CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17749|Reply: 67

Info Bisnes: Prosedur tubuh syarikat

[Copy link]
Post time 18-6-2005 12:38 PM | Show all posts |Read mode
dipetik dari link :

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0618102012/Article/


SELEPAS mengenal pasti peluang perniagaan dan sumber modal bagi menjalankannya, langkah seterusnya yang perlu dilakukan bakal usahawan ialah menubuhkan syarikat.

Lazimnya perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini didaftarkan sama ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (milikan tunggal dan perkongsian), atau Akta Syarikat 1965 (syarikat sendirian berhad).

Sebelum memilih jenis entiti perniagaan, penting untuk mengetahui beberapa bentuk perniagaan ada di negara ini.

Milikan Tunggal

# Dimiliki oleh seorang pengusaha dan lazimnya dibantu pekerja yang dibayar gaji.

# Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal, hutang perniagaan, pengurusan dan masa depan perniagaan.

Perniagaan Perkongsian

# Dimiliki dua hingga 20 orang.

# Hak dan tanggungjawab rakan kongsi termaktub dalam Surat Perjanjian dan Akta Perkongsian 1961.

# Hutang perniagaan ditanggung rakan kongsi secara bersama.

Syarikat Sendirian Berhad

# Tanggungan kewangan anggota syarikat terhad kepada jumlah saham yang dipegang.

# Nama syarikat perlu menggunakan perkataan Sdn Bhd di hujungnya.

# Bilangan anggota antara 2 hingga 50 orang.

# Tidak dibenarkan mempelawa orang ramai membeli sebarang saham syarikat.

Cara Mendaftarkan Syarikat Milikan Tunggal dan Perkongsian

Mengikut Seksyen 5, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, butiran nama perniagaan, tarikh mula berniaga, jenis perniagaan dan pemilik perniagaan hendaklah dikemukakan bagi tujuan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Borang yang digunakan bagi mendaftarkan perniagaan ialah Borang 慉
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2005 06:56 PM | Show all posts
I didn't know it was so cheap to set up a corporation (sdn bhd). Thanks for the post.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 04:26 PM | Show all posts
kalau sdn bhd biasanya RM2000
trading/enterprise RM60 - RM75.
nak search for nama syarikat pun kena charge jugak dlm RM10 (have to do this sebab there are 2 million sole proprietary & rakan kongsi registered in Malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 07:06 AM | Show all posts
katalah kita nak wat online bisnes...
jual kecil2an je...
kalau tak daftarkan bisnes kita tu takper ker??

dan katalah kita daaftarkan bisnes kita tuh...
apa efek dia??
LHDN akan carik kita ke?
or....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 20-6-2005 04:26 PM
kalau sdn bhd biasanya RM2000
trading/enterprise RM60 - RM75.
nak search for nama syarikat pun kena charge jugak dlm RM10 (have to do this sebab there are 2 million sole proprietary & rakan  ...


baru ni aku bagi setiausaha syarikat aku RM50  untuk booking nama..mahal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 05:43 AM | Show all posts
nak tanya, kalao aku nak bukak syarikat persendirian:

1) kat mana nak daftar?
2) berapa kena bayar?
3) berapa lama prosedur?
4) boleh tak tak ada pejabat (buat bisnes dari rumah)?
Reply

Use magic Report

Follow Us
raden_kencana This user has been deleted
Post time 2-11-2005 03:37 PM | Show all posts
Nak buat business kena buat betul-betul.Pejabat kat rumahpun tiada masalah.Kecuali jika pelanggan nak p pejabat tu nanti ada masalah le. Nak buat business onlinepun boleh.Tapi sekurang-kurangnya bukak enterprise company pun jadi le.
Reply

Use magic Report

dotwimpu This user has been deleted
Post time 7-11-2005 01:10 PM | Show all posts
Nak tanya skeett lagi. Kalau aku nak buat bisnes import machine and then jual kat malaysia ( mesin kecik je), so syarikat jenis mana yg aku kena register. Setakat ni aku register yg Enterprise je.. boley ke? Or aku kena register under Trading? Apa beza antara enterprise ngan Trading?? Banyak lak soalan aku ni, tapi aku memang tak paham so sesapa yg tau boleh tolong jawab kan. And satu lagik, member aku cakap kalau nak buawat bisnes import2 ni kena register ngan MOF lak.. betul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2006 05:07 PM | Show all posts
Any idea kawan? nak bring up semula topic nie.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 01:00 PM | Show all posts
hmmm.. baru dpt info.. jika nak daftar syarikat. Kena bawak lesen perniagaan. Dan liz takde lesen niaga lagi.  :stp:

So kena buat lesen niaga dgn DBKL.. then baru leh tubuh syarikat.

Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:48 AM | Show all posts
Betul ke kena ada lesen niaga dulu, then baru kita boleh register ke SSM untuk enterprise?
Minta pendapat dari anda semua..

Terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:26 AM | Show all posts
liz...

nak daftar sykt nak kena ade lesen niaga...? sykt ape yg u nak daftar ni...?
aku wat enterprise xyah pun lesen2 niaga nih...
confuse nih...??? :hmm:


PEACE !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:36 AM | Show all posts
tak tau la .. ni liz sendiri pergi ke SSM dna nak daftar org tu kata kena mohon lesen.

Liz pun pening..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:57 AM | Show all posts
liz nak daftar ape...? enterprise...?
liz nak bukak biz ape...?
nape nak kena ade lesen niaga lak ekk...?
pelik nih...
pakcik pun xpaham nih...

sape2 yang ade ilmu yang tinggi...
leh la di kongsi2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:05 PM | Show all posts
rasanya tak payah lesen niaga.... buat dulu syarikat... and then once dapat tempat.. apply lesen niaga...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:38 PM | Show all posts
Tak pernah dengar info mcm tu..Lesen meniaga drp PBT berbeza dgn daftar syarikat dgn SSM..mungkin liz punya info tu nak apply lesen niaga dr PBT mesti ada lesen niaga daripada SSM kut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2006 12:47 PM | Show all posts
Liz..sumer..saya dah call SSM
dan tanya kat orang yg angkat phone tu (tak friendly waaaaaaaaaaaaaaaa)
dia cakap tak perlu lesen dulu, dtg apply then bawa sijil yg dh approve tu utk apply kat PBT..

ha camtu ler...

**
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:54 PM | Show all posts
okay thanks yer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 09:18 AM | Show all posts
Tak payah lesen perniagaan utk bukak syarikat.. boleh bukak syarikat dulu sama ada enterprise atau sdn. bhd. ..lepas tu baru apply licence yg lain2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:43 AM | Show all posts
Utk daftar perniagaan.. samada sdn bhd atau enterprise... tak perlu lesen.....tapi nak dapatkan lesen perniagaan kena daftar perniagaan dahulu....

utk sdn bhd... biasanya RM2,000
utk enterprise... kalau surun runner... biasanya RM250.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085641 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list