CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aininfarihah

Ringkasan Novel Menarik Yang Pernah Anda Baca, Novel-Novel Menarik

[Copy link]
Post time 26-7-2010 09:54 AM | Show all posts
sinopsis DIAM DIAM RINDU
Author : Syahirah Ibrahim
Publisher : Buk PRima

Kisah pasal iman yg dipulaukan oleh mak dia kerana kematian adik perempuan dia, maisara.
Masa dia university, dia ader bestfriend nama Diana & jugak kenal dgn sorg mamat yg suka mengacau dia nama Mirza Imran.
Pas abis blajar, dia nk further study ke UK. Tp masa apply, mak & bapak dia x tau.
mak dia naik hangin terus tunangkn iman dgn anak kawan bapak.
Iman terpaksa terima sbb tu sj jln utk dia further study.
After few incidents, br dia tau tunang dia tu Mirza Imran.
Almost x jd kawin sbb kn sepupu imran yg nama farah.
farah berdendam dgn Iman disebabkan kematian adik farah dlm accident yg melibatkan iman & adik dia.
Tp, at the end kawin la jugak iman & imran..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 11:29 AM | Show all posts
Tajuk = ALEEYA - oleh-  Effy Shafrizal

Sinopsis

Kisah Aleeya yang dikahwin paksa oleh ibubapanya kerana ayahnya Hj. Ahmad Nazim telah berjanji Datuk Zabidin ayah suaminya (Zakcry). Selepas berkahwin mereka hidup di rumah tapi tidur bilik berasingan.
Aleeya menyambung pelajarannya di Koleh Metropolitan dan Zackry bertindakan sebagai Pensyarahnya.  Ini membuatkan Aleeya kagum dengan kewibawaan suaminya sendiri tapu ego mengatasi segalanya. Lama kelamaan mereka hidup bahagia. Tidak lama kemudaian Aleeya mengandung tapi kandungannya tidak dapat diselamatkan disebabkan dia telah diragut dan ditikam. Ini menyebabkan Aleeya susah untuk mengandung lagi. Disebabkan keadaannya itu, Aleeya menjadi sorang pendiam ditambah pula oleh desakan ibu mertuanya agar membenarkan Zackry berkahwin lain.
Tidak lama kemudian, Aleeya mengandungi lagi, tapi di dinasihatkan oleh Dr. Fatimah agar menggugurkan kandungannya kerna dia mengalamai komplikasi rahim. Tanpa pengetahuan suaminya, Aleeya meneruskan kandunganya untuk memberi zuriat pada suami dan mertuanya bagi memuaskan hati mereka, walaupun dia tahu keadaan dirinya amat merbahaya. Akhinya Aleeya berjaya melahirkan sorang baby lelaki dan mengorbankan dirinya sendiri.  Ibu mertuanya menyesal disebabkan kemahuan seorang cucu dan mendesak Aleeya agar membenarkan Zackry berkahwin lain.

Begitulah serba sedikit sinopsis ALEEYA
cerita ni memang sedih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 282# wwannurr

publisher mn ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:13 PM | Show all posts
Reply  wwannurr

publisher mn ni?
midar Post at 26-7-2010 14:06


midar,

lawat laman web ni ye ..!!!!!!   http://effyshafrizal.blogspot.com/2009/08/aleeya-1.html

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:16 PM | Show all posts
Reply 284# wwannurr

tq...
kiter ingatkn dh publish td...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply  wwannurr

tq...
kiter ingatkn dh publish td...
midar Post at 26-7-2010 14:16



   belum publish lagi,,,, tak tau lerr,, sebab tengok pada novel ni
episodnya sikit jerrr.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 08:55 PM | Show all posts
BISIKAN SYURGA - Yano Rahma Nugraheni

Sarah adalah cerminan manusia masakini yang menakjubkan. Dia memiliki hati yang lembut, halus, penuh empati dan menyenangkan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengannya.

Namun, di sebalik kekuatan pesona peribadinya, dia bersama-sama beberapa orang rakannya menyimpan misi utama iaitu memurtadkan orang-orang Muslim. Tanpa diduga, dengan keindahan suara Salsabila, yang hidup dalam tekanan, penindasan, prahara jiwa dan kemiskinan, Sarah terlontar ke pintu Syurgawi. Penuh kemelut dan intimidasi memang, tetapi hidayah sangat tidak terbendung.

