CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CoKeLat-RaWkZ

[Kompilasi] AYAM

  [Copy link]
Post time 22-3-2006 02:31 PM | Show all posts


Paprik Ayam Diana (dikutip dr. RN)

BHN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2006 02:35 PM | Show all posts


AYAM PEDAS SERAI - noor_hannah

Bahan2:

1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng 1/2 masak

bahan2 kisar:
5 ulas bawang kecik
2 ulas bawangputih
cili kering (ikut suka banyak mana) (nak tambah cili padi boleh saja)
sedikit belacan
kunyit hidup
halia

lain2 bahan:
1 asam keping
3 batang serai - di titik
1 biji santan
cili padi - saja letak eksyen
sedikit kacang tanah goreng / gajus


CARA MEMASAK:

1.  Tumis bahan mesin dan serai sehingga keluar minyak.
2.  Masukkan ayam, santan, asam keping, biarkan seketika, sesekali kacau.
3.  Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.
4.  Bila sudah masak, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.

sedap di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang, pulut atau roti.  bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun sodap, dlm instant puff pun sodap.

selalu kalau kak hannah rasa malas nak masak rendang, kak hannah masak lauk ni je ... ringkas je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 02:41 PM | Show all posts
Kak liza suka makan satay ayam tapi agak leceh nak bakar saperti yg dijual.....
so selalunya kak liza bakar jer dalam oven..
kalau digoreng..nanti berminyak pulak...
tapi ada jugak sekali sekala kak liza  gorengkan...

SATAY AYAM [stail bakar dalam oven] - Hanieliza

Bahan:
500 gm isi  ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
1 s/b  gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

Cara:
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yg telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

NOTA:
Sekiranya nak digoreng..[boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato]
Panaskankan minyak dan tumiskan bahan yg diperapkan.
Masukkan bawang besar dan lada merah yg dipotong kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 02:45 PM | Show all posts
Satay goreng - Cranko

Bahan2
Daging di hiris (cuci dan tos airnya)
Serbuk kari ikan
Serai               )
Lengkuas         ) bahan2 ni di kisar halus
bawang Besar   )
Bawang putih   )
Jintan Halus  - kisar kasar2
JIntan Kasar - kisar kasar2
Gula
Garam
(nota : boleh juga gunakan serbuk jintan halus dan kasar kalu takmo guna yg bijik)

Cara :
gaulkan semu bahan2 tadi hingga sebati dan biarkan sebentar sebelum di cucuk ke lidi atau di goreng.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 02:45 PM | Show all posts
Noor mmg suka buat sate kat sini, baru ni masa open house pung buat sate ayam dan daging

Selalu Noor buat camni:




Bahan-bahan satay:

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar   } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih  } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk  mengelakkan  lidi hangus bila satay dibakar.

[ Last edited by shidaaziz at 22-3-2006 02:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 12:49 PM | Show all posts
AYAM GORENG CILIAPI [hanieliza]

Bahan:-
500 gm ayam [potong kecil dan gaulkan garam & kunyit]
15 biji cili api [mayang]
2 labu bawang besar [mayang]
1 batang serai [mayang]
daun ketumbar/daun sup [racik]
jus limau nipis
minyak

Cara:-
1. Panasakan minyak.Tumiskan semua bahan yg dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan masak sehingga lembut.
3. Masukkan jus limau dan tutup api.
4. Masukkan daun ketumbar atau daun sup.
5. Boleh hidangkan dengan nasi putih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2006 07:26 AM | Show all posts
GULAI AYAM MASAK CILIPADI [MAKLANG]

Ayam-potong kecik2

BHN TUMBUK :
cili padi
cili merah
bwg merah
bwg putih
halia
kunyit hidup

serai - titik
asam keping
santan (asingkan patinya)
kentang - belah 4

Masukkan semua bahan dalam periuk dan didihkan.Last sekali masukkan pati santan tu.Jangan sampai naik minyak nanti gulai ayam tak cun.


