CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 30-7-2005 02:05 AM | Show all posts
Kesan-kesan ekonomi

1.   Perbelanjaan yang banyak

Dalam usaha menghadapi pemberontakan, kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah wang yang banyak. Pada masa itu, perbelanjaan harian dianggarkan $150 ribu hingga $1 juta setiap hari. Menjelang 1954, kerajaan Tanah Melayu telah membelanjakan $100-200 juta. Pada masa yang sama, kerajaan British telah membelanjakan $500 juta bagi tujuan yang sama.

2.   Pembangunan negara diabaikan

Semasa berlakunya pemberontakan, kerajaan hanya berupaya menumpukan perhatian mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada masa yang sama, kerajaan juga terpaksa memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk masalah ini. Ini menyebabkan pembangunan negeri diabaikan kerana tiada perhatian dan peruntukan wang dari kerajaan pusat.

3.   Ekonomi di Tanah Melayu merosot

Pemberontakan PKM telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya ekonomi Tanah Melayu amat bergantung kepada bijih timah dan getah. Namun, semasa berlakunya pemberontakan PKM sejak Jun 1948, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah dimusnahkan oleh PKM. Akibatnya perusahaan bijih timah dan getah terjejas. Walaupun terdapat ladang-ladang dan lombong-lombong yang tidak dimusnahkan, tetapi pekerja-pekerja tidak berani keluar untuk bekerja. Bukti: pada tahun 1948, jumlah sawah padi yang diusahakan ialah 95 ribu ekar dan pada tahun 1954, hanya 65 ribu ekar sawah sahaja diusahakan.

4.   Hutang negara

Sebelum berlakunya pemberontakan, Tanah Melayu merupakan satu kerajaan yang kaya. Namun, pemberontakan PKM menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan satun jumlah wang yang banyak. Akibatnya, kerajaan Tanah Melayu terpaksa mendapat sumber wang dari luar melalui pinjaman. Ini telah menyebabkan hutang negara bertambah. Pada tahun 1954, hutang Tanah Melayu telah mencapai  $146 juta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2005 02:06 AM | Show all posts
Kesan-kesan sosial

1. Penubuhan kampung-kampung baru

Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada 1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi bandar-bandar.

2.   Syarat kewarganegaraan

Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu.

3.  Perpecahan kaum

Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina.

4. Penderitaan

Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-undang Darurat menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.

5.  Usaha mengeratkan hubungan kaum

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu

6.  Sistem perhubungan

Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan mereka.

7.   Akta Pendaftaran 1948

Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.

8.  Kesatuan sekerja

Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini.

9.   Guru

Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideology komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 02:08 AM | Show all posts
semua nota ini dikumpul dari  kajian sejarah STPM malaysia. Untuk calon2 STPM inilah skop kajian sejarah mengenai perkembangan PKM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2005 07:21 PM | Show all posts
thanks mok nik

saja baca

kekadang..terpikir..masa time jepun inggeris baik ngan komunis

tp pas jer dia masuk tanah melayu

lawan komunis

dr situ

nampak yg mana makan kawan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 08:56 PM | Show all posts
PKM bangun semula utk kali ke-2 pd tahun 1968 di mana aksi pertama mereka adalah serangan hendap ke atas konvoi PPH (sekarang PGA) di Jln Kroh-Betong HUlu Perak, pembunuhan seorang bekas ahlinya sendiri dan serang hendap ke atas sepasukan kecil anggota tugas am PDRM yg berkerjar utk menyiasat pembunuhan tersebut. Setahun kemudian rusuhan kaum 13 Mei telah memberi peluang kpd PKM utk menyemai dakyahnya dikalangan rakyat khasnya golongan muda. Antaranya mereka berjaya menembusi sekolah-sekolah persendirian Cina dan dari situ sebilangan ahli baru mereka direkrut. PKM juga merekrut sebilangan warga Thai atas dasar melipatgandakan kekuatan keanggotaannya. Ini kerana mereka berpangkalan di selatan Thai.

Pertempuran antara sub-unit tentera darat M'sia dgn sepasukan gerila PKM di Sg Siput pada tahun 1971 yg mengorbankan seorg pegawai tentera berpangkat Kapten telah mendedahkan persediaan dan kubu2 PKM bagi melancarkan perang gerila mereka utk kali ke-2. Maka bermulalah perang gerila ke-2 dgn PKM yg sengit walaupun operasi2 memburu gerila PKM di hutan belantara bermula sejak 1968 lagi. Pada masa ini keanggotaan pasukan keseblamatan khasnya tentera darat dan PPH telah diperbesarkan dan banyak batalion infantri yg baru telah ditubuhkan dlm kedua-dua organisasi. PDRM menerusi Cawangan Khas atau SB berganding bahu dengan Kor Risik TD dlm menangani ancaman PKM.

