CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 20-7-2006 10:42 PM | Show all posts
thread ni mmg best... byk ilmu leh dpt...

:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 09:39 AM | Show all posts

Aku nak sambung semula cerita yang pernah terbengkalai ...

Dulu aku berhenti kat part di bawah ni:

PART IV

Setelah empat setengah tahun kat Australia akhirnya saya dapat habiskan penyelidikan saya dan hantar tesis Ph.D.  Patutnya saya kena buat Master dulu baru boleh sambung ke peringkat Ph.D.  Tetapi disebabkan penyelidikan yang saya buat tu kira outstanding maka Prof. terus beri sokongan agar saya terus buat Ph.D tanpa perlu membuat Master.  Seronok sebab jimat 1 tahun belajar.  Setelah saya hantar tesis maka terus bersiap2 untuk balik Malaysia.  Ni yang leceh sikit buat Ph.D kat Australia ni.  Sebab tesis perlu di semak oleh 3 pemeriksa.  Satu dari universiti yang sama, yang kedua dari mana2 universiti di Australia dan yang ke-3 mesti dari universiti di luar dari Australia.  Jadi bila dah hantar tesis kena tunggu untuk mereka ni semak. So, saya pack semua barang2 dan balik Malaysia.  Terus ke USM dan daftar sebagai kakitangan di sana.  Tapi disebabkan saya belum dapat Ph.D  (keputusan belum dapat) maka saya diserap sebagai kakitangan sementara shj.  Selama setahun saya di USM menunggu keputusan Ph.D saya dan setahun itulah hidup saya tak menentu.  USM tak dapat nak berikan tanggungjawab sebagai pensyarah sebab saya belum ada Ph.D dan pihak Pusat Pengajian pula tak berikan sgt saya apa2 kerja.  Duduk jer la pergi pagi balik petang dan bantu apa2 yg patut.

Dalam menunggu keputusan Ph.D ni ada adik ipar sorang ni memperkenalkan saya dengan satu produk slimming.  Kata dia, abg long sapau jer 45 minit mesti nampak kesannya.  Mula2 ambil ukur lilit badan, 32 inci.  Lepas tu dia sapu gel tuh kat perut sampai ke belakang dan tunggu 45 minit.  Lepas 45 minit ukur balik... wahhh! 31 ini tuh. Hebat2.  Bila dia tengok saya dah excited, terus hari berikutnya dia bawak upline dia datang.  Apa lagi, orang direct selling bercakap mmg convince giler.  Masa tuh saya tak la tertarik sgt tapi isteri pula yg bersungguh2.  Dia kata, kalau nak jadi ahli wajib hadiri kursus 3 hari.  Isteri kata ok so saya temankan lah ajer.   Bila dah masuk kursus tuh, apa lagi dia org basuh giler2 punya.  Siap buat cerita rekaan tuh, kata motivator tuh ada seorang pensyarah suami isteri... ada kereta mewah, rumah besar tapi hutang ... bila dah ekonomi meleset.. kena buang kerja... lepas tuh.. nak kerja pasar malam malu.. nak berniaga malu.. last2 kereta pun kena tarik.  Masa tuh ramai yg percaya.  Tapi saya kata kat diri saya... betul ker cerita ni ke sajer nak pekena aku.  Hmm... lantaklah.  Ada satu sesi tuh.. semua menangis2 tapi saya selamba ajer.  Lepas tu dia org perkenalkan dengan produk2nya yang antaranya ialah pencuci muka, mosturises, krim untuk lenguh2, aloe vera, produk slimming dan bbrp lagi.   Rupanya dalam kursus tuh pihak syarikat ni dah target saya dan isteri sebagai berpotensi sebab dia nak kembangkan syarikat ke Perak dan kebetulan saya pula kat Ipoh.  Patutla dalam seminar tu banyak point mcm nak tembak aku jer ... siap kata org yg ada Ph.D ni.. Permanent Head Damage.  Cesss!! lagi panas telinga saya.

