CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140768|Reply: 563

Koleksi Jersi

[Copy link]
Post time 9-9-2005 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Hello geng.

Aku rasa tentu korang yang chat dalam forum ni mesti hantu bola. Dan tentunya korang peminat jersi bola. Seperti aku, memang aku minat pakai jersi bola. Kalau boleh pergi kerja pun nak pakai jersi bola. Nak kuar dengan awek pun pakai jersi bola (tension awek aku). Nak gi beraya pun pakai jersi bola.

Aku tak tahu la kenapa aku ni hantu beli dan jaga jersi bola, tapi memang aku suka pakai jersi bola. Sebab kain dia sedap, lembut, kalau basah berpeluh pun dia cepat kering... Tapi selalunya aku suka pakai jersi bola sebab sokong team Man United. Aku takkan beli atau pakai jersi Liverpool, Arsenal atau Chelsea.

Paling istimewa, sehelai baju goalkeeper Man United dengan nama hero aku 'Schmeichel 1'.

Boleh tak kengkawan lain share koleksi atau cerita mengenai jersi bola yang korang ada. Kalau korang nak tengok koleksi sebahagian daripada jersi original yang aku ada, ni aku tunjuk gambarnya:



Bukan niat nak menunjukla.. Saja nak kongsi cerita...

Tak semua jersi original yang aku beli mahal. Paling murah RM19, jersi German away warna hijau masa Euro 2000 (masa tu ada sale adidas kat Sunway). Kena pandai-pandailah cari jersi original yang murah. Dulu berlambak dijual kat kedai FOS. Sekarang tu ada lagi tapi payah nak cari.

Aku ni suka beli jersi yang ori bukan sebab bapak aku kaya atau aku kaya (semua aku beli sendiri). Tapi sebab badan aku besar, so kalau beli yang Made in Thailand kantoi sket.. Hehe.

Sebut pasal beli jersi, teringat dulu.. Jersi 1st original yang aku beli.. Baju putih Man Utd lengan panjang. Aku nak sangat beli, tapi abah aku tak nak belikan. Last-last aku kerja kat KFC pastu duit dari gaji pertama aku, aku guna untuk beli baju tu. Aku sayang baju tu, sampai sekarang aku simpan. Baju tu aku bubuh nama "Cole 9" dan lencana "FA Premier League Champions 1996-1997'.

Satu lagi yang aku minat pasal jersi bola ni, ialah cara menjaganya. Kalau korang nak tau, aku ni pelik sikit.. Aku lebih suka basuh jersi aku dengan tangan, kemudian aku keringkan kat mesin basuh (spin dry). Lepas tu aku gosok guna seterika. Bukan apa, sebab nak kasi dia nampak cantik (tak berkeromok) dan nak pastikan huruf dan lencana EPL tu tahan lama. Bila dia basah sikit, kita seterika. Nanti gam dia (gam dia dibuat daripada serbuk) akan sentiasa melekat kuat. Punyalah kemaruk suka gosok dengan seterika sampai ada teknik menggosok jersi menggunakan seterika (haha, jangan gelak). Contohnya kalau jersi tu ada logo cop kat dada depan, takleh kene seterika. Kalau nak seterika kene terbalikkan jersi tu. Kalau dia punya logo jenis foam, takper.

Jadi tulah sedikit sebanyak kisah mengenai kegilaan pelik aku iaitu mengumpul jersi. Jersi paling latest aku beli ialah baju merah Man Utd musim ni (2004-2006). Aku pasang nama Rooney 8 dan lencana EPL baru. Semuanya buat sendiri, beli kat kedai Al-Ikhsan dan pasang kat rumah guna seterika. Ni gambar-gambar yang aku tangkap masa aku pasang nama Rooney 8 kat baju aku:









Kalau ada di antara korang yang berminat nak beli jersi-jersi lama aku (selain jersi Man Utd) contact la aku. Aku sudi jual dengan harga berpatutan... Hehe.. Tapi sayang jugak nak jual.

Apapun kepada kengkawan lain yang hantu jersi dan suka mengumpul jersi bola, sharela cerita anda di sini..

[ Last edited by faiz_azrai at 9-9-2005 05:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2005 08:34 PM | Show all posts
aku pun suka pakai jersey..rasa cam best jer bila pakai jersey kan?:cool:

tapi jersey aku tak banyak..sikit jer..and aku tak mampu nak beli jersey ori..semua jersey aku ciplak punyer..

tapi tak kisahlah..jersey ciplak pon best gak aper?:bgrin:

koleksi jersey aku:
1.Inter Milan season 2003/2004 (Home)
   *RM 20,beli kat Seremban.
2.AC Milan season 2002/2003 (Home)
   *RM 20,beli kat Seremban gak.
3.AS Roma season 2004/2005 (Home)
   *RM 50,beli kat Chow Kit,ada nama MONTELLA (NO.9) kat belakang.
4.Lazio season 2004/2005 (Home)
   *RM 30,beli kat Chow Kit.
5.Lazio season 2003/2004 (Away)
   *RM 55,beli kat MP,Melaka.
6.Negeri Sembilan (Home,kaler merah)
   *kalo tak silap aku beli taun 1999 or 2000..alaa,masa n9 jumpa perak final piala malaysia tuh..perak menang 2-0 kan?aku sambar jersey nih kat perkarangan stadium tuanku abdul rahman(STAR),paroi.
7.Negeri Sembilan (Away,kaler putih)
   *aku beli sekali ngan jersey n9 yg kaler merah tuh..harga tak ingat gak..