Novel yang sarat dengan konflik hidup dan idealisme ini menghadirkan kesaksian mengharukan tentang rahsia Ilahi dalam menyentuh jiwa-jiwa manusia yang lemah dan fana.

Penulis : Yani Rahma Nugraheni
Penerbit : PTS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:45 PM | Show all posts
baru abis baca buku 'lafazkan kalimah cintamu' karya siti rosmizah....memang best sgt citer ni....lawak ada...sedih ada...citer ni lebih sedih dari citer 'andai itu takdirnya' oleh penulis yang sama.....memang 5 bintang la utk buku ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 09:42 PM | Show all posts
Reply 280# anieaina


    saya pun suka dua-dua novel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:37 AM | Show all posts
Tajuk Novel: Cinta… Di mana? Oleh Annur Puteri (terbitan 2007 oleh CESB)

Kisah kekeluargaan,kemasyarakatan – kemelaratan hidup Mokhtar & Azizah sehinggakan terpaksa membuat keputusan memberikan salah seorg anak kembarnya kpd org lain utk di jaga utk menyelamatkan 2 nyawa yg lain.  Tapi, hero & heroin cerita ni saya kira adalah tetap Mariah & Muzamil. Penulis, saya kira bijak menggunakan /mengayakan bahasa sehinggakan sepanjang membaca cerita ni saya tak berhenti2 menangis (sampai bengkak2 mata), terharu dgn kesungguhan, pengorbanan , keazaman, & peribadi yg kuat (strong personalities) Mariah & Muzamil. Watak2 tempelan seperti Tengku Suzana, Zamrie & Tengku Nazhan , memang melengkapkan ‘perencah’ cerita ini. Apapun , cerita ini pengakhiran nya gembira(‘happy ending’).. Saya sendiri, sebenarnya tak sanggup baca cerita yg sedih ahirnya(‘sad ending’)..

Saya galakkan membaca cerita ini sebab sarat& kaya  dengan  pengalaman berharga, nasihat berguna, pengajaran & panduan mengharungi kehidupan yg tak semestinya selalu ‘manis2’ sahaja…

Contoh....
insiden dimana seorg adik sanggup ‘berkorban’ utk kakaknya hingga di belasah teruk oleh ayah mereka sampai demam seminggu…

insiden di mana seorg kakak sanggup berjln sampai berdarah2 kaki sepjg 5 km semata2 sebab kasut si adik (yg terlalu lusuh) telah ter cabut tapaknya & tak boleh digunakan lagi,di mana kakak menyuruh adiknya memakai kasut beliau & beliau sendiri berkaki ayam shj – lalui hutan& denai (jln pintas ke rumah yg agak jauh dri sekolah )

insiden di mana seorg gadis IPT remaja yg mem’beku’kn dirinya dari terjebak didlm ‘cintan-cintun’ remaja kerana insaf bahawa peluang melanjutkan pelajaran ke IPT bukan murah harganya & tidak mahu ‘kecundang ‘ dlm meraih harapan keluarga..
walaupun sebenarnya spt remaja lain dia memang ada naluri ingin mengasihi & di kasihi tetapi akal waras mengingatkannya bahawa  perhubungan silang-jantina yg tidak ikut syara’ & bermatlamat  iaitu hanya utk suka2& ikut ‘trend’ kawan2 yg lain– adalah perbuatan sia2 & sebenarnya mengundang bukan sahaja murka keluarga tetapi murka Allah swt juga.

