CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

Muar-An Unknown Interesting Town

[Copy link]
Post time 12-11-2009 08:14 PM | Show all posts
136# farmasi

Memang dah sesuai sangat panggil ibu tu....

Alhamdullillah, dapat jumpa dengan sorang lagi forumer thread umrah....InsyaAllah...

O.k. nanti ibu pm no hp ibu ye...
Rosputih Post at 12-11-2009 19:50


tq bu atas jemputan btw kata akan lalu depan rumah kat area mana sebenarnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 08:15 PM | Show all posts
132# farmasi  

bkn sampai skrg die still letak lokan tu ke?
to me, tu yg buat unik...berbeza dgn mi bandung yg ade kat lembah klang ni
peahjamboo Post at 12-11-2009 19:54


iya ke tak perasan lak last skali makan ada lokan ke tak? 4 me asal sedap belasah je
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 08:32 PM | Show all posts
141# farmasi

Ibu dah pm farmasi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:23 AM | Show all posts
dia ada kedai makan ke jual rempah je?
farmasi Post at 12-11-2009 17:39


wak rabu jual rempah ajerk....
selain rempah wak rabu.. rempah yg top... rempah mak pon... rempah maharani... leh dpt kat pasor muo
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:24 AM | Show all posts
132# farmasi  

bkn sampai skrg die still letak lokan tu ke?
to me, tu yg buat unik...berbeza dgn mi bandung yg ade kat lembah klang ni
peahjamboo Post at 12-11-2009 19:54


ekceli mee bandung yg bebetul.. dia letak daging panas... udang dan sawi ajerk... daging n udang tu yg mendatangkan rase manis pade mee bandung tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:39 AM | Show all posts
145# muor76
btul5....
sngt btul...
im real muarian a.k.a muo...huhuhu
bangge beb jdi dak muo, dr sgi bhsa je da agk unik...
my mum, org bt.5, bakri...ak plak duk bakri 20 taun...skol pn sme, ble da bsar study kt SABGS...   tp sakng, fmly ak kne pndh JB plak...
nk mkn mee bndung sdap, yg dkat dgn kem leng 2, yg ad jual sate skali...xpn, klu nk mkn sate sdap wkt pgi, dkt ngan toko manaf...skang da jdi kdai ap tah...wkt pgi mmg rmai, dkat dgn busten bru 2...xpn, dpn skola sains muar, mee bndung dy sdap gk...klu nk bli prencah, bli yg dkt jln. joned...tip top!!!asm pedas???of cos la prit jawa...yehhaaaa
klu kt tnjong mas, of cos la rojak ptis, n abc...smbil amek angin ptg...besnye la..............
ak mmbesar kt mua, so, bg ak, mua ckup perfect wpn xla 100%
nk ap kt mua???ley kta, smue ad...smue stempat...leh compare dgn tampoi, yg ak pindah skang tau...
so,  sape2 yg nk g muo or kene keje or pape je la...dun wory...
hdup anda x spt d bndar yg mundur pn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2009 10:00 AM | Show all posts
ekceli mee bandung yg bebetul.. dia letak daging panas... udang dan sawi ajerk... daging n udang tu yg mendatangkan rase manis pade mee bandung tu
muor76 Post at 13-11-2009 09:24


betul tu sebab tekezut bila ada lokan, otak tak leh nak compute
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:58 AM | Show all posts
lagi satu kalo nak makan nasi beringin leh ler gi kat bus stand batu pahat...(bukan kat batu pahat tapi kat muor)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 03:26 PM | Show all posts
Penyelam tiram Sungai MuarOleh KAMIL MASLIH
editjohor@utusangroup.com.my

Pelancong boleh  melihat lebih dekat kehidupan para nelayan mencari tiram di Sungai Muar, Muar, Johor.  - UTUSAN/Kamil Maslih

