Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

hambasufi

Fav
Troublemaker | Credits -5   
Assalamualaikum.

Dewasa ini banyak pehak yang mengatakan bahawa Nikah Mutaah adalah warisan budaya Islam yang diamalkan pada zaman Rasululah. Sehingga umat Islam dari aliran Syiah mendakwa ia adalah sunnah Rasulullah dan bukan Islam nama dia kalau tidak melakukannya.

Secara ringkas Nikah Mutaah adalah perjanjian Kontrak antara pasangan lelaki dan wanita, tanpa saksi dan wali ! Mereka mengikat kontrak selama mana masa yang dipersetujui. Terpulang pada niat masing sebelum mengenali pasangan masing sebelum membentuk rumahtangga.

Ada yang berniat untuk seks, ada yang berniat untuk kesihatan dan bermacam2 lagi. Yang penting tepuk dada tanya selera !!!

Persolannya kita di Malaysia yang majoriti berfahamanan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima perkahwinan yang berbentuk demikian. Dengan alasan ia adalah diharamkan pada zaman Saidina Omar Al-Khatab! Dan Rasululah ada menyebut, sahabat ku ibarat bintang dilangit!! Jadi dalam Fatwa ASWJ selepas Al-Quran dan Hadis ada 2 lagi yang boleh dijadikan peganngan  iaitu Qias dan Ijmak Ulamak.

Jadi Pegangan Saidina Omar A-Khatab boleh sifatkan sebagai Ijmak Ulamak kerana sebagaimana kita sedia maklum Khalifah Al-Rasyidin itu adalah Ulamak Mujtahid. Tambahan Ulamak Sahabat Nabi dan Zaman Tabiin.

Tetapi Ulamak Syiah menolak ketetapan Saidina Omar. Mereka mendakwa ia adalah Halal ....

Jadi apa komen saudara? Bab kahwin koboi dan seks bebas sendiri faham dan sendiri mau ingat... Dijemput sudi memberi ulasan..


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI ...

http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu

[ Last edited by  ibnur at 12-6-2008 01:34 PM ]
Rate
There are 1 People reward the building owner
167.6K Views
1054 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


mianyi 2#

Troublemaker | Credits -10   
Quote: Originally posted by hambasufi at 15-7-2005 09:45 AM:
Assalamualaikum.

Dewasa ini banyak pehak yang mengatakan bahawa Nikah Mutaah adalah warisan budaya Islam yang diamalkan pada zaman Rasululah. Sehingga umat Islam dari aliran Syia ...


Kahwinlah , jangan tak kahwin... Bukan kah kawin tu sebagai mengikut Sunnah nabi? Juga untuk membentuk empayar Islam?

Bab nikah Mutaah tu , gerun saya !!! Mak bapak mana yang nak buat kenduri kata anak dia nak kawin Mutaah? Tak kisah ler pasangan tu jurutera, pereka bentuk ker? Doktor ker.

Mana ada mak bapak nak bagik anak gadis dia kawin free macam nikah mutaah tu?:cak:

Rata2 depa lagi sanggup anak gadis dia jadi bujang terlajak dari lepas tu kawin takder bapak ! Macam hamba sufi kat dah cabut lari ke Iran..:gila:




:bgrin:

sauber This user has been deleted 3#

| Credits    
Salam,

Nikah mutaah bukan sebarang nikah. Ia telah diperhalusi hukum-hukumnya oleh ulama-ulama besar syiah sejak berabad yang lalu. Ada adab dan peraturannya yang harus dipatuhi oleh bakal suami isteri tersebut. Sila refer link untuk keterangan lebih lanjut.

http://al-islam.org/al-serat/muta/

Mereka ada dalil dan hujah mereka sejak dari dulu lagi. Apa yang menyebabkan anda terlalu risau jika amalan nikah mutaah ini mendapat tempat didalam masyarakat Malaysia? Allah sudah menurunkan Alquran sebagai petunjuk dan pembeza mana yang betul mana yang salah. Atas individu itu sendiri jika dia mahu memahami petunjuk Allah itu atau memilih taghut sebagai sekutu Allah.

