CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
 Author| Post time 17-10-2006 01:38 PM | Show all posts
UNTUNG

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..

Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?

Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...

Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?

Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..

Pemberita: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???

Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2006 01:45 PM | Show all posts

Reply #701 atokkl's post

bangang..... :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 11:42 AM | Show all posts
Disko XYZ

Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.
"Bini aku dah berlaku curang terhadapku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah. dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?".

"Bertenang", kata si teman. "Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 11:43 AM | Show all posts
Kemalangan

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....

[ Last edited by  atokkl at 18-10-2006 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 11:44 AM | Show all posts
Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

[ Last edited by  atokkl at 18-10-2006 11:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 11:52 AM | Show all posts

Lawak Bonus :

Pada suatu hari tiga orang pemuda yang tamak, Ali,Abu dan Acu telah dijemput oleh raja menghadiri majlis hari jadi baginda. Lalu ketiga-tiga berasa gembira dan mula memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan nanti untuk membodek raja, maklumlah, kalau hadiahnya bagus tentu raja akan memberi balasan yang lebih besar. Akhirnya ketiga-tiga mereka membuat keputusan untuk memberikan raja buah-buahan tempatan. Benda tu kan murah, balasannya nanti mahal, tentu untung besar kita.

Bila tiba harinya, ramailah orang hadir di istana, termasuk wakil dari negara-negara jiran. Semasa waktu penyerahan hadiah, raja pun duduk diatas tahtanya sambil menerima barangan yang diberikan. Kesemua wakil dari negara jiran menyumbang emas, perak dan permata yang mahal2. Pembesar negeri dan orang kenamaan juga berikan hadiah yang tak kalah mahalnya. Bila sampai turn si Ali, dia pun membawa buah rambai didalam dulang sambil ditutup ngan kain. Bila sampai depan baginda, beliau pun membuka kain tersebut, alangkah terperanjatnya baginda. Baginda diam, muka beransur ansur bertukar color kepada merah, mata tak berkelip merenung Ali, mulut teketar-ketar seperti ingin mengeluarkan sesuatu, tiba-tiba, raja bertitah,

"Tangkap orang ini, dan sumbatkan hadiah buah rambai ke dalam bontot dia "

Apa lagi meraung raung lah Ali kena pegang oleh beberapa orang pengawal sambil disumbat rambai kedalam bontotnya.

Sampai turn Abu, kerana dia tak tau apa yang berlaku terhadap Ali, dengan bangganya membawa masuk hadiah buah rambutan. Apa lagi, sama jugak le hukumannya. Si Abu pun meraung-raung kesakitan menjalani hukuman sumbat rambutan kat bontot.

Tapi tiba-tiba, Abu tergelak bagai nak gila, pengawal pun jadi heran, padahal rambutan masih disumbat lagi.

Bila Abu dan Ali dikumpulkan, Ali pun bertanya "Kenapa masa engkau kena sumbat tu, aku dengar engkau ketawa bagai nak rak"

Abu pun berkata "Mana aku tak tergelak sakan, waktu tengah kena sumbat bontot tu, walaupun sakit giler, aku ternampak Acu bawak masuk hadiah buah DURIAN, durian tembaga pulak tu, besor gilerrrrr"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2006 11:54 AM | Show all posts

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah. ..

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 11:56 AM | Show all posts

Cikgu Sofia

Cikgu sofia telah bertanya kpda salah sorang muridnya yg baru masuk sekolah.

Cikgu sofia:Sapa nama kamu?
Ramli:Ramli, cikgu......
Cikgu sofia:Adik-beradik kamu ada berapa org???
Ramli:5, cikgu
Cikgu sofia: YAng paling tua,kamu ke?
Ramli:Tidak cikgu,
Cikgu sofia:Habis siapa yang paling tua?
Ramli:Atuk saya, cikgu
Cikgu sofia:ERGGHH> ......... .........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2006 11:56 AM | Show all posts
cerita kelakar boleh jadi serius (tgk keadaan/individu/situasi),cerita serius pun boleh jadi sebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:00 PM | Show all posts

janji speaking

Seorang pemandu yang mempunyai boss orang putih dari Amerika sedang memandu sambil besembang dengan bossnya :

