Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
178432
View
1232
Reply

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]

Author: Hiven       Show all posts   Read mode

Post time 5-9-2005 11:13 AM | Show all posts
su hrap one day su leh citer kisah perniagaan su cam korang semua or maybe lebih lagi... cuma sekarang takde ape2 perniagaan yg su bleh buat... ade jugak org soh su jual barang tp su tak yakin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 11:45 AM | Show all posts
seronok baca kisah  hiven and hardezboy start bisnes... untung korang muda2 lagi dah ada bisnes yang berjaya.. Tahniah! Aku ni keje makan gaji je la... walaupun study dekat 7 tahun, aku rasa income korang lebih byk dp aku.. tapi takpe..itu rezeki masing2... aku pun sebenarnya minat gak nak buka bisnes ni...kecik2 dulu ada la tolong mak meniaga nasi lemak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 01:20 PM | Show all posts
tuna dah involve dgn byk bidang bisnes

sejak kecik, dah jual buah2, masa darjah 3 dah jual nasik lemak... padahal beli kat umah orang then caj 10 sen lebih kat member yg order... tak de la untung byk.. kira mcm upah belikan jer.... syok oo masa tu

tu semua bisnes kecil2an dan main mainan jer.. maklum ler, terpengaruh dgn abah yg hari2 bawak g berniaga kat pasar malam....

skang nih... di antara yg pernah involved spt :
1. IT Training Centre
2. Computer supplies
3. Wedding & Beauty Centre
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 01:28 PM | Show all posts
kalu bisnes nih.....kita akan rasa teruja bila dah berjaya. sblm nk berjaya tuh yg alahai........semangat tak kuat..... kejap ajer dah stop. dok melangut balik. hmmm.....mcm mana tuh?

Hiven...Kelab Golf Diraja kedah tuh kat mana? tak pernah p pun.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2005 05:44 AM | Show all posts
Originally posted by oghang_kedah at 5-9-2005 01:28 PM
kalu bisnes nih.....kita akan rasa teruja bila dah berjaya. sblm nk berjaya tuh yg alahai........semangat tak kuat..... kejap ajer dah stop. dok melangut balik. hmmm.....mcm mana tuh?

Hiven...Ke ...



KKDR kat loq stuck la... depan Pusat Pakar Utara (la nie ada nama baru kott)  kat jalan on the way dari hospital besaq ke pumpong tuu... kat situ tmpt paling best main golf dlm dunia bg aku sekrang nie ..... sebab terkenang zaman2 jadi caddy dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 01:23 PM | Show all posts
tuna,
u nyer training centre ada sijil tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 02:27 PM | Show all posts
hardeyboyz,
teruskanlah cerita. Sekarang ni still jual char kuey teow lagi ke? Pengalaman-pengalaman beginilah yang mendewasakan kita. Yang akan membuat kita semakin ke depan. Ambil segala kejadian dan jadikan iktibar untuk lebih berjaya di masa hadapan.

hiven,
Saya betul-betul respect kat awak. Dengan usia yang masih muda, awak boleh dikatakan terlah berjaya dan saya turut merasa bangga dengan pencapaian awak. Tapi, belum citer habis lagi apa bisness online yang awak buat. Kalau tak silap, dulu awak ada jual baju online, kan (setahun dulu sebelum saya pindah ke pahang ni). Tentu dah bertambah-tambah perniagaan awak hingga ada perniagaan berdaftar di luar negeri.

Saya jugak yang masih begini.:cry::hmm::hmm:

Rancangan tahun depan saya ialah untuk melibatkan diri dalam perniagaan di pasar malam. hardeyboyz dan svarna, bolehlah kita join sekali satu tempat.:cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 09:53 PM | Show all posts
insya Allah kalu nak gabung satu jemaah pun lagi baik... bak kate org... bersatu teguh, bercerai roboh.... ye tak ? time tu bleh blajo antara satu sama lain....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 10:32 PM | Show all posts
bleh je harleena.. xde masalah... kecil tapak tangan.. tapak gerai kami tadah...hehehe

all of you who wanna be part of us are welcome.. ..

tapi kene face 2 face dulu la..
Reply

Use magic Report

didie This user has been deleted
Post time 6-9-2005 10:50 PM | Show all posts
aku pun nak join gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by yays at 5-9-2005 09:32 AM
bestnye posting korang.
Harderboyz dengan hiven, bila lagi nak sambung cerita..

