CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saifulms

Sufisme - antara kebenaran dan kesesatan..

[Copy link]
Post time 5-8-2005 08:42 AM | Show all posts
hehehe pekat pekat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2005 09:05 AM | Show all posts
Wokeh mawar sambung lagi bab tawassul atau berdoa kepada Allah melalui perantaraan ini supaya kita jelas dan tak mudah ikut tersasul dgn puak2 yg menolak tasawuf.

_____________________________________________________


Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.

Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:11 AM | Show all posts
Sambungan....

Sudut Kedua : Apakah terputus hubungan secara total diantara orang yang hidup dengan orang yang telah mati ?

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang hidup terputus hubungannya dengan orang yang mati jadi bagaimana mereka(arwah) boleh menolong orang yang hidup bersandarkan hadis nabi s.a.w.:

"Apabila anak adam telah mati maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat baginya dan anak yang shaleh yang mendoakan orang tuanya." (Riwayat : Bukhari)

Sebenarnya hadis ini menerangkan kepada kita bahawa orang yang meninggal dunia segala amal taklifiahnya telah terputus (maknanya sudah tiada lagi sesuatu amalan yang di pertanggungjawab oleh syarak ke atasnya dan tertutup segala manafaat sebab tiada lagi amalan yang boleh dilakukan ) kecuali tiga macam amal tadi tetapi hadis ini bukan menekankan bahawa tiada hubungkait langsung dengan orang yang hidup, bukan begitu! Kerana kita masih ada kait dengan para arwah dan ini boleh dilihat dalam dua hubungan iaitu:

a. Hubungan yang hidup dengan si mati. Sebenarnya bukti orang hidup boleh memberi manafaat dengan para arwah ialah misalnya kita membayar hutang si mati maka beban mereka di sana akan terangkat insyaallah atau menghadiah kan bacaan Qulhuallah 11 kali atau membaca yassin lalu di niatkan hadiah kepada si mati maka insyaallah dapat manafaat pada simati tersebut.

b. Hubungan yang mati dengan si hidup. Bagi para arwah khusus ibu bapa kita dan orang-orang yang sholeh bahawa mereka akan menolong kita dengan mendoakan untuk kita dan kesejahteraan kita.


Misalnya dalam surah At Taubah ayat 106 bermaksud:

"Dan katakanlah (hai Muhammad):Hendaklah kalian berbuat. Allah dan RasulNya serta kaum mukminin akan melihat perbuatan kalian."

Ibnu Katsir menerangkan bahawa setiap amal perbuatan orang-orang yang masih hidup diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia. Ia mengenengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi , berasal dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Amal perbuatan kalian akan diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat. Jika amal kalian itu baik mereka menyambutnya dengan gembira. Jika sebaliknya, mereka berdoa: Ya Allah , berilah mereka ilham agar berbuat baik dan taat kepadaMu."


Bersambung....

[ Last edited by Mawar Merah on 5-8-2005 at 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:13 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Mawar Merah at 4-8-2005 03:05 PM:
Wokeh mawar sambung lagi bab tawassul atau berdoa kepada Allah melalui perantaraan ini supaya kita jelas dan tak mudah ikut tersasul dgn puak2 yg menolak tasawuf.

_____________________________________________________


Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.

Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 5-8-2005 09:13 AM:


mana tafsir kau amik nih?

[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petun ...



mungkin kak mawar tersilap taip tu sniper....biasalah kita ni manusia biasa...

kak mawar...ayat itu dari Surah Ali Imraan ayat 169....

[ Last edited by serihartatie on 5-8-2005 at 09:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:18 AM | Show all posts
Sambungan...

Sudut Ketiga : Apakah orang yang telah mati itu(ruh) boleh menolong?

Jawab kita boleh dan harus. Kerana ini pernah terjadi di zaman semasa dan selepas wafat nabi s.a.w. dan banyak contoh-contohnya misalnya:

Di antara bukti yang jelas bagaimana orang-orang mati khususnya para nabi dan para auliya yang telah mati di mana ruh mereka dapat menolong orang yang hidup ialah sepertimana di waktu Rasulullah s.a.w mikraj ke langit, di mana baginda Rasulullah s.a.w. telah berjumpa dengan ruh Nabi Adam a.s. dan ruh Nabi Ibrahim a.s. pada langit pertama dan kedua seterusnya nabi Adam dan nabi Ibrahim mendoakan kepada Allah Taala supaya diberkati dan di bahagiakan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya.

