CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 108167|Reply: 28

[kompilasi] MEE DAN MEE SEGERA

  [Copy link]
Post time 20-9-2005 03:38 AM | Show all posts |Read mode
KUE TEAW KERANG [bebeh]

Bahan-bahannya:  

-  Bawang putih
-  3 sudu besar cili kering
-  1 sudu besar kicap pekat
-  1 sudu besar kicap cair
-  1 sudu sos tiram
-  2 sudu cili sos
-  Kerang satu mangkuk
-  Tauge
-  Kucai

Cara Menyediakannya:

1.  Tumis bawang putih, cili giling, bawang besar. Setelah kekuningan,
     masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.

2.  Campurkan kerang dan tauge. Setelah didih, pecahkan satu biji telur dan
     masukkan kue teow. Goreng sampai masak lalu dihidangkan.

Char Keow Teow Goreng Ala Penang [seribulan]

Bahan:
120g koew teow
40g taugeh
10g daun kucai
20g minyak masak
30g udang basah
20g isi kerang
20g sotong basah
1 biji telur
1 sudu kicap hitam (pekat)
1 sudu kicap cair
1 1/2 sudu cili boh
sedikit garam dan lada sulah

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, keow teow dan telur. Masukkan udang, sotong dan isi kerang.
2. Goreng sehingga masak. Campurkan sedikit cili boh, kicap cair dan kicap pekat.
3. Akhir sekali masukkan taugeh bersama daun kucai.

Char Koay Teow [ninoZ]

Bahan:

sepeket Koay Teow
4-5 ulas bawang putih  - cincang halus[bleh taruk byk kalau suka]
2-3 bawang merah - dihiris
cili padi [jika perlu] - dititik
sedikit cili kering - direndam n dikisar [kalau sepeket kuay teow tu agak agak la dlm 2 sudu beso..
kalau suka pedas taruk lagi byk]
Udang dan kerang - ikut suka
Kucai dan Taugeh - ikut suka
Sos Tiram, Sos Ikan, Kicap Pekat - secukup rasa
sedikit minyak bijan
2 biji telur
minyak masak

1. heat oil pastu stir fry udang dan kerang tu agak separuh masak..pastu angkat..
2. salinkan minyak
3. panaskan sedikit minyak campurkan minyak bijan sket [dlm 3 sudubesar]
4. tumiskan bwg putih serta bwg merah, agak dah golden.
5. masukkan cili kisar n tumis till  naik bau
6. masukkan udang dan kerang
7. then masukkan  sos tiram, sos ikan dan kicap pekat.
[kicap pekat jgn byk sangat nanti terlampau hitam,
sos ikan pun kene berhati2 gak ade yg jenis terlampau masin]
secukup rasa n warna..kalau nak buat berkuah..
biar lebih sket seasoningnyer n masukkan skett je air panas [tambah secubit gula utk melengkapkan rasa]
8. then masukkan taugeh, kucai n kuay teow [n cili padi jika perlu]..
9. kacau dgn pantas pastu masukkan telur dan kacau lagi dgn pantas
10.sedia utk dihidangkan..
11.tabur dgn bwg goreng n hirisan daun bwg n hirisan limau nipis..



Penang Char Koay Teow [Jaja_iMaN]

Bahan:
Koay Teow (utk sorang makan)
1 ulas bawang putih (dititik & dicincang halus)
1 ulas bawang merah (dihris)
4 biji cili padi (dititik) atau 2 sudu besar cili kering (dimesin)
Udand & Kerang secukupnya
Kucai dan Taugeh secukupnya
Sos Tiram, Sos Ikan, Kicap Pekat secukupnya utk dapatkan gravy
Minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
1 biji telur

Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan udang/kerang, goreng separuh masak
dan angkat sekali dgn minyak gorengan.
2. Sekali lagi panaskan minyak dan campurkan minyak bijan 1 sudu besar
dan tumis bawang putih dan bawang merah.  
Kemudian masukkan cili padi serta udang/kerang yg digoreng tadi.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap pekat.  
Rasa ikut selera sendiri tapi pastikan berkuah (sebab CKT lebih sedap jika ada gravy).
4. Masukkan taugeh, kucai dan koay teow, kacau sekejap.
5. Akhir sekali pecahkan telur dan kacau.

char kuey teow[soda]

2 biji bawang putih &
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2005 03:39 AM | Show all posts
Beef Kway Teow Goreng [dak_angelz]

BAHAN-BAHAN

150 gm kueteau
200 gm daging (direbus)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cili kisar 1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
Sedikit stok daging
Sedikit sayur-sayuran
Garam & minyak masak

CARA-CARANYA

1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing.
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, daging & stok daging.
4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran, kueteau, bancuhan tepung jagung & telur.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga masak.
6. Angkat & hidangkan.

NOTA: kalau nak hidang taburkan bawang goreng dan sedikit tomato sos....



