CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akucome

[MERGED] Penjagaan & Makanan Semasa Berpantang...

  [Copy link]
Post time 3-7-2006 01:39 PM | Show all posts
mak aku pong sibuk tak kasik membaca,,,me lak jenis suka sgt membaca novel2 tebal2 nie,,,,pas tuh my baby masa dlm pantang bukan main baik sgt masa siang asik tido ajer,,,,abih apa lagik nak buat?....membaca la aku!..but now, me terasa la like my eye kalau jauh dah tak berapa terang ,,,kalau tulisan jejauh tuh,,,(like signboard, sarikata tv),  kalau duduk ada distance, mmg nampak dag berbalam and my hubby ckp my eye dah kembang kot,,,,cehhh

i don't know ini sebab membaca dlm pantang ker or mmg sebab i rajin membaca even bkn dlm pantang pon, now mata tak berapa nak terang,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 11:27 AM | Show all posts
ntahlah..tak tau jugak dan x penah dgr dimana.. nway sesapa tau betul ke dlm pantang x leh menjahit?.. ye laa kan kadang2 ada butang baju hubby tanggal ke.. kena le jahit..
Reply

Use magic Report

MaMa_SyAhiErAh This user has been deleted
Post time 10-7-2006 12:42 PM | Show all posts
x de la sampai mkn ikan kering je...x pn ikan bilis je..
awk ble mkn sume...tp, jgn yg pedas sgt...
jgn makan telur cuz ble sbb gatal2...ni betol...

ayam ke, ikan ble makan...ikan kembung x ble...gatal...

mse sy pantang...mama sy bg sume makan...
ayam, ikan, buah2an...
xde plk asik ikan bilis bawang je...

awak nk kena mkn mcm2 sbb bb perlukan khasiat...
klu bb awak BF, kena la ade khasiat dr mama die...
jgn ikot sgt petua2 yg ble mudaratkan baby awk...
Reply

Use magic Report

MaMa_SyAhiErAh This user has been deleted
Post time 10-7-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by nasi^impit at 2005/6/23 01:51 PM
come,

saya dulu takde pantang sangat bab makan ni
menu saya selalu bertukar2 contohnya ikan, ayam & daging
tapi semua tu dibakar atau kukus
sayur saya ambil brokoli, sawi, carrot & ko ...


btol tu, orang tua2(kecuali mom i) kate, jgn minum air banyak, tp, itu la yg kite kna amik bnyk sepatutnya...
elak sembelit, bnykkan susu, kulit x kering....

lg 1 yg sy x setuju, jgn tdo siang, nnt muka sembab...
tp, bg org yg baru pas bersalinkan perlu rehat yg banyak....
sbb bnyk habis tenaga mase b'salin....
lg pon, kte kna sedia klu2 baby bgn tgh malam nk susu...

hm, kengkadang ade baik nye petua org dolu2...
ade gak yg merepek, mengarut...

klu sy, ape yg baik tu sy ikot,,,
tp, mane yg merepek tu sy x ikot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 07:44 PM | Show all posts
owh..saya masa lepas bersalin makan macam2.....mak saya bagi panduan mcm ni jer...kena ingat...org bersalin yg sakit nyer adalah urat dlm badan.....jadi urat lah yg nak kena repair...maka utk me"repair" urat hendaklah...

- elakkan makan makanan yg berbisa...dan  cth ikan pari....udang.....
- elakkan makanan yg sejuk2....cth air sejuk...ais....pulut, sayur2 yg sejuk mcm timun.petola...(yakni sayur2 yg menjalar)sayur2 hijau seperti sawi,bayam,brokoli,elok dan sgt bagus di makan...
- buah2 juga bagus..spt epal, tp jgn yg tajam seperti nenas....
- ikan2 yg dipercayai boleh menyebabkan gatal2 sperti kembong, tognkol....sumer baik elakkan....terutama bagi mereka yg ada luka2....tapi kalu takder luker...makan sajer lah...hehehe...

kari ker..atau gulai2 yg bersantan pon makan jer lah..tak der masalah.....

minum air yg secukupnyer.....air suam......air milo,susu.....elok benar diminum....

