CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
Post time 8-9-2005 08:17 AM | Show all posts
Sabda Rasulullah SAW :

" Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya ada tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat". (Abu Nuaim)


b. Kata tabiin RH,

"Al- Mahdi adalah seorang yang beralis nipis lagi  terpisah kedua-duanya dan besar biji matanya.
Dia akan keluar dari Hijaz dan berkhutbah di atas mimbar  Damsyik, sedangkan usianya baru 18 tahun."


Daripada kedua riwayat diatas, beberapa perkara dan kefahaman dapat kita ambil secara ringkas seperti :

1. Wajahnya bergemerlapan bagaikan bintang. Maksudnya ialah wajahnya amat  berseri-seri dan menggembirakan setiap mata yang melihatnya. Seri wajahnya itu adalah seri wajah ahli syurga,seri wajah seorang penghulu ahli syurga, seri wajah kekasih Allah SWT, seri wajah dari seorang ahli ibadat, seri kerana amat bersih hatinya dan juga seri dari keikhlasan hatinya.



bersambung

[ Last edited by serihartatie at 8-9-2005 08:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 08:20 AM | Show all posts
2. Kulitnya kemerahan seperti kulit orang Israel.

Nyatalah bahawa Imam Mahdi (IM) bukan lagi seperti kulit orang Arab, tetapi lebih kepada kulit orang Ajam dengan warna yang kemerahan. Maksud tersirat ialah, kulit yang merah itu tanda negeri tempat kelahirannya adalah negeri yang panas. Kulitnya macam kulit orang Israel itu adalah tanda bahawa keturunannya sudah bercampur dengan Arab dan Ajam, iaitu penduduk asal negeri yang panas cuacanya. Orang-orang Arab yang datang ke Timur ini, lazimlah kulit mereka menjadi kemerah-merahan.

3. Beliau belajar di Hijaz. Syarat ini perlulah dipenuhi kerana telah dijelaskan begitu. Namun, ramai orang tidak memahami maksud ucapan tabiin ini, lalu terus mendakwa dirinya sebagai IM sedangkan jejak kaki pun tidak pernah ke Hijaz itu.

Maksud belajar itu adalah belajar daripada guru-guru yang bertaraf wali dan mujtahid, terkenal solehnya dan mendapat bimbingan secara langsung dalam hal tarekat sufi.

bersambung..


[ Last edited by serihartatie at 8-9-2005 08:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 11:47 AM | Show all posts
4. Kulitnya Macam Kulit Orang Arab

Sabda Nabi SAW,

"Kulit al- Mahdi adalah seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang Bani Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya  diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa."                    
            

(Abu Nuaim & at-Tabrani)


Bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang-orang Israel,yakni besar dan tegap. Ini menunjukkan bahawa IM
adalah seorang yang gagah dari segi fizikalnya dan amat mantap pula dari segi rohaninya. Keadaan fizikal yang besar
ini perlu kerana seorang pemimpin yang berbadan tegap akan mengerunkan musuhnya. Penyataan ini adalah berdasarkan pandangan bangsa Ajam tempat tinggalnya, bukan dari sudut pandangan bangsa Arab lagi. Sebabnya orang Arab dengan orang Yahudi hampir sama sahaja bentuk dan saiz badan mereka, jadi tidaklah mereka melihat bangsa yang lain itu
lebih besar tubuhnya daripada bangsa yang satu lagi. Hanya orang-orang Ajam sahaja yang memandang tubuh orang Arab dan Israel itu lebih besar daripada tubuh badan mereka.


5. Hidungnya Mancung

Dari Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Al-Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi
ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
Dia memerintah selama tujuh tahun."

(Abu Daud & al-Hakim)

Hidung IM adalah mancung. Pernyataan ini adalah tanda bahawa IM itu lahir dari kalangan orang atau kaum yang hidungnya 'tidak mancung'. Jika tidak, masakan perkara ini perlu disebut oleh Nabi SAW, kerana bangsa Arab memang diketahui umum memiliki hidung yang mancung-mancung belaka. Terlalu jarang atau boleh dianggap pelik jika dikatakan ada orang Arab yang hidungnya tidak mancung atau pesek. Maksud tersiratnya, IM itu benar-benar lahir di negara Ajam.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 11:59 AM | Show all posts
Bagi pengikut-pengikut Ayah Pin yang bermazhab ASWJ, Imam Mahdi telahpun lahir di dunia ini. (Sila rujuk harian Metro hari ini, 8 Ogos 2005).
Siap dengan kata-kata sanjungan dan puji-pujian telah dikitabkan oleh mereka....termasuk juga sajak-sajak warna warni yang syahdu menyentuh jiwa.


KUALA LUMPUR: Pengikut baru ajaran sesat Ariffin Mohamad atau Ayah Pin dikehendaki mengamalkan 79 zikir memuja pemimpin mereka sebagai kaedah mengukuhkan keyakinan terhadap ketua kumpulan yang diharamkan itu.