Bacalah…. Moga anda mendapat manfaat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 12:36 AM | Show all posts
Timekasih Mod Jingga..yg bagi 'tacang'
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 02:08 PM | Show all posts
lama dh x baca novel terbaru
novel paling baru kucen baca tajuk CERMIN. x igt saper penulis tp citer seram cam citer cermin natasha hudson. ada hantu lam cermin tu....siapa yg pemilik cermin tu x suka @ berdendam, org itu akan mati. serupa dgn kata2 pemiliknya (dh lupa nama watak). klu pemilik dia kata org yg di benci tu akan mati kemalangan, org tu akan mati kemalangan. last kena rasuk dgn hantu cermin tu...

tu la novel terbaru kucen baca sbb dh jarang dh beli novel baru.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:56 PM | Show all posts
lisa baru beli novel nie belum baca lagi sebab sekarang tengah baca citer csr....best giler cite ...
marlisa_syazana Post at 4-4-2007 10:33



    csr tu novel siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:58 PM | Show all posts
baru abis baca buku 'lafazkan kalimah cintamu' karya siti rosmizah....memang best sgt citer ni....la ...
zanasham Post at 31-7-2010 21:45



    suka sgt lafazkan kalimah tu........best ....aku ni suka yg hepi ending...je so time nk beli tu kena tgk ending dulu br beli heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by rosemary70 at 2-9-2010 03:06

KAU KEKASIHKU
Oleh : Anis Ayuni

Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjarakan jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada dimana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati ini.

Pandanglah ke dalam mataku...selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi...hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas Zairi, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya kepada ku?

Aku tahu perkahwinan bukanlh menjanjikan syurga...malah bukan janji untuk bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwaku aku pertaruhkan untukmu. Aku sangkakan kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tidak bermakna apa-apa pada dirimu. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan...melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh pun kesucianku tak pernah tercela, tapi...aku difitnah oleh siapa? Sehinggakan kau tak mahu menyentuhku? Aku ibarat musafir di padang pasir tandus, hanya dahagakan setitis kasih darimu kasihku. Ku nantikan saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi...mengapa hubungan kita begitu aneh begini? Aku tidak mengerti apa sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan padaku, hingga segalanya terus terpendam menjadi naskah yang misteri?

Ah, lelaki...apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati wanita? Dan wanita pula, selama mana akan harus membiarkan hatinya terus terluka?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:10 PM | Show all posts
Novel terkini yg di baca adalah hasil buah tangan terkini :
Habiburrahman el Shirazy @ Kang Abik bertajuk BUMI CINTA - cetakan Jun 2010

Kisah yg amat menarik sekitar bagaimana seorang pemuda normal bernama Muhammad Ayyas 'bergelut' menjaga iman dan kesucian dirinya ditengah2 kota Moscow, Russia yg terkenal dgn kehidupan bebas, pornografi, prinsip atheis (tak percaya tuhan), seks bebas dan 'syurga dunia'.... Bagaimana Ayyas berdepan dgn pesona gadis2 jelita- (Yelena, Lorin & Prof Dr Anastasia) , rupawan dan boleh menggoncang iman mana2 pemuda normal spt Muhammad Ayyas...

Apabila membaca novel ini, saya berpandangan penulis telah membuat penyelidikan yg mendalam berkaitan tempat, sosio budaya masyarakat Russia, sejarah Russia yg dikaitkan dengan Islam, malah kisah tragis yg amat menyayat hati di syarba& Syatila juga di ketengahkan. Semuanya dihubung kaitkan dengan bahasa yg halus dan menarik...  Bagaimana Ayyas merungkai erti ketuhanan dalam era moden dengan begitu menarik dan memukau hadirin yg percaya tuhan dan yg tidak percaya kepada tuhan dgn menggunakan fakta2& penyelidikan terkini...

Novel ini sangat digalakkan di baca oleh semua terutama remaja lelaki & perempuan yg rata2 kini sangat mudah ter perangkap di dalam 'syurga dunia'... Moga menjadi pedoman kepada ramai pemuda -pemudi supaya sentiasa berusaha keras& gigih menjaga iman dan kesucian diri demi melahirkan keturunan yg mukmin lagi mukminat...

Bacalah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 09:13 PM | Show all posts
Reply 296# yasmin08

Time kasih Mod Jingga...  
Mod Jingga bacalah buku Bumi Cinta "buah tangan" Kang Abik ni ya...  Karya Kang Abik setakat ni memang tidak mengecewakan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 05:33 PM | Show all posts
jaja dan din, sebab lain daripada lain....terus buat nak beli and baca..so berbaloi jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 10:59 PM | Show all posts
Reply 275# ainahakimi

thanks aina
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:02 AM | Show all posts
Reply 299# nazurah


    tgh dlm proses membaca novel yg baru kak naz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070327 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list