Selama ni saya selalu tercarik2 apakah bisnes yang paling bagus dan dapat terus maju..
tapi sampai sekarang ta ...


tunggu aa org lain punya cerita plak... sasya dan hiven menunggu gak cerita dari korang plak..heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by didie at 6-9-2005 10:50 PM
aku pun nak join gak...

Korang nak join aper nih?

Kalo best aku pon nak join setangan gak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-9-2005 03:25 AM | Show all posts
tak adil nie.. aku dan hardeyboyz jer yang cerita..

yang lain pun kena la citer sama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 09:10 AM | Show all posts

PART 1

Ok, saya ni sibuk sesgt.  Tetapi pagi ni saya ambil sedikit masa untuk bercerita.  Biarlah saya cerita dalam bentuk kisah hidup, prinsip, perancangan, pencapaian dan segalanya.   Kepada mereka yang membaca kisah ini hanya untuk mengutuk, saya minta MOD TOLONG EDIT ATAU DELETE POSTING MEREKA.  Tujuan cerita-cerita ini semuanya untuk bangsa saya dan generasi masa depan saya.  Tiada langsung niat nak menunjuk2 atau mendabik dada.  Sebabnya apalah sangat pencapaian saya nak dibandingkan dengan mereka yang telah tersenarai dalam Buku Jutawan Malaysia tuh.  Tetapi yang paling penting, pencapaian ini telah memberikan kepuasan kerana setiap matlamat yg saya letakkan telah saya capai.  Saya akhirnya pada usia 40 tahun ini punya keluarga yang bahagia, anak-anak yang bijak pandai, punya rumah dan kondo sendiri, punya 2 unit  bangunan pejabat 3 tingkat sendiri, punya bbrp kenderaan termasuk sebuah kereta sport berharga lebih RM350k, punya ASB, punya insuran hayat bernilai RM700k, dalam bidang pelajaran punya Ph.D, punya perniagaan milik sendiri, sering ke udara di radio, di TV1, TV3, Astro Ria dan radio.   Seperti yang saya katakan pencapaian ini kecil dan mungkin ada yg kata alah... benda cipu cam ni pun mau tulis ker???  Bagi saya perlu sebab tidak ramai manusia biasa yg mampu melakukannya kalau tidak dikongsikan cerita.  Mukadimah di atas bagi membuatkan pembaca yang merasakan pencapaian di atas besar buat mereka terus membacanya dan bagi mereka yang merasakan hanya sekadar celah2 giginya shj untuk berhenti membaca di sini sahaja.

Ok, jadi anda masih mau membaca?  Memang saya pasti anda orang yang layak mengetahui rahsia saya sebab anda manusia biasa yg merasakan pencapaian sebegitu cukup bermakna buat anda.  InsyaAllah akan saya kongsikan.

Penulisan ini akan membuatkan saya tidak punya privacy lagi apabila berforum.  Tak apa lah, ramai yg sudah tahu ssiapa saya.  Tetapi mereka tidak tahu bagaimana saya boleh sampai di situ.  Jadi tulisan ini saya dedikasikan kepada mereka yang ikhlas mahu membaca dan mengambil iktibar.  

Semua perkara di atas saya capai dalam masa 15 tahun, 5 tahun untuk merealisasikan impian pelajaran untuk sampai ke peringkat Ph.D dan 10 tahun dalam bidang perniagaan.  

Hmm... di mana patut saya bermula?  Ok, biarlah saya bermula dari cerita waktu kecil sebab apa yg saya tulis ini satu hari akan saya bukukan dalam Buku Biografi saya sendiri.   Saya lahir pada Tahun 1964... di sebuah Kampung Nelayan.  Walau pun begitu ayah saya bukan pula seorg nelayan.  Dia pernah kerja bawa teksi dan dia juga pernah berniaga secara kecil-kecilan.  Sejak kecil saya mmg terpaksa merantau ikut ayah.  Kami pernah tinggal di Butterworth, Johor Bahru dan Singapura.  Sebab tu seorang adik saya lahir di Butterworth dan seorang lagi lahir di Johor Bahru.  Jadi sedikit sebanyak darah merantau dan berniaga tu ada dalam diri saya.  