Zikir itu dipercayai hanya rekaan beberapa pengikut tegar Ayah Pin yang mendakwa mendapat ilham dalam beberapa situasi termasuk ketika menoreh getah, menunggang motosikal, bertafakur, bekerja atau berjaga malam.

Antara zikir itu ialah 慙aillahailallah Imam Mahadi Ya Rasulullah, Ya Arifbillah, Ya Arifbillah, Ya Arifbillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-9-2005 11:59 AM
Bagi pengikut-pengikut Ayah Pin yang bermazhab ASWJ, Imam Mahdi telahpun lahir di dunia ini. (Sila rujuk harian Metro hari ini, 8 Ogos 2005).
Siap dengan kata-kata sanjungan dan pu ...



harap grave perbetulkan fakta...supaya tidak memberikan kekeliruan kepada org ramai..mohon kerjasama ustaz nahzaluz perbetulkan fitnah grave ni terhadap ASWJ...

Ayah Pin sudah menfailkan kepada mahkamah syariah bahawa beliau MURTAD. Bagaimana sdra sanggup menulis seperti di atas dan menghina fahaman ASWJ dengan mengaitkan pengikut kepada fahaman ketuanya yg MURTAD sebagai berfahaman ASWJ?....

[ Last edited by serihartatie at 8-9-2005 12:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 8-9-2005 12:07 PM



harap grave perbetulkan fakta...supaya tidak memberikan kekeliruan kepada org ramai..mohon kerjasama ustaz nahzaluz perbetulkan fitnah grave ni terhadap ASWJ...[/ ...


OK lah aku tersilap kali ini.
Maksud aku bekas mazhab ASWJ yang berpindah ke mazhab Ayah Pin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2005 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 6-9-2005 11:16 PM


Waahh...gambaq ustaz dah pakai ketayap pulak. Macam orang Arab ler.


heh heh tu gambar Qaradhawi masa muda... terjumpa kat laman web dia time masuk nak tanya soalan kelmarin... hensem kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 8-9-2005 12:16 PM


heh heh tu gambar Qaradhawi masa muda... terjumpa kat laman web dia time masuk nak tanya soalan kelmarin... hensem kan?


Memang mengancam dan wanita macam Tatie tentu tergoda dibuatnya....hehehehee.
Ada nasab keturunan pada suku Bani Tamim tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 12:24 PM | Show all posts
terima kasih tatie atas info. bila tatie dah selesai nanti harap bagitau: selesai lah sudah ust zul. heh heh
saya ada beberapa persoalan nak tanya untuk dapat pencerahan... terutamanya ttg hadis.

wassalam.
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 11-9-2005 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by matjan at 6-9-2005 09:05 AM
kat forum ni ..menceritakan tentang  tanda kemunculan Al-Mahdi....

kalau rajin baca lah.....ia berkait dgn bulan ramadan ni...di bawah tajuk " iman mahdi muncul tahun ini "

http://www.tranungkite.net/modul ... db33562c29c2d45bc0e  


Asslkm semua,

Nampaknya sejak keluar artikel saintis kita di http://www.tranungkite.net/modul ... 9cd04d8d3af65d5f1e1 ttg gunung berapi SuperVolcano Yellowstone nak meletup pd 17 Okt
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 11-9-2005 09:55 AM | Show all posts
Relax laa.. jgn cepat panik.. & jgn bersikap mendahului takdir!.
Rasanya Zorro dah ulas perkara ni di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=154344&fpage=1

Moderator pun satu hal jugak. Jgn dok buang lah thread yg lepas2 tu, yg berilmiah sbb malas kita nak tulis balik!.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 11:11 AM | Show all posts
Gigi Seri Imam Mahdi

Kata sahabat RA

"Gigi seri al-Mahdi, tampak bersinar.

Hal ini sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa Imam Mahdi itu memang bersih dan wangi, sama ada pada badannya mahupun pada anggota lainnya, yang biasanya pada orang kebanyakan, agak berbau atau kurang baik. Sehingga dengan giginya yang kelihatan bersinar itu, akan bertambah lagi berseri wajahnya yang mulia itu.

Gigi Imam Mahdi Berjarak

Dari Abdul Rahman bin Auf RA katanya, sabda Rasulullah SAW,"Sunggub Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku,yang (antara sifat utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar,keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan akan mendapatkanbarta benda dengan melimpah-limpah."        ( A b u Nuaim)

Pada Pipi Kanan Imam Mahdi Ada Tahi Lalat Hidup

Kata sahabat RA,

"Pipi al-Mahdi ada tahi lalatnya."