ingat basic laa....jgn yg bisa,tajam,dan sejuk......dan yg gatal (kalu ada luka laa....tak der luka tak per)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 09:45 PM | Show all posts
owh...nak tambah skit lagi....

selain berpantang bab makan..org yg bersalin ni pon kena gak pantang dari membuat kerje2 berat seperti mengangkat benda2 berat la....mcm saya ni... ..w/p dah hbs pantang (hari ni dah 50 hari )... kalu nak sidai baju tu...saya seret jer bakul kain tuh.....kalu suami saya ada saya suh dia jelah....tolong angkat bakul tu...timun pon saya tak makan lagi....aper lagi minuman sejuk atau berais...saya akan berpantang benda2 sejuk ni selama yg boleh....

hal bilik tido plak.....w/p dah kering nifas and dah bulih sembahyang..saya akan cuber gak berpantang sehingga 60hari.....lagi bagus kalu sampai 100hari...tp tula...kdg tak sempat 60hari pon...dah ada orang datang menyendeh....sengeh2.....hehehe.....tp tula...kalu dah kering nifas and dah mandi wajib....kalu cik abe mintak...kena la bagi yer......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 12:05 PM | Show all posts
lum penah dgr pantang larang nih..rin..masa kat spital lagi hubby dah belikan
magazine ..maklum ler boring tak buat mende..mak tak kata apa pun...rin rasa ok lah kot...:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 05:39 PM | Show all posts
saya masa dlm pantang...hari² beli paper Metro...nak buat silangkata...keh..keh..keh..berjalan sket otak nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 11:37 PM | Show all posts
...ye ke?...tapi i dulu pun suka membaca...tak kiralah ape2pun jenis bacaan asalkan dpt menghilangkan boring tu...mak tak bising lak...agaknya mak i lebih suka i membaca dari duk tegok i bangun ke hulu ke hilir...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 01:13 AM | Show all posts
ader dgr .. n mak ader bagitau ..tapi tatau sejauh mana kebenaran .. mgkn juga reason org tua2 ni .. tak bagi membaca sbb x nak kiter terlalu concerntrate sgt kat buku .. asik teringat je menda yg di baca n kalau x terkawal .. agaknya boleh bawak meroyan .. kiter teka jer la...

tapi .. kiter ... dalam pantang ..  geledah selagi ader majalah lama.. n salin semua resepi yg ader ... pas tu .. ngadap komputer jgn cakap la.. tgh malam .. atau awal2 pagi pun bgn .. on komputer n chatting ngan hubby... n alhamdullilah.. belum bertambah power contact lense n spec. tatau la kesan dia masa tua nanti ... mintak2 jgn la...sbb kiter nyer tahap rabun ni .. boleh tahan gak power nyer ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:23 PM | Show all posts
Berpantang - Amalan untuk kesihatan, kecantikan diri


Amalan berurut dalam pantang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh Ruhaidini Abd Kadir

BERPANTANG, tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin. Menunggu masa selesai 44 hari, terasa berbulan-bulan lamanya. Ini kerana hari-hari dalam pantang tidak seperti hari biasa.

Dalam waktu berkenaan, segala gerak-geri perlu dijaga rapi. Makan dan minum tidak boleh sebarangan, duduk dan bergerak juga ada cara tertentu.

Andai melanggar pantang, takut bentan dan gejala lain pula timbul. Kalau tidak hari ini, mungkin apabila tua nanti.

Tidak dinafikan, kini ada yang tidak mengendahkan amalan dalam hari. Selain malas, ada yang memberi alasan tiada masa atau tiada siapa dapat menjaga dalam tempoh itu.

Namun bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan dan rawatan berpantang tidak ditinggalkan.

Hasilnya, bukan sahaja badan sihat malah ada yang mengatakan diri terasa seperti anak dara.

Memahami hakikat ini, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Kecantikan Ainaa-Ailaa, Norulnaha Abd. Razak, tidak lokek berkongsi cara-cara melakukan sendiri amalan pantang merangkumi cara mengurut, bertungku, bertangas, berbengkung, bertasak dan menyediakan air rebusan mandi.

Menurut Norulnaha yang gemar membahasakan dirinya sebagai Kak Ana, amalan yang diwarisi daripada nenek moyang itu tidak sukar dilakukan.

