CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
Post time 30-8-2005 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 30-8-2005 12:46 PM
Menarik sekali artikel yg Akasyah cp. Pertama kali saya membacanya. Boleh saya tahu ambil dari mana sbb mungkin di sana ada persoalan2 yg boleh dibangkitkan kpd beliau. Kalau tanya kat sini tak aka ...


tatiepun nak suggest kat ustaz zul...supaya cari buku tulisan HAWARI ABD MALIK pasal Imam Mahdi..kat situ dipaparkan semua rujukan yg digunakan untuk membincangkan soal Imam Mahdi secara detail dan berilmiah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
Post time 30-8-2005 12:58 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nahzaluz at 30-8-2005 12:46 PM
Menarik sekali artikel yg Akasyah cp. Pertama kali saya membacanya. Boleh saya tahu ambil dari mana sbb mung
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 30-8-2005 02:02 PM | Show all posts
Terima kasih pada Akasyah akan info tersebut. Cuma bab-bab hadis yang dijadikan hujah itu mungkin tidak disenangi oleh aliran yang suka tunggu dan lihat. Kedatangan Imam Mahdi tidak dinyatakan secara jelas didalam Alquran. Namun, kebangkitan umat Islam akhir zaman ada HINTnya dalam Alquran. Adakah kebangkitan itu tanpa ketua/imam? Atas sebab itulah, isu Imam Mahdi amat menarik dianalisa dengan melihat pandangan daripada pelbagai mazhab dan aliran.
Reply

Use magic Report

ghetto_souljah This user has been deleted
 Author| Post time 30-8-2005 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 29-8-2005 06:30 PM
Saya percaya  ramai pendokong ASWJ mengambil sikap tunggu dan lihat. Namun sikap seperti itu menyebabkan wujudnya pengikut ASWJ membentuk kerajaan langit sendiri, jemaah Mahdi sendiri dan lain-lain aliran yang berketuakan Imam Mahdi palsu....


Assalamualaikum Warahmatullah...

ianya terjadi dikalangan pengikut ahli sunnah yang cuma mengikut secara membabi buta dan malas dlm mencari ilmu..orang cakap ini betul, maka ini betul...orang cakap ini salah, maka salah...bukannya nak selidik dan perbetulkan...
golongan seperti inilah yg mendatangkan masalah kepada orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 07:00 PM | Show all posts
sesat dan murtad..dua perkataan yg tidak akan difahami oleh anti hadis.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 29-8-2005 10:25 AM


Dari dulu (zaman arqam) hingga sekarang pengikut2 rufaqa sendiri tdk pernah sama sekali dikhabarkan oleh abuya dan tidak pernah percaya bahwa IM bertapa di alas kotongo, hatta ex2 arqam yg tlh kuar jemaah sekalipun tidak pernah mengganggap IM bertapa di alas kotongo. Saya sendiri pertama kali mendgr perkataan alas kotongo pun dari sdr.

Jadi mana sdr dapat fakta spt fitnah ini?


Ini bukan fitnah tapi adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai ex2 arqam yang telahpun insaf dan bertaubat malah kenyataan ini juga pernah di nyatakan oleh bekas-bekas orang kanan Asaari sendiri. Sila rujuk pengakuan-pengakuan bekas Arqam dalam buku-buku dan fail Pusat Islam.
Kalau sekiranya salah kenyataan ini sila sebutkan dari mana Imam Mahdi Nusantara Arqam ini akan zahir? Dari Sg. Pencala ker dimana Pemuda Bani Tamim akan menyerahkan panji-panji hitamnya.
PBT tidak pernah menyamar sebagai Abuya kerana semmgnya Abuya merupakan keturunan Bani Tamim. Soal hendak percaya atau tidak itu hak masing2. Jadi kenapa mesti berpusing2 menfitnah tak sudah2 spt ini.  


Bilakah Asaari ini mengistiharkan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim? Seperti yang terdapat dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang lain, pengistiharan yang dilakukan oleh tok-tok guru mereka ialah apabila telah brainwashed pengikut-pengikutnya dan setelah yakin bahawa mereka akan patuh sepenuhnya....maka waktu itu kalau nak istihar Imam Mahdi pun nescaya mereka akan turut mengangguk. Dalam kes ini Asaari telah berjaya dalam satu peristiharannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2005 01:12 AM | Show all posts
OK lah...itu semasa Arqam tapi sekarang Rufakak pula.
Inilah dakwaan-dakwaan dari bekas Rufakak yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.


