CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 19-6-2006 10:02 AM | Show all posts
Anda mesti melepaskan pemikiran anda dari propaganda penjajah Inggeris bahawa komunis itu adalah pengganas.

Komunis adalah pejuang kemerdekaan, seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dll.

Tanpa adanya perjuangan bersenjata oleh PKM, penjajah Inggeris mungkin lambat lagi angkat kaki dari negeri ini.

Akan tetapi, dengan adanya perjuangan PKM Tunku dapat meyakinkan Inggeris supaya kemerdekaan diserahkan kepada beliau /UMNO dengan segera. Dengan itu, PKM tidak ada alasan lagi untuk meneruskan perjuangannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2006 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by Dunhill. at 19-6-2006 10:02 AM
Anda mesti melepaskan pemikiran anda dari propaganda penjajah Inggeris bahawa komunis itu adalah pengganas.

Komunis adalah pejuang kemerdekaan, seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dll.

Tanpa a ...


Tapi kenapa selepas merdeka,komunis masih buat kacau lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 11:50 PM | Show all posts
Meskipun  PKM telah  menandatangani perjanjian untuk menamatkan pemberontakan senjata,namun terdapat ura-ura yang mengatakan anasir komunis masih wujud lagi sekarang dan bergiat menyebarkan ideologi mereka.Hasilnya,timbullah  seekor manusia daripada DAP yang mengatakan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan.Hati-hati semua.
Dan kita mesti ingat,jika PKM ingin sangat perjuangkan kemerdekaan,kenapa mereka buat kacau dan menyusahkan orang lain sehingga melakukan pembunuhan ke atas orang awam tanpa mengira bangsa?Tidak lain tidak bukan,mereka hanya memperjuangkan ideologi mereka sendiri untuk kepentingan mereka,bukannya kemerdekaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:11 AM | Show all posts
JAWATANKUASA Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) selaraas dengan strategi diatur telah mengeluarkan satu arahan bertarikh 1 Jun 1968 yang mengarahkan unit-unit penggempurkan dan elemen bawah tanah memulakan pemberontakan bersenjata mereka.Dengan arahan melalui sayap tenteranya telah melancarkan ke atas PK di jalan Kroh -Bentong pada 17 Jun 1968 yang mengakibatkan 17 anggota PK terbunuh dan diikuti dnegan beberapa lagi kejadian pembunuhan, serang hendap dan letupan landasan keretapi berhampiran Padang Besar. Walanpun. aktiviti ini dilakukan secara muslihat dan tipu helah untuk mengelirukan PK, ianya juga dijadikan sebagai propaganda menandakan bermulanya pemberontakan bersenjata PKM. Sebelum tahun 1969, penyusupan masuk anggota PGK ke Semenanjung Malaysia terbatas di sekitar kawasan sempadan.sahaja. Namun begitu, mereka terus berusaha masuk semakin jauh ke pedalaman dan pada tahun 1969, mereka telah dapat bergerak jauh ke selatan dengan mengelak daripada di kesan oleh PK. Kejayaan menyusup masuk jauh ke pedalaman ini ada kaitanya dengan peristiwa 13 Mei 1969, apabila PKM telah mengambil peluang sempena kesibukan PK menghadapi kekacauan yang berlaku di bandar-bandar. Unit-unit penggempur pengganas komunis telah memperhebatkan penyusupan mereka sehingga jauh di pedalaman di Perak dan Pahang. Di sebelah Barat semenanjung tumpuan kawasan gerak tindak merela adalah di sekitar Gerik, Lengging/Air kala, Sungai Siput, Ipoh, Gopeng, Kampar dan Slim River di Perak dan Kulim, Karangan serta Gunung Inas di kedah.
Di sebelah timur pula, kawasan gerak tindak mereka tertumpu di kawasan Batu Melintang, Lubok Bongor, Kemubu, Gua Musang, Pulai dan Merapoh di kelantan dan Kuala Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Karak di Pahang. Kawasan gerak tindak tersebut, dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa yang diliputi hutan tebal yang menjadi tempat tinggal semulajadi Orang Asli di Semenanjung Malaysia. PGK mendekatkan diri dengan orang asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan maklumat tenteang pergerakan atau kehadiran PK. Menjelang tahun 1975, kesemua unit-unit penggempur PKM telah bertapak di Semenanjung Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 03:11 PM | Show all posts
Parti komunis akhirnya tunduk kepada kerajaan

Seperti yang tercatat, PKM adalah satu pertubuhan yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British selepas Perang Dunia Kedua (WWII).