:: VERSI 2 :: [nabialishad]

santan + halia & lengkuas ditumbuk ikut syarat + cili padi kg tumbuk smpai lumat + serai dititik + asam keping + garam dan masukkan skali ayamnya.sentiasa dikacau agar santan tak pecah.Dah menggelegak tutup api letak daun kunyit..dh siap..eeheh..

Tips:
wan(nenek) nabia slalu pesan masak lomak cili padi nogori x perlu masuk bwg eh..ikan ko ayam ko dh ado manis eh..santan eh pokat2..jangan cair..kacau yo stiap maso kang x sodap!


:: VERSI 3 :: [ladyvedt]

cili api+kunyit hidup tumbuk (kalau nak pedas cili api tuh kasi banyak sikit la)
pastuh gaul ngan ayam..panas kan kat api..bubuh la serai..ayam tuh kena
sampai kecut skit baru la bubuh santan ngan garam ke + ape-aper yang lain...
memang la sama mcm lemak cili api yang lelain..kena kacau slalu...


:: VERSI 4 :: [nabialishad]

Bahan-bahan:
Ayam - potong kecil
cili api -tumbuk
kunyit hidup -tumbuk
serai - ketuk
santan
asam keping
garam seckup rasa

Cara :
Masukkan ayam, bahan tumbuk, asam & serai dlm periuk bersama santan cair..pastu dah didih baru buh santan pekat..api kena slow


:: VERSI 5 :: [alin_raaz]

Bahan:
Ayam - potong kecik (gaul ngan garam/kunyit sket) goreng separuh masak
Serai 2 tangkai
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 1 ulas
Cili merah anggaran 4 biji
Lengkuas sikit
Santan secukupnya

Blend semua serai, bawang2, lengkuas dan cili hingga halus. Tumis dgn sedikit minyak. Bila naik bau, masuk ayam tadi, lastly masuk santan. Masak sampai kuah pekat sikit.


Gulai Ciliapi Ayam [hanieliza]

Bahan:-
1 kg ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
2 biji kentang [potong kcil]
daun kunyit koyakkan]
1 batang serai [ketuk]
1 keping asam keping
garam

Bahan mesin:-
20 biji ciliapi
2 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara:-
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sampai mendidih dan lembut menggunakan api sederhana.
2. Rasakan garam.
3. Tutup api dan hidangkan.


:: versi :: [mc_nors]

nor biasa wat massak lemak ciliapi misti gunakan resepi ni....memang besh & cepat sangat.. cuma nor tambah bawang merah & bawang putih jer... amik resepi dlm ternet gak...

bawang merah 2 ulas
bawang putih 1 ulas
kunyit
cili api 15 biji (lagi banyak lagi sedap)

tumbuk kesemuanya

serai dititik

gaul kesemua bahan dan masukkan dalam kuali... masak dengan api yg sederhana  sehingga air ayam tu kering (org ganu cakap mati air) pastu masukkan santan (santan biar pekat kit..lagi best).. masukkan bhn perasa..... rasa & siap..
sodap......

nor pernah masak ikan patin guna resepi ni..sedap jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:54 AM | Show all posts
SPICY CHICKEN BURGER [NoorMasri]

Bahan-bahan:

500 g isi ayam } dikisar/cincang
2 tangkai daun bawang } dihiris halus
1/4 cawan daun ketumbar } dicincang halus
2 ulas bawang putih } dicincang
1/3 sudu kecil serbuk cili - jika suka pedas tambah lagi
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan
Ambil sedikit adunan kemudian bentukkan menjadi bulat dan leperkan sedikit
Ulang sehingga habis
Kemudian simpan di dlm peti sejuk selama 20 min
Goreng dgn minyak yg sedikit sehingga masak
Sedia utk dimakan bersama roti burger/timun/tomato/salad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 06:00 AM | Show all posts
TOMATO BREDIE [puansri]

