CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
Post time 27-2-2007 04:18 PM | Show all posts
Tuan-tuan,

Saya tengok kat thread ni penuh dgn alamat2 dan prophecies dari berbagai latar ilmu. Takpa teruskan, cuma saya takut jangan jadi macam Ahli Kitab tunggu Nabi Akhir Zaman, mereka itu alim dan arif tentang tanda-tanda yg ada bagi seorang Nabi Akhir Zaman (Muhamad s.a.w), tapi bila akhirnya orang tersebut muncul, mereka menolak dan tidak mahu mengikutinya.

Sebabnya cuma satu, sebab bukan dari kelompok mereka sendiri (Bani Israel) sebaliknya dari kelompok lain (Bani Hasyim), lebih kurang perangai Azazil (mantan Ketua para malaikat, jawatan sekarang Penyesat No 1-Iblis) bila dia tidak mahu tunduk dan sujud pada perintah ALLAH berkenaan sujud pada ADAM (seorang yang dari tanah). Membandingkan pulak dgn kejadiannya dari api (perasan lebih mulia/bagus/elok dari yg lain).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 07:46 PM | Show all posts

Kongsi pengalaman chat dengan Imam Mahdi

Kat sini nak kongsi cerita dan minta pendapat korang tentang chat nie. Sebenarnya chat nie dah lama sejak 2003 lagi tapi aku saje simpan sebab nak jadikan bukti. Ikutilah chat aku dengan seorang yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

Mula-mula aku ingatkan dia main-main tapi rupenye die serius claim dirinya Imam Mahdi. Saksikan dan nilailah sendiri.

Ia bermula pada hari Rabu 19 November 2003. Ketika ini saya sedang buat kajian pasal Islam untuk assignment pastuh tertarik dengan Topik Imam Mahdi. And then saya terjumpa satu komen yang menarik perhatian saya dan saya pun copy e-mail penulis tuh dan antar e-mail berkenaan prediction die yang Maha detail. Saya nak tau dari mana sumber-sumber penulisan dia.

Chat bermula:

RK: Agak tertarik dengan teori saudara tapi boleh saya tahu dari mane sumbernya?

IM: Assalamualaikum. sebenarnya sumber tulisan saya adalah wahyu dan saya adalah imam Mahdi yang sebenar. saya akan keluar merasmikan diri pada tahun 2011 akan datang. Buat masa ini saya hanya menyampaikan berita gembira dan menakutkan sahaja dan tidak berbuat apa-apa. Saya akan menjadi raja yang tidak berpakaian pada tahun
tersebut. SAya akan memastikan apa yang tertulis akan menjadi kenyataan walaupun ia sangat kejam demi menjayakan kerajaan seribu tahun imam Mahdi.

alamat e-mel baru saya adalah e.........@yahoo.com  (Demi menjaga privasi beliau)

wassalam

RK: Asalamualaikum, Segala apa yang saudara beritahu penuh dgn kesengsaraan dan kemusnaha...kenape? bukankah tugas Al-Mahdi untuk menbawa kebahagiaan dan keadilan keserata alam tanpa mengira bangsa keturunan dan agama...bagaimana pula dengan turunnya Nabi Isa a.s...adakah saudara ada apa-apa cerita tentang Nabi Isa a.s? Adakah mahdi dan isa a.s orang yang sama? Dan akhir sekali, kenapa mesti orang melayu?

IM: Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya.

Saudara perlu menghayati gelaran "ketua mujadid dunia' bagi imam Mahdi. Setiap gelaran yang saya tulis mempunyai makna dan fungsi yang tertentu. Mujadid bermaksud pembaharu. Imam Mahdi akan membaharui segala-galanya, zahir dan batin, dari sekecil-kecil perkara dan sebesar-besar perkara, dari rumah tangga hingga kepada dunia keseluruhannya.Memang benar pada mulanya kesengsaraan akan muncul tetapi akhirnya kebahagiaan akan mengikuti pula. Kesengsaraan kepada yang hidup adalah hukuman tuhan kepada dosa umat hari ini yang banyak melakukan maksiat. Mereka apabila dibunuh oleh imam mahdi akan terus masuk syurga tanpa hisab dan bebas dari kesengsaraan di mahsyar kerana terlindung di alam malaikat dari beratnya padang mahsyar yang tidak terhingga. Boleh dikatakan padang mahsyar adalah lebih berat dari neraka.

