CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 10-9-2005 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by Hiven at 9-9-2005 01:52 PM
mengaji Quran aku tak tere sangat kot..


mende ko ni hiven..aku tgh semangat baca..tetiba aku gelak tiba kt ayat ni... :lol

mana encik dramadi kita...aku teringin nk tgg dia sambung cite lg...ko pun sambung la citer terus...citer mcm mana susah payah ko sampai ke tahap ni..ramai peminat ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2005 03:35 AM | Show all posts
itu kira mcm selingan jeks.. aku tengah tunggu drasmadi gak nie..

perasaan macam tgh tunggu episod drama la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 10:35 AM | Show all posts
mane sambungan citer drasmadi ni? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 11:05 AM | Show all posts
saya pun  nak belajar gak ngan hiven ni.... walaupun usia masih muda tapi dah berjaya dalam hidup dan bisness.

Drasmadi ni mana lah perginya. terlalu sibuk untuk online kot. memang ye lah hiven, macam tunggu sambungan drama kat tv lak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 02:32 PM | Show all posts
waaa...bestnya citer bace citer korang sumer....
teruja betul..
semangat aku yg agak down dlm bisnes  ni pon dh naik sket...
dh kembali berkobar-kobar ni...

p/s:hiven...leh x kasik link your online business website?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 11:47 AM | Show all posts

PART II

Akhirnya dapat juga saya mencari waktu untuk sambung kisah hidup saya ni.  Pasti ramai yang dah tertunggu-tunggu.  Minta maaf lah yer, beginilah kalau dah sibuk, bukan senang nak cari masa dan duduk menaip panjang2 depan komputer.  Sebab tu la buku motivasi saya duk tang tu juga sebab mmg busy giler.

Ok bila masuk tingkatan 4.  Kawan-kawan dulu dah tak ader.  Maka kena cari kawan-kawan baru.  Mula2 tu dapat kawan yang perangai tak nak belajar.  Ada yang mencuri, ada yg melepak, ada yg merokok dan yg paling sedih ada yg hisap dadah.  Bosan dengan kawan2 sebegini maka saya cari kawan baru.  Akhirnya dapat kawan dengan mereka yang kaki surau.  Disebabkan kat rumah saya tak ada eletrik (walaupun semua rumah sekeliling sudah berelektik) maka saya ambil keputusan untuk menginap di surau sahaja.  Tidur kat surau, belajar kat surau dan mengaji kat surau.  Masih saya ingat masa nak ambil SPM dulu, punyalah semangat belajar, hinggakan pernah belajar dari lepas Isyak sampai Subuh.  Tak tidur langsung dan tak sedar pu n begitu lama duduk belajar.  Kebetulan pula surau tu depan rumah ADUN.  Jadi ADUN ni pun cakap kat ibu, dia tak tahu masa mana saya tidur.  Sebab bila dia bangun nak ke tandas pukul 2 pagi, tengok saya masih belajar.  Bangun pukul 5 pagi pun saya masih belajar.  Masa tu azam saya satu, saya nak keluarkan keluarga saya dari belenggu kemiskinan.  2 bulan sebelum SPM saya langsung tak ke sekolah.  Sebabnya, saya rasa buang masa.  Dahlah tunggu bas satu hal, sampai kat sekolah pula guru tak masuk kelas.  Kelas pula bising.  Apahalnya ni, saya nak belajarrrr!!!  Akhirnya saya ambil keputusan belajar sendiri dalam masa 2 bulan terakhir itu.  Cikgu pun naik heran kenapa saya tak datang sekolah tapi saya beritahu dia, cikgu tengoklah ajer nanti, saya nak masuk universiti.  

