CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 2-5-2006 09:54 PM | Show all posts
Mengikut perjanjian PKM - Kerajaan Malaysia , anggota PKM besetuju menamatkan perjuangan bersenjatanya dan semua senjata2 di musnahkan. Chin Peng sendiri telah mengatakan tidak ada apa lagi yang hendak di perjuangkan lagi dan telah melafazkan kesetiaan kapada kerajaan Malaysia dan yang di Pertuan Agung. Ini tercatat dalam perjanjian yang di saksi oleh kerajaan Thai. Malangnya kerajaan Malaysia sudah 'backtracked' dalam issue memberi laluan pada Chin Peng. Mengapa Chin Peng ? Yang lain-lain semua sudah pulang. Munkin Rahim Noor boleh jawab.:hmm::hmm:

[ Last edited by  thamrong at 3-5-2006 06:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 2-5-2006 09:54 PM
Mengikut perjanjian PKM - Kerajaan Malaysia , anggota PKM besetuju menamatkan perjuangan bersenjatanya dan semua senjata2 di musnahkan. Chin Peng sendiri telah mengatakan tidak ada apa lagi yang he ...


Sebab dialah ketuanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 02:02 AM | Show all posts
dan jangan lupa yer

sejarah ditulis oleh orang yg menang

so kalau british for sure dalam sejarah dia tulis yg menentang mereka adalah penderhaka



jangan lupa satu perkara

- kalau tak disebabkan pengisytiharan darurat dan penentangan komunis yang berterusan...lum tentu kita merdeka 1957

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2-5-2006 11:43
kenapa kerajaan beriya-iya sangat mengharamkan Chin Peng memasuki Malaysia sedangkan dia pun dah tua dan tak mengancam lagi keselamatan negara secara fizikal?


Untuk keselamatan diri dia sendiri....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2-5-2006 11:43 AM
kenapa kerajaan beriya-iya sangat mengharamkan Chin Peng memasuki Malaysia sedangkan dia pun dah tua dan tak mengancam lagi keselamatan negara secara fizikal?



Cuba kau pergi tanya anggota tentera atau polis yang berjuang semasa insurgensi,mereka akan menolak sekeras-kerasnya...Itu sudah dianggap menghina perjuangan tentera dan polis yang terkorban untuk mempertahankan negara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 10:15 AM | Show all posts
Kesimpulan sejarah tidak boleh bersandarkan pada fakta
  1. Cuba kau pergi tanya anggota tentera atau polis yang berjuang semasa insurgensi,mereka akan menolak sekeras-kerasnya
Copy the Code
Kita kena melihat issue ini secara holistic.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2006 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 13-6-2006 10:15 AM
Kita kena melihat issue ini secara holistic.


Maksud kau?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 11:28 AM | Show all posts

Reply #87 swordman's post

Saya pun pernah besimbang dengan bekas angota  SC(Special Constable) , askar Melayu dan dan polis hutan tentang perkara ini tetapi malangnya , munkin kerana pengetahuan yang agak terbatas, mereka tidak dapat menjelaskan latar belakang perjuangan PKM. Mereka benci kominis kerana kominis ni seteru. Jadi saya anggap mereka ni setakat makan gaji saja. Saperti kata orang Minang " Di suruh Pogi, di Panggil Mari".



Dalam usha kita memahami sejarah PKM saya kira thread2  Mok Nik( kalau anda sudah baca dan faham) sungguh jelas sekali dan dari situ kita boleh dapat membuat kesimpulan. Ideologi Marxist menolak kapitalisme  dan feudalisme. Ia memperjuangkan satu konsep masyarakat utopia di mana tidak ujud perbezaan klas dalam masyarakat( class different). Cara menyusun kembali masyarakat kearah utopia sungguh jelas dan saintifik saperti dalam karangan2 Karl Marx. Contohnya saperti  'dilectical materialism' dan kebangkitan kaum tani dan buruh.

PKM banyak membuat kesilapan di Melaya (di waktu itu termasuk Singapura). Cerdik pandai dan pemimpin PKM, pada himat saya, kurang masak tentang ideoloji Marxist yang sebenar. Ini termasuk juga di kalangan pemimpin2 kominis di tanah besar Cina di mana PKM mendapat inspirasi.