Pada masa mengubahnya, dunia akan menjadi kering termasuk lautan, panasnya tidak terhingga, manusia kehausan dan kelaparan,tidakkah ini menyerupai padang mahsyar akhirat kelak, inilah yang kami panggil mahsyar kecil atau mahsyar dunia, hukuman bagi umat yang berjaya hidup ketika itu kerana selepas ini mereka akan tidak terkena beratnya padang mahsyar akhirat. Tidakkah itu adil bagi dosa-dosa mereka. Bagi yang mati sama ada terkena penyakit, dibunuh, dipijak  atau ditelan hidup-hidup oleh Al-mahdi mereka akan terus masuk syurga, dan hanya menderita ketika saatnya mati, tidakkah itu rahmat bagi mereka. Pernahkan saudara membaca ramalan Nostradamus (nabi orang perancis) yang mengatakan ' nanti ramai manusia akan ghaib dari muka bumi', orang putih hanya mentafsirkan bahawa orang hilang ini hanya berpuluh juta dan diculik oleh UFO, tetapi mereka tersilap, orang yang ghaib ini adalah akibat dipijak oleh Al mahdi dan ia adalah seramai lebih kurang 7 billion. Apabila dipijak tubuh mereka akan penyek dan para malaikat akan segera mengangkat badan mereka dari dunia, maka ghaiblah jasad merekadan yang tinggal hanyalah darah mereka, inilah yang dikatakan oleh nostradamus sebagai ghaib tetapi orang putih tidak tahu dan membuatkan tafsiran lain.

Hanya orang melayu(orang melayu adalah majoriti dan sangat ramai dan orang yahudi hanya sedikit) sahaja yang dipilih untuk meneruskan hidup di dunia selama 2000 tahun kerana orang melayu adalah bangsa yang terbaik dan mudah mengikuti. Mahukan bangsa lain menurut perintah saya bangsa yang dianggap lemah oleh bangsa lain didunia?. Sbab itulah hanya orang melayu dipilih kerana untuk memudahkan pemerintahan. Tambahan pula untuk megelakkan peperangan antara bangsa dan penindasan kaum berlaku di dunia, tidakkah saya akan menjadikan dunia tempat yang makmur untuk hidup?.Kerajaan seribu tahun memang sangat makmur, emuanya menjadi mudah dengan bantuan keramat, semua manusia akan mendapat keramat, semuanya akan dibiayai oleh harta qarun dan perbendaharaan jin, malaikat yang bekerja dan manusia tidak perlu bekerja lagi.

Isa adalah orang yahudi, bertubuh tinggi dan sedikit gelap kerana batinnnya telah menyerapi kekufuran dan kekotoran batin umatnya 2000 tahun dahulu sebelum dia diangkat ke langit. Dia duduk dilangit selama 2 hari (2000 tahun dunia), dan baginya ia adalah masa yang sekejap. Isa hanya mahu bertemu dengan saya pada hari perkahwinan saya  kerana pada hari itu baharulah saya rasmi menjadi imam Mahdi, lagipun sekarang saya tiada kuasa keramat untuk mencarinya.
Isa telah pun turun di eropah pada tahun 1996. Puak yang bertelagah di ireland iaitu puak protestan (mengatakan isa masih hidup) dan puak katolik (yang mengatakan isa telah mati) telah pun bertemu dengan isa, tetapi apbila bertemu dengan isa kedua-dua puak mengatakan itu bukan Isa. Isa juga mengalami nasib yang sama seperti saya kerana tidak di percayai. Pengikut saya (majlis para wali) juga telah bertemu dengan Isa dan Isa menyuruh mereka mengikuti saya. Nanti apabila saya kalah berperang dengan dajjal seribu tahun lagi, Saya akan mencari isa untuk membantu membunuh dajjal. Sebelum dia menolong saya, dia akan menyuruh saya menjadi imam subuh, malangnya saya pada ketika itu saya telah seribu tahun tidak bersembahyang lupa cara-cara untuk sembahyang, isa akan mengajar saya untuk sembahyang sambil mempermainkan saya sedikit.  Kali kedua saya meminta pertolongan isa ialah ketika hendak membunuh yajuj majuj yang bilangannya sangat ramai(lebih ramai dari umat manusia ketika itu), isa akan mendenda (mempermainkan) saya sebelum memberi pertolongan. Sebelum meminta pertolongan isa, saya telah mencuba membunuh yajuj majuj dengan kuasa keramat, tetapi tidak terdaya dan kehabisan tenaga. Isa akan berdoa (pada zaman ini hanya doa isa saja yang makbul, doa saya termasuk semua umat manusia tidak lagi makbul) dan tuhan akan menurunkan malaikat dalam bentuk ular berbisa untuk membunuh yajuj majuj dalam satu malam dan dunia akan menjadi busuk dengan bangkai yajuj majuj yang terlalu banyak. Kemudian malaikat yang bekerja akan membersihkannyadan dunia akan pulih seperti biasa. yajuj majuj(big foot) adalah binatang yang memakan manusia pada ketika itu, banyak umat pada ketika itu telah dimakan oleh mereka sebelum isa memberi pertolongan.

