CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CoKeLat-RaWkZ

[Kompilasi] AYAM

  [Copy link]
Post time 6-4-2004 02:32 AM | Show all posts
Singgang Ayam [ninoZ]

bahan-bahan

1 ekor ayam - potong  2 atau 4
dikisar halus2 :
6 bwg merah
3 garlic
5 cili merah
5 buah keras
halia n kunyit hidup - agak2 beso ibu jari
lengkuas sket
1 tbsp ketumbar biji [taknak taruk pun tak pe]

serai - dititik
daun limau purut
5 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
garam gula secukup rasa
minyak utk menumis
daun kunyit - mayang halus

panaskan minyak..tumis bahan kisar sampai aromatic pastu masukkan serai n daun limau purut..kemudian masukkan ayam n masak seketika
then masukkan santan..renih sampai  daging ayamnya empuk n kuahnya pekat..perisakan garam gula secukupnya
kemudian grillkan ayam tu [panggang atas bara api bleh..dlm oven pun bleh]
bastekan sekali sekala dgn kuah..kemudian leh angkat n hidangkan
tuangkan lebihan kuah kat ayam tu..leh hias dgn hirisan halus daun kunyit

Variasi:
nak guna daging pun bleh gak..
pastu kalau nak omit cili merah pun bleh..kuahnya nampak cam putih kuning sket
teknik lain nak masak singgang nih..bahan kisar tu perap je dgn ayam semalaman..pastu masuk je dlm periuk n taruk santan..masak sampai pekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2004 02:47 AM | Show all posts
Zechuan Camphor Wood and Tea Duck [Remy_3D]

Ingredients:
1 Large Whole Duck -- giblets removed
1 Teaspoon Freshly Ground White Pepper
1 1/2 Tablespoons Ground Cinnamon
1 1/2 Tb Ground Ginger
3/4 Cup Brown Sugar
3/4  Cup Red Wine Vinegar
1 Teaspoon Sesame Oil
2 Teaspoons Peanut Oil
1/2 tsp Ground Star Anise

Directions:
Bring a pot of water, large enough to hold the duck, to a boil.
Remove from heat and plunge duck in the water for 5 minutes.
Remove and pat dry.

Combine the rest of the ingredients in a small saucepan and bring just to
the boil.
Off heat, allow mixture to cool to room temperature.
Liberally coat the duck with the mixture and let it sit at room temperature for 3 hours so that the coating dries out.

To cook:
Place duck on a rack, breast side up in a preheated 350 degree oven
for 2- 2 1/2 hours.
Roast until skin is crisp and brown.
Check occasionally and regulate temperature so that the coating does not burn.

To serve:
Let duck cool to room temperature.
Carefully carve pieces from the bone being sure to include the crisp skin.
Roll up in Chinese Pancakes recipe follows) with a dab of hoisin sauce and slivered green onions.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2004 11:41 AM | Show all posts
Ayam Panggang Satok [ninoZ]

1 ekor ayam - dibersihkan n potong

dikisar halus2:
3 btg serai
3 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
3 cm halia

5 sudu gula apong
5 sudu kicap pekat
3 sudu gula
garam secukup rasa

gaulkan ayam dgn semua bahan sehingga rata n perapkan sekurang2nya 1 jam..lagi lama lagi bagus
then panggang atas api arang atau gunakan ketuhar/oven

siappp!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 05:19 PM | Show all posts
Ayam Seri Ratu [sasha]
Bahan2nya...

6 keping peha ayam
2 helai daun limau purut
30 gm. cili boh (giling)
10 gm halia
50 gm lobak merah
20 gm pes tomato
5 gm gula pasir
20 gm asam jawa
garam secukup rasa dan serbuk lada hitam

Cara membuatnya...

Mula2 goreng peha ayam (kalau tak nak peha apa2 part pun bole tp kalo nak cun pakai peha ayam lah)  sehingga kuning keemasan kira sampai masaklah tuh...pastu angkat.