Pada Tahun 1971, sesuatu yg dtakuti oleh semua yg bergelar isteri berlaku atas ibu saya.  Ayah saya meninggalkan ibu gantung tak bertali dan sehingga hari ini dah 34 tahun saya tidak menatap wajah ayah walaupun saya dengar cerita yang dia masih hidup.  Lebih menyedihkan, kami ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.  Ibu ketika itu bukannya ada pelajaran dan  bukannya ada pekerjaan.  Maka kami hidup menumpang di rumah saudara iaitu abang kepada ibu.  Ibu pula terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti ambil upah kemas rumah, mencuci baju, membersih tandas.  Lepas tu ibu ambil upah buat bakul dan menggiling rempah.  Pendapatan adalah dalam RM100 ringgit sebulan.  Pakaian kami harap org sedekah.  Makan kami harap org beri.  Tapi bila menumpang rumah org, kami ni menjadi beban kepada bapa saudara tuh.  Maklumlah dia pun ada anak isteri yg mahu di jaga.  Isterinya sindir ibu hampir setiap hari hinggakan ibu ambil keputusan keluar dari rumah itu.  Tapi nak ke mana?  Nasib baik ada sahabat karib ibu masa dia kecil2 dulu yg simpati.  Dia ni mmg anak org kaya.  Jadi dia bagi mak duduk di salah satu rumah sewanya yg kosong dengan bayaran sewa RM3/- shj sebulan.  Yer... tak silap taip mmg tiga ringgit sebulan.  Sebab dia tk nk ambil sewa tapi ibu nak kasi juga dan dia kata RM3/- jadilah.  Kepada sahabat ibu ini saya doakan hidup anda diberkati dan dirahmati Allah.

Setelah bbrp tahun disitu, nenek kesian pada kami lalu diberikan ibu bangunkan pondok disebelah rumahnya yang tanah hanya sekangkang kera.  Atas sumbangan org siaplah rumah kecil yang layak dipanggil pondok itu.  Di situlah kami makan, minum, tidur, solat, belajar dan sebagainya.  Sedih mmg sedih.  Semua rumah sekeliling berlampu terang pondok kami sahaja berpelita ayam.   Alasannya, sebab ibu tak ada duit nk suruh org buat kerja2 pendawaian dan tk ader duit utk bayar bil setiap bulan.  Malah saya sendiri apabila ke sekolah bawa duit cuma 10 senshj.  Kekadang ibu kasi lebih, 20 sen.  Malah nak ke sekolah pun ibu tak mampu nak beli kasut kain lalu ibu beli kasut plastik kat pasar malam dengan harga 50 sen sepasang.  Saya pakailah kasut ni pergi balik ke sekolah dah lah keras sebab tak de lining lansung panas pula bila berjalan kaki di waktu tengahari.  Akibatnya kulit tapak kaki saya pecah2, merekah dan berdarah.  Kena air pedih yang amat sangat dan saya menghadapai masalah ini hingga umur saya 20 tahun.  Dalam 3 org adik beradik sayalah yang paling menyerlah dalam pelajaran.  Ibu tak jemu2 nasihatkan saya agar belajar rajin2 dan selalu berkata dia tak sabar menunggu anak2 dia dah besar.  

Ibu akhirnya bekerja sebagai tukang masak.  Ntah dari mana dia tetiba dapat skil memasak tuh.  Dia mula kerja sebagai tukang masak kalau tak silap sejak saya dalam darjah 6.  Kehebatan dia memasak hingga mampu menghidupkan restoran yg hampir tutup maju hingga tokeinya kaya raya.  Dari tokei biasa sampai kaya raya dan bbrp kali pergi Haji.  Tapi gaji ibu mcm tu juga hingga ada tokei yg tk bayar gaji dan ibu buat aduan ke pejabat buruh.  Mana2 tokei yg tk bayar gaji ibu akhirnya restoran mereka pun tutup sebab ibu tidak memasak di situ lagi.  Betullah kata org, nadi kepada bisnes kedai makan ni adalah tukang masaknya.

