CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
 Author| Post time 7-10-2005 03:03 AM | Show all posts
oic...gitu....dlm pkm..ada rejimen ke 10 yg mostly anggotanyer org melayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2006 11:51 AM | Show all posts
upkan dulu sebab ada artikel nak postkan.......

nanti nak cari balik susah lak.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 24-9-2005 02:14
satu lagi persoalan

- siapakah mat indera sebenarnya...mana dia skrang....


Ini yang ada dalam kepala otak aku aje la....

mat Indera salah sorang anggota PKM berbangsa melayu yang agak terkenal. Terlibat dalam serangan ke atas balai polis Bkt Kepong pada 1950. Memiliki ilmu agama, persilatan dan batin.....dan pernah ditangkap pihak berkuasa tapi berjaya meloloskan diri pakai ilmu ghaib. Bagaimanapun dia berjaya ditangkap pihak berkuasa dengan bantuan bapanya sendiri yang memasukkan air kecubung dalam minuman. Akibat mabuk, Mat Indera tak dapat guna ilmunya, dan akhirnya dihukum mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 19-4-2006 12:37 PM | Show all posts
Kepandaian penjajah British dan orang yang sama waktu dengannya adalah melaga - lagakan orang lain. Dan kemudiannya melabelkan satu golongan supaya terpencil dan dimusuhi oleh orang lain. Kemudian mereka akan membuat satu cerita yang akan digunakan oleh generasi kemudian. Tanpa ilmu pengetahuan dan cerita - cerita yang sahih dan tepat kita kan lebih mudah terpengaruh.

Di Pahang, lanjutan dari pemberontakan Dato' Bahaman dan Mat Kilau, memang ramai pejuang - pejuang kemerdekaan Melayu yang mengambil jalan revolusi iaitu Perang. Kalau di Temerloh dan Lipis jika bersembang dengan orang orang tua, kita akan tahu kisahnya. Dari catitan mereka, sekurang - kurangnya 1000 anak Melayu Pahang mati menentang Penjajah British selepas Penyerahan Jepun. Oleh itu jika kita kata Tanah Melayu merdeka dengan jalan diplomatik adalah satu fakta pembohongan yang paling bodoh sekali. Di mana jasa - jasa pejuang yang terdahulu.

Malangnya, mereka ini dilabel sebagai Pengganas @ Komunis. jasa - jasa mereka dipadamkan dari sejarah tanah air seolah - olah tiada sumbangan ke atas kemerdekaan ini.

Dan lebih malang lagi, ramai anak Melayu yang sanggup bekerja dengan Penjajah menjadi askar untuk makan gaji dan diarahkan membunuh orang yang sebangsa dengan mereka. Tapi tidaklah salah mereka kerana mereka mendapat maklumat yang salah dan kerana periuk nasi.

itulah pentingnya, sejarah perlu dikaji kenapa dan mengapa bukannya mengambil bulat - bulat apa yang ditulis oleh Penjajah. Sejarah perlu dilihat dari mata keterbukaan bukannya di atas sifat emotional dan pilih kasih. Pihak yang menang akan sentiasa mengatakan dia betul biarpun fakta yang sebenar ditutup atau diputarbelitkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 05:39 PM | Show all posts
Jadi sekarang, adakah Wan Ali berjuang atas dasar anti penjajah beliau sendiri, atau beliau mmg terbabit dengan MPAJA/MPABA/PKM?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 09:38 AM | Show all posts
mat indra- saper tu mat indra



mat indera yg duduk no 4 dr kanan (depan budak yg senyum)
gambar nih diambil pada 1941, kenyataan kat papan hitam "Selamat pertukaran guru, sekolah agama parit setongkat muar" diambil pada tahun 1941(kalo tak silap)
dia nih lepas zaman jepun, tentang british. bila british nak tangkap dia, dia join komunis pada june 1948
same cam shamsiah fakeh-dr AWAS join PKM dan Ibrahim Chik dr API join PKM
mat indra nih adelah general officer komunis melayu selatan yang merangkumi muar, bp, segamat dan melaka
seorang bekas komunis ade menyatakan sekiranya mat indra dpt ditangkap ramai melayu yang join komunis akan menyerah diri.
mat indera adalah salah seorang perancang serangan balai polis bkt kepong.. tapi kata org dia just tengok jer dr jauh mase balai polis kene serang.. mase tu ade 2 org polis yg cedera nak kene bunuh ngan komunis, mat indera tahan komunis dr bunuh polis tu. yg citer nih salah seorang polis yg terselamat..
mat indera nih byk ilmu.. byk tangkal.. org kata dia nih kebal hanya lut ngan peluru perak (dah cam warewolf lah pulak)
kata org dia kene tangkap 3 kali
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukium bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene tangkap mase ade dia kat umah seorang pakcik/wak. wak tu pakat ngan polis bagi dia buah kecubung, bile dia termakan kecubung terus mabuk, polis terus tangkap dia dan tanggalkan semua tangkal dia..