Lepas tuh goreng sedikit cili dan daun limau purut, halia dan pes tomato. Agak2 dah bau dia mengancam (jgn sampai hangus yer...) masukan peha ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama asam jawa, lobak merah dan gula.

Then bubuh garam dan serbuk lada hitam mengikut rasa yg korang nak..nak lebih pun bole nak kurang pun bole...ikut citarasa koranglah...as long as secukup rasa...

OK dah siap...
lauk ni bole makan dgn nasi minyak,  nasi tomata, nasi ayam dsbg
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 11:44 AM | Show all posts


STEW AYAM [hanieliza]

Bahan-bahan
500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air          ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.


STEW AYAM [hanieliza]

100 gm ayam [buangkan kulit dan hiris nipis]
120 gm carrot
1 cawan kacang buncis atau kacang panjang
1 ulas bawang putih ]
1 ulas bawang merah ] dihiris
1 s/k lada hitam
garam

Cara:
1. Sayur dipotong mengikut suka hati.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk bertudung.
3. Masakkan dalam microwave oven pada HIGH selama 15 minit.
4. Keluarkan dan hidangkan.
5. Boleh dimakan dgn roti atau ratah saja..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

STEW FRANFURTERS  [hanieliza]

2 biji franfurters
120 gm brokoli
60 gm carrot1 ulas bawang merah
1 ulas bawang merah ] hiris
1 biji cili merah ]
garam

Cara...sama saperti diatas.

KERABU AYAM [hanieliza]

100 gm isi ayam [potong nipis dan rebuskan dgn sikit air & garam]
sejemput taugeh [buangkan kaki]
2 biji cili merah ]
1 biji cili hijau ] dihiris halus
1 labu bawang besar ]
1 s/b kicap cair
1 s/b Cosway Apple Cider Venigar [jus liamu nipis pun boleh la...]

Cara.
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya. Sedia dihidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 06:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 09:21 PM | Show all posts
RENDANG ITEK [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor itek
1/2 kg pati santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang  serai
3 inci halia
1 inci  lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api
1 s/b lada hitam

Cara:
1. Itek di bakar/layurkan atas api dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga itek empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

ITEK GOLEK [hanieliza]

1 ekor itek (dibersihkan dan layurkan diatas api)
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari  
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis

3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan itek di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Raskan garam. Balikkan kedudukan itek supaya rempah kena semua bahagian badan itek.
3. Angkat ite kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.  
4. Bila masak, letakkan itek dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan itek  dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.

KERUTUB ITEK [hanieliza]

Bahan
1 ekor itek [potong kecil
2 s/b rempah kari        ]  dibancuh
2 s/b rempah kurma    ]
500 ml santan
2 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
1 s/b jintan manis
1 s/k lada hitam


Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan itek. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan daging itek  empuk




Kerutub ayam [Index]



Bahan Bahan:

½ ekor ayam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2005 04:04 AM | Show all posts
Chicken tikka [RasaCinta]

4 Servings
Ingredients:

1 1/2 lb Chicken breast; boneless
Garam; perasa
1 ts Chili powder
1 ts Ketumbar
2 tbsp Lemon juice
2 biji bawang putih, dititik
Ginger, grated
2 tbsp Minyak masak
2/3 cup Yogurt, plain

1. Cut the chicken into 3/4-ich cubes...cucuk guna skewers.. then susun dlm dulang leper..

2. Masukkan kesemua bahan2 dlm food processor and blend until smooth...pour over skewered chicken.. ratakan marinade sampai dia coat betul2...... cover and refrigerate for 6 hrs / overnite

3. Panaskan oven 230 deg C / 450 deg F...atur skewer and cook 5 to 7 mins.. basting occasionally with any remaining marinade...... serve hot, garnished with lime slices

Note:
lebihan marinade boleh dibuat kuah masala...... you may take the tikka off the skewers if you wish, but allow the meat to cool slightly before removing from the skewers.

Part II.

