CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Pemulihan Dadah (merged: rayd, mimik )

[Copy link]
 Author| Post time 2-7-2007 10:28 AM | Show all posts
Pengurusan Islam perlu bantu AADK tangani masalah penagihan dadah
Oleh Hasliza Hassan


PEMBABITAN institusi pengurusan hal ehwal Islam penting untuk bersama merangka strategi berkesan memerangi masalah penagihan dadah di kalangan umat Islam terutama dalam menyedarkan masyarakat umum mengenai tanggungjawab mereka.

Justeru, satu seminar bagi menggerakkan semua pihak diadakan atas kesedaran bahawa masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah tidak mampu dilaksanakan satu pihak sebaliknya memerlukan komitmen semua kerana dadah adalah masalah sejagat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zakuan Sawai, berkata Seminar Memerangi Dadah Agensi Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan itu bertujuan memberi penjelasan dan maklumat mengenai masalah penagihan dadah kepada pengurusan hal ehwal Islam.

Katanya, selain aktiviti dan program pemulihan sama ada pihak kerajaan dan swasta, kejayaan penagih membebaskan diri mereka daripada ancaman dadah bergantung kepada peranan aktif yang dimainkan pengurusan hal ehwal Islam negeri, daerah dan kariah.

揂ADK sedar tenaga kami seorang tidak mampu membantu penagih untuk pulih sepenuhnya. Dalam pusat pemulihan memang mereka selamat, tetapi apa jadi di luar kerana ada antara mereka dipulau keluarga, rakan serta masyarakat.

揙leh itu, kami berharap adanya gabungan kerjasama antara AADK dan pengurusan hal ehwal Islam seperti masjid serta imam yang dekat dengan masyarakat, dapat menyalurkan maklumat seterusnya menyedarkan mereka mengenai masalah dihadapi penagih.

揔ita minta apabila penagih keluar dari pusat pemulihan semua pihak supaya membantu dan memberi perhatian sewajarnya kepada anak kariah supaya mereka tidak lagi terjebak dalam penyalahgunaan dadah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 09:40 PM | Show all posts

Reply #26 Syd's post

Satu mlm masa I drived kat salah satu kawasan yg dinyatakan di atas memang jln jam.... ingat polis membenteras mat rempit..  rupanyer Pengasih ada buat perarakan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 02:52 PM | Show all posts
Pusat khidmat untuk bekas penagih akan ditambah
05-07-2007 02:21:31 PM  

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina lebih banyak pusat-pusat khidmat daerah khusus untuk bekas penagih dadah di seluruh negara, memandangkan 17 pusat yang sedia ada tidak mencukupi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum semasa menjawab soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berhubung perkara itu dalam persidangan hari ini berkata, pusat itu mempunyai pelbagai fungsi.

Beliau berkata antara fungsinya ialah menyediakan sesi kaunseling, mencari pekerjaan, membekalkan program pencegahan, menyediakan bantuan tempat tinggal, serta kemudahan sukan, dan sebagainya.

Semasa menjawab soalan tambahan anggota parlimen yang sama berhubung pihak yang menjaga bekas-bekas penagih itu, Mohd Johari berkata penjagaan mereka turut membabitkan lain-lain kementerian seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Kementerian Belia dan Sukan, yang mempunyai program-program bantuan berkaitan.

"Matlamat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tercapai apabila ia berjaya memulihkan penagih dadah semasa berada di pusat pemulihan, tetapi masalah timbul apabila mereka keluar dari pusat tersebut, seperti meminta kerja," tambahnya.

Sehubungan itu Johari berkata AADK mencadangkan agar beberapa peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkaitan, seperti larangan pengambilan bekas penagih, dan pemberhentian kerja buat mereka yang menerima rawatan kerana menagih, dikaji semula.

Sementara itu semasa menjawab soalan tambahan Ir Shaari Hassan (BN-Tanah Merah), Mohd Johari berkata Anggota Parlimen kini dikehendaki menggantikan tempat pegawai daerah sebagai pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat daerah.

Beliau berkata ini kerana beban tugas Pegawai Daerah yang didapati terlalu padat menjadikan mereka terlalu sibuk, sehingga mengakibatkan hanya 31 dari 97 daerah mengadakan mesyuarat majlis berkenaan.  BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 02:58 PM | Show all posts
Jabatan agama boleh banteras dadah
Oleh Hasliza Hassan


Negeri disaran lantik pegawai khas dekati, bimbing penagih secara langsung

JABATAN agama Islam negeri perlu mempunyai satu jabatan khusus untuk memerangi dadah dianggotai mereka yang pakar dalam bidang berkenaan bagi memantapkan usaha menangani serta membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata cadangan penubuhan jabatan khusus memerangi dadah itu boleh diputuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mesyuarat Ketua Jabatan Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, jika Jain mempunyai jabatan yang menguatkuasakan undang-undang khalwat atau jenayah syariah lain, jabatan itu juga perlu mempunyai pegawai khusus untuk menangani masalah berkaitan penagihan dadah.

Katanya, pembabitan pengurusan hal ehwal agama yang mempunyai kepakaran mengenai isu penagihan dadah akan memberi keyakinan kepada masyarakat terutama penagih terhadap kesungguhan mereka bersama membantu memerangi dadah.