1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari meyakini tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah mukjizat Nabi Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa?

2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik 慿aramah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 01:13 AM | Show all posts
sambungan...

11. Dia menganggap dirinya adalah 慡uper Soleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2005 01:33 AM | Show all posts
Bila sebut Pemuda Bani Tamim, saya teringat, Muhammad bin Abdul Wahhab pun keturunan Bani Tamim jugak. Puak2 Wahabi kat Arab Saudi nun banyak dari keturunan Bani Tamim ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 02:23 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 31-8-2005 01:33 AM
Bila sebut Pemuda Bani Tamim, saya teringat, Muhammad bin Abdul Wahhab pun keturunan Bani Tamim jugak. Puak2 Wahabi kat Arab Saudi nun banyak dari keturunan Bani Tamim ni...


Yang tu terang sangat buktinya. Takder thrill dan suspens dan rahsia macam Asaari yang penuh misteri nusantara...sorilah ustaz..melalut pulak nie. Dah ngantuk....harap-harap bermimpilah jumpa Asaari. Eeehh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 31-8-2005 01:12 AM
OK lah...itu semasa Arqam tapi sekarang Rufakak pula.
Inilah dakwaan-dakwaan dari bekas Rufakak yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.


1. Haji Asaari mendakw ...


ermm...rupanya ramai lagik yg belum merdeka minda dan suka berpegang pada fakta yg tidak berasas....:hmm:

apa yg tatie tahu, kesemua dakwaan-dakwaan tersebut dilakukan bukan oleh bekas ahli rufaqa tetapi disebarkan di dalam redtailcanyon egroups semasa mereka menyerang dan menaburkan pelbagai fitnah kepada ustaz AM.

hehehe...amboi pak grave, kalau org rufaqa baca depa pun terpinga-pinga dan terheran-heran ler dgn dakwaan yg sangat menyesatkan itu...sebb depa pun tak pernah dengar...

untuk forumners semua, terpulanglah nak percaya atau tidak percaya..sebb kita ni sebg manusia diberi pilihan oleh Tuhan sama ada memilih jalan keraguan yg membawa lebih kepada kebatilan atau memilih jalan yg selamat berdasarkan fakta yang sahih dan dibawa oleh org yg boleh dipercayai dan berautoriti untuk menyampaikan berita tersebut...

[ Last edited by serihartatie at 31-8-2005 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 31-8-2005 01:33 AM
Bila sebut Pemuda Bani Tamim, saya teringat, Muhammad bin Abdul Wahhab pun keturunan Bani Tamim jugak. Puak2 Wahabi kat Arab Saudi nun banyak dari keturunan Bani Tamim ni...


ermm.setau tatie ada beza ustaz...suku tamim dan bani tamim...kalau tak silap tatie, suku tamim tu puak badwi yg menjadi pemerintah arab saudi sekrg tapi bani tamim adalah bani yang disebut rasulullah SAW sebagai keturunan yang akan mengangkat dan berjuang bersama Imam Mahdi di akhir zaman nanti...

kalau ikut fahaman wahabi, Imam Mahdi tak akan muncul lagi sebab pemuda bani tamim dia (Muhamad Abd Wahab) dah mati..itu sebb syeikh Mahmud Syaltut cakap nabi Isa tak akan turun lagi ke bumi sebb nabi Isa dah mati...tapi di saat akhir hidup beliau, tatie dgr dia tarik semula fahaman wahabi dier...tapi nasi dah jadi bubur, sebb di bawah penguasaan ilmu beliau, dah ramai ulamak wahabi lahir dan buku fatwa beliau masih dirujuk hingga sekarang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 11:34 AM | Show all posts
imam mahdi bukan pengecut..begitu juga pemuda bani tamim.setakat ISA dia tak heran.dan dia seorang PEMUDA.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 12:51 PM | Show all posts
seperti yg dijanjikan, tatie akan post beberapa artikel mengenai Imam mahdi mengikut ASWJ....

