CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laxamana.

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-8-2004 10:15 AM | Show all posts

Hanya mampu menangisi saudara-mara Islam yang dibunuh... sudah lama darah mengalir...


...terbujur kaku pejuang Islam MELAYU Pattani di kaki penjajah Siam. Inilah yang berlaku kepada nenek moyang kita di Kedah semasa menentang pendudukan Siam... akhirnya Bunga Emas dibawa ke Siam... Ufti sebagai tergadainya maruah bangsa... maruah kita tetap tercemar selagi arang masih terpalit di muka...


Senjata tergenggan di tangan walau tubuh menggelepar menahan sakitnya peluru Siam... begitu lah azam membebaskan Pattani.
Pertempuran di masjid Kersik... masjid tertua yang satu ketika dulu adalah Masjid Negara kepada Kerajaan Melayu Pattani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2004 04:39 PM | Show all posts
THAKSIN CHINA WAT MENGAMALKAN DASAR KUKU BESI DALAM DIAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2004 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2004-8-9 04:39 PM:
THAKSIN CHINA WAT MENGAMALKAN DASAR KUKU BESI DALAM DIAM


Thailand menyokong Thaksin antara sebabnya kerana nama dia sama dengan nama Raja Thaksin yang menyatukan seluruh Siam di bawah satu Raja 400 tahun dahulu.... so, dia ni pun nak lah pertahankan negeri Melayu Pattani di bawah Thailand. Kalau perlu berkeras, pasti dia akan gunakan kuasa tentera sepenuhnya... Malaysia juga berani dituduhnya sebagai cuba masuk campur urusan Melayu di Thailand seolah-olah memang selatan Thailand tu tanah bangsa Siam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2004 02:07 AM | Show all posts

Jangan silap...

Ingin saya jelaskan kpd LAXAMANA, saudara harus rujuk buku "SEJARAH KERAJAAN MELAYU PATANI", yg ditulis oleh IBRAHIM SYUKRI. Jangan keliru dan cuba mengelirukan dan sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa Raja Jambu yang asal tidak pernah belot !!!.Raja Jambu yang memerintah pada masa itu syahid dan keturunannya iaitu raja mudanya(tidak boleh saya sebut nama disini), telah lari ke Kelantan.

Yang belot ialah panglima   berketurunan Siam Buddha yang berkhidmat dengan Raja Patani dan keturunan panglima siam inilah yang sekarang merajai Jambu hingga ke hari ini. Saya harap saudara jelas bahawa keturunan Raja Jambu yang merajai Kg Jambu sekarang tidak ada kena mengena dengan keluarga saya.

Seperkara lagi, saudara terlalu mengagung-agungkan BRN dan pemimpinnya LUKMAN ISKANDAR. Tahukah saudara keturunan raja Langkasuka (LUKMAN) tidak pernah memerintah Patani sejak seawal tahun 1500 lagi sehinggalah ke saat kejatuhannya pada tahun 1786. Keturunan ini hanya berkuasa di sekitar Setul sahaja.

Menurut sumber yang boleh dipercayai Lukman Iskandar telahpun mati di tembak di Haadyai beberapa tahun lepas. Jadi saya rasa banyak yang saudara Laxamana tidak tahu...teruskan mengkaji...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2004 03:11 AM | Show all posts

Huh!

Originally posted by Laxamana. at 30-7-2004 16:42:
Sehingga hari ini... orang Melayu di Pattani masih merasakan bahawa mereka dijajah oleh bangsa Siam. Untuk memahami ini kita perlu susuri galur perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa di sana...Banyak  ...




Semangat tul citer ko... Berjeler...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2004 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 2004-8-14 02:07 AM:
Ingin saya jelaskan kpd LAXAMANA, saudara harus rujuk buku "SEJARAH KERAJAAN MELAYU PATANI", yg ditulis oleh IBRAHIM SYUKRI. Jangan keliru dan cuba mengelirukan dan sekali lagi saya ingin ...