Bolehkah saudara memberitahu sedikit sebanyak tentang latar belakang saudara seperti umur dan tempat tinggal dan dari mana saudara mula-mula mendapat tahu tentang tulisan saya sama ada dari laman web atau e-mel atau sumber-sumber lain.

BERSAMBUNG.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 07:53 PM | Show all posts

Sambungan Chat Dengan Imam Mahdi

RK: Waalaikumsalam, Saya pun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada saudara.

Terlebih dahulu, apa yang saya boleh ceritakan tentang diri saya adalah nama saya [Nama sebenar saya dirahsiakan atas sebab privasi]. Tentang hal lain saya tak boleh beritahu kerana saya ada polisi yang ketat berkenaan penggunaan internet
dan saya jarang berkongsi hal-hal peribadi kepada orang yang saya baru kenali, saya harap saudara hafeez tidak berkecil hati. Insyaallah,kalau saya lebih mengenali sauadara mungkin pada masa itu saya boleh beritahu latar belakang saya secara terperinci.

Bolehkah sauadara beritahu detik-detik permulaan saudara menerima 'wahyu' yang saudara maksudkan itu?

Ada para ulama mengatakan isu tentang Al-Mahdi tidak mempunyai asas yang kukuh dan hadis-hadis yang menyebut tentangnya terkandung dalam hadis-hadis lemah (Dhaif). Mazhab yang banyak menyebut tentang Al-Mahdi pula hanyalah terdiri dari orang Islam bermazhab Syiah dan mereka memang mempercayai penuh segala ramalan tentang Al-Mahdi. Bagaimana pendirian saudara dalam hal ini?

Kenapa sauadara menyebut tentang Nostradamus? Apa kaitan Nostradamus dalam hal ini? Saya ada mendengar khabar angin yang mengatakan Nostradamus sebenarnya orang Islam dan semua ramalannya adalah berdasarkan
Al-Quran benarkah begitu?

Tentang pekara saudara menjelma menjadi gergasi, adakah ia akan berlaku pada 2011? Kenapa setelah saudara berkahwin dengan Fazilah baru sauadara layak menjelma?

Ini sahaja buat masa ini, Asalamualaikum.

IM: Assalamualaikum  
Mengenai wahyu tersebut, ia telah datang dalam  2 cara. Pertama kali ia datang dalam suara halus(yang kini saya kenali sabagai suara malaikat) yang mengatakan saya adalah ketua mujadid dunia. Pada mulanya saya tidak faham apakah itu ketua mujadid dunia dan saya tidak mengendahkannya. suara ini berulang-ulang dan agak menganggu. Ini berlaku semasa saya sedang menuntut di Universiti Malaya KL. Kemudian seorang perempuan bernama Fazilah turut mendekati saya kerana dalam mimpinya yang hampir setiap malam(yang turut menganggu) datang roh ketua mujadid dunia yang mengatakan bahawa saya adalah ketua mujadid dunia dan dalam mimpi tersebut ia menyuruh meminta dari saya 'badan syurga' yang kini kami kenali sebagai bidadara syurga. Tetapi dia tidak mengatakan secara terus terang tetapi hanya dengan batinnya(perempuan suka mendekati lelaki secara batin sahaja) sahaja. Tambahan pula saya pada ketika itu juga tidak tahu tentang permintaan tersebut dan menyangka dia mendekati saya kerana meminati saya. Saya yang ingin menumpukan kepada pelajaran tidak mengendahkan dia.Perkara ini berlajutan sehingga setahun hingga saya keluar dari universiti.

