CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: honeybee1802

molar pregnancy..any experience?

[Copy link]
BamBees This user has been deleted
Post time 22-6-2005 12:32 PM | Show all posts
Masa dedulu, preggy anggur ni selalu org kata baby hilang diambil dek org bunian kan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BoDyGuArD This user has been deleted
Post time 9-11-2005 07:00 PM | Show all posts
salam semua.

pagi tadi saya bawa my wife checkup kat klinik swasta. then suspected molar pregnancy. Doctor forward wife saya ke HSAJB. Apa yang merisaukan saya, tidak ada tanda tanda darah keluar cuma muntah-muntah yg kerap. dan doctor kata suspect jerkk.. tapi itu yg merisaukan.. kalau bukan molar apa lagi selain itu yg boleh dikaitkan? adakah kemungkinan kecacatan.?

insan risau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2005 09:26 AM | Show all posts
cool BD....baru suspected rite?takper..checkup jek kat spital tuh...pray alot..kalo molar tuh terpaksa le let go jek..timer le seadanya...
Reply

Use magic Report

BoDyGuArD This user has been deleted
Post time 11-11-2005 04:18 PM | Show all posts
updated..

my wife confirmed molar pregnancy.. masuk wad pagi tadi then now tunggu D & C. hopefully semua berjalan lancar..

lepas nih nak tanya kengkawan suggestion rawatan selanjutnya..
thanxs
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2005 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by BoDyGuArD at 11-11-2005 04:18 PM
updated..

my wife confirmed molar pregnancy.. masuk wad pagi tadi then now tunggu D & C. hopefully semua berjalan lancar..

lepas nih nak tanya kengkawan suggestion rawatan selanjutnya..
...


...BoDyGuArD...im sorry to read that your wife had molar...hope everything went well with the D&C...think by now she is resting at home...

...but...very importantly..she has to see her doctor frequently as molar pregnancies can recur....

...usually...during the follow-up she will need to do a baseline chest x-ray...

...during the visit also her dr will review the result of the pathology specimen (which her dr sent during the D&C)...

...a physical examination of the vagina and uterus every 2 weeks until the uterus returns to norma (then every 3 months for a year)....

...she will also be advised to consider taking  contraception like the pill or shot with no attempt to become pregnant for 1 year...

...and... most importantly...her dr will monitor her HCG blood levels every weekly  until zero then every month for a year....

...as u can see...all of this involves a lot of trips to the lab and the doctor抯 office...your wife might be tired and sick of it...but...do give her your constant support and encouragement cos she really cannot afford to default her follow-ups during this crucial state...this is important because molar pregnancies can come back even after a thorough D&C....and when they come back she may need chemotherapy to prevent disease spread...

...and like ive said above...she has to consider some form of contraception cos it is important that she should not get pregnant at least for a year...many women are frustrated when their doctor recommends waiting one year to become pregnant...tapi mereka tidak faham mengapa dr sarankan sedemikian...ada jugak yang di antara mereka merasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata...tapi...saranan dr nie is actually important... because a rise in HCG levels may indicate a normal pregnancy or it can also means a recurrent molar pregnancy which then will require chemotherapy....so...to avoid this confusion drs usually ask for a 1 year period without the patient becoming pregnant....

...i pray that your wife will get well soon...having a molar pregnancy can challenge your emotional and physical well-being...grief about losing a pregnancy combined with fear of cancer  may feel like more than you can handle....so...do give her your constant support and reassurance...apa2 pon...moga2 semuanya slamat...
Reply

Use magic Report

BoDyGuArD This user has been deleted
Post time 20-11-2005 03:18 PM | Show all posts
thank you blackmore (tak tahu nama sebenar). well my wife selamat dah D&C.. then the second day dah takder pendarahan berlaku.. but 2 hari lepas my wife said that dia period.. tapi 2 hari jer ada pendarahan.. ada sesaper tahu adakah ini period atau kesan D&C..

satu lagi question.. ada sumber berkata kalau org kena molar then D&C.. kaedahnya sama dengan keguguran.. bila nama keguguran biasanya wajib mandi selepas 40 hari. Dalam kes my mife dia pregnant 10 weeks. so mean belum 3 bulan.. Bagaimana tuh ?

And my last question this time.. apakah pemakanan yang terbaik utk treatment selepas D&C.. Utk menurunkan HCG level..? Atau mungkin orang kena D&C kena pantang spertimana org bersalin.. maklumlah apabila tanya doc atau nurse dia kata semu boleh makan..

Thank You
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2005 05:37 PM | Show all posts

two into one

some say that  molar is caused by and ova (telur from perempuan) being fertilized by more than one sperms ...
normally... once a sperm enters an egg.. automatic... a lining will be formed and stops other sperms from penetrating...
so yg jadi bukan baby/fetus sbb too many chromosomes.. dia jadi mole!



...
too many cooks..  spoil
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2005 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by BoDyGuArD at 20-11-2005 03:18 PM
thank you blackmore (tak tahu nama sebenar). well my wife selamat dah D&C.. then the second day dah takder pendarahan berlaku.. but 2 hari lepas my wife said that dia period.. tapi 2 hari jer a ...