Kuetiau Ladna [TommyHilfiger]

Bahan2:
600gm kuetiau
300gm udang sedang
300gm sotong
200gm kailan
1/2 biji capsicum
200gm bunga kobis
4 ulas bawang putih - dicincang
5cm halia - dihiris
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu besar tepung jagung - dicampur dgn 1/2 cwn air
1 kiub stok ikan bilis
6 ulas bawang merah - digiling
2 ulas bawang putih - digiling
sedikit lada sulah
5 biji cili padi - dititik

Cara menyediakannya :
-  Perap udang, sotong dgn kicap pekat, lada sulah, minyak bijan & bhn
giling.
-  Panaskan minyak & tumis bwg putih cincang serta halia.
-  Masukkan sotong & udang tadi.  Biarkan hingga mendidih.  Masukkan kicap,
sos tiram, stok ikan bilis & tepung jagung
-  Kemudian masukkan pula sayur2an & kuetiau.
-  Hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang & bawang goreng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:41 AM | Show all posts
Mee bandung [AssamBoi]

air rebusan daging/ ayam
cili boh
bawang putih
telur
sawi
bawang goreng
tomato sos
Tepung jagung

panas kan minyak masukkan 2biji  bawang putih .. lepas tuu masukkan cili boh 2 sudu makan... tunggu seketika sehingga cili boh dah betul2 masak lepas tuu masukkan tomato sos.. kacau seketika dan masukkan air rebusan tadi bila dah mengelegak air rebusan tadi masukkan telur tapi jgn kacau telur tuu biar masak agak-agak dah ok masukkan tepung jagung bagi kuah tak cair... lepas tuu masukkan mee dan daun sawi.. masukkan kan dalam mangkuk taburkan dengan bawang goreng daun sup dan cili..

Selamat Mencuba

Mee Bandung Asli [dewi]
Bahan2 untuk kuah

Cili kering ( blender)  - dlm 3-4 senduk ( nak pedas tambah lagi ler kalau tak kurang kan)
ayam ( potong kecik2)- 1/2 ekor)
udang (buang kulit) - kalau kaya sgt buh ler byk tak der buat rencah sikit pun jadik ler
fish kek ( potong nipis)
fish ball ( potong nipis gak)
keledek ( rebus) 1 kilo
daun sup & bawang
sos tomato. 1 botol kecik
bawang putih & merah untuk menumis
asam keping

bahan2 tabur

Daging ( di rebus pas tu potong nipis2 dan di goreng garam kunyit)
tahu ( goreng pas tu hiris tebal 1 tahu potong jadik 5-6 keping )
daun sup & bawang ( hiris halus)
cili merah ( hiris halus)
bawang goreng
telur rebus ( belah 2)
mee kuning ( celur)
limau nipis ( potong)  sori lupa had nie tadi

Cara buat kuah

Tumis bawang sampai wangi dan tumis cili blender ... sampai wangi.
peh tu masukkan ayam, udang, fish kek & fish ball .  
bahan2 nie sebenar nyer optional ader ayam & udang pun dah cukup.
dan masukkan asam keping dan sos tomato.

(petua : kulit udang yg kita siang tu jgn buang , basuh dan rebus kendian blender kan .
pas tu tapis ambik air nyer)

tunggu sampai bahan yg kita tumis tu bersama2 cili tu semua pecah minyak.
sementara tu belnder keledek yg dah rebus tadi. jgn cair sgt nanti kuah cair tak best. ( jgn ader ketul2 tau)

bila bahan tumisan dah masak masukkan air udang tadi ngan keledek .
tgk ler jgn pekat sgt dan jgn cair sgt. kalau pekat sgt tambah air sikit.
peh tu buh ler garam. rasa kasi cukup rasa masam manis nyer. biar didih seketika.

potong daun sup daun bawang sapanjang 3-4 inci panjang
dan masukkan dlm kuah. dah siap.

cara hidang:

buh mee dlm pinggan . buh tahu 2 keping, daging 2 keping , telur rebus sebelah.
tabur daun sup & bawang, cili & bawang goreng.  peh tu tuang kuah kat atas

Mee Bandung Muar [rodriguez]

Bahan bahan:

1/2kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2kati sawi
1kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1cawan udang kering (mesin halus)
2cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4ulas bawang merah (mesin)
2ulas bawang putih (mesin)
daun sup
daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bahan2 utk Sup:
1/2kati tulang lemb* (direbus-simpan airnya
1sudu jintan manis (dimesin)
11/2sudu jintan putih (dimesin)
4ulas bawang merah (dimesin)
1ulas bawang putih (dimesin)
1inci halia (dimesin)
daun sup & daun bawang
1kuntum bunga lawang (penumis)
1kuntum cengkih (penumis)
1batang kulit kayu manis (penumis)
1biji buah pelaga (penumis)

Cara buat sup tulang (A) :
Tumis bhn penumis hingga wangi
kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya.
Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee (B) :
panaskan kuali.
Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
Bubuhkan 1/2cawan air rebusan daging.
biar seketika,
tambahkan garam & sedikit gula.
kemudian masukkan isi kerang & daging.
tambahkan sedikit air rebusan daging.
Biar hingga masak. ketepikan.

Cara nak makan mee (C) :
Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
Kemudian masukkan mee kuning,sawi,daun sup & daun bawang &
pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.
* seeloknya bila nak makan baru kita buat step (C) ni
sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.

MI MAGGI BANDUNG ALA BAMBU[putubambu]


Bahan2nya
1.  Sebungkus Mee Maggi.. sebaiknya perisa kari.. perisa lain tak sodap..
2.  Cili kisar (biasanya cili kering) dalam 2 sudu besar
3.  Bawang putih - dihiris halus ataupun ditumbuk halus
4.  Sawi atau Kobis - sedikit jer buat perencah
5.  Telur sebiji (yg ni ikut sukalah..kalau nak bubuh lebih pun boleh)
6.  Air dalam 2-3 cawan (ikut byk mana kuah yg anda hendak)
7.  Cili sos dalam 2 sudu besar
8.  Sedikit minyak masak dlm 3 sudu besar
9.  Sedikit bawang goreng & cili merah dihiris halus utk hiasan

Cara2 membuatnya:
1.  Tumis bawang putih sehingga kuning
2.  Masukkan cili kisar tadi dan tumis lagi dlm 3-5 minit
3.  Bubuh air dalam tumisan tadi... biar sehingga mendidih
4.  Bila dah mendidih, boleh ler bubuh perencah kari Maggi tu tadi..kacau
     lagi sehingga sebati
5.  bubuh sos cili tadi.. dan kacau lagi
7.  Masukkan 1 biji telur tadi.. biar telur masak sedikit (ikut suka nak keras ker
     lembik ker)
8.  Masukkan sayuran tadi dan kepingan Mee Maggi tadi serentak
9.  Bila Maggi tadi dah agak2 masak (jgn lama sangat nanti Maggi tu lembik)
     angkat dan hidangkan.
10. Hidangkan dengan sedikit bawang goreng & cili merah yg dihiris tadi.

