CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 28-12-2006 12:31 PM | Show all posts
he..he..he.. ha..ha..ha.. tinggal gigi dengan gusi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 02:26 PM | Show all posts
aduhhh pak pandir...


Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.

Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas.

Tapi dia tu masih konpius sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak.

Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG BETUL TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by belle2211 at 28-12-2006 09:44 AM



memang lawakkkkk setannnnnnnnnnnn!!!! wkakakakakakkaakkakakkakakkakakkakk



apa plak lawak setan...lawak sotong laaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 02:40 PM | Show all posts
Kisah El-bruang, huhu...

"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2
di dalam semak,
tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia
dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya
Allah ..
makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang
beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang
tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina
azabbannar.Amin! "
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 02:46 PM | Show all posts
Jam Jam Jamban

JAMBAN... Kewujudanmu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan. Ketiadaanmu merupakan masalah besar bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Kau berada di mana jua disaat kami memerlukan. Aku tahu ramai yang membencimu. Cuma mereka akan ingat padamu bila tibanya detik-detik yang meresahkan itu. Ramai yang berkata... baumu kurang menyenangkan. Tetapi, mereka lupa, bau itu bukanlah bau asal dirimu. Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka dan juga perutku ini. Ada perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja, walaupun hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN... Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu yang terbiar tanpa penghargaan. Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula jadi itu dan kemudian mereka mengutuk dan mencacimu. Sungguh besar pengorbanan yang kau lakukan. Namun jasamu tidak dikenang. Bagiku keujudanmu adalah simbolik di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan ini. Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang di bawah... yang lemah dan tidak mampu melawan.

JAMBAN... Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu. Segala masalah bagai dapat aku lupakan. Terasa lapang dadaku.. terasa lega mindaku. Fikiranku menjadi tenang setenangnya air di dalam aquarium yang tidak berpenghuni. Kaulah sumber ilhamku. Kadang-kadang aku terfikir... adakah Shakespere juga menyanjungi keujudanmu?

JAMBAN... Ketika aku menulis catatan ini.. aku tahu.. karya sebegini tidak akan terpilih sebagai Karya Terbaik Minggu Ini... kerana tajuknya 'JAMBAN'.

Jika anugerah itu diberikan.. pasti ramai yang akan mempertikaikannya. Eeee... kotor dan menjijikkan.. macam la tak ada benda lain yang nak ditulis. Sudah banyak daerah dan negara yang aku lawati.. namun aku tidak pernah mendengar sebarang penghargaan yang diberikan kepadamu.. misalnya.. 'Jamban Terbaik Minggu Ini'... ataupun sekurang-kurangnya.. 'Jamban Terbaik Abad Ini'. Mungkin tiada siapapun yang akan terfikir untuk memberi anugerah seumpama itu kepadamu. Kau bukan bunga.. kau bukan batu permata dan kau bukan juga lambang semangat muhibbah dan kejiranan.

JAMBAN... Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini.. dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri di dalam usaha pembersihan jamban. Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang hina dan langsung tidak mendapat perhatian. Bayarannya juga amat sedikit dan mengharukan. Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku tahu.. aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya. Jika ada yang menghina..bersabarlah.. walaupun kerja itu kotor namun hasilnya adalah halal.

JAMBAN... Sampai di sini sahaja yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan. Telah lama aku terfikir untuk menulisnya... dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di kalbuku selama ini. Hari ini aku tak berapa sihat... jadi aku nak tidur awal sikit.

Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi. Aku tahu kau tak akan lari. Kau sentiasa setia menanti di situ. thanks a lot .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2007 08:06 AM | Show all posts

Bila Besar Nanti...

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2007 11:28 AM | Show all posts

Peminat MAWI

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

heeeeheeee...."
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2007 12:39 PM | Show all posts
Romantic Night....

They were together in the House.
Just the two of them.
It was a cold, dark, stormy night. The storm had come quickly
and
each time the thunder boomed he watched her jump.

She looked across the room and admired his strong appearance...and


wished that he would take her in his arms, comfort her and protect her

from the storm.

She wanted that...more than anything .

Suddenly, with a pop, the power went out... She screamed...

He raced to the sofa where she was cowering.

He didn't hesitate to pull her into his arms.


He knew this was a forbidden union and

expected her to pull back.


He was surprised when she didn't resist but instead clung to him.

The storm raged on...as did their growing passion. And


there came a moment when each knew that they had to be together.

