CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: hanieliza

[kompilasi] ACAR, SALAD & KERABU

  [Copy link]
Post time 14-4-2005 04:47 PM | Show all posts
KERABU SOTONG [ala Vietnam] [hanieliza]

bahan
500 gm sotong [buangkan kulitnya dan potong kecil]
2 s/b air
2 s/b jus limau nipis
5 cm halia muda [cincang]
1 s/k serbuk pati ikan bilis
2 s/k minyak bijan
1 s/k gula
2 s/b kacang tanah [tumbuk kasar]
garam

bahan hiris
1 labu bawang besar
1 pokok daun ketumbar
3 biji cili merah
3 batang daun sup

Cara
1. Celurkan sotong dengan air dan toskan.
2. Dalam kuali berisi air rebusan sotong campurkan serbuk perisa ikan bilis. Masakkan sehingga larut.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam mangkuk besar lain gaulkan semua bahan dengan air rebusan tadi.
5. Hidangkan serta-merta.



kerabu buah 'beko' [lepat_pisang]

bhn2
-buah 'beko'
-kelapa - utk santan dan jg kelapa goreng
-ikan - dipanggang/rebus
-bawang merah
-lada hitam
-limau nipis
-garam

cara2
-bakar buah 'beko' ..bila agak2 cm dah masak angkat n  kikiskan kulit luar
-potong nipis then ramaskan dlm air garam -sama cm kl nak buat kerabu peria
-tumbuk lada itam,bawang n isi ikan
-campurkan bahan tumbuk dgn kelapa goreng yg dah ditumbuk(biar halus skit je..jgn sampai jdk kerisik)
-tambahkan santan, garam secukup rasa
-masukkan buah beko yg telah dihiris td
-last sekali perahkan limau nipis ..

nota kaki:buah beko ni pahit skit so kena ramas btl2 ngan air garam..pucuk beko ni pun sedap kl dicelur n buat ulam..elok utk awet muda


KERABU KAKI AYAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 12:39 PM | Show all posts
Acar Buah [hanieliza]



bahan
1/2 kg buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

bahan mesin halus
1/2 kg bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan[goreng tanpa minyak]

1/2 kg minyak
1/2 kg gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.


JERUK [NINOz]

jeruk limau nipis ni ade dua jenis..
satu yg jenis kering , warna lite brown n rasanya agak masin
satu lagi yg kaler hijau seperti warna asal n rasanya masam..

yg kering tu tak susah sgt teknik nak buat dia..
first kene kikis/sagat kulit luar yg hijau tu..then masak dgn air garam..pastu jemur sampai kering n bersakar dgn garam
[kalau tak salah la.. dolu2 dok tolong my maktuk buat jeruk limau ni..dia pun berniaga acar limau gak]

utk yg jeruk hijau tu plak..yg ni renyah sket [me bagitau ape2 yg ingat aje lah ye..nanti kene check dulu dgn ibu cara2 yg betul]
ni my mom nyer specialty.. roughly camni la caranya :
kene cari buah limau hijau yg cukup kembang..basuh bersih2
pastu kene renih  limau tu dgn air n sedikit air abu dlm periuk tembaga[utk kekalkan warna hijau kulit limau]
pastu kene salin airnya ulang the same teknik utk beberapa kali
last sekali jerukkan limau tu dlm balang bersama cuka n garam [me salu tambah gula sket]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 9-5-2007 02:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 12:44 PM | Show all posts
SALAD KOKTEL BUAH CAMPURAN [hanieliza]



bahan
1 tin buah campur koktel
1 tin susu cair
1 cawan ice-cream vanilla
1 cawan yogurt
1 biji epal merah ]
1 biji epal hijau   ] potong dadu kecil dan rebuskan sekejap
1 biji lai             ]
1 cawan air gula ]
15 biji sumi agar warna warni
10 biji jeli puding
ketul air batu

Cara
1.  Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan sejukkan.
2. Hidangkan dalam amngkuk kecil bersama ketulan air batu.

[pssttt..esok kak liza nak buat..so nanti kak liza hanto gambo..siapkan mangkuk dan sudu jer..]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:45 PM | Show all posts
KERABU JANTUNG PISANG [MAKLANG]

Bahan - bahannya :-

2 biji jantung pisang
1/2 paket santan
1 sudu teh belacan )
1/2 sudu teh lada hitam )
5 biji bawang merah ) dikisar
3 biji limau nipis )
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya:-

- Jantung pisang di celur terlebih dahulu.Kemudian di belah dua.
- Kisar belacan,lada hitam juga bawang merah serta perahkan sedikit limau nipis dan masukkan juga santan.
- Didihkan bahan tadi bersama jantung pisang.
- Masukkan garam ,gula dan bahan perasa secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.