揓ika kita hendak beri nasihat atau kaunseling, kita perlu mendapat keyakinan serta kepercayaan penagih itu terlebih dulu. Justeru, mereka yang menganggotai jabatan khusus memerangi dadah seperti jabatan agama Islam negeri, perlu benar-benar pakar dan bersedia menurunkan ilmu.

揓ika setakat pergi lorong yang menjadi tempat penagih, pakai baju kot atau tali leher panjang, tak payahlah. Perlu pakai pakaian yang sesuai supaya dapat meyakinkan penagih,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 02:58 PM | Show all posts
Ahli Pengasih akui terapi kerohanian amat berkesan


TERAPI kerohanian daripada pegawai hal ehwal agama tidak kira agama Islam, Buddha atau Kristian penting untuk menguatkan semangat, mengembalikan keyakinan dan pemikiran rasional penagih dadah yang hilang disebabkan masalah ketagihan mereka.

Kepentingan bimbingan kerohanian daripada pegawai agama bagi membantu penagih dalam proses pemulihan diberitahu bekas penagih dadah yang pernah melalui episod hitam dalam hidup mereka dan akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas mendapat bimbingan agama.

Menurut mereka, walaupun hanya sebagai penasihat atau kaunselor, perhatian yang diberikan pegawai hal ehwal agama mampu menyentuh hati penagih dadah hingga timbul perasaan untuk melawan pengaruh dadah dan kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, usaha memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan agama masih agak terbatas kerana tidak banyak usaha atau aktiviti dilakukan pihak berkenaan baik dari segi sokongan atau sumbangan.

Pembantu Tadbir Bahagian Program Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Faisal Abd Rahman, 26, berkata daripada tiga terapi yang diterima di Pusat Serenti, terapi kerohanian paling memberi kesan berbanding terapi fizikal dan emosi.

Namun, tidak banyak usaha dilakukan pengurusan hal ehwal agama untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada usaha membantu serta membimbing penagih dadah disebabkan stigma negatif masyarakat terhadap golongan berkenaan.

揓angan kata orang tidak kuat iman saja terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Golongan profesional pun terbabit dengan dadah. Saya lulusan maahad tahfiz dan ada ijazah dalam bidang syariah pun terjebak dengan dadah.

揝elain kesedaran, sokongan keluarga serta bimbingan agama banyak membantu saya kembali dan inilah yang diperlukan penagih dadah. Bimbingan agama untuk menyedarkan mereka, kesilapan yang dilakukan dan cara mengatasinya dengan kembali kepada jalan Allah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2007 09:32 AM | Show all posts
Apa peranan institusi Islam bantu penagih
Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN


BARU-baru ini, dalam satu sesi forum di seminar memerangi dadah, seorang bekas penagih yang beragama Kristian mengakui bahawa institusi agamanya begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam membantu bekas penagih untuk memulakan hidup baru.

Diceritakan bahawa pada hari pembebasan bekas penagih dari pusat serenti, mereka ditunggu oleh wakil agama tersebut dan ditawarkan tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2007 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by dee_la at 10-5-2007 01:11 PM
Minta tolong .....  ada sesiapa yang tahu mana-mana pusat pemulihan bagi kanak-kanak (umur 15) yang nakal tegar .  tidak melakukan jenayah dan tidak mengambil dadah.  Tak adil pula sekiranya diha ...


ade satu system di mana menggunakan self talk threapy anak-anak akan berubah perangai selepas 3 bulan mendengar yerr.....apa hal PM saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 09:27 AM | Show all posts
RTM Beri Slot TV, Radio Kepada Pengasih


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memberi slot program televisyen kepada Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) untuk membantu usaha persatuan itu memulihkan penagih dadah menerusi media.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Kementerian Penerangan komited kepada usaha Pengasih dan turut menyeru pihak media agar memberi liputan kepada usaha Pengasih.

"Program-program RTM itu secara tidak langsung akan membantu Pengasih menambahkan dana mereka," katanya kepada wartawan selepas melakukan lawatan kerja dan berbuka puasa rombongan Kementerian Penerangan dengan Pengasih.

Beliau memuji Pengasih yang menggunakan pendekatan pemulihan mesra, sekaligus berbeza dengan agensi pencegahan lain kerana metodologinya yang tersusun dan sistematik, termasuk memberi kaunseling kepada keluarga penagih.

Zainuddin juga menyeru golongan ulama mendekati golongan penagih dengan menjadikan Pengasih sebagai contoh.

Dalam perkembangan lain, Menteri Penerangan itu berkata masyarakat perlu memberi peluang kepada duta Pengasih iaitu penyanyi Jamal Abdillah.

"Walaupun beberapa kali gagal pulih daripada penagihan dadah tetapi beliau mempunyai kesedaran untuk berubah.

"Jamal adalah ikon, dia disayangi masyarakat. Kalau Jamal berjaya (memulihkan ketagihan), ini merupakan kejayaan besar kepada Pengasih," katanya.

Sementara itu, Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi berkata Jamal sekian lama telah menyumbangkan 10 peratus daripada pendapatan nyanyiannya kepada Pengasih.

Katanya Pengasih telah mendapat kebenaran Zainuddin untuk membolehkan 10 pusat khidmat Pengasih negeri menyampaikan maklumat menerusi saluran radio RTM.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2009 07:14 PM | Show all posts
Semua Pusat Serenti Kini Dikenali Sebagai Puspen


PADANG BESAR, 10 Feb (Bernama) -- Semua pusat serenti di seluruh negara akan berwajah baru sejajar dengan pertukaran namanya kepada Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) mulai awal tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Abd Bakir Zin berkata sistem serta program rawatan dan pemulihan sedang dan telah dikemaskini di kesemua 28 pusat pemulihan yang mempunyai 6,800 penghuni itu.