MUAR 14 Dis. - Daerah Muar kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan,namun antara yang paling mencuri tumpuan adalah aktiviti menyelam tiramsecara tradisional yang masih diamalkan golongan nelayan di sini.
Dengan kemampuan menahan nafas selama hampir empat minit, kelebihannelayan terbabit untuk mengutip hasil tiram adalah amat mengagumkankerana mereka langsung tidak menggunakan sebarang kelengkapan menyelammoden.
Nelayan-nelayan dari Parit Tiram dekat sini hanya menggunakanpancang kayu untuk dipacakkan ke dasar sungai sebagai panduan daripadaarus dan mengaut tiram di bawah paras lima meter sedikit demi sedikituntuk dibawa ke permukaan.
Pengerusi Pengurusan Sumber Perikanan Kumpulan Nelayan Parit Tiram,Jelani Laham berkata, aktiviti menyelam tiram tersebut telah wujudsejak 1870-an dan diteruskan dari satu generasi ke generasi lain olehpenduduk.
Menurutnya, kini seramai 20 penyelam tiram berusia antara 30 hingga68 tahun masih lagi aktif mencari rezeki di sekitar lokasi perikananyang tertua di daerah ini.
"Pangkalan Nelayan Parit Tiram ini cukup terkenal dengan pengeluaranhasil tiram bermutu tinggi sejak negara belum merdeka lagi, malah mututiram yang dikeluarkan dikatakan antara yang terbaik di dunia.
"Kegiatan menyelam tiram ini adalah bergantung kepada jadual airpasang dan setiap sehari para nelayan boleh memperoleh 40 hingga 50kilogram tiram yang dijual dengan harga RM25 sekilogram," katanya disini baru-baru ini.
Berikutan keunikan teknik tradisional menyelam tiram itu, pihaknyatelah mendapat banyak permintaan daripada sektor pelancongan untukmembawa para pengunjung menyaksikan sendiri kegiatan berkenaan.
Menerusi pakej yang ditawarkan, para pelancong yang melawatpangkalan itu berpeluang menaiki bot untuk melihat secara lebih dekatbagaimana penyelam bertarung nyawa setiap hari untuk mencari rezeki.
"Penyelam tiram yang meneroka dasar Sungai Muar itu perlu memegangbatang kayu yang dipacak pada dasar sungai untuk mengelakkan daripadadihanyutkan arus sebelum mengaut tiram berulang kali.
"Sebelum ini, para pelancong tidak pernah melihat bagaimana tiramdiperoleh kerana membelinya yang telah siap diproses. Pastinya, peluangmelihat proses menyelam tiram itu memberikan pengalaman berharga danberbeza," katanya.
Jelani memberitahu, pakej pelancongan yang ditawarkan sejak duatahun lalu kini mendapat sambutan hangat daripada pelancong dari KualaLumpur, Johor Bahru serta Singapura.
Mengenai perancangan masa depan, beliau berkata, pihaknya berhasratuntuk menaik taraf Pangkalan Nelayan Parit Tiram supaya lebih mesrapelancong dengan pelbagai produk dapat dijual untuk meningkatkanpendapatan para nelayan.
Beliau berkata, kawasan Sungai Muar masih kaya dengan hasil tiramkerana pada ketika ini hanya sebahagian kecil dari kawasan sepanjang 20kilometer pesisir sungai itu diteroka oleh penyelam tiram.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:36 PM | Show all posts
muar mmg besttttt....almaklum kampungku!!!  hahahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 06:27 PM | Show all posts
di petik dr kosmo hari nih

TIDAK perlu ambil masa yang terlalu lama untuk mencintai atmosfera bandar Muar. Ekspresi penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan melayan tetamu luar yang datang bertandang sungguh memukau.

Dengan rasa senang hati, individu yang anda hampiri akan memberi panduan destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang pengembara.

Melewati Jambatan Sultan Ismail menuju ke bandar Muar bersama jurufoto, Amin Farij Hasan, kami seolah-olah kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar.