Ramai yg tidak tahu dlm masa yg sama wujud perpecahan dlm PKM hingga mewujudkan beberapa serpihan pasukan gerila hingga mereka saling berbunuhan namun matlamat mereka masih sama, menggulingkan kerajaan M'sia dan menubuhkan sebuah republik Marxist. Oleh kerana itu dlm masa yg sama mereka telah berjaya membunuh beberapa tokoh penting PDRM spt ketua polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong pd tahun 1975. Mereka juga merosakkan jentera yg digunakan dlm projek lebuih raya Timur Barat setahun sebelumnya.

Pemberontakan kali ke-2 PKM ini telah mewujudkan uinit-unit pasukan keselamatan yg baru umpamanya batalion infantri siri 300 Askar Wataniah, Platun Risik Gempur (UCIS) dalam batalion infantri TD dan Komando 69 PPH. Ramai  org awam dan anggota pasukan keselamatan yg terkorban angkara keganasan PKM, yg tamat dgn perjanjian damai dgn kerajaan M'sia di haadyai, Selatan Thai pd Disember 1989
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 02:11 PM | Show all posts
Thanks Mod's for the info..... quite interesting....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2005 10:46 AM | Show all posts
aper citer terbaru bekas anggota PKM kat selatan thai... sekarang ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 01:21 AM | Show all posts
kat sungai siput masih ada lagi komunis nih tapi dah tua...
nak angkat senapang pun tak larat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2005 02:11 AM | Show all posts
3.  Mempercepatkan kemerdekaan

Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

terkait ngan isu baru2 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 02:14 AM | Show all posts
satu lagi persoalan

- siapakah mat indera sebenarnya...mana dia skrang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 4-9-2005 01:21 AM
kat sungai siput masih ada lagi komunis nih tapi dah tua...
nak angkat senapang pun tak larat...



kaw. tu memang kaw. hitam termasuk antara Lasah, Chemor dan Sungai Siput....... tu kaw operasi ayah aku dulu2 tuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:03 AM | Show all posts

