CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akucome

[MERGED] Penjagaan & Makanan Semasa Berpantang...

  [Copy link]
Post time 18-12-2007 09:03 PM | Show all posts
off topic. boleh tak saya yang dalam berpantang nie, pi klinik gigi n buat treatment gigi (tampal gigi) ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2007 12:40 PM | Show all posts
Emmm ni tengah pregnant 2 months. Ingat masa first time berpantang, mak I memang kuat berpantang. Nenek I lagi la, banyak benda tak boleh buat. Tapi ok gak, mak masak makanan untuk berpantang memang sedap. Dari lepas bersalin, mak dah bawak ikan bilis goreng garing dan serbuk lada hitam kat hospital. , nasib kat swasta, nurse tak kesah sangat, nampak I makan benda tu, kalau nurse kerajaan mau dia bising suruh makan makanan yg berkhasiat la. First time makan benda tu, sedap jugak. Lepas 15 to 20 days, baru mak I masak ikan haruan masak kunyit ngan air asam pekat-pekat campur lada hitam...fuhhh memang sodap! Makanan favourite masa dalam pantang. Lagi few days nak habis pantang, baru mak I masak kan ayam masak lada hitam. Walau susah pantang time tu, I still akan follow cara my grandma and mak I berpantang, tak peduli lah orang nak cakap makan tak berkhasiat ke apa ker. Sebab hasilnyer menakjubkan. Pepatah pun ada berkata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ni second time nak berpantang ni, my mother in law tanya this time nak berpantang kat mana, of coz la with my beloved mum kat my hometown, my mother in law ni tak berapa pandai sangat bab berpantang, diorang belasah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by HerSheys at 26-9-2006 12:59 PM

biasenye kalo mak pantang cenggini.. anak pon ikut pantang cenggini gak...

but, kalo org lain pantang cenggitu.... mak mesti xkasi pantang cara cenggitu.... walopon berkesan kat org tu

ni ...


betul tu... masa aku dlm pantang dulu, bila mak aku dok sembang dgn mil mesti dia cakap dia bukanlah pandai sgt jaga org pantang.. aku plak anak sulung... tp mcm mana dia pantang dulu macam tulah dia jaga aku.... tp best pasal mak aku tak strict sgt..

now mak aku dah takdak... terpaksalah aku berpantang dgn mil aku... hopefully ok semua... mil aku ex-midwife....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 02:03 PM | Show all posts

Amalan Semasa Pantang(1 of 2)

MENGURUT
Berikut adalah ramuan dan cara membuat minyak untuk mengurut:

Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia (Zingiber officinale)
  • 4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • 5 biji bawang merah (Allium cepa)
  • Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
MANDI
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
[A] Mandi Dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.
Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:
  • Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
  • Sediakan bahan-bahan di atas.
  • Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
  • Masukkan halba yang dipunjutkan.
  • Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
[B] Mandi Lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.
Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai 憇crub
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 02:05 PM | Show all posts

Amalan Semasa Pantang(2 of 2)

PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran.
Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.
Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.
Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:
  • Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
  • Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
  • Isi kunyit terus sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola ping-pong
  • Secawan air kosong
  • Periuk tembikar dan sudip
  • Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
BERBENGKUNG
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.
Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.
Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.
Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.
Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.
Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 02:06 PM | Show all posts

Amalan Semasa Pantang(con't)

MINUM AKAR KAYU DAN JAMU
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.
Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.
Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.
Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.
Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.
Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
---------------------------------------------------------
CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:
1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2008 01:19 AM | Show all posts
Masa saya berpantang tahun  2006 inilah caranya

Pagi mandi air panas. Air panas tu dicampur dgn rempah ratus

Lepas tu berurut -- dgn minyak urut apa entah (from Indonesia)

Lepas tu bertungku dan berbenkung (bengkung yang kain dia panjang berjela tu)

Minum pagi toast dgn air susu suam (hari hari mcm ini)

Lunch bubur nasi dgn ikan kukus -- ada sayur kukus jugak

Malam nasi putih dgn ikan bakar


Tak minum air batu --- hari hari minum susu suam
Tak makan benda bergoreng/berminyak

Banyak makan soup sayur sahaja.

Vitamins2

Itu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by D** at 3/21/08 01:19 AM
Masa saya berpantang tahun  2006 inilah caranya

Pagi mandi air panas. Air panas tu dicampur dgn rempah ratus

Lepas tu berurut -- dgn minyak urut apa entah (from Indonesia)

Lepas tu bertu ...


kat sane kak dar berurut ngan saper..best gak kan..duk obersea but cr pantang cam kat mesia jek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by dini_alieyah at 3/20/08 18:57


kat sane kak dar berurut ngan saper..best gak kan..duk obersea but cr pantang cam kat mesia jek..



Berurut dgn satu tante Indon - kira dia ni Post Partum Doula specialist (dia kata ni kerja dia masa di Indon). Bengkung dan jamu2 semua dia sediakan. Kita siap ongkosnya aja ~
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 08:00 AM | Show all posts
byk info... aku kena baca balik....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:07 PM | Show all posts
bila baca thread ni, tgk cam ramai yg tak berpantang gak.
bukannya apa..anak kedua, sya tak pantang masa 1-10 hari. pastu bdn sakit2 pada 20 hari ke atas. anak ketiga dan keempat, sya ikut pantang org tua2
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 10:27 AM | Show all posts
berguna topik nih...
pslnya bsalin kali ke 2 ni nk jaga sendiri...
so kene prepare siap2 sumer ilmu pengetahuan dan kemaskinikan list...heheheh

tp kalu ada info lg utk yg c sect plak yer harap share....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 12:33 PM | Show all posts
my menu dlm pantang...

