CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236744|Reply: 1232

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 3-9-2005 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri ... ceritakan disini.. rasanya drasmadi je la yg start dulu ... ataupun sapa2 start pun oke rasanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2005 05:25 PM | Show all posts
hhehehe. susah senang nih kalo nak cerita x cukup space kat sini.. sebab mmg lumrah orang berniaga.. kesusah payahan nya amatlaa banyak sebelum mencapai kesenangan...nanti laa aku dah ade mood, dan dah ada masa yg sesuai aku story kat sini..

kesenangan yg aku cari adalah tiba pada masanya.. aku hanya perlu bangun tido, jenguk jenguk sket outlet2 bisnes aku.. dan sain ape ape yg patut.. dan lebihan masa spend with family.. yehaa!!!:cak:

nice thread ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 06:00 PM | Show all posts
Hiven,

Topic yg menarik.  Tapi aku sokong hardeyboyz mmg kena adakan masa utk curahkan sesuatu yg berharga begini.  Nanti saya tulis kay... buat semetara waktu sesiapa yg tk kerja weekend camni sila lah mula kan dulu.  Sebab saya tgh bz.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 08:51 PM | Show all posts
Alhamdulillah, ada gak forumers nak kongsi susah senang meniaga sendiri. Saya ternanti-nanti cerita drasmadi dan hardeyboyz serta Hiven sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 02:42 AM | Show all posts

pengalaman aku berniaga

Okeh .. aku dah dapat masa aku.. time to story my part..

Asalnya aku ini berfikiran terus.. xde belok belok.. mana aku niat situ la perginye.. kira satu fokus je.. time aku study.. aku fokus study je.. campur main main skali laa.. mmg xde lansung terpikir nak buat duit melalui bisnes nih.. ye laa.. otak aku dah di brainwash sejak kecil.. belajar tinggi2 masuk universiti bila dah kuar dengan degree yg aku dpt kerja kat opis jadik exec bawak briefcase tuh kejenye sain sain jek.. itu je fokus yg aku nampak..

Memang kelihatan agak terus jerk.. kira kalau suluh dengan lampu torch light tuh nampak clear je jalan aku nih.. tadak halangan2 yg mencabar..Segalanya berubah bila aku mendapat keputusan yg teruk awal awal aku masuk kampus induk kat uia ni.. starting pointer macam nak kene dismiss ( buang) jek. tah ape kemalasan pun x tau.. maybe culture shock. Tapi aku sorang yg pencermat . Duit loan aku tak terusik walau sikit pun awal 2 sem pembelajaran aku.So bleh la nak start modal.

Hatiku terdetik nak buat bisnes nih bila tengok syarikat telekomunikasi CELCOM buat promosi kat UIA. masa tuh kalau korang nak tau, kat UIA hanya ada line CELCOM. so bebudak yg pakai line lain terpaksa subscribe CELCOM. mau tak untungnya CELCOM. dari situ aku terpikir marketing plan. Strategi yg digunakan CELCOM cukup mudah. bayar UIA nak pasang pencawang dan akhirnya mengaut keuntungan berlipat ganda. Ini yang dikatakan monopoli.

lantas aku terpikir bisnes apa yg bole juga dijalankan di UIA nih. Yang aku boleh  cover market serta kawal consumer sepertimana yg dilakukan oleh CELCOM. Aku, svarna ( kawan baik dah 6 tahun) dan sorang lagi kawan kitorang panggil lebai  bercadang nak bukak gerai jual handphone and accessories. Segala preparation semua tadak.. ada plan je.. ilmu sorang pun xde. Just gather information ttg kat mana boleh dapat supply dan kat area mana bleh jual. Dari situ kitorang kumpol maklumat. Kitorang setup company kitorang. Pergi SSM tuh daftar syarikat.Awal pagi tuh.. Semangat x ingat.. sampai2 rupanya dah lautan manusia kat situ. Banyak gila ulat-ulat yg approach nak tolong buatkan. Semua tuh kitorang x endahkan.. amik part masing2. Aku tunggu amik nombor, svarna tunggu  kat line hantar borang, dan lebai dok isi borang. Kira bagus gak strateginye.