Saudara bukannya penjaga akidah umat Malaysia. Bahkan saudara sendiri tidak mampu menjaga akidah saudara sendiri then bagaimana hendak memastikan umat Malaysia berada pada jalan yang saudara impikan dan sangkakan jalan yang lurus. Saudara bukannya nabi dan rasul umat Malaysia apalagi Imam Mahadi yang tak akan datang sebagai penyelamat dunia.

Kesimpulannya, kita adalah umat yang berselisih dan berpecah belah yang tiada lagi rasul manusia yang bersama kita sebagai pemberi berita gembira dan amaran. Apa yang tinggal hanyalah cahaya yang dibawa oleh Muhammad.

7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan membantunya dalam masa keperluan, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."

pipi 4#

Deactivate | Credits 2641   
Quote: Originally posted by mianyi at 15-7-2005 11:01 AM:


Mana ada mak bapak nak bagik anak gadis dia kawin free macam nikah mutaah tu?


nikah mutaah bukannya kawin free! nikah nie ada mahar!, ada perjanjian!...

Quote: Originally posted by mianyi at 15-7-2005 11:01 AM:




Mak bapak mana yang nak buat kenduri kata anak dia nak kawin Mutaah? Tak kisah ler pasangan tu jurutera, pereka bentuk ker? Doktor ker.


di Malaysia memang lar tak de! Malaysiankan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah... So, dalam ASWJ nikah mutaah nie haram!, jadi... Kat Malaysia pun haram lar. Sebab tu tak ada mak bapak yang nak buat kenduri....
Follow Us

billionaire Lv.9 5#

Adventurer | Credits 5139   
Quote: Originally posted by hambasufi at 2005-7-15 09:45 AM:
Assalamualaikum.

Dewasa ini banyak pehak yang mengatakan bahawa Nikah Mutaah adalah warisan budaya Islam yang diamalkan pada zaman Rasululah. Sehingga umat Islam dari aliran Syiah mendakwa ia adalah sunnah Rasulullah dan bukan Islam nama dia kalau tidak melakukannya.

Secara ringkas Nikah Mutaah adalah perjanjian Kontrak antara pasangan lelaki dan wanita, tanpa saksi dan wali ! Mereka mengikat kontrak selama mana masa yang dipersetujui. Terpulang pada niat masing sebelum mengenali pasangan masing sebelum membentuk rumahtangga.

Ada yang berniat untuk seks, ada yang berniat untuk kesihatan dan bermacam2 lagi. Yang penting tepuk dada tanya selera !!!

Persolannya kita di Malaysia yang majoriti berfahamanan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima perkahwinan yang berbentuk demikian. Dengan alasan ia adalah diharamkan pada zaman Saidina Omar Al-Khatab! Dan Rasululah ada menyebut, sahabat ku ibarat bintang dilangit!! Jadi dalam Fatwa ASWJ selepas Al-Quran dan Hadis ada 2 lagi yang boleh dijadikan peganngan  iaitu Qias dan Ijmak Ulamak.

Jadi Pegangan Saidina Omar A-Khatab boleh sifatkan sebagai Ijmak Ulamak kerana sebagaimana kita sedia maklum Khalifah Al-Rasyidin itu adalah Ulamak Mujtahid. Tambahan Ulamak Sahabat Nabi dan Zaman Tabiin.

Tetapi Ulamak Syiah menolak ketetapan Saidina Omar. Mereka mendakwa ia adalah Halal ....

Jadi apa komen saudara? Bab kahwin koboi dan seks bebas sendiri faham dan sendiri mau ingat... Dijemput sudi memberi ulasan..