KERABU JANTUNG PISANG [hanieliza]

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang[ rebus sehingga lembut dan hiris]
250 gm perut lembu [rebus juga sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah...................]
cili api & cili merah.......]
sedikit belacan
garam
gula

Cara membuat
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.



KERABU JANTUNG PISANG [grugals]

bahan2nya

sebiji jantung pisang yg telah dibersihkan dan direbus bulat2
sedikit kerisik
5 biji cili merah
bawang merah 5 ulas
udang kering yg telah digoreng dan ditumbuk..setengah hancur
asam limau sikit..
dua sudu pati santan..
taugeh halus yg telah dicelur..atau jika suka
boleh gak guna pucuk paku yg telah dicelur
garam dan gula

cara2nya

tumbuk suma bahan tadi cili merah..bawang merah
kemudian..potong kecil2 jantung pisang tadi..letakkan dalam satu bekas
dan bahan yg ditumbuk tadi dicampur kan sekali dengan jantung pisang,udang kering yg telah ditumbuk,taugeh @pucuk paku, santan sikit..asam limau jika suka..garam dan gula..garam bubuh sikit je..sebab udang kering dah masindan campur kan kerisik tadi..perlu di ingat..kerisik jangan terlalu hitam...kerabu nih..kerisiknya..tidak dimasak seperti selalu..dia masak dalam warna keputih2han lagi..


kerabu terung bakar..[grugals]

dua biji terung yg telah dibakar dan dipotong kecil
satu cawan santan cair..jangan cair sangat..atau ikut suka nak banyak mana bubuh santan..agak2 je leee
sedikit lada hitam yg telah ditumbuk..
bawang kecil 5 ulas yg telah dihiris..
cili masak dan cili api yg telah dihiris..
udang kering yg telah digoreng dan ditumbuk setengah hancur


cara2nya..

gaul kan suma bahan tadi kecuali santan..bila dah sebati..tambah kan santan tadi..gaul lagi sekali..bersama sedikit garam..perlu diingat kan..lada hitam bubuh sikit je..banyak sangat tak sedap..



KERABU TERUNG [hanieliza]

Bahan....
4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah..........]
1 biji cili merah...................] mayang halus

3 biji cili merah         ]
sket belacan            ]
2 biji cili api             ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam       ]  
garam

cara.....
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 09:59 AM | Show all posts
KERABU APPLE HIJAU [ MAKLANG]

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api 1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi

CARA
hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam
hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. perah limau kasturi.
bubuh garam dan gula sebelum dihidang.




KERABU DAUN PUDINA [mizelly]

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1 ikat daun pudina segar
1 batang serai segar (serai kering tak main ya)
1 batang bunga kantan (yang tak kembang punya)
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2-3 biji limau kasturi (pilih yang besar dan masak)
1/2 cawan ikan bilis (pilih yang sedang atau kecil)
Secubit dan sesedap rasa garam dan gula

Cara membuatnya -

Mula-mula basuh semua bahan dan toskan.
Petik daun pudina, basuh  dan toskan.
Lepas tu, masukkan dalam bekas plastik , tutup rapat dan masukkan dalam peti ais.
Goring ikan bilis sehingga garing.
Toskan minyaknya dan bila sejuk, ramaskan agar ianya hancur.
Mayang halus serai dan bunga kantan.
Cili dan bawang dipotong dadu kecil-kecil.
Bila dah tiba masa makan, keluarkan daun pudina dari peti ais.Taruh dalam mangkuk besar.
Masukkan, serai, bunga kantan, cili dan bawang. gaul semuanya supaya rata.
Masukkan sedikit demi sedikit jus limau , garam dan gula.
Gaul lagi dan rasalah manis,masin dan masamnya.
Kalau tak balance, masukkan agar rasanya sedap.
Akhir sekali, gaulkan pulak ikan bilis goring dan bolehlah dihidangkan.

Tips -

Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus buah lemon
Ikan bilis goreng boleh digantikan dengan udang kering goreng.
Boleh juga gunakan isi udang segar yang direbus.