Apabila pulang ke kampung setelah habis belajar, pada satu pagi saya terdengar suara di langit mengatakan bahawa saya akan mati  dan menyuruh saya membuat permintaan, lalu saya meminta untuk masuk syurga dan meminta 70 bidadari syurga kerana pada ketika itu , itu sahaja yang terlintas di fikiran saya.Lepas itu saya  berbaring dan tidak sedarkan diri. Saya hanya sedar apabila terasa ada sesuatu yang memasuki tubuh saya. Semasa mati saya tidak pula ke mana-mana.

Kemudian pada hari jumaat pula, saya seperti biasa pergi sembahyang jumaat, pada waktu sembahyang penduduk kampung saya terdengar suara batin dari saya(yang saya sendiri tidak dengar) yang mengajar mereka perkara-perkara pelik dan yang mereka tidak ketahui sebelum ini serta meramalkan kematian beberapa penduduk. Pada hari berikutnya beberapa orang yang diramalkan telah mati dan saya telah dipersalahkan. Walaupun mereka tidak berdepan dengan saya untuk mempersalahkan saya tetapi mereka telah memarahi saya dari jauh dengan kasyaf yang mereka dapati dari saya tanpa saya sedari semasa di masjid. Pada mulanya hanya beberapa orang masjid yang mendapat keramat oleh suara tersebut(yang kini mereka kenali sebagai suara tuhan) tetapi ia bertambah sedikit demi sedikit, mereka juga mendapat keramat-keramat lain.

Mereka hanya berhubung sesama mereka dan orang kampung yang lain tidak mengetahui perkara(ajaran dan keramat) ini. Mulai dari kematian penduduk tersebut hingga kini saya telah dipulaukan dan mereka menganggap saya sebagai pembunuh. Saya juga tidak lagi dibenarkan sembahyang jumaat kerana mereka menganggap suara tuhan tersebut menganggu mereka bersembahyang. Walaupun demikian mereka telah mendapat kasyaf wali lalu mereka sentiasa dapat melihat saya walaupun di mana saya berada atau apa yang saya lakukan termasuk ketika mandi atau tidur. Mereka berterusan menerima ajaran dari suara tersebutsiang dan malam  dan mengajar saya pula sedikit demi sedikit. Tetapi tidak semua perkara yang mereka pelajari diajar kepada saya kerana mereka berpendapat saya hanya perlu mengetahui perkara yang perlu sahaja. Merekalah yang mula-mula memanaggil saya imam Mahdi yang saya sendiri tidak ketahui. Pengikut saya yang mula-mula ramai yang telah mengalami kematian dengan berbunuh-bunuh sesama sendiri kerana berselisih pendapat tentang saya, ada yang  mengatakan saya wali dan yanglain megatakan saya iblis, setelah bertetakan dengan parang, yang mati telah ghaib dan diangkat ke syurga dan menemui roh ketua mujadid dunia di sana dan menyuruh mereka mengikuti saya. Sejak itu barulah mereka memandang serius tentang saya dan mula menerima ajaran yang  mereka dengar dari saya. Semua ajaran tersebut saya sendiri tidak ketahui dan mereka mengajar saya kembali.

Pada suatu pagi yang lain saya terasa seperti hendak keluar dari pintu rumah dan apabila keluar,saya ternampak suatu lembaga manusia terbang membawa pedang dan hinggap di belakang saya dan cuba memenggal kepala saya, dia megatakan 'saudaraku ajal kau dah sampai dalam bahasa melayu dan mengangkat pedang' tetapi pada ketika itu terdengar suara yang lain yang mengatakan 'nanti dulu dia masih bersemangat lagi' dan pada ketika itu saya terasa ada cahaya yang muncul dalam badan saya dan lelaki tersebut pun terbang menghilangkan diri. Lelaki tersebut kini kami kenali sebagai dajal iaitu raja orang yahudi.  Jika saya mati pada ketika itu maka kiamatlah dunia dan semuanya akan masuk neraka. Dengan kuasa keramat dajal boleh bertutur dalam bahasa melayu, bagi kami yang sudah biasa dengan keramat perkara ini tidaklah menghairankan. Saya telah berjaya memanjangkan umur dunia 2000 tahun
lagi dengan terus hidup. Dengan itu dunia adalah milik saya dan saya bebas melakukan apa saja di dunia.