Beliau berkata dengan imej baru itu, Puspen akan menyediakan program pemulihan yang lebih berkesan dan merangkumi semua aspek kehidupan setiap penghuninya.

Pendekatan membaca surah-surah pendek secara beramai-ramai semasa perhimpunan pagi setiap hari seperti yang diamalkan di Puspen Bukit Chabang akan dikembangkan di pusat-pusat yang lain, katanya.

Bercakap kepada para pemberita selepas melawat Puspen Bukit Chabang dekat sini hari ini, beliau berkata sepanjang tahun lepas sebanyak RM131 juta dibelanjakan untuk merawat dan memulihkan penagih di pusat pemulihan di seluruh negara.

Beliau berkata peruntukan itu antara lain bagi melaksanakan program bimbingan secara berjadual kepada lebih 33 ribu penagih biasa yang dikenalpasti di dalam kelompok komuniti dan berdaftar dengan AADK di seluruh negara.

Mengenai tahap pencapaian pusat pemulihan di seluruh negara, Abu Bakir berkata lebih 90 peratus penghuni berjaya dipulihkan sepenuhnya manakala hampir 10 peratus didapati mengulangi tabiat buruk mereka.

Sementara itu, Puspen Sungai Petani di Kedah akan dinaik taraf menjadi Pusat Latihan AADK membabitkan kos RM5 juta tidak lama lagi dan dengan perubahan fungsi itu penghuninya akan dipindah ke pusat pemulihan yang lain.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2009 12:44 PM | Show all posts
Cinta Dan Kasih Sayang Bantu Mohd Nazri Bertaubat

Oleh Newmond Tibin

SIPITANG, 8 Julai (Bernama) -- Pada usia 16 tahun, Mohd Nazri Osman sudah mula menagih ganja dan kemudian dadah lain termasuk marijuana, heroin dan pil psikotropik.

Mohd Nazri berkali-kali keluar masuk pusat pemulihan dadah dan akhirnya pada usia 41 tahun berjaya melepaskan diri daripada masalah ketagihan.

Hari ini lelaki berusia 47 tahun itu merupakan seorang pengusaha restoran dan mentor bagi penagih yang mahu mengubah nasib mereka.

Bagaimana pula keajaiban perubahan ini boleh berlaku? Apa yang dialami beliau ialah kisah klasik bagaimana cinta dan kasih sayang dapat membantu membawa perubahan, dan beliau berhutang budi kepada seorang wanita, isterinya, Dhuha Solahuddin.

Kedua-dua mereka bertemu secara kebetulan dan kasih sayang antara mereka memberikan keazaman kepada Mohd Nazri untuk mengubah nasibnya.

KEHIDUPAN YANG BERBEZA HARI INI

Mohd Nazri hari ini merupakan pemilik restoran Blues Brothers di Sipitang - pekan terdekat di sempadan Sabah-Sarawak, terletak 44 kilometer ke selatan Beaufort dan 144 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.

Beliau juga merupakan anggota Persatuan Bekas Pendamai Malaysia (Pendamai Malaysia) dan berkhidmat sebagai penceramah motivasi bagi pertubuhan itu di Sabah.

"Saya rasa lebih baik sekarang berbanding semasa saya menagih dadah. Ia hampir memusnahkan kehidupan saya," kata lelaki dari Bidor, Perak ini kepada Bernama.

Dikenali dengan panggilan mesra Ito oleh rakan-rakannya di Sipitang kerana suaranya yang mirip kepada suara penyanyi kumpulan Blues Gang, Mohd Nazri menjelaskan bahawa beliau mula mengambil dadah semasa tingkatan empat di SMK Sik Abdul Ghani, Bidor, Perak.

"Pada mulanya rakan-rakan sekolah memperkenal rokok dan alkohol kepada saya. Kemudian saya mencari keseronokan yang lebih lagi dan mula berjinak dengan marijuana dan ganja. Selepas itu saya beralih pula kepada dadah yang lebih berbahaya seperti heroin dan akhir sekali pil psikotropik.

Lima tahun kemudian, pada usia 21 tahun, beliau mendapat tawaran kerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai juruteknik tetapi mereka yang bekerja dengannya tidak tahu masalah ketagihannya itu.

Kemudian berlaku perubahan mendadak pada 1988 apabila beliau ditangkap dan ditempatkan di Pusat Pemulihan Dadah Perlup di Perak selama lapan bulan sebelum dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah Jerantut di Pahang selama setahun.

JERANTUT MENJADI TITIK PERTEMUAN

Semasa di Jerantut, beliau terpaksa menjalani kerja-kerja sosial di SK Teh Jerantut and di sinilah seorang guru muda menarik hati beliau. Wanita inilah yang akan membawa perubahan besar dalam kehidupannya.

"Pada mulanya kami hanya bertegur sapa, kemudian memulakan perbualan singkat dan seterusnya perbualan yang lebih lama.

"Menyedari latar belakang saya, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat dalam perbualan kami.

"Saya mula menyedari yang dia mengambil berat terhadap saya di sebalik kisah hidup saya ini. Cinta kami berputik tetapi hubungan kami tidak direstui keluarganya kerana sejarah hitam saya itu," kata beliau.