Tetapi selepas lebih 40 tahun berjuang dalam hutan serta mengadakan beberapa siri keganasan dan rusuhan antara kaum serta kegiatan subversif di pekan atau bandar, akhirnya mereka tunduk kepada keadaan.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu pada 2 Disember 1989 itu, PKM diwakili oleh Pengerusinya Abdullah C.D., Setiausaha Agungnya Ching Peng dan seorang anggota Majlis Pusat PKM, Rashid Maidin.

Kerajaan Malaysia ketika itu, diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad Hashim Mohd Ali.

Bagi pihak kerajaan Thailand, wakilnya ketika itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Vhavalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Empat, Leftenan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Sawaeng Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri Anek SithipRasasana.

Perjanjian bersejarah itu turut disaksikan oleh 120 orang pegawai dari Malaysia dan Thailand serta kira-kira 400 orang wartawan yang mewakili media tempatan dan antarabangsa.

Perjanjian itu telah menamatkan perjuangan bersenjata PKM selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Sepanjang perjuangan bersenjata PKM itu, lebih 10,000 nyawa terkorban, termasuk lebih 1,300 anggota pasukan keselamatan (tentera dan polis), lebih 2,500 orang awam dan lebih 6,300 anggota dan penyokong PKM.

Pada tempoh itu juga, lebih 2,000 anggota pasukan keselamatan yang cedera ketika berjuang menentang PKM dan lebih 1,400 orang awam yang tercedera.

Antara yang terkorban sepanjang empat dekad perjuangan sia-sia PKM itu ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 di Fraser Hill; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 4 Jun 1974 di Kuala Lumpur; Ketua Polis Perak, Datuk Khoo Chong Kong pada 13 November 1975.

Turut terkorban ialah lebih 3,000 pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dan tercedera ketika menjalankan tugas.

Kerajaan yang berusaha tegas untuk menangani isu keselamatan dalam negeri telah mewujudkan pelbagai undang-undang.Antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Undang-undang Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979, Akta Pendaftaran Kebangsaan, Akta Hasutan dan Senjata Api 1971.

Perpecahan dalam PKM di awal tahun 1970-an, pembesaran ATM dan PDRM, operasi yang berterusan dan perkembangan ekonomi yang pesat, gagal menarik perhatian rakyat untuk menyokong PKM.

Bahkan ketidakupayaan menarik sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam dan juga rakyat keseluruhannya adalah punca utama kegagalan perjuangan PKM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 04:07 PM | Show all posts
Ifa pernah buat lawatan kerja ke Perak ....melihat kesan PKM nie...kami ade berjumpa dengan sorang atuk nie lah...waahh...d way dia ckp cara pemikiran dia masih sama seperti pegangan dia yg lama...pada dia katanya, semua org inginkan kemerdekan cuma CARA sahaja berbeza....kesan fizikal dpt dilihat pada dia...dia pekak sketlah...bukan sebab tua katanya..tetapi kerana bom pernah disasarkan cuma beberapa kaki sahaja dari beliau dan itulah impaknya kepada dia...gegendang telinga nyer rosak...dia tunjuk gambar2 anak dia...semuanya dulu ahli komunis....tapi badannya masih sihat..kami beranggapan kerana dia duduk dalam hutan terlalu lama..makan pun yg fresh..udara fres..air fresh...agaknyer lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:14 PM | Show all posts
" Pada 29 Disember 1955, Rundingan Baling di antara pihak kerajaan dan PKM bertujuan menamatkan darurat berakhir dengan kegagalan. Rundingan ini diadakan di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, En. David Marshall serta Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 11:10 AM | Show all posts
Permohonan Chin Peng disebut di Mahkamah Tinggi esok

KUALA LUMPUR 19 Julai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 02:40 PM | Show all posts
Hampir maut ditembak pengganas komunisOleh RAHMAN DAUD



[size=-2]ZAINUN Mat Seran (tiga dari kanan) bersama peserta Kursus Peningkatan Etika PDRM.