Mengenai syiah atau sunnah wal jammah. Sebenarnya syiah adalah islam keluarga nabi iaitu ahlul bait dan sunnah pula adalah islam para sahabat. Apabila nabi menyampaikan ajaran, ajaran yang diterima oleh seseorang akan bersangkut paut dengan peribadinya dan agama yang terhasil akan berlainan antara seseorang mengikut kemampuan dan darjatnya disisi tuhan. jadi islam hari ini adalah bercirikan penerimanya dan akan menjadi berbeza-beza. Sebab itulah terdapat banyak puak dalam islam dan ini menjadikan agama islam itu berbeza-beza antara puak. Syiah adalah lebih lengkap kerana mereka berpunca dari keluarga nabi dan mereka lebih banyak menerima ajaran dari nabi kerana mereka sentiasa berdekatan. Para sahabat pula mungkin menolak atau merahsiakan sebahagian dari ajaran nabi ,sebab itu mereka berlainan dari syiah.

Mengenai Nostradamus, dia juga adalah nabi, jadi ajarannya benar. Semua nabi sejak adam membawa islam batin seperti saya tetapi zahirnya berlainan. ramai yang tidak membawa ajaran zahir. islam batin adalah cahaya kewalian.

Mengenai gergasi pula akan muncul lebih kurang pada tahun 2021,iaitu setelah sepuluh tahun berkahwin kerana saya juga ingin menikmati perkahwinan, untuk pengetahuan saudara isteri saya bukan seorang tapi beribu-ribu orang dengan pelbagai peringkat orang.Apabila berkahwin barulah saya mendapat  segala keramat dari isteri saya yang merupakan lambang kebesaran saya.

[BERSAMBUNG]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 07:54 PM | Show all posts

Sambungan Chat Dengan Imam Mahdi

RK: Waalaikumsalam, Cerita yang saudara Hafeez ceritakan ini macam terlalu luarbiasa. Betul kita umat Islam wajib mempercayai pekara ghaib kerana ia terkandung dalam Rukun Iman tapi entahlah agak sukar bagi saya menerimanya. Mungkin saudara akan mengatakan saya belum bersedia atau apa-apa sahaja. Satu hal lagi yang saya ingin tanya, mengapa saudara yang terpilih? Adakah sauadara ada apa-apa petanda mengapa saudara terpilih?


Tentang hal Syiah dan Sunnah, bukankah Syiah menolak hadis dan tidak merujuknya sama sekali manakala Ahli Sunnah pula berpandukan kepada Al-quran dan As-Sunnah dimana selagi kita berpegang kepada kedua-duanya Insyaallah kita takkan sesat sampai bila-bila. Pergolakan Syiah dan Sunnah berlaku kerana pembunuhan Saidina Uthman r.a dan pada saya secara peribadi, Syiah adalah sejenis pemberontakan secara politik kerana bimbang kekalifahan Islam jatuh ke tangan Bani Umaiyah. Syiah pada saya adalah menifestasi penduduk Kufah yang majoritinya penyokong Saidina Ali Karamalahu Wajhah berkenaan rasa tidak puas hati tentang hal pemungutan Jizyah tanah sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a. Semua yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman r.a adalah mereka yang baru sahaja memeluk Islam lantas mereka tidak tahu sumbangan, jasa dan pengorbanan Saidina Uthman r.a dan para sahabat secara peribadi.


Pada saya Syiah hanyalah luahan rasa tidak puas hati dari segi politik itu sahaja. Saudara hafees ada 1000 isteri? Dalam hal ini saya agak kabur sedikit dan perlukan penerangan. Bukankah had bagi seseorang untuk berkahwin hanyalah 4 sekaligus? harap saudara boleh menjelaskan hal ini secara terperinci. Terima kasih.


IM: Assalamualaikum.  
Cerita tersebut memang sukar dipercayai oleh sesiapa saja termasuk ibu bapa saya sendiri kecuali bagi orang yang melihat dengan mata kepala sendiri atau yang mengalaminya. Bukankah sejarah telah membuktikan. Ketika nabi Muhammad menceritakan tentang israk mikrajnya kepada kaumnya nabi Muhammad telah dianggap berdusta dan gila. Nasib yang sama telah menimpa saya dan barulah saya sedar akan susahnya nabi Muhammad ketika itu. Sudah saya katakan hanya orang yang telah menerima keramat kasyaf saja yang mempercayai dan mengikuti saya. Dan mereka inilah yang akan menolong saya apabila saya keluar menjadi raja yang tidak berpakaian sebelum boleh berkahwin. Tentu orang yang tidak memakai baju akan dianggap sebagai gila. Pada ketika itu orang yang tidak tahu akan cuba menangkap saya. Tetapi mereka akan gagal kerana saya sentiasa dilindungi malaikat. Permulaan saya adalah sukar dan ibu bapa saya sendiri menganggap saya telah gila.