Malah katanya, dedaun yang diperlukan kini boleh didapati di pasar harian.

``Kebanyakan wanita moden masih mengutamakan cara perubatan tradisonal serta petua bagi menjaga kesihatan ketika berpantang.

``Bahkan, doktor atau pakar perbidanan juga tidak menolak terus cara pengubatan tradisional asalkan si ibu tahu cara betul mengamalkannya,'' katanya.

Kak Ana menjelaskan, biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan ibu atau saudara lebih tua kerana golongan muda kurang arif mengenai ramuan serta teknik rawatan.

Kaedahnya juga, kata ibu kepada empat cahayamata ini, pelbagai dan bergantung kepada keturunan atau budaya seseorang.

Apa pun, jelas Kak Ana yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin, si ibu boleh mula diurut.

Urut antara amalan paling penting. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi selepas mandi. Selain bertujuan awet muda, ia mampu melancarkan peredaran darah, buang angin, membetulkan urat, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan.

``Amalan berurut selama tiga atau tujuh hari berturut-turut dan selepas pantang, badan perlu diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan,'' jelasnya.

Sementara itu, Kak Ana memberitahu, dalam pantang lebih elok mandi air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun. Dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk awet muda.

Mandi juga, katanya, ada caranya iaitu mulakan dengan menjirus ibu jari kaki kanan sambil digosok perlahan-lahan.

Ratakan hingga pinggang kemudian mulakan pula pada ibu jari kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air.

Selesai kaki kiri, ulangi pada kaki kanan, jirus hingga ke bahu. Kemudian berpatah balik kepada kaki kiri hingga ke bahu.

Akhirnya, perlahan-lahan jirus kepala dan selepas itu barulah mandi keseluruhan badan sepuas-puasnya, tidak perlu dibilas air biasa.

Menyentuh mengenai amalan bertungku, katanya, caranya hampir sama seperti mengurut dan ia dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut.

``Amalan ini mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetul serta melancarkan perjalanan darah,'' jelasnya.

Lebih baik, katanya, amalan itu dilakukan dengan menggunakan batu sungai ini kerana kesan bertungku bukan kerana berat batu, tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Biasanya, kata Kak Ana, darah nifas mengalir lancar selepas bertungku. Jika rajin, bertungku katanya, boleh dilakukan hingga 44 hari. Selain bertungku, bukan mustahil jika dikatakan ada di antara wanita yang tidak tahu penggunaan pilis.

``Gunanya untuk mengurangkan panas di kepala serta menghindarkan daripada terasa pening,'' katanya.

Memiliki empat buah cawangan pusat Kecantikan Ainaa-Ailaa di Bangi dan Kajang, Selangor, Kak Ana turut memperkenalkan Rempah Permaisuri keluaran syarikatnya, Nu' della.

``Untuk rawatan lebih berkesan, amalkan Rempah Permaisuri. Amalan ini untuk memulihkan semula otot perut dan rahim seperti sebelum beranak,'' katanya sambil menambah amalan itu molek diteruskan sampai bila-bila.

Sementara itu, Kak Ana mengingatkan mereka yang sedang berpantang agar makan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, lada hitam dan Rempah Permaisuri.

``Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa,'' katanya.

Selain itu, kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan. Agar kepala tidak masuk angin, rambut perlu diikat tegang.

Duduk pula, katanya, hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan petua penjagaan dalam pantang boleh menghubungi Kak Ana melalui talian 013 3511139 atau 03 89255002.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 11:03 AM | Show all posts
baby102,
saya berpantang dgn mak saya dulu, langsung tak boleh makan ikan yang goreng, semua kukus je, ikan bilis goreng tanpa minyak, ikan haruan buat sup.
ayam, langsung tak boleh makan. memang kuat pantang mak saya. sepanjang 44 hari tu, makan ikan je...

lagi satu nak tanya la sesapa je, kalau makan lobak putih tu boleh ke dalam pantang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 11:34 AM | Show all posts
nunu plan insyaallah nak bersalin kat sini je. alamatnya takdelah urut berurut tu...