Kedua-dua mereka saling berhubung sehingga 1993 apabila Dhuha melepaskan jawatan gurunya di Jerantut dan berangkat ke Sipitang, Sabah pada 1994 untuk mengajar di Sekolah Agama Pekan Sipitang.

Sementara itu, Mohd Nazri selepas dibebaskan daripada Pusat Pemulihan Jerantut pada penghujung 1989 kembali ke kampungnya dan bersua semula dengan rakan-rakan penagihnya.

"Saya ditangkap sembilan kali dan keluar masuk pusat pemulihan sebanyak empat kali dengan Pusat Pemulihan Sungai Besi merupakan yang terakhir pada 2001," katanya.

BELIAU SATU-SATUNYA HARAPAN

Selepas menghabiskan tempoh dua tahun di Pusat Pemulihan Sungai Besi, Mohd Nazri bertekad untuk berubah dan menyedari memerlukan sokongan moral dalam usahanya itu. Maka terlintas dalam fikirannya tentang guru yang beliau kenali di Jerantut itu.

Tetapi beliau hanya berpeluang menghubunginya pada Julai 2006.

"Apabila saya menelefon, dia tiada di rumah tetapi saya meninggalkan pesan kepada kakaknya dengan harapan dia akan menelefon saya balik. Kemudian saya mendapat tahu yang dia telah berpindah ke Sabah dan saya begitu kecewa.

"Di sanubari saya bagaikan semuanya telah berakhir. Tetapi beberapa hari kemudian dia menghubungi saya. Selepas bermadu kasih selama beberapa bulan melalui telefon, saya melamar Dhuha dan pada 13 Nov tahun yang sama kami berkahwin di Perak," kata Mohd Nazri tersenyum lebar.

Mohd Nazri kemudian mengikut isterinya ke Sipitang untuk memulakan kehidupan baru.

Mohd Nazri juga menyedari yang beliau perlu melakukan sesuatu untuk menyara kehidupan dan menceburi perniagaan kecil dengan jayanya. Pada Februari lepas beliau membuka restoran Blues Brothers Seafood.

SEMUANYA KERANA ISTERI

"Semua yang ada pada saya hari ini ialah kerana isteri saya, terutama keazamannya untuk membantu saya mengatasi ketagihan. Tanpa dia, tidak mungkin saya menjadi seperti hari ini.

"Saya mengahwininya kerana dia satu-satunya gadis yang menerima saya walaupun keadaan saya itu...saya benar-benar mencintainya," kata Mohd Nazri.

Dhuha berkata semasa pertama kali bertemu 20 tahun lalu beliau tertarik dengan Mohd Nazri kerana beliau baik orangnya dan menunjukkan harapan tinggi untuk pulih.

"Sejak pertemuan pertama itu saya yakin yang beliau akan bertaubat dan ini terbukti hari ini," kata beliau mengenai perubahan dramatik suaminya itu.

Selain memberikannya kata-kata bersemangat, Dhuha menerima Mohd Nazri dengan hati terbuka dan meyakinkan suaminya bahawa "masih ada orang di bumi ini yang mencintainya".

Dhuha berkata beliau terus menggalakkan Mohd Nazri untuk bertaubat semasa berada di Jerantut dan semasa mereka berbual melalui telefon sehingga mereka berhenti berhubungan pada 1993.

KATA TAK NAK KEPADA DADAH

Dhuha berkata beliau sangat gembira kerana ibu bapanya telah menerima Mohd Nazri sebagai menantu mereka.

Beliau menyokong sepenuhnya usaha suami beliau untuk menceburi perniagaan dan kini kedua-dua mereka bercadang membuka dua lagi cawangan Blues Brothers masing-masing di Kota Kinabalu dan Tawau.

"Kami bercadang menamakan kedua-dua restoran itu 'Blues Brothers Sri Sipitang' dan berharap Mara dan Bank Rakyat akan membantu daripada segi kewangan untuk menjayakan impian kami," katanya.

Hidangan istimewa Blues Brothers ialah Nasi Goreng Tiga Rasa, Nasi Goreng Empat Rasa, Nasi Goreng Lima Rasa, Sup Tulang dan ABC Blues. Restoran di Sipitang itu mempunyai empat kakitangan.

"Kata tak nak kepada dadah dan sayangkan diri sendiri," kata Dhuha apabila ditanya akan nasihat beliau kepada yang lain yang menjalani kehidupan serupa dengan Mohd Nazri sebelum ini.

Pasangan contoh ini menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 11:33 PM | Show all posts
Pengasih Simpati Dengan Wook Kundur

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengasih pada Jumaat melahirkan rasa simpati dengan nasib Wook Kundur yang berusia 107 tahun, apabila suaminya Mohd Nor Musa, 38, ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selasa lalu kerana disyaki menagih heroin.

Mohd Nor yang ditangkap di rumah mereka di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu akan dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi di sini untuk rawatan selama dua tahun.

"Saya amat bersimpati dengan nasib Kak Wook. Kasihan, dia sudah uzur, suami pula ditempatkan di lokasi yang jauh dengannya. Sukar Kak Wook nak melawat suaminya nanti," kata Presiden Pengasih, Yunus Fathi.

Mohd Nor dipercayai bekas penagih kerana beliau sendiri mengaku pernah dimasukkan ke Pusat Serenti Tampin, Negeri Sembilan sebelum ini.