揘AFAS bagai tersangkut dan degupan jantung terus hilang rentak tatkala saya bersama rakan saya ditembak dua pengganas komunis.

揂pa tidaknya, satu das tembakan tepat menembusi perut sebelah kiri menyebabkan peluru itu berada dalam perut manakala rakan saya tidak mampu bergerak apabila kedua-dua kakinya ditembak pengganas komunis yang sama.

揃agaimanapun, saya lebih bernasib baik kerana berjaya bangun dari tempat duduk... jika tidak hilanglah riwayat saya di tangan komunis. Lebih-lebih lagi jika tersilap perhitungan, mungkin nyawa jadi pertaruhan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by swordman at 18-6-2006 23:58



Moscow diterajui oleh Parti Koumitang (komunis antarabangsa) manakala China diterajui oleh Parti Komunis China.
China tak masuk blok Soviet.


Wehhh...kuomintang tu partis nasionalis CHINA ditubuhkan Dr Sun Yat Sen dan kemudiannya Chiang Kai Shek!

PRC asalnya sahabat baik USSR tapi ada perbezaan dari segi ideologi menyebabkan mereka berpecah pada lewat 50an

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:31 AM | Show all posts

Reply #111 alphawolf's post

Kesimpulan sejarah China, Komintang adalah satu parti yang paling korup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 25-7-2006 03:15 PM


Wehhh...kuomintang tu partis nasionalis CHINA ditubuhkan Dr Sun Yat Sen dan kemudiannya Chiang Kai Shek!

PRC asalnya sahabat baik USSR tapi ada perbezaan dari segi ideologi menyebabkan merek ...


Pembetulan

bukan PRC tapi ROC
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 26-7-2006 12:31 AM
Kesimpulan sejarah China, Komintang adalah satu parti yang paling korup.


tapi Parti tu dapat Surviive kat Taiwan... tetapi Korup dan terkeluar dari konsep perjuangan Dr Su Yat Sen
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 26-7-2006 10:29


Pembetulan

bukan PRC tapi ROC


Hang saya refer pada split antara PRC dengan Russia pada lewat 50an/ awal 60an.

ROC pada awalnya memang sahabat Rusia pada 1920an...sebelum Parti Komunis galak di China..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 11:46 AM | Show all posts
aku rasa gomen takut nak kasi chin peng balik malaya sebab dia akan develop his own followers secara tak langsung - walaupun dia sendiri nak jadik low profile.

tapi personaly aku setuju dia boleh balik sebab dah termeterai dlm perjanjian haadyai yg all ex komunis boleh balik malaya.

samshiah fakeh right now dah duduk dgn anak dia kat gombak if i'm not mistaken.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 10:54 AM | Show all posts
Terowong 100 bilik komunis


Keadaan dalam terowong Khao Nam Khang apabila melepasi tingkat pertama. Struktur batuan dalam terowong ini dibiarkan tanpa sebarang perubahan.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh Meor Harman Meor Shakri

``SEKSA memang terlalu seksa. Apabila askar-askar kerajaan datang kami lari lintang-pukang macam dihambat kerana takut dirobek peluru tembaga yang muntah daripada senjata M-16. Mujurlah ada gunung ini untuk berlindung,'' kata Ah Tuck.

Ah Tuck atau nama sebenarnya Tan Pei Chai kini berusia 75 tahun dan pada usia itu dia tidaklah seaktif dahulu ketika dia menjadi Komander Rejimen Kelapan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ah Tuck yang berasal dari Pulau Pinang kini adalah seorang tua yang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan mengusahakan bukit-bukau di selatan Thailand sebagai kawasan baru tarikan pelancongan.