Dewasa ini banyak pehak yang mengatakan bahawa Nikah Mutaah adalah warisan budaya Islam yang diamalkan pada zaman Rasululah. Sehingga umat Islam dari aliran Syia ...


salam
kerana forumner2 seperti anda inilah maka thread mutaah jawapan untuk always-typo diwujudkan. ini kerana orang2 seperti anda sering sahaja membangkirkan isu mutaah sedangkan ianya telah pun dibincangkan berkali2 pada thread yang berbeza2. Belumpun persoalannya tamat, maka akan ada pula orang baru yang membuka topik baru tentang masalah ini, dan perbincangannya bermula sekali lagi- again & again!

sila pergi rujuk ke thrred yang telah dinyatakan dan bincangkan ia di situ. Cuma untuk pengetahuan anda, ketaksuban anda yang sebegitu rupa kepada para sahabat hingga anda berani mengandaikan bahawa hukum Allah boleh dibatalkan dan ditukar sesuka hati oleh sahabat atas nama ijtihad.

"Dan tidaklah patut bagi lelaki Mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai allah dan rasulNya, maka sungguhlah diateah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Ahzab 36)

dan keapda Mianyi: sekiranya pengetahuan anda tentang mutaah adalah senipis kulit bawang, maka lebih baik anda menjauhkan diri dari melontarkan pendapat2 yang hanya berlandaskan fikiran dan nafsu anda. Dikhuatiri anda tanpa sedari turut sama menyokong pembatalan sesuatu yang telah ALlah halalkan.  

biker lady, jangan salah faham dan jangan terlalu feminist. Mutaah adalah isu lelaki dan perempuan. Bukan lelaki sahaja. Dan mutaah bukanlah terhad hanya kepada seks semata-mata. Perbincangan bukan hanya terhad kepada pengamalan, tetapi adlah tentang hukum. Adalah lebih baik untuk meluaskan skop dan konsep pemahaman anda tentang mutaah.  

minta kerjasama anda hambasufi untuk turut sama dalam perbincangan di thread mutaah yang telah sedia ada, agar semua persoalan mutaah terungkai dalam satu topik sahaja- agar mudah rujukan dibuat. Di situ anda boleh memperdebatkan di antara hukum Umar yang anda pegang dan imani dan hukum Allah yang kami pegang.

nahzaluz Lv.9 6#

Adventurer | Credits 3616   
Dlm hal thread ni saya setuju dgn bill. kalau boleh kita bincang dlm satu thread sajer cukuplah. Kalau hambasufi dll dari ASWJ ada maklumat, hah bubuhlah kat situ. Penuhkan dia dgn hujah2 ASWJ.

tapi kena confirmlah dulu hujah tu sebab bila saya baca hambasufi kata : ... ia adalah diharamkan pada zaman Saidina Omar Al-Khatab! nampak mcm Umar yg haramkan. Ini point Syiah sebenarnya. ASWJ tak buat kesimpulan macam tu. Bahkan ASWJ tak kata pun Umar yg haramkan mutaah. Di sisi kita mutaah sabit dgn hadis, bukan Qur'an. Nabi yg haramkan bukan Umar.

Atau mungkin saya silap menta'aqul tulisan hambasufi

[ Last edited by nahzaluz on 16-7-2005 at 01:01 AM ]

Gravedigger Lv.11 7#

Highlander | Credits 8333   
Quote: Originally posted by nahzaluz at 16-7-2005 12:59 AM:
Dlm hal thread ni saya setuju dgn bill. kalau boleh kita bincang dlm satu thread sajer cukuplah. Kalau hambasufi dll dari ASWJ ada maklumat, hah bubuhlah kat situ. Penuhkan dia dgn hujah2 ASWJ.

...


Dia orang tak berani nak masuk kat sini sebab terlalu ilmiah sangat. Tak sampai peringkat dia orang tu untuk berfikir tahap tinggi ni. Buat mengacau ajer boleh lah.

Tengoklah...nanti diaorang katakan yang bincang kat sini cuma Wahabi dan Syiah saja manakala diaorang adalah ASWJ yang tulen.

ADVERTISEMENT


siti_free This user has been deleted 8#

| Credits    
A/kum.
Saya sokong kawin mutaah.