KERABU UDANG GALAH[mizelly]

Bahan-bahannya:
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan

Cara-cara membuatnya:

Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 08:40 PM | Show all posts


SALAD ORIENTAL [hanieliza]

Tomato
Salad bulat
Nenas
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah
1 cawan mayonis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2005 08:41 PM | Show all posts
Pasta Salad with REd & White cabbage [RasaCinta]

260 g boiled short-cut macaroni, or any small pasta
4 tbs olive oil
1 red cabage, shredded
1 white cabbage, shredded
2 large apples, diced
260 g cooked chicken ham, diced
8 tbs lime juice
1 tbs sugar
salt+pepper

1. Blanch separately, red & white cabbage for 5 min...Drain
2. In a large bowl, mix together the pasta, red cabbage n apple.. in a separate bowl, mix together white cabbage n ham..
3. In a small bowl, mix together oil, lime juice n sugar.. season to taste..
4. Pour the dressing over each of the 2 cabbage mixtures n finally, mix them all together.. serve!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 03:41 PM | Show all posts
Tuna Salad [ajinomotonosuga]

bahan

beli tuna dalam tin satu
seulas bawang
2 biji tlur direbus fully boiled
garam
pepper ground
any sayur for making salad
1/2 nenas rebus buang getah dia then chopped,(aku salu pakai nenas dalam tin)
castor sugar for making air gula/ sirap gula
mayonaisse
timur slice bentruk strings buang isi die duluuuuu


cara
------
tlur rebus tuuu chopped, bawang silce/dimayang
mix dengan mayonaisse garam dan sprinkled with pepper ikut suke hati ko
kemudian campur seme dengan nenas timun dan salad tuu ..
pour a bit syrup..kasik gaul samarata dan serve untuk dimakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 12:05 PM | Show all posts
ROJAK PAMELO [hanieliza]



BAHAN2:-
1 biji buah limau bali [limau besar]..buangkan kulit dan ambil isinya sahaja.
kacang goreng tumbuk kasar

Bahan Kuah Rojak:-
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

Cara:-
1. Mesinkan semua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 06:54 AM | Show all posts
KERABU SARAWAK

Umai Ikan [EMMA78]

Sumber : Internet

Bahan-Bahan:
150 gm ikan merah,dihiris nipis atau dihancurkan
50 gm bawang kecil,dihiris
2 biji cili merah,dihiris
Daun selasih,dihiris
50 gm nanas,dihiris selebar 1.25 cm
5 ml air asam jawa
10 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
5 biji limau nipis

Cara:
Gaulkan semua bahan dan perah air asam limau.


Umai Udang [EMMA78]
Sumber : Internet

Udang segar dikupas kulit [1/4 kg]
Bawang merah,putih [5/6 biji]  
halia [hiris halus...panjang-panjang]
Jus limau kesturi [secukup rasa]
Cili hidup dan garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Campur semua bahan.
2. Biarkan beberapa minit [selepas dicampur] supaya isi udang mesra dengan jus limau.


UMAI [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-
Isi ikan or udang yg dicampur dgn sedikit garam/ajinomoto [perap selama 1/2 - 1 jam]
[isi ikan or udang kena hiris ikut suka hati tapi jgn besar2]
Bawang besar
Bawang putih
sedikit halia
Cili merah
Perahan air limau

Cara2 membuatnya:-
1. Bawang besar,halia,bawang putih & cili dihiris.Lepas tu campur dgn isi ikan or isi udang yg dah diperap.
2. Last sekali baru tuang dgn perahan air limau.Kalau kurang masin boleh tambah garam.Biarkan seketika sebelum dihidangkan.


UMAI [white pearl]

mula2 ikan tenggiri fresh tu buang kulit dia... hiris nipis2.. lepas tu terus perah air limau nipis tu.. kalau boleh biar byk dan ikan tu tenggelam dalam air limau..

pasni akan dapat tgk isi ikan yang merah tu bertukar keputihan...then tos ikan tu,baru campur ngan bahan2 lainla..letak serai yang dihiris nipis,bawang merah dimayang, kacang panjang potong nipis,cili api pon yang dipotong nipis,masuk garam ngan pak aji sikit dan gaul rata... sedappp...

ikan tu for sure isi dia masak masa kita perah air limau nipis tuh...