Mula2 terlibat dalam MLM ni matlamat tak besar.  Duk congak2 kalau dapat lepas bayar kereta pun jadi la.  Lepas habis kursus upline datang pujuk.  Katanya nak berniaga kenalah ada barang.  Kenalah keluarkan sedikit modal, dia suruh beli pangkat.  Maksudnya dia suruh keluarkan lebih kurang RM2000 ringgit untuk beli barangan dan terus naik ke peringkat yang seterusnya.  Yang kita ni pikir betul juga, maka belilah barangan tersebut.  Beli barang sebanyak RM2000 dan dapatlah barangan bernilai  RM2500/- .  Maknanya kalau habis jual nanti adalah untuk RM500/-.   Ni yang saya nak pesan pada org yang nak buat MLM ni... hati2 dengan pujukan.  Nasib baik saya ada kualiti untuk berniaga, habislah barang tu saya jual.  Tapi kesian kat kegkawan yang lain masa tu, beli brg tapi tak tahu nak menjual.  Akhirnya barang letak bawah katil ajer.  Yang upline ni pula satu, patut la dia pujuk bukan main suruh beli pangkat... rupanya bila saya beli barang dan naik pangkat dia pun akan dapat imbuhan yang besar juga.  Saya kenal jual baru dapat untung RM500 tapi dia pula akan terus dapat RM400 dari duit pembelian saya untuk naik pangkat tuh.  Ceh! tertipu aku.  Yang saya marah tuh, lepas saya beli barang dia bukan nak tolong... malah hilang.. cari org lain pula.  Bila ada demo... minta dtg, tk pernah nak tolong.  Ni yg buat saya marah betul.  Tk kisah la dia dapat RM400 tu... itu hak dia... tapi tolong la saya org yg baru belajar ni!!  Akhirnya saya bincang dengan isteri... tk guna kita bergantung pada upline... biarlah kita atur dan lakukan segalanya sendiri.  Sebab yg berjaya kita bukan dia.  

Masa demo yg pertama tu takut juga.  Bila cakap menggigil sampai ke lutut.  Berpeluh2.  Takut nanti org tanya apa2 yang kita tak tahu.  Iyer la... org baru produk knowledge bukan banyak pun.  Lepas satu demo ke satu demo, lepas satu tempat ke satu tempat.  Malah pernah saya sampai rumah pukul 2.30 pagi.  Punya la letih... isteri dan anak2 dalam kereta sebab ke mana saya pergi saya bawak anak2 yg masih kecil tu sekali.  Bila dah parking depan rumah.. tk larat nak bukak pintu dah.. tertidur dalam kereta depan rumah.  Jiran bangun pergi kerja esok paginya heran.  Dia ingat saya tertinggal kunci dan takleh nak masuk rumah.  Tapi sebenarnya letih yaa amaaattt...

Hmm... nanti sambung lagi la cerita MLM ni yer....


Ok sambungannya kat bawah ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 10:03 AM | Show all posts

PART V

PART V

Selepas aku nampak ada peluang untuk maju dalam MLM ni akhirnya aku ambil Stokis Negeri.  Aku dan isteri buat sungguh-sungguh hingga akhirnya isteri aku terpaksa berhenti kerja untuk fokus pada bisnes ini.  Dari pendapatan beberapa ratus sebulan hinggalah mencecah pendapatan 5 angka.  Aku pernah dapat sampai RM30,000/- sebulan dan muka aku suami isteri keluar dalam akhbar Utusan Malaysia.  Akhirnya kerana terlalu sibuk dengan bisnes aku pula terpaksa fikir untuk letakkan jawatan sebagai pensyarah.  Masa tu aku tak tahu macammana nak buat  keputusan, sama ada nak terus sebagai pensyarah atau nak terus buat MLM ni sepenuh masa.  Kebetulan adalah sedikit duit lalu aku gunakan untuk pergi buat umrah.  Aku ambik kesempatan berumrah itu untuk buat Solat Istikhorah depan Kaabah.  Sebab jawapan terbaik pastinya apabila kita bertanya pada Tuhan.  Satu malam tu, lepas solat kat Mekah aku terus balik hotel dan tidur sebab mengantuk yang amat sgt.  Ketika tu aku bermimpi dan bila aku tanya ustaz yg ada kat situ dan aku ceritakan solat istikhorah yang aku buat maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Allah beri petunjuk yg aku mesti berhenti sebagai pensyarah.  