Mee Bandung Simple [hanieliza]


Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
200 gm daging ayam (dipotong kecil)
300 gm udang
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 8)
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang,  sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan

Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tomato  ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah panas hingga penuh.
Bubuhkan telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun bawang & bawang goreng.


Mi Bandung Pedas [chempaka_ku]

Bahan:
400g mi kuning
4 ulas bawang putih, dicincang halus
5 ulas bawang merah, dicincang halus
2 sudu teh cili boh (atau cili kering kisar fresh lagi bagus)
2 sudu teh sos cili
1 sudu teh kacang tanah, dihancurkan (i used peanut butter )

Bahan lain:
150g ayam, dipotong halus
150g udang
100g sotong
50g sawi
50g taugeh
1 mangkuk stok ayam
note:  skip mana-mana ingredients yang tak suka or tak ada

Cara masak:
1.  Tumis bawang putih dan merah.
2.  Masukkan kacang tanah, cili boh dan sos cili.  Gaul hingga sebati.
3.  Selepas itu, masukkan ayam, udang, sotong (kalau pakai semua) dan stok ayam.  Biarkan ia mendidih untuk seketika.
4.  Akhir sekali, masukkan mi kuning, sawi dan taugeh.  Kacau rata.  Sedia untuk dihidangkan

Kalau lama lagi nak makan, part no. 4 tu dibuat sebaiknya sebelum makan supaya mee dan sayuran nampak fresh.


Mii bandung @ mi kuah mamak india [roz]

1 kg Mee Kuning
Telor (utk buat telor mata lembu(bulleye)
Isu Udang (goreng di-kuali tanpa minyak dan tepikan)
3/4 biji telor (goreng scramble)
$2/- daging (rebus dan potong slice2) Air-nya di-simpan
Sayor sawi dan Kobes (potong2 3 inchi panjang)
Sayor campor (mix vegetable)
Cili tumisan (cili boh campor bawang dan ketumbar jintan)
Sos Cili Maggi

Cara-nya:

1) Taroh sedikit minyak. Masokkan 1 tbsp cili tumisan
    dan Cili sos.
2) Tuangkan dua senduk air daging.
3) Masokkan sawi, kobes, udang daging, telor scramble.
4) Bila kuah sedang medidih, pecahkan telor (masak mata lembu)
5) Kemudian mee kuning dan mix vege dan garam. Agak 5min angkat dari   
    kuali.
NB:  Garam jgn banyak kerana mee dah masin)

Siap di-hidang. Boleh buboh bawang goreng di-atas utk pelengkap.


Mee bandung [buncis]

bungkus mee kuning
daging (rebus)
udang
2 keping tahu
2 bijik tomato
gula melaka
lobak
2 biji telur
sawi
kacang tanah (tumbuk halus)
perencah mee bandung muor (satu senduk)
bawang putih
bawang merah
cili kering (ikut kalo suka pedas letak banyak)

cara2
1.rebus daging tu bior empuk.air daging tu yg penting
2,tumis bawang putih + bwg merah + lada kering
3.masukkan air daging tadi dgn dagin sekali
4. masukkan udang
5.masukkan perencah mee bandung
6.biler dah gelegak masukkan tahu
7.masukkan kacang tanah ngna gula melaka(gula pasir pun boleh),masukkan telur
8.letak garam
10.me kuning,sawi,and lobak celur


Mee Bandung Asli [AngsaMerah]

Bahan2 untuk kuah

Cili kering ( blender)  - dlm 3-4 senduk ( nak pedas tambah lagi ler kalau tak kurang kan)
ayam ( potong kecik2)- 1/2 ekor)
udang (buang kulit) -
keledek ( rebus) 1 kilo
daun sup & bawang
sos tomato. 1 botol kecik
bawang putih & merah untuk menumis
asam keping

bahan2 tabur

Daging ( di rebus pas tu potong nipis2 dan di goreng garam kunyit)
tahu ( goreng pas tu hiris tebal 1 tahu potong jadik 5-6 keping )
daun sup & bawang ( hiris halus)
cili merah ( hiris halus)
bawang goreng
telur rebus ( belah 2)
mee kuning ( celur)
limau nipis ( potong)  

Cara buat kuah
Tumis bawang sampai wangi dan tumis cili blender ... sampai wangi.
masukkan ayam, asam keping dan sos tomato.
(petua : kulit udang yg kita siang tu jgn buang , basuh dan rebus & blender kan .
pas tu tapis ambik air nyer)
tunggu sampai bahan yg kita tumis tu bersama2 cili tu semua pecah minyak.
sementara tu blender keledek yg dah rebus tadi. jgn cair sgt nanti kuah cair tak best. ( jgn ader ketul2 tau)
bila bahan tumisan dah masak masukkan air udang tadi ngan keledek .
Pastikan kuahnya tak terlalu pekat atau terlalu cair
Masukkan garam- rasa kasi cukup rasa masam manis nyer. biar didih seketika