1 logik yang x dapat dinafikan ialah ia sesuai untuk memberi nafkah batin kepada yang memerlukan nafkah batin seperti janda yang tidak mahu dikahwini oleh lelaki lain secara nikah biasa. Baitulmal mana boleh beri nafkah batin kepada janda tersebut. Ini lebih baik daripada buat seks bebas. Nikah mutaah mana boleh buat cincai-cincai. Dia ada rukun dan syarat2 yang wajib ikut. Ini kena faham molek.

billionaire Lv.9 9#

Adventurer | Credits 5139   
salam
betul.

nahzaluz Lv.9 10#

Adventurer | Credits 3616   
oppsssssssssssss ...ni kang tak pasai2 duk bincang bab mut'ah pulak kang ... kecoh pulak kang

heh heh

nahzaluz Lv.9 11#

Adventurer | Credits 3616   
Pak Malay kalau nak berforum pakai satu nick sudah ler... tak baik pakai byk2. org dah tahu dah. saya ingatkan dah lama tak masuk ni tak buat dah kerja dulu. takpalah, nanti saya bincang tgk dgn supermod kita bro. amorist...

Linglu 12#

Troublemaker | Credits -18   
Quote: Originally posted by nahzaluz at 28-12-2005 03:11 PM
Pak Malay kalau nak berforum pakai satu nick sudah ler... tak baik pakai byk2. org dah tahu dah. saya ingatkan dah lama tak masuk ni tak buat dah kerja dulu. takpalah, nanti saya bincang tgk dgn su ...



Betul kata ustaz nahzaluz tu . Pak malay pakai satu nick pun dah mencukupi...


Toksah pakai banyak2 nama..

Nanti pening kepala, susah insan lain nak mengenal tulisan pak malay...

:cak:

simplelife This user has been deleted 13#

| Credits    
Pada pendapat peribadi saya, nikah mut'ah boleh menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat. Contoh kalau Azam kahwin mut'ah dengan Si A, B, C, D, E, F, dan 30 wanita yang lain, bermakna anak-anak Azam tidak boleh lagi mengahwini 36 wanita-wanita tersebut dan anak2 keturunan 36 wanita (anak, cucu,cicit (lelaki dan perempuan)) yang mungkin berjumlah beratus malah beribu. Kalau mereka yang lain juga mengamalkan nikah mut'ah, maka banyaklah wanita-wanita malahan lelaki yang tidak boleh dikahwini. Jadi macam makin sedikit pasangan yang boleh dan halal dikahwini.....

p/s: Sebarang pembetulan fakta amatlah dialu-alukan.....

Abuyazid Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1475   
Quote: Originally posted by hambasufi at 15-7-2005 09:45 AM
Assalamualaikum.

Dewasa ini banyak pehak yang mengatakan bahawa Nikah Mutaah adalah warisan budaya Islam yang diamalkan pada zaman Rasululah. Sehingga umat Islam dari aliran Syia ...



Sipencetus tread ni jangan berbahasa kasar sangat dan mengatakan tentang kesalahan, cuba menyedarkan kesalahan lebih baik dari menyebut kesalahan .... dengan cara yang dikehendaki Tuhan ... ok

Bateesta Lv.14 15#

Fighter | Credits 27105   
Sori mencelah , aku dah puas baca thread yg billionaire tu buat , yg jawapan kpd always typo psl nikah mutaah tu
Tp aku x jumpa pun , rukun2 nikah mutaah ni , cara pelaksanan , siapa yg blh , siapa yg x blh , atau aku ada miss something , sila beri tunjuk ajar , psl aku nak tak tahu , thanks

ADVERTISEMENT


billionaire Lv.9 16#

Adventurer | Credits 5139   
Quote: Originally posted by simplelife at 28-12-2005 04:41 PM
Pada pendapat peribadi saya, nikah mut'ah boleh menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat. Contoh kalau Azam kahwin mut'ah dengan Si A, B, C, D, E, F, dan 30 wanita yang lain, bermakna anak-anak Azam tidak boleh lagi mengahwini 36 wanita-wanita tersebut dan anak2 keturunan 36 wanita (anak, cucu,cicit (lelaki dan perempuan)) yang mungkin berjumlah beratus malah beribu. Kalau mereka yang lain juga mengamalkan nikah mut'ah, maka banyaklah wanita-wanita malahan lelaki yang tidak boleh dikahwini. Jadi macam makin sedikit pasangan yang boleh dan halal dikahwini.....