jersey aku yg dah tolak kat member:
1.Inter Milan season 2002/2003 (Home)
  *beli RM 20(kat Seremban),tolak kat member RM 15 jer..

jersey2 aku yg dah hilang:
1.Inter Milan season 1997/1998(i think) (Away)
  *tak ingat berapa harga..tapi aku beli kat rantau panjang,kelantan..
2.Brazil masa world cup 1998 kat france..kaler kuning tuh..
  *tak ingat berapa harga gak..dan aku beli kat rantau panjang,kelantan gak..

[ Last edited by shadowmoon at 9-9-2005 08:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 11:27 PM | Show all posts
aku punye jersi...semua made in golok..grade A..
byk  sangat...tapi aku ada yang feveret :

1. Juventus (home)
2. AS Roma (home)
3. Barcelona (home)
4. Celtic (home)
5. Morocco (beli kat morroco)
6. Real Madrid (away)
7. Liverpool (jenis lama, cap candy)
8. Juventus (away)

sekian..
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 9-9-2005 11:41 PM | Show all posts
jersi ori :

Juventus Home & Away <- season lepas punya la
Roma + cassano <- sama juga mcm atas la deyy
Italia Home & Away (2002-2003)
Valencia 3rd jersey <- baru beli di spore itu hari
Selangor - zaman azman adnan punya <- ini jersi pertama dalam hidup saya la deyy...Viva Selangor !!

dlm kepala hotak aku ada byk lagi jersey nak beli
tunggu harga turun je hujung tahun ni
mmg byk jersi season ni yg aku akan kebas
:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2005 12:28 AM | Show all posts
Takper... Kalau nak beli jersi tak ori pun ok, janji minat..

Kalau nak beli yang ori tapi murah pulak kene pandai cari.... Tak semestinya ori kene beli mahal-mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 01:12 PM | Show all posts
aku tak suka kain jersi... panas.. biler peluh.. miang satu badan :kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2005 01:34 PM | Show all posts
jersi yang aku ada

jersi man u..zaman cantona...dengan  yg terbaru..

jersi ac milan..

jersi perak..warna putih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by conan at 10-9-2005 01:12 PM
aku tak suka kain jersi... panas.. biler peluh.. miang satu badan :kant:


kakak..jersey dulu2 jek panasssssss..
la nihh da sejukkkkkk daaaaaaaa:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


evoHahn This user has been deleted
Post time 12-9-2005 08:09 AM | Show all posts
ni koleksi jersey aku pulak...



semuanya ori kit pertama aku ialah seperti avatar aku, aku beli pada harga rm 160 (sebelum nilai duit kita jatuh) dan aku bubuh nama Beckham kat jersey tu (another rm 82 .....) . Aku rasa jersey tu paling aku sayang kerana banyak memory termasuk lah pergi tengok game United lwn Malaysia Unfortunantely, jersey tu dah hilang sebab my mom accidentally terbuang dengan baju2 lama

jersey nike pertama United aku bubuh no.7 & nama Beckham, jersey United musim ni aku tak bubuh apa2, mula2 teringin jugak nak bubuh no. 14 & nama Smith :cak: jersey England tu aku bubuh no. 7 & Beckham. Yang tak de dalam gambar tu another jersey ori aku, the last umbro kit untuk United
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 11:29 AM | Show all posts
Baju umbro terakhir Man Utd masih dijual kat FOS di Maju Junction & FOS Ikano. Harga dia RM49.90 jer!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 07:11 PM | Show all posts
Jersey jersey Haku --

1- Manchester United 1998 -  Original  
BAju ni merupakan hadiah oleh sedara aku  semasa beliau pergi ke Manchester atas urusan business.. Tujuan dia belikan baju ni sebab dia nak kenakan aku  (Aku Penyokong Liverpool) Dia nak tengok aku pakai ke tak jersey tu..memula aku simpan  last last aku Ter pakai gak...  

2 - AC Milan [2004]
Baju ni hadiah daripada orang yang sama..  Masa tu dia pegi  ke Milan atas urusan bisness..
Tujuan nye sama nak kenakan aku jugak sebab dia beli yang tak ori - Siap ada tag Non Original.. cheh

Jersi jersi lain semua jersi German ( Pasal Adidas ) beli kat sini --tak ori...

Sekarang ni tergah carik jersi Newcastle ( jersey latihan ) Northert Rock Adidas warna putih..  .. tak ori,,tak jumpa lagi daa.. kena gi london la kejap lagi..

