CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akucome

mandi wiladah

 Close [Copy link]
aturcara This user has been deleted
Post time 25-7-2005 08:57 AM | Show all posts
Kita mandi wiladah aritu kat hospital...mandi wiladah ni pun kita tahu bila dekat2 nak bersalin anak pertama aritu...mujur masa bersalin anak pertama kita normal..jadi bila dah boleh bangun dan mandi sendiri kita pun terus mandi wiladah kat hospital jugak keesokannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2005 06:18 PM | Show all posts
Saya naikkan balik thread lama ni sebab rasanya ada info yang bagus untuk renungan kita bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 02:55 AM | Show all posts
aku mandi jer mandi wiladah lepas 3 jam bersalin ( itupun nurse yg kejutkan aku suruh bangun mandi, ces.....) tang mandi wiladah  ni, memang ader a bit confuse skit tapi aku amik for safe side, mandi jer la. lagipun memang nak mandi pun kan. mandi air suam pakai shower, lebih 2 kolah? aku baru terfikir benda ni ekceli. Insya-Allah cukup.

korang bila lak mandi nifas? tunggu 40 hari ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2005 07:44 AM | Show all posts
Kawan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2005 08:12 AM | Show all posts
cicomey.. thanks a lot..
mengukuhkan lagi kefahaman agama masing-masing.. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2005 09:58 AM | Show all posts
Itulah, sebenarnya masa baca thread ni, first time saya tahu ada mandi wiladah ni. Papepun, untuk menguatkan lagi, nanti saya nak tanya kat Pak Ngah saya yang jadi ustaz and imam kat mukim dia. Apa jawapan dia, saya bagitau kawan2 kat sini yer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2005 12:24 PM | Show all posts

Reply #26 katak_kiut's post

tulun carik jawapannye ekkk... saye pon nak tahu sblm gi cuti bersalin nie... dan kalau blh bagi sekalik bacaan nye (kalau
ade).... tq soooo much!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 21-11-2005 12:24 PM
tulun carik jawapannye ekkk... saye pon nak tahu sblm gi cuti bersalin nie... dan kalau blh bagi sekalik bacaan nye (kalau
ade).... tq soooo much!!!!


bacaan? niat ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2006 09:01 AM | Show all posts
Sabb nak upkan balik topik ni sebab musykil.

Actually masa skolah dulu, Sabb ada belajar, wiladah adalah antara sebab2 yg mewajibkan mandi(x silaplah, kena bukak balik kitab). Oklah kalau menda tu betul so rasanya baik mandi cuma yg musykil ialah kalau misalannya perempaun tu ceaser, caner plak dia nak mandi? Bukan ker kalau ceaser, kita biasanya x mandi? Rasanya kalau nak mandi paling awal pon kena tunggu luka tu bebetul kering? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by sabb at 9-1-2006 09:01 AM
Sabb nak upkan balik topik ni sebab musykil.

Actually masa skolah dulu, Sabb ada belajar, wiladah adalah antara sebab2 yg mewajibkan mandi(x silaplah, kena bukak balik kitab). Oklah kalau menda  ...


Dah tanya my fren yang kaki masjid, dia rujuk kat ustaz...dia kata wajib. kalau takleh pakai air, boleh pakai bedak.
Reply

Use magic Report

ciku_manis This user has been deleted
Post time 30-8-2006 03:20 PM | Show all posts
sebab2 mandi wajib: datang haid, berjimak, kuwa air mani, melahirkan anak, nifas dan mati kecuali syahid.(kalau confuse lagi minta check kitab balik atau tanya guru agama)

jadi, mandi selepas melahirkan anak (wiladah) ni wajib.

saya dulu, mandi lepas 2 hari. sebab fes day tu saya ada problem sket dgn uri melekat. jadi terpaksa attach dgn beg tampung air kencing. lepas bukak tu, baru saya mandi wiladah.lepas mandi tu terasa segar badan.


lepas kering darah nifas, mandi nifas pulak..biasanya 40-50 hari..depends pd individu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:01 PM | Show all posts
pls refer to jawapan page 1, ada 2 jawapan yang diperkukuhkan bahawa tiada mandi wiladah..
jangan ada-adakan apa yang tiada, bidaah namanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 11:47 AM | Show all posts
paste balik dak_abu punya posting



MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (慳laqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (慳laqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing. (http://www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm)

[ Last edited by  katabatik at 31-8-2006 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 11:54 AM | Show all posts
sekadar nak berkongsi...

