CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

Muar-An Unknown Interesting Town

[Copy link]
Post time 19-10-2009 10:04 AM | Show all posts
118# muor76

Tq muor76. Cuak jugak mula2 masuk kedai tu, aku pun order minum air kotak je .
cap_ayam Post at 16-10-2009 10:44


buat pengetahuan ko... aku leh cakap 98% kedai kat bandor muo yg ade jual sate ade lah milik orang cine... cine hainan kot...
tapi yg nege makan adelah org melayu... cume air n roti bakor jerk cine wat...
orang luo kadang pelik/takut bile tengok orang muo makan kat kedai yang dipunyai oleh orang cine..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 02:39 PM | Show all posts
Big catch from fishing in calm waters           Interview by Sim Bak Heng           
           2009/09/08        PARITJawa is known for its bountiful supply of fresh fish. This littlecoastal town in Muar has 1,000 fishermen, and over 30 fishmongers atthe Parit Jawa wet market.
        
The fish section of the Parit Jawa wet market is often packed with outsiders including Singaporeans during weekends.
Customers are spoilt for choice when it comes to buying fish at the Parit Jawa wet market.
        It probably has the largest concentration of fishermen in Johor, and most of them are Chinese belonging to the Teochew clan.

I am one of the fishmongers at the market and has been selling fish forthe past 20 years after inheriting the business from my father.

Fishermen upon reaching the shore usually auction their catch tofishmongers and this is the way fish trading is being carried out inParit Jawa.

          Those who pay the highest price will clinch the deal.

  The auctioners will sell the fish as well as supply them to other fishmongers.

  Over the years, the auctioners, fishermen and fishmongers have established a good rapport in this flourishing industry.

  Fish sold in Parit Jawa are generally fresh as they are directly from the sea.

  The jetty is hardly a kilometre away from the market.

When fishermen return from the seas, they will immediately send their catch to us.

Most of the fish are destined for the local market in Muar. However,some auctioners sell the better quality fish to fishmongers in KualaLumpur or Singapore for a better price.

Many of the outsidersvisiting Muar during the weekends or public holidays often drop by atthe market to get their supply of fish.

The fish in Parit Jawamay not be cheap because huge demand has pushed up the prices, whichcould be as high as in the Johor Baru wet markets.

  Our fish supply is quite consistent because we are not affected by any seasonal winds.

  The fishing ground is at the Straits of Malacca, which is well-sheltered by Sumatra  and West Malaysia.

  Our market sometimes makes the  headlines in local dailies.

  This is especially so when  giant fish  are caught near our shore.

  I remember we had landed a giant grouper many years ago, which was later bought by a restaurateur.

Lim Song Hong, 48, is a fishmonger at the Parit Jawa wet market.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 03:25 PM | Show all posts
Udang galah sepit biru jadi buruan pemancing

Oleh Junita Mat Rasid
  MUAR:Sungai Muar sememangnya terkenal sebagai lokasi udang galah bersepitbiru yang menjadi buruan nelayan dan pemancing berikutan isinyadikatakan paling sedap berbanding tempat lain.

Sepanjang muaraSungai Muar sehingga ke hulunya di sempadan daerah Segamat dikatakanmempunyai beberapa lubuk yang menjadi tempat pembiakan udang galah.

Sejakberpuluh tahun dulu lagi, Sungai Muar menjadi tumpuan nelayan danpemancing, terutama setiap cuti hujung minggu atau hari kelepasan amuntuk memancing udang galah.

Udanggalah di kawasan itu yang boleh dijual sehingga RM35 sekilogrambergantung kepada saiz, sukar didapati di pasar awam kerana sebahagianbesarnya sudah ditempah pengusaha restoran atau untuk hidangan keluarga.

Keenakan spesies udang galah bersepit biru turut menggamit penduduk luar daerah ini mencuba nasib dan kemahiran memancing udang.

