CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laxamana.

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

  [Copy link]
Post time 30-5-2005 01:37 PM | Show all posts

Kebangkitan Rakyat, bukannya hasil dari elemen terroris antara bangsa

Masyarakat antara bangsa harus akur bahawa kebangkitan dan perkembangan yang berlaku di patani adalah hasil dari penjajahan dan ketidak adilan Siam keatas anak bangsa Melayu Patani.

Satu bangsa yang diharamkan haknya dan identitinya. Peristiwa penyembelihan di masjid Krisek dan pembunuhan Takbai adalah puncak kekejaman yang sebagai bahan minyak untuk meledakan keadaan.

Sama sekali adalah tidak adil bagi masyarakat antara bangsa mengaitkan perkembangan di Patani adalah hasil dari elemen terroris antara bangsa, pendapat ini adalah amat dangkal sekali.

Menteri Luar Siam Kantathi Suphamongkhon telah berucap di National Press Club, Bangkok, telah menyatakan bahawa Siam dan Amerika berpendapat bahawa

perkembangan di Patani ada kaitrapat dengan elemen terroris antara bangsa dan Thailand harus berkerja lebih kuat lagi untuk berperang dengan terroris antara bangsa dan lebih mengutamakan strategi menyelesaikan masaalah global.

Kenyataan Menter i Luar Siam ini adalah sebagai niat jahat bertujuan untuk memerangkapkan dan menkategorikan Pertubuhan-pertubuhan dan Gerakan-gerakan pembebasan Patani sebagai pertubuhan dan gerakan terroris.

Ini memudahkan lagi bagi Siam menerima setiap kemudahan dan pertulungan dari Luar demi untuk mengekalkan lebih lama lagi kuku besi penjajahannya keatas Orang Melayu dan bumi Patani .

Masyarakat antara bangsa seharusnya tidak semata-mata memihak kepada kuasa penceruboh dan penjajah bahkan seharusnya melihat dan meneliti sekelumpok maknusia yang terjajah dan yang diharam haknya untuk hidup bebas sebagai satu bangsa, sampai bila puak-puak yang mengaku dirinya sebagai penjaga hak asasi manusia akan berlaku adil terhadap

orang-orang Patani yang berjuang untuk membebaskan dirinya dari dijajah, adakah wajar setiap kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penjajahan dilabelkan sebagai puak terroris dan radikal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Vendetta This user has been deleted
Post time 31-5-2005 01:18 PM | Show all posts
memang sedih kalo difikirkan...kita dok sini senang lenang but depa yang kat sana sengasara...bukan rakyat Pattani saja nak tempat diorang bebas, rakyat filipina yang Islam disana pun masih berjuang nak bebaskan tanah mereka (midanao kalo tak silap akU) dari pemerintahan kafir...begitu juga di Acheh.

Jangan lupa rakyat Palestin, dari mula intifada sampai sekarang tiada apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2005 02:28 AM | Show all posts
malaysia patut kene usaha menyerapkan pattani ke malaysia seperti sabah dan sarawak..
Reply

Use magic Report

Vendetta This user has been deleted
Post time 2-6-2005 01:42 PM | Show all posts
kalo tak silap tak boleh ler...coz Pattani salah satu jajahan Negeri Thai...lagi satu banyak risikonyer...bayangkan Sabah dan Sarawak baru jer nak membangun setelah lebih 40 tahun merdeka....cuba Pattani diserap masuk...rangka pembaharuan memang payah...lebih lagi Pattani disebelah negeri Parti pembangkang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2005 11:32 PM | Show all posts
Patani masok Malaysia, jadi negara Islamlah Malaysia....mesti semua undi
PAS...camner aa? Sistem satu parti ajelah...takyah pilihanrayo? kua kua kua kua

[ Last edited by herman on 4-6-2005 at 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 12:24 PM | Show all posts
Special branch Thailand tangkap sesiapa yang disyaki dan ramai pemuda Melayu Islam menggangotai

gerakan memerdekakan Pattani atas semangat baru secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga...

bapa-bapa dan datuk-datuk mereka telah lama dijinakkan oleh Thailand dengan kelunakan Raja nya

yang dikatakan baik dengan orang Melayu. Kalau baik, kenapa tak dipulangkan balik kuasa orang Melayu.