Bukan senang nak berhenti ni sebab aku terikat dengan perjanjian dengan universiti untuk mengajar selama 7 tahun.  Aku baru mengajar 2 tahun shj.  Maknanya kalau aku berhenti juga aku kena bayar balik pampasan berjumlah RM81,000 plus 8% interest.  Uishhh, mana pensyarah muda macam aku yg datang dari keluarga miskin ada duit sebanyak itu.  Tapi aku nekad sebab aku dah tanya Tuhan.  So aku hantar surat perletakkan jawatan.  Naib Chancelor masa tu Dato' Prof Tamby Kechik di USM panggil aku dan marah aku kow-kow.  Apabila aku tetap dengan pendirian dia siap kata.. See you in the court (tapi dalam hati aku lak kata .. See You At The Top!.. hehehe.. sebab itu adalah buku motivasi pertama yang aku baca yang ditulis oleh Zig Ziglar).  Akhirnya, USM menerusi peguam mereka mintak aku bayar pampasan seperti yang dijangkakan.  Aku balas surat peguamnya dengan mengatakan yang aku tak mampu dan aku minta supaya dibuat bayaran secara ansuran.  Peguam minta aku tulis surat dan aku propose untuk bayar balik sebanyak RM1200 sebulan.  Aku kata masa aku buat Ph.D dulu USM bayar aku sebanyak itu setiap bulan maka aku akan bayar balik dalam kadar yang sama.  Cuma bezanya kali ini aku kena bayar lebih disebabkan 8% interest tersebut.  Mula2 susah jugak nak konsisten bayar RM1200 sebulan sebab income tk konsisten tetapi akhirnya mampu juga disiplinkan diri.  Ketika tu aku bayar bukan sebab aku berhutang.  Tetapi aku letakkan komitmen bayar hutang belajar aku tuh sebab aku rasa terhutang budi dan aku fikir dengan duit yang aku bayar itu USM boleh hantar org lain pula untuk buat Ph.D macam aku.

Masa letak jawatan tu macam-macam org kata dan ada kawan-kawan kata aku buat kerja gila.  Sebab org lain berhenti dari pensyarah sebab dapat tawaran kerja gaji 5 angka sedangkan aku berhenti kerja buat MLM jual Aloe Vera yang pendapatannya tidak menentu dan bidangnya pula tiada kaitan dengan pengajian aku.  Aku tak peduli kata-kata negatif itu semua sebab aku dah fikir habis2 ttg kemampuan diri aku.

Namun begitu langit tidak selalu cerah.  Bisnes MLM yg aku sangkakan akan terus maju akhirnya semakin merosot.  Pendapatan aku sebagai leader dan sebagai stokis semakin berkurangan.  Betullah org kata MLM ni sukar untuk bertahan lama.  Aku yg ketika itu suami isteri buat sepenuh masa pun tak mampu nk bertahan.  Dari pendapatan puluhan ribu sebulan ia berkurangan kepada beberapa ribu shj.  Aku mula fikir untuk keluar dari dunia MLM dan buat bisnes lain.  Kali ni aku nak buat bisnes milik aku sendiri.  Tapi bisnes apa ... ???  

Kita sambung lagi yer ... :nerd:

[ Last edited by  drasmadi at 21-7-2006 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 10:36 AM | Show all posts
SUPERB!!!Tak sabar nak tunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by EezOne at 21-7-2006 10:36 AM
SUPERB!!!Tak sabar nak tunggu sambungan...