Merekadatang membawa sampan gentian kaca sendiri atau menyewanya daripadapenduduk tempatan, selain menggunakan khidmat mereka untuk mengenalpasti lubuk udang galah berkenaan.
Penggemar udang itu sanggupmenyusur sehingga berpuluh kilometer ke hulu sungai untuk mencarilokasi terbaik melabuh joran, terutama lokasi tumpuan di sekitar BukitGambir, Panchor, Pagoh, Lenga, Bukit Kepong dan Kundang Ulu.

Bagipenduduk bandar Muar pula, selain di muara, Jambatan Sultan Ismail jugamenjadi lokasi terbaik melabuhkan joran terutama pada waktu malamsehingga ada yang sanggup berjaga sepanjang malam semata-mata untukmerasai pancing disentap udang galah.

Kegilaan memancing dikalangan pengail membuatkan ada di antara mereka yang sanggupmendirikan khemah untuk bermalam di tebing sungai sambil memancing danmenikmati udara segar.

Menyedari keistimewaan udang galah,pertandingan udang galah diadakan di Kampung Parit Jarum Laut, BukitGambir, baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 80 pemancing, termasukdaripada luar daerah Muar.

Pertandingananjuran Komuniti Bestari Kampung Parit Gani dengan kerjasama PejabatPenerangan Tangkak dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang itubertujuan mempromosikan Sungai Muar sebagai lokasi kegiatan memancingudang galah.

Pertandingan yang diadakan selama empat jam itu berjaya memperoleh lebih 10 kilogram udang galah termasuk yang bersaiz besar.

Pertandinganyang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, hamper dan piala itudisempurnakan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri yang turutmenyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Tangkak, Zaid Md Amin dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang, Mat Zan Abu.

Hamimketika berucap pada majlis itu berharap, pertandingan memancing udanggalah itu menjadi kegiatan berterusan bagi mempromosi kawasan pesisiranSungai Muar, sekali gus menjadi tarikan pelancong.

[url=http://tbn0.google.com/images?q=tbn:fAeFp9dwnpCxQM:][img]http://tbn0.google.com/images?q=tbn:fAeFp9dwnpCxQM:[/img][/url]
Katanya,kawasan perkampungan di tepi Sungai Muar boleh dijadikan sebagai lokasihomestay dan kawasan pemancing yang sekali gus memberi pendapatansampingan kepada penduduk tempatan.

"Udang Galah Sungai Muar,terkenal di seluruh negeri menyebabkan ia menjadi tumpuan pemancing danmenyedari keadaan itu, kita perlu mengambil langkah menyediakankemudahan bagi menarik lebih ramai pemancing dengan menyediakan pakejmemancing.

"Kegiatan memancing udang galah itu boleh dijadikansebagai peluang ekonomi penduduk kerana ia menjadi tarikan pemancingdan kita boleh menyediakan perkhidmatan untuk mereka," katanya.

Beliauberkata, kawasan Kampung Parit Jarum Laut, berpotensi dibangunkan untukkegiatan memancing udang galah dan mampu memberi sumbangan ekonomi.

Sementaraitu, Zaid berkata, pihaknya bercadang menjadikan pertandingan memancingsebagai kegiatan berterusan dengan menganjurkan lebih banyakpertandingan.

"Ini kali pertama pertandingan memancing udanggalah dijalankan dan kita bercadang menganjurkan lebih banyakpertandingan seumpama itu dalam usaha mempromosikan lagi Sungai Muar.

"Jumlahtangkapan udang galah sepanjang pertandingan itu membuktikan SungaiMuar adalah lubuk udang galah dan ia boleh menjadi tarikan kepada kakipancing," katanya.

Petikan sumber dari Berita Harian 29 November 2007
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 03:37 PM | Show all posts
Bersantai di ladang

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

CUTI sekolah akan berakhir tiga minggu lagi dan ketika ini masih adaibu bapa yang bingung memikirkan lokasi sesuai untuk membawa anakbercuti.

