CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9194|Reply: 14

Wayang Pacak

[Copy link]
Post time 2-7-2005 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

`SEAWAL jam 6 petang, kelihatan orang ramai berduyun-duyun membanjiri padang polo Bukit Kiara Equestrian dan Country Resort, Sri Hartamas. Di tangan masing-masing pula menjinjing gulungan tikar dan beberapa biji bantal.

Paling menyeronokkan apabila melihat gelagat mereka membawa pelbagai lagi barang keperluan termasuk bakul makanan dan minuman. Malah usah terkejut jika melihat ada yang sanggup 憁engangkut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2005 02:33 PM | Show all posts
tak ingt sgt... tp masa kecik2 dulu(masa belum sekolah).. mmg penah ikut famili pegi padang awam dkt kampung(felda) tengok wayang pacak ni... masa tu sumer org kg suka tengok mende mcm ni... sumer org bwk tikar, makanan sendiri dr umah... mmg meriah. pstu bile dah masuk sekolah rendah, dah takde lagi wayang pacak ni...
pengusaha wayang pacak ni rasanya gulung tikar lepas panggung wayang byk wujud n orgramai dah tak berminat lg nak tengok. kirenyer starlight cinema kat bkt kiara tu mmg mengembalikan nostalgia zaman silam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2005 08:19 PM | Show all posts
Wayang pacak ???  ooohh itu cerita lama, PakMalau waktu sekolah rendah dulu ada le... seronok tengok cerita wayang tu..
cerita yg paling menarik ialah Pendekar Harimau Berantai.

dulu kat kampung belum ada elektrik lagi.. yang ada TV pun, pakai generator, 1 atau dua org je..  jadi memang satu aktiviti yg meriah... ada jual aiskrim, kacang kuda, etc.. memang best..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 11:30 AM | Show all posts
Saya pun dulu masa zaman kanak-kanak pernah menyaksikan wayang pacak nie di Kg.Dato Keramat sebelah masjid Al-Ikram sekarang nie. Memang seronok bersama-sama kawan-kawan sambil main-main polis and thief..tapi masa wayang start barulah semua aktiviti stop.
Selalunya wayang ini diadakan musim-musim pilihanraya
saja oleh Jabatan penerangan sambil nak berkempen lah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2005 05:24 PM | Show all posts










[ Last edited by fleurzsa on 4-7-2005 at 05:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 09:55 PM | Show all posts
Kartun Lat ni bagus, ceritakan kisah hidup di kampung... teringat Pakmalau waktu zaman2 dulu di kampung... cerita realiti ni bagus, tak jemu nak tengok ..

macam cerita P Ramlee juga, sampai sekarang org tak jemu tengok, ingatkan org dulu2 je.. anak PakMalau yg kecil pun suka tengok..

cerita sekarang, sekali tengok dah tak hingin nak tengok lagi.. mungkin terlalu formal sgt. dari segi bahasa, action, etc.. pastu jln cerita complicated lak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2005 10:38 PM | Show all posts
aku tak pernah la merasa wayang pacak dulu2... Yg aku ada experience tgk wayang pacak Nokia ni la.. canggih skit... :lol

Masa aku g tahun lepas tu, aku g weekend(cite Van Helsing dan Hellboy)... Ramai la org... Org datang seawal 6petang... Yg aku perasan, utk wayang pacak ni, tak de timbul soal tiket sold out.. selalunye org just beli tiket(atau dah ada free passes)masuk je dan penuhkan mana2 ruang kosong... Mungkin die consider 'sold out' kalau dah betul2 pack...

Ada gak yg datang lewat skit masa weekend, sbb ada 2 movies.. Maybe diorg Solat Maghrib dulu kat umah, pastu baru datang.... Yg penting nak rasa santai2 sambil tgk skrin besar... Bukan slalu dapat peluang ni kat malaysia, tambahan pula wayang pacak dah macam tak bnyk kat Malaysia...

masa aku g dgn member aku tu, kitorg bawa tikar dan bawa makanan yg dibeli dari Delica Jusco 1 Utama.. aku bawa bekal spaggetthi dan sotong ball beberapa cucuk... Pastu melantak masa perantaraan antara dua movie... Mmg best lepak2 wpun kat sekeliling kite ramai org...

