CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dreamliner

HOBIN ☺☺ JANG ☺☺HOBIN

[Copy link]
Post time 5-3-2009 08:26 AM | Show all posts

Wan Jamak hambur pujian

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my



PEMAIN T-Team Md Norhisham Hassan (kiri) berjaya melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan Mohamad Aidil Zafuan pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA , kelmarin.



SEKALIPUN mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA, malam kelmarin, namun jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan tetap berpuas hati kerana pemain skuad itu berjaya merealisasikan hasrat mencapai kemenangan.

Menurutnya, pujian harus diberi kerana kesebelasan utama pemain diturunkan menunjukkan kesungguhan tinggi sepanjang perlawanan walaupun beraksi di atas padang becak yang menjejaskan rentak persembahan.

“Walaupun mereka tidak dapat beraksi pada tahap keupayaan sebenar kerana keadaan padang licin tetapi pemain Negeri Sembilan berjaya mengawal keadaan dan dapat menyerap tekanan lawan yang menampilkan saingan hebat di depan penyokong setia.



“Tetapi sikap pemain Negeri Sembilan yang tidak mengenal erti putus asa untuk mencapai kemenangan adalah sesuatu yang menggembirakan buat pasukan,” katanya.

Gol tunggal pasukan disumbangkan oleh pemain sayap, S Kunalan dan mereka kini selangkah lagi untuk untuk mara separuh akhir Piala FA, musim ini.

Bagi bekas pengendali kebangsaan itu, walaupun menang tipis, dia tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya kerana kemenangan ini amat bermakna buat Negeri Sembilan selain dapat meyakinkan lagi pemain dalam usaha merealisasikan sasaran ke separuh akhir.

Menurutnya, pihaknya berharap kelebihan yang dimiliki pasukan itu dapat dikekalkan pada sepanjang 90 minit perlawanan suku akhir kedua, Sabtu ini dan seterusnya mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Jamak berharap pemain dapat cuba mengekalkan kekuatan mental supaya persembahan cemerlang sebelum ini dapat diteruskan sebaik turun di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini, yang menjadi penentu hidup mati pasukan sama ada mampu mengekalkan reputasi atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 12:17 PM | Show all posts

Jang sedia gempur Kijang

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

NEGERI Sembilan mengakui bakal berhadapan tugas getir menentang Kelantan dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Bharu, malam ini, tetapi menyifatkan kemenangan amat penting kerana ia bukan saja buruan untuk menduduki tangga teratas carta sebaliknya ia mampu memberikan sokongan moral kepada pemain menjelang aksi separuh akhir Piala FA, 7 April nanti.

Sehubungan itu, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, mahu anak buahnya memberikan persembahan terbaik bagi merealisasikan kemenangan.

Menurutnya, beliau sudah membuat persiapan rapi semasa rehat tempoh hari termasuk melakukan beberapa perubahan taktikal bagi memantapkan jentera pasukan.

揗isi kita adalah untuk mencapai kemenangan sekali pun beraksi di gelanggang lawan dan pemain perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

揂pa yang penting pemain kena fokus sepenuhnya terhadap persembahan mereka di atas padang kerana ia adalah faktor penentu kepada kemenangan.

揗ereka sudah diingatkan betapa kemenangan ke atas Kelantan amat penting, bukan saja dalam usaha untuk menuju ke tangga teratas carta tetapi azimat penting dalam meningkatkan lagi keyakinan diri menjelang saingan separuh akhir pertama Piala FA, nanti,
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:18 PM | Show all posts
seri cukup lar..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 11:22 PM | Show all posts
n9 mng ke kalah lawn polis ? xkan ngn polis pon xleh mkn
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 12:08 AM | Show all posts


N9 out FA Cup...x dapek laila pialo lopeh dapek FA Cup taon 2003...kono tggu liga super lak camno...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:17 PM | Show all posts
Pihak n9futbol akan cuba untuk mencari bas utk rombongan ke alor star pada sabtu depan 24 Oktober 2009.
N9 akan menjadi tuan rumah kepada KM Naza pada selasa depan utk game suku akhir piala Malaysia.
sebarang perkembangan dan jika berminat utk menyertai rombongan ke stadium darul aman nanti sila lawati forum n9futbol.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2009 12:13 PM | Show all posts
Message:
Bersempena dengan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2009 antara Negeri Sembilan dan KM Naza pada 24/10/2009, N9futbol.com menganjurkan rombongan ke Stadium Darulaman, Alor Star untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Butir-butir seperti berikut.
Tarikh Rombongan : 24 Oktober 2009