UMAI [Baiduri Othman]

Ada lagi sejenis umai.Ni saya tengok masa ada exhibition Jab.Pertanian di seluruh Swak. Ikan tenggiri tu dihiris nipis2 & panjang2. Sos dia pulak cili merah tumbuk dgn bawang putih campur dgn gula & perahan air limau kesturi.Ikan tenggiri tu tadi gaul dgn sedikit garam.Lepas tu baru makan dgn sos pekat tadi.Memang sedap.Saya suka modify.Bubuh kacang tumbuk dlm sos.

Nota:-
Bagi yg tak tahan dgn bau hanyir ikan mentah,just perap isi ikan tenggiri yg dah digaul dgn sedikit garam dgn perahan air limau or air asam.Biarkan selama 1/2 jam barulah dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 02:18 PM | Show all posts
KERABU BELIMBING [hanieliza]



Kerabu Belimbing

Bahan A [Hiris]
5 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

Bahan C [tumbuk]
5 biji cili merah
1 s/b lada hitam
belacan

Bahan C
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Rasakan garam dan gulanya.
3. Hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:44 PM | Show all posts
Kerabu Nenas [masarju]

1 biji nenas yg hampir masak
2 labu bawang besar(hiris atau cincang kasar)
3 camb udang kering(tumbuk)
3 biji cili merah
5 biji padi hijau
belacan,garam dan gula

Cara:
1.Cincang nenas.
2.Tumbuk cili,belacan dan garam.
3.Gaul nenas,bawang besar,sambal belacan,udang kering & sedikit gula.

Ju kalau buat kerabu nenas ni suka makan dengan lauk kari ikan,rasa mcm serasi pulak,
kalau dengan lauk lain memamg x sedap.


[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 02:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 01:53 PM | Show all posts
ACAR IKAN MASIN [mist]



Bahan-bahan :-
1/2 lb ikan kering
2 oz cili padi
4 oz bawang putih
2 oz bawang merah
2 oz kunyit hidup
25 batang cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak

Cara-cara :-
1.  Cili kering, ketumbar, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup ditumbuk halus.[bahan 1]
2.  Goreng isi ikan kering hingga garing. Keluarkan minyak yang lebih, tinggalkan sedikit dalam kuali.
3.  Tumis [bahan 1] sampai wangi, masukkan cili padi, daun kari.  Masukkan gula dan garam dan kacau sampai gula hancur. Masukkan cuka dan akhir sekali ikan kering.
4.  Tak payah masuk fridge. Boleh tahan sampai seminggu.



ACAR IKAN MASIN [dlm metric]

Bahan-bahan :-
200 gm ikan kering (Talang or kurau)
50 gm cili padi
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
200 gm gula
25 btg cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
ikut seperti di atas.



ACAR IKAN KERING [MAKLANG]
Sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka (ikut banyak mana yg nak tau, jangan tibai 1 botol pulak)
Gula
Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan
selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas.



ACAR IKAN MASIN [hanieliza]

Bahan
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah  ]
5 ulas bawang putih  ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit       ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 9-5-2007 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 10:14 AM | Show all posts
Watercress, Rocket, Sweet Pear, Walnut and Parmesan Salad [celebrity]
Sumber : Jamie Oliver

What a pukka combination, simple and classy. Don`t try to make this when you feel like it, make it when you can find perfect pears and watercress, otherwise it will taste naff.

For one person I normally use around half a pear 2 big handfuls of watercress and 2 big handfuls of rocket. If the skins are nice just give them a wash, if not remove with a peeler. Then cut them in half and deseed. It doesn`t really matter how you cut them up. Sometimes in big rough chunks, maybe sliced up or even grated.

Then place into the bowl with the watercress and rocket. The pepperiness of the leaves works so well with the sweetness of the pear. Drizzle with a good extra virgin olive oil just to coat, a small squeeze of lemon juice (because the pear juice is slightly acidic but very tasty), and season well with salt and freshly ground black pepper. Toss all this together and serve. Shave over some Parmesan or Pecorino, crumble your nuts over and tuck in. I love this salad with roasted meat or as a starter on its own.


Summer Tomato And Horseradish Salad [luvly_awanis]
Sumber : Jamie Oliver

4 large handfuls of mixed tomatoes
sea salt and freshly ground black pepper
extra virgin olive oil
red wine vinegar
half a clove of garlic, grated
2 teaspoons fresh horseradish, grated
a small handful of fresh flat-leaf parsley, finely sliced

For this salad you will need a whole mixture of different tomatoes, at room temperature, nice and ripe.
Cut the bigger tomatoes into slices about 1cm/half inch thick. You can halve the cherry tomatoes or leave them whole. Then sprinkle them all with a good dusting of sea salt. Put them in a colander and leave them for 30 minutes. What iss going to happen here is that the salt will draw the excess moisture out of the tomatoes, intensifying their flavour. Do not worry about the salad being too salty, as a lot of the salt drips away.