Sehubungan itu Pengasih mencadangkan agar penagih dan bekas penagaih yang akan menjalani sesi pemulihan dan kaunseling di Puspen, diletakkan berhampiran dengan negeri asal mereka.

"Ia bagi membolehkan sesi pemulihan terutama sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lebih lancar dengan penglibatan penagih serta keluarga mereka.

"Sekiranya mereka ditempatkan berhampiran kawasan mereka, maka keluarga si penagih boleh melawat penagih pada masa-masa tertentu serta proses sesi pemulihan dapat berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita pada Seminar Memerangi Penyalahgunaan Dadah Peringkat Zon Tengah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini Jumaat.

Ketika merasmikan seminar itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mohd Noor Abdul Hamid berkata dadah merupakan punca kepada masalah sosial, ekonomi serta mengancam keselamatan negara, justeru itu masalah dadah harus dibanteras secara bersama dan bukan hanya membiarkan kepada AADK untuk menanganinya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 10:02 AM | Show all posts
Cahaya baru bekas penagih

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

MEREKA pernah menghadapi zaman gelap. Hidup tanpa arah tujuan angkara ketagihan najis dadah dan hasrat berhenti daripada menagih pula bukanlah usaha mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuh terutama merubah persepsi serta pandangan negatif masyarakat terhadap mereka.

Mempunyai tekad mahu berubah mampu mendorong mereka kembali kepada kehidupan normal. Ketabahan membolehkan mereka kembali mendapat pekerjaan, berkeluarga dan akhirnya keluar daripada dibelenggu ketagihan dadah.

Masalahnya, bukan semua bekas penagih diterima oleh masyarakat. Namun jika benar-benar ingin kembali kepada kehidupan normal dan bermasyarakat, masalah itu perlu diketepikan dan dijadikan cabaran.

Buktinya, ramai yang berjaya menempatkan semula diri mereka dalam masyarakat dengan pekerjaan yang baik dan kedudukan yang dihormati.

Kepada wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN serta jurugambar SAFWAN HADI MUSTAPA, MOHD. NAIM AZIZ dan AMIN FARIJ HASAN, beberapa bekas penagih berkongsi pengalaman bagaimana mereka berjaya memperoleh pekerjaan dan mencorak kehidupan baru.

KUALA LUMPUR 31 Mac - Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Isu bekas penagih dadah gagal menempatkan diri sebaliknya ditolak oleh masyarakat tidak pernah berakhir.

Kepada golongan penagih dadah, mereka tiada pilihan kerana kehidupan mesti diteruskan. Mahu tidak mahu soal penolakan keluarga dan orang ramai tidak harus melunturkan semangat untuk kembali dalam masyarakat.

Selepas berakhirnya episod digelar 'mayat hidup' kerana menjadi penghuni tetap lorong-lorong gelap, bawah jambatan, rumah kosong dan projek terbengkalai, mereka yang telah kembali ke pangkal jalan dan pulih sepenuhnya mahukan hak untuk hidup seperti orang lain.

Namun pilihan yang ada bagi bekas penagih hanyalah memiliki ketabahan secukupnya. Jika tidak, mereka berdepan kesukaran mengharungi kehidupan baru yang sangat mencabar.

Masalah paling besar dihadapi ialah kesukaran mendapat kerja, iaitu aspek penting yang menentukan hala tuju kehidupan mereka. Ini kerana tanpa wang di saku untuk menanggung kos sara diri, akhirnya mereka berisiko terlibat dalam jenayah.

Sebab itulah, atas kesedaran golongan ini perlu dibantu dan diberi sokongan moral, Persatuan Alumni Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (Pendamai) ditubuhkan pada 2002 dengan kesemua bekas penagih menjadi ahlinya.

Ia bukan untuk melaksanakan program pemulihan dan rawatan. Sebaliknya motif Pendamai ialah membantu bekas-bekas penagih kembali ke dalam masyarakat.

Pertubuhan ini memfokus kepada hala tuju bekas penagih selepas pulih; mengumpulkan bekas penagih atau ahli-ahli yang sudah pulih untuk ditonjolkan atau ditempatkan semula dalam masyarakat.

Selain itu, ia menggalakkan perkongsian pengalaman dan saling bantu-membantu sesama ahli dalam soal mendapatkan pekerjaan, menyesuaikan diri masyarakat dan pemulihan sepanjang hayat.

Pendamai juga menyediakan program-program motivasi bagi membolehkan setiap bekas penagih mampu mengharungi cabaran pasca pulih.

Dengan konsep 'bekas penagih dadah membantu bekas penagih', menerusi Pendamai golongan ini akhirnya dapat memulakan semula kehidupan dengan jaminan pekerjaan dan penerimaan oleh masyarakat.

Di kalangan bekas penagih yang telah berjaya dalam kehidupan baru, mereka membantu rakan lain yang baru pulih daripada ketagihan dan mencari pekerjaan serta seterusnya kembali dalam masyarakat.

Sepanjang tiga hari, wartawan dan jurugambar Unit Khas Utusan Malaysia meluangkan masa bersama-sama beberapa bekas penagih dadah untuk mengetahui kesukaran mereka untuk mencari pekerjaan dan membina kehidupan baru.

Daripada pertemuan itu, mereka langsung tidak menyalahkan sesiapa. Sebaliknya, mereka bersetuju bahawa bekas penagih perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan semula keyakinan masyarakat.