jamu guna NR..so far alhamdulillah, serasi xde masalh sembelit

pagi slalu brekfast dgn roti/ roti bakar n milo o...
kdg2 biskut kering ker...
kalau rasa lapar sgt, terus mkn nasi heheh

lauk2 dlm pantang, utk 7 ari pertama, x mkn benda2 gatal mcm ayam n telur...
mkn ikan fresh mcm ikan selar, biasanya panggang and cicah dgn air asam....sedapnya...
lauk yg mesti ada..ikan bilis or ikan gelama kering or fresh masak dgn lada hitam, bwg putih, halia n air asam....
this is my fav..dulu2 my mom dlm pantang, kitorang adik-beradik tumpang bedal
me plak x lalu nk mkn sup ikan haruan...
sayur wajib ada...mcm sawi, kubis(baik utk bykkan susu bdn), pegaga..buat ulam, or celur or sup..
buah mmg x tinggal, suka mkn epal..epal kan byk jenis, cuma x mkn epal hijau jer...
bila dah lps seminggu, agak2 luka dah ok baru i berani mkn telur, ayam..
telur goreng tanpa minyak, ayam buat sup halia..ini pun sedap sgt..smpi my hubby pn tumpang sekaki

mkn ptg cam biasa la, ringan2 ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 11:12 AM | Show all posts
buat masa nie.. lepas 7 hari bersalin baru saya start makan jamu mak dara. Berbengkung tu wajib... mula2 tu rasa malas tapi bila pikirkan perut tengah longgar pakai jugak bengkung. Stokin dan baju berlengan panjang wajib pakai utk elakkan angin/rasa sejuk masuk badan. Berurut lepas 3 hari bersalin selama 3 hari.
Kali ni saya tak bertungku sebab tahun lepas saya tumpah darah lepas bertungku..
Makanan harian samada ayam masak ala singgang atau bakar, ikan haruan masak sup atau ikan tenggiri@merah masak sup @ bakar. Kalu masak sup, saya akan tambah pucuk pegaga.
Saya tengah cuba minum 8 gelas air sehari tapi hanya boleh minum setakat 4 gelas jea.. (Air suam yea)

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:09 AM | Show all posts
Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Ceaserian

Saya melahirkan ketiga-tiga anak secara ceaserian, pelbagai cerita yang menakutkan jika tidak menjaga pemakanan semasa dalam pantang, ada jahitan yang terbuka, perut berair, luka tidak sembuh semua ini menyebabkan saya sentiasa berhati-hati dan menjaga pemakanan semasa dalam pantang supaya proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Untuk perkongsian kita bersama, antara makanan yang kita boleh elakkan semasa dalam pantang terutama mereka yang bersalin secara ceaserian ialah

Sayur-sayuran dan tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, sayuran kekacang, timun, labu, petola yang boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. Biasanya di dalam pantang saya akan makan sayur sawi yang direbus sahaja dan dilebihkan bawang putih.

Buah-buahan yang perlu dielakkan ialah seperti tebu, belimbing, segala jenis pisang yang juga boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Biasanya penyakit ini dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme. Buah oren Sunkist boleh digalakkan makan tetapi ada sesetengah ibu yang tidak boleh sebabnya perut akan menjadi sebu. Rasa sikit dahulu kalau badan rasa lain macam lebih baik berhenti.

Sesetengah orang suka makan ikan masin atau ikan kering dalam pantang, tahukah anda selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Untuk pengetahuan semua ada yang bertanyakan saya, jika bersalin secara ceaserian adakah darah nifas masih keluar? Ya, darah nifas masih keluar sebagaimana mereka yang bersalin normal

Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari sembilang dan parang, perlu dielakkan dikhuatiri boleh menyebabkan bisa pada pintu rahim. Sebaiknya ikan haruan segar menjadi pilihan semasa di dalam pantang, memandangkan ikan haruan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran agak payah untuk mencari di bandar2 besar mungkin anda boleh google atau survey di mana tempat yang sentiasa ada menawarkan ikan haruan. Saya akan syer menu masakan ikan haruan untuk next entry

Manakala ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah...ouchh ni antara kebimbangan saya semasa dalam pantang. Selain ikan haruan, ikan jenahak dan ikan merah biasanya saya akan makan selepas hari ke 20 atau 3 minggu selepasa bersalin.

Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga 44 hari bersalin, tipsnya ialah makan secara sikit-sikit dahulu selepas 2 jam tengok ada sebarang perubahan atau tidak seperti tempat pembedahan terasa gatal atau tidak, jika ok anda boleh teruskan makan macam biasa itupun perlu berhati-hati.

Lebihkan pengambilan air masak suam semasa berpantang kerana jika kekurangan cecair badan boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada peparu, air kencing. luka dan darah beku dalam kaki. Bila minum banyak air anda akan kerap buang air kecil supaya kuman dapat dikeluarkan dari badan. Bagi mereka yang ceaserian sangat seksa untuk bangun baring, ada caranya untuk bangun supaya luka pembedahan tidak terlalu sakit. Minum air yang banyak juga bagus untuk ibu yang menyusukan bayi. Ibu perlu elakkan air berais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu dan teh kerana ia boleh menyebabkan angin dalam badan serta kembung perut.

Cuba elakkan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Ibu dalam pantang digalakkan makan makanan yang direbus, kukus dan panggang lebihkan bawang putih dan lada hitam supaya badan sentiasa panas dan ringan juga buang angin dalam badan.

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu bersalin.

Pengambilan makanan seimbang penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan  luaran selepas melalui pembedahan. Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup untuk mengembalikan tubuh sihat dan cergas kerana ibu yang bersalin juga perlukan tubuh yang sihat bagi menyusukan bayi mereka.

Bagi mereka yang mencari set ibu berpantang dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking jap... jap lg nk baca. Sat na.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.065756 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list