CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6910|Reply: 15

7 C dan 8 G

  [Copy link]
Post time 20-8-2005 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu,
penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........

8 'G' pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabra

Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2005 07:36 AM | Show all posts
ada terbaca jawapan dari lelaki duluuuuuuuuuuu zaman sekolah dulu kat mana ntah lufer..dia kata oang pompuan ni kekadang ada yang suke lelaki or pakwe dia tangan garpu...tangan garpu tu termasuk kategori gatal tu ke? abis tangan berbulu tu..kalo tak gatal sure bulu celup..btui dak?  benci tapi rindu..lagu diana nasution.:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2005 12:43 PM | Show all posts
tangan garpu tu ape??? :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2005 12:44 PM | Show all posts
tangan dia bentuk garpu kot

:lol



apa yg anon faham.. tgn garfu tuh bukan ke tgn kuat meraba?
:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 10:19 AM | Show all posts
ni apasal lelaki lebih satu ni? hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2005 10:35 AM | Show all posts
sebab lelaki memang sentiasa melebih2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2005 11:15 AM | Show all posts
Salam...............

Tak semua lelaki cam yg dinyatakan tau............... Tapi yg paling ketara kekurangan pada saya ialah nombor 3....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 12:43 AM | Show all posts
tangan garpu macam x men jer...

Anon, thanks sbb kasi info nie. penting nie pada mereka2 yang baru jer mendirikan mesjid macam aku nie.. heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2005 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 2-9-2005 11:15 AM
Salam...............

Tak semua lelaki cam yg dinyatakan tau............... Tapi yg paling ketara kekurangan pada saya ialah nombor 3....



kekadang lelak yang gementar ni especially nak bitau bab bab perasaan cuteeee sangat...ahah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 03:17 PM | Show all posts
saya di sekolah banyak cakap tu pun tak disukai oleh lelaki ke???????????celupar ke saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2005 12:52 AM | Show all posts
bukan semua devil
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by miss_sepet at 7-9-2005 08:57 PM



kekadang lelak yang gementar ni especially nak bitau bab bab perasaan cuteeee sangat...ahah...


Salam.........

Memang betul gementar kadang2...... Sampai dah kawin nie pun masih ada perasaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 9-9-2005 12:52 AM
bukan semua devil



ye ke at last ada gak orang cakap gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by devil at 8-9-2005 03:17 PM
saya di sekolah banyak cakap tu pun tak disukai oleh lelaki ke???????????celupar ke saya

ishh.. lelaki mmg suke kat pompuan peramah tp kalo terlampau byk cakap pon x elok gak yg penting sederhana dlm pengaulan n respect to another...:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 11:02 PM | Show all posts

Reply #1 MsAnonymous's post

. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya

part nih plg takleh dimaafkan :no:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 09:15 PM | Show all posts
aku ade ciri2 no 8 tu,alamak hahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069729 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list