Apabila keputusan SPM keluar, keputusan peperiksaan saya tidaklah bagus sangat.  Apa nak buat, sekolah kampung.  Bukan ada tuisyen.  Belajar pun pandai2 sendiri ajer.  Bila isi borang UPU (Unit Pusat Universiti), kebanyakan universiti saya tak layak masuk.  Yang betul2 layak hanyalah UM sahaja.  Itupun sekadar kelayakan minima.  Dalam borang UPU tu kena isi universiti mana yg kita nak masuk daripada 5 universiti yang ada ketika itu.  Kena buat pilihan mengikut keutamaan.  Masa tu cuma ada UM, USM, UKM, UTM dan UPM sahaja.  UiTM masa tu masih bertaraf ITM shj.   So, semua kawan2 isi borang dengan mengikut pilihan mereka yg utama hingga yang terakhir.  Tapi saya pula lain, sebab kelulusan saya tidak memenuhi syarat minima untuk memasuki universiti yang lain2.  Maka apa saya buat, saya letak pilihan pertama.. UM, pilihan ke-2.. UM, pilihan ke-3 ..  UM... pilihan ke-4 .. UM dan pilihan ke-5 juga UM.  Kawan2 kata saya gila... tapi saya kata saya nak tunjukkan yg saya betul2 nak masuk UM.

Lepas tu sorang demi sorang kawan2 terima tawaran temuduga dari universiti dan saya tidak menerima apa2.  Sedihnya bukan kepalang.  Ibu pujuk tak apa la, mungkin belum ada rezeki.  Akhirnya ambik keputusan untuk masuk ke Tingkatan 6 di Sekolah Padang Midin, K. Terengganu.  Masa minggu pertama tu iaitu minggu orientasi, senior2 tunjuk lagak dan kuasa.  Mula nak ragging.  Apa saya buat, saya pergi sekolah ambik buku teks pinjaman then lepas tuh 2 minggu saya tak ke sekolah.  Saya kata kat ibu habis  minggu orientasi baru saya akan ke sekolah sebab senior ada yang nak cari pasal.  Dalam minggu kedua tak ke sekolah tuh, ketika sedang duduk2 kat surau, nampak adik saya berlari2 datang kepada saya.  Dalam nada tercungap2 adik kata... abang-abang ada surat tertulis Universiti Sains Malaysia sampai kat rumah.  Saya tanya adik sampul surat tuh kecik ke besar?  Sebab kawan2 dah cakap kalau sampul tu kecik, itu maknanya kita tak dapat tawaran sebab hanya ada sekeping surat yg menyata 'dukacita anda gagal'.  Tapi kalau sampul tu besar itu maknanya kita berjaya sebab dalam tu macam2 borang yang perlu di isi.

Adik kata.. sampul tuh besar!!!  Yeeehahhhh... saya terus melompat dan berlari balik rumah.  Tak kisah penat yang penting nak tengok dan baca sendiri kandungan surat tersebut.  Alhamdulillah seronok dan syukur saya kerana saya telah diterima masuk ke Matrikulasi I USM di Sekolah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam.  Terus sujud syukur dan terus beritahu mak yang sedang bekerja di sebuah restoran ketika itu.  Rasa macam tidak percaya ttp hati kecil saya berazam untuk tidak mensia-siakan peluang sebesar itu.  Saya tau saya masuk universiti atas kuota orang melayu dan kuota pelajar luar bandar.  Tak kisahlah, tetapi saya respek org yang telah memilih saya untuk ikuti program matrikulasi ini sebab dia dapat menilai dari segi latarbelakang bukan sekadar apa yg ada pada results semata2.   

Nak masuk matrikulasi ni satu hal lagi.  Mana nak cari duit?  Siapa nak hantar?  Akhirnya ibu  berhutang untuk belikan saya segala keperluan dan untuk duit poket saya.  Ibu kata dia tk boleh nk hantar sebab adik2 siapa nak jaga.  Kebetulan ada kawan satu sekolah yg mendapat tawaran yg serupa maka saya kata tak apa saya tumpang kawan dan ayah dia.  Kami bertiga naik bas ke Butterworth.  Sampai di sana kami naik teksi ke Bukit Mertajam.  Masa tu ingatkan saya boleh tumpang ayah kawan tuh.  Last2 saya yg terpaksa bertanya sana sini, itu dan ini, dan dia org yang sebenarnya tumpang saya.  hahaha... lawak sungguh.  Tak pe lah.