Begitu juga orang bujang yang menghabiskan cuti tahunan dan pasanganpengantin baru, turut sibuk bertanya kenalan atau saudara mara mengenailokasi paling sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Bukan tiada lokasi percutian menarik di negara ini, tetapi mungkin adayang mahukan kelainan apabila saban tahun asyik bercuti di tepi pantai,air terjun atau 慴erkampung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:13 PM | Show all posts
halaaaaaa...rindunya nak makan asam pedas kat warung kat jalan joned tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:32 PM | Show all posts
Salam,

teruja dgn cerita ttg muor,  akak pun asal muor jg tp jrg blk kg ..... so klu blk ada aje yg baru kat bandar baguslah rasanya u all tertinggal lagi satu ttg makanan kat dlm bandar iaitu cendol klu dedulu masa time akak sklah ada tmpt makan cendol yg sdap dekat simpang dpn Majlis Daerah muar, mamak sblh kedai aji paker tpi skg dah tak ada..... tapi ari tu masa balik kg bln enam ada singgah makan cendol kat simpang empat sebelah deretan kedai kecil & balai polis traficc ke arah high school sedap juga cendol dia......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2009 09:16 AM | Show all posts
Salam,

teruja dgn cerita ttg muor,  akak pun asal muor jg tp jrg blk kg ..... so klu blk ada aje yg baru kat bandar baguslah rasanya u all tertinggal lagi satu ttg makanan kat dlm bandar iaitu cend ...
moktih Post at 9-11-2009 22:32


depan majlis? kat ngan kedai jeans/tempat org repair kasut tu ker?
eh aritu tengok ade...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 12:20 PM | Show all posts
ade sate jual pagi2 utk bfast ek...nak try arr...tak penah aku tau...yg aku tau skrg aku nak mkn mi bandung manisah kat pt bulat...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 03:09 PM | Show all posts
128# peahjamboo
ko masuk jerk bandor pepagi... ade jerk sate pepagi...
mee bandung depan sekolah sains tak pernah try ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:22 PM | Show all posts
Perkampungan tradisional         di hulu Sungai Muar sesuai untuk kegiatan memancing, bersantai bersama         keluarga
       
        MUAR: Kampung Penchu, Kundang Ulu dalam Mukim Bukit         Serampang, kira-kira 45 kilometer dari bandar ini, sebuah perkampungan         tradisional di pedalaman yang berpotensi dijadikan pusat tarikan pelancong         ke daerah ini.
       
        Perkampungan di pesisiran hulu Sungai Muar boleh menggamit kedatangan         pelancong berikutan persekitarannya yang tenang serta mempunyai pemandangan         alam semula jadi yang menarik.


        Walaupun jauh di pedalaman, persekitaran yang segar serta masih tidak         dicemari, sesuai dikunjungi masyarakat bandar terutama bagi mereka yang         inginkan ketenangan selepas sibuk bekerja atau kesibukan kenderaan di bandar.
       
        Tinjauan ke kawasan itu mendapati Kampung Penchu turut menerima limpahan         projek pembangunan walaupun kedudukannya jauh di pedalaman.

        Suasana tenang di hulu Sungai Muar bukan saja         mewujudkan pemandangan menarik malah sesuai bagi kaki pancing datang untuk         memancing di sungai itu.
       
        Jalan masuk ke kampung itu yang dinaikkan taraf dua tahun lalu sedia         menerima kedatangan pelancong sama ada untuk bersantai selain memancing         serta menikmati ketenangan pemandangan semula jadi di persekitarannya.
       
        Pembinaan jeti konkrit di tebing sungai itu turut mengindahkan pemandangan         persekitaran di samping menjamin keselamatan mereka yang ingin bersantai         atau memancing di sungai berkenaan.
       
        Bagaimanapun, jeti di tebing sungai itu perlu dilengkapkan lampu limpah         serta membina landskap di persekitaran bagi menarik minat pengunjung         terutama pada waktu malam.
       
        Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung         Penchu, Chik Mohd Deris, 65, berkata kerajaan membelanjakan lebih RM500,000         untuk menaik taraf jalan masuk ke kampung itu dari Pekan Kundang Ulu, sejak         dua tahun lalu.
       
        Beliau berkata, jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer itu boleh dilalui         kenderaan sederhana termasuk kereta dan motosikal.
       
        "Jumlah itu tidak termasuk peruntukan RM180,000         untuk membina jeti konkrit di tiga pangkalan nelayan di kampung berkenaan         untuk kemudahan nelayan sungai mendaratkan hasil tangkapan.
       
        "Pembinaan projek itu untuk menggantikan jeti         yang dihanyutkan air ketika banjir gelombang pertama akhir tahun lalu,"         katanya ditemui di kampung berkenaan, baru-baru ini.
       
        Chik berkata, banjir akhir tahun lalu menghanyutkan jeti di Pangkalan Hulu         Penchu, Pangkalan Jamal Teluk Penchu dan Pengkalan Pak Abbas.
       
        "Setakat ini jeti di Pangkalan Kampung Penchu         dengan kos RM60,000 siap dibina serta memberi kemudahan kepada 10 nelayan         untuk mendaratkan hasil tangkapan masing-masing serta sesuai dijadikan         tempat memancing.
       
        "JKKK juga sedia menerima kedatangan pelancong ke kampung berkenaan selaras         dengan kempen Tahun Melawat Malaysia tahun ini termasuk menyediakan         kemudahan sampan untuk memancing dan bersantai," katanya.
       
        Bagaimanapun, katanya, jika ada pemancing gagal menangkap ikan ketika         memancing mereka boleh mendapatkan ikan segar daripada seorang pengusaha         pusat pengumpulan ikan sungai dan ternakan air tawar di kampung itu untuk         dijadikan barbeku.
       
        "Kampung Penchu yang teruk dilanda banjir         gelombang pertama akhir tahun lalu menarik minat Persatuan Bulan Sabit Merah         (PBSM) menjadikan kampung itu sebagai kampung angkat dalam usaha melakukan         kerja amal.
       
        "Antara projek yang dilaksanakan ialah         bergotong-royong membersihkan kawasan kampung serta membaik pulih bangunan         masjid yang dirosakkan banjir lalu," katanya.
       
        Pengusaha pusat pengumpulan ikan air tawar di kampung itu, Salleh Kahar, 45,         berkata beliau mengusahakan pusat berkenaan bertujuan memberi kemudahan         kepada nelayan sungai memasarkan hasil tangkapan tanpa melalui peraih.
       
        Beliau berkata, selain membeli ikan sungai hasil tangkapan nelayan, beliau         mengumpul hasil ternakan akuakultur daripada pengusaha industri kecil yang         menternak ikan air tawar secara kecil-kecilan.
       
        "Sejak dibuka enam bulan lalu pusat itu menjadi         tumpuan pengusaha restoran dari luar kawasan untuk mendapatkan bekalan ikan         segar.
       
        "Kedatangan mereka membuktikan bahawa ikan air         tawar semakin diminati pelanggan termasuk pelancong asing," katanya.
       
        Salleh berkata, perusahaannya juga kini menjadi daya trikan penduduk luar         untuk ke Kampung Penchu termasuk dari Kuala Lumpur, Kajang dan Seremban,         Negeri Sembilan bagi mendapatkan ikan segar di pusat pengumpulan yang         diusahakannya.
       