Assalamu'alaikum. Jika kamu memegang amanah sesama Islam maka patut kamu belajar menyampaikan salam. Jangan terlalu mengagungkan keluarga sendiri. Sejarah Raja Jambu dan kehebatannya sudah lama berlalu... versi kamu atau versi siapa saja masih subjektif... sejarah Pattani yang ditulis oleh pengarang yang kamu sebutkan itu baru saja... ramai lagi yang menulis sejarah Pattani. Tidak ada manuskrip atau buku sejarah Pattani kuno untuk mengesahkan kenyataan. Lukman Iskandar samada hidup atau mati tidak menjadi persoalan di sini. Itu tak penting. Saya bukan memuja mana-mana individu di Pattani. Jangan biarkan ketaksuban memperjuangkan darjat keluarga sehingga memusuhi pula keturunan pemerintah lain di Pattani. Sebab itu lah kalian berpecah dan gagal bersatu padu menentang musuh. Jelas terbukti di sini... kamu sendiri membuktikan. Malah kamu tidak berterimakasih pula kepada usaha untuk mengetengahkan sejarah perjuangan Pattani kerana sibuk dengan sejarah Jambu saja. Raja yang sebenar mengambil tahu akan hal rakyat bukan hanya tahu bercakap tentang hak diri sahaja. Pattani bukan milik mana-mana raja tertentu. Ada raja pun raja lari... meninggalkan rakyat menderita. Itu bukan pemimpin sebenar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2004 12:33 PM | Show all posts

Perjuangan untuk Kemerdekaan dan Percantuman

Perjuangan untuk Kemerdekaan dan Percantuman

Penglibatan Siam dalam Perang Pasifik di pihak Jepun (1942-45) telah meletakkan Siam ke dalam kategori negara musuh oleh pihak Berikat. Berikutan kekalahan British di Tanah Melayu serta kekalahan Amerika Syarikat di Hawaii, pada 21 Disember 1941 Pibul Songgram telah mengambil keputusan untuk memihak kepada Jepun. Sebagai ganjaran, Jepun berjanji akan menyerahkan keempat-empat buah negeri Melayu Utara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2004 12:34 PM | Show all posts
..ini sambungannya, pendek saja.

Dengan demikian cadangan pengambilan Segenting Kra terpaksa diketepikan. Jawatankuasa itu tidak menolak cadangan untuk membuka pangkalan di sana tetapi cadangan itu kurang mendapat sokongan daripada pihak lain. Sebaliknya Jawatankuasa itu mencadangkan supaya ditubuhkan Misi Tentera British di Siam bagi mengawasi kerajaan Siam dalam urusan pertahanan. Sungguhpun begitu Jawatankuasa Perancang Selepas Perang menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hal-Ehwal Timur Jauh untuk memutuskannya.

Dalam tahun 1944, Tengku Mahmood Mahyideen mula menghantar pasukannya ke Tanah Melayu. Melalui Force 136 beliau telah berjaya mengadakan hubungan dengan orang-orang Melayu Patani di Selatan Siam dan membantu mereka menubuhkan pasukan gerila bagi menentang pihak Jepun dan Siam. Mengikut rancangan Tengku Mahmood Mahyideen, apabila pihak Berikat membuat pendaratan di Selatan Siam, pasukan gerila dengan kerjasama Force 136, akan bangkit menentang Jepun dan Siam. Beliau berpendapat apabila keempat-empat wilayah ini dikuasai oleh pihak Berikat, orang Melayu Patani bolehlah merayu kepada Bangsa-Bangsa Bersatu supaya membebaskan wilayah-wilayah mereka daripada Siam sejajar dengan Perisytiharan San Francisco.

Tanpa mengetahui kedudukan sebenar mengenai pendirian British terhadap masa depan Segenting Kra, Tengku Mahmood Mahyideen telah diraikan dalam satu jamuan yang diadakan di New Delhi di mana para pengawai kanan tentera telah melahirkan harapan semoga beliau mencapai kejayaan dalam cita-citanya berasaskan Piagam Atlantik, Perisytiharan Cairo dan San Francisco.Malangnya, sebelum sempat Pihak Berikat melancarkan Operasi Zipper, pada 15 Ogos 1945, pihak Jepun telah mengisytiharkan kekalahannya dan menyerah diri tanpa sebarang syarat setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Berikat. Dengan demikian, operasi di Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Siam ditarik balik. Begitu juga keadaannya di Bangkok. Pridi Banamyong, Pemangku Raja, telah mengisytiharkan bahawa pengisytiharan perang yang dibuat oleh Pibul Songgam pada 25 Januari 1942 terhadap Britain dan Amerika sebagai tidak sah. Kerajaan Siam juga akan menyerah balik Negeri-negeri Melayu Utara kepada kerajaan British dan membayar ganti rugi kepada pihak Berikat di atas segala kemusnahan harta-benda mereka semasa perang. Bagaimanapun, Tengku Mahmood Mahyideen masih lagi menaruh harapan agar Siam dihukum oleh pihak Berikat, khususnya Britain kerana Siam bersubahat dengan Jepun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2004 12:35 PM | Show all posts
Petisyen November 1945