Contoh yang jelas sekali ialah laungan ke Cinaan yang di tunjulkan telah menyisihkan sokongan orang Melayu. Ini dapat di lihat melalui spanduk2  propaganda, bahasa penghantar resmi PKM dan rangkaian ahli-ahli parti. Cell2 dan cadre2 PKM yand lahir dari sekolah2 Cina hanya tahu bahasa Cina dan cuma duplicate cara2 di tanah besar Cina dan tidak berusha mengolah cara perjuangan  sesuai dengan keadaan setempat. Dalam usaha ini, kalau di bandingkan, Partai Kominis Indonesia (PKI) lebeh berjaya  di Indonesia. Di tanah Melayu, orang Melayu melihat perjuangan PKM satu konspirasi untuk merampas kuasa dan mengujudkan ketuanan Cina di Negara ini. Ini jelas bertentangan dengan cara ideoloji Marxist.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2006 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 14-6-2006 11:28 AM
Saya pun pernah besimbang dengan bekas angota  SC(Special Constable) , askar Melayu dan dan polis hutan tentang perkara ini tetapi malangnya , munkin kerana pengetahuan yang agak terbatas, mereka t ...


Betul gak tu...Sebab itulah masyarakat dulu sampai sekarang masih menganggap Cina itu komunis dan komunis itu Cina....Selain itu,PKM hanya memperjuangkan bangsa Cina sahaja,sebab itulah orang Melayu kurang tertarik untuk menyertainya..

Walaupun askar makan gaji,diorang tetap berprinsipkan berkorban untuk negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 14-6-2006 01:11 PM | Show all posts
Sebenar nya kita kena faham juga konsep pecah & perintah yang diamalkan oleh British. Kebanyakan askar,polis hutan dan pasukan keselamatan khususnya Bangsa Melayu tidak pernah menganggap British itu sebagai penjajah dan musuh.

Bangsa Cina yang bersekutu bersama British semasa perintahan Jepun, akan ditanamkan semangat kecinaan. Itu lah kepandaian penjajah British.

Oleh itu sampai bila pun tak kan bertemu dan lebih malang lagi sejarah yang sebenar tidak diceritakan. Boleh dikatakan masyarakat Malaysia masih buta sejarah kerana kurangnya rujukan dan bacaan. Yang lebih malangnya, apabila konsep ini masih digunapakai di dalam pemerintahan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:12 PM | Show all posts

Organisasi PKM

Penyebaran pemikiran Karl Marx dan ideologi komunisme telah menyusup masuk ke sanubari sebilangan masyarakat Cina sejak tahun 1920an. Ini terbukti dengan penemuan beberapa penerbitan komunis di dalam bahasa Cina yang disebarkan ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu. Lanjutan daripada itu, pada 30 Apr 1930, PKM telah ditubuhkan dan malangnya telah diiktiraf oleh pihak British selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Pertubuhan ini kemudiannya telah diharamkan pada 20 Jul 1948 berikutan dengan pengisytiharan darurat bagi Tanah Melayu yang berpunca daripada pemberontakan bersenjata oleh pihak pengganas komunis. Dengan itu bermulalah Peperangan Melawan Insurgensi (Counter Insurgency Warfare) di Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan British telah melaksanakan berbagai langkah bagi menggagalkan pemberontakan komunis di Persekutuan Tanah Melayu. Pada akhir tahun 1959, semua anggota pengganas komunis (PGK) yang beroperasi di Persekutuan Tanah Melayu telah berundur ke selatan Thailand untuk mengelak daripada kehancuran PKM sama sekali. Di waktu itu, Chin Peng merasa amat kecewa kerana, pertamanya pemberontakan bersenjatanya tidak langsung membawa hasil dan keduanya tuntutan untuk berjuang di arena politik sepertimana yang dikemukakan dalam syaratnya di dalam perbincangan di Baling pada 28 dan 29 Dis 1955 telah tidak diterima. Di atas kegagalan tuntutan tersebut, Chin Peng telah membawa saki-baki anggotanya yang penuh dengan dendam yang tidak kesampaian yang dianggarkan berjumlah 400 ke 500 orang ke selatan Thailand.