Untuk mengisahkan tentang kehebatan Muar atau nama kunonya, Bentayan adalah sangat panjang. Namun, sesuatu yang sangat sinonim dengan daerah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Majapahit itu ialah cerita tentang variasi makanannya.

Cerita daripada mulut ke mulut yang mengatakan hidangan sarapan pagi orang Muar berbeza daripada tempat lain bukan satu dongengan.

Sebagai contoh, sekiranya sate dan mi bandung di Kuala Lumpur atau di Melaka, dimakan pada waktu malam, keadaannya berbeza di Muar.

Pagi di Muar, kita akan disajikan dengan pemandangan lelaki separuh umur membakar sate di kaki lima kedai masing-masing. Senario itu boleh dilihat di warung atau kedai-kedai di Jalan Abdullah, Jalan Maharani hingga ke Jalan Petrie di Tanjung Emas.

Antara kedai yang boleh disinggah ialah kedai yang terletak berhampiran Hotel Paris di Jalan Abdullah atau di Terminal Satay Muar berdekatan dengan stesen bas Bentayan.

Bagaimanapun, kami memilih untuk bersarapan pagi di restoran Selera Bandung Muar di Jalan Abdullah seperti yang dicadangkan oleh wartawan Utusan, Kamil Maslih.

MUAR merupakan sebuah bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik terutama pada seni bina bangunannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 06:28 PM | Show all posts
Pemilik kedai itu, Abu Bakar Hanipah, 60, menyapa kami dengan penuh mesra. Dia bercerita tentang kelazatan mi bandung dan satenya yang telah menggamit ramai pengunjung termasuk dari Jepun, Arab Saudi dan Hong Kong.

Apakah rahsianya? “Saya mewarisi resipi mi bandung nenek moyang yang berasal dari India dan berhijrah ke Muar pada tahun 1930-an.

“Sate ayam dan daging pula tidak dihasilkan dengan sambil lewa. Sebaliknya menggunakan ramuan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi,” katanya yang menyediakan di antara 800 hingga 1,000 cucuk sehari.

Mi bandung air tangan Abu Bakar yang padat dengan daging cincang, udang segar, sotong, telur dan sayur, ternyata membuka selera.

Jika anda tidak mampu menghadam makanan berat pada waktu pagi, apa kata anda bersarapan di dua buah warung yang terletak di Jalan Hashim.

Barangkali pengunjung akan rambang mata melihat lebih daripada 25 jenis kuih tradisional seperti kuih bakar dan koci, dibariskan di atas sebuah meja panjang. Sekeping kuih yang cuma berharga 30 sen dan sebungkus nasi lemak berharga 70 sen membuatkan anda tidak lokek membelanja rakan anda.

Jika ingin beralih ke lokasi sarapan yang lebih eksklusif, singgah minum kopi 434 di Jalan Maharani. Jangan lupa menikmati roti bakar dan telur separuh masak yang mengenyangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 06:28 PM | Show all posts
Asam pedas

Dari Muar kami ke Parit Jawa yang mengambil masa 20 minit untuk mencuba asam pedas. Jika terlewat, anda mungkin terlepas menikmati asam pedas istimewa di gerai Asam Pedas Pak Yahya jika anda bercadang ke sana lewat tengah hari.

Memang benar, sekitar pukul 1.30 tengah hari, Yahya Sapar, 62, sudah berkemas mahu pulang.

Kunjungan pada hari seterusnya tidak mengecewakan. Yahya yang mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1989 berkata, antara faktor utama asam pedasnya laris kerana harga dan pakej makanan yang ditawarkan.

SATU kemestian. Kunjungan ke bandar Muar tidak akan lengkap sekiranya tidak menjamah mi bandung dan sate ketika bersarapan.

“Pukul 11 pagi, orang Muar dah makan tengah hari. Menu kami pula ialah asam pedas mengikut pilihan ikan seperti siakap, sembilang, ikan pari atau kembung, sayur kubis, sambal belacan dan telur masin.

