CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 73784|Reply: 44

[kompilasi] TELUR

  [Copy link]
Post time 30-7-2005 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Egg Tofu [ajinomonosuga]



ko amik pan kecik ko buh satu cawan air..bila da buih skit..
dah hangat ko buh lah ikut suka ko kiub daging ka kiub ayam ka
chinese aku tau gilakan dairy product or whitemeat ayam itik seme tuh
so ko buh la kiub ayam kemudian slowkan api gaul rata slo2 ko tuang tepung jagung
sambil kacau k

ikutlah likat camna ko nak..nak pekat ke cair ..
consider nanti dalam sayur ada air so ko make sure gravy tu pekat...
ni teknik bikin gravy laa or nama lain dia kuah ok yang?
so ko masak sayur kemudian tuang seme tuh
jangan tambah2 garam lagi pasal kiub memang dah masin ok? so likat tu just cornstarch k?

bab tofu kuning tu..
once ko dah beli basuh bersih2
rendam dalam air simpan dalam fridge tukar air ari2 ok

kalo tak frozen dia tahan seminggu
rendam dalam air kalo frozen sampai 5 bulan
but kalo dah kuorkan dari freezer janganlah masuk balik..
ni applicable to seme mende frozen so kalo ko dah set nak masak pe baru kuokan dari freezer..
kalo tak buh lam air dan tak buh dalam freezer lagi cepat dia lendir dan kuning..
but aku salu bedal je..cuci bersih2 dan make sure rasa dia menten lagi ..
aku gile tofu gak dillos even dried bean curd tuh..yummmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2005 10:45 PM | Show all posts
Egg Tofu [ninoZ]



u can either potong egg tofu tu pendek2 [jgn too nipis] atau bior seketul seketul..
pastu goreng dlm minyak yg sederhana byk..api tak leh kuat sgt..nanti dia pecah n hancur..
alih sekali sekala je [nak cantik goreng dlm pan..minyak just enuf utk liputi 3/4 egg tofu]
pastu toskan

utk kuahnya..
bwg putih dicincang..me suka taruk byk byk..
pastu mayang halia sket aje - guna halia mula..
hiris keping nipis nipis pun bleh

then tumis dlm minyak+ minyak bijan sket..
bleh masukkan udang/ayam  atau isi ketam..[kalau guna ketam, masukkan later]  dan lada hitam, kacau sebentar
kemudian masukkan sos tiram, sedikit kicap dan sedikit air..agak agak berkuah..
perisakan garam gula secukup rasa
masukkan mix vege..biarkan kuah sedikit menggelegak
bancuh sedikit tepung jagung dgn ait n tuang ke dalam kuah..kacau rata
pecahkan telur dlm mangkuk n pukul sedikit biar bersatu..
kemudian tuangkan ke dlm kuah..biarkan kejap pastu kacau sket sket..nanti telur nampak cam berjurai dlm kuah
angkat dan tuangkan ke atas tofu yg tlh digoreng..taburkan dgn bwg goreng dan hirisan daun bwg..
siappp..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 10:49 PM | Show all posts
Telur Dadar [antiQue]

biji telur
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi (dipotong kecil)
1 biji cili merah
garam
minyak untuk menggoreng
ikan bilis halus (yg bebetul halus tu, yg dah tak nampak rupa ikan bilis tu)

Perst, goreng ikan bilis halus tu sampai garing, angkat.
Lepas tu tumiskan bwg merah dan bwg putih, cili merah dan cili padi, dan campur garam.
kacau-kacau kacau, then masukkan telur, tapi jgn kacau telur ni sgt.
Bila dia dah masak, masukkan ikan bilis yg dah goreng tadi dan ratakan sikit.