Pada zaman mudanya, Ah Tuck menyifatkan Kampung Khao Nam Khang, Nathawi bukanlah seperti kampung-kampung lain yang melata di bumi Thailand malah ia lebih terkenal sebagai `kamus' yang hidup.

Di situlah pengganas komunis menebuk sebuah gunung dengan tulang empat kerat mereka untuk dijadikan terowong-terowong rahsia yang menyimpan lebih seribu satu macam kegiatan dalam PKM.

Alamat No: 5 dianggap keramat bagi penduduk di situ kerana ia merupakan rangkaian bukit-bukau yang tingginya lebih 100 meter dan dilitupi hutan tebal jenis malar hijau tropika.

Khao Nam Khang atau dalam bahasa Melayunya bermakna Muhibah terletak di selatan Thailand. Lokasinya ialah dua jam perjalanan dari bandar Hatyai ke pedalaman di selatan Thai.

Perjalanan ke tempat persembunyian bekas pengganas komunis itu menyusuri kampung-kampung tradisional, ladang getah sebelum memasuki kawasan hutan yang membawa kita ke kaki pergunungan.

Kebanyakan penduduk di situ bukan sahaja terdiri daripada anak-anak tempatan malah ada di antara mereka merupakan bekas-bekas komrad PKM yang kini tidak lagi berjuang dalam hutan.

Mereka mula merasai semula kehidupan normal seperti orang lain. Malah kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara hidup bersama anggota keluarga.

``Banyak kenangan saya di gunung ini kerana di sinilah kami menggunakan tukul dan pahat menebuk bukit malah kami terpaksa memerah tenaga wanita untuk bekerja mengangkut keluar serpihan batu,'' katanya dalam pelat Cina kepada penulis.

Menceritakan kenangannya berjuang selama lebih 20 tahun dalam hutan dan menjadi orang buruan, Ah Tuck yang jelas nampak dimamah usia sesekali melempar pandangannya ke arah bukit. Raut wajahnya nampak sayu. Mungkin menyesal!

Terowong Khao Nam Khang dibina pada 1971 dan siap dua tahun kemudian. Ia merupakan terowong tiga tingkat menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan.

Persekitaran di luar terowong tidak ubah seperti hutan di Malaysia. Keadaannya sejuk dan nyaman, pendek kata ia seolah-olah seperti hutan dara yang tidak pernah diterokai.

Panjang terowong berkenaan dianggarkan satu kilometer dan boleh menempatkan sebanyak 200 orang bekas pengganas komunis dalam satu masa. Malah ia dipercayai terowong yang paling panjang di Thailand.

Kerja-kerja menggali terowong yang dikatakan boleh menembusi Betong yang bersempadanan dengan Pengkalan Hulu, Perak itu dilakukan oleh anggota Rejimen Ke-8, Ke-10 dan Ke-12 PKM.

Yang paling menakjubkan, mereka hanya menggunakan tukul besi dan pahat untuk menebuk permukaan batu-batuan granit yang keras dan menjadikannya terowong seperti yang ada sekarang.

Ketika zaman darurat, Rejimen Ke-10 dan Ke-12 dalam PKM mengetuai gerakan gerombolan di sempadan Hulu Perak berdekatan Betong di Thailand dan ia dikatakan diletakkan di bawah teraju Rashid Mydin.

Di samping sebuah pintu masuk utama di kaki bukit yang bertentangan dengan sebatang anak sungai, terowong itu juga mempunyai tidak kurang daripada 16 pintu masuk di sekitarnya.

Lubang-lubang rahsia untuk memasuki terowong itu banyak terdapat di atas bukit, di celah pokok, di bawah batu dan dalam belukar yang begitu rapi bentuk kedudukannya.

Garis pusat terowong itu hanya memuatkan saiz badan seorang lelaki bertubuh sederhana dan jika berselisih, salah seorang perlu mengeseng badan dengan berhati-hati untuk melepasinya.

Setiap pintu masuk ke dalam terowong itu mempunyai tidak kurang daripada 54 anak tangga dan semuanya akan bertemu dengan sebuah lorong utama yang seakan-akan lebuh raya.