Empat hari selepas tamatnya perang, M.E. Dening, wakil kerajaan British dan juga Penasihat Politik kepada Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat, Lord Louis Mountbatten telah tiba di Kandy, Ceylon, bagi memulakan rundingan dengan kerajaan Siam.2 Pada 8 September 1945, Perjanjian Tentera telah ditandatangani di Kandy oleh Jeneral Senanarong mewakili kerajaan Siam sementara Lord Mountbatten, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat mewakili Pihak Berikat. (Direck Jayanama 1967, 167) Dengan termeterainya perjanjian ini, pasukan tentera Berikat telah memasuki Siambagi memberkas askar-askar Jepun.

Beberapa hari kemudian, rundingan mula diadakan di antara wakil kerajaan British dengan wakil kerajaan Siam bagi menyelesaikan masalah perang di antara kedua-dua buah negara. Telah menjadi andaian di kalangan para pemerhati politik pada masa itu bahawa Siam akan dihukum oleh pihak British kerana melanggar Perjanjian Tidak Menceroboh dan Perjanjian 1909 serta bersubahat dengan Jepun. Ada yang menjangkakan bahawa keempat-empat buah wilayah Melayu di Selatan Siam akan diambil oleh British dan digabungkan dengan Tanah Melayu (Nik Anuar 1989).

Tengku Mahmood Mahyideen kembali ke Tanah Melayu pada akhir Oktober 1945. Tanah Melayu ketika itu telah diletak di bawah pentadbiran Tentera British. Berikutan dengan pembubaran Force 136, Tengku Mahmood Mahyideen telah dilantik oleh pihak berkuasa tentera di Tanah Melayu sebagai Pegawai Hal-Ehwal Awam di Selangor dan Pahang sebelum dilantik sebagai Ketua Perhubungan Awam dan Pengelola Kawalan Makanan NegeriKelantan.

Memandangkan rundingan berhubung dengan penyelesaian masalah perang sedang berlangsung di antara British dengan Siam di Kandy, Tengku Mahmood Mahyideen telah menasihatkan Tengku Abdul Jalal, bekas Wakil Rakyat bagi wilayah Narathiwat, supaya mengemukakan rayuan kepada kerajaan British agar melepaskan empat wilayah Melayu di Selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Negeri-Negeri Melayu Semenanjung. Sehubungan itu, pada 1 November 1945,Tengku Abdul Jalal dan para pemimpin Melayu yang lain telah mengirim surat kepada Setiausaha Negara British bagi Tanah jajahan melalui Lord Louis Mountbatten melalui Pegawai Perhubungan Awam Kelantan, Kol. Somerville. Dalam surat itu Tengku Abdul Jalal menerangkan penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat Melayu Patani di bawah pemerintahan Siam dan meminta agar "Negara-Negara Bersekutu" membantu mereka membebaskan keempat-empat wilayah Melayu daripada kekuasaan Siam. Mereka membuat permohonan itu berasaskan Pengisytiharan San Francisco yang menegaskan bahawa "semua negeri-negeri di bawah penjajahan sepatutnya diberi kebebasan dan penduduk-penduduk di negeri-negeri tersebut hendaklah diberi kebenaran untuk mentadbir negeri-negeri mereka dalam bentuk paling sesuai kepada mereka". Mereka menekankan bahawa;

Sesungguhnya Patani adalah sebuah negeri Melayu, yang pernah diperintah oleh raja-raja Melayu tetapi telah menjadi naungan Siam hanya sejak 50 tahun yang lalu. Sekarang negara-negara Bersekutu wajib membantu mengembalikan negeri ini kepada orang-orang Melayu semoga mereka boleh bersatu balik dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Tengku Abdul Jalal mengakhiri surat itu dengan memberi amaran bahawa sekiranya Negara-Negara Bersekutu lambat membuat penyelesaian secara damai ke atas Patani dan daerah-daerahnya "sudah pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan membahayakan penduduk Melayu pada masa depan".