Telur Hancur Berlobak [ninoZ]

Telur
minyak bijan
garlis [cincang]
lobak masin
lada hitam
garam



lobak masin dicincang kasar..
panaskan minyak bijan sket tumis garlic cincang dgn lobak masin..
then masukkan telur kacau2 bior scrambled..taruk lada hitam
jadik ler lauk telur berlobak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 10:51 PM | Show all posts
Telur Kicap [Muntz]

Bahan-bahan
5 biji telur ayam
kicap secukup rasa

Pukul telur ayam bersama kicap sampai hitam legam.
Pastu panaskan minyak.
Gorengkan telur tadi.
Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 10:53 PM | Show all posts
Spanish Omelette [ajinomotonosuga]


bahan.

baby spinach
5 biji tlur
3 biji kentang medium saiz
1 ulas bawang besar
garam
pepper ground ( aku rekemen beli pepper grinder, mudah keje)
butter


cara

buang kulit kentang
slice kentang , tebal skit jangan la nipis sangat
slice bawang , di mayang bukan kasik hancur

kacau tlur dengan whisk macam nak buat tlur dadar or scramble eggs

panaskan frying pan...buh minyak skit..buh satu slice butter
masak kentang dan bawang medium api..make sure kentang btul2 masak

bila da masak kentang tuu..
curah saja tlur yang dah di pukul dan di campur ramuan lain seme tuh  dalam pan tersebut..
api still medium


teknik
--------

pakai hujung pisau..guris edge pan, the whole pan,
once edge omelette nampak browny, guna pinggannn  cover pan ,
by holding bottom pinggan ko flip over the pan
kemudian slide balik masukkan dalam pan panas tu ,
this is to cook the other side


atau kaedah 2
guna kalo ada pan handle BESI/ pan segalanya besi..
ko bleh masukkan dalam oven lepas dalam 5 minit on the burner...k?

total minute to cook around 10 minit sebab kita nak masakkan tlur tu saja, the rest tu seme dah cook


kalo nak sedapz lai..makan omelette ni dengan buttered mushroom..

panaskan pan..campak skit garlic, butter and dice fresh mushroom..
kacau2 dalam 5 minit masak then serve with the spanish omelette and orange juice..
wowwwwwww healthy sunday breakky
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 11:08 PM | Show all posts
TELUR DADAR PUDINA [hanieliza]

Bahan
4 biji telur
3 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [ mayang]
daun pudina [racik]
garam
minyak

Cara
1. Masukkan senua bahan dan kacar rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan telur.
3. Masakkan dengan api yg sederhana.
4. Terbalikkan sebelah lagi.
5. Bila nampak telur kuning keemasan boleh tutup api.
6. Hidangkan.

DADAR DAUN PUDINA - HANIELIZA
Bahan
5 bji telur
1 labu bawang besar [potong dadu]
daun pudina hiris kasar  [ikut suka banyak mana]
garam
minyak
Bahan  tumbuk
3 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang putih
Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya rata.
2. Panaskan minyak dan tuangkan telur.
3. Masakkan deng a api sederhana dan terbalikkan.
4. Bila amsak potong 4 dan hidangkan.

[ Last edited by  maisya at 24-10-2008 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2005 11:14 PM | Show all posts
TELUR BISTIK [xette]

5 biji telur
60 ml susu segar
garam, serbuk lada sulah secukupnya
4 camb minyak
1 camb mentega
3 biji bawang merah
50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
air secukupnya
1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
1/2 biji cili benggala hijau }
1 biji cili merah, dicincang halus
3 biji cendawan butang, dihiris nipis
2 camb susu cair/krim

Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan


TELOR BISTIK [NINOZ]

Telor bistik sempoi yg me buat..minced chicken gaul dgn telur ayam,daun bwg n sup sket, carrot grated n cendawan cina yg dicincang..perisakan garam n lada sulah [jadik thick paste] then goreng cam telur dadar
Atas dia cuma tuang campuran sos tomato +sos cili + sedikit sos tiram + sedikit minyak bijan

Telur bistik yg ori ade kuah cam sweet sour

Psttt..kak mag..masa saya buat ari tu, saya ganti sos tomato ngan sup tomato (kimball)...wallla...sodap


Telur Bistik [Index]



Bahan Bahan  

Utk Telur Dadar
Telor - (yg dlm gambar tu menggunakan 2 biji telor besar)
Isi ayam ( 1/4 cawan) - cincang halus
Satu sudu makan bawang kisar
Garam dan sedikit pepper.
Kesemua bahan ini dicampur..dan gorengkan seperti membuat telur dadar.