Bila dah daftar masuk hostel.  Masa tu kenal2 dengan pelajar2 dari negeri yg lain.  Sedeh ada, takut pun ada.  Sedeh sebab tinggalkan ibu dan adik2.  Sedih sebab semua org datang ditemani ibu ayah.  Takut sebab bila tanya kawan2 dalam dorm, semuanya result SPM dasyat2!! Ada yang tolak untuk ke 'oversea' semata2 nak masuk USM.  Saya masih ingat pelajar tuh, Saari namanya.  Dah jadi Doktor Perubatan pun kat JB.  Baru2 ni buat program motivasi kat sana, Saari masukkan anak dia yang darjah 6.  Terkejut sebab isterinya ialah Reha, kawan sekelas saya masa matikulasi dulu.  Eh! Saari? Masa mana kau buat prohrek dengan Reha pulak????  Terkejut aku... tapi katanya, kami ni diam2 jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2005 11:47 AM | Show all posts

PART III

Habis matrikulasi I, sambung matrikulasi II pula.  Matrikulasi II ni bukan kat sekolah Sains lagi tapi kat USM Pulau Pinang.  Yeehhaaa, akhirnya sampai juga impian nak menjejakkan kaki ke kampus.  Masa tu duduk kat Desasiswa Gemilang.  Masa nak tentukan jurusan apa nak ambik nanti, minat lebih cenderung kepada bidang Sumber Manusia atau Pengurusan.  Tapi bila jumpa dekan, dia tak benarkan.  Katanya budak sains kena ambik jurusan sains, perubatan atau kejuruteraan sahaja.  Punyalah bengang.  Akhirnya saya ambil bidang kejuruteraan.  Masa blur sungguh, tak faham apa2 pun ttg kejuruteraan ni.  Tk faham apa perbezaan antara kejuruteraan Awam, Mekanik, Elektrik, Elektronik dan satu bidang baru iaitu Sumber Mineral.  Bila jumpa dekan, dia telah gunakan kesempatan untuk masukkan saya dalam bidang kejuruteraan yang semua org tak nak.  Iaitu Kejuruteraan Sumber Mineral.  Masa tu kami enam orang sahaja jadi pioneer kursus ni.  Rujukan pun payah nak cari.  Nak tak nak saya belajar ajer.  Mula2 masa tahun1 tuh mmg susah juga.  Baru nak sesuaikan dengan keadaan.  Keputusan semester pun biasa2 ajer.  Tapi bila masuk tahun ke-2, masa tuh baru ada kesedaran dan mula pulun belajar.  Lepas tu kami kena berpindah ke Kampus Cawangan di Ipoh.  Kampus pun beluam ada, kemudahan pula tak lengkap.  So, kami tiada piliha n melainkan tumpu pada pelajaran.  Masa tu banyak subjek dah mula score A.  Pensyarah panggil saya 'Bunga Kembang Lewat'.  Iaitu seorg yg lambat baru ternampak kehebatannya.  Masa tu Dekan tanya saya minat tak nak sambung belajar sampai Ph.D.  Saya tanya macammana?  Dia kata semua urusan dia boleh bantu tapi saya mesti menjadi pelajar yang terbaik dalam bidang saya.  Semangat saya makin naik dan akhirnya setelah dapat Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam tahun 1988 maka saya ditawarkan untuk menjadi fellow di USM.  Saya dihantar belajar ke Australia untuk belajar hingga ke peringkat Ph.D di sana.   Masa tuh USM kasi elaun sebanyak RM1200 sebulan dan saya pula ditawarkan biasiswa IDP dari Australia.  So, kiranya ada dua sumber kewangan la ni.  Duit elaun USM tu saya potong RM300 sebulan untuk ibu dan saya tinggalkan kad ATM saya pada ibu agar dia boleh keluar berapa sahaja duit yang dia perlukan sepanjang ketiadaan saya.   Di sini kesilapan saya, sebab ibu telah letakkan nombor pin dan kad ditempat yang sama.  Tanpa pengetahuan dia ada org dah curi kad itu dan tiap2 bulan keluarkan duit saya macam duit gaji dia.  Setelah 2 tahun di Brisbane, Australia, saya nak balik cuti.  Masa tu baru saya nak semak duit dalam akaun saya sebab nak gunakan bagi tujuan balik bercuti.  Gelap mata saya dan nak pengsan rasa bila pihak bank kata duit saya cuma ada beberapa ratus shj dan ibu pula kata dia tak pernah guna duit tu sebab tiada keperluan.  Saya hilang sebanyak RM20,000 begitu shj.  Ya Allah! ujian apa pula ini.  Mula2 nak buat laporan polis tapi lepas tu ada saudara yg kata, takut pula nanti bila dibuat siasatan maka yang ambik tu adik sendiri.  Akhirnya saya redha.  Mmg sudah bukan rezeki.  Ibu juga menangis berhari2 bila dia tahu duit saya hilang macam tuh.  Saya kata kat ibu tak pe la.  Saya pun tak salahkan dia ttg kelalaian dia.  Mmg dah bukan rezeki saya.  Saya beri arahan pada pihak bank agar selepas ini duit saya hanya untuk masuk shj, tk boleh dikeluarkan.  Jadi dalam baki 2 tahun lagi saya kat Australia, ada lah sikit duit simpanan nanti.