5 oz. tomato paste  
10 oz. tomato puree  
2 lbs. tomatoes, chopped  
2 ts ginger paste  
2 ts garlic paste  
2 ts green chilies] buang biji + hiris  
1 Tbsp red chili powder
2 ts cengkih  
8 biji buah pelaga / cardamoms
salt to taste  
3 Tbsp butter  
2/3 cup cream  
honey to taste] kalo termasam

1. Put tomatoes, tomato paste and tomato puree in a pot and add abt 4-1/4 cups of water..

2. Masukkan ginger + garlic paste, green chilies, red chili powder, cengkih + pelaga dan garam...... masak atas api yg kecil hingga pekat

3. add butter and cream
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 07:58 PM | Show all posts
Nyonya Coriander Chicken [lemoneko]
(Loon Pah Chin)

Ingredients
1 kg chicken, chopped into bite-sized pieces
2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 09:07 PM | Show all posts
Ayam Percik Kuah Putih [hanieliza]

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
1/2 cawan airasam jawa
1 s/t gula
garam secukup rasa

Rempah ratus..mesin halus
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara

1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


AYAM GOLEK PEDAS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam seberat 1.6 kg
5 helai daun limau purut [koyakkan]
1 biji kelapa [ 3 cawan santan ]
5 biji kentang [buangkan kulit]
3 biji telur ayam [rebus dan buangkan kulit dan gorengkan sikit]
3 batang serai [ketukkan]
garam


Bahan dikisar
4 biji buah keras
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api

Cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
3. Masukkan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang telah digoreng.
4. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali.
5. Masakkan dalam kuali bersama santan dan lebihan tumisan tadi sehingga agak pekat.
6. Salinkan kedalam loyang dan panggang ayam di dalam oven pada suhu 200'C sehingga masak kekuning-kuningan [dalam 30 minit].
7. Angkat ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika hendak menghidang.


AYAM GOLEK BEREMPAH [hanieliza]

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis

3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan ayam di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Rasakan garam. Balikkan kedudukan ayam supaya rempah kena semua bahagian badan ayam tu.
3. Angkat ayam kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan ayam dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan ayam dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.




AYAM PERCIK [hanieliza]


Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.

ayam percik spesial [periperi]

Bahan2nya:

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara2nya:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)




AYAM PERCIK LADA HITAM [hanieliza]


Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:24 PM | Show all posts
RENDANG AYAM ISTIMEWA [bebeh]


Bahan-bahannya:-

- 1 ekor ayam - di potong kecil kecil iku selera sendiri
- 2rm pati santan
- 3 sudu besar krisik segera
- 2 helai daun kunyit - di hiris hiris

Bahan-bahan yang dikisar:-
- 1rmcili kering
- 6 biji bawang kecil
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
- 4 batang serai

Cara Menyediakannya:

1.  Masukkan pati santan kedalam kuali dan masak sehingga menjadi minyak
     dan santan berketul ketul macam taik minyak, gaul sentiasa supaya tak
     hangit.

2.   Masukkan bahan kisar kacau kacau sampai wangi dan masukkan ayam
      gaul lagi dan biar sampai ayam empok, selalu di perhati dan kacau supaya
      tak hangus bawah.

3.  Bila ayam nampak macam dah masak masukkan krisik dan daun kunyit gaul
     lagi dan masukkan garam dan ajinomoto kemudian bolehlah dipadamkan
     api.




RENDANG AYAM [hanieliza]


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan


Rendang Pedas Ayam [nurul_anati]


Bahan2..
7 ketul ayam
2 helai daun kunyit -  hiris nipis atau koyak2
sedikit asam keping/air asam jawa
bwg besar + bwng putih + halia dihiris nipis
santan - kalau beli yg siap perah rm1 seplastik tu, biasanya akak letak 1/2 je utk resepi ayam banyak ni..

blend..
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit jintan manis
halia
lengkuas
kunyit hidup/serbuk kunyit
2 btg serai

cara2..
1. Tumis bahan yg diblend smpai naik bau. Masukkan bahan2 yg dihiris (bawang & halia).
2. Bubuh asam keping/air asam jawa.
3. Masukkan ayam & biarkan smpai ayam masak.  Kalau kering tambah air ye puan2..
4. Bubuh garam & gula (sikit je..)
5. Kemudian masukkan santan dan biarkan smpai naik minyak.  Masukkan plak daun kunyit.
6. Kalau suka pekat, biarkan masak ngan api kecil smpai kuah jadi pekat.