MEE BANDUNG [Cranko21]



1 kg Mee Kuning

Bahan2 A
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:42 AM | Show all posts
Mee Jawa Bonda [NinoZ]

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah:
Sedikit Udang Kering
Segenggam kacang tanah (disangan)
Cili padi (mengikut selera masing2)
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
2 biji kentang (direbus hingga empuk)
2 biji keledek (direbus hingga empuk)
Air rebusan daging

Bahan Untuk Kuih:
Tepung gandum
100g udang sederhana besar
Daun kucai
Daun bawang
1 sudu mauripan
Telur (dipukul hingga kembang)

Cara-cara :

Cara membuat Kuah:
1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
6. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
7. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
9. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan:
1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

Apabila telah siap, mee bolehlah diletak di dalam mangkuk berserta kuah, Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, daun sup, tauge, serbuk udang kering, cili hiris dan kuih yang telah dipotong-potong.

Mee Jawa [CoKeLat-RaWkZ]

1 kg yellow noodles
1 kg medium prawns
500g sweet potatoes - mashed
50 g gula melaka
2-3 heap tbsp cornstarch
1/2 cup oil
salt & pepper
2.5 l water
To make herb paste, blend or pound:
3 stalks lemon grass
6 shallots
4 pips garlic
4 cm ginger
4 cm galangal
5 red chillies
Heat oil and fry the paste till fragrant.
Add prawn stock, simmer and bring to a boil.
Stir in the mashed potatoes and thicken with the cornstarch
and season with sugar and salt and pepper.

Serve with fried tofu, slices of hard boiled egg,
prawns, beansprouts, potatoes and a squeeze of lime juice.

To make prawn stock:

Bring 2.5 litre water to a boil and pour in the prawns.
When prawns are cooked, dish them out.
Shell the prawns and keep aside for the noodles.
Return the prawn shells to the pot to make prawn stock.
Continue boiling the stock for another 30 minutes.
Discard the shells.

Mee Jawa Istimewa [ninoZ]

Bahan-bahan :
300 gm mee
2 biji ubi keledek
絢ati udang basah
2 sudu tepung ubi
1 sudu besar chili boh
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
2 cm halia, 2 cm lengkuas
1 btg serai
sawi & taugeh
garam & minyak ikut rasa
tahu digoreng dan dihiris memanjang
2-3 biji limau sambal

Cara-cara :
Ubi & udang direbus berasingan dan ditumbuk halus kedua-duanya.
Bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas dikisar halus.
Tumis bahan yg dikisar tadi dan masukkan air serta ubi keledek dan udang.
Masukkan tepung ubi, serai yg dititik serta gula & garam mengikut rasa.
Taugeh,sawi & mee dicelur & hidangkan bersama tahu
dan tuangkan kuah yg sudah dimasak keatasnya.
Perahkan sedikit limau sambal ikut selera anda


Mee Jawa II [ninoZ]

Ingredients :

1kg yellow noodles
1kg medium prawns
500g sweet potatoes, mashed
50g gula melaka
2-3 heaped tbsp cornstarch
1/2 cup oil
salt and pepper
2.5 l water

Herb paste (blend or pound):
3 stalks lemon grass
6 shallots
4 pips garlic
4 cm ginger
4 cm galangal
5 red chillies

Method
Heat oil and fry the paste till fragrant.add prawn stock,
simmer and bring to a boil.
Stir in the mashed potatoes and thicken with the cornstarch
and season with sugar and salt and pepper.
Serve with fried tofu, slices of hard boiled egg, prawns, beansprouts, potatoes
and a squeeze of lime juice.

To make prawn stock:
Bring 2.5 litre water to a boil and pour in the prawns.
When prawns are cooked, dish them out.
Shell the prawns and keep aside for the noodles.
Return the prawn shells to the pot to make prawn stock.
Continue boiling the stock for another 30 minutes.
Discard the shells.

Mee Jawa [shinchan]

bwg merah     )
bwg besar     )
bwg putih     )
halia         )  blend
cili kering   )
udang kering  )
ubi keledek / ubi kentang direbus

cara2 :
1. tumis bahan2 yg di blend dlm periuk hingga wangi & garing
2. sambil tu blend plak keledek/kentang yang direbus tadi.
3. Tuang la blended keledek/kentang dalam periuk.
4. Tambah air sket (shinchan tak suka pekat sangat)
5. Tambah garam & gula secukup rasa....
6. If guna kentang taruk la gula lebih sket sbb dia tak manis mcm keledek.
7. dah siap....
8. tuangla atas mee & accesories nya...

accesories mee jawa :
ikut suka la...telur rebus, tahu goreng, sawi celur,
lada besar, taugeh, daun sup, bwg goreng. bla..bla..bla...

kalau taruk tepung goreng, jadila mee rebus!

pas tu kalau dalam kuah & accesories letak udang basah, jadila mee udang plak!


MEE JAWA [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih  ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai           ] mesin halus
Sedikit halia               ]
sedikit lengkuas         ]
230 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 04:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:43 AM | Show all posts
Mee gGreng Kicap Manis [Banduri Othman]
(Utk hidangan 4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:46 AM | Show all posts
Mee Kari [amdude]

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari
2 sudu besar cili boh
1 ekor ayam
8 cawan santan dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa
Mee kuning dicelur
Tauge dicelur
Isi ayam disiat-siat
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Tauhu kering
Bebola ayam
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Cili merah

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis bahan-bahan kisar, rempah kari dan cili hingga wangi.
3. Masukkan ayam, santan dan garam.
Masak hingga daging ayam empuk.
Apabila ayam empuk keluarkan dan siat-siat isi ayam.
4. Bubuh mee ke dalam mangkuk.
Letakkan tauge, isi ayam, tauhu goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng,
telur rebus, cili hijau dan cili merah.