Pandangan Para Ulama Sepanjang Zaman  Mengenai Imam Mahdi

Pandangan para ulama yang saleh-saleh sejak zaman awal Islam lagi bukanlah diada-adakan, bukan pula berupa bidaah atau perkara baru dalam Islam. Pandangan mereka adalah seratus peratus bebas daripada sebarang pengaruh, sama ada dari pihak berkuasa mahupun pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada isu Imam Mahdi ini. Pandangan mereka adalah pandangan Islam tulen, yang didasarkan sepenuhnya kepada Al-Quranul Karim dan As-Sunnah, oleh mereka yang bertaraf ulama tulen pula.

Pandangan mereka adalah pandangan yang berasaskan iman yang suci bersih, ilmu yang mendalam dan keyakinan yang jitu. Pandangan mereka adalah pandangan secara bebas, sesuai menurut ajaran agama kita. Penulisan kitab-kitab mengenai Imam Mahdi oleh mereka adalah hasil atau lambang dari keyakinan yang jitu itu tadi. Jika tidak, masakan mereka dapat menulis kitab yang sebagus dan selengkap yang telah dituliskan oleh mereka itu.

Mereka banyak mengkaji dan mendalami masalah ini sehingga ke umbi-umbinya sekali demi untuk mendapatkan suatu jawapan yang pasti dan keyakinan yang jitu, tanpa perlu mengikut-ikut sebarang pendapat orang lain atau dapat dipengaruhi oleh sesiapa pun juga. Hasilnya, pendirian mereka adalah pendirian yang penuh yakin dan bebas, tanpa dibayangi oleh sebarang pengaruh.

Hasilnya, kita dapati secara keseluruhannya bahawa di kalangan ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, terdapat tiga pendapat terbesar mengenai kepercayaan terhadap kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman kelak. Rumusan ini telahpun dibuat oleh mereka dan dikumpulkan pula oleh ulama yang kemudian. Golongan pertama adalah para ulama yang percaya dengan sungguh-sungguh akan kesahihan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu, sehingga mereka menyatakan dengan tegas sesiapa yang menolak hadis-hadis tersebut adalah orang yang sesat atau murtad. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ulama ahli hadis yang cukup tinggi ilmunya.

Sesetengah ahli hadis hari ini menyatakan bahawa hadis-hadis yang menyebutkan mengenai datangnya Imam Mahdi adalah hadis mutawatir dan banyak jumlahnya. Para ulama hadis yang mahir-mahir dan mendalam kajiannya serta sudah bertaraf Huffaz, sepakat menyatakan bahawa hadis-hadis mcngenai Imam Mahdi adalah muktamad, dan mempunyai taraf mutawatir maknawi. Ini disebabkan banyak sumbernya, ramai rawinya dan perkaitan yang amat rapat antara sebuah hadis dengan hadis yang lain.

Pada penilaian dan kajian mereka yang mendalam itu, setiap rawi yang lemah, akan ada rawi lain yang lebih kuat yang datang membantu menguatkan sesebuah hadis. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mengatakan bahawa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu maudhuk, disebabkan faktor saling menguatkan antara satu rawi dengan rawi yang lain dan antara sanad yang bersimpang siur itu. Habis-habis pun, mereka hanya menyatakannya sebagai hadis-hadis dhaif sahaja.



bersambung...

[ Last edited by serihartatie at 31-8-2005 12:54 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 08:40 PM | Show all posts
Antara Huffaz terkenal yang secara yakin, mutlak dan sungguh-sungguh menyatakan pendapatnya bahawa perkhabaran mengenai Imam Mahdi sebagai benar adalah:


1. Al-Hafiz Abu Husain al-Abiri, yang menyatakan hadis-hadis Imam Mahdi itu sudah tersebar luas di kalangan orang awam dan di kalangan ahli hadis sendiri, dan disahkan oleh mereka sebagai mutawatir.

2. Al-Muhaddith Idris al-Iraqi, menyatakannya sebagai mutawatir atau amat hampir kepada mutawatir, walaupun pendapat pertama tadi disahkan oleh kebanyakan Huffaz.

3- Imam Asy-Syaukani menulis, "Kesahihan dapat diperakukan mengenai para rawi yang meriwayatkan tentang Imam Mahdi, al-Masih Dajjal dan Nabi Isa AS."Namun beliau dikatakan adalah salah seorang ulama Syiah.

4. Al-Muhaddith al-Kinnawji, Raja Bhopal di India menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai al-Mahdi sangat banyak dan telah disahkan sebagai mutawatir.