Masa movie tgh tyg, kitorg tgk sambil baring.. Seronoklak santai2... Aku tgk ada gak yg bawa kerusi, tapi diorg kena dok belakang la sbb block view org belakang plak nnt...



p/s-sorila sbb aku tak dapat nak cite pengalaman wayang pacak zaman dulu2 sbb takde experience, so aku cite je la wayang pacak Nokia ni.. tapi dah abis dah kan utk tahun ni, semalam kut last...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 10:42 PM | Show all posts
lagi satu, kat Dataran Merdeka leh consider wayang pacak tak? sbb tak silap aku kadang2 ada gak dimainkan movie kat situ(atau perlawanan bola atau pertandingan nyanyian akhir), so org leh lepak2 sambil tgk skrin besar...

Kat Dataran Shah Alam pun ada gak rasenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2005 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 17-7-2005 10:42 PM:
lagi satu, kat Dataran Merdeka leh consider wayang pacak tak? sbb tak silap aku kadang2 ada gak dimainkan movie kat situ(atau perlawanan bola atau pertandingan nyanyian akhir), so org leh lepak2 sa ...


Hmmm... pacak tu dah ada... wayang bukan kot he he he .  Kira skrin tv gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 10:18 PM | Show all posts

Wayang Pacak Hussein Ghulam

wAYANG PACAK......

Kalau di sebelah Utara terutama sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah pada tahun 70an dahulu, nama Hussein Ghulam amat sinonim dengan wayang pacak..Bagaimana pun konsep wayang pacak Hussein agak berbeza dengan wayang pacak  kat Bukit Kiara Equestrian kerana  Hussein Ghulam memagari sekeliling kawasan 'pawagam' dengan menggunakan plastik atau kain guni tepong gandum...Oleh itu wayang Hussein Ghulam juga dikenali sebagai 'Wayang Lengkong'.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 01:17 PM | Show all posts
Wayang pacak atau juga dikenali sebagai Wayang Lengkong begitu sinonim dengan Hussein Ghulam di Kedah pada sekitar 70an...Selain terlibat dengan wayang pacak, Hussein juga merupakan biduan kampong yang menganggotai Orkes Chandini Ghazal Party dari Batu 5, Sik , Kedah. Hussein amat terkenal dengan irama lagu ala hindustan dan bagi peminatnya , beliau dianggap sebagai  'Hussein Marican" yang kedua

Pada tahun 70an, filem Indonesia amat digemari oleh penonton kita di sini. Selain dari babak pertarungan, filem Indonesia juga amat sarat dengan adegan ranjang yang panas. Pelakon Indonesia yang top pada masa itu adalah seperti Dickey Zulkarnian, Paula Romokoy, Emilia Contessa, Ratno Timoer dan sebagainya...Di antara filem yang pernah ditayangkan oleh Hussein Ghulam ialah 'Akhir Sebuah Impian', Si Pitung, Si Buta Gua Hantu dan Filem Hindustan 'Nagin'. Hussein mengenakan bayaran RM 1 bagi dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak bagi setiap kali tontonan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 08:01 PM | Show all posts
Dalam mengendalikan operasi Wayang Pacak (Wayang Lengkong), Hussein Ghulam berhadapan dengan beberapa dilema atau masalah....
1. Masalah pencerobohan penonton tak berbayar dimana terdapat sebilangan penonton terutama remaja yang menceroboh/menyusup  masuk ke kawasan 'pawagam' bertujuan menonton secara percuma...
2. Masalah terdapat begitu banyak adegan ranjang/berahi dalam filem Indonesia pada tahun-tahun 70an sedangkan penonton Wayang Pacak Hussein terdiri daripada berbagai peringkat umur. Hussein Ghulam mempunyai cara sendiri untuk 'menapis' adegan-adegan tersebut daripada dilihat oleh mereka yang belum cukup umur iaitu dengan meletak tapak tangannya pada projektor bagi  menghalang filem yang sedang diputarkan tertera di layar....Diwaktu Hussein meletakkan tapak tangannya itu, penonton-penonton terutama lelaki dewasa akan menempik menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.........:malu::clap::clap:
Reply

Use magic Report

amr1 This user has been deleted
Post time 7-8-2005 05:04 PM | Show all posts
"Love is so short, forgetting is so long."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 10:17 AM | Show all posts
Baru2 ni ada terbaca ttg tayangan filem2 P Ramlee yg menggunakan kaedah wayang pacak

siapa ada baca?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 05:50 PM | Show all posts
penah dgr Wayang Pacak tp tak tau
camna tanyangan nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071672 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list