MEE KARI hanieliza



Bahan
1 kg mee kuning  [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


MEE KARI [Noormasri]



Bahan-bahan:

1 kg mee kuning } dicelur
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2005 03:48 AM | Show all posts
Sizzling Yee Mee [ninoz]

Bahan-Bahan:

Yee Mee
Filet Ayam - dihiris kecil
Carrot - dihiris mcm matchstick atau hiris nipis bentuk bunga
baby kailan/sawi hongkong/baby pakchoy - hiris memanjang kepada 2 bhg
cendawan cina - direndam hingga kembang [bleh dimasak bersama kuah sekali gus
atau dicelur kejap n simpan rebusannya dan campur bersama kuah]
telur
bawang putih-cincang agak halus
minyak bijan + minyak masak

Bahan kuah:
halia - amik jusnya atau dicincang halus
sedikit plum sos [optional]
sos tiram
kicap cair
kicap pekat
garam gula secukup rasa
lada hitam kisar
stok rebusan ayam
tepung jagung
minyak bijan+minyak masak

bahan garnish:
daun bwg - hiris
bwg goreng
lada sulah
cili jeruk hijau
hirisan cili merah/padi bersama kicap cair

Cara Membuatnya:

ade 2 cara menyediakan mee..
samada guna terus camtu aje atau dilemb*tkan terlebih dahulu
kalau naklembutkan - celur kejappp je dlm air panas kemudian toskan then gaul dgn sedikit minyak bijan

Kuahnyer plak:
1. panaskan minyak..kemudian masukkan halia n lada hitam..tumis hingga wangi..
2. kemudian masukkan semua jenis sos tu bersama dgn stok ayam
[masukkan air rebusan cendawan tu sket or masukkan je cendawan sekaligus]..
3..perisakan garam gula secukup rasa..masak bior  merenih sebentar n mesra sket bahan2nya
4. pekatkan dgn bancuhan tepung jagung...set aside

panaskan hotplate hingga betul2 pijar..
masukkan minyak sket[kalau takde minyak, hidangan ni takkan sizzle bila kita masukkan kuah]..
then sedikit bwg putih cincang then hirisan ayam [kejappp je dia akan masak/garing]
pastu terus letakkan mee n sayuran..then tuangkan kuah
pecahkan telur di atasnya..biar kejap then pindahkan ke atas lapik kayu
[tabur la dgn sedikit hirisan daun bwg, bwg goreng n lada sulah]
hidangkan panas2 bersama cili hijau jeruk n cili merah/padi hiris bersama kicap cair
makan panas2.

Variasi:
kalau nak lagi mudah..
tumis je bawang putih semasa nak buat kuah
masukkan sekali hirisan ayam ke dalam kuah..
kalau kita tumis bwg putih tu dlm hotplate..bau dia akan lebih mengancam

cili hijau jeruk tu sila buat sehari dua lebih awal..baru sedap

yee mee tu ade dua jenis..satu yg agak halus n nampak bergoreng[kaler dark brown]..
satu lagu beso sket saiznya n warna kuning cerah..
yg beso sket tu elok kita celur dulu..
yg bergoreng tu elok digunakan terus begitu sahaja
boleh jugak kalau nak gunakan ape saja mee pilihan anda




Sizzling Yee Mee [dilaOhdila]


Bahan A
4 keping yee mee
4 biji telor
150 gm sawi (ni dila main agakgak aje)
2 biji cili merah (hiris)
2 sudu besar kicap cayaq
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam nak bagi pedas sikit)
1 sudu kecil minyak bijan) tak taruk pun tak per kut
1 sudu besar sos worchestershire
1 kiub ayam

Bahan B (kuah)
1 ekor ayam / peha
60 gm cendawan butang (rendam ngan sikit garam biaq kembang)
2 ulas bawang putig (cincang)
2 cm halia (hiris)
1 pokok kelapa (acah aje....1 pokok daun bawang)
sedikit minyak
sedikit tepong jagung (nak bag kuah tu pekat)
dilla tambah sikit lada sulah...

Cara
1) panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih.
2) masukkan ayam dan cendawan. masak selama 10 minit then masukkan daun bawang.
3) masukkan kiub ayam, kicap cair, sos tiram, icap pekat, lada hitam, minyak bijan dan sos W'tershire tuh. angkat setelah masak kuahnya.
4) Masukkan yee me telur & sawi. kedalam pinggan. Tuang kuah yang dah maak tu atas yee mee.
P/s : dilla tak dek hot plate so dilla siapkan yee mee tu atas pinggang.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-11-2006 05:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:49 AM | Show all posts
Mee Kolok [Baniduri Othman]

Cara2 membuatnya:-

1.  Mee kolok dicelur dlm air panas hingga mee masak.
Toskan & celur dlm air sejuk kemudian dicelur dlm air panas semula & toskan.
Dlm sebuah masuk besar,
campur kesemua bahan2 utk mee hingga sebati kecuali lobak masin, daging or daging ayam, sayur sawi & taugeh.
Kemudian baru masukkan mee.

2.   Mee kolok yg dah digaul di garnish dgn lobak masin, daging or daging ayam, sayur sawi & taugeh.
Hidangkan bersama sup & sos.