Wan Ali - Ketua Komunis Pahang

Dalam sejarah tanah air, penglibatan orang Melayu dalam peperangan menentang penjajah telah lama berlaku, sejak dari Pasukan Gerila Pakeh Unus yang menentang Portugis di Melaka dalam tahun 1511, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Dato Naning Dol Said di Melaka, serta ramai lagi termasuk Datuk Maharajalela di Perak. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, semangat Orang Melayu untuk merdeka sudah marak. Namun, kerana perjuangan kemerdekaan mereka berlaku serentak dengan era kebangkitan pengganas komunis, kerajaan Inggeris telah mengaitkan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bersenjata komunis. Justeru, terdapat ramai pejuang kemerdekaan yang menentang kuasa Inggeris, telah menyertai pengganas komunis, bila perjuangan mereka diharamkan oleh Inggeris. Wan Ali juga pada asalnya adalah seorang ketua gerila Melayu yang berjuang menentang kuasa Inggeris untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah. Pasukan Askar Melayu yang berkhidmat dalam negeri Pahang, khasnya dalam kawasan Jerantut dan Kuala Lipis, cukup mengenali kumpulan gerila komunis yang dipimpin oleh Wan Ali. Ramai perajurit muda yang terlibat dalam operasi memburu Wan Ali, merasakan beliau mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi. Ilmu yang dimiliki oleh Wan Ali dikatakan boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangkakan akan berlakupertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh pasukan Askar Melayu. Namun, dalam satu serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Adnan Ibrahim di Ulu Ceka, Jerantut pada bulan Sep 1948, tiga pengganas Melayu yang ditangkap tiga hari setelah pertempuran tersebut menyatakan bahawa seramai 14 orang gerila telah terbunuh serta Wan Ali sendiri tercedera. Kpl Adnan Ibrahim yang baru berumur 26 tahun bersama sembilan anggota seksyen yang berumur belasan tahun dan awal 20an, bersama beberapa orang kampung, telah dengan berani menentang seramai lebih 60 pengganas komunis Melayu. Pada asalnya tugas Kpl Adnan dan seksyen datang ke Kampung Ulu Ceka ialah untuk mengiringi jurugambar bagi membuat Kad Pengenalan penduduk kampung. Bila mereka mendapat maklumat bahawa pengganas komunis Melayu pimpinan Wan Ali merancang untuk menyerang Kampung Ulu Ceka pada waktu subuh, Kpl Adnan dan Ketua Kampung telah membuat keputusan untuk mempertahankan kampung mereka dengan melakukan serang hendap di jalan masuk ke Kampung Ulu Ceka. Kepimpinan , keberanian yang telah ditunjukkan oleh Kpl Adnan dan anggota seksyen serta lima orang kampung yang hanya bersenjatakan parang dan keris, telah berjaya menyelamatkan penduduk Kampung Ulu Ceka dari serangan pengganas komunis Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:04 AM | Show all posts
Setelah peristiwa serang hendap di Ulu Ceka, kumpulan gerila pimpinan Wan Ali terus mengganas di beberapa perkampungan pendalaman sekitar Jerantut. Setelah banyak percubaan untuk menangkap atau membunuhnya oleh pasukan tentera Inggeris dan pasukan Askar Gurkha gagal, Wan Ali mula berlagak sombong dan dengan bongkak memberitahu orang kampung bahawa tidak ada biji mata yang berani menentang Wan Ali. Kemuncak keganasan Wan Ali ialah bila beliau dengan kejam telah membunuh Ketua Kampung Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri, di hadapan isterinya serta ramai penduduk kampung. Sebelum itu, dekat waktu maghrib, Wan Ali dan Manaf Jepun telah menyuruh orangnya memukul tabuh surau untuk mengumpulkan orang kampung. Semasa orang kampung bergegas ke surau, Wan Ali menunggu di halaman di hadapan pintu rumah Ketua Kampung. Bila Ketua Kampung membuka pintu bila mendengar tabuh berbunyi, Wan Ali telah menembaknya. Bila isteri Ketua Kampung menangis serta dalam ketakutan, Wan Ali seterusnya telah menepuk dada mencabar semua orang kampong serta askar Inggeris untuk dating menangkap beliau. Keangkuhan Wan Ali mula menjadi kebencian penduduk kampung yang sudah teraniaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:04 AM | Show all posts
Setelah pembunuhan Ketua Kampung Pulau Tawar, satu platun yang diketuai oleh Lt M Syed Muhammad Al -Sagoff telah dating dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis pimpinan Wan Ali. Kekuatan yang dimiliki oleh Wan Ali telah membuatkan Lt M Syed Muhammad bertekad untuk menangkap atau membunuhnya. Sebelum Lt M Syed Muhammad dapat memulakan operasi, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampung yang juga seorang Pengawal Kampung yang meminta supaya Lt M Syed tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Kampung Pulau Tawar. Pengawal Kampung yang juga bekas seorang anggota polis yang sudah bersara menyatakan bahawa tindakan oleh platun Askar Melayu akan membuatkan Wan Ali dan kumpulan gerila komunis pimpinannya menjadi bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal Kampung tersebut telah meminta tempuh satu minggu untuk beliau bertindak menangkap ataupun menghapuskan Wan Ali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:05 AM | Show all posts
Dalam tempoh seminggu yang diminta oleh orang kampung, Lt M Syed Muhammad telah didatangi oleh orang kampung menyatakan Pengawal Kampung telah berjaya membunuh Wan Ali. Mayat Wan Ali telah diarak oleh pegawai Inggeris di atas kereta wagon miliknya sendiri sekeliling Bandar Jerantut sebelum dihantar ke Kuala Lipis. Walaupun Wan Ali kejam dan takbur, penduduk Jerantut tidak menyukai tindakan pegawai Inggeris tersebut yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam. Dalam sejarah menyatakan bahawa Ketua Gerila Komunis Melayu Wan Ali telah dibunuh oleh platun Askar Melayu dari Jerantut, namun hakikatnya beliau telah dibunuh oleh pesara polis yang merupakan seorang Pengawal Kampung dari Kampung Pulau Tawar. Bagaimana Wan Ali telah dapat dibunuh atau ditewaskan tidak pula diketahui oleh Lt M Syed Muhammad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 11:06 AM | Show all posts
Sejarah tanah air banyak membuktikan bahawa ramai pejuang Melayu termasuk pemimpin gerila komunis yang
dianggap kebal ataupun mempunyai ilmu batin yang tinggi, telah dapat ditumpaskan atau dibunuh bukan dengan peluru atau senjata yang dibekalkan oleh tentera Inggeris tetapi sebaliknya oleh ilmu kebatinan yang dimiliki oleh orang Melayu juga. Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2005 06:09 PM | Show all posts
Interesting to note that the Brits had prepared an ambush for Chin Peng if the Baling Talks had failed-why the order wasn't given out to kill him and his entourage-still a state secret.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 06:16 PM | Show all posts
Oh, Loi Tek  was an interesting character-of IndoChinese  origins, traded by the French Secret Service to the Brits, who used him to infiltrate the CPM. During the war with Japan he betrayed the CPM and continued to work for the British Military Administration (BMA) after the war providing valuable information to Special Branch. Took off with a large amount of CPM funds and was resettled with the help of the British, first in Hong Kong, later rumoured to be in Thailand and much later on in Burma (cannot be verified). Believed to have been assassinated by Communist agents in Thailand. But was he? Till this day no one know for sure the fate of Loi Tek.

[ Last edited by taiaha at 29-9-2005 07:51 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 08:09 PM | Show all posts
nice info..best..nak tau gak pasal mat indera and other yg org melayu yg terlibat dalam pkm..

wajar ke panggil pengganas ???
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:42 PM | Show all posts
Seorang pesara komando TD pernah cerita kat aku pasal komunis Melayu, diorang selalunya akan mengelak dri membunuh askar dan polis Melayu dan kalau terpaksa pun bila dah takde pilihan malah siap qiamkan tangan askar/polis melayu yg mati masa bertempur, buaknnya kerat2 mcm komunis Cina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.120926 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list