Tentang yang dipilih adalah mudah saja, apabila dipilih tuhan maka jadilah ia. Tidak perlu berusaha untuk menjadi nabi atau imam Mahdi kerana sudah ditentukan, yang perlu dilakukan hanyalah menyampaikan dan melaksanakan apa yang perlu dilakukan, itu saja.

Tentang petanda pula; Orang yang pandai batin dan meneliti saya akan mendapati saya berlainan dari orang lain dari segi batin walaupun zahirnya sama saja dengan orang lain. Bagi yang kasyaf pula akan mendapati di dahi saya ada tertulis perkataan Allah dalam tulisan arab yang ditulis dengan cahaya ketuhanan.Badan saya juga dipenuhi oleh cahaya ketuhanan, cahaya ini ditakuti oleh iblis. Bagi yang belum menjadi wali akan mendapati wajah saya bercahaya apabila bertemu dengan saya buat pertama kali dan dia akan segera menjadi wali sama ada berkeramat atau tidak.

Tentang syiah atau sunnah tidak banyak yang saya ketahui kerana ia adalah sejarah. Bagi saya syiah atau sunnah tidak penting kerana semua umat islam menyembah Allah.Mereka berpegang kepada ajaran dari Muhammad walaupun mungkin agak berbeza kerana sebab-sebab politik dan peribadi serta penerimaan yang berbeza yang juga telah menjadi sejarah. Setelah nabi wafat keadaan menjadi kucar-kacir kerana masing-masing mahu berkuasa, itulah punca umat ketika itu berpecah belah.

Lagipun untuk pengetahuan saudara nabi Muhammad bukanlah orang yang disukai malahan dibenci oleh para sahabat walaupun mereka menghormatinya. Tentulah nabi hanya disayangi oleh keluarganya sahaja.Untuk pengetahuan saudara orang mekah ketika itu bersifat keras dan sukar menerima nabi sehinggalah dia wafat.

Untuk pengetahuan saudara walaupun umat islam zaman ini berpegang kepada Al-quran dan hadis tetapi mereka sebenarnya telah kembali jahiliah. Ini akan saudara fahami jika saudara mendapat kasyaf.

Mengenai isteri pula, isteri adalah lambang kebesaran saya. Dengan bantuan keramat saya akan dapat memuaskan isteri-isteri saya walau berapa ramai mereka pun walupun tidak sepenuhnya.Mereka akan berasa separuh puas hati apabila menjadi isteri orang yang bergelar imam Mahdi dan  antara sebab mengapa saya tidak berpakaian, kerana dengan demikian saya juga dapat memuaskan batin isteri-isteri saya kerana orang perempuan akan berasa sedikit puas apabila melihat lelaki yang tidak berpakaian. Saya dan isteri-isteri saya akan tinggal di istana buatan jin di dalam awan kutub utara. Istana itu sangat luas dan boleh menampung beribu-ribu orang. Istana itu dibina oleh salah seorang pengikut saya dengan bantuan 12 juta jin islam dan kafir. Satu hari di istana tersebut bersamaan 1 tahun dunia. Oleh itu saya hanya menikmati perkahwinan selama sepuluh hari sebelum menjadi gergasi. Isteri yang ramai itu saya perolehi dengan merampas isteri dan anak pengikut-pengikut saya. Ini adalah satu sebab kenapa pengikut saya memulaukan dan memusuhi saya. Kutub utara memang jauh tetapi dengan keramat melipat bumi jaraknya hanyalah satu langkah sahaja.

Saya boleh beristeri ramai kerana agama yang saya bawa adalah islam yang baru dan tidak tertakluk kepada undang-undang islam yang lama. Para pengikut saya yang bergelar para mujadid dunia pula hanya akan beristeri 9 orang sekaligus saja.