“Biasanya hidangan untuk lima orang, saya hanya akan caj kurang daripada RM20 saja,” kata Yahya yang hanya memasak ikan segar yang dibeli dari jeti Parit Jawa yang terletak berhampiran dengan kedainya.

Sebenarnya, bukan kedai Yahya saja menjadi tumpuan di Medan Asam Pedas Parit Jawa. Kedai Asam Pedas Mak Pon, Kedai Asam Pedas Kampung Nelayan dan Kedai Asam Pedas Parit Jawa tidak kurang hebatnya. Namun, jika anda enggan berjalan jauh, sila berkunjung ke warung asam pedas di Jalan Joned.

Selain sarapan pagi, menu makan tengah hari di Muar juga unik. Restoran Herba dan Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Pagoh misalnya, menyediakan nasi beriani yang mengandungi ramuan tujuh herba.

Apam jepun

Di satu sudut terpencil di Jalan Abdullah, terdapat sebuah kereta tolak di Jalan Sisi milik Yusuf Daud, 45. Lelaki itu menjual sejenis kuih yang dinamakan apam jepun yang sesuai untuk hidangan minum petang.

Apam jepun yang diusahakan sejak tahun 1940 itu umpama apam balik dan dorayaki. Namun, ia berbentuk bulat dan intinya adalah campuran kacang tanah dan kacang merah.

Pada tahun 1960-an, harga sekeping apam jepun berharga 5 sen, namun hari ini, harganya mencecah 25 sen sekeping.

Cerita daripada mulut ke mulut tentang keenakan murtabak singapore turut mengheret kami ke restoran itu yang terletak di Jalan Kesang, Tanjung Agas.

Istimewanya tentang martabak itu ialah saiznya yang besar dan diadun bersama telur dan daging cincang.

Jika anda tidak kuat makan, memadailah memesan martabak berharga RM6. Kedai itu dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 11:19 AM | Show all posts
Bandar pencen elemen klasik Muar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

HISTORIOGRAFI bandar Muar yang ditelaah sentiasa menerawang di benak fikiran sehingga terpantul ke dasar mimpi. Penulis juga sentiasa dibayangi dengan ayat yang paling signifikan dalam sebuah naskhah lama yang dibaca.

Pada satu catatan, Muar yang merupakan kota kedua Portugis di Semenanjung Tanah Melayu adalah saksi kepada permulaan keagungan bangsa. Kota itu juga menjadi medan kepada kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang cukup masyhur pada zaman silam.

Baris ayat-ayat itu sememangnya mempunyai satu takwil yang cukup besar bagi penulis. Ia telah memberi pemahaman kepada penulis bahawa Muar adalah sebuah bandar yang bukan calang-calang pada suatu ketika dahulu. Tidak keterlaluan juga untuk disimpulkan, kekayaan sejarah Muar setanding dengan Melaka.

Benar, seperti kata tokoh sejarah Melaka, Baharam Azit, Muar atau Teluk Dalam dilingkari dengan gugusan pengkisahan lampau yang perdana.

Muar yang menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Majapahit pada tahun 1350 sememangnya tidak mewariskan sebarang artifak untuk ditatapi.

Namun, selepas Muar menjadi kubu terakhir serangan Jepun dan kemudian dicengkam oleh Inggeris, bandar itu telah meninggalkan banyak warisan yang kekal utuh sehingga kini.

Penulis dan jurufoto, Amin Farij Hasan menganggap Muar bukanlah sebuah bandar biasa. Jujur kami suarakan, aura zaman kolonial Inggeris di bandar yang pernah dihikayatkan dalam Suma Oriental masih segar menyapa.