Hasilnya, Unit Khas Utusan Malaysia menyimpulkan bahawa golongan bekas penagih mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Buktinya, beberapa bekas penagih yang ditemui bukan sahaja berjaya pulih daripada ketagihan dadah, malah mereka turut berjaya dalam kerjaya yang diceburi masing-masing.

n KES 1

SELEPAS berhenti menagih dadah, Mohd. Heffney Abd. Rahim, 56, yang menjadi penagih seawal usia 11 tahun, memang berdepan cabaran getir untuk mendapat pekerjaan dan kembali semula ke dalam masyarakat.

Dia mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum mempunyai kerja tetap iaitu dengan memilih kerjaya sebagai ahli perniagaan, pekerjaan yang tidak begitu terikat dengan orang lain.

Kini, dia mengusahakan perniagaan katering atau penyajian makanan yang kini semakin mendapat sambutan.

Sebelum memulakan perniagaan, iaitu selepas pulih sepenuhnya daripada belenggu dadah, dia tiada pilihan selain perlu terlebih dahulu mendapatkan keyakinan masyarakat terhadap dirinya.

Pada awalnya dia bergiat aktif menjayakan aktiviti-aktiviti masjid dan program kemasyarakatan.

"Apabila sudah rapat dengan masyarakat menerusi pelbagai program yang dianjurkan, daripada situ saya berkenalan dengan pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik.

"Merekalah yang kemudian membantu saya memulakan perniagaan termasuk memberi sedikit bantuan modal," kata Mohd. Heffney yang menganggap kerjaya sekarang mampu menjamin kehidupannya dan keluarga.

Mohd. Heffney yang kehilangan kaki kanan kerana dipotong akibat penyakit kencing manis, juga tidak keberatan membantu bekas-bekas penagih untuk mencari pekerjaan.

n KES 2

PEGAWAI pemulihan dan perawatan penagih dadah, Faizal Abdullah, 55, adalah antara bekas penagih yang berdepan kesukaran mendapatkan kerja.

Selepas begitu lama mencari kerja, akhirnya dia memilih untuk bekerja di bidang pemulihan penagih dadah dan bertekad mahu membantu para penagih dadah untuk kembali ke pangkal jalan.

Dia diperkenalkan dengan tugas tersebut oleh seorang rakannya yang juga bekas penagih dadah.

"Selepas pulih daripada ketagihan memang susah hendak dapat kerja. Masyarakat masih mencurigai atau prejudis dengan orang seperti kami.

"Sebab itu saya tiada pilihan. Saya perlu cari dan cari. Akhirnya saya 'dipertemukan' dengan pekerjaan sekarang," katanya.

Menceritakan pengalaman lampaunya, sepanjang 27 tahun menjadi penagih dadah, peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah apabila tidak dapat menghadiri pengkebumian ibunya.

Walaupun pengalaman pahitnya itu tidak akan dapat dilupakan, namun dia yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan dadah.

Dia kini berusaha meneruskan kehidupan baru dengan kerja yang memberinya pendapatan yang setimpal.

"Jika diberi peluang dan pekerjaan, saya yakin bekas penagih yang telah insaf mampu memulakan kehidupan baru seperti orang biasa," katanya yang kini mempunyai lima orang anak hasil dua perkahwinan.

n KES 3

KESUKARAN mendapat pekerjaan yang sesuai telah mencetuskan semangat baru kepada Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff, 51, untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja amal.

Dia merasakan dirinya telah banyak berdosa kepada masyarakat lantas bekerjasama dengan beberapa orang rakan untuk memulakan kerja-kerja amal bagi memastikan masa terluang diisi dengan kegiatan berfaedah.

Raja Azizan Suhaimi memilih kerja-kerja amal bermatlamat melindungi wanita yang teraniaya.

"Selepas berhenti menagih dadah dulu orang ramai memang tidak begitu yakin dengan saya dan rakan-rakan yang telah pulih. Akibatnya, kami susah hendak mendapat kerja.

"Tetapi semua halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya saya jadikannya cabaran," katanya.

Menurutnya, peringkat awal memulakan kerja-kerja amal itu, banyak pihak yang mencurigai kegiatannya itu.

"Mereka tanya, bolehkah awak buat? Alhamdulillah, sekarang sudah ada 2,000 orang berada di bawah pusat perlindungan kami," katanya yang bergelumang 26 tahun dengan dadah.

Sehingga kini, Raja Azizan Suhaimi telah mengasaskan Rumah Nur Salam, Hab Remaja Kuala Lumpur dan Rumah Sinar Salam.

Dia memuji Pendamai yang banyak membantu bekas penagih di negara ini.

n KES 4

BAGI Arfidah Abdul Latih, 55, pula, bekas penagih sepertinya perlu mendekatkan diri dengan masjid dan menyertai aktiviti masyarakat sebelum mencari pekerjaan atau kerja-kerja amal.

"Memanglah saya pada awalnya sukar hendak diterima oleh masyarakat. Tapi kita kena tabah, biarkan apa orang hendak kata.

"Lama kelamaan jika kita benar-benar sudah insaf, sudah pasti orang akan nampak keikhlasan kita mahu kembali ke pangkal jalan," katanya.