[ Last edited by Brader_Jon at 12-9-2005 07:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 06:52 PM | Show all posts
...aku dulu ada beli jersy real madrid yg ada tulis 'TEKA" boh no 7 raul....perhhhhhhhhhhhh rm500...balik mesia pi sempadan beli jersy spain,bayern n barca...jersy barca mmg best..walaupun rm23..tapi ada tulis made in UK..............:cak::cak::cak::cak:











Originally posted by evoHahn at 12-9-2005 08:09 AM
ni koleksi jersey aku pulak...



semuanya ori kit pertama aku ialah seperti avatar aku, aku beli pada harga rm 160 (seb ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2005 11:27 PM | Show all posts
Sebenarnya yang aku perati, jersi-jersi ori yang dijual sekarang mana ada dah yang Made In UK. Dulu berlambak la. Bukan apa, sebab aku rasa maybe kos matawang yang membebankan menyebabkan diaorang sekarang kalau order jersi ori, dari negara lain.

Jersi home warna merah Man Utd Nike misalnya, semuanya Made In Morocco. Selainnya jersi bola Nike selalunya Made in Portugal. Tapi tak semestinya kalau jersi tu tulis Made in Thailand tu tak ori. Hari tu aku ada beli jersi France masa Euro 2004, dia tulis Made in Thailand. Serius, tak caya pergi la tengok sendiri kat kedai sukan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:54 PM | Show all posts
aku tak minat pakai jersi bola
aku beli (masa study kat UK) pun bagi kat adik beradik..

[ Last edited by  epitome at 27-7-2006 01:01 PM ]
Reply

Use magic Report

evoHahn This user has been deleted
Post time 14-9-2005 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 13-9-2005 11:27 PM
Sebenarnya yang aku perati, jersi-jersi ori yang dijual sekarang mana ada dah yang Made In UK. Dulu berlambak la. Bukan apa, sebab aku rasa maybe kos matawang yang membebankan menyebabkan diaorang  ...


Itulah yang dipanggil Globalisasi. Kebanyakan company ni multinational, ie Adidas, Nike... so diaorang manufacture di negara yang kos buruh dia murah.

Actually memang tak rugi invest beli kit ori. every home kit ada lifespan 4 tahun. 4 tahun = RM 200, so rm 50 setahun
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 15-9-2005 11:49 PM | Show all posts
kalo korg ada jersi lama2,mana tau jual kat ebay bleh dpt harga mahal
contohnya jersi romario ke,baggio ke,matthaus ke
kihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2005 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by evoHahn at 14-9-2005 11:25 AM


Itulah yang dipanggil Globalisasi. Kebanyakan company ni multinational, ie Adidas, Nike... so diaorang manufacture di negara yang kos buruh dia murah.

Actually memang tak rugi invest beli kit ori. every home kit ada lifespan 4 tahun. 4 tahun = RM 200, so rm 50 setahun


Apa maksud ko pasal lifespan tu? Jangka hayat jersi tu ker atau berapa lama baju tu akan dipakai oleh sesuatu Team sebelum ditukar dengan jersi design baru? Kalau jangka hayat jersi tu sebelum dia akan ditukar design dia selalunya 1-2 tahun (selalunya 2 tahun atau 2 seasons).

Jersi ori tertua yang aku ada sekarang dah berumur 7 tahun. Material dia bagus, tahan lama la.. Dan juga susah nak berbulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2005 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 15-9-2005 11:49 PM
kalo korg ada jersi lama2,mana tau jual kat ebay bleh dpt harga mahal
contohnya jersi romario ke,baggio ke,matthaus ke
kihkih


Tulah, aku ada terfikir gak nak buat camtu... Hehehe.. Lagipun awek aku dah bising aku collect terlalu banyak jersi. Tapi aku sayang nak jual jersi2 Man Utd aku.. Maybe jersi team lain boleh kot.

Ada masa nanti aku tangkap gambar satu persatu setiap jersi ori yang aku ada, boleh share dengan korang.. Mana tahu kot-kot ada yang berminat nak beli. Aku jual pun bukan apa, saja tak nak kasi penuh kat almari aku. Bukan sebab nak untung.. Hehe..
Reply

Use magic Report

evoHahn This user has been deleted
Post time 16-9-2005 07:55 AM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 16-9-2005 01:03 AM


Apa maksud ko pasal lifespan tu? Jangka hayat jersi tu ker atau berapa lama baju tu akan dipakai oleh sesuatu Team sebelum ditukar dengan jersi design baru? Kalau jangka hayat jersi tu sebelum  ...


bagi aku 2 season tu macam empat tahun... :cak: ;)
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 12:18 AM | Show all posts
aku plak...

jersi lama united home (siam) = 1
jersi baru united (siam) = 1
jersi brazil home (world cup 98-siam) = 1
jersi brazil baruuu (siam) = 1
jersi lama newcastle united home (original) = 1

aku nie kira minat gile2 kat  brazil dan man u.. huhu.. jersi newcastle tuee member aku bagi.. ekeke.. original plak tueee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.232261 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list