p/s: Sebarang pembetulan fakta amatlah dialu-alukan..... ...

simplelife,
apakah anda merasakan perlu untuk menyentuh semua bab berkaitan syiah sekalipun anda tidak mengetahuinya?

apa kata kita beranggapan begini: Azam kahwin biasa dengan si A, B, C, D, E, F, dan 30 wanita lain secara kahwin cerai kerana tidak ada keserasian.  bermakna anak-anak Azam tidak boleh lagi mengahwini 36 wanita-wanita tersebut dan anak2 keturunan 36 wanita (anak, cucu,cicit (lelaki dan perempuan)) yang mungkin berjumlah beratus malah beribu. Kalau mereka yang lain juga mengamalkan nikah mut'ah, maka banyaklah wanita-wanita malahan lelaki yang tidak boleh dikahwini. Jadi macam makin sedikit pasangan yang boleh dan halal dikahwini.....

aduhai saudara. Anda hanya membincangkan mengenai pengamalannya, anda perlulah tahu saudara PENGAMALAN tidak sama dengan HUKUM. Kecelaruan boleh timbul dalam apa sahaja tindakan yang dibuat tanpa menggnuakan akal dan menepati kaedah yang telah ditetapkan. Aduhai....

namun pada akhirnya, orang seperti anda tetap akan bersuara, walaupun tidak pernah mengetahiui persoalannya. Oleh itu, teruskanlah apa sahaja yang anda mahu katakan dri fikiran anda. Tuhan menjadi hakim adil ke atas kata-kata anda.

wassalam.

Bateesta Lv.14 17#

Fighter | Credits 27105   
So , tunjukkanlah apa yg berlaku sebenarnya bill dlm kawin mutaah ni , mmg kabur lg nampaknya , psl, yg byk dibahaskan ialah ayat2 quran n hadis2 yg menceritakan tentang kawin mutaah yg telah terbatal atau masih boleh dilaksanakan
Tp content kawin mutaah tu masih lg kabur , so , kalau kau senang berbicara ilmu , inilah medium nya , psl ada org berminat n aingin amik tahu abt the whole content psl kawin mutaah ni , supaya x berlaku kekekiruan lagi in the future , thanks

simplelife This user has been deleted 18#

| Credits    
Quote: Originally posted by Bateesta at 29-12-2005 04:01 AM
So , tunjukkanlah apa yg berlaku sebenarnya bill dlm kawin mutaah ni , mmg kabur lg nampaknya , psl, yg byk dibahaskan ialah ayat2 quran n hadis2 yg menceritakan tentang kawin mutaah yg telah terba ...


Ya lah bill, Bateesta berminat sangat nak tahu pasal kahwin mut'ah tu. Adakah Bateesta juga berminat untuk mengamalkannya?:stp:

Memang saya tak faham pun pasal kahwin mut'ah nie, jadi amatlah berharap agar bill dapat menerangkan dengan sejelas-jelasnya pasal kahwin mut'ah ini, bukan setakat pengharamannya di sisi Sunni dan penghalalannya di sisi Syiah....Segala kebaikan bill dan yang lain-lain amatlah dihargai....

Quote: billionaire wrote:
simplelife,
apakah anda merasakan perlu untuk menyentuh semua bab berkaitan syiah sekalipun anda tidak mengetahuinya?

apa kata kita beranggapan begini: Azam kahwin biasa dengan si A, B, C, D, E, F, dan 30 wanita lain secara kahwin cerai kerana tidak ada keserasian.  bermakna anak-anak Azam tidak boleh lagi mengahwini 36 wanita-wanita tersebut dan anak2 keturunan 36 wanita (anak, cucu,cicit (lelaki dan perempuan)) yang mungkin berjumlah beratus malah beribu. Kalau mereka yang lain juga mengamalkan nikah mut'ah, maka banyaklah wanita-wanita malahan lelaki yang tidak boleh dikahwini. Jadi macam makin sedikit pasangan yang boleh dan halal dikahwini.....