[ Last edited by chumpon at 19-8-2005 12:30 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2005 04:35 PM | Show all posts
ODE TO THAKSIN




DON'T UTTER A SINGLE WORD

UNTIL YOU'RE TRUE TO YOURSELF

CLOSE THE DOOR OF HYPOCRICY

WHERE YOUR TIME IS BEING WASTED FOR FREE



CUT OFF ALL THE SOCIAL RELATIONS

AND FOCUS ON A SINGLE DIRECTION

TO BE WITH THE TRUE ONE AND HIS NEARNESS

TO WITNESS THE WONDERS OPEN TO THE EARNEST



YOUR TIME IS BEING SPENT AND MELTING AWAY

IN THIS FLEETING WORLD THE PIOUS GAINING PROFIT BY THE DAY

YOUR CAPITAL IS YOUR RELIGION

AND YOURS IS BEING USED SINCE

TO CONSUME THE WORLDLY THINGS

CONSUMING YOUR BELIEF IN SINS



VANISHING

AND

DIMINISHING



VANISHES THROUGH YOUR NEGLIGENT

FOR THE SAKE OF FAME AND WEALTH

SOCIAL PRESTIGE AND ACCEPTANCE



YOU'RE THE ENEMY OF YOURSELF

HATED BY THE HEART OF TRUTHFULNESS



CURSE YOU

THE EARTH BENEATH CURSES YOU

THE HEAVEN ABOVE CURSES YOU



BE TRUE TO YOURSELF

OR OTHERWISE

DO NOT LAY CLAIMS





Hak cipta :

margajebat

margajebat@margajebat.net

http://www.margajebat.net



Join me in a different dimension at > http://www.margajebat.net

See you there !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 11:17 AM | Show all posts

PATANI MERDEKA !!!

Saya rasa sudah sampai masanya rakyat Patani dan orang-orang Melayu keturunan Patani yang berda di Malaysia berganding bahu bagi memerdekakan PATANI dari penjajahan Siam Laknatullah. Cukuplah dengan penderitaan yang ditanggung selama ini akibat dari kezaliman Siam. Tak guna lagi kita berdiam diri. Siam memang tidak berniat untuk memajukan orang-orang Melayu Patani, mereka kalau boleh ingin menghapuskan terus bangsa Patani dengan  apa cara sekalipun. Cukuplah dengan apa yang berlaku selama ini. Sampai bila kita harus ditipu ?
Saya rasa dengan sumber bumi yang ada, Patani yang merdeka mampu berdikari. BEBASKAN PATANI !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2005 12:18 PM | Show all posts
woooiii... semangat... nak tumpang sekaki... merdeka! merdeka! merdeka!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 12-9-2005 12:18 PM
woooiii... semangat... nak tumpang sekaki... merdeka! merdeka! merdeka!



Selatan Thailnd yang majoriti penduduknya beragama Islam mungkin merasa yang mereka menerima layanan buruk dari Kerajaan Thaksin Shinawat. mereka tidak diberi peluang ekonomi yg sepatutnya mereka berhak sebagai rakyat Thailand.mungkin mereka merasakan yang mereka perlu memberontak dan menentang kerajaan sedia ada.

berbeza dengan kita di Malaysia. Rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera amat diberi kelebihan dalam segi ekonomi, pendidikan dan struktur sosial. jadi tiada sebab untuk kita membenci kerajaan dan menentang. DEB contohnya memberi peluang ekonomi sebanyak 30% kepada Bumiputera dan Melayu yang mana diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

diharap kita mensyukuri nikmat dan keamanan yang kita kecapi di negara kita yang bertuah ini. kalau kita sendiri tidak menjaga dan memelihara nya siapa lagi?? mat indon???bangla??org myanmar?? so renung-renungkan.

kestabilan dan kesejahteraan yang dikecapi ari ini adalah berkat dati perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu dan pemimpin yang telah dan sedang memimpin negara kita. jika pemimpin tiada kepimpinan maka hancurlah negara ini.

kita bebas untuk beribadat dan melakukan kegiatan harian kita kerana negara kita aman dan makmur. tiada siapa menghalang atau menembak kita jika mahu ke masjid atau ke mana saja. tidak seperti saudara kita di Palestine. Iraq, Afghan dan lain-lain. Mereka cukup sengsara.

Sayangilah keamanan,perpaduan dan kesejahteraan negara kita. jangan sekali-kali cuba untuk menghancurkan keamanan dan perpaduan yang telah kita kecapi dan kita bina ini.

Negara Kita, Tanggungjawap Kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:31 PM | Show all posts

Syeikh Wan Ahmad Patani

NAMA Syeikh Wan Ahmad Patani sememangnya sudah tidak asing lagi bagi pentelaah kitab-kitab jawi lama. Beliau adalah di antara ulama kelahiran Pattani yang berjasa besar dan terkenal alim dalam pelbagai bidang ilmu.