Anak-anak tangga dalam terowong terlalu curam dan lebarnya pula terhad. Jika tersilap langkah seseorang itu boleh jatuh tersungkur dan mungkin akan mendapat risiko cedera parah.

Keadaan dalam terowong gelap dan hanya diterangi samar-samar cahaya lampu yang menerangi kawasan anak tangga malah ruang lain seperti bilik komander dan komrad dibiarkan bergelap.

Asalnya, terowong itu bukan sahaja menempatkan bilik untuk pengganas malah ia juga mempunyai bilik-bilik tamu, kilang senjata, bilik pembedahan dan bilik untuk tetamu agung seperti Chin Peng yang sering ke situ bertemu anggota PKM.

Kalau dahulu, keadaan dalam terowong itu mungkin sibuk tapi hari ini bilik-bilik rahsia tersebut dipenuhi tahi musang malah di sesetengah bilik keadaan sungguh tidak menyenangkan.

Di puncak bukit itu terdapat kawasan lapang yang menempatkan sebuah dewan kecil dan beberapa buah bangsal pengawal serta gelanggang tanah serbaguna untuk tujuan latihan dan beriadah.

Dalam dewan yang dibina menggunakan kayu dimuatkan gambar tokoh-tokoh pemimpin komunis seperti Stalin, Karl Marx, Lenin dan Mao Tse-tung yang dianggap sebagai penyuntik inspirasi.

Kata Ah Tuck, setiap anggota komunis mempunyai tugas masing-masing di kampung itu. Mereka yang tidak bertugas perlu menjalani kegiatan riadah seperti bermain bola keranjang untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa pada tahap terbaik.

Pada masa yang sama, anggota yang bertugas di balai pengawal sentiasa memasang telinga dan peka dengan keadaan di sekitar bukit itu bagi memastikan keselamatan anggota lain.

Setiap balai pengawal dilengkapkan dengan senjata dan tin-tin kosong yang berfungsi sebagai penggera kecemasan. Tin-tin pula diikat pada dawai yang mengelilingi kawasan bukit itu.

Jika terdapat pergerakan yang boleh membahayakan seperti bunyi tembakan meriam atau enjin kapal terbang pengebom, tin-tin itu akan digoncangkan dan mereka akan segera masuk ke terowong.

``Kami boleh kenal bunyi meriam jauh atau dekat. Kalau bunyi ekornya sayup-sayup menandakan tembakan itu tidak akan mengenai bukit ini tetapi kalau bunyinya kuat tidak diikuti dengan bunyi ekor, ini boleh membahayakan,'' ujarnya.

Menurut Ah Tuck, meskipun pasukannya sentiasa menerima asakan hebat daripada tentera kerajaan, namun mereka selamat di dalam terowong berkenaan yang didakwa sukar dikesan.

Di atas bukit itu juga terdapat sebuah bangsal kecil beratap nipah untuk anggota-anggota komunis melangsungkan perkahwinan. Mereka diberikan keistimewaan untuk bermesra sebagai suami-isteri hanya untuk semalaman di bangsal itu.

Bangsal kecil itu mempunyai sebuah katil yang beralaskan tikar dan meja kecil manakala di dalamnya pula dihiasi dengan kain pemidang berwarna merah di samping lukisan kecil jantung dan anak panah.

Menurutnya, setiap anggota komunis mempunyai tugas masing-masing seperti memasak, meronda dan menggempur manakala yang lain bertugas di kilang membuat senjata, merawat anggota yang cedera atau menjalankan kerja-kerja pengintipan di sempadan.


......bersambung.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 10:55 AM | Show all posts
Rakan Ah Tuck, Wong Ek Chiang, 74, pula mencelah, kawasan pergunungan di situ sebelum ini amat berbahaya kerana ia dipenuhi dengan periuk api dan jerangkap samar.

Wong yang berasal dari Gunung Kriang, Alor Setar berkata, dia melarikan diri ke dalam hutan pada tahun 1949.

Katanya, untuk menyara hidup, mereka terpaksa menanam biji-bijian seperti jagung atau padi dalam pasu dan menternak binatang liar seperti babi hutan ataupun mencari madu lebah.