And then kitorang gi plak buat company card. Sorang 1... Aku amik bahagian financial, svarna bahagian Management dan lebai aku x ingat plak pegang post ape. Main main je create post bikin gempak. Nama Company pun best "SECRET INSPIRATION ENTERPRISE"

Abih buka company barulaa kitorang pergi low Yat survey harga barang. First time masuk kedai supplier, kene halau dgn cha ya nun alif, sebabkan dia ingat kitorang nih end user. Skali lagi masuk, kitorang paparkan KAD COMPANY, baru dia kasi masuk. hehehe.. Bangga tak ingat. Dari situ laa kitorang tau betapa orang orang bangsa sepet nih mark up harga harga accessories jauh dari RIBA dah tuh.harga x leh laa aku sebutkan disini. Kang sian kawan kawan yg niaga accessories.

then kitorang pergi pula kedai kedai dealer hanphone, kitorang pergi ZITRON, O CONNORS.. nak dapatkan delaer price. Tapi sebabkan kitorang nih xde capital, so company tuh x kasi. Sebab minimum pruchase about 5 hanphone. Mana nak cekau duit beli hp banyak2.

Pendekkan cerita, company kitorang akhirnya bukak gak gerai. Waktu tuh sem 3. sem pendek. orang x ramai. Kitorang ber3 gilir gilir jaga gerai lepas kelas. Kalau x aku ngan svarna, Lebai ngan svarna, x pun aku ngan lebai. Awal2 tuh hening je suasana.. 2-3 hari lengang.. sales pun dalam rm10-15. Motivasi mula down. Kitorang invest semua sorang rm100++ utk rolling modal. masuk hari keempat. Kebetulan hari tuh jumaat. Lepas semayang jumaat ramai gile orang serbu gerai. Hari demi hari slaes kian bertambah. Sehinggakan kitorang mampu afford nak beli walkie talkie 2 bijik yg 5 miles punya je . heheh.. berkat kesabaran dan ketekunan menjaga gerai akhirnya membuahkan hasil. Perniagaa utk short sem tuh kira success laa dgn untung profit dah kasi bahagian masing2.

Tapi bisnes x kekal lama. kawan kami "lebai" bertindak membuka company lain jual bende yg sama diluar pengetahuan kami.amik semua customer yg lama dan promote company dia kat customer baru. Sales makin kurang dan masa pun x cukup sebab kami student. Pelajaran still priority no 1. So kami tutup bisnes jual handphone dan accessories.

abih dah bisnes pertama. At least kami dah tau harga pasaran handphone dan accessories. pasni xleh dah kene teepoo ngan kedai kedai henpon nih.

bisnes kedua aku plak start  waktu datangnye RAMADHAN. tergerak nak register gerai di dalam UIA pada waktu bulan puasa. Bisnesnya jual air jek. Tapi malangnye terlampau ramai sangat yg sumbang modal, sampai 8 orang.Tapi yg turun buat kerja hanya beberapa orang. Yang lain jadi ahli mati. Tapi profit nak  kongsi sama. Nak buat air bukan susah. Modal kitorang sorang rm30 saja. beli 3 baldi besar. Beli pewarna , perisa . Air amik dari "water cooler". Air gula buat sendiri masak guna "heater". Kitorang buat 3 jenis air jek. "Pepsi blue"( air limau nipis sebenonye). Air keladi dan juga air jagung. Sambutan yg diberi amat menggalakkan. X susah nak jual. Kene ramah dan yg penting kene selalu senyum dan berani bersuara memarketkan air.Jerit2 tuh semua berbayar kalau ada orang singgah nak beli air.

Abih bisnes, time nak agih profit. time tuh la munculnye kembali muka2 yg hanya menempel modal tapi x menjaga. Itulah waktunya muncul bila DUIT didepan mata, kawan pun boleh jadik musuh.bergaduh besar pasal duit nih. Akhirnya Aku tak amik lansung share profit aku dari bisnes nih.Aku hanya amik baldi2 air tuh je. Bagi aku asset bende2 nih. leh pakai kemudian hari.

Bisnes ketiga aku bisnes jual nasi lemak. Bisnes nih aku buat dengan svarna selepas masing2 tersampuk lepas baca buku jutawan senyap karya bro rosli kita.Svarna sanggup amik kelas memasak sambal jek ngan chef li tuh semata mata kitorang nak bikin nasi lemak. Nasi lemak nih kitorang nak jual dari bilik ke bilik. 2 orang je keje. Svarna bahagian production, aku bahagian marketing. Cukup simple. Svarna buat, aku jual.Bisnes start lepas magrib dan abih sebelum isyak. Jumlah bungusan tidak melebihi 50 bungkus.Jualan kat satu kolej brothers je .tgk market.Awal awal production, berlaku kesilapan teknikal apabila svarna mengapplied teknik pembungkusan "leper" ala ala mee bungkus. Sakit aku dibuatnya.. dah lalu lebih kurang 6 blok setinggi 4 tingkat setiap satu pun payah gila nak jual. Tapi kerana semangat yg menggunung aku teruskan. Lama2 abih gak. tapi lewat laa abih. dalam kol 9 gitu.