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 02:58 PM | Show all posts
Suspen kan ... heheheeh ... satu sambungan ke satu sambungan tu... nak kena jenguk thread je selalu takut miss... tak gitu dr?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2006 03:05 PM | Show all posts
drasmadi...pasnie terbitkan satu buku hantar kat PTS...aku bole rekemen tajuk..." kisahku seorang usahawan"...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 04:05 PM | Show all posts
heheheh... best best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 10:22 PM | Show all posts
Yaaaaa, saya akan jadi pembeli pertama. Drasmadi, ada masa nanti sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 01:05 AM | Show all posts
sobonar yer... apo bisnes pon...
kena true der experience...

mmg laaa.... kiter ambik pengalaman org...
baik & baguih.... realiti lain...
mmg lain... kalau korang buek sendiri
dlm apo bisnes pon....
dier punyer cabaran & dugaan ....pehhhh perit :siok:
impact dier... hanya tuhan jer tahu...

mcm aku.. pernah gak gagal... tp aku tak pernah
putus asa... aku cuber lg... mcm dr fadzilah kamsah cakap..
awak bukan yer gagal... tp blom berjaya lagi...

lagi satu ilmu laaa... kena byk baca buku :siok:
tah bleh rilek goyang kaki jer....
tp aku mmg sokong la... kalau budak-budak melayu
business.. mmg aku support yer... tapi...

[ Last edited by  gzagrath at 23-7-2006 01:07 AM ]
Reply

Use magic Report

baby_asza This user has been deleted
Post time 31-8-2006 04:23 PM | Show all posts

AKU ANAK SEORANG PENIAGA

Assalamualaikum....
Setelah baca kisah drasmadi,baby pun nak share gak kisah-kisah teladan buat semua. dulu sunggug..baby xminat langsung nak keje mcm ni..yela.... baby rasa malu dengan kawan2..mereka blaha sampai U sedangkan baby ni takat SPM jek..kdg tu baby nak sambung tapi abah xbagi..abah suruh keje ngan dia..keje dipaksa tahula,bukannya ikhlas n pahamkan.... abah betul2 xbagi baby sambung blaja padahal kaklong baby blaja tinggi2..terasa jugak bila kena beza2kan.lepas abah pencen tentera,abah terus stat meniaga.abah baby ni berpikiran jauh.sebelum dia pencen,dia dh bukak syarikat tp baby jek xtahu. Bila dh keje ngan abah,tahu jek la pe'el customer tmbh2 pakcik2..nk free saja..kdg tu heran jugak pakcik ni dh ade anak menantu xkan la anak dia xbagi duit.ade pulak tu sggup hutang ngan abah..oii,pakcik..abah saya bukan bank ye.

Bila dah keje lama abah masukkan nama baby kt kelas menjahit.baby marah sebab keputusan semua abah tentukan.
Reply

Use magic Report

baby_asza This user has been deleted
Post time 31-8-2006 04:31 PM | Show all posts

SAMBUNGAN YER

Lepas keje sambil belajar,kaklong dapat keje gomen tinggallah baby kena buat sume...baik dari marketing,accounting,servises,officeboys ke...sume baby kena buat automatik jadi daily job..so,baby ingat..lama2 baby tahu...dulu,kalau orang datang xtahu saja,sekarang alhamdulillah walaupun masih gagap2..abah baby ni bukak kedai hardware,rental,supplier so major yg datang sume lelaki..jadi,segan tu lama2 hilang...memang payah gak tp lama2 paham.dugaan paling mencabar orang songlap duit abah.abah punyalah sabar.lepas tuh,abah kena dapat undi jaga koperasi,baby kena jaga jugak.Sampaikan ada orang dapat PHD(tahu2 jekla).. Abah serahkan balik koperasi tu n kami mula jaga syarikat..Kalau nak dikira skrg hutang abah cecahj RM50K tapi org tu buat xnampak...Ade sampai bomohkan kedai kami. ALhamdulillah,sokongan mak kuat n ntah mana datangnya ide baby,baby jadik pembuat untuk syarikat abah.Kebetulan,abah bukak one more company untuk baby jadik baby nak pulun semua. Sekarang baby serius sayangkan bidang perniagaan ni.Cuma baby tak mampu buat keje sorang2..
Reply

Use magic Report

baby_asza This user has been deleted
Post time 31-8-2006 04:40 PM | Show all posts

SAMBUNGAN LAGI...