tapi,kan... kengkadang tengok minah2 saleh ni selamba je makan kat McD. baby kat tepi pun merah2 n tecitttt sangat lagi... kalau tengok cam dalam umur seminggu punya baby...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 15-8-2006 11:34 AM
nunu plan insyaallah nak bersalin kat sini je. alamatnya takdelah urut berurut tu...

tapi,kan... kengkadang tengok minah2 saleh ni selamba je makan kat McD. baby kat tepi pun merah2 n tecitttt s ...

ala nunu, jgn kata minah saleh.. lin masa shukri umur seminggu dah angkut pi kelas. genap 2 minggu, tawaf shopping complex. ekceli, lepas keluar jer dari hospital, kami pi lunch kat restoran iran, pasai malas nak masak.

tapi jgn tanya la fasal pantang, sebab memang tak pantang pun.. sorry :nyorok:

memang best la kalau lepas bersalin blh pantang, ada org jaga smeua. boleh la nak memanjakan diri sendiri. tapi apakan daya, amsa tu daku jauh.. hanya dgn asben sahaja. nantilah, kalau ader rezeki, second one kat malaysia nanti, nak jugak rasa berpantang mcm u all... mesti best kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 03:28 PM | Show all posts

Reply #17 sofia80's post

Sama la dgn mak saya, kurus dibuatnya seingat saya makan nasi dgn ikan bakar kosong, kadang2 ikan bilis goreng tanpa minyak, lada hitam tumbuk tak tinggal, sayur pun saya request lobak putih masak air sbb elok untuk banyakkan air susu, hubby pun suka aje tgh saya kurus giler masa pantang. dia kata elok awak dlm pantang aje ja bertahun2 sure tak payah susah hati kalau badan naik. Ada ka patut cakap lagu tu?? Memang tinggal tulang laa.

Saya pun nanti nak pantang sendiri jugak tapi lambat lagi laa..mahal jugak ek kalau sampai beribu nak panggil org jaga. Kena pelan2 cari ni..nt tak kelam kabut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 06:43 PM | Show all posts
mmg best masa dlm pantang.. time tu ler nak displinkan diri... jaga badan.. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 12:06 PM | Show all posts
bila masa dlm pantang dulu siksa je rasanya....
tapi skrg ni rasa bestnya kalau masa dlm pantang dulu.....
aku takde mak so berpantang dgn maid aku jek...
panduan2 aku byk baca dr forum dan tanya org....
alhamdulillah aku pantang selama 45 hari...
dlm 45 hari tu aku straight pakai stokin n bengkung...
makan pun jaga jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 12:48 PM | Show all posts
Bestnya dapat info camgini.. dulu berpantang duduk dengan mak. yang ke3 ni dah tinggal sendiri.
so, nak cuba survive sendiri la bulan 12 ni.  
cuba ingat yang mak buat dulu..
kalu dulu mak buat air mandian rebus dengan daun serai wangi, pandan dll selama 7 hari.
pas tu barut dengan kunyit campur cuka kat perut - sampai kuning..- hoduhh
lepas tu naik atas salaian dan bertungku. bersalai tu selama 40 ari.
memang hubby tak bleh duk dekat sebab bau pun busuk je dengan asap api..
tapi lain tempat lain pantangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 16-8-2006 12:06 PM
bila masa dlm pantang dulu siksa je rasanya....
tapi skrg ni rasa bestnya kalau masa dlm pantang dulu.....
aku takde mak so berpantang dgn maid aku jek...
panduan2 aku byk baca dr forum dan tany ...

aah kan.. masa dlm pantang rasa siksa... n xsabar sgt nk abiskan 44 hari tu....
bile dh abis tu lega.... but now miss sesangat...

anj... urut tu panggil tukang urut ekk... kalo kat kl ni brape chsrgesnye ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by yiyie at 16-8-2006 12:48 PM
Bestnya dapat info camgini.. dulu berpantang duduk dengan mak. yang ke3 ni dah tinggal sendiri.
so, nak cuba survive sendiri la bulan 12 ni.  
cuba ingat yang mak buat dulu..
kalu dulu mak buat  ...

yiyie.. skang ni dh ade produk utk pantang2 ni kan... kalo xnak sesusah buat yg homemade tu... beli je laa produk2 mcm amway, leesa tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.110611 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list