Syeikh Wan Ahmad Patani dilahirkan pada Jumaat 5 Syaaban 1272 bersamaan 10 April 1856 Masihi di Kampung Jambu, Patani.

Keturunan beliau diriwayatkan berasal daripada keturunan para mubaligh dari Hadramaut yang bersambung nasabnya dengan Sayidina Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w.

Ramai ulama dan pendakwah terkemuka yang lahir daripada keturunan keluarga beliau terlibat secara serius dalam bidang ilmu dan dakwah Islamiah. Datuk beliau, Syeikh Wan Mustapha bin Muhammad bin Muhammad Zain bin Muhammad bin Musa adalah seorang yang alim dan warak yang begitu dihormati oleh masyarakat Islam ketika itu.

Syeikh Wan Mustapha juga adalah seorang ulama yang berjiwa pejuang, dan memegang jawatan panglima tentera Sabil ketika menentang penjajahan tentera Siam terhadap kerajaan Patani.

Syeikh Wan Mustapha juga seangkatan dengan seorang ulama iaitu as-Syahid Wan Abdul Wahhab yang bergelar Tok Nik Hab. Tok Nik Hab adalah di antara hulubalang Melayu yang gugur di tangan Siam apabila dipancung ketika sedang bersolat di pinggir medan ketika Siam cuba menjajah Pattani ketika itu.

Manakala tiga orang bapa saudaranya, Haji Wan Abdul Latif, Syeikh Wan Abdul Qadir dan Syeikh Pak Chik Daud, terkenal sebagai alim ulama di sekitar Bangkok, Pattani dan Mekah.

Beliau membesar di bawah asuhan ibu bapanya yang terkenal warak dan taat dalam beragama menjadikan semangat agama dalam diri beliau sentiasa membara. Pendidikan awal beliau bermula di rumah dan menuntut ilmu agama dengan ayahnya sendiri, Haji Wan Muhammad Zain atau lebih dikenali dengan nama Haji Wan Din bin Syeikh Wan Mustapha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:32 PM | Show all posts
Selepas belajar dengan ayahnya sendiri, beliau kemudiannya mendalami ilmu agama dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir bin Syeikh Wan Mustapha yang terkenal dengan gelaran Tok Bendang Daya. Tok Bendang Daya adalah salah seorang guru pondok yang masyhur di Pattani pada pertengahan kedua abad ke-19.

Tidak lama selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke kota Mekah. Di sana, beliau telah menjadi anak murid kepada beberapa ulama terkenal seperti Syeikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Nik Dir Patani, Syeikh Muhammad Ali Kutan bin Abdul Rahman dan beberapa orang lagi.

Selepas beberapa lama menuntut di kota Mekah, beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Baitulmuqaddis. Setelah itu, beliau meneruskan kembara ilmunya ke Mesir dan menamatkan pengajian beliau di sana.

Haji Wan Ahmad juga adalah di antara golongan pelajar Melayu yang terawal diterima untuk belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Antara rakan-rakan lain yang bersamanya pada ketika itu ialah Haji Muhammad Amin, Haji Wan Mahmud dan Haji Wan Abdul Mubin. Apabila tamatnya pengajian Syeikh Wan Ahmad di Mesir, beliau kemudiannya kembali ke Tanah Suci Mekah dan mengajar di Masjidilharam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:33 PM | Show all posts
Selain daripada bidang keagamaan, Syeikh Wan Ahmad Pattani turut berminat untuk mengkaji dalam bidang-bidang lain, umpamanya bidang kimia. Beliau adalah antara ulama Melayu yang membuka jalan bagi penyelidikan dalam bidang kimia, sehingga dikatakan beliau menemui cara-cara untuk membuat emas.

Bagaimanapun, hasil penyelidikan beliau itu yang dicatatkan dalam sebuah kitab yang diberi nama Petua Nadir, kemudiannya dibakar setelah timbul perebutan antara dua orang anak muridnya.

Beliau juga turut mendalami ilmi perubatan melalui bimbingan Syeikh al-Tabib Abdul Rahim al-Kabili, seorang pakar perubatan yang berasal dari sebuah benua kecil di India. Syeikh Wan Ahmad juga telah menghasilkan sebuah buku berkenaan dengan perubatan yang berjudul Luqtat al-抜ljan.

Di samping itu juga, beliau berusaha untuk mengumpulkan manuskrip kitab-kitab tua peninggalan alim ulama seperti kitab karangan Syeikh Abdul Samad Palembang dan Syeikh Muhammad Arshad Banjar.