*** Utk sup, boleh dimodify dgn ditambah bawang merah, bawang putih & halia spt ordinary sup.

Bahan2 utk mee

1 sudu besar cooked vegetable oil
1 sudu besar kicap
sedikit ajinomoto & gula to taste
1 sudu kecil lobak masin yg dipotong halus (salted radish)
150 gm mee kolok (sejenis mee yg mungkin hanya terdpt di Swak)
50 gm isi daging atau daging ayam yg telah dimasak terlebih dulu (dipotong halus)
sedikit bawang merah/bawang putih yg telah digoreng
1 sudu kecil cuka
Sedikit sayur daun sawi & taugeh yg telah dicelur dgn air panas

Bahan2 utk sup

Sedikit rempah tumis
Tulang ayam atau lemb*
Daun sup & daun bawang yg dihiris
Garam & ajinomoto to taste

Bahan2 utk sos

Cili padi & bawang putih yg telah ditumbuk lumat
Cuka, gula & kicap (you can omit ketchup from the sauce)



Mee Kolok & Mee Sapi[muntz]

Aku rasa ramai gak yang penah dengar mee kolok dan mee sapi.
Tak kurang jugak ramai yg tak penah dengar.
Mee Kolok dan Mee Sapi sebenarnya makanan tradisional org Sarawak tak kira org Melayu, Cina, Iban dll.
Basically, mee kolok & mee sapi nie dimakan oleh org Melayu dan Cina di Sarawak.
Mee Kolok & Mee Sapi ialah dua mee berbeza..
ramai yg ingat sama, tapi sebenarnya berbeza!
Mee Kolok ialah mi kolok yang ditaruk cebisan daging ayam dan tak bersup.
Mee Sapi pulak mi kolok yang ditaruk cebisan daging lemb* dan perut sapi.
Biasanya mee sapi berkuah sup. Dua-dua tetap mi kolok, tapi cara penyediaannya berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2005 03:51 AM | Show all posts


proses gelek menggelek sehingga hasilnya licin



mee yg belum dicelur



mee selepas dicelur


MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

Mee Kuning buatan sendiri[ninoZ]

600gm tepung gandum
1 1/2 tsp garam
6 tbsp minyak masak
1 tbsp air abu [alkaline water]
1 cawan air
garam
air utk mencelur
extra tepung utk taburan

ayak tepung ke dalam mangkuk adunan n masukkan garam.
buat lubang kat tgh2nya n tuangkan air+ air abu
gaul rata hingga jadi doh yg kental..
uli doh sampai betul betul sebati
[kalau rajin bior lama sket [ kalau guna food processor or mixer tak secantik uli dgn tgn
sebab those machine guna teknik cut thru n mix]

tabur tepung sket pas tu canai tepung slowly hingga jadik bentuk segi4,
kemudian potong memanjang kepada beberapa bahagian
sediakan noodle machine..
gelekkan mee melalui mesin mi tu start from yg paling tebal hingga lah agak agak
ketebalan mee yg kita nak beberapa kali [to ensure keanjalan mee]..
then bleh lalukan thru mesin memotong doh menjadi juraian mee..
buat hingga habis doh
sediakan air utk mencelur..masukkan garam sket ke dlm air yg direbus plus 2 tbsp minyak.
celur kejap je.. dlm 3-4 minit pastu toskan..
masukkan ke dlm bekas besar n gaulkan dgn balance minyak masak tadi hingga rata..
pastu leh pack mee tu dlm bekas kecil n simpan dlm peti sejuk
siappp!!

Variasi:
kalau nak kaler kuning..leh tambah serbuk kunyit sket kat tepung tu

kalau nak buat mee wantan lak..
resepi sama je tapi tambahkan 6  biji telur n omit minyak
pecahkan telur pastu kacau sket bagi yolks tu rata..tapi jgn pukul..
then campurkan dgn air + air abu..
kacau rata pastu buat mee mcm biasa..
tapi utk nak tabur tu..gunakan tepung ubi
lepas gelek jadi juraian pun dust dgn tepung ubi supaya tak melekat..
tak payah celur..leh terus simpan dlm peti sejuk/freezer
mee wantan lebih halus dari mee kuning..
guna resepi yg sama gak utk buat kulit wantan..
mee wantan yg hijau tu..
masa nak uli campurkan daun bayam yg dah dicelur n cincang/tumbuk halus halus[jgn berair..nanti adunan lembik]

[ Last edited by  NoorMasri at 10-1-2007 05:30 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:51 AM | Show all posts
Mee Rebus Johor [ninoz]

3 batang serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik
500 gm tetel- nak rebus dulu pun bleh gak  
[nak lagi best guna tulang rusuk..tapi kene lebih dari 500g]
250 g udang [guna udang kering pun ok gak..tapi tumbuk halus]
1 cawan kacang tanah - sangrai n kisar halus
7 tbsp tauco - tumbuk sket biar hancur
10 cawan air
garam gula secukup rasa
300g ubi keledek - direbus n lecek [me selalunyer lepas kupas..
blend terus dgn air n biar je merenih dgn kuah sampai sebati..tak rebus dulu]
minyak utk menumis

bahan kisar:
2tbsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
20 cili kering - seeded n rendam air panas..pastu toskan
3 bawang besar
5 bawang putih

mee kuning - dicelur sket
taugeh
daun sup/ bawang - hiris halus
cili hijau - hiris
tauhu goreng - potong kecil2
bawang goreng
telur rebus
limau kesturi

panaskan minyak pastu tumis bahan kisar plus serai n lengkuas till naik bau..
masukkan daging  n udang
masukkan kacang tanah, tauco..masak kejap pastu tambah air
perisakan garam gula secukup rasa
masukkan ubi keledek yg dah dilecek..masak sampai pekat n daging empuk
kuah siap..
hidangkan bersama mee kuning n bahan tabur

kalau takmo guna keledek..guna tepung gandum pun bleh gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:52 AM | Show all posts
Mee Siam [TommyHilfiger]