Bahan-bahannya:-
1.2 kg ayam(buang kulit dan potong 12)
(saya buat seekor ayam)

tepung gandum saya agak aje asalkan boleh goreng

2 labu bawang besar( hiris)
2 ulas bawang putih ( dikisar)
30 gm halia(dikisar)
4 biji buah pelaga
30gm ketumbar
15 jintan hitam
2 tangakai cili hijau(hiris dan buang bijinya)
1 kg tomato(di celur,buang kulit dam dicincang)
40 gm serbuk kari
20 gm serbuk kunyit
sedikit gula perang
sedikit garam

Cara menyediakannya:-

Perapkan ayam bersama garam dan lada.Kemudian lumurkan bersama tepung gandum dan goreng ayam tersebut sehingga keemasan.Ketepikan .Panaskan minyak atau minyak sapi dan tumiskan mbawang besar,bawang putih  dan halia sehingga naik bau.Kemudian masukkan buah pelaga,ketumbar dan jintan hitam.Masukkan kan ayam,cili hijau,tomato,gula perang dan garam.Reneh dia atas api sederhana seketika sambail dikacau sekali sekala .biarkan seketika barulah angkat .Jika bredia terlalu kering ,tembahkan sedikit air.


Ini gambarnya....



Tomato tu saya ambil sebiji yang tidak dicelur buat tomato.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:01 AM | Show all posts


GULAI AYAM JUS TOMATO [hanieliza]


Bahan
500 ayam
2 s/b rempah kari ayam [bancuh dgn sikit air]
3 biji buah tomato ]
1 cawan air ] mesinkan
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit carrot [ potong kecil]
3 s/b minyak
garam
gula

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak amsukkan tomato yg dimesinkan. Kacau rata dan biarkan mendideh dan pekat.
5. Masukkan garam dan gula sikit. Perlahankan api dan bairkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:04 AM | Show all posts
Chicken Wings Panggang Sabah [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or ketumbar serbuk
Jintan putih
Jintan manis
Madu
garam to taste

Cara2 membuatnya:-

1. Bahan2 spt serai, ketumbar, jintan putih+manis digiling hingga lumat. Lepas tu lumur kat chicken wings bersama garam. Baru masukkan madu. Madu ni yg buat ayam tu manis.

2. Perap ayam mcm biasa - dlm 1 - 2 jam. Lepas tu baru panggang mcm biasa hingga masak.

PS. Pandai2lah agak bahan2 dia sebab Puan Nurmimie kasi resipi mcm tu je. Anyone yg dah cuba buat boleh paste kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:15 AM | Show all posts
Kaki Ayam Masak Kicap [Baiduri Othman]

Bahan2nya

¼ kg kaki ayam yg dah dibersihkan & direbus hingga lembut
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 cili merah
sedikit kunyit
1 ½ senduk kicap
1 keping asam jawa
Serai yg dititik
Sedikit gula to taste

Cara2 membuatnya:-

1.        Cili merah+bawang putih+bawang merah+halia ditumbuk. Lepas tu tumis bersama serbuk kunyit, keeping asam & serai hingga berwarna brownish. Baru masukkan kicap & sedikit air rebusan kaki ayam.
2.        Bila kaki ayam dah lembut & air rebusan dah menggeledak, bubuh sedikit gula & ajinomoto (optional).
3.        Kalau suka boleh bubuh sedikit kerisik & boleh hidangkan dgn ditaburkan daun bawang/daun sup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:16 AM | Show all posts
Ayam Masak Black Beans [Baiduri Othman]

Bahan2nya

*1 kg ayam yg dah dibersihkan (digaul dgn kunyit & sedikit garam & goreng hingga masak
1 tin black beans
2 cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
gula to taste

Cara2 membuatnya:-

1.        Cili merah ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih & halia hingga lumat. Kalau nak dihiris pun boleh. Kemudian tumis hingga brownish.
2.        Kemudian masukkan black beans bersama sedikit air & gula. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam ttp selalunya memang masin pun (just in case)
3.        Bila kuah dah agak pekat, boleh tuang ke atas ayam goreng.