Di antara beberapa faktor kegagalan PKM bertapak di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu adalah disebabkan oleh kurangnya sokongan di kalangan rakyat terhadap cita-cita PKM. PKM terutamanya tertumpu di kalangan kaum Cina kerana ideologi komunisme yang tidak berteraskan ketuhanan yang Esa. Selain itu, PKM tidak menerima bantuan material dari negara-negara komunis lain seperti China dan Rusia. Taktik jahat dan ganas PKM juga telah menimbulkan perasaan benci rakyat Persekutuan Tanah Melayu terhadap PKM. Di samping itu, kegagalan PKM juga berpunca daripada dalaman. Fahaman komunis merupakan sesuatu yang asing untuk segelintir masyarakat agrarian Melayu yang memasuki PKM dan rangkaian unit bawah tanah yang bertanggungjawab bergerak secara sulit tidak berkesan membantu perjuangan bersenjata kumpulan militan PKM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:24 PM | Show all posts

Organisasi

Chin Peng sebagai dalang penyusupan anggota komunis ke Semenanjung Malaysia telah mengatur semula saki baki anggota PGK yang telah berundur ke selatan Thailand dengan menempatkan Rejimen Ke 8 di kawasan Sadao, Rejimen Ke 10 di Weang dan Rejimen Ke 12 bersama dengan Markas Induk di Kompleks Betong di bawah pemerintahan Biro Utara Malaya (BUM) yang juga bertanggungjawab untuk mengarah aktiviti unit-unit penggempur di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, Chin Peng turut membuat percaturan pemimpin ke atas ketiga-tiga rejimen tersebut sebagai proses pengemasan kedudukan mereka di selatan Thailand. Satu politburo baru PKM turut dibentuk di selatan Thailand oleh Jawatankuasa Pusat PKM yang dianggotai oleh Chin Peng, Lee Ann Tong, Chen Su Ying@Kam Chi Mong, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Ng Chin Kee @ Ah
Sze. Pembentukan politbiro ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi pentadbiran parti itu serta bertanggungjawab untuk berhubung terus ataupun menerima sebarang arahan dan polisi dari semasa ke semasa daripada wakil tertinggi PKM di Beijing, Republik Rakyat China (RRC). Kini PKM telah mendapat perhatian Parti Komunis China (PKC) dan sokongan moral yang diberikan semakin menyemarakkan api perjuangan mereka . Untuk menakluki Semenanjung Malaysia melalui pemberontakan bersenjata. Kem-kem baru yang dilengkapi dengan pelbagai sistem pertahanan dan kemudahan terus dibina dan PKM semakin berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan unit-unit penggempurnya.

Mereka memperbanyakkan lagi bilangan keahliannya dengan merekrut kader-kader baru yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan kaum keluarga komunis di Semenanjung Malaysia dan juga penduduk di selatan Thailand. Kader-kader baru ini diberi pendedahan dan latihan yang intensif seperti latihan menembak, taktik perang gerila dan berkawad supaya mereka mendapat latihan peperangan gerila secukupnya sebelum diserapkan ke unit-unit penggempur ataupun elemen bawah tanah. Selain daripada itu, mereka telah meningkatkan latihan perang gerila termasuk membuat jerangkap samar dan periuk api dengan bantuan kepakaran daripada beberapa negara asing. Pada waktu yang sama, melalui elemen bawah tanah, mereka telah menggerakkan penyokong di Semenanjung Malaysia untuk menyediakan bekalan makanan, kewangan, pakaian dan ubat-ubatan di kawasan gerak tindak mereka sebelumnya. Anggota-anggota PKM yang veteran bertanggungjawab menyerapkan semangat dan fahaman ideologi komunisme di kalangan kader-kader baru ala ajaran Mao Tze Tung sebagai asas perjuangan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:24 PM | Show all posts