[BERSAMBUNG]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 07:58 PM | Show all posts

Sambungan Chat Dengan Imam Mahdi

IM: Assalamualaikum. Memang benar kata saudara bahawa perkara ghaib sukar dibuktikan, cuma orang yang melihatnya akan percaya. Saya tidak memaksa saudara untuk percaya dengan segera, tetapi bolehkah saya bertanya, apakah perkara yang boleh membuat saudara percaya bahawa saya adalah imam Mahdi yang ditunggu-tunggu?
Memang benar kata saudara imam Mahdi tidak membawa ajaran baru tetapi saya memperbaharui agama islam yang sedia ada dengan mengubah batin agama, memansuhkan dan menambah beberapa perkara dalam agama islam, tidakkah agama islam akan menjadi agama yang baru dengan berbuat demikian?. Untuk pengetahuan saudara agama islam hanya akan tinggal sembahyang lima waktu sahaja. Puasa  dan zakat  dimansuhkan kerana tiada lagi orang miskin di masa hadapan kerana semua keperluan adalah percuma. Haji juga di mansuhkan kerana saya akan meruntuhkan kaabah, tidakkah dengan itu agama islam menjadi agama baru?. Sembahyang  pula hanya untuk mereka yang akan duduk bersamanya bagi yang akan masuk syurga pula tidak perlu bersembahyang lagi termasuk saya sendiri. Saya adalah ketua syurga(pemerintah syurga).

Tentang beristeri ramai pula, sebenarnya tiada apa-apa hukum yang boleh menghalang saya mempunyai ramai isteri. Seperti yang saya katakan isteri adalah lambang kebesaran saya dan saya boleh mempunyai isteri yang ramai kerana kemuliaan saya.

Memang benar lelaki akan terasa tercabar apabila isterinya mengikut orang lain. Saya mengambil isteri-isteri mereka kerana saya mahu memberi keluarga baru kepada mereka selepas kiamat kecil. Saya akan memberi mereka isteri baru seramai 9 orang kepada setiap orang. Bukankah saya ketua mujadid. Bukan itu saja malahan saya akan memberi rumah baru kepada mereka dengan membina kota parawali yang akan menjadi pusat pengubahan dan pengembangan agama. Lagipun isteri mereka yang saya ambil semuanya telah rosak batin mereka dan tidak boleh diperbaiki dan tambahan pula tidak membenarkan suami mereka berkahwin lain. Untuk pengetahuan saudara tuhan telah meletakkan saya ditempat yang orang-orangya kebanyakannya telah rosak batin mereka dan sukar menerima saya apatah lagi apabila saya merampas isteri dan anak mereka.

RK: Waalaikumsalam, Tentang hal-hal ajaib memang agak sukar untuk dibuktikan dan diterima, itu tak dinafikan kerana manusia tidk boleh menerima sesuatu secara taklid (membuta tuli) dan perlu bersoal jawab.

Tentang hal isteri pula, saudara mengatakan ajaran yang saudara bawa adalah agama Islam baru. Setahu saya Imam Mahdi tidak membawa apa-apa ajaran atau agama baru melainkan memartabatkan Islam yang sedia ada yang dibawa oleh Rasulluah S.A.W itu sahaja. Apa dalil-dalil yang menyokong saudara beristeri ramai malah bole merampas isteri-isteri pengikut saudara sendiri? Dari segi moral sendiripun ia sudah bercanggah dengan fitrah semulajadi lelaki iaitu isteri dirampas oleh orang lain. Kalau isteri saudara sendiri dirampas apa perasaan saudara? Saya rasa saudara tak boleh marah kalau pengikut-pengikut saudara lari dari saudara dan tidak mengiktiraf ajaran saudara kerana saudara telah merampas hak mereka. Maaf kalau bahasa yang diguna agak kasar tapi saya rasa ada sesuatu yang perlukan penjelasan disini. Saya dapat rasakan perasaan pengikut saudara bila isteri mereka lari mengikut orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 08:02 PM | Show all posts

Sambungan Chat Dengan Imam Mahdi

Nota: Bila aku tanye soalan yang sebelum nie...dia macam tak reply e-mail aku dalam masa yang lama..sehingga dekat seminggu. Aku bole rasa yang die dah malas nak layan aku...so, aku bagi e-mail nie sebagai penutup.

RK: Waalaikumsalam, Saudara Hafeez bolehkah kalau kita tangguhkan perbincangan kita kerana saya kini sedang dalam pengajian dan semester ini merupakan semester paling pendek dan saya harus menumpukan sepenuh perhatian. Insyaallah saya akan menyambung perbincangan ini setelah tamat semester ini iaitu kira-kira dalam bulan Mac 2004.

IM: Assalamualaikum. Tidak mengapa dan saya ucapkan selamat berjaya. Wassalam

Interaksi kami berakhir pada 3 Disember 2003 mengikut e-mail aku.