Opera kehidupan khalayak Muar juga jauh berbeza dengan kota raya Kuala Lumpur. Masyarakat Muar bercitra tinggi. Semangat mereka memelihara apresiasi seni warisan jelas menunjukkan kesungguhan untuk memberitahu dunia bahawa Muar pernah makmur pada era silam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 11:20 AM | Show all posts
Seni bina klasik

Tidak hairanlah jika bandar diraja di selatan Johor itu digelar bandar pencen. Atas faktor itulah, Muar berjaya memukau pandangan si pengembara. Melintasi Jambatan Sultan Ismail, anda seolah-olah berada di ‘dunia’ lain.

Seperti kata seorang anak jati Muar, Salleh Minhat, 62, bandar itu sesungguhnya tewas dalam usaha mendirikan bangunan pencakar langit.

“Namun, Muar telah menjalankan tugas yang paling sukar iaitu mengekalkan seni reka bangunan yang dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua. Malah, di merata ceruk, banyak ejaan bahasa Melayu lama masih dikekalkan oleh si empunya premis,” katanya ketika bersembang bersama penulis baru-baru ini.

Kata lelaki itu lagi, wilayah bandar Muar juga unik kerana ia dikelilingi bangunan yang berciri klasik.

“Sama ada anda berada di Jalan Abdullah, Jalan Maharani, Jalan Sisi hinggalah ke Jalan Petrie, pasti terselit dua tiga buah kedai yang kebanyakannya menjual barang dapur kuno.

“Terdapat juga bangunan kedai yang berunsur pascakolonial seperti bangunan Hotel Embassy,” ujarnya bangga.

Selain itu, masih terdapat tulisan Cina yang dilukis dengan menggunakan cat merah pada tiang sebesar kayu balak.

Namun, yang paling mencuri tumpuan lensa pelancong ialah Bangunan Kastam. Bangunan itu siap dibina pada tahun 1909 ketika Muar menjadi satu-satunya bandar yang mempunyai landasan kereta api.

Jalan Petrie mungkin layak dilabelkan sebagai lorong bersejarah. Kawasan tersebut membariskan bangunan seperti Mahkamah Tinggi Muar yang berusia 126 tahun dan mempunyai sentuhan neoklasik.

Pejabat Tanah Muar (dulu Bangunan Sultan Abu Bakar) yang terletak bersebelahan juga mempunyai elemen sejarah yang tidak terperi. Begitu juga dengan Sekolah Tinggi Muar yang dibina dalam tahun 1914 dan Balai Polis Cawangan Trafik.

Berjalan kaki mungkin cara terbaik untuk menghayati keindahan dan sejarah yang terpatri di Muar. Jika tidak, para pengembara barangkali gagal menemui hotel-hotel lama seperti Hotel Federal, Hotel Embassy dan Hotel Paris. Premis-premis itu bagaimanapun hanya tinggal nama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 11:21 AM | Show all posts
Kopi Muar

Barangkali ramai yang bersetuju dengan penulis bahawa tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati secawan kopi di Jalan Maharani. Bukan setakat rekaan dan susun atur kedainya yang unik, bahkan aroma kopinya mampu mententeramkan gelodak jiwa.

“Kata orang, apabila minum kopi di Muar ibarat mengembalikan nostalgia zaman 60-an kerana corak hidangannya tidak berubah sejak dulu,” kata Kiar Cher Yong, 26, pewaris jenama Kopi 434.

Di kala senja, ziarah terhenti seketika di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Papan tanda masjid masih mengekalkan ejaan lama. Percikan cahaya lampu neon melambai kami untuk singgah sebentar.

Rumah Allah yang dibina pada tahun 1927 itu mempunyai pengaruh Inggeris. Bumbung bangunan utama merupakan bumbung limas beratapkan genting lama. Menariknya tentang masjid yang terletak di tebing Sungai Muar ini, terdapat menara empat tingkat yang mempunyai kontur dan reka corak yang unik.

Mercu tanda terbaru di Bandar Maharani ini ialah Masjid Jamek Sultan Ismail yang didirikan betul-betul di utara tebing Sungai Muar. Pelan arkiteknya persis kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

ka posisi kedudukan anda dari bandar Muar atau dari Jambatan Sultan Ismail, lokasi penyatuan ummah itu dilihat seakan-akan terapung di atas sebatang sungai.