[ Last edited by  muor76 at 20-4-2006 09:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2006 09:40 AM | Show all posts
mat indra ( dapat dr member--- Vvenus)





nama penuh:  ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji.  berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.  

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris.  satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga.  nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong.  sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.  mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan.  mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.  namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera.  mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban.  bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.  

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan.  tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan.  dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan.  ada yang suka, ada yang sedih.  beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping.  dalam penjara didera.  akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping.  keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

persoalannya, adakah mat indera seorang petualang atau pejuang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 10:23 AM | Show all posts
Pejuang yang terkeliru mungkin......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2006 10:48 AM | Show all posts
ooo begitu kisah sebenar nyer dalam TV kerajaan (Propaganda) atau dalam filem  bukit kepong selalu mengambarkan Mat Indera ni kejam ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 20-4-2006 10:48 AM
ooo begitu kisah sebenar nyer dalam TV kerajaan (Propaganda) atau dalam filem  bukit kepong selalu mengambarkan Mat Indera ni kejam ....


dlm citer bukit kepong

ade dialog antara komunis cina n mat indra
kommunis ; mat lu pergi mana?
mat indra ; gua pergi semayang
komunis : kenapa lu semayang?
mat indra : gua org islam, gua mesti lah semayang, puasa.. dll

cam tu lah lebih kurang dialog nyer
sebenarnya citer bukit kepong tu tak berapa tepat faktanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 20-4-2006 12:02 PM | Show all posts
Mat Indera tetap seorang pejuang. Perjuangannya jelas untuk memerdekakan Tanah Melayu biarpun terpaksa mengorbankan segala kesenangan hatta nyawanya sekali. Tetapi seperti kebiasaan golongan yang besekedudukan dengan British akan terus menghina pejuang - pejuang ini kerana menutup apa yang mereka lakukan. Sedangkan mereka sendiri hidup dalam kemewahan dan kesenangan dan kemabukkan sentiasa. Pada masa yang sama merekalah orang yang menindas kaum Melayu sendiri.

Alfatihah untuk Mat Indera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 02:51 PM | Show all posts
Tapi perjuangannya melalui PKM?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 03:23 PM | Show all posts
teringat cerita seorang pakcik di dalam majalah 3, 2 3 thn lepas
pakcik tu cerita
dia nih anggota API, suatu hari bile dia balik rumah, keluarganya soh dia lari dr situ, nyorok,
dia dpt tau kengkawannyer yg join API ditangkap british.. dan ade sebahagian di bawak ke ladang getah dan ditembak mati oleh polis british..
so dia pon lari..
mat indra nih pon dulu dr API.. dia lari masuk utan, mase tu dlm utan yg ade power komunis
so nak selamatkan diri (nak hidup) mat indra join komunis..
kalo dia kuor hutan, kene tangkap ngan british, kemungkinan dia mati..

so ape yg perlu dia buat?
same cam abdullah cd (anggota API)
shamsiah fakeh (anggota AWAS)
rashid maiden.. kalo tak silap anak rashid maiden mati dlm penjara tahanan british..

so ape yg diorang harus buat? nak stay dan hulur kepala supaya ditembak?
atau lari dlm hutan dan menentang british?
cam citer mat indra, tu semua yg aku tau (dengar cerita dr org melayu sendiri, dr cina, dan baca cerita polis yg selamat kat bkt kepong dr sotkabor)

ade gak melayu yg masuk komunis dan lebih jahat dr komunis.. tu tak dinafikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 04:12 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by muor76 at 20-4-2006 11:57 AM


dlm citer bukit kepong

ade dialog antara komunis cina n mat indra
kommunis ; mat lu pergi mana?
mat indra ; gua pergi semayang
komunis : kenapa lu semayang?
mat indra : gua org islam, gu ... [/quote

apa lagi yg ko tau.. meh la cerita kat sini.. seronok aku baca apa yg ko tulis.. :tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 09:58 AM | Show all posts
Kurang-kurangnya Mat Indera meninggal sebelum 1955....kalau dia masih hidup dan hanya meletak snejata lepas 1989, bolehkah kita anggap dia pejuang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 10:47 AM | Show all posts
dengar dan kaji lah cerita dari sebelah pihak lagi..
jgn hanya dari sebelah pihak...

mase aku kecik
first time aku tengok wayang ketika berumur 6 tahun.. cerita bkt kepong.. satu family pegi.. bahkan hampir satu kampung pegi... memang best (sampai skang cite tu best)
dan pada satu hari aku ternampak seseorang..
aku jerit "abah tengok tu komunis bkt kepong" (komunis yg mukanye mengerikan)
abah aku cakap dia tu polis, dia berlakon jer..
mase tu aku anggap semua komunis akan bunuh org
mase tu aku dengor lah bapak aku borak pasal mat indra, rashid maiden, shamsiah fakeh, abdullah cd dan beberapa nama melayu yg masuk komunis... mase tu semua aku anggap diorang semua kapir komunis.. tak semayang punya kaki.. tak pose punya kaki... bunuh org punya kaki..
tapi bila dah besor.. aku baca n carik info pasal diorang..
bau aku tau saper tu mat indra, kenapa dia lari masuk utan, saper tu rashid maiden, saper tu chin peng, saper tu shamsiah fakeh- yg tak pernah menembak mase dlm komunis-,

dan selama nih aku hanya banyak dengar cerita dari sebelah site aje.... dari kerajaan aje..
so aku buat kesimpulan.. bukan semua yg join pkm tu jahat dan kapir...