Rejimen Ke-8

Bertiraikan hutan rimba tropika yang terasing membuatkan kedudukan kawasan Rejimen Ke 8 di Sadao begitu strategik dari segi geografinya. Anggota-anggota PKM menjadikan Rejimen Ke 8 ini sebagai pangkalan sementara untuk perjalanan masuk dan keluar dari hutan. Sadao juga digunakan sebagai laluan bagi kader-kader PKM untuk
berulang-alik ke Bangkok, Hanoi, Beijing dan Sernenanjung Malaysia. Rejimen ini diberi tugas untuk melakukan keganasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Pada 15 Feb 1970, Rejimen Ke 8 telah memutuskan untuk
menarik diri daripada PKM lnduk dan membentuk satu badan pemerintahan yang bebas dan berasingan. Kemelut ini berlaku ekoran krisis dalaman yang wujud berpunca daripada syak wasangka jawatankuasa Pusat PKM bahawa organisasi mereka telah disusupi oleh agen-agen kerajaan semasa pengambilan rekrut baru dijalankan pada tahun 1962. Mulai bulan Jan 1970, Jawatankuasa Pusat PKM melalui Biro Utara Malaya (BUM) telah mengarahkan supaya Rejimen Ke 8 berwaspada terhadap wujudnya agenagen kerajaan tersebut. Arahan selanjutnya mengkehendaki supaya rekrutrekrut yang berumur 12 tahun ke atas yang menyertai parti itu selepas
tahun 1962 dibunuh. Akan tetapi pucuk pimpinan Rejimen Ke 8 enggan mematuhi arahan tersebut kerana beranggapan ia mengkhianati matlamat asal pemberontakan mereka. Berikutan itu, pada 25 Sep 1970, pucuk pimpinan Rejimen Ke 8 telah mengisytiharkan penubuhan Parti Komunis Malaya-Kumpulan Revolusi (PKM-KR) yang pada ketika itu berkekuatan 159 orang PGK yang diketuai oleh Wong Chung Sing @ Eik Chiang. Kawasan gerak tindak mereka adalah di sekitar Sadao. Mereka sering menyusup ke Semenanjung Malaysia di kawasan Sintok, Padang Sanai dan Changlun. Sejak berpisah dengan PKM Induk, PKM-KR tidak dapat mengembangkan pengaruhnya dan gagal menubuhkan pangkalan serta mempengaruhi penduduk di Semenanjung Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:26 PM | Show all posts

Rejimen Ke 10

Jawatankuasa Pusat PKM telah mengkaji semula organisasinya dan merasakan perlunya wujud satu rejimen yang khusus untuk kaum Melayu. Justeru, Rejimen Ke 10 telah ditubuhkan di Temerloh, Pahang pada 24 Mei 1949 untuk mencari pengaruh dan sokongan di kalangan orang Melayu terhadap perjuangan PKM.Tujuan utama Rejimen Ke 10 diwujudkan adalah bagaikan menangguk di air keruh, mengambil k e s e m p a t a n semangat berkobar-kobar kaum Melayu menentang penjajah British di masa itu melalui persatuanpersatuan seperti Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA) dan Barisan Tani Malaya (BTM). Rejimen Ke 10 ini mengambil nama bersempena dengan kalendar Islam iaitu 10 Zulhijjah yang merupakan Hari Raya Korban. Rejimen ini diketuai oleh Abdullah CD atau nama sebenarnya Cik Dat Anjang Abdullah. Dia dilahirkan pada tahun 1923 di Lambor Kanan, Parit, Perak dan mula aktif menentang British sejak di bangku sekolah lagi setelah mengikuti kisah perjuangan Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 03:28 PM | Show all posts

Rejimen Ke-12

REJIMEN Ke 12 ditubuhkan pada awal tahun 1949 dan diketuai oleh Ah Sek Sze dengan kekuatan antara 768 hingga 866 orang PGK. Rejimen ini mempunyai beberapa subunit yang terkenal aktif di selatan Thailand dan juga di Semenanjung Malaysia. Rejimen ini juga menggunakan saluran propaganda dengan begitu aktif melalui siaran radio 慡uara Demokratik Malaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2006 03:29 PM | Show all posts