Bahan2:
600gm udang - dibuang kulit
10 tangkai cili kering - digiling
5cm belacan - digiling
8 ulas bawang merah - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
3 sudu besar taucu
300gm tauge
150gm kucai
450gm bihun
2 camt kicap manis
3 sudu besar minyak
2 keping tauhu - potong kecil
1/2 cawan santan

Utk Hiasan:
3 biji cili hidup
5 biji limau kasturi
2 biji telur didadar nipis & dipotong halus

Cara menyediakannya:
-  Tumis bhn2 yg digiling & masukkan udang bila dah wangi.
-  Masukkan tauhu & kemudian taucu.
-  Masukkan santan & kicap.  Bila bhn tadi garing & mendidih, masukkan
bihun.  Masukkan garam & kacau hingga masak.
-  Sebelum diangkat, masukkan tauge & kucai.  Kacau rata.
-  Hidangkan dgn bhn hiasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:57 AM | Show all posts
BAKSO atau MEE BAKSO [hanieliza]



bahan
500 gm tulang lembu
200 gm  lemak muda atau tetal
300 gm daging [kisar]
5 s/b tepung jagung
2 kiub pati daging
1 bungkus rempah sup bunjut
sos cili kicap
daun sup & daun bawang [hiris]
hirisan kobis
500 gm mee kubing [celurkan]
air secukup
garam
10 ulas bawang merah [mayang nipis]
Minyak

Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam[kisar]
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Bersihkan tetel/lemak muda dan tulang lembu dan rebuskan bersama bahan tumbuk dan rempah sup bunjut sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk buat bawang goreng.
3. Masukkan bawang goreng kedalam periuk sup dan renehkan sehingga lembut.
4. Daging kisar tadi di gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam dan bulat2kan. Sekiranya lembek bolehlah tambahkan tapung jagung.
5. Bila kuah tulang telah mendideh masukkan bebola daging dan rebuskan sehingga masak.
6. Untuk menghidangkan, ambil mee kuning dan daun sup & daun bawang, hirisan daun kobis dan sos cili kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atas mee.

mi bakso [cranko21]

Bahan Untuk Bakso (bebola daging):
1 kg daging cincang
250 gram tepung kanji/sagu
1 sdt baking soda
3 butir telor
3 sdm bawang goreng
8 ulas bawang putih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 03:58 AM | Show all posts
MEAT BALLS & VERMICELLI SOUP [NoorMasri]

3 bundles chinese vermicelli (mee sua)
2 small onion (sliced)
1 stalk spring onions (chopped)
1 1/2 tsp salt
1 tsp light soya sauce
4 cups stock
1 Tbs cooking oil
dash of pepper

meat ball ingredients

8 oz meat (minced)
1/2 tsp salt
1 tsp light soya sauce
2 tsp tapioca flour

1. Mix well all meat ball ingredients. Form into small balls. Leave aside
2. Plunge vermicelli in boiling water and simmer for 1 min. remove and drain. Leave aside
3. Heat cooking oil in pan. Fry onions until slightly brown
4. Pour in stock and bring to the boil. Add in meat balls, salt, soya sauce dan pepper
5. Put in vermicelli and cook over low heat for another 2-3 mins.
6. Dish up and serve hot.

MEE HOON SUP BEBOLA DAGING [NoorMasri]


Bahan utk bebola daging:

600g daging cincang
70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
50 g tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar serbuk lada sulah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 04:00 AM | Show all posts
BEE HOON SINGAPORE STYLE/BEE HOON PUTIH [cranko21]

Bahan2:
1 kilo Bee Hoon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 04:04 AM | Show all posts
mee hailam [mrs_livingstone]

bahan:
*mee kuning/spagetti
*bawang merah+putih+besar+cili kering= kisar
*2 kiub pati ayam knor
*1 sudu kicap manis
*1 sudu kicap masin
*2 sudu sos ikan (optional)
*2 sudu sos tiram
*1 sudu sos tomato
*1 sudu sos cili
*2 sudu tepung jagung dibancuh ngan air
*daging/udang/ayam/sotong(ikut suka)
*sayur(ikut suka tp selalunya kobis n bunga carrot...sawi...)
*air(masukkan secawan demi secawan dan rasa dulu kalau masin tambah air,kalau tawar tambah ler sos ikan atau sos tiram)

kalau ada kicap pekat dan kicap cair ok gak...bole le tambah
cara:
*tumis bawang hingga naik bau
*campak segala sos dan kicap
*masukkan lauk
*masukkan sayur
*masukkan air
*masukkan bancuhan tepung jagung
*masuk mee

saya nih kalau masak tak amik kira pasal  sukatan...he he he...saya campakkkk aje....

MEE HAILAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gmisi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup        ]
3 batang daun bawang  ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Mi hailam sempoi [Jonah]


Pakai bwg putih 1 labu tu, ketuk2 je - tumis, then masuk ayam, udang, sotong, segalanya, cili padi.

Buh sos tiram, kicap masin, bancuhan tepung jagung - pemekat.