They knew it was wrong...

Their families would never understand... So consumed were


they in their passion that they heard no opening


of doors...just the faint click of a camera......


>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>

>>>>>>>

>>>>>

>>>

>>

>

http://attach.re3.mail.yahoo.com ... mp;head=b&Idx=3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2007 02:21 PM | Show all posts

Sengau

Situasi dalam lRT dari Pudu Raya ke Kl Sentral....

Mat bukan nama sebenar berebut-rebut naik LRT menuju ke tempat kerja......

Dalam perjalanan ada la mamat nie pandang dia.. dia buat dek aje apa la mamat nie asyik pandang pandang nie.. "Katanya dalam hati".

Mat pon toleh ke tempat lain.... Tiba - tiba... Mamat tu datang tepat kat dia... "Alamak!...Mamat tu datang...Sudah" katanya lagi dalam hati...

Mamat tu mula membuka mulut...
"jag sekag ko mamapa".. Mat diam aje... Pastu mamat tu tanya lagi "jag sekang ko mampa" Mat masih lagi diam...semua orang memandangnya...elok-elok aje train sampai station kl sentral... Mamat tu terus belah sambil berkata "Basa ngap pa orkg tama jag ko mamapa ninga tak ngawap.. Giga ampa"..

Lepas mamat tu berlalu.. Ada pak cik kat sebelah tu terus tanya Mat... "Kenapa tak jawab orang tu tanya pukul berapa?".....

Mata terus jawab "Mamam mana ahya nag ngawap.. halau ahya jawab mehti ngia hata ahya mengaguh ngia".

"La sengau jugak rupanya.. patut la".. Kata pak cik tu dalam hati....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:43 PM | Show all posts
cerita ning berlaku dah lama dah...
hari tu ayu pergi kerja....dia pergi ngan LRT...
biasalah pagi2 mesti sarapan dulu...nk alas perut katakan...
dirumah die tak sempat nk minum air....so...die bwk bekal air & minum ler dlm LRT tu..
dlm duk minum tu...die adalah perasan....semua org tgk ke die...ade sorang adik tu...tgk ke die sambil senyum2 kat die...
dlm ati ayu ayu tertanya2...bak ber ler die org ning tgk ke aku...tak pernah tgk org minum air ker..........????????????bengang ler si ayu tu...sambil tu ayu tgk2 kn baju die...takut berlubang ke apa ker....tp elok jer...mesti die org tgk aku sbb aku lawa tak ari ning...kate ayu dlm ati......
sampai di opis....adalah kwn baik die tegur die...
ayu klu ye pun tak posa....jgn ler bwk bekal & minum depan org ramai........
hahahaahaha....apa lagi terkejut beruk lah si ayu ning...malu giler die...sampai tak tau nk taruk mane muka die....sbb mase tu ramai ngat org kat opis dier....hahahhahaa....semua org ketawakan dier....hahahha...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #3 atokkl's post

iskk..kat mana lawak nyer...adoi...pelik tapi benar
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 03:24 PM | Show all posts
Lawak Hari Ini.....

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu
Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku
bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu
dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa
tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi
dan pengantin lelaki.. Dahsyat, pengantin tu duduk atas
bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk
dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak
tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu
besar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 01:54 AM | Show all posts

Reply #793 polaris08's post

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:18 AM | Show all posts

Balas #793 polaris08\ catat

..............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:20 AM | Show all posts
hehehehe........   byk tul citer lawak kt umah ni...........

tenkiu tot...    tulun mengali umah2 lama.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 10:47 AM | Show all posts

Hutang Darah Dibayar Darah

Kekasih eksiden teruk, banyak hilang darah... di sebabkan terlampau CINTA...,SI BOYPREN pon menderma darah....

selepas satu tahun, kekasihnya CURANG dan putuskan hubungan....

SI BOYPREN BERKATA tak kenang budi..!!! bagi balik darah yang aku derma dulu!!

KEKASIHNYA yang sedang datang bulan membaling '****x'nya ke arah boyprennya dan berkata.....

NAH..!!! AKU BAYAR ANSUR2 TIAP2 BULAN........
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 02:52 PM | Show all posts
salam..... lawak2 semua... firah baru hbis baca smua2 lawak... nway... good job....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 04:10 PM | Show all posts

Balas #798 gemini_firah\ catat

hye firah..

msk kat sini untk melepas kan tensen
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 12:27 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Semer cerita kelakar kalau kita gelak...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063146 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list