Strategi

Walaupun terpaksa berundur akibat kekalahan yang dialami, tahuntahun sebelum 1968 digunakan sepenuhnya oleh PKM untuk mengatur strategi dan tindakan bagi meneruskan perjuangan ganas mereka ke arah matlamat pembentukan sebuah negara komunis. Sebagai sebuah pergerakan komunis yang condong ke Beijing, PKM merasakan strategi perang gerila yang digunakan oleh Mao di negeri China sebagai asas untuk dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Justeru, dalam melancarkan pemberontakan bersenjata buat kali kedua, PKM meneruskan strategi-strategi seperti berikut: Pertama, mempergiatkan aktiviti subversif dengan menggunakan
Barisan Bersatu Komunis (BBK) untuk menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan politik, badan-badan belia dan persatuan-persatuan pelajar dalam usaha mempengaruhi minda rakyat agar mereka dapat menerima ideologi komunisme, dan bangun menentang dasar-dasar kerajaan. PKM merasakan untuk menjayakan strategi ini, peranan rakyat amat penting kerana perjuangan bersenjata perlu mendapat sokongan dan bantuan daripada penyokong-penyokong yang terdiri dari kalangan rakyat. Mereka juga diarah untuk menjalankan tugas-tugas pengindoktrinan untuk merekrut anggota-anggota baru.

Kedua, elemen bawah tanah dikehendaki menyelaraskan segala persiapan dan kegiatan yang diperlukan oleh unit-unit penggempur agar perjuangan bersenjata memperolehi kejayaan. Melalui kumpulan-kumpulan kecil yang diwujudkan di seluruh negara, mereka dikehendaki menyediakan tempat-tempat menyimpan makanan (food dump), mendapatkan perisikan tentang gerakan PK, memperoleh bekalan ubatubatan, mengumpul kewangan di samping menubuhkan pangkalanpangkalan terutamanya di kawasan-kawasan yang pernah menjadi kubu
kuat mereka semasa darurat dahulu. Kumpulan bawah tanah ini juga diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja sabotaj dan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertinggi PK yang mereka anggap mempunyai kebijaksanaan untuk menggagalkan perjuangan mereka. Sebagai contoh, pembunuhan terhadap Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 6 Jun 1974 di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semasa beliau berada di dalam kenderaan dan contoh kedua pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada tahun 1975.

Ketiga, meningkatkan aktiviti militan melalui unit-unit penggempur di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia. Ini merupakan matlamat PKM untuk melancarkan semula pemberontakan bersenjata di Semenanjung Malaysia. Sebagai persediaan, PKM telah merekrut kaderkader baru dan setelah menerima latihan di selatan Thailand, sebahagian daripada mereka diserapkan dalam unit-unit penggempur manakala sebahagian lagi pulang ke Semenanjung Malaysia untuk meneruskan kegiatan BBK dan bawah tanah. Anggota PGK mempunyai kelengkapan dan kemahiran menjahit pakaian seragam untuk dibekalkan kepada anggota mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2006 03:13 AM | Show all posts
nak tanye nih..mengapa beijing dan moscow bermusuhan even mereka mendokong ideologi yg samer

ff:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2006 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 18-6-2006 03:13 AM
nak tanye nih..mengapa beijing dan moscow bermusuhan even mereka mendokong ideologi yg samer

ff:



Moscow diterajui oleh Parti Koumitang (komunis antarabangsa) manakala China diterajui oleh Parti Komunis China.
China tak masuk blok Soviet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 12:08 AM | Show all posts
Ada buku sejarah tentang penentangan komunis ketika darurat peringkat pertama(1948-1960).



The Malayan Campaign 1948-60 (Men at Arms Series, 132)

Text by John Scurr, Colour Plates by Mike Chappell. In June 1948 Communist insurgent forces commenced a guerrilla war to end British rule in Malaya. Although the conflict continued until 1960 the British, unlike the Americans in Vietnam, won the fight against the Communists. This book recounts the events of the campaign. Due to popular demand, strictly limited quantities of Osprey抯 most wanted out of print Men-at-Arms, Vanguard and Elite titles are back in stock. Many of these books have been out of print for 5 years or more, so don抰 miss this one-off opportunity to buy them hot-off-the-press at regular series prices while stocks last. Orders will be processed on a strictly first come, first served basis so hurry! Order your books today.

Klik sini untuk download
PM aku untuk dapatkan password:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.884198 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list