CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DARSITA

Bahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 4-12-2006 12:13 AM | Show all posts
ok soalan seterusnya...

1. Mereka-mereka yg mengikuti program motivasi itu akan diberi sijil penyertaan.
A Mereka yg ikuti
B Mereka yg mengikuti
C Mereka-mereka yg ikuti
D Mereka-mereka yg mengikuti

2. Nizam mencampakkan beg sekolahnya ke atas sofa _______ bergegas ke bilik air.
A serta
B lalu
C maka
D dan

3. Kereta itu _________ ke dalam sungai setelah bertembung dengan sebuah lori minyak.
A terbabas
B terhempas
C terpelanting
D terhumban

4. Ubi kayu yg direbus sehingga ________ sedap dimakan jika digaul dengan kelapa parut.
A empuk
B lembik
C lemau
D lembut

5. Dalam keadaan _________ di pasar malam itu Zarina tidak dapat mendengar suara adiknya melalui telefon bimbit itu.
A haru-biru
B riuh-rendah
C gegak-gempita
D porak-peranda

6. Untuk mengikuti aktiviti mendaki Gunung Tahan ini, para peserta perlu mempunyai ________ fizikal dan mental.
A  ketahanan
B kecekalan
C ketelusan
D kesabaran

7. ___________ majlis itu mengumumkan ketibaan Menteri Besar Johor ke tapak Ekspo Pertanian yang diadakan di Teluk Danga.
A Juruhebah
B Juruacara
C Jurucakap
D Jurubahasa

8. Menteri Pendidikan naik ke pentas. ___________ akan merasmikan program "Budi Bahasa Amalan Kita" di sekolah.
A Dia
B Mereka
C Beliau
D Baginda

9. Penjenayah itu telah dihadapkan ke mahkamah. Beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
A Dia dijatuhi hukum
B Dia dijatuhi hukuman
C Dia dijatuhkan hukuman
D Beliau dijatuhkan hukuman

10. Stadium Nasional Bukit Jalil ________ oleh sorakan penonton yg menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.
A kucar-kacir
B porak-peranda
C kacau-bilau
D hingar-bingar

ok... stkat ini untk hari ni...hehehe
selamat menjwb!!! fighting!! ganbattane kudasai!!
:pompom::pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 3-12-2006 07:33 PM
nak tande ni... heheh
1-6. btol!!! :pompom::pompom:
7. btol!! (banyak boleh digunakan... contohnya sprt banyak pelancong, kalo pelancong2 x perlu banyak sbb kata ganda pelancong dh menunjukkan bn ...


nak tanya laksamana ni memang cikgu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 10:12 PM | Show all posts

Reply #121 laksamana_sunan's post

dah mengantuk saya sambung esok sajalah cikgu...harap cikgu memahami anak murid yang amat keletihan...(ponteng kelas ni )
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:15 PM | Show all posts

Reply #122 Hamyhaireen's post

x lah.... hehehe pelaja je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 08:35 AM | Show all posts
1b
2b
3d
4a
5b
6a
7a
8c
9b (keliru sikit)
10d

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 02:04 PM | Show all posts

Reply #125 Hamyhaireen's post

masa untk menanda... :pompom:

1-6 btol!!!
7. jawapannya juruacara (juruhebah bermaksud org yg menghebahkan,[menyiarkan], penyiar.. seperti juruhebah radio)
8 & 10. Btol!!
9.Btol!!!


Nota Awasi Jerat Imbuhan 'Kan' dan 'I' ( credit to Bahasa Melayu Fokus SPM)