Bahan Sos.....guna semua jenis sos yg ada kat dapur..hehehe
Sup Tomato Kimball (dlm tin)
Sos cili
Sos Tiram
Sos Sweet Sour
Sos Plum
Sedikit Mix Vege
Sedikit bawang merah dan bawang putih kisar
1/2  biji tomato segar - dipotong baji
Minyak utk menumis.
Air .
Secubit serbuk lada hitam.
Cara.

Tumis bawang hingga layu. Masukkan semua sos. Kacau sebati. Masukkan mix vege dan biarkan sekejap. Tambah air ikut kesukaan anda. Rasakan masin dan manisnya.. tambah yang mana patut .Masukkan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tomato segar. Kacau sekejap. Tutup api.
Curahkan atas telur dadar tadi..Sedia utk dihidang.

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 03:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 11:18 PM | Show all posts
Telur Dadar Tomato [Catlady]

Bahan
2 biji telur
1/2 biji Bawang besar }
1 cili merah               }mayang halus
1 bji tomato sedang besar } potong dadu
garam
minyak

cara membuatnya

Basuhkan telur ngan air ( nie sunnah nie). lepas tu pukul telur ngan bawang besar dan cili merah. lepas tu masukkan tomato dan sedikit garam. Panaskan minyak untuk mengoreng. Jangan banyak sgt minyak, letak lam 4 sudu besa cam tu dulu. Masukkan campuran telur tu tadi, biarkan seketika hingga sebelah bawah nampak kekuningan, lepas tu baru balikkan hingga masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2005 11:20 PM | Show all posts
Telur Dadar [CoKeLat-RaWkZ]

Telur
garam
lada sulah

-   pukul semua bahan dan goreng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2005 11:25 PM | Show all posts
TELUR GORENG DADAR ISTIMEWA [Jonah]

1 biji telur
1/2 helai daun kunyit - hiris halus-halus
sedikit garam

Pukul semua bahan - lalu goreng.

PRAWN OMELETE [Jonah]


1 biji telur
beberapa ekor udang tanpa kulit - ikut suka
sedikit garam

Pukul semua bahan - lalu goreng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2006 03:41 AM | Show all posts
TELUR DADAR [Kota]

Kota kalu buat telur dadar guna resepi ni

1. Bawang besar - potong dadu
2. Ubi kentang - potong dadu
3. Sedikit sos tiram
4. Garam
5. Sedikit Daun sup/bawang
6. Telur ayam
7. Lada sulah

Caranya

Telur dipukul bersama bahan2 no. 3-7
Tumiskan bawang, kemedian masukkan ubi kentang
Agak2 layu, masukkan bahan2 yang dipukul tadi
Goreng hingga masak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:11 PM | Show all posts



TELUR DADAR SEREMBAN ALA CINA [maklang]
sumber : Pak Amir Pak Dolah dari Restoran Pak Amir

Bahan-Bahan:
4 Biji telur ayam - Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan setengah sudu teh garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab kita bukan nak buat kek. Lain kali kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jgn pukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.

1 batang Karot merah - Dipotong hirisan seperti potong timun buat laksa tapi memanjang sekadar
3 inchi panjang tapi dalam bentuk hirisan.

2 batang panjang daun sup dan dipotong memanjang 1 inchi.

100 gram udang kecil yang telah dibuang kulit - basuh dan perap dengan sedikit gula dan pepper (utk buang bau hanyir serta rangupkan isi udang)

2 Sudu besar sos Tiram.

4 ulas Bawang putih dan dicincang hancur.

Halia sebesar ibu jari dan ditumbuk.

3 - 4 sudu besar minyak masak.

Bawang besar 1 biji - Dihiris membulat.