Body,
Semasa pengalaman saya dulu saya berpantang hanya 2 minggu..pergi urut (MIL suruh) dan pantang makanan 2 minggu jek..tak bole strict sgt nanti lambat lekat..(MIL kata)..hal mandi pula, mandi seperti mandi ajib sahaja kerana baby belum jadi jasad dan dah tentu apa yg dikandung tu bukan ekceli baby, hanya gumpalan darah..

pendarahan darah yg ife u alami tu biasa,coz masih ada darah yg clog kat situ..dia akan on of in a while..


pasan nak turunkan kadar HCG tu mmg takde apa yg boleh membantu..dia akan turun naturally..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 03:39 PM | Show all posts

Bahaya kandungan anggur

Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.Z
Pakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.

Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah.

Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.

Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.

Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?

Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.

Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan? Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.

Jenis kandungan anggur
- Complete hydatiform mole

Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda.

Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi

- Partial mole

Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu.

Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:

- Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan

- Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)

- Pendarahan faraj. Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.

Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur.

Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut

- Pre eklampsia. Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.

- Hipertiroidism. Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui.

Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid.

Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.

- Pulmonari emboli. Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound.

Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung.

Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound.

Apa yang dilihat cuma snow storm appearance.

Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.

Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi berbanding bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

Rawatan
Rawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.

Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage.

Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma.

Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.

Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.

Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih.

Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.

Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya.

Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.

Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul.

Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus.

Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.

Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 11:47 AM | Show all posts
Trauma hamil tumor anggur

Doktor,

SAYA berumur 27 tahun. Pada Januari 2005, saya telah melahirkan bayi pertama melalui pembedahan kerana kecemasan disebabkan oleh bayi saya yang kurang bergerak dan jantungya lemah.

Namun begitu, bayi saya hanya hidup selama sembilan jam sahaja dan Allah lebih menyayanginya. Pada mulanya, doktor mengatakan bahawa punca kematian bayi saya adalah disebabkan oleh talesemia.

Tetapi selepas doktor membuat ujian darah, ternyata kematian bayi saya berpunca daripada lemas dan sudah memakan najis. Selepas dua minggu bersalin, saya mengalami pendarahan yang banyak.

Darah keluar berketul-ketul. Kerana kurang pengetahuan, saya ingatkan ia adalah pendarahan biasa sahaja. Sehinggalah 40 hari, saya kembali ke hospital untuk temujanji. Skan telah dilakukan dan doktor mengatakan ada satu ketumbuhan di dalam rahim saya sebesar buah limau.

Pada mulanya doktor ingin melakukan pembedahan ke atas saya. Namun begitu setelah doktor melakukan pemeriksaan lanjut, doktor mengatakan yang di dalam rahim saya itu hanyalah segumpal darah.

Oleh kerana itu saya hanya menjalani proses pendilatan dan pengkuretan (D&C). Sampel tisu dari rahim saya telah diambil dan disahkan mengandungi sel-sel kanser. Doktor mengatakan bahawa, saya menghidap ketumbuhan placenta site tumor yang jarang-jarang terjadi.

Selepas itu, saya menjalani kemoterapi selama enam pusingan. Haid saya teratur. Saya ingin tahu, bolehkah saya mengandung lagi dan bilakah masa paling sesuai? Adakah perkara yang sama akan berulang sekiranya saya mengandung lagi?

Sebenarnya saya trauma untuk mengandung lagi kerana takut perkara yang sama berulang. Namun begitu saya terlalu inginkan cahaya mata sendiri. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat. Saya selalu cuba mencari maklumat tentang penyakit ini malangnya terlalu sedikit yang saya temui. Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:04 PM | Show all posts

Reply #13 blackmore's post

BLACKMORE GAVE GOOD EXPLANATION ON THAT...EXACTLY LIKE WHAT I'VE BEEN ADVISED & GONE THRU WHEN I HAD PARTIAL MOLAR PREGNANCY IN 2002.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 09:53 AM | Show all posts
my sis experienced molar nie
kesian sangat masa dia dapat tau tu..
dia masa lepas doc bgtau yang dia molar pregnancy, dia sedey la kan..
tp masa tu tak sakit...
tp yg tertanya2 kenapa doc kata tunggu sampai bape bulan entah br dia kata kena buang molar tu.. memang procedure camtu ke..??
pastu my sis kena 'rehat' dr mengandung dlm 2 tahun laa.. sbb kemungkinan utk mengandung molar tu ... memang my sis kena buat follow up dengan doc setiap bulan kalau tak silap.. cam sis blackmore ckp tu laa..

tp skrg ni my sis br dapat 2nd baby. yang sulong dah 4 tahun lbh dah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 06:50 PM | Show all posts
wah ada gk topik ni..
thanks blackmore.. apa yg u tulis tu bnyk membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 05:33 PM | Show all posts
Ada rupanya topik ni. Walaupun thread lama nk tulis jugak. Saya detect missed miscarriage masa 6 week pastu follow up check up masa 9 week scan molar rupanya, terus kena snc.

Level BHCG lepas 6 minggu dah drop sampai 7.5. But still doc suruh plan sethn. ni dok tunggu sampai skarang belum period lagi dah dekat 7 minggu dah huhu...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072113 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list