Komen-komen dari kawan kawan pun macam2. Tak menarik laa bungkus leper, nasi kurang santan la, sambal sedikit la. Timun nipis la. Dari situ kitorang improvise satu persatu. Bungkusan yg leper kitorang tegakkan, nasi yg kurang kitorang tambahkan siap lebihkan santan lagi. Timun kitorang replace kacang panjang. SAmbal kitorang pack asing agar tahan lama. Bungkusan kitorang pakai kertas minyak yg dalamnye warna hijau ( nampak macam daun pisang sket). DAri situ la kitorang bubuh trade mark bagi kitorang punya nasi lemak. Lama lama orang pun dah tau kalau bungkus camtu nasi lemak kitorang laa..

Masa awal2 menjual tuh banyak gila cabaran nye. Ye laa jual dari bilik ke bilik. Di samping kene jerit jerit, penat nak mendaki dari tingkat ke tingkat tuh tuhan saja la yg tahu.Aku punya trade mark jerit " NaaaaaSii LeeeemaaaaaaKKK" . Semua dah kira kenal laa laungan aku nih. Kira dah sebati. Tak kurang yg mengajuk jeritan aku nih. Ada yang ajuk " TaaaKK Nakkk Beliiiiiiii" " NaaaaSii BaaaaSiiiii" dan macam2 lagi la. Yang buat perangai menyorok pun ado. Panggil2 pastu nyorok masuk  bilik air. Siot je Perangai. Siap ajuk bunyi yg stok opera tuh pun ado!.

Harga yg kitorang kenakan rm1 je Sebungkus. Itupun ramai gila komplen soh murah lagila.. Melayu mmg gitu, x pernah puas hati. Lepas beberapa minggu kitorang punya production mulai maju. Sehari mmg 50  bungkus. Jualan pun cepat je. Lepas Maghrib jual, Lalu 2 blok, dah abih terjual. cepat x cepatnye.Loyal kasteme pun dah banyak. kalau x niaga sehari pasti dicari la. Siap datang ke bilik tanya.Bisnes nih 2 sem bertahan. Kitorang close sebab svarna x daya nak handle production sorang2. penat katanya. Aku pun paham. Selagi bertitle student nih, boundary still ada. So kitorang close bisnes nih buat sementara. Bleh je nak open balik bila bila.

Oleh kerana Svarna x dapat komited, aku beralih berniaga jual burger bilik ke bilik gak. Bisnes nih partnership dgn budak luar gak.Same style, diorang production, aku marketing. Kencang gak bisnes. Sebab mostly budak-budak dah kenal aku pernah berniaga nasi lemak, best plak tuh. So bila diorang nampak aku berniaga burger plak, tanpa ragu ragu terus beli.Aku plak mmg particular pasal pasal barangan nak jual kat kasteme nih. Bungkusan burger kene laa kemas, x basah, Asingkan daging dan ayam. Roti pun beli jenis yg lembut. Baru kasteme akan datang beli lagi. Bisnes nih bertahan 1 sem. Sebab time penjualan adalah dalam kol 10 malam.  dan aku plak penat sebab banyak kelas aku pagi keesokan terefek sama.So stop disitu.. tapi bleh je kalau nak run bila-bila.

Bisnes keempat aku plak kembali dgn svarna dan ditambah sorang kenalan chef dari uitm . budak uitm nih dulu budak uia, kitorang mmg kenal rapat laa. Kitorang ber3 bukak bisnes jual char kuay teaw plak. Nak test market suasana berniaga di pasar malam plak. Aku dan svarna pergi membeli barang2 alatan utk buat char kuay teaw nih ( kuali, tong gas, dapur, kaki meja, payung, plastik, polisterin dan dsb ) ala korang tau laa mana nak dpt bende2 nih kat kl nih. Short form cerita, kitorang start business kat pasar malam dekat area rumah aku di kajang. Tukang masak budak uitm, aku part pembungkusan dan svarna bab transportation nak ngangkut barang2 ke pasar malam. Keta kancil dia jadik mangsa. hehee. segala barag sumbat dalam tuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 02:43 AM | Show all posts
sorilaa kengkawan.. actually dah taip 3 kali dah nih.. asyik terlebih 10000 perkataan jek, penat dah aku edit short form kan.. dah reduce semangat nak menaip.. lainkali je laa aku sambung.. itupun kalau ade pertanyaan ..

kay.. jumpa anda  di puncak kejayaan.. ahaks!:cak:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2005 02:58 AM | Show all posts
Originally posted by hardeyboyz at 4-9-2005 02:43 AM
sorilaa kengkawan.. actually dah taip 3 kali dah nih.. asyik terlebih 10000 perkataan jek, penat dah aku edit short form kan.. dah reduce semangat nak menaip.. lainkali je laa aku sambung.. itupun  ...