Easy, easy come to my house.. If you come.. I cut my shit for you
( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh
ayam jantan utk awak)
Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok
kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no
flower again.
(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak ada
bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya. .. Pemandu tuu terus cakap:
Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the
children fruit from manager moneys, he is stupid don't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak
buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si boss
orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn't you come to work yesterday?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like
enter the wind.
(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:01 PM | Show all posts

pekebun contoh

Ada seorang wanita cantik yang memiliki sebidang kebun sayur-sayuran, dia teringin sangat imelihat tomatonya merah dan besar, tapi walau sudah diberi bermacam-macam baja pun tomatonya tetap kecil dan agak kehijau-hijauan.

Jirannya, seorang lelaki tua juga memiliki kebun dan menghasilkan tomato yang merah dan besar-besar, akhirnya si wanita cantik tersebut menanyakan ke lelaki tua itu apa rahasianya supaya tomato jadi besar dan merah.



Lelaki tua menjelaskan, "oooo itu senang saja, sehari dua kali tiap pagi dan petang saya selalu berdiri telanjang di depan pohon tomato saya dan dalam waktu dua minggu tomato itu akan membesar, cubalah."

Akhirnya si wanita cantik mencuba, tiap pagi dan petang selalu beliau telanjang bulat di kebunnya, setelah dua minggu datang si lelaki tua tadi untuk meninjau perkembangan terkini, "bagaimana tomato kamu sudah besar?"

Jawap wanita, "tomato saya sama jer ... tetap kecil...., cuma mentimun dan terung saya luar biasa panjangnya."
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:01 PM | Show all posts

mamat

Atas saranan doktor, Mamat dihantar utk berubat di USA kerana
penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York,
Mamat dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya
lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat.
Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba
utk berkomunikasi dgn Mamat.

Dia mengangkat tangannya dgn susah payah & berkata:
"United kingdom..."
Mamat yg juga sedang lemah, menjawab:
"Malaysian.. ."

Setelah itu dua-duanya pengsan karana keletihan. Beberapa jam
kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dgn susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah
sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

"Birmingham. .." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba utk berbual.

Si Mat Saleh yg sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dgn sisa-sisa nafas yg ada Mamat menyahut: "Capricorn.. .!"
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 18-10-2006 11:44 AM
Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceri ...

nilah wanita dan lelaki tua yang dimaksudkan




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by Login_ID at 18-10-2006 12:16 PM

nilah wanita dan lelaki tua yang dimaksudkan.....





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 07:59 AM | Show all posts

From Penang With Loves

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse , tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat , body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman ok la kut) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani (bukan nama sebenar)

  Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri.Bah kan dua kali ganda pelik, kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, kak Nani sambut dgn senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

  Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikankedua- duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

  Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami kak Nani!..., telah ku sematkan dihati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

  Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah , akak nak jadi isteri yang taat , isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa .. .

  Biar lah betul-betuk kak, kata saya . Jawab kak Nani, kakak mahusemua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

  Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihatmontel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

  Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

  MORAL OF THE STORY : KLU NK KAWIN LAIN DGN RESTU ISTRI PASTIKAN JADI SUAMI YG X HAMPEH..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:25 PM | Show all posts
Katak, Kura-kura Dan Ulat Gonggok


Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata :
"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "
Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"
Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"
Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "
Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"
Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"
Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ...... Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.
Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak: "Jom..!"
Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.
Kura2: "Hah tu pon dia..!"
Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"
Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"
U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 04:30 PM | Show all posts
Ayam Yang Macho Gilerrr


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di
Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang
umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan
lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor
ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan
yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi
merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya,
mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan
seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya
kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.
Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang
rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan
budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksen nyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu
pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada
kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak
buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat
lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.

Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta
untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru
ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda
ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????

[jawaban ada di bawah]







Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap aku
beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"


NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:34 PM | Show all posts
Cerita Dari Jepun

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:37 PM | Show all posts
Gambar

Tunang Mansur, Marsha, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Mansur : Mengapa?

Marsha: Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Mansur : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Marsha : Erkkkkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 02:31 PM | Show all posts
Derma Orang Tua

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?

Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk
didermakan?

Budak : Nanti jap... saya ambilkan atuk saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.072636 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list