SATU masalah yg sering menimbulkan kekeliruan ialah penggunaan imbuhan bagi sesetengah ayat dlm Bahasa Melayu. Misalnya, kita sering mendengar serangkaian ayat begini: "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh si mati."
    Ada ayat yg lain pula memberi maksud yg lebeih kurang sama, ttp menggunakan imbuhan 'kan' seperti ayat berikut:
"Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh si mati." Yg mana satukah susunan ayat yg betul?
    Masalah seperti ini sering mengelirukan pelajar mungkin disebabkan pelajar kurang faham ttg asas perktaan berimbuhan dan fungsinya dlm Bahasa Melayu. Kata kerja mencucuri sebenarnya menggambarkan Tuhan yg memberikan rahmat. Jadi yg lebih sesuai digunakan ialah 'mencucurkan' bukannya 'mencucuri' sebagaimana ayat yg dinyatakan.
    Oleh sebab itu, ayat yg betul ialah: "Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh si mati", sebab kata kerja mencucuri itu terbit drpd perkataan 'cucur' yg bermaksud aliran ke bawah. Yg dpt menjalankan proses mencucuri ialah air atau bahan2 cair yg sama sepertinya.
     Kesilapan itu berlaku krn fungsi imbuhan 'kan' dan 'i' tdk diberi perhatian. Lagipun ia biasa digunakan. Kekerapan penggunaan tersebut oleh kebanyakan org dan sering digunakan oleh media menyebabkan ia seolah-olah tdk salah walaupun dr segi fungsinya mmg tdk betul.
     Keadaan itu sama juga dgn contoh yg berikut: Tertuduh itu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Kata dijatuhkan dlm konteks di atas adalah salah kerana jatuh itu bukan untk org ttp untuk hukuman. Ayat yg betul bagi menggambarkan dgn tepat ialah: Tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun.
     Oleh sebab itu kecenderungan memasukkan imbuhan 'kan' dan 'i' tdk boleh digunakan sewenang-wenangnya. Di sini dikemukakan beberapa contoh yg boleh dijadikan panduan oleh pelajar.

Mencucuri
1. Peluh mencucuri seluruh tubuh petani.
2. Hujan yg lebat itu telah mencucuri seluruh atap rumah.

Mencucurkan
1. Dia mencucurkan air mata sebaik sahaja menerima keputusan yg menyedihkan.
2. Emak mencucurkan air sabun ke periuk yg sedang dicucinya.

Dijatuhkan
1. Buah-buah jambu yg sedang ranum itu dijatuhkan oleh tupai.
2. Budak itu dijatuhkan ke dlm kolam oleh budak-budak nakal.

Dijatuhi
1. Motosikal Hassan terbalik tiba-tiba akibat dijatuhi batu besar dari atas lori.
2. Kepalanya berdarah akibat dijatuhi buah kelapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2006 02:27 PM | Show all posts
soalan untk hari ini... :pompom:

1 Jamilah: Bukankah awk yg membuat kerja2 menghias kelas kita ini? Mengapa pula Farid yg mendapat pujian drpd cikgu?
   Fendi:    Tidak mengapalah Jamilah. Yg penting, kelas kita sentiasa bersih dan cantik.


Peribahasa yg sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah...
A ayam terlepas, tangan bau tahi.
B harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
C org lain yg makan nangka, org lain yg kena getahnya.
D lembu punya susu, sapi dpt nama.

2 Puan Ramlah tdk dpt mengawal perasaan apabila diberitahu tentang kebakaran yg memusnahkn rumahnya.
A dikawal perasaan apabila diberitahu
B kawal perasaan bila diberitahu
C mengawal emosi bila diberitahu
D mengawal perasaan apabila diberitahu

3 Pihak berkuasa perlu membuat _________ di kwsn hutan agar masalah pembalakan haram dpt diatasi.
A penjagaan
B perlindungan
C pemantauan
D pemerhatian

4 Sudah seminggu ayah Amira tidak pulang ke rumah. Kehilangan ayahnya itu benar2 _________ anggota keluarga mereka.
A merisaukan
B merimaskan
C mengharukan
D memilukan

5 Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan ____________ yg banyak menyumbangkan jasa dlm bidang pendidikan negara.
A negarawan
B sejarawan
C cendekiawan
D karyawan

6 Adalah dengan ini dimaklumkan yg mesyuarat Persatuan Alam Sekitar terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu.
A Dengan ini dimaklumkan yg
B Dengan ini dimaklumkan bahawa
C Adalah dengan ini dimaklumi bahawa
D Adalah dengan ini dimaklumkan yg

ok sampai sini je sbb nak turun town hari ni. hehehe.. selamat menjawab..:tq::tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 02:43 PM | Show all posts
no.7 tersalah jawab...keliru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 06:39 PM | Show all posts

Reply #128 Hamyhaireen's post

semua org pun keliru... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 8-12-2006 02:27 PM
soalan untk hari ini... :pompom:

1 Jamilah: Bukankah awk yg membuat kerja2 menghias kelas kita ini? Mengapa pula Farid yg mendapat pujian drpd cikgu?
   Fendi:    Tidak mengapalah Jamilah. Yg penting, kelas kita sentiasa bersih dan cantik.