Masa tu baru terfikir nak buat sedikit busines bagi tambah duit.  Pagi2 isteri saya buat nasi lemak dan nasi kuning untuk dijual kepada pelajar2 Malaysia.  Kami jual satu dolar sebungkus, so ada lah untuk sikit.  Lepas tuh saya fikir nak jual sate.  Seumur hidup saya, tak pernah saya buat sate.  Yang ada hanyalah resipi yg saya salin dari ibu sebelum ke Australia dulu.  So, saya beli daging dan cuba buat ikut resepi.  Mula2 tuh bila isteri saya buat tak menjadi.  Saya cuba ingatkan kembali macammana ibu saya buat dan saya pula cuba masak kuahnya.  Akhirnya menjadi.  Ajak kawan2 jadi tukang rasa, dia org kata...wahhh!! betul2 ori.  Apa lagi, saya buat projek jual sate kat Pasar Minggu di Brisbane.  Ni kira illegal sebab tak de lesen meniaga pun.  Buat 2000 cucuk sate dan juat 1 cucuk satu dolar.  Semua mat saleh kata sedap.  Masalahnya, bila dah masuk tengahri, saya tak punya bekas yang sesui so sebelum habis sate dibakar, yang berbaki pula basi.  Buang sebahagiannya.. terpaksa menanggung rugi.  Tapi disitu saya belajar banyak perkara dan selepas tu pantang ada peluang saya pasti jual sate.  Dapatlah simpan duit sikit2.


Lepas ni PART IV nak cerita pasal bagaimana penglibatan dalam MLM pula bila dah balik Malaysia.

[ Last edited by drasmadi at 12-9-2005 11:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 12:30 PM | Show all posts