Dalam surat lampiran kepada tuntutan pemimpin-pemimpin Patani itu, pegawai Perhubungan Awam di Kelantan telah mengesahkan kebenaran dakwaan mereka bahawa orang-orang Melayu di empat wilayah tersebut sememangnya ditekan dan ditindas oleh pegawai-pegawai Siam. Tuntutan pemimpin-pemimpin Melayu Patani itu bagaimanapun tidak dilayan oleh pihak British. Pihak British terpaksa memansuhkan rancangannya terhadap Segenting Kra dan Empat Wilayah bagi mengekalkan perhubungan baik dengan Siam. Ini adalah kerana Kerajaan British memerlukan bekalan beras dari Siam sebanyak 1,500,00 juta tan bagi mengatasi masalah kebuluran di Semenanjung Tanah Melayu dan di tanah jajahannya yang lain di Asia. Kerajaan British juga terpaksa akur kepada tekanan Amerika supaya keutuhan wilayah Siam dihormati. Dengan itu, persoalan Patani telah digugurkan apabila perjanjian damai ditandatangani di Singapura pada 1 Januari 1946.

Pemimpin-pemimpin Patani, khususnya Tengku Mahmood Mahyideen, amat kecewa dengan sikap British itu. Sekali lagi pada 15 Januari 1946, pemimpin-pemimpin Melayu Patani telah mengemukakan surat rayuan kepada kerajaan British meminta dipertimbangkan semula rayuan mereka supaya dibebaskan keempat-empat wilayah Melayu itu daripada pemerintahan Siam dan menggabungkannya dengan Tanah Melayu. Pihak Berkuasa tentera Tanah Melayu menyokong tuntutan itu dengan tujuan untuk memudahkan pasukan bersenjata British menjalankan operasi pembersihan terhadap saki-baki pengganas Kuomintang dan juga kongsi gelap yang bergerak di sempadan Tanah Melayu dan Siam. Dalam surat lampirannya kepada ibu pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Bersekutu di Singapura, mereka menganggap keadaan kacau-bilau yang berlaku di Selatan Siam memberi alasan yang kukuh untuk British membangkitkan isu itu dengan pihak Siam. Surat rayuan serta lampiran tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Luar British pada 31 Januari 1946 dan salinannya kepada wakil British di Bangkok.

Cadangan pihak Berkuasa Tentera di Tanah Melayu telah dibantah oleh W.R. Bird, perwakilan British di Bangkok. Beliau mengingatkan pejabat Luar British bahawa orang-orang Melayu di Selatan Siam bukan rakyat British dan juga beliau belum pernah dengar bahawa kerajaan British memberi perlindungan kepada orang-orang Melayu di tanah jajahan bukan kepunyaan British di atas pertimbangan agama. Beliau menegaskan bahawa orang-orang Melayu tidak lagi ditindas dan ditekan oleh pihak Siam. Bagaimanapun,sekiranya pihak Siam mengesyaki orang-orang Melayu di wilayah tersebut sedang menyusun gerakan pemisahan, pihak Siam tentu akan menekan mereka. Bird menasihatkan kerajaan British supaya tidak melayani tuntutan pemimpin-pemimpin Patani itu. Pihak Pejabat Luar dan juga Pejabat Tanah Jajahan British di London bersetuju dengan pandangan Bird bahawa kerajaan British tidak mempunyai sebab untuk membangkitkan masalah Patani dengan pihak kerajaan Siam. Ini kerana sejak kerajaan awam mengambil alih kuasa di negara itu tindakan telah diambil oleh kerajaan Siam untuk menyelesaikan masalah orang-orang Melayu dan masyarakat Islam di Selatan Siam. Tambahan pula, tegas seorang pegawai Pejabat Tanah Jajahan British yang lain, orang-orang Melayu di Selatan Siam bukanlah rakyat British.Walaupun begitu, beliau mencadangkan supaya wakil British di Bangkok mengambil perhatian terhadap keadaan di Selatan Siam, untuk memastikan mereka tidak kembali mengamalkan dasar kekerasan terhadap orang-orang Melayu. Pejabat Tanah Jajahan di London memandang berat tentang keadaan ini kerana Patani dan wilayah-wilayah di sekitarnya adalah bersempadan dengan Negeri-negeri Melayu Utara.