Kahwin mut'ah dengan kahwin biasa ini rasanya bolehlah diibaratkan macam rumah sewa dengan rumah sendiri/milikan tetap.
Rumah sewa boleh ditinggalkan bila-bila masa sahaja bergantung kepada keperluan dan mencari rumah sewa yang lain
Rumah milikan payah sikit nak ditinggalkan dan selalunya sampai menjadi harta dan boleh dibuat pusaka..
Jadi rasanya kahwin biasa tetapi nikah cerai sebanyak 36 kali itu amat jarang berlaku dan mungkin 1 dalam sejuta...Kalau ada pun mungkin tak sampai berpuluh-puluh...
Tetapi kalau kahwin mut'ah memang secara peraturannya sendiri akan berlaku dan mungkin lebih daripada 36 , mungkin 50, 70 dan ke atas....dan ini memang pernah berlaku pun bagi pengamal-pengamal kahwin mut'ah..

[ Last edited by simplelife at 29-12-2005 09:46 AM ]

syeikhbelalang Lv.9 19#

Adventurer | Credits 3216   
Quote: Originally posted by simplelife at 29-12-2005 09:37 AM


Ya lah bill, Bateesta berminat sangat nak tahu pasal kahwin mut'ah tu. Adakah Bateesta juga berminat untuk mengamalkannya?:stp:

Memang saya tak faham pun pasal kahwin mut'ah nie, jadi amat ...



Senang-senang  ikut jer  kahwin secara sunnah yang Rasullullah lakukan. Cukup dengan lafaz akad nikah dengan disaksikan dengan oleh  2 orang saksi dan seorang wali.Selain dari pasangan lelaki dan pasangan wanita.

Rasululah kahwin seramai 4 orang sahaja pada suatu-suatu masa.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Rasullulah berkahwin secara Nikah Mutaah!! Hairan juga umat dia kata nak mencontohi jejak rasul...

Lebih kuah dari sudu...


:cak:

pipi 20#

Deactivate | Credits 2641   
salam...

menyentuh mengenai mutaah oleh orang yang hanya mampu "mengkotak-katikkan" keadaan melalui lontaran perkataan dalam persoalan yang hanya membenarkan pihaknya sahaja. tambahan pula soalan yang mencangkupi permainan yang tidak pasti.

Quote: Jadi rasanya kahwin biasa tetapi nikah cerai sebanyak 36 kali itu amat jarang berlaku dan mungkin 1 dalam sejuta...Kalau ada pun mungkin tak sampai berpuluh-puluh...

Jadi rasanya kawin mutaah tetapi "nikah cerai" sebanya 36 kali itu amat jarang berlaku dan mungkin 1 dalam sejuta...Kalau ada pun mungkin tak sampai berpuluh-puluh...


Quote: Tetapi kalau kahwin mut'ah memang secara peraturannya sendiri akan berlaku dan mungkin lebih daripada 36 , mungkin 50, 70 dan ke atas....dan ini memang pernah berlaku pun bagi pengamal-pengamal kahwin mut'ah..


Jelas di sini anda BUKAN bertanyakan soalan tetapi memprovokasikan situasi menerusi kenyataan ANTI-SYIAH. Justeru, hal ANTI-SYIAH telahpun SEBATI dengan jiwa, raga, hati, sanubari, minda, dan juga segala sesuatu setiap inci tubuh anda. MAKA, kami yakin anda TIDAK akan menerima WALAUPUN sekelumit zarah yang paling halus sehalus-halusnya mengenai Kebenaran KAMI. Pergilah anda bertanyakan jutaan kenyataan ANTI yang anda fahami dan miliki. Pergilah kepada jalan-jalan kejahilan terhadap pengetahuan kebenaran sesuatu. Pergilah, Pergilah....
1234.. 53Next