5- Abu Abdullah Jasus, seorang ulama menyatakan berita mengenai al-Mahdi adalah banyak dan al-Hafiz as-Sakhawi menilainya sebagai telah mencapai darjat mutawatir.

6. As-Syeikh al-Arabi di Fez menyatakan ramalan Nabi SAW mengenai Imam Mahdi itu memang sebenarnya dan sanadnya juga amat kuat.

7. Sayid Muhammad bin Jaafar al-Kittani menyebutkan nama lebih daripada dua puluh orang sahabat RA yang meriwayatkan hadis berkenaan Imam Mahdi, yang sanadnya dianggap sahih oleh beliau.

8. Imamul Allamah Ibnu Hazam menyatakan bahawa hadis-hadis yang menceritakan tentang keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa AS dan berita terbitnya matahari pagi dari sebelah barat adalah hadis-hadis mutawatir.

9- Al-Hafiz Abul Hasan Muhammad Ibnu al-Husain as-Sajistani al-Aburi Asy-Shafie (m. 363/974) yang menyebutkan hadis-hadis tersebut diriwayatkan olĕh sebilangan besar ulama terkenal dan disebarkan secara luas dan yakin oleh terlalu ramai rawi.

10. Grand Muhaddis Syeikh Abdullah bln Sadek, Ph.D., menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai imam al Mahdi adalah bertaraf mutawatir maknawi. Adalah sangat mustahil hadis-hadis yang telah dilktiraf oleh para Huffaz sebagai mutawatir, masih lagi dianggap dhaif oleh orang-orang yang bukan bertaraf" Huffaz.


bersambung...

[ Last edited by serihartatie at 31-8-2005 08:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 31-8-2005 11:24 AM


ermm...rupanya ramai lagik yg belum merdeka minda dan suka berpegang pada fakta yg tidak berasas....:hmm:

apa yg tatie tahu, kesemua dakwaan-dakwaan tersebut dilakukan bukan oleh bekas ahli  ...


:cak: Tersangatlah betulnya wahai dik tatie....hanya bersumberkan dari internet semata2....org2 spt grave & the gang yg mendakwa bijak mudah kena kelentong bulat2.

Grave cuma percaya dakwaan itu semua dari bekas2 arqam (pd masa yg sama grave tak pernah pun join arqam) tapi tak sebut pun secara spesifik siapa ex2 arqam itu semua samalah seperti cydekick yg gagal sebut nama siapa dia ahli arqam yg menyaksikan dgna mata kepala sendiri yg anak buah abuya ni minum air basuh tangan abuya.

Mana tahu kalau mawar kenal siapa2 ex yg menjadi kenalan grave yg mendakwa apa2 yg mengarut spt di atas...bolehlah mawar hubungi di luar alam siber ini utk minta kepastian.

Tetapi setakat ini, mana2 ex yg mawar hubungi (iaitu kami kekal sebagai kawan walaupun mrk masing2 dah tak ikut abuya)...bila mawar tanya direct hal2 di atas...majoritinya hanya mengaku mereka dengar dari sana dengar dari sini. Versi cerita juga mawar dapati akan sentiasa berlainan dari seorg ex dgn ex yg lain. Sekejap kata dari org ini sekejap pula kata dari org sana. Bila mawar minta tolong buktikan itu semua dgn pengalaman sendiri atau dari pengakuan mulut abuya sendiri...haaa....terdiam...last2 mrk akan kata adalaaa....

Dan last2 sekali mawar tanya pada menantu abuya, kesemua dakwaan di atas manalah tahu jika betul....nampaknya menantu abuya ini sendiri pun terkejut mcm tak pernah dengar dan hanya menggeleng2kan kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ghetto_souljah This user has been deleted
 Author| Post time 1-9-2005 10:27 AM | Show all posts
Assalamualaikum Warahmatullah...

kekeliruan yg kita semua hadapi sekarang..petanda kukuh bahawa kita adalah umat akhir zaman kan? :cak:

The Prophet (Sallalahu Alaihi Wasallam) said:"A time will come when nothing will be left in the minds of the people from the Qur'an except its calligraphy and from Islam except its name. People who call themselves Muslims will be the furthest from Islam. Mosques would be filled but empty from guidance. The Ulema (scholars) of that time are the worst under the heavens. From them, the elements of division and misguidance are spewed and unto them, will return." - Reported by Tabarani, Dailamy and Al-Hakam   ...Quoted from Khilafah.com
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 31-8-2005 11:29 AM

ermm.setau tatie ada beza ustaz...suku tamim dan bani tamim...kalau tak silap tatie, suku tamim tu puak badwi yg menjadi pemerintah arab saudi sekrg tapi bani tamim adalah bani yang disebut rasulullah SAW sebagai keturunan yang akan mengangkat dan berjuang bersama Imam Mahdi di akhir zaman nanti...


aik ada beza ke? kalau mcm ni kena tgk lafaz Arabnya baru boleh beza. Apa hadisnya tu tatie?

kalau ikut fahaman wahabi, Imam Mahdi tak akan muncul lagi sebab pemuda bani tamim dia (Muhamad Abd Wahab) dah mati..itu sebb syeikh Mahmud Syaltut cakap nabi Isa tak akan turun lagi ke bumi sebb nabi Isa dah mati...tapi di saat akhir hidup beliau, tatie dgr dia tarik semula fahaman wahabi dier...tapi nasi dah jadi bubur, sebb di bawah penguasaan ilmu beliau, dah ramai ulamak wahabi lahir dan buku fatwa beliau masih dirujuk hingga sekarang....


kalau tatie kata puak2 Wahabi kata Imam Mahdi tak akan muncul tatie salah. Puak2 Wahabi percaya Imam Mahdi akan muncul sebab mereka pun ASWJ mcm tatie jugak.

tapi yg tatie kata Syeikh Mahmud Syaltut cakap mcm tu betul, dan betul jugak dia dah tarik balik. Ini dinyatakan oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti.

tapi kalau tatie kata puak2 Wahabi ikut Mahmud Syaltut dlm bab ni memang tak betul lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:43 AM | Show all posts
satu lagi tatie. Bagus lah tatie masukkan info ttg Imam Mahdi menurut ASWJ tu. Harapnya tatie sambung lagi. Kita sama2 dapat kongsi info.

Cuma saya minta kalau boleh tatie jgn lupa di akhirnya nanti tatie kena sebut dalil2 pegangan tatie ttg Imam Mahdi. Ini yg penting sebab semua org di forum ni tahu yg tatie percaya Syeikh Suhaimi akan bangkit jadi Imam Mahdi dan Abuya adalah Pemuda Bani Tamim yg disebutkan dlm hadis2 tu. Jadi tatie kena sebut lah apa dalil2nya, apa hujah2nya baru lah kami (terutamanya saya) tahu.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 09:18 PM | Show all posts
Selain mereka yang bertaraf Huffaz seperti disebutkan di atas, terdapat sebilangan besar lagi ulama dahulu dan sekarang yang menyatakan secara yakin akan masalah ini. Namun, sebagai permulaan cukuplah setakat yang diberi di atas. Lagi pun, pendapat mereka mengenainya adalah lebih kurang sahaja. Maka, tidak perlulah disalin lagi semuanya.

Oleh kerana yang demikian, ada ulama yang secara tegas dan tidak ragu-ragu lagi menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah mutawatir dan wajib dipercayai. Antara ulama yang berpendirian seperti ini adalah Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Abu Bakar al-Iskafi dan Grand Muhaddis Syeikh Abdullah bin Sadek.

Selain itu, menurut mereka lagi, hadis-hadis mengenai Imam Mahdi yang sudah mencapai taraf mutawatir itu telah melalui proses tapisan seperti yang lazim dilakukan terhadap hadis-hadis lain. Tidak ada pembezaan antara proses tapisan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi dengan yang lain, biarpun persoalan Imam Mahdi itu tidak melibatkan langsung perkara akidah atau persoalan rukun iman, dan tidak memerlukan proses tapisan yang seketat itu.

Sehubungan itu, adalah dianggap mustahil jika di antara hadis yang telah melalui proses ujian yang ketat itu, masih tidak terdapat sebuah pun hadis yang bertaraf mutawatir mengenai Imam Mahdi. Ini memandangkan para perawi hadis-hadis berkenaan adalah antara ulama hadis yang terkenal seperti Imam at-Tarmizi, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad bin Hanbal RH.


bersambung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.337576 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list