Keterangan ini bersandarkan pada hadis Ibnu Abbas yang di rawikan oleh Bukhari. Sedangkan mereka telah pun wafat.

Kemudian terdapat beberapa peristiwa memohon pertolongan dengan nabi s.a.w. setelah beliau wafat iaitu:

Peristiwa pertama :

Berkata Muhammad bin Al Munkadir:

Seorang lelaki yang akan pergi berjihad , menaruh wang sebanyak 80 dinar di samping ayahku , sebagai amanat, dan ia berkata kepadanya(ayahku): "jika engkau memerlukan wang ini maka gunakanlah. Kebetulan terjadi kenaikan harga di mana-mana maka ayahku menggunakan wang tersebut.

Akhirnya ketika pemilik wang itu datang untuk mendapatkan wang simpanannya semula maka ayahku meminta dia datang pada keesokan harinya. Malam itu ayahku pergi ke masjid, duduk dan berdoa kepada makam dan mimbar Rasul.

Ia terus dalam keadaan istighasah(memohon pertolongan) sampai hampir subuh. Ketika itu , dalam kegelapan masjid, muncul seseorang dan berkata: "Ambil lah ini, wahai Abu Muhammad, seraya memberikan kepadanya sebuah kantung yang berisi 80 dinar.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2005 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2005-8-5 09:18 AM:



mungkin kak mawar tersilap taip tu sniper....biasalah kita ni manusia biasa...

kak mawar...ayat itu dari Surah Ali Imraan ayat 169....

[ Last edited by serihartatie on 5-8-2005  ...


thank you tatie...akak tak sengaja tersilap taip sbb akak juga taip surah2 lain...tu yg ter 'paste' tak betul tempat tu hehehe...anyway ayat berkenaan mmg popular dan kita semua tahu ianya mmg ada dlm Al Quran lainlah kalau tak ada...baru betul haru...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:25 AM | Show all posts
mungkin kak mawar tersilap taip tu sniper....biasalah kita ni manusia biasa...

kak mawar...ayat itu dari Surah Ali Imraan ayat 169....

....

[ Last edited by serihartatie on 5-8-2005  ...


manusia tak larik dari kesilapan.bukan apa, lain kali kalo nak cut n paste tuh kene hati2.nih ayat quran dek non oi..jgn buat main. berdosa kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2005 09:28 AM | Show all posts
Sambungan...

Peristiwa kedua:

Abu Bakar Ibn al Muqirri berkata:

Saya dan Thabrani serta Abu Syeikh merasa sangat lapar. Ketika kami berada disamping makam Nabi s.a.w. Pada malam itu , di sisi makam rasul s.a.w. aku berkata: "wahai Rasulullah , kami lapar, tidak lama kemudian , terdengar ketukan di pintu masjid dan masuklah seorang lelaki dari golongan Alawi bersama dua orang pemuda. Setiap orang dari mereka membawa kerajang yang penuh dengan makanan setelah kami selesai makan , orang Alawi itu berkata : "Aku melihat Rasulullah s.a.w. dalam mimpiku dan beliau memerintahkan aku membawakan makanan untuk kamu semua."


Peristiwa Ketiga:

Ibn Jallad berkata:

Aku memasuki kota Madinah dalam keadaan sangat miskin dan kekurangan. Lalu aku datang ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berkata: "wahai Rasulullah , aku ini tetamu mu, kemudian aku tidur. Dalam tidur itu aku mimpi melihat Rasulullah memberikan sepotong roti kepadaku."
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2005-8-5 09:25 AM:


manusia tak larik dari kesilapan.bukan apa, lain kali kalo nak cut n paste tuh kene hati2.nih ayat quran dek non oi..jgn buat main. berdosa kita.


Mmg kita kena hati2 tapi kesilapan yg tak disengajakan, hukum mana pula sniper pakai hingga dihukum berdosa? Dan bila pula mawar buat main ayat Quran? Sniper ni mawar lihat sangat cenderung menuduh yg bukan2 dgn hanya berdasarkan andaian2 yg datang dari hati sniper yg punya dendam kebencian pada ahli2 rufaqa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:38 AM | Show all posts
Sambungan...