Untuk menikmati panorama masjid atau rutin aktiviti komoditi masyarakat Muar, apa kata anda menaiki bot menyusuri Sungai Muar yang memakan masa lebih kurang sejam.

Dalam lipatan sejarah tertulis akan keunggulan Muar. Bandar itu satu-satunya bandar di negara ini yang mempunyai sistem kereta apinya sendiri yang ditubuhkan pada tahun 1889 dan berakhir pada tahun 1925. Ia menghubungkan Jalan Sulaiman dan Sungai Pulai sejauh 22.5 kilometer (km).

Pencapaian itu dikatakan sungguh luar biasa memandangkan tiada satu bandar pun di Malaya pada ketika itu mengimplemenkan idea yang sedemikian.

Memetik kenyataan dalam beberapa rujukan, pihak pentadbiran Keretapi Kerajaan Muar (MSR) mempunyai perancangan untuk memanjangkan landasan kereta api hingga ke Batu Pahat. Bagaimanapun, impian itu tidak kesampaian ekoran halangan geografi dan kewangan.

Kesan landasan kereta api telah hilang selepas tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Bagi membuktikan cerita tentang kewujudan MSR bukan dongengan, lokomotif MSR yang diiktiraf tertua di Malaysia kini dipamerkan di Taman Tanjung Emas.

Kata seorang pengunjung ketika berbual bersama penulis, Haseena Seelan, 29 : “Saya teruja melihat Muar lebih hebat daripada mana-mana negeri di Malaysia kerana ia memiliki segala-galanya sejak dulu lagi.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 11:21 AM | Show all posts
Khazanah berharga

Hari terakhir di Muar, kami mengalihkan stereng menuju ke Kolam Air Panas Sungai Gersik yang terletak di Kampung Sungai Gersik, Mukim Sungai Balang. Lokasi itu kira-kira 30 km dari bandar Muar.

Kolam Air Panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya lokasi air panas semulajadi yang kini dikomersialkan. Terpercik perasaan gerun tatkala dikisahkan tentang peristiwa ganjil di kolam berkenaan. Namun kolam yang ditemui oleh seorang penduduk kampung yang bernama Abd. Rahman Harshad pada tahun 1911 merupakan khazanah yang tidak ternilai untuk bandar Muar.

Penerokaan sejarah di bandar Maharani semakin bermakna apabila berpeluang melawati Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh. Almarhumah permaisuri Sultan Alauddin juga dimakamkan bersebelahan dengan makam baginda. Batu nisan kedua-duanya dipercayai ditempah khas dari Acheh dan diukir dengan kalimah al-Quran. Kawasan makam dikawal rapi oleh penduduk kampung dan pihak berwajib bagi mengelakkan aktiviti pemujaan di makam itu.

Meskipun Muar dibaluti dengan kepadatan sejarah, bandar pencen itu turut membangun selari dengan arus kemodenan. Program mengindahkan pesisir pantai dan pembukaan penempatan baru yang lebih moden telah memesatkan pembangunan bandar itu.

Seperti kata seorang anak jati Muar, Mohd. Zamani Abdullah, 75 : “Kita telah membangun tapi kita sedikit pun tidak jejaskan elemen-elemen klasik yang di tinggalkan oleh nenek moyang dan penjajah kita. Orang Muar harus berbangga kerana bandar ini sebenarnya telah menyimpan banyak peristiwa sejarah walaupun tiada bukti arkeologi yang mengesahkannya.”
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 02:10 PM | Show all posts
di amek dr kosmo
Taman herba untuk keluarga

DI SEBALIK kehebatan bandar Muar, Johor, yang kaya dengan seni bina klasiknya, destinasi itu sebenarnya mempunyai sebuah ladang herba dan rempah ratus seluas 1,295 hektar. Keluasannya telah melayakkan kawasan itu dinobatkan sebagai ladang herba yang terbesar di Asia.