Walaupun tuntutan orang-orang Melayu Patani tidak dilayan. Akhbar-akhbar Tanah Melayu seperti Utusan Melayu telah menyiarkan berita mendakwa bahawa British berura-ura untuk mendapatkan keempat-empat wilayah di Siam Selatan (Utusan Melayu 24 januari 1946). Bagi menjaga imejnya, pihak kedutaan British di Bangkok telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 16 Februari 1946 menafikan dakwaan itu dan sebaliknya menegaskan bahawa "Sekiranya kerajaan United Kingdom bercadang untuk membangkitkan sebarang persoalan berhubung dengan selatan Siam, ini telah dilakukan semasa mengadakan perundingan untuk menamatkan keadaan perang di antara Siam dengan United Kingdom yang sedang berlangsung". Sikap kerajaan British itu amat mengecewakan Tengku Mahmood Mahyideen. Beliau telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kuasa British dan Siam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2004 05:08 PM | Show all posts

Teruskan mengkaji......

Kejatuhan Patani

Patani sebenarnya jatuh ke tangan siam pada 1785, setelah 4 kali siam melancarkan serangan. Punca kejatuhan Patani Darussalam ialah rahsia pertahanan Patani telah dibocorkan oleh seorang panglima Patani yang berketurunan siam buddha. Sebagai balasan kerana membocorkan rahsia pertahanan Patani , panglima laknat itu telah dilantik menjadi raja di kawasan yang dikenali Jambu yang terletak dalam negeri Patani. Keturunannyalah sampai sekarang merajai Jambu, dan dalam I/C mereka siap ditulis keturunan mereka. Jika ada apa-apa masalah dengan polis, keturunan mereka akan dilepaskan begitu sahaja...

Nak tau lebih lanjut baca:
1. Ibrahim Sukri "Sejarah Kerajaan Melayu Patani" (1950-an)
2. Nik Anuar Nik Mahmud "Sejarah Perjuangan Patani" (1999)
3. Hikayat Patani (1839, diterbit semula oleh UKM 1992)

Jadi saya  minta LAXAMANA perbetulkan kenyataan saudara...

"Contohnya ialah di Patani sendiri. Sewaktu raja Patani sedang membuat persiapan berperang dengan Siam, Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Raja Patani diusir dari buminya sendiri. Siam, juga tidak percaya kepada kepada Jambu dan tidak mengangkat raja Jambu menjadi raja di Patani."

Teruskan mengkaji... kenyataan saudara yg lain saya terima kecuali petikan di atas sahaja. Seperkara lagi, saya rasa saudara hanya memetik dari buku Sejarah Perjuangan Patani oleh Nik Anuar Nik Mahmud. Cuba baca buku yang pertama iaitu yang ditulis oleh Ibrahim Syukri kerana ianya lebih muktabar...itupun jika saudara ingin benar-benar mengkaji sejarah Patani. Buku tulisan In\brahim Syukri ini sekarang telah diterjemah kedalam rumi oleh UKM, dptkan di sana atu order saja  dengan AMAZON, untuk versi bahasa Inggeris yg diterbitkan oleh Unversity Cornell, US yg disalin dari teks asal yang ditulis dalam Jawi.

[ Last edited by tongkatali on 21-8-2004 at 05:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2004 05:08 AM | Show all posts
dasyatnya info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2004 08:59 AM | Show all posts
Tidak ada apa istimewanya Pattani dibanding dengan negeri-negeri Melayu lain. Semuanya sama saja. Itulah tujuan saya membawakan fakta sejarah dan polemik yang melanda di sana  untuk dikongsi. Fakta berkenaan Jambu boleh diketepikan dahulu kerana ada percanggahan. Jikalau ada sesiapa mempunyai fakta bolehlah dikongsi, ianya bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Saya memang ada mengambil fakta dari beberapa sumber yang saya yakini benar. Sejarah perlu dirujuk kepada fakta dan apa yang ditulis walaupun dalam jawi atau bahasa apa sekalipun belum tentu akan kebenarannya... kecuali Al Quran. Salam sejahtera hanya  kepada pejuang Islam dan bangsa Melayu yang berpegang kepada lunas-lunas agama Islam dan lunas-lunas perjuangan yang sejati.