Masa sekolah darjah 5, ada Ujian Penilaian Sekolah Rendah.  Tapi tak ingat lah apa resultnya, kalau tk silap dapat 1A, 2B, 1C kut.  Iyerlah, 30 tahun dulu org melayu bukan pentingkan sgt Straight A mcm hari ni.  Asal pergi sekolah, rajin belajar kira ok lah tuh.  Masa masuk sekolah menengah, setiap kali cuti sekolah saya akan bekerja di restoran tempat ibu bekerja.  Jadi pekerja bawah umur.. hehehe..  ambil order org yg masuk kedai... 'Encik... nak makan apa cik?  Nak minum apa?"  Huh! tk kan ku lupa kenangan itu.  Lepas tuh naik pangkat buat air pulak... masa tu org cukup suka penangan Kopi O tangan saya.  Best woo!!..

Kemuadian ambil SRP, masa tuh saya berkawan dengan 4 org... ingat lagi nama mereka ni Saifulzaman bin Alwee, Rusli bin Abdullah dan Yusof.  Sorry la Yusof nama ayah engko aku lupa.  Dalam ramai2 ni Saiful la paling bijak sebab dia anak cik gu.  Masa tu dia ni pulak minat tabligh so dia ajak la saya ikut serta.  Ada la keluar untuk 3 hari tuh.  Dia ajak keluar 40 hari tapi saya tk nk.  Sebabnya ibu tk kasi.  Saya masih ingat masa keluar 3 hari tuh, satu hari tu jatuh Hari Jumaat.  Selepas solat Jumat saya berdoa.  Masa tu keluar kat Masjit Batu Rakit, K. Terengganu.  Saya berdoa agar Allah keluarkan saya dari belenggu kemiskinan.  Saya doakan Allah jadikan saya org hebat.  Saya doakan agar Allah jadikan saya mati dalam Islam dan dalam Iman.  Menangis sungguh saya masa tuh sampai basah lenjun serban yang saya pakai.  Tk sedar yg saya ada di tengah2 jemaah solat Jumat, buka mata, aduhh... malunya aku!!! Tapi itulah doa saya yang Allah makbulkan dan itulah doa yang tidak pernah saya lupa saat dan tempatnya hingga ke hari ini.  Kalau saya ke masjid itu satu hari nanti saya nak kasi derma.

Selepas peperiksaan SRP, sahabat2 mula berpecah sebab ada yg dapat tawaran ke sekolah Teknik.  Saya lupa result saya tapi dapatlah masuk aliran sains di sekolah lama saya.  

uisshhh... panjangnya ni.  Tak per nanti saya sambung la yer...  sorry la cerita bisnes belum bermula.  Sabo... sabo..dah korang nak saya cerita.  Saya cerita la habis2 supaya lepas ni tak yah nak tulis2 lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 09:27 AM | Show all posts
drismadi, tahnks cos sudi kongsi pengalaman hidup... nak tahu kisah bisnes drismadi plak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 09:38 AM | Show all posts
Skrg dah tak leh sambung... ada hal.. tk leh nk tulis panjang2... nanti kan PART II pula.  He he he ... Kasi korang tak sabo.  Sebab saya akan cerita juga pasal MLM untuk mereka yg berkecimpung dlm bisnes ni.  Tapi sebelum tuh, akan cerita bisnes sate kat Australia dulu.
Reply

Use magic Report

ace This user has been deleted
Post time 7-9-2005 09:45 AM | Show all posts
terinspired...... nak dengar citer lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 10:13 AM | Show all posts
Drasmadi,
wah menarik sungguh sejarah hidup anda. tak sabor nak baca part 2.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-9-2005 12:20 PM | Show all posts
menarik menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 01:00 PM | Show all posts
iskkhhh ..teruja lagi aku .. drasmadi .. cepat sikit sambung citer tuh ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087580s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list