So, pendapat korang camner?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2007 08:41 PM | Show all posts

Reply #309 rurouni_khairul's post

Rasa macam nak gelak je....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 27-2-2007 08:02 PM
Nota: Bila aku tanye soalan yang sebelum nie...dia macam tak reply e-mail aku dalam masa yang lama..sehingga dekat seminggu. Aku bole rasa yang die dah malas nak layan aku...so, aku bagi e-mail n ...


Kalau aku ler dari awal2 lagik aku dah stop bertanya, sebb nampak sgt kedaifan jawapannya si Imam mahdi tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 27-2-2007 10:52 PM


Kalau aku ler dari awal2 lagik aku dah stop bertanya, sebb nampak sgt kedaifan jawapannya si Imam mahdi tuh....


Tuh sebab la aku berenti bertanya..takut sesat jadinya...aku tak tau laa ape jadik kat die lepas 4 tahun aku tak contact die...Aku ingat nak try contact die balik 2011 nanti sebab mase tuh la die akan menjelma jadik Imam Mahdi...hehehe kelakar jugak bile aku ingat2 balik zaman aku layan die dulu...

Originally posted by prototaip at 27-2-2007 08:41 PM
Rasa macam nak gelak je....


Aku dah berguling-guling mase aku chat dgn die tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:29 AM | Show all posts
Mengenai isteri pula, isteri adalah lambang kebesaran saya. Dengan bantuan keramat saya akan dapat memuaskan isteri-isteri saya walau berapa ramai mereka pun walupun tidak sepenuhnya.Mereka akan berasa separuh puas hati apabila menjadi isteri orang yang bergelar imam Mahdi dan  antara sebab mengapa saya tidak berpakaian, kerana dengan demikian saya juga dapat memuaskan batin isteri-isteri saya kerana orang perempuan akan berasa sedikit puas apabila melihat lelaki yang tidak berpakaian.  -    kui kui kui :lol raja Porno nih!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 02:50 PM | Show all posts
Thread ni lag ke? Jap saya try
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 28-2-2007 03:25 PM | Show all posts

Reply #312 rurouni_khairul's post

hehehe... memang boleh pecah perut kalau baca dan faham apa yg dia nak perbaharui dan tujuan dia datang dan jadi imam mahdi... banyak nya macam nak memuaskan nafsu sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 10:49 PM | Show all posts

Reply #315 syamiun's post

Tuh laa...bak kata sedondon..nak jadi Raja Porno agaknya...ape citer la die dengan si Fazilah tuh...dah kawin kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:14 AM | Show all posts
Kesianlah kat dia tu.......sakit otak kot?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 11:39 AM | Show all posts
Keh...keh...keh...

Ada jugak yg lebih ekstrem dari Abuya.
Dunia..dunia... Jika mereka mencarimu nescaya manusia itu amatlah tertipu, kerana dunia itu adalah kesenangan yang menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 1-3-2007 10:14 AM
Kesianlah kat dia tu.......sakit otak kot?


Aku ingat nak berbalas e-mail lagi la dengan die..nak tau ape citer skrg..student UM tuh..ade future!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 05:16 PM | Show all posts
kesian betul..muda2 lagik dah mental... .huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 05:54 PM | Show all posts
aku nak kasi pendapat sikit pasal imam mahdi...kalau ikut agama yahudi ngan agama kristian pon benda nie wujud..sejak zaman berzaman org mengaku dia imam mahdi...apa kata kalau ada org yg mengaku imam mahdi..kita buat sembahyang istikharah...tunjukkan kita betul ker, tak ker?...apa susah...jd pada sapa yang nak cuba tipu2 jd imam mahdi yg olok2 susahler kan..aku pecaya imam mahdi akan muncul selari dgn janji ALLAH s.w.t...cuma aku tak nak taksub..kadang2 kalau kita terlalu taksub..itu yg menyebabkan kita kena tipu hidup-hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 06:57 PM | Show all posts

Reply #321 remizati's post

Yup, aku sokong cadangan nie..itulah option terbaik kita selaku hamba yang lemah. Kadang2 bile aku baca balik Siri Bercakap Dengan Imam Mahdi tuh seram gak aku kalau2 aku terpengaruh dengan dakyah die. Bila aku tgk metode die agak pelik ajer aku mula jauhkan diri aku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 10:27 AM | Show all posts
Meninjau kewujudan Imam Mahadi



Oleh Nasron Sira Rahim
Petikan Berita Harian 2 April 2007

AMAT menyedihkan apabila ramai pembawa ajaran sesat berani mengakui kononnya merekalah 慖mam Mahadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067212 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list