        FAKTA: Kampung Penchu
        · Kampung Penchu dekat Kundang Ulu, Muar, sebuah perkampungan pedalaman yang         berpotensi dijadikan pusat daya tarikan pelancong sekiranya dibangunkan         sebagai sebuah pusat pelancongan.
        · Kedudukannya di persisiran hulu Sungai Muar juga sesuai bagi kaki pancing         untuk memancing berikutan beberapa kemudahan disediakan termasuk sampan dan         jeti konkrit.
        · Penduduk mahukan lebih banyak kemudahan termasuk melengkapkan jeti dengan         lampu limpah dan rekreasi serta tempat meletak kenderaan di persekitaran         jeti bagi kemudahan pengunjung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:25 PM | Show all posts
raya haji balik inlaws kat parit yusof rasanya raya k2
kedai2 makan dah buka kut?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:27 PM | Show all posts
ade sate jual pagi2 utk bfast ek...nak try arr...tak penah aku tau...yg aku tau skrg aku nak mkn mi bandung manisah kat pt bulat...huhu
peahjamboo Post at 12-11-2009 12:20


itu satu kemestian kalau sampai awal bila balik kampung, pernah tanya
dia jual gak perencah yg beku. cuma ada skali tu udang abis ganti lokan
mcm tak kena je dgn mee bandung
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 05:03 PM | Show all posts
raya haji balik inlaws kat parit yusof rasanya raya k2
kedai2 makan dah buka kut?
farmasi Post at 12-11-2009 16:25

bukak... dulu raye pose.. 1 raye pon bukak...

pernah try rempah wak rabu kat sri menanti? wak rabu nih dulu dia kije ngan tokey restoran manisah.. skang nih restoran tu anak dia yg amek alih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 05:39 PM | Show all posts
bukak... dulu raye pose.. 1 raye pon bukak...

pernah try rempah wak rabu kat sri menanti? wak rabu nih dulu dia kije ngan tokey restoran manisah.. skang nih restoran tu anak dia yg amek alih...
muor76 Post at 12-11-2009 17:03


dia ada kedai makan ke jual rempah je?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 05:59 PM | Show all posts
134# farmasi

Assalamualaikum Farmasi,

Mertua Farmasi  di Parit Yusof rupanya...
tentu lalu depan rumah ibu (boleh ke bahasaan ibu ni?) kalau balik ke sana  
Kalau balik raya haji ni nanti bolehlah singgah kat rumah ibu  
boleh ibu hidangkan mee bandung special untuk farmasi dan keluarga  ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 07:11 PM | Show all posts
134# farmasi

Assalamualaikum Farmasi,

Mertua Farmasi  di Parit Yusof rupanya...
tentu lalu depan rumah ibu (boleh ke bahasaan ibu ni?) kalau balik ke sana  
Kalau balik raya haji ni nanti bo ...
Rosputih Post at 12-11-2009 17:59


mak mertua 50an kalau umur camtu gak bole la kut tapi kalau bwh drpd tu saya panggil akak la
ok bak kata orang rezki jagn ditolak musuh jgn dicari nanti minta pm no tel aidiladha kami dtg ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 07:50 PM | Show all posts
136# farmasi

Memang dah sesuai sangat panggil ibu tu....

Alhamdullillah, dapat jumpa dengan sorang lagi forumer thread umrah....InsyaAllah...

O.k. nanti ibu pm no hp ibu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 07:52 PM | Show all posts
129# muor76

depan sekolah sains ek? nti try...tak penah didedahkan dgn mi bandung lain...1st time mkn sampai la ni, dah 5 thn kwin dgn org muor, manisah tu je la...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 07:54 PM | Show all posts
132# farmasi

bkn sampai skrg die still letak lokan tu ke?
to me, tu yg buat unik...berbeza dgn mi bandung yg ade kat lembah klang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 08:12 PM | Show all posts
129# muor76  

depan sekolah sains ek? nti try...tak penah didedahkan dgn mi bandung lain...1st time mkn sampai la ni, dah 5 thn kwin dgn org muor, manisah tu je la...hehe
peahjamboo Post at 12-11-2009 19:52


org tua2 cakap dalam setahun seminggu sekali mkn mi bandung manisah
wajah bertambah manis ke kencing manis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.198068 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list