

tapi saya syorkan agar buat kajian yg mendalam dari segala aspek, terutama perundangan supaya tidak timbul masalah kemudian hari. Selain drpd penguatkuasaan kerajaan yg ada musim2nya, hasad dengki manusia pun perlu diambil kira. Biasanya aduan drpd mak bapak yg tak berpuas hati dgn anda, atau mungkin juga pesaing yg mahu menjatuhkan.

Sebagai permulaan untuk membiasakan diri dgn dunia perniagaan spt kelas tiusyen bolehlah dibuat di rumah2 tanpa mendapatkan lesen/permit. Walaupun sebenarnya salah, tapi biasanya tiada penguatkuasaan drpd kerajaan.

Tapi kalau ada target long term untuk mengembangkan lagi perniagaan ini, mmg tak boleh lari drpd memenuhi pelbagai syarat dan peraturan kerajaan. Jgn nanti bila perniagaan dah maju dan terkenal, tiba2 menghadapi tindakan drpd kerajaan. Ini nanti menjatuhkan reputasi syarikat di samping risiko hukuman yg berat. Ingat lagi beberapa pusat pengajian swasta yg dikenakan tindakan krn tidak mematuhi peraturan pendaftaran dgn JPS (antaranya KUMON)?

Sebenarnya pusat tiusyen memang wajib berdaftar dgn Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Swasta. Biasalah... selain sbg langkah kawalan oleh kerajaan, pendaftaran ini juga untuk menjamin pendapatan kerajaan melalui cukai dan bayaran2 permit yg akan dikenakan kpd pengusaha perniagaan. Duit punya hal la ni.....

Berikut saya extact info drpd website
Jabatan Pendidikan Swasta:

[quote]

A. PENGENALAN         

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta-Akta berikut:

   1. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
   2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
   3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
   4. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996
   5. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
   6. Akta Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional 1997


C. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA         

Secara amnya, institusi pendidikan swasta terbahagi kepada dua kategori mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan. Peringkat pendidikan bermula dari pra sekolah hinggalah ke pendidikan tinggi. Secara umumnya institusi pendidikan swasta terbahagi kepada dua kategori:

i. Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
ii. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)


Institusi Pendidikan Swasta

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah:

* Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

* Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan

* Sekolah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan

* Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pendidikan

* Sekolah Ekspatriat

*Sekolah Antarabangsa

* Pusat-pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan
   
* Pusat-pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain

Panduan mendaftar Pusat Tiusyen boleh diperolehi di SINI


Bisness mmg biasalah banyak prosedur birokrasinya. Jgn cepat mengalah.

ok... all the best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2005 05:18 PM | Show all posts
terima kasih gabanzack diatas info yg sangat2 berguna diatas, buat masa nie sherrina masih dlm proses kajian mengenai hal ini disamping mengumpul maklumat2. yupp, memang sherrina dah start wat home tuition dan keje di pusat tuisyen. utk gain experience dan confidence :bgrin:

thanks, again....
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 20-6-2005 06:53 PM | Show all posts
nanti jangan lupa cite pengalaman kat sini ek sherrina... :hug:
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 20-6-2005 06:57 PM | Show all posts
tq gabanzack... kedit arini dah abih nak kasik... sori... tunggu esok ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.422542 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list