CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15337|Reply: 26

Dato Usman Awang: Seniman Negara

[Copy link]
Post time 6-8-2005 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Baru2 ni my professor berbangsa India menyatakan beliau amat mengagumi Dato Usman Awang.

Beliau berkata lagi bhw allahyarham Dato Usman Awang boleh dianggap layak utk doctorate, berdasarkan hasil2 tulisan beliau.  

Memang la mengikut peraturan bhw kelayakan anugerah doktor perlu lulus phd dulu.

Yg I tahu beliau adalah Seniman Negara dan kontroversi 'shit' dlm penulisannya.

Apa pandangan anda?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2005 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 6-8-2005 03:53 PM:
Salam,

Baru2 ni my professor berbangsa India menyatakan beliau amat mengagumi Dato Usman Awang.

Beliau berkata lagi bhw allahyarham Dato Usman Awang boleh dianggap layak utk doctorate, berdas ...

fleu...sori, shit bukan shahnon ke?... tak pasan la pulak kalo ader kontroversi pasal shit gak oleh dato usman..

teringat sajak ni... (moga tuhan panjangkan usia bonda)

KE MAKAM BONDA

Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2005 08:15 PM | Show all posts
Usman Awang dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.Bagi saya Usman adalah Anugerah Tuhan kepada Bangsa Melayu khususnya dalam bidang kesusteraan Tanahair. Usman merupakan Pejuang Bangsa, Pejuang Bahasa, Pejuang Sastera Malaysia Moden...Pulang ke Rahmatullah pada 29 November 2001.

Beliau merupakan penyair terbesar negara ini.Karya puisinya tidak sebanyak mana berbanding dengan penyair lain dimana hanya memerlukan tidak lebih daripada 200 halaman buku menghimpunkan segala karya puisinya. Tidak ada penyair negara ini yang telah meninggalkan karya, bahkan baris-baris puisi, yang sebegitu mengesankan kepada semua orang. Siapa di negara ini yang tidak kenal dan tersentuh hati nuraninya oleh bait-bait kata-kata indah daripada sajak Usman seperti sajak 揔e Makam Bonda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2005 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by galoh at 6-8-2005 06:30 PM:
fleu...sori, shit bukan shahnon ke?... tak pasan la pulak kalo ader kontroversi pasal shit gak oleh dato usman..
...


:malu:Ha ah la shit tu tulisan Shahnon Ahmad. Tersilap
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 06:32 PM | Show all posts
Selain puisi, Usman Awang juga mampu menulis novel. Novel beliau yang agak nostalgik kepada golongan veteran sekarang ialah 'Tulang-Tulang Berserakan' dimana novel ini  pernah menjadi teks sastera SPM pada tahun 70an dahulu.

Sebetulnya, Tulang-Tulang Berserakan adalah merupakan cebisan biografi hidup Usman sendiri yang pernah bertugas sebagai anggota polis sewaktu zaman Darurat dahulu. Dengan berlatarbelakang  suasana di Banda Kaba, Melaka, Usman berjaya menyerap suasana zaman darurat dengan begitu hidup dan mengesankan....Lebih istimewanya di luar kulit belakang novel 'Tulang-Tulang Berserakan' terhias gambar Usman Awang yang memakai pakaian seragam polis pada zaman darurat dan sekaligus memberi gambaran realistiks  betapa pekanya Usman dengan kehidupan sekelilingnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 06:49 PM | Show all posts

Biodata Usman Awang (Petikan dari laman web DBP)

(USMAN AWANG, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., Zaini)

Lahir:  12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Ketokohan Usman Awang dalam dunia persuratan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan.  Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di pelbagai peringkat dan golongan.  Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita.  Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai zaman dan situasi.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat sekolah Melayu sahaja.  Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membenarkan beliau untuk mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan.  Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat.  Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat.  Usman Awang pernah menjadi 慴udak pejabat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2005 06:57 PM | Show all posts


Usman Awang.... Sasterawan Negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2005 09:28 PM | Show all posts
Terima kasih sdr Borderboys.  Sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih ambil tahu ttg tokoh2 bangsa Melayu dlm apa bidang sekali pun.

Kalau tokoh2 luar negara byk benar disiarkan oleh media massa dan diperolehi buku2 mengenainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2005 11:41 PM | Show all posts
Puisi dia bagus, tapi dah sampai tarikh luput. Drama dia tak bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 8-8-2005 09:28 PM:
Terima kasih sdr Borderboys.  Sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih ambil tahu ttg tokoh2 bangsa Melayu dlm apa bidang sekali pun.

Kalau tokoh2 luar negara byk benar disiarkan oleh media mass ...



melambak dlm media massa di malaysia, agaknya awak tak baca kut? kalau baca tentu tak salah antara kontroversi 'shit' dgn usman awang... jgn marah yeeee....

Usman awang bagus dan dia jadi lebih bagus bila dah tiada di muka bumi ini. itu standard org malaysia lah.. tapi  ada byk lagi penulis yang bagus. keris mas bagus, arena wati bagus, pak samad said pun bagus. tapi kebanyakan penulis zaman dulu tiada ilmu bantu mereka tulis luhur dari hati.
penulis sekarang byk ilmu bantu, mereka grad dari pelbagai bidang pengajian dan itu buat karya baru lagi bagus tetapi juga luhur dari hati.
Secara peribadi saya suka A Samad Ismail dan A Samad Said. Kedua-duanya  bijak menulis dan ada pengalaman luas dalam dunia kewartawanan. waktu saya di the Sun, saya selalu juga terbawak2 dgn idea mereka, tapi dunia kewartawanan sekarang bukan macam zaman pak samad berdua itu dulu.. zaman sekarang byk 'shit' hahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 01:35 PM | Show all posts
Istimewanya Usman pada saya ialah kerana tahap pendidikan yang diterimanya hanyalah setakat sekolah Melayu...Beliau mengasah bakatnya dalam bidang puisi, novel dan drama melalui pengalaman hidup hariannya sebagai buruh, kerani, polis, wartawan dan sebagainya.