*Since black beans dah masin, so jgn guna bnyk garam utk digaul dgn ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:18 AM | Show all posts
DALCA AYAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 kg ayam [sebelah saje]
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuhkan dan toskan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan ayam dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:20 AM | Show all posts



SUP AYAM ala-ala MAMAK [hanieliza]


Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:26 AM | Show all posts


Kurma Ayam [nhuda]


Bahan A
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga

Bahan B - ditumbuk/mayang
(huda suka tumbuk)
bawang merah
bawah putih
halia

Bahan C
ayam
santan
rempah kurma - apa2 brand pun tak kisah. huda biasa guna Adabi
bawang besar (belah 4/6 suka ati la)
carrot - klau nak taruk boleh
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan Bahan B, diikuti Bahan A.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam. Gaul sebati (huda suka buat mcm ni utk bagi ayam tu mesra dgn rempah yg kita tumis). Klau melekat kat periuk, boleh masukkan sikit santan. Biar lebih kurang 2-3 minit
3. Gaul rempah kurma dgn santan. Kemudian baru masukkan ke dalam periuk.
4. Boleh tambah air klau2 rasa ayam tak sempat empuk.
5. Masukkan garam & gula.
6. Klau nak masukkan carrot, boleh masukkan time ni
7. Last sekali masukkan bawang besar. Klau nak kuah kurma tu pekat, masak la lama skit.





KURMA AYAM [hanieliza]


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
1 cawan yogurt asli [12ml ]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan syogurt dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5. Masukkan garam.. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

NOTA.
Boleh tukarkan yogurt dengan santan..gunakan 1 biji kelapa [2 cawan santan pekat] +1 s/b jus limau nipis

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 06:33 AM | Show all posts
AYAM SAMBAL KICAP [Diela_79]

Bahan
500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangidan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:35 AM | Show all posts


SALAD AYAM [hanieliza]

Bahan
1 keping dada ayam [kakliza gunakan chicken fillet]
1 biji telur
tepung gorengan KFC
minyak
mayonis
lada hitam

Bahan sayur
tomato [potong dadu]
timun [buangkan biji dan parut panjang]
salad
daun bawang[ hiris pendek]

Cara
1. Ayam dicelupkan ndan telur dan golekkan dlam tepung KFC.
2. Goreng  dengan api sederhana sehingga masak tapi jangan garing.
3, Hiriskan nipis dan kecil.
4. gaulkan sayur dengan mayonis dan alda hitam.
5. Hidangkan dengan roti atau buat inti roti omlet atau buat sandwich atau buat foldover.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:37 AM | Show all posts
CHICKEN FOLDOVER [hanieliza]

Bahan
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 s/k garam
1 cawan air

Cara
1. Gaulkan semua bahan..
2. Tuangkan 1 senduk adunan dalam kuali on-stik dan masakkan gunakan api slow sehingga masak.
3. Bila nampak masak angkat dan letakkan salad ayam dan lapikkan dengan daun salad.
4. Lipatkan dan hidangkan..

SALAD AYAM

Bahan
1 keping dada ayam [kakliza gunakan chicken fillet]
1 biji telur
tepung gorengan KFC
minyak
mayonis
lada hitam

Bahan sayur
tomato [potong dadu]
timun [buangkan biji dan parut panjang]
salad
daun bawang [ hiris pendek]

Cara
1. Ayam dicelupkan ndan telur dan golekkan dlam tepung KFC.
2. Goreng dengan api sederhana sehingga masak tapi jangan garing.
3, Hiriskan nipis dan kecil.
4. gaulkan sayur dengan mayonis dan alda hitam.
5. Hidangkan dengan roti atau buat inti roti omlet atau buat sandwich atau buat foldover
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:39 AM | Show all posts


ROJAK AYAM [hanieliza]

Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Kuah Kacang/sos Kacang


Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/4 kg daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.715605 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list