Beliau juga adalah seorang peminat sejarah serta mempelopori beberapa bentuk penulisan berkenaan sejarah yang jarang-jarang diterokai ketika itu seperti kisah kemasukan dan penyebaran agama Islam di gugusan kepulauan Melayu. Fasih dalam bahasa Arab sehingga beliau berkebolehan mengupas untaian-untaian syair-syair Arab lama menyebabkan beliau digelar sebagai 慼arimau Mekah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:34 PM | Show all posts
Kenalan dan rakan-rakan yang sebaya dengan zaman beliau, pasti mengakui akan wujudnya satu semangat perjuangan Islam yang begitu kuat dalam dirinya. Seorang ulama siasah yang begitu mengambil berat tentang perjuangan dan nasib bangsa Melayu.

Syeikh Wan Ahmad juga menjadi rujukan raja Kelantan ketika itu, Raja Long Senik bin Sultan Muhammad III. Kelantan ketika itu heboh seorang syeikh tarekat Ahmadiah yang dikatakan agak mengelirukan dan berlainan daripada yang pernah diajar oleh syeikh tarekat yang sebelumnya.

Perkara tersebut kemudiannya dirujuk pada Raja Long Senik. Baginda kemudiannya mengambil keputusan untuk bertanya kepada seseorang yang digelar baginda 慜rang Tua Saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:35 PM | Show all posts
Sebagai seorang ulama besar, pastinya beliau mempunyai anak murid yang begitu ramai. Ramai di antara anak muridnya yang kemudiannya bergelar ulama dan mufti, bertebaran di serata muka bumi terutama di Asia Tenggara.

Antara anak murid beliau yang menjawat jawatan mufti ialah Datuk Abdullah bin Musa al-Kalantani (Mufti Johor), Wan Ishak bin Imam Abdullah (Mufti Kelantan), Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani (Mufti Pontianak) dan ramai lagi di antara mereka yang menjadi mufti di luar negara seperti di Kemboja, Kalimantan dan Sumatera.

Nama tokoh ulama terkenal Kelantan, yang juga dianggap bertaraf wali, Awang Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali, adalah di antara murid Syeikh Ahmad Patani.

Tok Kenali adalah di antara murid kesayangannya dan telah berguru dengan beliau hampir 20 tahun lamanya. Tok Kenali merupakan seorang guru pondok yang paling berpengaruh di Kelantan. Setakat ini masih belum ada mana-mana ulama yang dapat menandingi kecemerlangan dan kemasyhuran Tok Kenali.

Setelah sekian lama menabur bakti di jalan Allah s.w.t., maka pada 11 Zulhijah 1325 bersamaan 14 Januari 1908, bertempat di kota Mekah, beliau pulang menyahut panggilan Ilahi. Jenazah beliau kemudiannya dikebumikan di perkuburan Ma抋la, Mekah.

Pemergian Syeikh Ahmad Patani merupakan kehilangan besar bagi masyarakat Islam. Namun peninggalan khazanah ilmunya itu merupakan sesuatu yang paling berharga bagi umat Islam Nusantara.

(Dipetik dari majalah AL ISLAM keluaran Mac 2005)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:36 PM | Show all posts
hmmmm.... baru ku tahu rupanya tok kenali tuh anak murid wan ahmad nih..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2005 09:03 PM | Show all posts
well said mod chumpon, sokong 200%.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:06 PM | Show all posts
mmg ramai tokoh agama kelahiran pattani. astora jabat pun org pattani.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:03 AM | Show all posts

BEBASKAN PATANI...!!!

Mari la CHUMPON & LAXAMANA...kita bergabung tenaga bagi menyedarkan bangsa PATANI supaya bangkit berjuang menentang SIAM. Kita bebaskan "TANAH USANG PUSAKA MOYANG' kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:11 AM | Show all posts
siapakah yang hendak menolong bangsa Melayu Pattani ni???
sedangkan kerajaan malaysia sendiri pun sesama melayu dan beragama Islam tidak mengiktiraf pelarian Melayu Pattani ke Kelantan sebagai pelarian politik???
kalau setakat slogan dan semangat tidak kemana pun bangsa melayu pattani..mereka perlukan sokongan moral dan yang penting material
family mok nik bersepah kat selatan thai tapi apa boleh kita tolong..sekadar bersimpati....
umpama mentimun lawan durian
gabungan semua pihak bangsa melayu di gugusan kepulauan melayu barulah berjaya utk memerdekakan pattani ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.610426 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list