Jika dibandingkan dengan lain-lain Seniman Negara yang rata-rata menerima pendidikan Sekolah Inggeris atau pendidikan tinggi,  maka sumbangan Usman kepada dunia kesusasteraan Tanahair berbanding dengan kelulusan akademiknya adalah wajar disanjungi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 01:36 PM | Show all posts
Antara hasil karya besar berbentuk drama  yang dihasilkan Usman ialah 'Uda dan Dara' dan 'Tamu Bukit Kenny'....Drama-drama ini amat terkenal pada sekitar tahun 60an dan 70an dan sering dipentaskan...

[ Last edited by borderBOYS on 9-8-2005 at 01:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2005 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by naniza at 9-8-2005 10:21 AM:
melambak dlm media massa di malaysia, agaknya awak tak baca kut? kalau baca tentu tak salah antara kontroversi 'shit' dgn usman awang... jgn marah yeeee....
Usman awang bagus dan dia  ...


He he he he

Bercakap tentang Shahnon Ahmad, my classmate (India Muslim) bercerita rakan beliau ada buat kajian ttg Prof Datuk Shahnon Ahmad.  

Shahnon Ahmad pernah dianugerahkan sbg tokoh agama (tokoh Maal Hijrah) tetapi apabila dilihat dr buku2 penulisan beliau byk menggunakan bahasa mencarut.

So mcm tak sesuailah perspektif tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 01:01 PM | Show all posts
Di antara kata2 ucapan Dato Usman Awang semasa beliau menerima Anugerah Sastera pd 1983...

"Dlm dunia ini sekali sekala kita kena bersikap kurang ajar."

Dlm maksudnya tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 03:35 PM | Show all posts
puisi usman awang 'tanah air' kalau ada yg perasan pernah disiarkan sebelum brita jam lapan oleh TV1 & TV2 memang sedap di dengar...err ada sapa-sapa simpan mp3 ka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 06:08 PM | Show all posts
saya pernah berpeluang menemubual allahyarham datuk dr usman awang di kediamannya di kg tunku pada tahun 1992 untuk satu tugasan. orangnya lemah lembut...dan coretan yang ditinggalkan dalam autograf yang dhulurkan kepada beliau adalah.....BUDI ADALAH AKAR KEMANUSIAAN...

semoga roh beliau dicucuri rahmat. amin.:pray:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 12:05 AM | Show all posts

Biografi Dato' Usman Awang dah terbit

Biografi Seniman Negara Allahyarham Dato' Usman Awang dah terbit...Berikut adalah ulasan biografi tersebut yang ditulis oleh Datuk Zawiyah Baba di dalam Utusan Malaysia hari ini.....


Utusan mewarnai karya Usman Awang
SAYA mengenali Allahyarham Usman Awang hanya sebagai sasterawan terkemuka dan terkenal dan pernah membaca puisinya dan menonton drama pentas yang diterbitkan dari skrip yang dihasilkan oleh penulis yang sangat berbakat ini seperti Tetamu di Bukit Kenny dan Uda dan Dara.

Akan tetapi saya tidak berpeluang mengenali Allahyarham semasa hayatnya walaupun pernah melihatnya beberapa kali. Saya amat tertarik untuk mengetahui latar belakangnya dan bagaimana penulis luar biasa ini mendapat ilham untuk menulis, mengasah bakatnya, apa dan siapa mempengaruhi karya yang dihasilkannya.

Gambaran hidup Usman Awang waktu kecilnya telah berjaya dilukis dengan begitu indah dan berkesan oleh Muhammad Haji Salleh terutamanya suasana di Kampung Tanjung Lembu, dahulunya Sedili, di mana Wan Osman (Usman) dilahirkan pada 12 Julai 1929, anak kedua dari empat orang adik-beradik, tiga lelaki seorang perempuan.

Adik bongsunya Wan Fatimah meninggal ketika enam bulan. Keluarga bapanya berasal dari Terengganu tetapi telah menetap di Kampung Tanjung Lembu. Bapanya, Wan Chik (Wan Awang Kecil) menyara keluarganya dengan mencari rezeki di laut. Ibunya Halimah Abdul Rahman, daripada keluarga tempatan, seorang yang lemah lembut dan halus perasaan. Hidup mereka miskin sekadar 慿ais pagi makan pagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 10:00 PM | Show all posts

Reply #2 galoh's post

aku suka sajak KE MAKAM BONDA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 10:01 PM | Show all posts

Reply #14 fleurzsa's post

haaaa ....   Kurang Ajar ?   :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #4 fleurzsa's post

Shahnon Ahmad yang mengarang #.  Sudahkah anda membaca novel ini atau sekadar mendengar cerita dan pendapat yang berbau politik sahaja.  # adalah sebuah karya bersifat satire yang bertujuan untuk menegur situasi politik dan kemelut yang melanda kepemimpinan negara waktu itu.  Itu adalah perasaan penulis yang terlalu jijik dengan apa yang berlaku dan kejijikan itulah yang terpamir dalam #.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094699 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list