CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 22-4-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 21-4-2006 18:07
TSN aper tu???


Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2006 02:34 PM | Show all posts
tengah tengok Dokumentari TV1 tak sangka Gua Tempurung merupakan markas PKM...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 02:49 PM | Show all posts
komunis aku rase yang bebetul loklak adalah org yg join pkm terus... bukannya dr api, awas pastu join pkm...

yg kebanyakkan citer org api.. diorang melarikan diri dr british .. so takder tempat berlindung.. terpaksa join pkm
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2006 02:49 PM | Show all posts
apa2 pun komunis tetap zalim sebenarnya...walau apa pun alasan yang di beri PKM tetap sebuah pertubuhan pengganas yang cuba memusnahkan Malaysia, kalau beberapa ekor jer dlm PKM tu yang baik kira semua baik la????macam tu ker???
abis nape korang tak nampak kebaikan beberapa piluh ribu anggota keselamatan kita yang berjuang mati2 untuk mempertahankan kita????
kalau nak kira tali barut ni org2 melayu yang join PKM sebenarnya tali barut....org melayu sendiri pun sanggup bunuh....
lawan untuk kemerdekaan konon....bila dah merdeka kenapa still nak lawan??????....
PKM_SUX!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 23-4-2006 02:49 PM
apa2 pun komunis tetap zalim sebenarnya...walau apa pun alasan yang di beri PKM tetap sebuah pertubuhan pengganas yang cuba memusnahkan Malaysia, kalau beberapa ekor jer dlm PKM tu yang baik kira s ...



kita selalu nampak kekejaman komunis ttp kenapa kita tidak kaji kekejaman British dan penjajah lain yg secara terbuka lebih menindas dan membuat peraturan spt divide & rule yg memecah belahkan masyarakat melayu .. itu lebih zalim
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 24-4-2006 14:17



kita selalu nampak kekejaman komunis ttp kenapa kita tidak kaji kekejaman British dan penjajah lain yg secara terbuka lebih menindas dan membuat peraturan spt divide & rule yg memecah bel ...


betul...tapi bagaimana pula dengan kegiatan komunis lepas 1957?
Reply

Use magic Report

Follow Us
nal This user has been deleted
Post time 24-4-2006 05:25 PM | Show all posts
Jepun pun banyak bunuh orang tapi tak ada orang kata Jepun kejam pun. Ramai orang Melayu kena jadi buruh paksa. Sampai sekarang pun ada yang tak balik lagi. Ramai anak bangsa nak ke Jepun. Berlumba - lumba nak belajar dengan Jepun ada. Kenapa tak haramkan Jepun datang ke Malaysia.Atau kita bunuh mana - mana Jepun yang kita jumpa?

Algojo (tukang gantung) pun bunuh orang. Tapi tak ada orang nak balas dendam kat dia.

Itulah pentingnya kena faham sejarah, bukan sekadar memahami propaganda. Mudah kita dipesongkan.
Sejarah tetap sejarah. Kita tak mampu mengubahnya lagi Yang ada cuma tauladan dan iktibar.Sejarah akan mengajar kita jadi lebih matang. Bukan mengikut emosional yang tak sudah - sudah.
PKM selepas merdeka dah tak sama. Ideologi yang dibawanya pun berlainan. Biasalah zaman berubah. Macam kita juga, takkan sama waktu kita umur 10 tahun dahulu dengan sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 24-4-2006 02:35 PM


betul...tapi bagaimana pula dengan kegiatan komunis lepas 1957?

aku tak nafikan kekejaman komunis selepas 1957 kerana tiada apa lagi yg mereka perjuangkan kerana Tanah Melayu sudahpun merdeka .. Apa yg mereka perjuangkan selepas 1957 ialah hendak mendirikan sebuah negara komunis dan melaksanakan doktrin kuno mereka seperti tiada tuhan dsb ..

walau bagaimanapun , janganlah kita hanya nampak kekejaman komunis yg hanya mengganas selama beberapa tahun jika dibandingkan dengan penjajah lain spt Portugis, Belanda, British dan Jepun ..
Penjajah Portugis juga menggunakan kekerasan sewaktu menjajah Melaka dulu .. Berapa ramai yg terkorban?? Begitu juga dgn penjajah British yg membunuh dan menangkap beberapa pahlawan melayu yg dianggap pengganas oleh mereka .. Disebabkan penjajah juga lah kita kehilangan selama-lamanya wilayah Selatan Thai kepada Thailand dan Kepulauan Riau kepada Indonesia ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 24-4-2006 01:35 PM


betul...tapi bagaimana pula dengan kegiatan komunis lepas 1957?