Peribahasa yg sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah...
A ayam terlepas, tangan bau tahi.
B harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
C org lain yg makan nangka, org lain yg kena getahnya.
D lembu punya susu, sapi dpt nama.

2 Puan Ramlah tdk dpt mengawal perasaan apabila diberitahu tentang kebakaran yg memusnahkn rumahnya.
A dikawal perasaan apabila diberitahu
B kawal perasaan bila diberitahu
C mengawal emosi bila diberitahu
D mengawal perasaan apabila diberitahu

3 Pihak berkuasa perlu membuat _________ di kwsn hutan agar masalah pembalakan haram dpt diatasi.
A penjagaan
B perlindungan
C pemantauan
D pemerhatian

4 Sudah seminggu ayah Amira tidak pulang ke rumah. Kehilangan ayahnya itu benar2 _________ anggota keluarga mereka.
A merisaukan
B merimaskan
C mengharukan
D memilukan

5 Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan ____________ yg banyak menyumbangkan jasa dlm bidang pendidikan negara.
A negarawan
B sejarawan
C cendekiawan
D karyawan

6 Adalah dengan ini dimaklumkan yg mesyuarat Persatuan Alam Sekitar terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu.
A Dengan ini dimaklumkan yg
B Dengan ini dimaklumkan bahawa
C Adalah dengan ini dimaklumi bahawa
D Adalah dengan ini dimaklumkan yg
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 08:01 AM | Show all posts
Bahasa Melayu simbol perpaduan
Oleh Dr Sarjit Singh Gill


LAZIMNYA tahun baru disambut meriah masyarakat Malaysia, masing-masing mempunyai harapan dan azam baru, dirancang dengan penuh teliti untuk diperjuangkan sepanjang tahun itu. Masyarakat bukan Melayu mempunyai beberapa azam dan harapan baru untuk dikongsi bersama-sama masyarakat Malaysia demi kebaikan semua.


Harapan dan azam baru perlu disemai masyarakat bukan Melayu ialah usaha mendaulatkan bahasa Melayu dengan mengembangkan pengajian mengenai alam Melayu. Kita perlu memantapkan penyelidikan demi menarik orang asing mengkaji masyarakat majoriti dan minoriti di Malaysia. Kita perlu juga menulis dalam bahasa Inggeris untuk menarik orang asing mengenal kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia. Apabila mereka berminat mengkaji alam Melayu, maka sewajarnya mereka mempelajari bahasa Melayu dan mengenal sejarah negara.

Sebenarnya, pendaulatan bahasa Melayu bukan hanya terletak kepada orang Melayu, tetapi meliputi semua masyarakat Malaysia. Sejak merdeka lagi, masyarakat Malaysia sudah berjanji menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maka, penggunaannya perlu dimantapkan supaya terus menjadi bahasa pembangunan di Malaysia. Inilah harapan dan azam baru perlu dimiliki semua masyarakat Malaysia tanpa mengenal latar belakang agama dan bangsa.

Kegiatan penyelidikan mengenai alam Melayu, secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih jitu lagi berkesan. Tidak dapat dinafikan masyarakat bukan Melayu, seperti masyarakat Melayu, mementingkan soal perpaduan kaum yang baik dan murni. Masing-masing ingin kesejahteraan dan keharmonian demi penerusan martabat bangsa dan agama agar generasi mendatang dapat terus menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Dalam soal mewujudkan perpaduan, kita perlu kembali menilai kepentingan sejarah dalam kehidupan agar peristiwa hitam lalu tidak berulang. Semangat perpaduan yang baik dan ikhlas seperti ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu disemai sejak kecil lagi.

Kebijaksanaan kerajaan yang bersikap terbuka, jujur dan positif dalam merencanakan tema perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama perlu dipuji.

Bagaimana hendak mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat? Satu alat penting mewujudkan perpaduan dalam masyarakat ialah penggunaan bahasa. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam kehidupan seharian.

Bahasa Melayu adalah alat perhubungan penting dalam menyatupadukan masyarakat. Ada juga pihak menyatakan bahawa bahasa Melayu semakin terpinggir dan bahasa Inggeris begitu penting. Golongan menyatakan bahasa Melayu itu terpinggir sebenarnya mempunyai pemikiran cetek mengenai sejarah negara.