Ladang yang dikenali sebagai Rempah Ratus dan Herba Nasuha yang terletak di Pagoh dikelilingi oleh lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat.

Antara tanaman popular seperti tongkat ali, kacip fatimah, kemangi, akar tarum, hempedu bumi, jarum mas dan urang-aring. Semua tumbuhan itu boleh dimiliki dengan membeli produk kering yang siap dibotolkan mengikut formula penjagaan kesihatan tertentu.

Ladang itu juga menyediakan pelbagai prasarana untuk menyokong aktiviti rekreasi. Paling mencuri tumpuan adalah Restoran Herba. Memasuki pintu masuk restoran itu, pengunjung pasti terpukau dengan seni dekorasi dalaman yang mengadaptasikan suasana hutan khatulistiwa.

Kerusi dan mejanya diperbuat daripada kayu balak asli dan kemudian dicat menggunakan warna coklat terang. Selain itu, terdapat juga lantai pijak yang berfungsi untuk membuat urutan refleksologi.

Menurut Pengurusnya, Mohd. Aminudin Malek, restoran itu menyediakan hidangan berasaskan herba dan rempah ratus asli.

“Menu istimewa di sini ialah beriani herba ayam, daging dan kambing, sup herba serta teh dengan pilihan pelbagai herba,” katanya.

Tambah Aminudin, pengunjung boleh mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pihak restoran untuk memilih makanan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan masing-masing.

Seusai menikmati makanan yang serba berkhasiat, pengunjung boleh menikmati urutan tradisional di pondok Spa Herba dan Terapeutik yang terletak di puncak bukit berdekatan restoran.

Sekali lagi, reka bentuk spa yang menggabungkan corak binaan spa dari Jepun, Korea, China, Finland dan Arab Saudi mencuri perhatian.

Untuk mandian herba dan urutan tradisional, ia dikendalikan oleh seorang tukang urut bertauliah dari Indonesia.

Kepada pengunjung yang mendapat khidmat sauna pula, mereka dapat menyaksikan bilik sauna yang disalurkan dengan wap yang dihasilkan daripada pelbagai jenis herba menerusi terowong bawah tanah.

“Batu-batu di bilik-bilik berkenaan akan dipanaskan secara perlahan hingga ke suhu 90 darjah Celcius. Air herba yang disembur ke atas batu untuk mengeluarkan wap dan kemudian menghasilkan ion negatif yang sangat berfaedah untuk kesihatan tubuh,” jelas Aminudin.

Pakej menarik

Beliau menambah, Nasuha Herbs and Spices merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti hari keluarga.

“Kami turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk keluarga ataupun untuk organisasi.

“Selain menikmati hidangan di restoran, pengisian pakej turut menyenaraikan aktiviti kembara di ladang herba di samping tawaran bermalam di resort,” katanya.

Penginapan resort pula, Aminudin menjelaskan, pengunjung boleh memilih sama ada mahu mencuba penginapan jenis log kabin atau set dormitori yang berkadardi antara RM250 hingga RM600 semalam.

“Log kabin yang diperbuat daripada kayu yang beraromaterapi terletak di lereng bukit dan dikelilingi oleh pokok-pokok herba.

“Anda berpeluang menikmati udara yang sejuk daripada tiupan angin gunung dan aroma yang datang dari beratus-ratus pokok eucalyptus,” katanya.

Sementara itu, satu unit dormitori boleh memuatkan seramai 11 orang. Bezanya di sini, terdapat sebuah jakuzi yang airnya mengalir dari sumber mata air bertapis.

Selain menawarkan pakej pelancongan herba, Nasuha Herbs and Spices juga ideal untuk menjalankan program aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, berakit, berkayak dan merempuh halangan.

Kepada mereka yang berminat meneroka lokasi yang sarat dengan pelbagai kegiatan, tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nasuhaherbsparadise.com.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065585 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list