Mungkin mereka (PKM)  ni  tak  faham  kemerdekaan negara kita, mereka  masih  ingat negara ni masih lagi di bawah payung British seperti Indonesia gak..  masa berkonfrontasi Indonesia-Malaysia..  indonesia pun masih ingat Malaysia ni boneka British kerana nak menguasai Sarawak n Sabah. Lagi pun pemerintahan di tangan UMNO   yg baik dgn  British ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 11:53 AM | Show all posts
Propaganda works both ways
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 12:15 PM | Show all posts
Hmmm tidak dinafikan penjajah kejam...tapi what's worse about PKM ialah mereka bertindak ke atas orang yang senegeri dengan mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 10:46 AM | Show all posts
xxxxxxxxxxxx
~MGX~

[ Last edited by  mahathirGX at 26-4-2006 12:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 10:17 AM | Show all posts
Di kalangn masyarakat Melayu umumnya menganggap PKM itu satu gerakan kaum Cina untuk tujuan domenasi kaum-kaum lain. Pemimpin PKM di katakan sabagi gulungan 'chauvinism China' yang racist, munkin ini tidak benar kerana dalam ideologi 'marxist' kepentingan diri sendiri dan racism dilarang. Comment please...:jeling::jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 11:47 AM | Show all posts
pkm-org jahat, kejam, bunuh org sewenang wenang nyer, saper join dikira pengkhianat, patut dihukum
pkm- nak wujudkan negara komunis, tak sesuai ngan kita sebab kita beragama, kalo nama komunis mesti takde agama
pkm-org melayu yg join pkm adelah org yg keluor dr agama islam, komunis tu takde agama

british- tak kejam, tolong org malaya,takde lah membunuh org melayu
portugis- tak kejam, tolong org tanah melayu, mane pernah bunuh org melayu
belanda- tak kejam, naikkan taraf ekonomi tanah melayu, pon tak pernah bunuh org melayu
jepun- kejam sket jer, setakat tampor org melayu yg kurang ajor jer, mane ade bunuh org melayu
       slogan jepun 'asia untuk asia...'

org melayu yg tolong jepun ( mase nak kalahkan british) patut kita sanjung tinggi sebab nak merdekakan tanah melayu
org melayu yg tolong british- patut kita sanjung, sebab tangkap org melayu yg jahat,sebab tolong bunuh org  melayu yang jahat

org melayu yg melarikan diri dan terpaksa join pkm
ishh org jahat nih, murtad, bodoh, patut jgn dibenarkan tinggal/dikuburkan kat malaysia, campak ke laut jer
pengkhianat, huargghhh ptuiiii! jahat nak mampus.. setan nurrajim.. patut kene laknat..

hehehhe boleh kan kalo aku cakap camtu? hahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 12:03 PM | Show all posts
kalo pompuan british (nona baker) dan adik laki (vincent baker-yg ade tin mine kat malaya)  yg join komunis sebab nak melarikan diri dr jepon dan kemudiannya menentang jepun... camner laks? kita nak panggil dia per yerk?
kita panggil dia seorang perempuan british yg berjuang untuk malaya.. ok tak?
kita kene panggil dia pejuang jugak lah.. kan
sebab dia pompuan british n tentang jepon...

hehehhehe

[ Last edited by  muor76 at 27-4-2006 12:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 11:29 AM | Show all posts
Isu PKM  dan warga Cina Malaya.

Pertamanya ada 2 kelompok kaum Cina yang berlainan ideologi di saat pre-independent.

Majoriti faham kanan ini terdiri dari mereke yang menyokong kerajaan Komintang di negeri Cina. Ini berlaku kerana kedudukan status kerayaatan  kaum Cina di negara sewaktu itu belum lagi pasti. Ini terbukti dengan adanya gambar2 Sun Yit Sin dan Ching Ki Shek di tiap2 rumah orang2 Cina, di kongsi2 , kelab2 Persatuan dan Guild. Tokey2 kapitalis Cina  menyukong Komingtang dengan memberi sumbangan wang. Dalam usaha untuk menjaga kepentingan dan kedudukan ekonomi mereka, samseng-samseng kongsi gelap yang berfaham kanan dan chauvinistic di pergunakan. Jadi sahlah perangai samseng-samseng ni macam askar2 Komingtang yang korup, niaga candu, facist dan anti bangsa  lain.