Peristiwa Keempat:

Berkata As Sayyid Ja抐ar bin Hassan Al Barzanji Al Madani dalam kitabnya 揓aliah Al Karbi Biashabi Sayedil 慉jam Wal 慉rabi yang disebut juga oleh Al Hamawi dalam kitabnya Nataiju Al Irtihal Was Safari Fil Akhbar Al Qarni Al Hadi Al Asyar dalam perkara terjemah Al Jami
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 4-8-2005 03:34 PM:


Mmg kita kena hati2 tapi kesilapan yg tak disengajakan, hukum mana pula sniper pakai hingga dihukum berdosa? Dan bila pula mawar buat main ayat Quran? Sniper ni mawar lihat sangat cenderung menuduh yg bukan2 dgn hanya berdasarkan andaian2 yg datang dari hati sniper yg punya dendam kebencian pada ahli2 rufaqa


ai, kene tegur pon dah tak buleh..aku tegur baik2..ni kau jawab..heh..mana2 budak arqam sama jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 09:57 AM | Show all posts
Hadis Jundab bin Abdullah Al-Bajali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah Al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 10:03 AM | Show all posts
bersambung....

Maka saya pun buat apa yang disuruh. Dengan bergegas saya pun pergi dan pada masa itu ialah pagi-pagi lagi. Saya baca sedikit ayat Al Qura抋n dan saya terangkan keadaan diri saya seperti yang di suruh oleh guru kami. Dan(lepas itu) saya balik semula sebelum zohor. Saya masuk ke tempat suci 態abul Rahmah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2005-8-5 09:40 AM:


ai, kene tegur pon dah tak buleh..aku tegur baik2..ni kau jawab..heh..mana2 budak arqam sama jer.


Baikkah cara tegur sniper yg sewenang2 menuduh mawar main2 dgn Al Quran dan bila mawar kata tak sengaja, sniper letak hukum berdosa?

Kalau cara tegur begini sniper kategorikan baik maka org boleh simpulkan yg sniper ni berjiwa kasar dan berjiwa buruk sangka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 10:14 AM | Show all posts
Sambungan...

Lalu saya balik semula kepada pemilik khemah bertanyakan tentang orang yang membawa saya tadi : 揝iapa dia yang sebenarnya dan dimana tempat tinggalnya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2005 10:18 AM | Show all posts
jadik mempermainkan ayat qurantak berdosa?

ayat quran kita kene hati2..kene hormat. kalo kita nak cut n paste, kita kene selidik dulu. bukan main paste jer. semua org buat silap mawar. cuma aku nih selalu tgk ayat quran kene potong2 ,kerja misionary kristian. kalo cara aku tegur pada kau tuh keras, terpulanglah. aku paling pantang org remeh2kan ayat quran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 10:21 AM | Show all posts
Sambungan...

Sudut Keempat : Adakah minta tolong pada ruh simati yang sholeh itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik(melakukan syirik terhadap Allah Taala) ?

Jawabnya :TIDAK. Kerana pada kita dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa segala permintaan kita (doa) kita adalah ditujukan secara haqiqatnya kepada Allah Taala dan yang dapat memunafaatkan sesuatu atau memudharatkan sesuatu hanya Allah tidak pada yang lainnya samada makhluk hidup mahu pun makhluk mati(atau ruh), tidak ada bezanya yang beza cuma secara fizikal saja pada haqiqatnya tetap sama .

Misalnya:

Kita minta tolong dengan orang yang hidup supaya memenuhi hajat kita tentu tidak syirik kerana walaupun pada lahirnya nampak seseorang yang menolong kita tetapi pada haqiqatnya Allah lah yang memenuhi hajat kita. Cuma orang itu sebagai wasitah (perantara saja) bagi memenuhi hajat kita itu.

Begitu jugalah kalau kita bertawasul atau minta tolong pada ruh orang sholeh supaya di doakan kita atau memohon berkat darinya kita tetap beritiqad bahawa ruh si mati itu tiada dapat memberi bekas terhadap hajat atau doa kita dan yang memberi bekas hanya Allah Taala. Cuma ruh-ruh orang sholeh ini menjadi wasitah(perantara) sebab doa atau hajat kita di maqbul oleh Allah Taala.

Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa dulu) berkata:

....dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul , wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya BERKAT mereka di ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah , Tunggal dan tiada bersekutu.

Orang yang membezakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, maka orang itu mengitiqadkan bahawa orang hidup bisa mencipta dan orang yang mati tidak bisa lagi. Kita berkeyakinan dan beritiqad bahawa yang menjadikan tiap-tiap sesuatu adalah Allah dan Allah itu menjadikan kita dan menjadikan pekerjaan kita.

Adapun ramai Ulama besar mengamalkan amalan tawasul di antaranya :

1. Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau
2. Syeikh Sayid Bakfi Syata (pengarang kitab I?natut Talibin)
3. At Tarabulusi (pengarang kitab Tauhid yang terkenal iaitu Husunul Hamidiyah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2005-8-5 10:18 AM:
jadik mempermainkan ayat quran tak berdosa?

ayat quran kita kene hati2..kene hormat. kalo kita nak cut n paste, kita kene selidik dulu. bukan main paste jer. semua org buat silap mawar. cuma aku  ...


Alahai sniper....janganlah memutar belit perkara asal...bila pulak mawar kata mempermainkan ayat Quran tidak berdosa. Please balik pada duduk perkara asal ok...di mana mawar menafikan tuduhan sniper yg mengatakan mawar main2 dgn ayat2 Quran melalui kesilapan mawar dan bila masa pula mawar kata mempermainkan ayat Quran itu tidak berdosa.

Bagus lah kalau peka dgn ayat2 Quran cuma lain kali nak memperbetulkan kesilapan org bukan dgn cara menghentam. Fitrah manusia biasanya boleh membezakan antara ayat menegur dgn ayat yg ada ciri2 menghentam lbh2 lagi sekiranya ada rasa2 tidak senang dgn org yg cuba ditegur.

Menegur berbeza dgn menghentam. Mcm tatie tu...tu la cara menegur. Sebelum ni pun dah biasa  mod2 menegur mana2 forumner tersilap paste ayat dan hal ini bukanlah sampai nak diperbesar2kan hingga menyakitkan hati org yg ditegur.

Mawar tak ada la nak terasa mana pun cuma mawar dah biasa dgn ajaran abuya yg sangat berhalus soal akhlak dlm nak menegur org tapi kalau ada simpati2 abuya yg buat hal kat forum ni, itu jangan tuding kat abuya sbb depa tak dapat tarbiah secara langsung sdgkan utk meniti jalan tasauf (memperbaiki hati) perlu berguru secara langsung dan punyai hubungan hati dlm bentuk bai'ah. Barulah seseorg anak didik benar2 dipantau zahir dan batin oleh mursyidnya.

Mcm mawar ni, dlm memperbaiki diri, entah berapa kali dah kena tegur dgn akasyah dlm berdepan dgn kerenah forumner2 kat sini....hehehehe

Peminat2 atau simpati2 seseorg guru mursyid mungkin boleh syarah berjela2 minda guru mursyid tersebut tapi selalunya susah mahu memperlihatkan akhlak yg seni2 sebagaimana akhlak org yg mendapat didikan ilmu tasauf secara berguru. Sebab ilmu tasauf ilmu praktikal bukan teori.

Itu bezanya antara anak didik dgn peminat atau simpati....harap sniper faham.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 03:56 PM | Show all posts
alahai cik mawar. kan aku BERTANYA tuh. beza antara org sekolah kebangsaan ngan sekolah arqam ialah org sekolah kebangsaan tahu beza ayat TANYA ngan ayat PENYATA hehhe..licik sunnguh

cuba ko tgk camner aku tgr? ader ke menghentam? kalo hentam camni bunyinyek:

hahaha:lol apa la...anak buah guru murshid kunun..main tampal jer ayat2 suci..dah la bagik salah plak tuh.apa asaari tak ajar ker? :lol


ha itu cik mawar, adalah ayat hentam.
aku cuma tanya 'tafsir mana kau pakai?'   itu hentam ker?

atau....hehehehe..maklum la aku nih bukanlah org yg gemar pada arqam nih..tuh sebab ko tak leh terima aku tegur..WALAUPON BETUL...kehkehkeh...



one thing...revenge is sweet, but geting even..thats DIVINE renung2kan lah yer

[ Last edited by snipersnake on 4-8-2005 at 10:01 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074316 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list