Selepas terlibat dengan pelbagai aktiviti masjid dan kemasyarakatan, akhirnya dia terfikir untuk memulakan kerja-kerja amal dan akhirnya bergabung dengan Raja Azizan Suhaimi yang kini menjadi suaminya.

"Mula-mula saya lindungi wanita yang teraniaya di rumah sendiri.

"Selepas jumpa suami saya, barulah kami dapat penajaan Yayasan Salam untuk buka pusat khusus untuk kerja-kerja amal ini," katanya yang sudah 14 tahun pulih daripada penagihan dadah.

Dia juga meminta bekas-bekas penagih supaya menyokong aktiviti Pendamai bagi memastikan golongan senasib mereka terbela.

n KES 5

TURUN naik dari satu pejabat ke pejabat lain untuk mencari pekerjaan adalah pengalaman lampau yang tidak boleh dilupakan oleh bekas penagih, Jayabalan Ratnam, 40, yang kini menjadi pengawal keselamatan.

Berdepan dengan kesukaran itu, dia pada awalnya hampir berputus asa.

Tetapi dia bernasib baik apabila diperkenalkan oleh seorang rakan yang juga bekas penagih untuk bekerja di tempat sekarang.

"Memang serik nak cari kerja. Semua orang tak yakin malah curiga dengan kami. Tetapi kami tak boleh salahkan mereka kerana semua ini berpunca daripada perbuatan lama kami sendiri.

"Namun di sebalik kesukaran itu, jika kita sebagai bekas penagih benar-benar bersungguh-sungguh akhirnya pasti mendapat kerja.

"Apabila sudah dapat kerja, pastikan kita terus mendapat keyakinan pihak majikan," ujarnya yang terlibat dalam penagihan dadah selama 20 tahun dan masih tidak mendapat sokongan moral daripada beberapa ahli keluarga.

Bagaimanapun, dia juga tidak pernah menyalahkan ahli keluarganya itu kerana sedar tindakannya satu ketika dahulu telah banyak memburukkan nama baik mereka.

n KES 6

KINI bekerja sebagai pengemas bilik di ibu negara, Raja Mohd. Zaini Raja Ahmad, 38, terpaksa menunggu lebih dua tahun sebelum mendapat pekerjaan itu selepas berhenti menagih dadah.

Bagaimanapun, dia tidak mudah berputus asa apatah lagi dia mendapat sokongan moral daripada keluarganya.

"Berjaya keluar daripada ketagihan dadah ibarat seseorang itu telah memenangi satu peperangan yang sengit.

"Kalau sudah menang dalam peperangan melawan ketagihan itu, tidak mungkin saya dengan mudah hendak menyerah kalah dalam memulakan kehidupan baru yang lebih mencabar," katanya.

Walaupun pendapatannya tidak setinggi orang lain, namun dia bersyukur sudah mempunyai pekerjaan.

"Saya harap rakan-rakan bekas penagih jangan mudah putus asa kalau hendak mencari kerja. Masih ada majikan yang bersimpati dengan kita, yang penting kita rajin mencari.

"Jangan juga lupa saling berhubung dengan rakan-rakan yang sudah mendapat kerja selepas berhenti menagih atau minta bantuan Pendamai. Selepas dapat kerja, kita kena juga bantu rakan lain," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:13 PM | Show all posts
baguslah.. ada benda2 camni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 06:28 AM | Show all posts
Perjuangan memulih pesakit ketagih dadah

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM



MUNGKIN ramai beranggapan mereka yang mengalami masalah ketagihan opioid tidak mempunyai harapan untuk pulih dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Tanggapan sebegitu bukan sahaja melemahkan semangat pesakit ketagih opioid tetapi stigma itu menyukarkan mereka untuk bergaul dengan masyarakat.

Senario itu bagaimanapun dapat diubah apabila rawatan perubatan dan kaunseling berterusan dilakukan terhadap pesakit. Rawatan tersebut dapat membantu pesakit mengawal ketagihan sekali gus mengurangkan stigma.

Sehubungan itu, Program Jiwa Baru telah dilancarkan pada 29 April 2008 dengan sokongan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Persatuan Perubatan Penagihan Malaysia (AMAM) dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dalam membantu memulihkan pesakit-pesakit ketagihan.

Usaha program komuniti itu tidak hanya terbatas kepada penagih-penagih sahaja tetapi melibatkan pendidikan dan pendedahan kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling untuk memastikan pesakit dapat dipulihkan tanpa ada stigma kepada mereka.

Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh berkata, ketagihan dadah merupakan penyakit perubatan yang boleh dirawat.

“Jika seseorang itu mengambil opioid, ia akan masuk terus ke otak dan membuatkan dia khayal serta memberi keseronokan sehingga tidak boleh ditukar ganti dengan benda lain. Penagihan dadah memerlukan rawatan dari peringkat awal.

“Justeru itu, proses rawatan pesakit ini perlu berterusan dan mendapat sokongan daripada keluarga terdekat untuk memastikan mereka tidak terjebak semula dalam pengambilan dadah,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, terapi kaunseling atau tingkah laku merupakan komponen penting dalam proses rawatan bagi memastikan pemulihan penagih-penagih dadah.

Dalam memberi bantuan, beliau perlu menyelami dan memahami perasaan atau emosi pesakit-pesakit terlebih dahulu untuk menyesuaikan kaedah kaunseling terbaik berdasarkan keperluan khusus mereka.