p/s Kalau betullah dakwaan TONGKATALI. Kita boleh berfikir.. dalam banyak-banyak panglima Melayu Islam.. Siam kafir Buddha pula yang diambil sebagai panglima oleh Raja Islam.Kalau dah tahu serigala kenapa disuruh menjaga kambing? Kenapa 'bijak' sangat.. Tidakkah itu menunjukkan betapa lemahnya institusi pemerintahan Raja itu...?  Na'uzubillah himin zaalik.


[ Last edited by Laxamana. on 24-8-2004 at 09:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 06:23 PM | Show all posts

soalan utk Laxamana............!!!

Originally posted by Laxamana. at 24-8-2004 08:59 AM:
Tidak ada apa istimewanya Pattani dibanding dengan negeri-negeri Melayu lain. Semuanya sama saja. Itulah tujuan saya membawakan fakta sejarah dan polemik yang melanda di sana  untuk dikongsi. Fakta ...




Laxamana ............!!!




org2 Melayu kat Selatan Thailand skrg ni agaknyer  ada peluang tak ... untuk kembalikan kedaulatan negara mereka iaitu sejak LANGKASUKA-PATANI dijajah Siam.....secara rasmi pd thn 1909.....?


ko rasa2 boleh x merdeka....?   :stp:


:solute::solute::solute::solute::solute:
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 06:28 PM | Show all posts

lagi satu...........

lagi satu...........

kenapa xder negara2 Melayu terutamanyer dr M'sia menyokong kedaulatan Langkasuka-Patani.......????????



aku ada jumpa website PULO.......dgn bendera utk PATANI ( L-P) ......

bendera tu adalah utk negara dorang kalau dorang berjaya.............



:solute::solute::solute::solute::solute::solute::solute:
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 06:34 PM | Show all posts
Ni dier Bendera tu.............




  




Bendera Negara Melayu Patani Raya
  






:ketuk::ketuk::ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 06:37 PM | Show all posts
kenapa pd awal thn lalu lebih kurang 100 lebih org2 Melayu di Masjid Kerisik dibunuh oleh tentera Siam ......pd hal dorang hanya gunakan parang2 jer untuk mencapai kemerdekaan........?



:ketuk::ketuk::ketuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2004 10:25 AM | Show all posts
cuba cari kat sini:dia: Utusan Patani Merdeka Online

ada semua berita mengenai Pattani
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 12:37 PM | Show all posts

Raja terakhir memerintah Pattani: Almarhum Tg Abdul  Kadir Kamarudin
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 12:42 PM | Show all posts
Sejarah ringkas perubahan sistem PULO  yang sah
  
PULO. Ditubuhkan di Mekah pada tahun 1968.Di pimpin oleh: Ku Bira Kota Nila. Selaku Sek-Jen Pada tahun 1968-1985.

Setelah PULO mengalami kemerusutan pada tahun 80'an     

Semua pemimpin-pemimpin PULO mengadakan Reformasi pada tahun 1985 diubah sistem kepada Majlis Pimpinan Revolusi (MPR) yang di pimpin oleh: Allah Yarham Ustaz Haji Abdul Hadi Bin Tuan Guru Haji Ghazali Selaku ketua pimpinan Pada tahun 1985-1988.

Pada tahun 1988 musyawarah umum I / Perhimpunan agung I diubah dari sistem
MPR Kepada sistem MKP Di Pimpin oleh: Haji Harun Mooleng Selaku Presiden I, pada tahun 1988-1995.


Pada tahun 1995 Musyawarah umum II / Perhimpunan agung II Majlis Kepimpinan Pertubuhan (MKP) Di Pimpin oleh: Tuan guru Haji Hasyim Abdul Rahman Selaku
Presiden II, pada tahun 1995-2002.

Pada tahun 2002 Musyawarah umum III / Perhimpunan agung III di ubah sistem daripada MKP kepada MPR Tuan guru Haji Hasyim Abdul Rahman di pilih untuk periode kedua pada tahun 2002- ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.331112 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list