CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21944|Reply: 0

[kompilasi] RESEPI DALAM PANTANG

  [Copy link]
Post time 18-9-2005 12:07 AM | Show all posts |Read mode

(1) Ikan kering kurau masak lada hitam [MAKLANG]

- bwg merah
- lada hitam
- santan
- ikan kering
} semua ni buat cam masak lemak biasa tapi pekat.

(2) Ikan bilis ditumbuk + air limau nipis/cuka + lada hitam

(3) Ikan bilis goreng + bwg + cili

(4) Sayur sawi goreng tumis

SARDIN HALIA [ashra]

1 tin sadin
2 ulas bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih(hiris)
halia (hiris)
air
garam

panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garing
lepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bwang/halia sampai kuning
lepas tu campo air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi..
campo kuah sardin tu sket je

Menu Pantang [hanieliza]


ikan haruan bakar
daging bakar dicicah ngan sos lada hitam
ikan bilis digorengkan garing [mmg buat stok]
kerabu pegaga
masak lemak lada hitam peria
sup lobak putih + ikan bilis [untuk banyak susu badan dn kalsium]
tumis daun kucai + tahu [untuk banyakkan susu badan

kak liza selalunya makan peria dalam pantang..
kak liza buat sayur goreng..tumis bawang merah +| baw. putih ngan lada hitam..pecahkan telur dan masukkan peria..bila dah maasak..makan ngan nasi putih dan ikan bakar..

kak liza suka juga buat sos lada hitam semasa dalam pantang...

bahan
lada hitam
kunyit hidup garam
bawang putih 1 ulas jer..
sikit cuka
garam

semua bahan ni mesin dan gaulkan
simpan dan bila nak makan ....hidangkan jer..
rasa garam..dah mendidih & pekat boleh di angkat

KERABU PEGAGA[hanieliza]


Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

simple kan...

kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah...
memang sedap.....
alamak..citer bab kerabu ni..nampak gaya kena cari pegaga lah ...
nak kerabu..nak kerabu..nak kerabuuuuuu

DAGING BAKAR[hanieliza]


Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

IKAN KERING MASAK HALIA[hanieliza]


Bahan-bahan
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]

Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza]


Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

NASI MENGKUDU[hanieliza]


Bahan-bahan
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam

cara:

1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan

NASI PEGAGA[hanieliza]


Bahan-bahan:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam

cara:
1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.
3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa.

************************************************************

NASI HALIA[hanieliza]


Bahan-bahan
3 cawan beras
4 cawan air
100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai [ketukkan]
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek
2 s/b air rendaman asam gelugor
2 ulas bawang putih ]
sedikit isi cekur ] tumbukkan
garam

Cara
1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.

************************************************************

NASI REMUNI KEDAH[hanieliza]

Bahan-bahan:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 s/k halba
3 sm halia [mayangkan]
garam

Cara:
1. Campurkan semua abhan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.
2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.

resepi saya dlm pantang [jelitadangdut]
...mak yg buat...

anggaran sendiri yer....
ikan merah (ikan yg tak gatal)
bawang merah -
bawang putih -
halia -                  ditumbuk
kunyit hidup -
lada hitam -
serai - ketuk
asam keping
garam secukup rasa

tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa

dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi



Sop Ikan [sapi]


2 biji bawang merah-diblender
5 biji bawang putih-diblender
3 ibu jari halia-diblender(halia kene banyakkan skit supaya hilang angin di badan)
20 biji lada hitam-diblender
3 ekor ikan merah
2 biji tomato dibelah 4.
setitik serai,setitik lemgkuas
daun sop daun bawang(penting ni untuk bau yg sedap..pembuka selera)

Panaskan sesenduk minyak dlm periuk.Bila minyak sudah panas,masukkan bahan bender semuanya.Setelah garing masukkan air putih sebanyak 2 mangkuk besar.Bila kuah mendidih,masukkan ikan tadi.Tunggu sehingga ikan masak ..baru boleh taruk tomato dan daun daun tadi.Jangan lupa bubuh 1 sudu garam dan sedikit serbuk perasa.Setelah 1 minit,tutup api .Dah masak pun.Senang lagi berkhasiat.

Ikan kering tumbuk [tenko]


Ikan selar kering bakar then tumbuk.
Gaul dgn nasi panas

[ Last edited by NoorMasri at 18-9-2005 05:36 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052569 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list