CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dreamliner

HOBIN ☺☺ JANG ☺☺HOBIN

[Copy link]
Post time 5-11-2011 11:48 AM | Show all posts
tiket stadium tuanku abdul rahman paroi tahun depan dgrnya naik sampai 15 hinggit.betul ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 02:14 PM | Show all posts
tiket stadium tuanku abdul rahman paroi tahun depan dgrnya naik sampai 15 hinggit.betul ke????
golok mail Post at 5-11-2011 11:48



   NAMPAK GHAYO EH MACAM TUE LA
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 02:20 PM | Show all posts


2012 SQUAD LIST

Goalkeepers


Farizal Marlias,  
Badrulzaman Halim,
Muhd Kaharuddin

Defenders

Fiqri Azwan,
G.Mahathevan,,
Alif shamsudin,
Zulfaizam Khamis,
Muszaki Abu Bakar,
Norhafiz Zamani Misbah,
Qhairul Anwar,
Rashid Mahmud,
Tengku Qayyum

Midfielders

Abd Halim Zainal,
Idris Karim,
S.Kunanlan,
Nazrin Nawi,
Shukor Adan,
Norhairy Abd Rahman,  
Norismaidham Ismail,  
V.Paramasivam,
Shahrurain Abu Samah

Forwards

Ahmad Shakir Ali,
Effa Owana ,
Khairul Ridzwan,
Mohd Firdaus Azizul

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:43 PM | Show all posts
semoga berjaya dalam piala sumbangsih malam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 02:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 04:39 PM | Show all posts
malam ni effa awona main tak?
aku nak teka liga cipan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 05:27 PM | Show all posts
hoben jang hoben!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2012 12:05 PM | Show all posts
Piala Malaysia : ATM menang tipis



NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

28 September 2012



PASUKAN berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba mengukuhkan cengkaman dalam saingan Piala Malaysia tetapi berakhir dengan kemenangan tipis ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Kemenangan 3-2 ini nyata meletakkan pasukan bimbingan B Sathianathan, yang akan bertandang ke Stadium Paroi pada suku akhir kedua 2 Oktober ini, dalam keadaan tidak selesa.

Pada babak pertama perlawanan, gawang tuan rumah sedikit cemas apabila percubaan Negeri Sembilan pada babak awal perlawanan nyaris membolosi gol namun tendangan terkena palang gol.

ATM  yang bermain di hadapan penyokong sendiri nyata bersemangat apabila dilihat melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Pun begitu beberapa percubaan awal menerusi Fitri Omar pada minit ke-36 tetap tidak berjaya apabila kekentalan kubu pertahanan anak buah Azraai Khor menahan asakan tuan rumah.

Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain ATM mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya  dari  jarak 15 meter berjaya didakap kemas penjaga gol Negeri Sembilan.

Begitupun, keghairahan tuan rumah dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai menerusi tendangan Christie Jayaselan pada minit ke-55 untuk mengukuhkan kedudukan di depan.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan tuan rumah menambah jaringan menerusi Bruno Marteloto pada minit ke-60.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang Negeri Sembilan apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Begitupun kealpaan  penjaga gol ATM akhirnya terhukum apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi Firdaus Azizul pada minit ke-74 untuk merapatkan kedudukan.

Gol itu bagaimanapun seolah-olah tidak bermakna apabila ATM pula meneruskan ‘serangan’ – menambah gol menerusi jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-80.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol. Akhirnya Shakir Ali beraksi cemerlang apabila berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-89 untuk mengejar ATM.

Namun, anak buah Azraai Khor terpaksa akur apabila gagal memperoleh kemenangan untuk membawa bekalan selesa ketika beraksi di halaman sendiri nanti.


- Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:09 PM | Show all posts
NS gagal sekat kemaraan Tentera



2012/10/03 - 00:04:34 AM


Oleh Mohd Amin Jalil



Seremban : Juara Liga Perdana, Tentera terus cemerlang mengorak langkah dalam kempen Piala Malaysia apabila menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Turun berbekalkan kemenangan 3-2 di Stadium Selayang, anak buah B Sathianathan memastikan mereka melakar sejarah mara ke separuh akhir buat julung kali dengan kemenangan 3-1 dan 6-3 secara agregat.
Pada babak pertama, tuan rumah yang ketinggalan 2-3 secara agregat terlebih dulu membuka jaringan untuk kembali menghidupkan peluang menerusi tolakan mudah Alif Shamsudin seawal minit kelima.

Namun, kealpaan benteng pertahanan skuad Hobin Jang Hobin ketika mengekang sepakan percuma pelawat membawa padah apabila pemain pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak mudah menanduk masuk umpanan Azmi Muslim empat minit kemudian.

Anak buah Azraai Khor Abdullah kembali mengasak dan hampir menggandakan jaringan namun tendangan bebas ayam tambatan mereka Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-18, berjaya ditolak kemas penjaga gol Tentera, Mohd Farizal Harun.

Skuad kendalian Sathianathan yang kembali mendapat kelebihan secara agregat menggunakan sepenuhnya ruang kosong ditinggalkan tuan rumah yang ghairah memburu gol untuk menjelmakan jaringan kedua menerusi Marlon Alex James (m-42) apabila mudah menolak masuk hantaran Zaquan Adha Abdul Radzak.