Naper ko tak wat next post, xyah la edit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2005 05:30 AM | Show all posts
aku pun rasa ko kena buat sambungan citer ko tu.. supaya kami tahu dimana kedudukan ko sekrang nie ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2005 11:54 AM | Show all posts
Baca citer ko nih Hiven macam ader some part missing kat tengah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 01:09 PM | Show all posts
teruja baca kisah hiven n hardeyboyz.... bile laa su nak citer kisah su camni :pray::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2005 01:27 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by GAMEOVER at 4-9-2005 11:54 AM
Baca citer ko nih Hiven macam ader some part missing kat tengah
Reply

Use magic Report

didie This user has been deleted
Post time 4-9-2005 01:56 PM | Show all posts
aku lak masih diperingkat susah-susah lagi...
buat kecil - kecilan .... untung pun sikit2 je...
belum nampak arah nak p mana lagi..
plan sket punye banyak...
tapi disebabkan halangan cam.. rasa tak yakin...
rasa cam tak cukup modal... ada modal pun ciput je..
kalau nak kuar semua duit simpan aku tu... kalau bisnes tak jalan camne..
takut woo...
tapi bila baca posting hiven gan hardeyboyz teruja sket...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 01:59 PM | Show all posts
hiven, su mane ade kisah camni yg boleh diceritakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2005 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by didie at 4-9-2005 01:56 PM
aku lak masih diperingkat susah-susah lagi...
buat kecil - kecilan .... untung pun sikit2 je...
belum nampak arah nak p mana lagi..
plan sket punye banyak...
tapi disebabkan halangan cam.. rasa ...



didie,

jgn cari alasan, cari jalan penyelesaian.. cuba tengok masalah yg didie hadapi tu sebagai satu kekuatan.. maksudnya sebagai pendorong kepada  didie untuk buat sesuatu..

kalau tak dpt arah nak dituju.. tuju ke ke mana2 arah... dalam perjalanan ke satu2 arah tu.. didie akan jumpa arah2 yang lain yg didie akan jumpa..

surina,

citer jer pengalaman surina.. mesti ada yg best.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2005 11:57 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by GAMEOVER at 4-9-2005 02:58 AM

Naper ko tak wat next post, xyah la edit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2005 12:10 AM | Show all posts
hardeyboyz,

ko cakap ngan aku atau ngan game over ? ataupun gameover pun buat online business gak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2005 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by Hiven at 5-9-2005 12:10 AM
hardeyboyz,

ko cakap ngan aku atau ngan game over ? ataupun gameover pun buat online business gak ke?


eh.. terquote ayat si gameover plak.. sebenarnye mmg nak tuju kat ko.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 12:41 AM | Show all posts
Originally posted by Hiven at 5-9-2005 12:10 AM
hardeyboyz,

ko cakap ngan aku atau ngan game over ? ataupun gameover pun buat online business gak ke?

Aku jadik kuli jer sekarang nih.

Tergerak gak hati nak wat cam korang, tapi maybe semangat tak cukup tinggi lagik kot ;)

Anyway tumpang gembira ngan kejayaan korang.
Reply

Use magic Report

killkaze This user has been deleted
Post time 5-9-2005 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by GAMEOVER at 5-9-2005 12:41 AM

Aku jadik kuli jer sekarang nih.

Tergerak gak hati nak wat cam korang, tapi maybe semangat tak cukup tinggi lagik kot ;)

Anyway tumpang gembira ngan kejayaan korang.


yeah samalah... tumpang gembira je.... aku pun masih study gak... umur pun masih 19... dlm perancangan nak buat online business gak.... skill ada... website boleh buat sendiri, hosting leh cari, domain name leh buat.. cuma produk tak tau lagi nak taruk apa.... setakat ebook,pay to surf/ chain letter/ etc-2 takmau la.. aku nak bisnes kekal lama...

Hiven leh pm aku link bisnes ko tak? nak tgk camne... leh buat mentor.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 09:32 AM | Show all posts
bestnye posting korang.
Harderboyz dengan hiven, bila lagi nak sambung cerita..

Selama ni saya selalu tercarik2 apakah bisnes yang paling bagus dan dapat terus maju..
tapi sampai sekarang tak dapat jawapan.
bila baca baca kisah korang baru boleh buat kesimpulan
rupa-rupanya kena cuba banyak benda baru tau apa sebenarnya yang terbaik.

ramai memember  anak org kaya.
Modal banyak, support dpd keluarga kuat.
diorang pon dah biasa dengan environment bisnes semenjak kecik lagi.
umur 25 ++ dah ada company modal juta-juta.
tertelan air liur rasenye kalo nak menyaingi diorang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.133381 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list