Setiap pesakit mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza di antara satu sama lain dan pengkhususan perlu dilakukan untuk membantu mereka.

“Kalau hendak membantu pesakit-pesakit ini kita perlu menolong semua sekali termasuk ahli keluarga mereka. Ia dilakukan bagi memastikan pesakit tidak kembali kepada kelompok dan persekitaran lama yang mencetuskan kembali penagihan dadah.

“Masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit-pesakit kronik ini dengan memujuk mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, swasta dan klinik-klinik yang menyediakan program membantu penagih opioid. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan agar mereka dapat dipulihkan,” jelasnya.

Merawat ketagihan

Dalam pada itu, Dr. Balaeswaran yang sudah berkecimpung dalam rawatan pesakit kronik ini sejak lapan tahun lalu berkata, dari segi rawatan perubatan, terdapat dua ubat berkesan untuk merawat ketagihan opioid iaitu metadon dan suboxone.

“Metadon ialah ubat cecair oral yang diminum setiap hari di pejabat doktor dan klinik di bawah penyeliaan secara langsung daripada doktor yang merawat mereka. Suboxone pula adalah tablet yang memberi peluang kepada penagih opioid melakukan terapi di rumah dengan dos lebih rendah.

“Bagaimanapun, kedua-dua ubat ini mempunyai fungsi yang sama untuk menghilangkan ketagihan,” ujarnya yang menjalankan rawatan perubatan ketagihan opioid di Klinik Tenaga Baru, Kuala Lumpur.

Tegas Dr. Balaeswaran, pembabitannya dalam program rawatan ketagihan opioid juga bertujuan untuk menghindarkan pesakit-pesakit itu daripada terjebak dengan jangkitan HIV melalui perkongsian jarum suntikan.

Setakat ini, dia mempunyai berpuluh pesakit yang mendapatkan rawatan setiap bulan. dan ia silih berganti bergantung kepada tahap keadaan mereka.


PENAGIH mengambil masa untuk menyesuaikan diri selepas meninggalkan penagihan dadah. - Gambar hiasan

Mengimbas pembabitan awal Dr. Balaeswaran dalam membantu merawat penagih-penagih dadah, beliau mengakui agak bimbang dengan persepi masyarakat terhadap program rawatan berkenaan.

“Pada masa itu, program rawatan sebegini agak baru dan masih ramai yang tidak faham.

‘Pada masa yang saya mempunyai pesakit-pesakit luar yang mungkin tidak memahami apabila penagih-penagih mendapatkan rawatan di klinik sama,” katanya yang terpaksa menerangkan kepada mereka bahawa penagih-penagih juga pesakit yang memerlukan rawatan. Lama-kelamaan pesakit yang lain dapat memahami situasi tersebut,” katanya.

Bagi Dr. Loo Cheng Wee dari Klinik Modern dan Southern, Klang pula menambah, pelbagai kata-kata negatif yang terpaksa ditelan apabila dia melakukan program rawatan dan kaunseling kepada penagih dadah.

“Saya merasakan program rawatan dan kaunseling yang dilakukan lebih kepada satu perjuangan untuk memulihkan para pengguna dadah. Ia merupakan satu perkara yang amat sukar dilakukan kadang-kadang sehingga memalukan diri sendiri.

“Begitupun, ia perlu dilakukan juga untuk memastikan penagih-penagih ini dapat dipulihkan. Sebagai contoh, kalau kita beri kaunseling tidak semua yang bersedia untuk mendengar, malah kita perlu menyelami isi hati pesakit untuk memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang bekas penagih dadah yang mengikuti rawatan perubatan dan kaunseling yang hanya mahu dikenali sebagai Edwin, 49, menjelaskan, dia mula mengenali dadah sejak tahun 1978. Dia juga telah beberapa kali berusaha berhenti tetapi gagal akibat tidak mempunyai kekuatan diri.

Harapan kepada masyarakat

“Memang sukar membayangkan menjadi seorang penagih dadah kerana ia membinasakan diri saya. “Ketrampilan menjadi tidak menentu, gigi rosak, tekanan perasaan, hilang pekerjaan dan macam-macam lagi,” katanya yang cuba berhenti sekitar tahun 1990. Namun, usahanya sering gagal kerana keadaan sekeliling dan pengaruh daripada rakan-rakan. Ia lebih mengecewakan bapa kepada empat anak itu apabila masyarakat sering memandang serong terhadap penagih dadah.


SEBAHAGIAN tiub yang digunakan untuk mengisi dadah. - Gambar hiasan

Edwin mula mengetahui mengenai program rawatan perubatan dan kaunseling pada tahun 1999, sekali gus dapat meninggalkan tabiat buruk yang menghantui dirinya selama ini. Bahkan, masyarakat juga mula membuka mata bahawa penagih dadah masih mempunyai harapan sekiranya mempunyai panduan yang betul.

“Program rawatan perubatan dan kaunseling banyak membantu saya daripada terus bergelumang dalam penagihan dadah. Selain program berkenaan, keluarga dan masyarakat sekeliling yang tidak pernah berputus asa memberi sokongan moral banyak membantu memberi kekuatan kepada saya untuk meninggalkan dadah.

“Saya percaya terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan untuk berhenti daripada penagihan dadah ini iaitu kekuatan rohani, sokongan keluarga dan program rawatan serta kaunseling,” ujarnya yang telah meninggalkan dadah sejak tahun 1999.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.360566 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list