RENDANG AYAM [beeboy]

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (xkiralah ayam apa asalkan kategori ayam)-dipotong sederhana
Pati santan utk 2 biji kelapa
50 ulas cili api
3 batang serai
3 buku kunyit hidup (dlm 2-3cm panjang)
Garam
Asam keping

Cara Membuatnya:
Mula2 basuh ayam tu & masukkan ke dalam kuali
Tumbuk/blender cili api bersama kunyit hidup & gaulkan bersama ayam tadi..
Setelah digaulkan ayam tadi..jerangkan di atas api sehingga air ayam tadi kering..masukkan 2-3 keping asam keping & serai yg telah ditumbuk..
setelah air ayam kering..masukkan pati santan tadi & garam..
kacau santan tadi supaya jgn pecah santan tersebut..besarkan api..kacau hingga menjadi kering..
kmdn kacau hingga terbit minyak & pati santan tadi menjadi kehitam2an..
kecilkan api tadi..bila pati santan dah menjadi kehitam2an..padamkan api..
bolehlah dihidangkan & dimakan dgn nasi atau apa sahaja...

rendang nie boleh tahan selama seminggu..kalau kita kerapkan panaskan lagi sedap rasanya...

Note : Ini adalah rendang Negeri Sembilan

[ Last edited by  nhuda at 19-4-2007 01:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:32 PM | Show all posts
AYAM MASAK LEMAK DAUN KUNYIT [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- Ayam seekor di potong ikut selera
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua

Cara Menyediakannya:-

1.  Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan
     kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana.

2.  Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan
     campur  semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan
     biar dia menggelegak seketika.

3.  Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato.
     Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.

4.  Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:03 PM | Show all posts
ayam ros [ninoZ]

bahan2 dia mcm biasa lah yer..korang kene agak2

1 ayam - dipotong kecil
4-5 btg serai - dititik
1 mug santan [nak ganti dgn susu cair pun boleh gak]
1 tin kecil tomato puree
kacang peas

dikisar halus2:
sedikit halia
1-2 bawang besar
3 ulas bwg putih
5 cili merah
10 cili kering - seeded n direndam [kalau nak pedas bleh taruk lebih2]

panaskan minyak, pastu tumiskan bahan kisar hingga wangi..then masukkan tomato puree..kacau seketika then masukkan serai n ayam
tambahkan air sket jika perlu..
agak2 ayam tu dah dekat nak empuk..masukkan santan
kacau sekali-sekala jgn bagi santan pecah..
bila ayam dah cukup empuk..boleh masukkan kacang peas then tutup api
hidangkan bersama taburan bawang goreng n hirisan daun limau purut

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 06:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:07 PM | Show all posts


AYAM GORENG LENGKUAS [cranko21]



Bahan:
1 ekor ayam (
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:58 PM | Show all posts
AYAM MASAK PADANG [hanieliza]

Bahan:
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan mesin
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendideh & naik minyak dan pekat.
5. Hidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala.