CARA MASAK
* Ubi Kentang Hendaklah Digoreng Terlebih Dahulu Dengan Minyak Panas Selama 2 - 3 Minit (30 % masak)

Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang dan bawang besar, tumis. Kemudian terus masukkan halia ditumbuk, tumis sehingga mula nak tukar warna keemasan.
Masukkan udang kecil dan tumis sekejap lagi.
Masukkan daun bawang dan masukkan sos tiram, tumis 30 saat.
Ratakan bahan yang ada dalam kuali secara lebar membulat nipis, masukkan telur yang telah dipukul dengan mula tuang dari tengah tepi kuali dan terus tuang di tepi membulat di keliling tepi kuali. Telur akan mengalir ke bawah tengah kuali sambil meresap bahan-bahan tumis. Jangan terus tuang telur ditengah kuali. Tuang macam orang buat kulit telur nasi pattaya, mula dari tepi.
Pusingkan telur dadar sekarang dengan membahagikan beberapa bahagian. Pakai sudip dan angkat/pusing telur dadar banyak mana yang mampu dan selepas pusingkan bahagian telur tadi, buatkan yang selebihnya. Selalunya Pak Amir dapat buat dalam 3 - 4 bahagian bergantung kepada besar mana telur dadar yang anda masak.
Jangan goreng terlalu lama, rasanya dah mula keemasan, terus angkat. Hidang dan makan dangan nasi panas-panas.
Hasil Telur Dadar Seremban Ala Cina ini basah-basah gituh. Jika goreng terlalu garing ianya akan jadi kering dan tidak lagi rupa Telur Dadar Seremban yang original.

  
** Maklang letak cili sos n lada sulah di atas telur...

[ Last edited by  maisya at 24-10-2008 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:13 PM | Show all posts
Telur Hancur ala Kari [layan]

bwg merah + bwg putih + halia (ketok/tumbuk)
udang kering/ikan bilis (atau nk lg cepat letak jek kiub)
serbuk kari
cili blend
kicap sikit....
garam sikit....
daun kari...
telur...
*nk letak sayo campo cm nasi goreng tu pon leh...nk letak kentang pon leh...sukati la....asal sedaappp...

tumis sume bhn2 bawang, halia, udang kering/ikan bilis/kiub
letak kari + cili...campo air...tumis ah..
pecahkan telo...jgn kacau...bio dia beku sket...then baru kacau or cam racik2 kan...
sbb kalo kaco nti tak nmpak langusung sbb dh sebati ngn kuah kari tu...
api sederhana..kontrol..nti hangus...sbb x letak santan...air semata2...
nk kuah byk letak air lebih...then letak garam n kicap secukup rase...
nk tmbah pape cam sayo campo ke...kentang ker (potong dadu)...yg pasti letak ni sikit...bio kari yg byk...
daun kari...siap!!

selalu blasah ngn roti je...kari n telo tuh semata2...hehehehe....fuuhhh....

*sape nk lagik berasap tinge tu n jenis yg mmg kuat pedas...letak la lada itam...berasapppppppp u!

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:15 PM | Show all posts
Sambal Telur Simple - SPEEDIAL

3 biji telur - pukul ngan garfu sekejap
1-2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar - mayang
garam
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak, kemudian tumis cili boh hingga garing.
Masukkan bawang besar yg telah dimayang, goreng hingga layu.
Masukkan sos tomato, kacau sekejap, kemudian masukkan telur & garam.
Kacau2 hingga telur masak, rasa masin ke tak...then boleh hidangkan dgn nasi panas.

Sambal Telur [chempaka_ku]

Telur - rebus dan goreng
Bawang putih & merah - hiris atau tumbuk
Lada kering - kisar
lada padi, besar - optional, ditumbuk
garam & gula

Tumis bawang & lada hingga naik minyak.  Masukkan telur yang sudah digoreng dan perasakan dengan garam & gula.



Sambal Telur [eonis_balqis]

bwg merah
bwg putih
halia ckit
lada kering
sos cili
garam n gula
air asam jawa..
minyak ckit utk tumis..

bwg besar potong bulat..
daun bwg..

telur tu lps rebus gorengkan jap.. lagi best tau!


Sambal Telur [hanieliza]

Bahan
10 biji telur rebus
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
belacan [jika suka]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:16 PM | Show all posts
GULAI KURMA TELUR - HANIELIZA

BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih   
1 inci halia   

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis  rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur.  Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:17 PM | Show all posts


LEMAK CILIAPI TELUR [hanieliza]

Bahan:
5 biji telur itik atau ayam
1 cawan santan
10 biji belimbing buloh [optional]
daun kunyit- dikoyakkan sikit
garam

Bahan Mesin Halus
20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair

Cara:
1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendideh.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan.
4. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi putih.