Place the tomatoes in a large bowl and dress with enough extra virgin olive oil to loosen (approximately 6 tablespoons), and 1 or 2 tablespoons of vinegar, but do add these to your own taste. Toss around and check for seasoning, you may or may not need salt but will certainly need pepper. Add the garlic.
Now start to add the horseradish. Stir in a couple of teaspoons to begin with, toss around and taste. If you like it a bit hotter, add a bit more horseradish.

All I do now is get some finely sliced flat-leaf parsley (stalks and leaves) and mix this into the tomatoes. Toss everything together and serve as a wonderful salad, making sure you mop up all the juices with some nice squashy bread.

This salad is fantastic with roast beef, goats cheese or jacket potatoes. And to be honest, even if you put these tomatoes in a roasting tray and roasted them with some sausages scattered around them it would be nice.


Summer Chickpea Salad [celebrity]
Sumber : Jamie Oliver

Serves 4

1 small red onion, peeled
1-2 fresh red chillies, deseeded
2 handfuls of ripe red or yellow tomatoes
2 lemons
extra virgin olive oil
sea salt and freshly ground black pepper
1 x 410g jar or tin of chickpeas, drained, or around 4 large handfuls of soaked and cooked chickpeas
a handful of fresh mint, chopped
a handful of fresh green or purple basil, finely ripped
200g/7oz feta cheese

Chickpeas are pretty under-used in this country, to be honest. In places like Morocco, Italy and Spain they are prized like our Jersey new potato. Still, we have a lot more choice now than we used to have. If you go to a Spanish deli or specialist counter, you will generally be able to find jars of cooked chickpeas in water and these are the ones you want to make this salad really good. They should look a little plumper than tinned chickpeas but, of course, both tinned ones or dried ones can be used successfully. This salad is a great one for making up as you go along; you can use different spices sun-dried tomatoes and spicy chorizo sausages, for instance.

Method
First of all, finely slice your red onion. Once that is done, finely slice your chillies then roughly chop your tomatoes, mixing them in with the onion and chillies. Scrape all of this, and the juice, into a bowl and dress with the juice of 1 and-a-half lemons and about 3 times as much good extra virgin olive oil. Season to taste.

Heat the chickpeas in a pan, then add 90 per cent of them to the bowl. Mush up the remaining chickpeas and add these as well, they will give a nice creamy consistency. Allow to marinate for a little while and serve at room temperature.

Just as you are ready to serve, give the salad a final dress with the fresh mint and basil. Taste one last time for seasoning, you may want to add the juice from your remaining lemon half at this point. Place on a nice serving dish and crumble over the feta cheese.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 12:28 PM | Show all posts
RED POTATO SALAD WITH SOURCREAM AND CHIVES [obersliutenant]

This is a delicious creamy potato salad recipe. Fresh chives add the perfect touch."
Original recipe yield: 10 servings

PREP TIME  15 Min
COOK TIME  15 Min
READY IN  30 Min


INGREDIENTS
6 large red potatoes
1/2 cup sour cream
1/2 cup plain yogurt
1/4 cup fresh chives, finely chopped
1 teaspoon salt
ground black pepper to taste

DIRECTIONS
Scrub potatoes (don't peel). If large, cut in half or in quarters. Boil potatoes in their skins until fork-tender. Drain, dry and cut into 1/2 inch cubes.
In a salad bowl, combine the potatoes, sour cream, yogurt, and chives; toss gently to coat. Add salt, and pepper to taste; refrigerate until chilled.

Ramuan

6 kentang merah besar
1/2 cawan krim masam ( sour cream)
1/2 yogurt
1/4 chives / dihiris
1 sudu kecil garam
lada hitam secukup rasa

Cara: jangan kupas kentang , basuh kentang . Potong dua atau 3/4. Rebus kentang bersama kulitnya sehingga lembut. keringkan dan potong dalam kiub. Dalam periuk salad campurkan kentang, sour cream, yogurt dan chives . Ditoskan. campur garam dan lada hitam dan last last, sejukkan.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.114485 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list