Ayam Masak Padang [antiQue]

Bahan

1 ekor ayam
2 bawang besar sederhana ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 inci halia ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang serai dititik
Santan kelapa dari sebiji kelapa
5-6 helai daun limau purut

Cara Membuat

Tumis semua bahan kisar bersama dengan serai sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam dan sedikit air, renehkan sampai ayam kecut. Kemudian bila ayam dah agak kecut, masukkan santan. Kacau-kacau dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga kuah masak.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 10:08 PM | Show all posts
RENDANG AYAM DGN NANGKA [bebop]

1 ekor ayam (kalau boleh ayam kampung)
2 mangkuk nangka muda (rebus sampai empuk)
1 mangkuk kecil cili padi
1 mangkuk cili kering      }
10 ulas bawang merah    }    BLEND
5 ulas bawang putih       }
1 inci kunyit hidup          }
3 batang serai (ketuk)
3 helai daun kunyit (siat-siat)
Santan dari 2 biji kelapa (yg pekat je)
Kerisik

Tumis bahan yg di blend dgn serai sekejap then masuk kan ayam.  Biar sekejap dlm 10 minit (ni untuk keringkan air ayam tu) baru masukkan santan dgn daun kunyit. Biar sampai ayam empuk dan bila santan nak dekat kering, masukkan kerisik dan nangka. Lepas tu masukkan garam, gula sikit, dan pak aji sikit then kacau sampai sebati sampai kering.

ps.  Kadang-kadang mak saya gunakan nangka yg nak dekat masak, maknanya dia masih keras tapi kaler dia dah kuning sikit.  Bezanya nangka tu manis sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 01:33 AM | Show all posts
]

CHICKEN WING BBQ [hanieliza]


bahan
1 kg chicken wing [kepak ayam]
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

Bahan Perap [mesin halus]
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
10 tangkai cili kering
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
garam



Cara.
1. Perapkan kepak ayam bersama bahan yg dimesin selama beberapa jam.
2. Bakar gunakan arang sehingga masak dan garingsambil renjiskan minyak menggunakan seai ketuk.
3. Hidangkan bersama salad dan juga cili sos

CHICKEN WINGS BBQ [cranko21]

1kg kepak ayam
6 biji bawang putih - mesin halus
5 sdm oyster sos
2 sdm serbuk lada (nak pedas tambah lagi)
2 sdm gula
sedikit garam

Cara : gaul semua bahan dan perap tuk sekurang2nya 1/2 jam
bakar dlm ketuhar hingga ayam masak dan kulit garing
(boleh gak goreng or buat bbq laaa)

* * * * * * * * * *
Baked Buffalo Wings [A380]


Chicken Wings
2 lb chicken wing drummettes (about 24)
2 tablespoons honey
2 tablespoons ketchup
2 tablespoons red pepper sauce
1 tablespoon Worcestershire sauce
Paprika

Celery sticks, if desired

Blue Cheese Dipping Sauce
1/3 cup reduced-fat cottage cheese
1/2 teaspoon white wine vinegar
2 tablespoons milk
1 tablespoon crumbled blue cheese
1/8 teaspoon white pepper
1 clove garlic, finely chopped


1. Heat oven to 350ºF. Line 15x10x1-inch pan with foil. Remove skin from chicken.  

2. In resealable food-storage plastic bag, mix honey, ketchup, pepper sauce and Worcestershire sauce. Add chicken. Seal bag; refrigerate at least 15 minutes but no longer than 24 hours, turning occasionally.  

3. Place chicken in pan; sprinkle with paprika. Bake uncovered about 30 minutes or until crisp and juice of chicken is no longer pink when centers of thickest pieces are cut.  

4. Meanwhile, in blender or food processor, place cottage cheese, vinegar, milk, half of the blue cheese, the white pepper and garlic. Cover and blend on low speed until smooth and creamy. Spoon into serving dish. Stir in remaining blue cheese. Cover; refrigerate until serving. Serve chicken wings with sauce and celery sticks.