Marlon menambah jaringan pada babak kedua untuk memastikan peluang buat tuan rumah semakin tipis apabila mudah menyempurnakan hantaran lintang Bruno Sebastian Martelotto pada minit ke-57.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:20 AM | Show all posts
Dah kalah..balik arh...Kelantan tetap strong...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:28 PM | Show all posts
Kedudukan Azraai masih selamat



MESKIPUN gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun ini, Negeri Sembilan tetap menaruh kepercayaan kepada ketua jurulatihnya, Mohd. Azaari Khor Abdullah untuk membina semula skuad Hoben Jang Hoben itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Azaari tetap diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap dengan persediaan dilakukan mulai sekarang.

Selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), beliau mengakui Azraai terpaksa membariskan ramai pemain skuad Piala Presiden berikutan kehilangan beberapa tonggak utama musim ini.

" Kita perlu belajar daripada kesilapan dan kelemahan yang ada dengan pendeka- tan baharu bagi saingan Liga Super musim depan," katanya kepada pemberita di Seremban semalam.

Kelmarin, langkah Negeri Sembilan tersekat pada peringkat suku akhir selepas tewas dengan agregat 3-6 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kempen Liga Super, Negeri Sembi- lan menghuni tangga keenam.

Mohamad berkata, walaupun gagal mempertahankan Piala Malaysia, beliau tetap bangga dengan pencapaian anak-anak buah Azraai yang mara hingga ke peringkat suku akhir biarpun tampil dengan barisan pemain skuad Piala Presiden.

Katanya, PBNS memang menjangkakan keputusan itu memandangkan mereka tidak mampu meletakkan sebarang sasaran dengan barisan pemain yang sedia ada.

" Namun, saya bangga walaupun dengan ramai pemain muda kita berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini.

" Ini suatu pencapaian yang baik. Saya harap beberapa pemain muda dapat dikekalkan untuk musim baharu," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, PBNS akan mengkaji semula prestasi dua pemain import iaitu Jean Emmanuel Effa Owona dari Cameroon dan Marian Farbak (Slova- kia).

Beliau turut membayangkan mahu mendapatkan pemain import yang lebih cemer- lang untuk musim depan.

" Tidak guna mengambil pemain import yang sama taraf dengan pemain tempatan, " jelasnya.

Mengenai cadangan pembinaan velodrom tertutup antarabangsa di Seremban, Moha- mad berkata, ia akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu bagi mewujudkan bandar sukan dan pendidikan di kawasan Nilai dan Labu.

" Pembangunan kedua-dua bandar itu akan turut merangkumi pelbagai kemuda- han sukan dan pelajaran seperti padang golf 18 lubang, gelanggang badminton, sekolah sukan dan kemudahan sukan lain, " jelasnya.

Terdahulu, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM80 juta dalam Belanjawan 2013 untuk membina sebuah velodrom tertutup antarabangsa di Negeri Sembilan dan Akademi Badminton di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.




- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:42 PM | Show all posts
xpo..cubo laie utk monang pialo malaysia thn dopan....hoben!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:41 AM | Show all posts
hai org nogori..nk tanyo kn..shaffik rahman tu da kawin ye...
jgn marah tumpang tanye je
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 06:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2013 01:56 PM | Show all posts
Terengganu ikat skuad Jang




Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12



Seremban : Misi Negeri Sembilan meraih kemenangan pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 0-0 dengan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.



Selepas tewas kepada Selangor pada perlawanan pertama, tuan rumah masih gagal menemui sentuhan gol apabila mempamerkan aksi hambar selepas tiada percubaan berbahaya ke gawang lawan.


Mereka yang mengharapkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bermula garang apabila melakukan beberapa percubaan ke gawang Terengganu menerusi gandingan Eddy Helmi Manan, Shahurain Abu Samah, Mohd Nazrin Mohd Nawi dan penyerang tunggal, Emanuel De Porras.

Bagaimanapun beberapa hantaran kurang tepat menggagalkan usaha mereka, tambahan pula kekebalan benteng Terengganu yang dikawal kemas pemain import Vincent Faizal.


Peluang tuan rumah menembusi benteng Terengganu hampir tercapai pada minit ke-31 namun hantaran lintang yang cuba dilakukan Eddy Helmi di depan pintu gol dihalang pertahanan lawan.


Gerakan yang dicuba dilakukan anak buah pengendali dari Portugal, Divaldo Alves mudah dibaca pemain lawan hingga menyebabkan setiap usaha menembusi benteng Terengganu tidak kesampaian.

Begitupun bekas penyerang skuad Hoben Jang Hoben, Jean-Emmanuel Effa Owona tetap mencuri tumpuan apabila berjaya mengucar-kacirkan pertahanan tuan rumah yang diawasi William Paul Modibo, Mohd Fauzi Nan, Azmeer Yusof dan Tengku Qayyum Ubaidillah.


Tidak kurang empat percubaan berbahaya dilakukan penyerang berasal dari Cameroon itu ke gawang tuan rumah, namun penjaga gol, Hamsani Ahmad berjaya menghalang setiap percubaan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu itu.

Usaha kedua-dua pasukan mendapatkan gol tidak kesampaian hingga tamat separuh masa pertama.



- Harian Metro -





Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 10:53 PM | Show all posts
toruk botul la prestasi nogori...nk score pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:38 AM | Show all posts
Liga Super 2013 Chart (12/1/2013)











Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 12:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.311948 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list