CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 23-9-2005 11:51 AM | Show all posts
Kisah Pilu

Kisah pilu ini baru sahaja diceritakan padaku sebentar tadi. Ketahuilah kamu bahawa kisah ini adalah kisah benar... memang benar dan tidak ada yang benar melainkan benar-benar belaka ...*****a ..nama dan wataknya sahaja telah ditukarkan agar tidak menyinggung perasaan mereke-mereka yg terbabit especially VIP-VIP yang tengah dok kecut perut selepas kes Norrita !!!

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.(nama sebenarnya Hamdan). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator ***** penyambut tetamu...

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, pabila Hamdan..oopssss .... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah .... lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah katil bujang nanti... sabun pulak jangan cherita lah ... sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja ! ...

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr..

Hari-demi hariberlalu dengan pantas .... kehidupan kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ... rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu....

Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu...dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..dan rambut ala-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ...(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya...

Ayob: Pasai apa hang dok teriak nie..
Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf.... TAUBATTTTT ....aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ...

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat ... Mulai minggu depan ...Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng..jeng ......

....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....

......... pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do say you Ayob?



Ayob : #$5@&* !!! Astagfirulllah........(Ingat taubat betoi-betoi.)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2005 02:19 PM | Show all posts
Hahahahahaha...Kelakau kelakau
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 02:33 PM | Show all posts
lollol
Reply

Use magic Report

Sheliza This user has been deleted
Post time 23-9-2005 02:53 PM | Show all posts
kebanyakan nya siaran ulangan ASTRO....tapi syabas buat atokkl..berusaha lagi yek.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 03:01 PM | Show all posts

perihal ayam

aku dah penah post sebelum ni..dan berjaya wat org gelak sampai terguling-guling..baca sampai abis aaa..

Why Did the Chicken Cross The Road?

What The Experts Had To Say...

Kindergarten teacher:
Because it wanted to get to the other side

Aristotle:
It is the nature of chickens to cross roads.

Ronald Reagan:
I forget.

Arthur Andersen (consultant):
Deregulation of the chicken's side of the road was threatening it dominant market position. The chicken was faced with significant challenges create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client,helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework.

Richard M. Nixon:
The chicken did not cross the road. I repeat, the chicken did NOT cross the road.

Computer Programmer:
In order for the chicken to cross the road safely they would need more than one driver to access the server farm, if not they will hang in the middle of the road.

Jerry Seinfeld:
Why does anyone cross a road? I mean, why doesn't anyone ever think to ask "What the heck was this chicken doing walking around all over the place anyway?"

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance  your checkbook.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken bisnes...the foreign powers should stop intervening in our domestic affairs and just leave our chickens alone.. If they want to... 'apa nama' cross the road, they should be allowed to cross the road... Malaysia is a democratic country; we let our chickens do whatever they want to do... as long as they don't threaten the Malay unity and try to topple the government...and if they plan to do so... we won't hesitate to use the ISA...

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan percaya khabar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2005 03:14 PM | Show all posts
Perompak


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 03:15 PM | Show all posts
yeah its funnny tp dah penah baca dah sblm ni hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by kembara at 23-9-2005 03:01 PM
aku dah penah post sebelum ni..dan berjaya wat org gelak sampai terguling-guling..baca sampai abis aaa..

Why Did the Chicken Cross The Road?

What The Experts Had To Say...

Kindergarten tea ...

lollollol
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 23-9-2005 03:14 PM
Perompak


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.. ...

lol:lol

pandainyer irwan tu..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 04:21 PM | Show all posts
Bayaran Ansuran

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi.Satu hari gelfren dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan gelfren dia tu kekurangan banyak darah.Oleh kerana sayang "benget" ngan gelfren dia,si befren ni telah mendermakan banyak darah kat gelfren dia ni.

Setahun dari kejadian tu, si gelfren ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi, si gelfren ni pun putuskanlah hubungan dia ngan befren dia yg lama tu.Si befren ni punyalah geram, dan dia berkata, "Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu"!!

Si Gelfren yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah befren dia dan berkata,"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 04:23 PM | Show all posts
Insiden di klinik swasta

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 04:25 PM | Show all posts
Habis madu sepah dibuang

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya... Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan-syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.

Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!




Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh?
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 04:32 PM | Show all posts
Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 07:37 PM | Show all posts
apesal sekarang ni musim sangat orang sembunyik dalam peti ais..??
tadi terbaca gak cerita orang sembunyik dalam tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by Alizawati82 at 23-9-2005 04:21 PM
Bayaran Ansuran

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi.Satu hari gelfren dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan  ...


haku rasa penah baca..tp biler ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2005 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by Alizawati82 at 23-9-2005 04:25 PM
Habis madu sepah dibuang

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersal ..................

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh?
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe



Cehhhhh....:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 10:14 PM | Show all posts
Giliran aku lak....

Naik Sorang-Sorang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya
mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 10:16 PM | Show all posts
Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 10:18 PM | Show all posts
Durian

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.639409 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list