BUFFALO CHICKEN WINGS [cranko21]

1 kg kepak ayam (belah dua)
1/2 cwn Hot BBQ sos
150 gm mentega
minyak untuk mengoreng ayam

Cara:
1. Cairkan mentega dlm periok dan masukkan BBQ sos...
2. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam tadi, tapis minyak dan masukan ayam ke dalm periuk berisi sos dan gaul... keluarkan dan susun dlm tin pembakar dan bakar dlm ketuhar (350 deg) selama 10 minit



BBQ Chicken Wings [dindazZz]

10 kepak ayam

Bhn Marinade:
1 ulas b. putih, tumbuk halus
2 sb kicap cair
2 sb sos cili
2 sb sos plum
2 sb madu
1 st minyak bijan
1 st lada hitam


Perapkan kepak dgn semua bahan diatas (seeloknya semalaman).

Sedia utk dibakar/bbq


black pepper wings [ahysa]

2kg chicken wings atau ayam sekor potong 12
6 ulas bawang kecil
10 ulas bawang putih
5 hiris halia
3 sudu makan lada hitam (yg biji nyer, boleh tambah kalau suka pedas lagi)
5 sudu makan oyster sauce (the best that u r willing to pay for)
3 sudu makan brown sugar atau honey atau gula biasa

blend semua bahan. sblm bahan tadi dilumurkan pada ayam, make sure ayam bebetul kering. seeloknya perap dalam fridge 1 malam. kalau takde masa pun tak kesah tapi lebih lama perap lebih sedap.

susun atas baking rack dan bakar pada suhu 200 degree celcius. kalau tak guna rack, ayam tak garing sbb tertakung ayam nyer juice. masa tengah bake tu kalau rajin sapukan lebihan rempah ayam from time to time.

selalunya lebihan rempah utk perap ayam tu syah masak atas api yg kecil hingga pekat. bila dah pekat baru guna utk sapu pada ayam waktu membakar.



Deli Chiken Wings [MAKLANG]

Bahan Utama
8 ketul kepak ayam yang telah dibersihkan

Bahan untuk diperap
3 sudu mayonis
3 sudu marjerin daisy
sedikit kicap pekat
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
lada hitam yangditumbuk
sedikit lada sulah
bawang kisar
bawang putih
daun bawang dan daun saderi
garam secukup rasa

Cara-caranya;
1)panaskan margerin dan mayonis
2)satukan dengan semua bhan yang diperap dengan kepak ayam tadi dan biarkan 2 jam
3)Kemudian keringkan ayam dengan tisu
4)Boleh digoreng dengan munyak yang panas
5)Boleh dihidang bersama nasi yang panas



Resepie BBQ chicken wings Anis [anis710]

Sos Cair Meggie
Sos Pekat Meggie
Lada hitam

Bersihkan 1kg kepak ayam & tos kan
tuang 5 sudu besar sos Cair (biasa agak2 je) gaul rata
then 2 sudu besar sos pekat dan gaul rata sekali lagi
taburkan 1 sudu besar (agak2 je) lada hitam tumbuk dan gaul rata..

Remember must do one by one, gaul 3 kali, baru sedap.

Perap 1-3 jam sebelum panggang dengan slow burning charchol.

Every Hari Raya pasti akan ada BBQ session for the whole family... simple to prepare but gerenti enak punya. Boleh cuba la ya.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2005 10:13 PM | Show all posts
AYAM GORENG KETUMBAR (15 orang) [Sweetmama]

3 ekor ayam (5 kg) ayam - potong 8 - cuci bersih dan
toskan airnya.

Perapan : (Tumbuk bahan ini kasar2)
1 cawan ketumbar biji
1/2 cawan jintan manis
1 buku halia muda
1 labu bwg putih

2 sd besar garam (secukup rasa)
3 sd besar gula
sedikit msg
2 sd besar serbuk kunyit

1 kg minyak untuk menggoreng

Ayam yang telah ditoskan (pastikan tiada air untuk
lebih mudah menyerap rempah) digaul dengan bahan
tumbuk, garam, gula, msg dan kunyit hingga rata. Tutup
dan perap dalam peti sejuk biarkan semalaman. Function
gula dlm resipi ini adalah untuk melembutkan ayam.

Panaskan minyak dan goreng ayam bersama serabut2
rempah sekali hingga garing. Angkat dan toskan dgn
kitchen towel.