Tempat Berkumpul : Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi (berhadapan bus stop)

Waktu Bertolak : 9.00 pagi

Yuran Komitnen : RM 50 seorang tidak termasuk tiket perlawanan

Waktu Balik : Sebaik selepas selesai perlawanan

Berminat sila hubungi 013-3406061, 012-6226424, 012-9233696, 012-2664818 dan 013-2752175


N9futbol.com Team
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 05:57 PM | Show all posts
hobin jang hobin
moh ke bukit jalil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2009 07:00 PM | Show all posts
den ghaso monang negori nih....den predict 2-1 la........
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 07:34 PM | Show all posts
Boleh makan Kelantan klau N9 tak wat taik~
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:06 PM | Show all posts
n9 monang pialo malaysia nanti den gak bagi adiah kredit kat forumer kat bod n9.hahah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 01:27 PM | Show all posts
ala final nanti lawan tim ayam takkan tak leh monang kot........... ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:11 PM | Show all posts
hobin jang hobin!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 03:53 AM | Show all posts
Menangggggggggggggggg~~!!!!! Baru balik, mamai giler neyh, fans Kelantan mcm @$%#%#%, xder adab ke weyh~
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 09:36 AM | Show all posts
Menangggggggggggggggg~~!!!!! Baru balik, mamai giler neyh, fans Kelantan mcm @$%#%#%, xder adab ke weyh~
rastablank Post at 8-11-2009 03:53



mmg fukiMak kn .. anyway ..congrak !!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 12:07 PM | Show all posts
aku tumpang gembira tok N9.. 2009 tahun anda!
malam tadi satu rumah pakai kuning walaupun kitorang orang selangor
lagipun sedara mara N9 bertandang rumah.. jadi tongkang pocah rumah eden

anyway hope penyokong N9 balek ngan selamat smalam.. bukan leh caya kelate tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 03:19 PM | Show all posts
tahniah kek nogori smbilan ~~!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 06:14 PM | Show all posts
Congrats dari org Kedah! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 06:56 PM | Show all posts
tahniah pasukan negeriku...

banggo eh dennn....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:18 AM | Show all posts
Penyokong NS kesal dan kecewa dengan sikap penyokong Kelantan   
                               SEREMBANenyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal dankecewa dengan sikap sebahagian penyokong Kelantan yang bertindak liarpada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil,Kuala Lumpur, malam tadi.

Timbalan Presiden n9futbol.com (e-Penyokong Bola Sepak NegeriSembilan), Mohd Faidzul Mohamad Noh berkata insiden membakar mercun,membaling objek serta membakar tempat duduk dan kain rentangmenunjukkan mereka tidak boleh menerima kekalahan.

"Sepatutnya penyokong Kelantan mengambil pengajaran keranapernah dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)berikutan tindakan ganas penyokong mereka," katanya kepada Bernamaketika dihubungi hari ini.
        
    Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untukmuncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 3-1 padaperlawanan akhir itu.

Mohd Faidzul berkata kehadiran penyokong Kelantan pada malamitu seolah-olah bukan untuk menyokong pasukan sendiri, tapi sebaliknyauntuk mencetuskan provokasi dan kekecohan.

Katanya usaha melangkah ke final Piala Malaysia adalah satukejayaan yang amat besar dan sepatutnya penyokong Kelantan mengawalemosi mereka kerana kalah atau menang adalah adat pertandingan.
                                  Beliaumahu FAM mengenakan tindakan lebih drastik terhadap Persatuan BolaSepak Kelantan berikutan tindakan ganas penyokong mereka.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan MohdFazamy Azwandy Mohd Razali, turut kesal dengan tindakan sebahagianpenyokong Kelantan itu.

"erkara seperti ini boleh dielakkan jika langkah keselamatandi pintu masuk stadium diperketatkan. Saya harap FAM dan pihak polismengambil langkah yang lebih serius dalam memastikan perkara ini tidakberulang," katanya. - Bernama



kalo org dio datang nk jadi penyokong, siap2 kan tempat duduk besi kt derang yg mmg spesis @$@#$#%...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070394 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list