GULAI LEMAK CILIAPI TELUR - HANIELIZA

Bahan-Bahan:
6 biji telur itik  atau ayam
1 mangkuk pati santan
1 mangkuk santan cair
1 batang serai - dititik
10 biji belimbing buloh - di belah 2
daun kunyit- dikoyakkan sikit

Bahan tumbuk:
10 biji cili api
4 ulas bawang merah
kunyit hidup
Sedikit air
Garam

Cara:
1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair, serbuk kunyit & serai ke dalam periuk.
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendideh.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
4. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh.
5. Masukkan  santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan
sampai pecah minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih.

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2006 08:19 PM | Show all posts
SUP TELUR - YUSNINA

5 biji telur
3 ulas Bawang Merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh Jintan Putih
1/2 sudu teh Lada Hitam
2 ketul Ubi Kentang
Daun Sup
Kulit Kayu Manis
Garam Gula

CARA

Tumbuk bawang merah dan bawang putih.  Tumiskan dlm periuk.  Jintan putih dan lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air.  Masukkan dlm periuk.  Kemudian masukkan air mengikut anggaran sendiri.  Masukkan ubi kentang dan kulit kayu manis.  Bila kuah telah menggelegak, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk.  JANGAN KACAU.  Kemudian masukkan garam, gula atau perasa mengikut citarasa.  Akhir sekali masukkan daun sup.  Siap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:21 PM | Show all posts
OMELETTE ROLLS - S3NOR!T@



Bahan-bahan untuk inti (agak2 la ya...)

Daging cincang
Bawang putih - tumbuk
Daun sup & daun bawang - hiris nipis
Green peas
Bawang besar - dadu kecil
Tomato - dadu kecil
Carrot - dadu kecil
Sedikit kicap pekat
Sedikit tomato sauce
Garam (jika perlu) & pepper powder secukup rasa

Telur - dibuat dadar (jgn terlampau tebal / nipis)

Cara membuatnya

Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tomato sauce & kicap pekat. Kacau hingga pecah minyak dan garing di atas api sederhana.

Masukkan daging. Kacau sebentar agar sebati kemudian masukkan carrot. Biarkan hingga daging masak. Jika terlalu kering, tambah sedikit air. Masukkan garam dan pepper powder. Sesuaikan rasa.

Masukkan sayuran lain. Kacau rata dan biarkan hingga sayuran masak. Padamkan api dan biarkan sejuk sebentar.

Apabila telah sejuk, letakkan inti di atas telur dadar dan ratakan (spt sapuan sos tomato atas pizza base).

Gulung kemas dan potong seperti kepingan swiss rolls. Hidangkan.

P/S: Apabila letak inti di atas dadar, jangan terlampau banyak...nanti susah nak gulung dan dadar terkoyak....not nice maaa....

Masa ita buat tak der green peas so ita taruk sawi jer...asal ada hijau2 sikit jadilaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:23 PM | Show all posts
MASAK KICAP TELUR - HANIELIZA

Bahan
5 biji telur [goreng mata kerbau]
5  s/b kicap
3 s/b tomato sos
3 /b cili sos
2 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan  kicap, tomato sos dan cili sos. Kacau rata.
3. Bila dah mendideh tuangkan atas telur yg telah digorengkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:24 PM | Show all posts
KARI TELUR - HANIELIZA

Bahan
8 biji telur rebus
2 biji kentang [belah 4]
2 biji lada merah
1 labu bawang besar [belah 4]
1 biji tomato buah [belah 4]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1/2 cawan jus asam jawa
minyak
garam

Bahan tumis
3 s/b serbuk kari ayam[bancuh ngan sikit air]
5 ulas bawang merah  ]
3 ulas bawang putih    ] tumbuk pecah2
2 cm halia                  ]
1 tangkai daum kari

Caranya.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg ditumbmbuk dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan kacau sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan jus asam jawa, telur, kentang  dan santan. Biarkan mendideh dan pekat
4. Bila nampak kuah telah pekat masukkan cili merah, tomato dan bawang besar. Perlahan api dan biarkan sehingga naik minyak lagi.
5.  Tutup api dan hidangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058743 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list