CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
 Author| Post time 24-9-2005 07:16 AM | Show all posts
Lawak pagi sabtu..

Mitsubishi Evo dan Kancil

Cerita bermula... ada sebuah kancil yang dipandu oleh seorang pakcik tua sedang rosak di tepi jalan berada di highway utara-selatan. Kereta kancil tu rosak.. sibuk la pakcik tu tahan kerata yang lalu lalang kat situ.. Tahan puya tahan,, sebuah kereta
mitsubishi Evo pun berhenti..

Pemandu kereta Evo pun sudi menolongnya.. lalu pemandu tesebut mengeluarkan tali utk diikat pada belakang kereta nak tarik kereta kancil tersebut... nak dipendekkan kereta pakcik tersebut inform kat pemandu Evo tersebut , jika aku bimm lampu tinggi kat kau,, kau slow ye.. aku tkt kau lupa aku kat belakang nie.. masa perjalanan tu..pemandu Evo tu kadang kadang terlupa, lalu di pun bw laju..Marah pakcik tu,, dia pun bgi bimm kat Krt Evo tu.. barulah krt Evo tu slow... Dlm slow-slow mcm tu... ada lak pengancau ye, satu lg krt Evo pintas krt Evo yang menarik krt kancil tersebut.. Sempat lagi tu (kentut). Mana org tak naik marah.,, tercabarlah iman dan kejantanan pemandu Evo td,, lalu dia pun tukar gear dan kejar kreta Evo yang berlagak tu.. Dia lupa yg dia tgh tarik krt kancil kat belakang... masa pengejaran evo Vs Evo.. krt peronda pun tgh buat speed trap.. terperanjat dia terus dia calling
"" Bola satu,, bola satu... disini ada kes kejar mengejar.. krt yang terlibat dua buah krt Evo dan sebuah kancil... Tapi saya rasa krt kancil tu lbh laju sebab dia bimm lampu kat krt Evo tu.. Sila tahan mereka cepat..
Hee.hee..he

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2005 08:58 AM | Show all posts
Datang bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "


Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 08:59 AM | Show all posts
Papa & Mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 09:00 AM | Show all posts
Drakula

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 09:01 AM | Show all posts
Tersalah rendam...

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 09:02 AM | Show all posts
Hehehehe....:bgrin::bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2005 03:07 PM | Show all posts
hehehe.....memacam ada......muahahhahha.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 04:07 PM | Show all posts
hai nomie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2005 04:08 PM | Show all posts
Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, ....

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 04:10 PM | Show all posts
Burung Kakak Tua

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, manakala yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 11:16 PM | Show all posts
Cerita Yang Bermula Dgn Huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... "

Kakakku kata, "kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!

Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"

Ketam kilas, "Kelakar."

"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk!", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.

Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2005 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by Alizawati82 at 23-9-2005 04:23 PM
Insiden di klinik swasta

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya ...



:cak:

KLAKA ABIS LA....HEHEHEHEHEHHE........................
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2005 01:48 AM | Show all posts
EM.. CITER KALAKA EH??

ADA KUT..

     Ada seorng tua kaya yang berumur lebih kurang 80 - 90 tahun baru saja mangahwini seorg gadis berumur 20 an nak masuk 30 la.....suatu hari,setelah usia perkahwinannya menjangkau 5 bulan,  atok kaya ni gembira sangat sambil menjerit dan terus membawa bininya ke klinik.. dengan girangnya dia mengatakan pada doktor:

Atok kaya: Doktor... bini saya mengandung doktor.. betulkan..
Doktor: yup.. bini kamu mengandung..baru 3 bulan..
Atok kaya: wah... kiranya ni bunting pelamin la nih..

doktor itu serba salah dibueknya dan terus menyambung kata;
Doktor: en, nak dengar satu cerita tak?
doktor: nak.. apa dia?
Doktor: suatu ari ada seorg pemburu yg sangat bodoh lagi bangang ingin  pergi memburu.. keranan nak cepat dia tersalah amik senapang.. dia terambil sekaki payung.. dia pun teru spi memburu dengan bawak payung tu... dalam on d way pi memburu dalam utan ni yang penuh ngan semak ni, tetiba ada sekor berung  di depannya.. keranan ketakutan, pemburu tu pun mengacukan payung tadi kearah berung... kemudian bunyik sedas tembakan... beruang itu pun mati di tangan pemburu itu..

atok kaya: eh...... mana boleh..
dengan lantang atok tu menjerit dan mengatakan;

atok kaya: mana leh tembak pakai payung...... ni mesti sah2 ada orng lain yang menembaknya........

???????? paham2 sendri la...........

:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2005 07:20 AM | Show all posts
Originally posted by gals2 at 25-9-2005 01:48 AM
EM.. CITER KALAKA EH??

ADA KUT..

     Ada seorng tua kaya yang berumur lebih kurang 80 - 90 tahun baru saja mangahwini seorg gadis berumur 20 an nak masuk 30 la.....suatu hari,setelah usia pe ...



Kwang...kwang...kwang.....simpang malaikat 44..:pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2005 09:19 AM | Show all posts
Kisah 3 Nenek

Ada tiga orang nenek yang tinggal di rumah orang tua-tua. Suatu petang, mereka bertiga duduk bersembang di dalam satu bilik. Mereka berborak tentang diri mereka yang dah nyanyuk.

Nenek 1 : Aku ni teruk betul la... kalau aku letak satu barang tu, aku dah tak ingat kat mana aku letak.

Nenek 2 : Itu kira okay lagi. Aku lagi teruk, kalau aku turun tangga ke atau naik tangga ke tangga dan kalau aku berhenti, aku dah tak ingat aku turun ke naik.

Nenek 3 : Apa la hang pa semua ni. Aku yang tua dari kau orang pun masih okay lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja).

Lepas tu, nenek ketiga tadi terdiam sebentar.

Nenek 3 : Oit... siapa pulak yg ketuk pintu tu...???"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2005 02:48 PM | Show all posts
PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.



"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2005 10:29 PM | Show all posts
Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.."Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.....Lelaki gagah itu tercengang..


Note: Moral: Sebelum bercakap fikir dahulu.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2005 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 25-9-2005 10:29 PM
Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan  ...



kuang2...kuang2..kuang2.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 10:25 AM | Show all posts
Kisah tiga anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by Alizawati82 at 26-9-2005 10:25 AM
Kisah tiga anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara terse ...



: mak datukkkkk...:no::no:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093084 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list