PART IV

Setelah empat setengah tahun kat Australia akhirnya saya dapat habiskan penyelidikan saya dan hantar tesis Ph.D.  Patutnya saya kena buat Master dulu baru boleh sambung ke peringkat Ph.D.  Tetapi disebabkan penyelidikan yang saya buat tu kira outstanding maka Prof. terus beri sokongan agar saya terus buat Ph.D tanpa perlu membuat Master.  Seronok sebab jimat 1 tahun belajar.  Setelah saya hantar tesis maka terus bersiap2 untuk balik Malaysia.  Ni yang leceh sikit buat Ph.D kat Australia ni.  Sebab tesis perlu di semak oleh 3 pemeriksa.  Satu dari universiti yang sama, yang kedua dari mana2 universiti di Australia dan yang ke-3 mesti dari universiti di luar dari Australia.  Jadi bila dah hantar tesis kena tunggu untuk mereka ni semak. So, saya pack semua barang2 dan balik Malaysia.  Terus ke USM dan daftar sebagai kakitangan di sana.  Tapi disebabkan saya belum dapat Ph.D  (keputusan belum dapat) maka saya diserap sebagai kakitangan sementara shj.  Selama setahun saya di USM menunggu keputusan Ph.D saya dan setahun itulah hidup saya tak menentu.  USM tak dapat nak berikan tanggungjawab sebagai pensyarah sebab saya belum ada Ph.D dan pihak Pusat Pengajian pula tak berikan sgt saya apa2 kerja.  Duduk jer la pergi pagi balik petang dan bantu apa2 yg patut.

Dalam menunggu keputusan Ph.D ni ada adik ipar sorang ni memperkenalkan saya dengan satu produk slimming.  Kata dia, abg long sapau jer 45 minit mesti nampak kesannya.  Mula2 ambil ukur lilit badan, 32 inci.  Lepas tu dia sapu gel tuh kat perut sampai ke belakang dan tunggu 45 minit.  Lepas 45 minit ukur balik... wahhh! 31 ini tuh. Hebat2.  Bila dia tengok saya dah excited, terus hari berikutnya dia bawak upline dia datang.  Apa lagi, orang direct selling bercakap mmg convince giler.  Masa tuh saya tak la tertarik sgt tapi isteri pula yg bersungguh2.  Dia kata, kalau nak jadi ahli wajib hadiri kursus 3 hari.  Isteri kata ok so saya temankan lah ajer.   Bila dah masuk kursus tuh, apa lagi dia org basuh giler2 punya.  Siap buat cerita rekaan tuh, kata motivator tuh ada seorang pensyarah suami isteri... ada kereta mewah, rumah besar tapi hutang ... bila dah ekonomi meleset.. kena buang kerja... lepas tuh.. nak kerja pasar malam malu.. nak berniaga malu.. last2 kereta pun kena tarik.  Masa tuh ramai yg percaya.  Tapi saya kata kat diri saya... betul ker cerita ni ke sajer nak pekena aku.  Hmm... lantaklah.  Ada satu sesi tuh.. semua menangis2 tapi saya selamba ajer.  Lepas tu dia org perkenalkan dengan produk2nya yang antaranya ialah pencuci muka, mosturises, krim untuk lenguh2, aloe vera, produk slimming dan bbrp lagi.   Rupanya dalam kursus tuh pihak syarikat ni dah target saya dan isteri sebagai berpotensi sebab dia nak kembangkan syarikat ke Perak dan kebetulan saya pula kat Ipoh.  Patutla dalam seminar tu banyak point mcm nak tembak aku jer ... siap kata org yg ada Ph.D ni.. Permanent Head Damage.  Cesss!! lagi panas telinga saya.