Hasil yang diperoleh disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripada kepingan besi dan ditanam dalam tanah di sekitar bukit. Jikalau nasib tidak menyebelahi mereka, makanan yang ditanam akan menjadi habuan binatang liar seperti beruang.

Kata Wong, makanan seperti bijian jagung, beras dan kacang soya yang ditanam dalam tanah boleh bertahan sehingga tempoh 20 tahun biarpun rasanya ketika itu tidaklah segar.

``Apabila terserempak dengan tentera kerajaan kami menyorok kerana kalau kami melawan tentunya kami mati ditembak kerana mereka mempunyai kelengkapan senjata lebih baik,'' ujarnya.

Menceritakan keadaan di situ, menurut Wong, anggota komunis yang tercedera semasa pertempuran akan dirawat dalam sebuah bilik khas dalam terowong itu dengan menggunakan per-alatan yang agak kuno.

``Doktor yang melakukan rawatan dan pembedahan adalah di kalangan anggota PKM sendiri yang dihantar ke China untuk mempelajari teknik pembedahan tanpa ubat bius,'' katanya.

Di bahagian dapur pula, tukang-tukang masak akan menyediakan makanan untuk penghuni terowong itu. Dapur-dapur dibina di dalam tanah manakala corong asap akan melalui tapisan berperingkat sebelum ia menjalani proses pemeluwapan dalam takungan air.

Katanya, teknik itu boleh menghilangkan kesan asap semasa pembakaran dan mengelakkan diri mereka daripada dikesan.

``Kini semua itu sudah berakhir. Bekas pengganas komunis PKM kini melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan hidup malah ada di antara mereka yang bekerja sebagai penoreh getah atau bekerja sendiri untuk menghabiskan sisa hidup,'' ujarnya.

Pengalaman perjuangan yang sia-sia itu nyata dikongsi bersama oleh Ah Tuck dan Wong dengan rombongan sambil belajar para pegawai tentera Malaysia yang melawat terowong Khao Nam Khang baru-baru ini.

Apa yang pasti, rombongan pegawai-pegawai tentera Malaysia yang melawat terowong itu sekurang-kurangnya mendapat satu pengalaman baru bertemu dengan bekas-bekas pengganas komunis yang satu ketika dahulu adalah musuh negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 05:42 PM | Show all posts

Maafkanlah kominis

Walaupun moyang dan anak lelaki saya telah dibunuh oleh orang cina kominis,
kerana menjual beras kepada askar Jepun, saya menyeru kepada rakyat Malaysia
melayu cina dan india, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ini, kita lupakan
kisah silam dan eratkan perpaduan. Saya kurang bersetuju bila menjelang
saja hari kemerdekaan TV1 menghentam kominis, kerana kominis juga menyumbang
kepada kecepatan kemerdekaan kepada negara kita bila berjaya membunuh
Pemimpin tertinggi British, tauke2 British...Sebenarnya kominis ingin menghalau
penjajah British, tetapi askar dan polis melayu terbunuh sama tetapi mereka
bukan benci Melayu tetapi penjajah British. Penjajah British pun bukannya baik
sangat dan mereka inilah yg patut dikutuk oleh media tempatan kerena menjajah
negara ini..

Walaupun pendapat saya agak kontroversi, tetapi kita tau DAP dan
ada org2 cina terasa   bila isu kominis ini dikutuk dgn hebat dalam media2 tempatan
...Jepun pun jahat, Brisitih
pun jahat, -- oleh itu semua jahat tak perlu kisah lama diungkit2...
Org2 Melayu pada tahun 1950-an yg ingin memperjuangankan kemerdekaan
secara kekerasan juga dianggap kominis, padahal mereka hanya ingin menghalau
British dan merdeka melayu raya indonesia..

Saya tidak mengatakan setuju dgn kominis cuma maafkanlah mereka....

Wasalam....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 05:49 PM | Show all posts
nape lak DAP dan org2 cina terasa lak kalo kita hentam kominis...sepatutnya siapa  yg merasa diri kapitalist pasti tidak akan terasa apa2..hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.078489 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list