saya pernah juga bertanyakan hal ini pada pada ustaz

memang ada mandi wiladah dan nifas kedua2nya berbeza tapi tidaklah dimestikan mandi wiladah itu sebaik saje lepas bersalin . kalau kita sudah mandi wiladah sekalipun kalau masih ada darah nifas tetap tidak wajib puasa atau sembahyang. kebanyakan apa yg kita amalkan mengikut mazhab kita mandi tu disekalikan iaitu mandi wiladah dan nifas dengan niat mandi wajib(mandi hadas besar).
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 30-8-2006 05:01 PM
pls refer to jawapan page 1, ada 2 jawapan yang diperkukuhkan bahawa tiada mandi wiladah..
jangan ada-adakan apa yang tiada, bidaah namanya



belum tentu lagi tiada... kalau tiada takkan ada berbeza jawapan dan pendapat... terlalu awal nak hukum jawapan org lain sbg bidaah. Even saya sendiri tahu pasal mandi wiladah ni masa sekolah lagi.. takkan laa sukatan pelajaran sekolah agama kat Malaysia ni ikut hukum yg bidaah.. bila dah byk sgt percanggahan, pada saya lebih baik play safe, mandi jer..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
Diharap tuan panel dapat membantu dalam permasalahan saya selepas bersalin.

1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?
2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?
3. Tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 40 hari (spt kata Ummu Salamah r.a) atau 60 hari (seperti kata fatwa mufti brunei) ?
4. Saya telah bersalin dalam lebih kurang 40 hari sebelum Ramadhan, jadi apabila masuk ke 41 hari, saya telah mandi nifas dan berpuasa Ramadhan, walaupun masih ada darah yang keluar. Adakah puasa saya sah, ataupun saya perlu menggantikan puasa saya sehinggalah habis darah keluar?
5. Bagaimana dengan hubungan sulit suami isteri (jimak)? Adakah dibolehkan selepas hari ke 40, ataupun digalakkan tunggu hingga habis keluar darah?

Terima kasih,

Jawapan:

Oleh krn byk sgt soalan, kita jawab satu-persatu. Harap kesuma bersabar dgn jawapan secara peringkat2.

Quote:

1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?
2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?


Setelah saya meneliti beberapa buah kitab, saya membuat kesimpulan bhw tidak ada nas ataupun ijma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 03:02 PM | Show all posts
Salam

maaf sbb saya hantar PM... sebenarnya saya tak tahu b/mana nak buat posting soalan kat forum alahkam ni.

soalan saya.
setahu saya mandi wiladah dilakukan selepas habis nifas (maksudnya selepas darah nifas kering)..

baru2 ini saya terima satu email yg mengatakan, orang yg bersalin wajib mandi selepas melahirkan anak... maksudnya lepas selesai bersalin perlu mandi wajib, kemudian selepas darah nifas kering perlu mandi wajib sekali lagi.

soalan saya, adakah wanita yg melahirkan anak perlu mandi wajib ababila selesai bersalin, dan mandi lagi sekali apabila darah nifas kering atau mandi wajib sekali sahaja( iaitu selepas darah nifas kering)..

Wassalam

drpd jentayue

Jawapan:
Tiada dalil mengenai mandi wiladah.

Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati

Imam At-tirmizi menyebut, 揹i kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:15 PM | Show all posts
Ada yg PM saya minta saya jawab sedikit tentang mandi wiladah ni di sini.

Saya hanya jawab secara ringkas, bab dalil etc etc tu kalau nak bincangkan, saya rasa lebih appropriate kalau masuk ke board saya, Muslimin & Muslimat, kita boleh bincang lebih lanjut lagi (tengah rush sebenarnya, nak keluar sat). Lagipun dah ada yg jawab juga saya nampak ni dalam thread ni

Pada dasarnya, mandi wiladah ini hanya hadir dalam mazhab Syafi'e. Ini perkara khilaf. Jumhur hanya mewajibkan mandi disebabkan nifas.

Namun dalam mazhab Syafi'e sekalipun, mandi wiladah ni bukan diwajibkan terus mandi lepas bersalin tu. Benda ni banyak kekeliruan berlaku di kalangan orang Melayu. Kalau seseorang tu ada darah nifas, maka tak perlu dia mandi wiladah selepas bersalin tersebut, melainkan memadai untuk dia mandi sekali sahaja selepas darah nifasnya berhenti. Mandi sebelum darah nifas berhenti tidak mengangkat hadas besar tersebut.

Yg dikatakan mandi wiladah tu, adalah apabila seseorang itu bersalin, atau keguguran, tanpa kehadiran darah nifas. Contoh macam Sayyidatina Fatimah yg tak berdarah nifas. Maka dalam kes ini, mereka perlu mandi wiladah selepas mereka bersalin.

Tapi dalam kes biasa, hanya cukup mandi sekali selepas keringnya darah nifas. Jadi mazhab mana sekalipun yg diikuti, mandi hanya sekali sahaja, iaitu selepas habis darah nifas berhenti.

Harap jangan ada kekeliruan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah, antiQue dah jawab. saya harap cukuplah kekeliruan setakat ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:21 PM | Show all posts
terima kasih banyak-banyak mardhiah12 dan kak antiQue..
insya Allah maklumat yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065625 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list