Selamat Mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 07:55 PM | Show all posts
tomyam ayam ala orang malas [antiQue]

bawang putih
halia
cili padi
bawang besar
ayam
serai
daun limau purut
kiub / paste tomyam
tomato
kobis panjang

rebus ayam dalam air dengan serai, halia, bawang putih dan bawang besar. dah agak ayam half cooked tu masukkan daun limau purut, dengan kiub.. kacau-kacau.. dah dekat-dekat nak masak tu masukkan tomato dan kobis panjang. Kobis tu tak payah potong-potong.. masukkan ke sekelopak sekelopak tu lagi power.. bior dia panjang-panjang......
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 08:19 PM | Show all posts
TOMYAM BEST

Nama Resepi : TOMYAM BEST
Hidangan : MENU UTAMA
Anggaran Hidangan : 2

bahan2:
1 paket MAGGI TOMYAM
1 kiub perencah TOMYAM (MAGGI) atau separuh (kalau jenama ADABI)
4/5 batang sawi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 bahagian dada ayam*
separuh paket fishball
sedikit daun sup dan daun bawang
kicap manis
2 biji limau kasturi
1 biji telur
sedikit minyak untuk menumis
2 1/2 cawan air
2 biji lada besar
4 biji lada kecil

cara penyediaan:
-tumbuk bawang merah dan bawang putih
-lada kecil dibelah dua
-lada besar dipotong
-ayam dipotong kecil (sesedap nak makan) kemudian diperap bersama dengan sedikit kicap dan air limau kasturi
-sawi dipotong
-daun sup dan daun bawang diracik kecil
-fish ball setiap satu dipotong dua

-panaskan minyak di dalam periuk, setelah panas, dimasukkan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus. bersama itu dimasukkan kiub perencah tomyam dan juga lada kecil tadi.kacau hingga sebati dan naik bau, kemudian masukkan air.

-bila air telah mengelegak, masukkan ayam yg telah diperap bersama dengan fishball. pastikan ayam telah agak masak, barulah dimasukkan batang sawi (daun tidak dimasukkan lagi ya) diikuti dengan perencah maggi yg bersama dengan maggi tadi.

-kacau hingga rasa dah feel good,rasa..masa ni nak tambah garam gula pun bolehlah.kemudian masukkan maggi.

-seterusnya masukkan daun sup, daun bawang, lada besar dan daun sawi.

-kacau kemudian biarkan dua minit kemudian masukkan telur.kacau sedikit..tunggu hingga mengelegak.2 minit then tutup api..sedia utk dihidangkan.



Nota :
* air panas lebih bagus digunakan kerana dpt menjimatkan masa instead of gunaair sejuk dan kena tunggu air tu mengelegak dulu.
*rasional kena tunggu air mengelegak sebelum letak ayam adalah kerana taknak bagi ayam tu rasa hanyir terendam dlm air sejuk.
*ayam tu kalau boleh adalah bahagian tulang sikit. supaya rasa manis ayam tu tak hilang.

TOM YAM (kuah merah)[cranko21]

(yg ni leceh sikit dari kuah jernih kerana kena tumis sket)

Bahan2 kisar

5 - 8 biji lada padi merah
sedikit halia
1 batang serai
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih


Bahan2 lain

Air secukupnya (agak2 laa)
1 btg serai
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:27 PM | Show all posts
AYAM GORENG CILIAPI [hanieliza]

Bahan
500 g ayam [potong kecil dan gaulkan garam & kunyit]
15 biji cili api [mayang]
2 labu bawang besar ]mayang
1 batang serai [mayang]
daun ketumbar/daun sup [racik]
jus limau nipis
minyak

Cara
1. Panasakan minyak Tumiskan semua bahan yg dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan masak sehingga lembut.
3. Masukkan jus limau dan tutup api.
4. Masukkan daun ketumbar atau daun sup.
5. Boleh hidangkan dengan nasi putih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059196 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list