Baby belajar macam2 seni n now baby nak prefer kepada feminisme dulu.Senyap2 baby simpan gambar fashion n baby dulu penah ade cita-cita nak jadik dressmaker(konon nak blaja jauh2 tapi blaja dekat jek).. Lepas tuh baby simpan macam2 paten,macam2 koleksi(untuk semangat n minat)... Baby joint mlm tp xaktif..(juz untuk sepupu sepapat).Mak pulak memang pandai jahit,jd xde masalah kuarga kami nak saling tolong menolong,kan... kalau abah soh baby stat bisnes pun baby dh ok coz baby dh ade customer cuma abah sendiri xyakin..yg buat baby happy sgt sebab baby dulu pnh tension ngan kleje ni namun now baby happy n rela hati dengan bidang ni..kalau jumpa kawan2,baby xmalu untuk mengatakan "aku seorang bisneswoman".padahal kawan2 baby yang grad semua tunggu hari untuk berkahwin.Betapa bertuahnya baby kerana ada ayah yg tegas dalam mendidik baby..now,baby bercita-cita nak buat servis pakej..makeup n dressmaker.now,baby dh stat collect magazine about consmetic n makeup style.hope baby akan terus kekal dalam bidang ni...



P: No Body Can Change But Ourself. Kalau hari ini kita jatuh,esok pasti kita akan belajar agar terus ke depan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 02:01 PM | Show all posts
sukanya baca pembakar semangat kat sini.. :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by drasmadi at 21-7-2006 10:03 AM
PART V

Selepas aku nampak ada peluang untuk maju dalam MLM ni akhirnya aku ambil Stokis Negeri.  Aku dan isteri buat sungguh-sungguh hingga akhirnya isteri aku terpaksa berhenti kerja untuk foku ...



kisah doktor mcm halim yazid :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 03:18 PM | Show all posts
akum
bestnyer baca cite cegini... menaikkan semangat yang tengah down ;)
saya baru stat biz.. sambutan masih slow.. tu yang jap down jap macam nak stop.. hehhe

citer2 gini leh bagi smangat pada saya. leh amik pengajaran....
sambung ler citer tu...besh arr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2006 06:44 PM | Show all posts
smgt smgt... kita patut baca citer2 begini dari masuk forum gosip yg tak tau ntah apa2.... dan tak menjana minda kelas pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 10:58 AM | Show all posts
hehehe... nampak gaya aku nak ikut cara dr asmadi.. cuma aku xde la brenti keje.. grad je terus je masuk mlm sampai skrang...alhamdulillah skrang ada stokis dan klinik perawatan sendri.. bz gak le sampai dah lama x update crite aku kat cni..

buat bende ape ape mesti ada istiqamah tuh yg penting tuh...dan hati kene cekal dalam menghadapi rintangan.. sebab saban hari golongan yg menolak lebih ramai dari golongan yg menerima..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 12:05 PM | Show all posts

Hi!!!!!!!!

menarik sgtttttttttttt.......inilah e-book motivasi yg paling memotivasikan....hehehe  

seriously...aku rasa mcm nak buat bisnissss skg jugak...

Dr. Asmadi...mana sambunganngya....


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 12:17 PM | Show all posts
uish..up balik dah thread nie..sblm nie dok kat belakang jer...sumer dok nunggu citer dr asmadi...btw aku terpanggil utk share something ngan korang...last nite aku dijemput oleh member aku utk join satu board game...nama die smart money...mmg best laa...konsep die macam robert t kiyosaki punyer cashflow 101 n 202 tp ada twist skit...aku baru belaja main smlm n mmg sangat2 educating...sesuai pada sesapa yang nak improve personal finance...tapi kena bayar rm10 la sorang (utk sewa dewan)...barang2 sumer sedia dah...aku bawak diri jer...tapi malangnyer aku kalah plak smlm...ye la baru 1st time main...tapi iallah next week aku nak g lagik...dari dok rumah bazir masa tgk tv, baik aku g main board game tuhs..(sori la tade kaitan ngan thread nie tapi just rasa nak citer jer...)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.070999 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list