lets say.. ade seorang bidan komunis... bile dah diampunkan, dia dibenarkan duduk kat melesia (tak ingat lak kedah ke perak).. mase dia dah dok melesia, org kampung semua tau pompuan tu bidan komunis, ahli komunis... memang org tak anggap dia sebagai pejuang, tapi org kampung dtg mintak tolong dia bile ade kes nak bersalin..

adekah semua org yg pernah buat jahat akan jahat selama-lamanya?
lets say.. dato onn jaafar... pernah kene buang ke singapore oleh sultan johor.. mase kat singapore dato onn jadik nelayan..
tun hussein onn pon pernah ade konflik ngan istana  johor..
kiyai salleh pon pernah masuk penjara n bunuh cina...
dato onn- tubuhkan umno, salah seorang org kuat dia kiyai salleh..

so aku rase kita kene dengor citer dr semua site.. bukan hanya dr satu site
dengar kaji dan fikirkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2006 10:51 AM | Show all posts
kenapa kita tak hentam/kutuk british yg ade bunuh org melayu, yg curik emas kita, yg curik besi kita, yg curi hasil kita, yg ramaps kuasa raja-raja kita? bristish kat malaya lagi lame dr komunis kat malaya, lagi lama dari jepun kat malaya...

kenapa kalo dlm sotkabor n media tak kutuk kaw-kaw british?
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 21-4-2006 12:08 PM | Show all posts
Discussion ni tambah menarik ni.

Kita ini adalah generasi yang baru, yang hanya mendapat cerita dari satu pihak. Adalah tidak adil sekiranya kita menghukum pejuang terdahulu tanpa mengkaji terlebih dahulu. Sejarah juga membuktikan dahulu Hang Jebat dianggap penderhaka. Raja Haji, Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Mat Kilau, To' Janggut dan beribu - ribu lagi pejuang terdahulu digelar sebagai lanun, pemberontak, pengganas dan bermacam - macam lagi. Jadi tidaklah adil kita kata mereka kerana tanpa mengetahui siapa mereka. Mereka adalah golongan yang berani menentang penjajah kerana anak bangsa dan maruah ank Melayu mereka bangun menentang secara kekerasan. Adakah perbuatan mereka salah? Mana yang lebih baik, adakah dengan makan gaji dan membunuh anak bangsa sendiri atas alasan pekerjaan dan periuk nasi, adakah ini yang lebih baik.

Kita kena PKM waktu tersebut adalah sebuah parti politik berdaftar sebelum diharamkan. Dan kita kena ingat PKM, API, AWAS dan banyak lagi pertubuhan yang diharamkan BRITISH kerana membawa slogan MERDEKA. Dan kitajuga kena ingat, ramai anak Melayu yang digantung, dipenjarakan British. Tapi adakah kita hina mereka. Sedangkan merekalah musuh yang nyata. Tapi kerana kepandaian British kita lupa bahawa kita adalah jajahannya dan bangsa kita dipecahbelahkan. Tiada satu bangsa di dalam dunia yang suka dijajah.

Memag Mat Indera, Wan Ali ada membunuh. Tapi sapa yang dibunuhnya. Mereka adalah talibarut kepada British. Di dalam perjuangan, talibarut adalah duri di dalam daging. Hatta di dalam hukum Islam sendiri, talibarut wajib dibunuh. Atas alasan itu kita tak boleh kata mereka kejam.

Kalau nak kira kejam, British dan orang yang sekutu dengan dia adalah lebih kejam. Mayat Tok Janggut digantung seminggu di Kota Baru. Mayat Wan Ali diarak dengan hinanya. Kalau ke Muzium di London, gambar - gambar askar British memegang kepala yang telah disembelih tanpa mengira lelaki atau perempuan dan dikatakan mereka adalah pengganas semasa di Tanah Melayu.

Sekarang ini telah terbit buku - buku dari pihak yang kalah tu seperti, Memoir Shamsiah Fakeh, Memoir Ibrahim Muhamad, Memoir Ahmad BoestamamChin Peng:My Side Story jika kita baca kita akan tahu apa perjuangan mereka. Tapi malangnya ada pihak yang cuba mengharamkan penjualannya. Mengapa? Adakah takut kebenaran akan timbul.

Sekali lagi alfatihah utk Wan Ali, Mat Indera dan pejuang - pejuang terdahulu.

FAHAMI SEJARAH KEBENARAN AKAN TIMBUL.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 04:50 PM | Show all posts
Aku tak tau smada arwah nenek wife aku faham yang suami dia direbus PKM sebab suami dia anggota TSN......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 06:07 PM | Show all posts
TSN aper tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099949 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list