Mula2 terlibat dalam MLM ni matlamat tak besar.  Duk congak2 kalau dapat lepas bayar kereta pun jadi la.  Lepas habis kursus upline datang pujuk.  Katanya nak berniaga kenalah ada barang.  Kenalah keluarkan sedikit modal, dia suruh beli pangkat.  Maksudnya dia suruh keluarkan lebih kurang RM2000 ringgit untuk beli barangan dan terus naik ke peringkat yang seterusnya.  Yang kita ni pikir betul juga, maka belilah barangan tersebut.  Beli barang sebanyak RM2000 dan dapatlah barangan bernilai  RM2500/- .  Maknanya kalau habis jual nanti adalah untuk RM500/-.   Ni yang saya nak pesan pada org yang nak buat MLM ni... hati2 dengan pujukan.  Nasib baik saya ada kualiti untuk berniaga, habislah barang tu saya jual.  Tapi kesian kat kegkawan yang lain masa tu, beli brg tapi tak tahu nak menjual.  Akhirnya barang letak bawah katil ajer.  Yang upline ni pula satu, patut la dia pujuk bukan main suruh beli pangkat... rupanya bila saya beli barang dan naik pangkat dia pun akan dapat imbuhan yang besar juga.  Saya kenal jual baru dapat untung RM500 tapi dia pula akan terus dapat RM400 dari duit pembelian saya untuk naik pangkat tuh.  Ceh! tertipu aku.  Yang saya marah tuh, lepas saya beli barang dia bukan nak tolong... malah hilang.. cari org lain pula.  Bila ada demo... minta dtg, tk pernah nak tolong.  Ni yg buat saya marah betul.  Tk kisah la dia dapat RM400 tu... itu hak dia... tapi tolong la saya org yg baru belajar ni!!  Akhirnya saya bincang dengan isteri... tk guna kita bergantung pada upline... biarlah kita atur dan lakukan segalanya sendiri.  Sebab yg berjaya kita bukan dia.  

Masa demo yg pertama tu takut juga.  Bila cakap menggigil sampai ke lutut.  Berpeluh2.  Takut nanti org tanya apa2 yang kita tak tahu.  Iyer la... org baru produk knowledge bukan banyak pun.  Lepas satu demo ke satu demo, lepas satu tempat ke satu tempat.  Malah pernah saya sampai rumah pukul 2.30 pagi.  Punya la letih... isteri dan anak2 dalam kereta sebab ke mana saya pergi saya bawak anak2 yg masih kecil tu sekali.  Bila dah parking depan rumah.. tk larat nak bukak pintu dah.. tertidur dalam kereta depan rumah.  Jirang bangun pergi kerja esok paginya heran.  Dia ingat saya tertinggal kunci dan takleh nak masuk rumah.  Tapi sebenarnya letih yaa amaaattt...

Hmm... nanti sambung lagi la cerita MLM ni yer....

[ Last edited by drasmadi at 12-9-2005 05:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2005 01:35 PM | Show all posts
insaf aku baca post post drasmadi ni... harap dr cepat2 laa sambung yea...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:29 PM | Show all posts
menarik ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 06:01 PM | Show all posts
Bestnyer citer.

Tu tak masuk part dah success lagik tuh.

Mesti lagik teruja nih karang :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 06:09 PM | Show all posts
di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by lonely_surina at 12-9-2005 06:09 PM
di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita...

Bila kawin ekk?

Tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 08:47 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by GAMEOVER at 12-9-2005 06:25 PM

Bila kawin ekk?

Tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:01 PM | Show all posts
wah...tx sia2 msk sini hr ni. cerita dah bersambung..............blh buat buku nih. teruskan...teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 09:39 AM | Show all posts
kira susah senang bersama le wife dr tu dr dia susah sampai senang...bagus le ...sabar isteri dia menempuh semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 10:56 AM | Show all posts
Menarik cerita -cerita nie semua Leka membaca. Macam drama bersiri pulak. Ternanti-nanti sambungannya. Tahniah kepada semua yang telah berjaya. Daripada cerita-cerita ini semua, dapat saya simpulkan...bukan senang untuk menjadi senang. Yang penting kena ada usaha dan tawakal kepada Allah. Alhamdulillah...zaman sekarang, bangsa Melayu kita semakin cemerlang dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:05 AM | Show all posts
Bila kawin ekk?


Tertanya-tanya gak....... Bila naik sambung lagi Drasmadi.?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 02:16 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by GAMEOVER at 12-9-2005 06:25 PM

Bila kawin ekk?

Tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 07:27 PM | Show all posts
saja naikkan thread ni kat atas... senang sket drasmadi buat post...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.456022 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list