Yang berfaham kiri adalah mereka yang menghadiri sekolah Cina dan terdedah kapada ajaran Marxism. Sekolah Cina adalah sarang ideologi Marxism kerana kebanyakan guru2nya adalah dari negeri Cina. Di sinilah di tanam semangat anti-imperialism British dan juga Jepun dan disini juga ujud pengasas PKM yang tediri dari mereka yang lahir di Tanah Melayu. Pemimpin2  PKM yang jati dalam ideologi Marxist memperjuangkan kemerdekaan (liberation) Tanah Melayu.

Konflik timbul  apabila gerakan PKM diresapi oleh gulungan faham kanan chauvanistic Cina.Mereka ini di anggap sabagai 'opportunists' dan 'reactionaries'. Gulungan ini juga menjadi penghasut konflik antara kaum di negara  ini.:hmm::hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
Post time 1-5-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 27-4-2006 12:03 PM
kalo pompuan british (nona baker) dan adik laki (vincent baker-yg ade tin mine kat malaya)  yg join komunis sebab nak melarikan diri dr jepon dan kemudiannya menentang jepun... camner laks? kita na ...


aku setuju dgn Muor, Orang putih mesti disanjung sbb dia pembela. Lagi pun sbb kulit dia putih. Orang kita dari parti apa - apa pun, jahat, memang patut dizalimi. Kalau dia melawan, bunuh aje. Sebab diorang ni makhluk yang telah ditakdirkan bole dibunuh. Orang putih tu dia datang dari negeri atas langit, apa dia buat baik belaka.
Sepatutnya kita kena buat kajian berapa ramai anak Melayu ni mati kerana penjajah ni. Macam kat negara - negara lain akan tersenarai lah nama - nama pejuang mereka yang mati waktu menjajah negara - negara lain. Ni pun dianggap wira. Tapi kita, kondem la diorang ni.

Jangan la kita lupa jasa orang lain, bukan kita sorang yang berjasa nak memerdekakan negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 09:50 AM | Show all posts
British melebelkan kominis di Malaya sebagai penganas dan merajui perang saraf supaya rayaat benci kapada PKM. Walhal mereka rakan sekutu waktu melawan Jepun. Waktu British berundur PKM menubuhkan MPAJA untuk mendirikan infrastruktur perang gurila di Malaya. Senjata2 yang di gunakan adalan peningalan British Forces dan latihan diberi oleh pegawai -pegawai SOE( special Operation Executive) yang di tinggal kan oleh  British ( Ruj: Far Eastern File by Peter Elphick 1997).British menamakan  mereka sabagai 'freedom fighters' dan ramai pemimpin mereka di beri penghormatan dalam 'Victory Perade' di London.

Sememangnya berlaku pembunuhan apabila Jepun kalah dan MPAJA keluar dari hutan. MPAJA terpaksa mencari pembelot2 Komingtang dan orang Melayu yang menjadi talibarut Jepun saperti anggota2 Kempetai Melayu.Orang2 ini telah banyak memberi padah kapada MPAJA dalam perjuangan melawan Jepun. Pembunuhan hanyalah bercurak selectif sehaja. Akan tetapi di waktu yang sama ada elemen-elamen samseng Cina Komingtang yang maseh lagi belum menyerah kan senjata menganas dan membunuh orang Melayu cara rambang. Ini telah membangkitkan kemarahan orang Melayu kerana sikap racist Komingtang itu. Tetapi apabila sejarah di tulis dan di hidangkan pada kita kominis itu dianggap ganas dan terrorist.:hmm::hmm:

PKM mengangkat senjata kerana British menidakkan  PKM sebagai salah satu pergerakan nationalist dinegara ini.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:43 AM | Show all posts
kenapa kerajaan beriya-iya sangat mengharamkan Chin Peng memasuki Malaysia sedangkan dia pun dah tua dan tak mengancam lagi keselamatan negara secara fizikal?
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 2-5-2006 12:49 PM | Show all posts
Kebenaran perlu ditegakkan biarpun pahit ditelan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063961 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list