Ini adalah pengulangan lagi bagi hadis-hadis dan asar yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh itu, tetaplah bahawa Imam Mahdi itu orang yang mempunyai tahi lalat hidup, yang besar, terletak pada pipi sebelah kanan. Ini adalah salah satu keistimewaan Imam Mahdi kerana tahi lalat itu bukannya wujud secara semula jadi, tetapi wujud sebelum baginda diangkat sebagai Imam Mahdi.

Oleh itu, semasa hayatnya bergaul, mengajar dan membantu orang ramai, mereka benar-benar tidak tahu bahawa tuan guru mereka itulah dia bakal Imam Mahdi yang akan memerintah seluruh dunia suatu hari kelak.

Janggut Imam Mahdi

Kata sahabat RA,
"Dia (al-Mahdi) berjanggut tebal tetapi tidak begitu lebat."

Imam Mahdi itu mestilah mempunyai janggut, janggutnya diperincikan lagi dengan penyataan bahawa bentuknya tebal, yakni panjang tetapi tidak lebat iaitu tidak rapat-rapat. Maksud panjang itu tidaklah sampai ke pusat seperti yang banyak difahami oleh orang awam, tetapi sekadar tidak- sampai melebihi sejengkal. Yang demikian adalah suatu sunnah daripada baginda Rasulullah SAW, yang diikuti oleh para sahabat RA, kemudian oleh para tabiin dan seterusnya oleh generasi di bawahnya, hinggalah ke hari ini.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by ZORRO_05 at 11-9-2005 09:55 AM
Relax laa.. jgn cepat panik.. & jgn bersikap mendahului takdir!.
Rasanya Zorro dah ulas perkara ni di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=154344&fpage=1

Moderator pun ...


Salam Zorro...

Dalam hal thread yang lama-lama ni, memang ada antaranya yang telah dibuang oleh pihak CARI semasa cleaning process. Tidak semua thread dapat disimpan lama di dalam CARI kerana masalah kapasiti yang terhad. Jadi untuk mana-mana thread yang dirasakan penuh informasi, members boleh cadangkan kepada para moderators untuk digestkan thread tersebut. Hanya thread yang didigestkan sahaja yg akan terselamat semasa proses pembersihan yang dilakukan oleh pihak CARI.

Tetapi, tentunya tidak semua thread boleh kami digestkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:06 AM | Show all posts
Tentang kegemilangan Islam dan Imam Mahdi ini, Rasulullah SAW bersabda :

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya

揔alau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 11:06 PM | Show all posts
Dalam buku Imam Mahadi di Ambang Pintu oleh Muhammad Isa Dawud terbitan Pustaka Syuhada ada dinyatakan bhw Imam Mahadi akan mengalahkan Tentera Sufyani. Dalam ASWJ siapakah tentera Sufyani ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2005 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 15-9-2005 11:06 PM
Dalam buku Imam Mahadi di Ambang Pintu oleh Muhammad Isa Dawud terbitan Pustaka Syuhada ada dinyatakan bhw Imam Mahadi akan mengalahkan Tentera Sufyani. Dalam ASWJ siapakah tentera Sufyani ini?



Ikut Buku Hawari tu, Tentera Sufyani bermaksud beberapa pasukan..Antaranya  adalah Amerika dan sekutunya........tetapi ada juga yg mengatakan tentera Sufyani juga merujuk kpd pasukan Syiah Iran kerana dikatakan mereka memerangi Imam Mahdi ASWJ disebbkan mereka meyakini Al Mahdi fahaman mereka....

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 16-9-2005 12:34 PM



Ikut Buku Hawari tu, Tentera Sufyani bermaksud beberapa pasukan..Antaranya  adalah Amerika dan sekutunya........tetapi ada juga yg mengatakan tentera Sufyani juga merujuk kpd pasukan Syiah  ...


Kelakar la makcik Tatie....main ikut done ajer.

lollollol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 15-9-2005 11:06 PM
Dalam buku Imam Mahadi di Ambang Pintu oleh Muhammad Isa Dawud terbitan Pustaka Syuhada ada dinyatakan bhw Imam Mahadi akan mengalahkan Tentera Sufyani. Dalam ASWJ siapakah tentera Sufyani ini?


setahu saya tiada satupun hadis ttg Sufyani yg thabit di sisi ASWJ. kesemuanya daif dan maudu'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 16-9-2005 12:34 PM



Ikut Buku Hawari tu, Tentera Sufyani bermaksud beberapa pasukan..Antaranya  adalah Amerika dan sekutunya........tetapi ada juga yg mengatakan tentera Sufyani juga merujuk kpd pasukan Syiah  ...


ooo rupa2nya tatie ambik maklumat ni dari buku Hawari Abd. Malik yg tatie cadangkan saya baca tu ... Hawari ni org rufaqa' ke?

Hadis ttg Sufyani tu dia ambik dari mana? dari kitab al-Fitan oleh Na'im bin Hammad ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050943 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list