Masyarakat bukan Melayu mempunyai harapan dan azam baru untuk meningkatkan minat dan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar dan penuntut universiti yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Sebenarnya, perubahan arus pembangunan yang kian moden dan pengaruh proses globalisasi semakin mencabar kehidupan dan menyebabkan masyarakat mula memberikan tumpuan terhadap bahasa asing, terutama bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu diajar di sekolah rendah dan menengah perlu diperluaskan secara komited. Justeru, perlu ada kesedaran di kalangan pelajar bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Bahasa Melayu di sekolah sebenarnya masih belum mencapai keputusan membanggakan dalam menyatupadukan pelajar. Kaedah pengajaran kurang berkesan turut menjadi punca kelemahan dalam mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar.

Justeru, polarisasi kaum semakin tinggi di kalangan penuntut turut memberi kesan kepada perpaduan dan integrasi kaum. Komitmen kerajaan dalam memperkenalkan subjek Hubungan Etnik di universiti amat tepat pada masanya dalam memastikan interaksi sosial antara kaum dipertingkatkan, sekali gus mementingkan aspek toleransi dan dialog kebudayaan dan keagamaan yang sihat.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak. Sosialisasi di rumah aspek perlu diberi perhatian sewajarnya. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak terutama memantau prestasi akademik dan sosial mereka.

Pihak sekolah sering menjadi sasaran ibu bapa yang sentiasa mencari 慿elemahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 02:54 PM | Show all posts

Reply #130 mrs_livingstone's post

maaf lambat reply......
1-5. Btol!!!!!!
6. jawapannya B.
Haittt.... arigato gozaimas.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 07:40 AM | Show all posts
Cikgu Laksamana

Boleh kah saya bertanya. Macamana nak eja telor dan tidor. Adakah telur dan tidur?

Terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #133 DARSITA's post

ejaan untuk telor, sbenarnya telur.. telur berrmaksud benda yang mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang sprt unggas, serangga, ikan, reptilia dll) yg umumnya bersalutkan kulit yang keras manakala perkataan telor ( te-lor) bermaksud jenis sebutan atau loghat yang digunakan di beberapa kawasan penempatan lain ......

perkataan tidor, sebenarnya ejaan yng sebetulnya ialah tidur yg bermaksud dlm keadaan tdk sedar dgn mata terpejam (kerana berehat)....

hamba budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 01:35 PM | Show all posts
terima kasih mrs_livingstone!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 05:30 PM | Show all posts
semalam waktu majalah 3 ditayangkan ambe ada terdengar org tu menyebut lebih kurang ayat dia cam ni la ....... " sebuah kampung di pendalaman"......
maksud ayat ni salah kerana perkataan pendalamn yg digunakan itu bermaksud lain.... sepatutnya bukan sebuah kg di pendalamn ttp sebuah kampung di pedalaman.....

perkataan pendalaman sesuai digunakan untk menyatakan ayat seperti.....
kerja2 pendalaman sungai sedang dilakukan oleh pihak berkuasa untk mengelakkan berlakunya kejadian banjir.......
di sini barulah perkataan pendalam sesuai untk diletakkan di dlm ayat kerana perkataan pedalaman dan pendalaman mempunyai maksud yg berlainan....
semoga anda tdk terkeliru...
cintailah bahasa kita!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 5-1-2007 01:35 PM
terima kasih mrs_livingstone!!

tima kasih je ke?posting lah byk byk ribu2 lemon lagik...hihihihhi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:29 AM | Show all posts
insya Allah.. tgh kumpul bahan skang hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 03:59 PM | Show all posts
A'kom... dh lame x jumpe.. pekaba.. hehehe
ok hari ini kita nak belajar NADA yang terdapat dlm sajak atau pantun..

a) Melankolik- mendayu-dayu, menyatakan perasaan
b) Romantis - keagungan, perasaan, kecantikan
c) Sinis - sindiran
d) Protes - bantah, kritik
e) Patriotik - semangat cinta akan negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 04:09 PM | Show all posts
hari ni juga kite nak buat satu program baru... Mentafsir sajak...
aok sume boleh beri apa2 pendapat mengenai sajak tersebut tp bukan kritik... cuma aok sampaikan ape yg aok sume rase mengenai maksud sajak, persoalan yg terdpt dlm sajak tu dan temanya....

sajak untk hari ini...

     AKU MENJADI LEBIH BERANI

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.

Latifah Hj. Shebli
Puisi-puisi Kenyalang 1, 1984.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062700 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list