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 05:44 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 04:08 AM | Show all posts
Fishball Noodles [ninoZ]

soup:
ikan bilis[byk2] direbus dgn sedikit hirisan halia n bawang putih
tapis n ketepikan..

kuayteow basah/or any noodle pilihan - dicelur
pelbagai jenis fishballs
sedikit sotong
sedikit udang
carrot -  julliene
daun sawi/kailan
garam gula secukup rasa
lada sulah
bawang putih yg saute garing dgn sedikit minyak bijan

1. panaskan sup..masukkan sotong udang n fishball..
2. bior gelegak then masukkan carrot n sawi..perisakan garam gula secukup rasa
3. hidang panas2 n taburkan bawang putih goreng berserta minyak bijan n sprinkle lada sulah..
4. curahkan pada kuayteow yg dlm mangkuk individu
5. hidang bersama cili hijau jeruk

variasi:
boleh pecahkan telur bila dah nak angkat tu.. jika suka la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2005 05:32 AM | Show all posts
Yee Mee Kicap [Paja]

Mee Yee Mee (3 ketul .. depending on how many people's eating)
ayam (potong kecik2)
Halia (2cm potong nipis)
bawang putih (2, ketuk)
cili kering (2 jurai, potong kecik2)
cendawan butang (potong 2)
kicap manis
soya sauce
telur (sejibik)
sawi (2,3 tangkai)

cara:

1) celur yee mee
2) tumis halia, bawang putih, cili kering
3) masukkan ayam, cendawan butang
4) masukkan kicap, soya sauce
5) tambah air dalam 1 cawan. pastu pecahkan telur .. gaulkan rata. masukkan sawi.
6) masukkan yee mee yang dah dicelur. gaul sebati ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 05:33 AM | Show all posts
Mee Hoon ikan kering [DARSITA]

Bahan:-
Mee Hoon
Cedawan kering satu mangkuk rendam dan potong memanjang.
daging ikan kering (ikan kurau) potong panjang panjang dan goreng garing.
bawang putih
kicap cair
udang basah.

Cara cara:-
Goreng bawang putih dengan minyak (tiga sudu besar).
Masukkan cedawan yang telah di potong halus, biarkan sehingga baunya naik.
Lepas tu masukkan meehoon, minyak bijan, kicap soya cair
(jgn banyak ..sekadar beberapa titik)
lepas tu masukkan gula sedikit (kalau tak makan ajinomoto) garam dan lada sulah (serbuk).
Kacau rata.
Last masukkan udang basah yang telah di buang kulitnya.
Bila sudah masak taburkan isi ikan kurau tadi rata rata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 05:36 AM | Show all posts
Murtabak Maggi [insignia]

maggi
bawang
telur


kena tumis dulu perencahnya+bawang dan lain2.....
ketepikan dan pecahkan telur 1 biji( 1 bungkus 1 biji telur) dalam mangkuk....
masukkan kesemua bhn tersebut......
dan masukkan maggie yg ditoskan....
apa lagi gereng ler beb.......

MURTABAK MAGGIE [LIPAN BARA]


Ini spesel menu dari aku, kalu korang nak cuba leh gak
senang je reispi dia,
bahan dia maggie ngan kulit popia
masak maggie cam biasa,
sampai kering kuah dia
lepas tu taruk atas kulit popia  
kasi balut dan terus makan


Murtabak Maggi [cheq-sue]

bahan asas:
- telur
- maggi (biasanya perasa kari

kalau nak complete sikit.....

tambahlah:
- cili merah
- bawang merah
- daun bawang
- ayam/daging/udang (potong dadu/cincang)

cara buat:
- maggi direndam ngan air panas dan toskan

pastu...
pukul telur dan masukkan bahan-bahan spt
bawang, cili, daun bawang, daging dan perasa maggi

akhir sekali masukkan maggi yang telah ditoskan, gaul

dan goreng dalam kuali, letak sedikit minyak.
goreng jer macam nak goreng telur dadar.

dah siap. potong & hidang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 05:36 AM | Show all posts


Kueh Teow Kung Fu [sweetgal]

bahan:
A)                                                                        
200g kueh teow
2 biji telur
garam
lada putih

B)
bawang putih(cincang)
1/2 s/k  minyak bijan
udang, sotong, lobak, kailan
1sudu besar sos tiram
sedikit kiub ayam
1 s/b tepung jagung
garam
lada putih

cara:
1)campurkan semua bahan2 A dan goreng dengan sedikit minyak. masukkan dalam pinggan
2) untuk kuah. tumis bawang hingga garing. masukkan sos tiram.
3) masukkan udang,sotong. boleh juga tambah ayam atau bahan2 lain.
4) masukkan kiub ayam. masukkan lobak dan kailan. tuang tepung jagung yg dah dibancuh dgn air.
5) masukkan garam, lada putih, minyak bijan.
6) tuang atas kueh teow yg dah digoreng tadi.

Mee Kungfu..[ninoZ]

kuah dia lebih kurang cam kuah ladna je..

mee utk mee kungfu ni ade mcm2 pesen..

ade yg gunakan mee kuning yg dicelur camtu aje
ade yg mee kuning dibungkus dgn telur ala2 patayya
ade yg guna yee mee
ade yg guna mee telur..

kuah nya simple aje :

isi ayam atau seafood
garlic
stok
sayuran [kailan, hirisan cili, carrot, badik jagung, cendawan dlll]
tepung jagung
lada sulah
minyak bijan
telur[optional]

tumis garlic, then masukkan isi ayam/seafood then masukkan stok..biar renih kejap then masukkan sayuran n tepung jagung n lada sulah
dekat2 nak mendidih..bleh pecahkan telur..then tutup api
eh lupalak..perisakan garam gula secukup rasa

pastu curah je atas mee
siapp!

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 06:01 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071278 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list